ctu211:kemuncak kecemerlangan inovasi islam yang ditandai oleh keunggulan intelektual-ibn sina,...

23
Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual Ibn Sina, Al- Biruni & Ibn Haytham NAMA : MARYAM ARIFFIN (2009827058) AIN NORIN(2009825528) AMIRA ADILA(2009210874) GROUP : DS3G1/G2

Upload: maryam-ariffin

Post on 05-Dec-2014

3.536 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh

Keunggulan Intelektual

Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn

HaythamNAMA :

MARYAM ARIFFIN (2009827058)

AIN NORIN(2009825528)

AMIRA ADILA(2009210874)

GROUP : DS3G1/G2

DATE : 22 SEPTEMBER 2010

Page 2: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

PENSYARAH : HJH. MAKIAH TUSSARIPAH BT JAMIL

Page 3: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

PENGENALAN

Mengikut kamus dewan, inovasi merupakan penciptaan sesuatu yang baru yang memberi kemudahan dalam kehidupan manusia. Pada zaman Kerajaan Abbasiyah banyak penemuan-penemuan baru yang dijumpai oleh tokoh-tokoh mereka. Antaranya ialah Ibnu Sina, Al-Biruni dan juga Ibnu Haytham. Mereka merupakan tokoh-tokoh yang amat dikenali sehingga kini. Ibnu Sina, Ibnu Haytham dan Al-Biruni hidup pada zaman kerajaan Abbasiyah(750-1258 M). banyak inovasi yang telah mereka cipta masih digunakan sehigga ke hari ini. Walaupun pada zaman mereka amat sukar namun mereka mampu mencari ilmu sehingga ke Negara orang. Mereka juga merupakan sahabat perjuangan dalam pengkajian Islam.

IBNU SINA

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina (Avicenna, gelaran yang diberikan oleh barat ). Beliau berasal dari parsi dan telah dilahirkan pada 981M di Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah), seterusnya beliau mendapat pendidikan awal di sana seawal usia 5 tahun. Ketika itu, beliau menerima pendidikan sastera dan Al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu sahabat karib bapanya dan merupakan seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu.

Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana kerana bapa beliau merupakan seorang pemungut cukai. Ibnu Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku. Beliau telah membaca buku Metafizik Aristotle sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini kerana sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan penyakit Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Kemudian, beliau telah dilantik menjadi ‘ Doktor Di Raja’. Semenjak itu beliau telah menjadi terkenal kerana kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni. Pada usia 21 tahun, semasa beliau di Kawarazm, beliau telah mencipta karyanya yang pertama iaitu “Al-Majmu” yang mangandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau berhijrah pula ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di

Page 4: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki keputusan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif. 

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. 

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya. Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani. 

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai Wajib al-Wujud (Pencipta) ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada Pencipta yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Pencipta sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Pencipta untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini

Page 5: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al-Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. 

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan yang dihadapinya yang mana akhirnya beliau meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M dan beliau telah dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Selain itu, sebagai mengenang jasa yang telah disumbangkan oleh beliau dalam ilmu perubatan, potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana “zeninth” itu dimakamkan.

PENDIDIKAN

Pendidikan amat penting sehingga mencari ilmu merupakan perkara yang wajib untuk setiap umat Isalm. Sejak kecil lagi Ibnu Sina telah mendapat pendidikan sehingga beliau amat mencintai ilmu.

Beliau mendapat pendidikan awal di sana seawal usia 5 tahun. Ketika itu, beliau menerima pendidikan sastera dan Al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu sahabat karib bapanya dan merupakan seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Beliau turut mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada keluarganya. 

Beliau telah menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya. Hal ini disebabkan beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi. Beliau mampu menghasilkan ‘mutiara’ dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fit- Tibb ketika berusia 18 tahun. 

SUMBANGAN

Bidang KedoktoranIbnu Sina pernah di beri gelaran sebagai Medicorum Principal atau Raja Diraja Doktor oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai Raja Ubat. Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai Zenith, puncak tertinggi

Page 6: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina menjadi Doktor Di Raja iaitu doktor kepada Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H (997 M) iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Namun begitu, Ibnu Sina telah berjaya mengubati penyakit sultan tersebut.

Selain itu Ibn Sina juga merupakan seorang doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Di samping itu beliau turut menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang timbul darinya. Beliau amat berminat dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad serta telah banyak menulis mengenai gangguan psikologi.

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics (psychosomatic medicine). Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai.

Teori-Teori Anatomi Dan FisiologiTeori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah mengambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).

Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Sementara itu Canon of Medicine yang memuatkan pernyataan tegas bahawa darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (Arteri). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirikal pada keadaan yang sebenarnya.

Perintis Pengenalan Penyakit SarafAl- Qanun Fit-Tibb merupakan buku perubatan yang amat terkenal yang dikarang oleh Ibnu Sina yang telah menjadi perintis kepada penyakit saraf.

