intelektual

4
INTELEKTUAL Ilmu Undang-Undang Kod Undang-undang Hammurabi diterbitkan setelah Hammurabi mengumpul dan menyusun semula undang-undang lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya sendiri. Di Rom kanak-kanak diajar ‘Undang-Undang Dua Belas’ bagi menyalurkan ilmu undang-undang melalui pendidikan dari peringkat kanak-kanak lagi. Ilmu Astrologi dan Ilmu Astronomi Ilmu bintang telah berkembang di Mesopotamia melalui ilmu astrologi. Kalender yang dicipta oleh orang Sumeria mengandungi 12 bulan dan tiap-tiap bulan pula mengandungi 30 hari. Orang Greek mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi matahari. Di Mesir , kalender 365 hari setahun dengan berdasarkan bulan dan matahari telah dicipta. Mereka juga mengasaskan 24 jam sehari. Orang Mesir menggunakan ilmu astronomi untuk memastikan masa banjir Sungai Nil. Di China pada zaman Dinasti Han telah dicipta sistem membahagikan hari kepada siang dan malam dengan seragam. Ahli astronomi dan matematik China yang bernama Chang Heng telah mencipta alat seismograf yang berfungsi mengukur gegaran gempa bumi. Ilmu Perubatan

Upload: carolinerong

Post on 26-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

INTELEKTUAL

TRANSCRIPT

INTELEKTUALIlmu Undang-UndangKod Undang-undang Hammurabi diterbitkan setelah Hammurabi mengumpul dan menyusun semula undang-undang lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya sendiri. Di Rom kanak-kanak diajar Undang-Undang Dua Belas bagi menyalurkan ilmu undang-undang melalui pendidikan dari peringkat kanak-kanak lagi.Ilmu Astrologi dan Ilmu AstronomiIlmu bintang telah berkembang di Mesopotamia melalui ilmu astrologi. Kalender yang dicipta oleh orang Sumeria mengandungi 12 bulan dan tiap-tiap bulan pula mengandungi 30 hari. Orang Greek mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi matahari.Di Mesir , kalender 365 hari setahun dengan berdasarkan bulan dan matahari telah dicipta. Mereka juga mengasaskan 24 jam sehari. Orang Mesir menggunakan ilmu astronomi untuk memastikan masa banjir Sungai Nil.Di China pada zaman Dinasti Han telah dicipta sistem membahagikan hari kepada siang dan malam dengan seragam. Ahli astronomi dan matematik China yang bernama Chang Heng telah mencipta alat seismograf yang berfungsi mengukur gegaran gempa bumi.Ilmu PerubatanSekurang-kurangnya 550 jenis ubat telah digunakan pada tamadun Mesopotamia. Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi.Mesir juga terkenal dengan ilmu perubatan. Kajian-kajian mengenai perubatan termasuk menghasilkan ubat, mengawet mayat dan bagaimana tubuh manusia berfungsi telah dijalankan. Sebuah buku mengenai pembedahan telah dihasilkan. Kandungannya ialah tentang cara-cara merawat kecederaan badan.Antara tokoh perubatan Greek yang masyhur ialah Hippocrates dan Herophillus. Hippocrates iaitu Bapa Perubatan berpendapat bahawa penyakit adalah disebabkan faktor-faktor semula jadi. Herophilus pula telah berjaya menemui saraf optik dalam tubuh manusia. Ilmu MatematikOrang Sumeria merupakan orang pertama mencipta satu pusingan jam mengandungi 60 minit, satu minit mengandungi 60 saat. Merekalah yang mencipta satu bulatan mengandungi 360 darjah yang digunakan hingga ke hari ini, begitu juga dengan Khatulistiwa yang dibahagikan kepada 360 darjah. Orang Mesir purba telah mencipta sistem timbangan dan ukuran. Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang kira bahagi dan kira tambah. Mereka menggunakan ilmu matematik untuk tujuan pembinaan seperti pembinaan piramid. Antara tokoh bidang matematik di Greek ialah Thales dan Pythagoras. Thales telah mengasaskan kepentingan geometri. Pythagoras merupakan pengasas Teorem Pythagoras. Semasa India diperintah oleh Dinasti Gupta (320-500M), sistem nombor iaitu 0 hingga 9 telah dicipta.Ilmu FalsafahAhli falsafah di Greek mengajar manusia supaya jangan menerima sahaja tetapi hendaklah mengkritik dan menyoal tentang idea-idea dan institusi sosial atau politik dan menyelidik serta menganalisis tabiat manusia. Di Rom, ajaran Stoisisme Zeno telah diasaskan oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Zeno.Dalam tamadun China, antara yang terkenal ialah Confucius dan Lao Tzu telah memperkembangkan faham Confucianisme dan Taoisme pada zaman Dinasti Han. Di India, ajaran Buddha berkembang pesat semasa pemerintahan Asoka dan telah meluas hingga ke China.Ilmu KejuruteraanKemunculan tokoh seperti Archimedes di Greek telah memperkenalkan alat-alat seperti skru, takal dan tuil.Ilmu kejuruteraan Rom dilihat melalui peninggalan istana, gimnasium, perpustakaan, kuil dan dewan. Begitu juga dengan saluran air (aqueduct), jambatan, terowong dan jalan raya. Mesir juga mempunyai ilmu kejuruteraan boleh dilihat melalui pembinaan piramid. Begitu juga dengan pembinaan roda untuk pertanian di Mesopotamia dan penciptaan pedati. Pada zaman Dinasti Han di China petani mencipta roda air yang berfungsi menghancurkan bijirin.Ilmu PertukanganPembinaan kapal laut oleh orang Mesir awal dengan menggunakan kayu bermutu tinggi bagi tujuan perdagangan dan peperangan menunjukkan bahawa orang Mesir purba telah mengembangkan ilmu pertukangan. Pembinaan kapal telah meningkat ke satu taraf yang bermutu dan pada abad ke-6 SM.