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina (Al-Qanun Fit-Tibb) ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku beliau telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 M, buku ini dicetak sebanyak 21 kali.Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di kebanyakkan universiti di Perancis.

Page 7: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri.Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenengahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Bidang GeografiIbnu Sina bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan malahan dalam bidang geografi juga. Oleh yang demikian, beliau mampu menerangkan pelbagai hal yang berkaitan dengan geografi.

Ibnu Sina mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan asal-usul sungai yang datang dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau mampu mengemukakan suatu hipotesis (teori) pada waktu itu yang mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina gunung-ganang asalnya memanglah tinggi, apabila ia dilalui oleh sungai-sungai menyebabkan ia berganti rupa kerana sungai-sungai yang meruntuhkan tebing-tebingnya. Akibat daripada proses seperti ini, maka terjadilah lembah-lembah.

Bidang Geologi, Kimia Dan KosmologiGeologi merupakan kajian sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi manakala kosmologi ialah salah satu bidang falsafah yg mengkaji asal usul, proses, dan struktur alam semesta.

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan, Bapa Kimia Muslim.

AL-BIRUNI

LATAR BELAKANG

Al-Biruni merupakan salah seorang ahli falsafah yang serba boleh. Nama asal beliau ialah Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin, putera raja Parsi dan merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

Page 8: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuan telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa beliau berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi kerana beliau telah mengikuti gerakan ketenteraan. Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal di dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuannya beliau telah dibebaskan dan ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan hidup dalam kebudayaan Hindu.  Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.  Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Chronology of Ancient Nation. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya, Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.  Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.

Page 9: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. Akhirnya beliau telah meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 437H (1048M).  Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

PENDIDIKAN

Al-Biruni sangat dikenali kerana kajiannya yang terdapat pelbagai bidang. Ilmu perlulah dicari kerana Allah dan berusahalah untuk mempelajarinya. Bukan mudah untuk menjadi seorang insan seperti beliau namun, perkara ini adalah tidak mustahil.

Beliau mendapat pendidikan awal di ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin, putera raja Parsi dan merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H (1OM) dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa.

Setelah itu beliau telah mengembara ke India untuk mencari ilmu. Oleh sebab minatnya terhadap ilmu, telah membuatkan beliau berani merantau ke Negara lain. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di sana. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu.

Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

SUMBANGAN

Bidang AstronomiMinat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:

“Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina’at al-Tanjim (Seni Astronomi)”

Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya

Page 10: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Beliau telah mencipta pelbagai teori terutama dalam bidang astronomi.

Al-Biruni telah mencipta teori alam semesta yang mana beliau menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa, apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.

Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat. Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh dalam teori geosentrik. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.

Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar. Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwin, maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.

Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti sifat fizikal matahari.Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli.Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, sama seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.Gerakan tahunan juga merupakan kajiannya.AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.Selain itu, Panjang tahun solar (tropika) yang mana semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan nya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat.

Page 11: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 senti. Tambahan pula, beliau turut mengkaji mengenai fajar dan senja. Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.

Bidang MatematikBeliau amat mahir dalam bidang matemtik sehingga mampu mencipta rumus trigonometri. Beliau sempat menguasai arimetrik orang India semasa menetap di India.

Al-Biruni menulis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembang kannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.

Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke satuan mnenggantikan 60 darjah. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu: sinA = sinB = sinC a b c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.

Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah Rashikat al-Hind iaitu zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik dam mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

Bidang SainsAl-biruni amat berkebolehan dalam bidang sains terutamanya fizik. Kajian beliau lebih tertumpu dalam bidang fizik. Oleh itu,beliau amat disanjungi kerana mahir dalam pelbagai bidang.

Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit.

Page 12: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

Selain itu, beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Sebagai contoh, beliau telah mengira ketumpatan besi iaitu 7.82 manakala penemuan moden pula sebanyak 7.79 yang nilai tersebut hampir-hampir sama dengan penemuan moden.

Tambahan pula, beliau turut memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.

Bidang Geografi, Geodesi dan StratografiWalaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam pelbagai ilmu. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.

Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pergunungan dalam menghasikan hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir. Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.

Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-Amakin(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan lilitan bumi dan ketinggiannya serta sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi mengira lilitan bumi dan mendapat anggaran sebanyak 25,000 batu. Oleh sebab al-Biruni, kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.

Page 13: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

IBNU HAYTHAM

LATAR BELAKANG

Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, Ibn Haytham dikenali dengan namaAlhazen Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. Ibnu Haytham dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 354H bersamaan dengan 965M. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah dan Baghdad (pusat ilmu pada zaman Abbasiyah) sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada bidang penulisan.

Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir untuk menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. Semasa di sana, beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak setelah mendapat undangan dari pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M). Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah untuk memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Tujuan beliau menerima tawaran itu adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya. Sebaliknya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan untuk melindungi dirinya dari kemurkaan sultan tersebut sehingga pada tahun 1021M yang mana Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Setelah itu, beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan

Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata. Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta baying-bayang dan gerhana. Menurut Ibnu Haytham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya. Ibnu Haytham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar. Oleh itu, terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.

Seterusnya, Ibnu Haytham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haytham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haytham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang

Page 14: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.

Selain sains, Ibnu Haytham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik,

dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu. Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh itu, semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk diikuti. Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan. Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan majalah.

Sumbangan Ibnu Haytham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Oleh itu, Ibnu Haytham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah dicuri dan diceduk oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

PENDIDIKAN

Pendidikan awal di Malaysia telah bermula sejak di rumah lagi. Pendidikan ini diterapkan oleh ahli keluarga seperti bersopan-santun,adab-adab dan sebagainya. Begitu juga Ibnu Haytham telah dididik sejak kecil lagi.

Pendidikan awal beliau ialah di bandar Basrah dan Baghdad (pusat ilmu pada zaman Abbasiyah). Beliau turut menerima ilmu dari ahli keluarga. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan di Ahwaz. Keintelektualan Ibnu Haytham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar kerana kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

Beliau telah mengabdikan diri di Universiti al-Azhar dalam bidang saintifik. Sebelum berhijrah ke Andalusia (Sepanyol), beliau mempelajari optik sehigga terkenal dalam bidang tersebut. Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Beliau kembali ke Kaherah (Mesir) sebagai ahli matematik sehingga ke akhir hayatnya.

Page 15: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

SUMBANGAN

Bidang FalsafahMenurut kamus dewan, falsafah merupakan pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab (asas-asas, hukum dan lain-lain) kewujudan sesuatu ataupun tentang kebenaran dan erti wujudnya sesuatu. Tidak hairanlah Ibnu Haytham telah memberi sumbangan dalam bidang ini kerana beliau amat berminat dalam pengkajian.

Ibnu Haytham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau sendiri iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haytham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang daripada beliau iaitu untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional. 

Bidang AstronomiAstronomi melibatkan ilmu tentang bintang-bintang, planet, bulan dan matahari. Bidang ini amat menarik kerana kajiannya mengenai angkasa lepas.

Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banyak mempengaruhi dunia pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi. 

Bidang FizikDalam bidang fizik Ibnu Haytham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip inersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optic sebagai satu sains baru.

Pelbagai teori mengenai optik telah dicipta dan di antaranya ialah teori hukum pembiasan. Selama di Sepanyol, Ibnu Haytham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk. Menurut pengamatan Ibnu Haytham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama hukum pembiasan Snell yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

Selain itu, beliau telah mencipta teori penglihatan. Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haytham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia. 

Page 16: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

Tambahan pula, beliau turut mencipta teori biasan cahaya. Kajian ini amat unik kerana beliau telah menggunakan segi empat hala tuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler. Ibnu Haytham telan menggunakan mesin larik untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji aberasi sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

Karya –karya Agung Ibnu HaythamIbnu Haytham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat.

Di antaranya ialah Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya dan hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haytham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M. Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haytham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan namaThesaurus Opticae.

PENUTUP

Pencapaian pada hari ini adalah disebabkan penemuan terdahulu. Ibnu Sina, Al-Biruni dan Ibnu Haytham telah menjadi perintis dengan pelbagai penemuan.

Sumbangan dalam bidang perubatan banyak daripada Ibnu Sina yang telah banyak menjumpai penemuan baru dalam penyelidikan beliau. Al-Biruni pula banyak menyumbangkan idea beliau dalam bidang fizik seperti penciptaan jam yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Manakala Ibnu Haytham telah mengkaji mengenai optik sehinggakan idea beliau telah disalin dan dicuri.

Mereka telah banyak berjasa khususnya pada dunia hari ini. Tanpa mereka penciptaan baru tidak dapat dihasilkan. Mereka merupakan tokoh yang mahsyur dan amat dikenali ramai. Oleh itu, kita perlulah mengenang jasa mereka dan menjadikan mereka sebagai idola yang memang patut dicontohi.

Page 17: CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

RUJUKAN

1. Fadzlullah Shuib, 2010. Modul Pengajaran Kursus: Sains dan Teknologi Islam. UITM

Negeri Sembilan.

2. Zalti Bt Deraman dan Rohana Bt Awang, 2003. Siri Ensklopedia Remaja Islam.

Kelantan: Sabunai Media Sdn. Bhd.

3. Zainal Abidin, 2003. Perubatan Islam dan bukti Sains Moden. Bentong, Pahang

Darul Makmur.

4. http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/sina.htm

5. http://norsalim.net/kembara/?p=40

6. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html

7. http://tokohislam2u.tripod.com/id7.html

8. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id15.html

9. http://rumahislam.com/tokoh/3-ilmuwan/70-ibnu-haitham.html