intan najihah binti zamani

2
TUTORIAL MINGGU 2 Rumusan tentang sebab-sebab pelajar membenci mata pelajaran Sejarah. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru Sejarah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini. Mata pelajaran Sejarah seringkali dianggap sebagai mata pelajaran yang bosan dan mengantuk. Hal ini juga menyebabkan ramai murid yang mebenci mata pelajaran Sejarah. Perkara ini bukanlah salah isi kandungan mata pelajaran itu tetapi cara penyampaiannya. Umum mengetahui, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah memperkenalkan mata pelajaran Tawarikh yang kini telah muncul dengan kurikulum baru iaitu mata pelajaran Sejarah. KLSR lebih menumpukan teknik hafalan dan menggunakan buku teks sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang utama. Meskipun kurikulum telah digubal menjadi Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, pendekatan dan teknik yang digunakan guru masih seragam iaitu teknik hafalan dan buku teks. Hal ini jelas tidak sesuai dengan keadaan dan suasana semasa yang telah jauh berubah. Tambahan pula kaedah berpusatkan guru yang digunakan menyebabkan pelajar semakin pasif dan kurang fokus semasa sesi pengajaran dilaksanakan. Selain itu, tanggapan dan persepsi pelajar terhadap kepentingan Sejarah juga merupakan faktor utama pelajar membenci mata pelajaran ini. Hal ini demikian kerana ramai yang masih belum menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah bahkan menganggap subjek ini belajar mengenai masa lalu dan perkara yang sudah mati. Hal ini juga disebabkan kurangnya penerapan nilai dan iktibar semasa sesi pengajaran berlaku. Tambahan pula, penekanan terhadap fakta dan peperiksaan menyebabkan murid kurang menghayati erti sebenar belajar Sejarah. Tambahan pula, dunia pendidikan kini lebih menekankan pencapaian dalam peperiksaan bukanlah penerapan nilai dan kesedaran dalam diri murid. Namun perkara ini bukanlah salah tenaga pengajar tetapi juga disebabkan kekangan masa menyebabkan guru lebih memberikan fokus pada penyampaian fakta. Oleh itu, buku teks menjadi medium utama bagi memudahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai langkah boleh dilaksanakan oleh guru dan murid. Pada zaman globalisasi ini, pelbagai teknologi dapat digunakan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif. Internet merupakan satu medium yang menghubungkan kepada sesuatu perkara dengan cepat dan internet juga merupakan satu perkara yang perlu dimiliki oleh semua manusia terutamanya para pelajar dan guru. Penggunaan internet dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Sejarah untuk memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih cepat melalui video, gambar dan artikel yang boleh didapati

Upload: intan-najihah-zamani

Post on 03-Feb-2016

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NN

TRANSCRIPT

Page 1: Intan Najihah Binti Zamani

TUTORIAL MINGGU 2

Rumusan tentang sebab-sebab pelajar membenci mata pelajaran Sejarah. Cadangkan

langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru Sejarah untuk menarik minat pelajar terhadap

mata pelajaran ini.

Mata pelajaran Sejarah seringkali dianggap sebagai mata pelajaran yang bosan dan

mengantuk. Hal ini juga menyebabkan ramai murid yang mebenci mata pelajaran Sejarah.

Perkara ini bukanlah salah isi kandungan mata pelajaran itu tetapi cara penyampaiannya.

Umum mengetahui, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah memperkenalkan mata

pelajaran Tawarikh yang kini telah muncul dengan kurikulum baru iaitu mata pelajaran

Sejarah. KLSR lebih menumpukan teknik hafalan dan menggunakan buku teks sebagai

sumber pengajaran dan pembelajaran yang utama. Meskipun kurikulum telah digubal

menjadi Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,

pendekatan dan teknik yang digunakan guru masih seragam iaitu teknik hafalan dan buku

teks. Hal ini jelas tidak sesuai dengan keadaan dan suasana semasa yang telah jauh

berubah. Tambahan pula kaedah berpusatkan guru yang digunakan menyebabkan pelajar

semakin pasif dan kurang fokus semasa sesi pengajaran dilaksanakan.

Selain itu, tanggapan dan persepsi pelajar terhadap kepentingan Sejarah juga

merupakan faktor utama pelajar membenci mata pelajaran ini. Hal ini demikian kerana ramai

yang masih belum menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah bahkan menganggap

subjek ini belajar mengenai masa lalu dan perkara yang sudah mati. Hal ini juga disebabkan

kurangnya penerapan nilai dan iktibar semasa sesi pengajaran berlaku. Tambahan pula,

penekanan terhadap fakta dan peperiksaan menyebabkan murid kurang menghayati erti

sebenar belajar Sejarah. Tambahan pula, dunia pendidikan kini lebih menekankan

pencapaian dalam peperiksaan bukanlah penerapan nilai dan kesedaran dalam diri murid.

Namun perkara ini bukanlah salah tenaga pengajar tetapi juga disebabkan kekangan masa

menyebabkan guru lebih memberikan fokus pada penyampaian fakta. Oleh itu, buku teks

menjadi medium utama bagi memudahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai langkah boleh dilaksanakan oleh guru dan

murid. Pada zaman globalisasi ini, pelbagai teknologi dapat digunakan bagi menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif. Internet merupakan satu medium yang

menghubungkan kepada sesuatu perkara dengan cepat dan internet juga merupakan satu

perkara yang perlu dimiliki oleh semua manusia terutamanya para pelajar dan guru.

Penggunaan internet dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Sejarah untuk memberi kefahaman

kepada pelajar dengan lebih cepat melalui video, gambar dan artikel yang boleh didapati

melalui internet. Oleh itu, minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah akan dipupuk.

Page 2: Intan Najihah Binti Zamani

Selain itu, penggunaan internet juga seiring dengan keperluan murid abad ke 21. Hal ini

demikian kerana penggunaan internet dapat memudahkan kerja mencari dan mengumpul

maklumat dalam kalangan murid. perkara ini sekaligus membina kemahiran inkuiri dalam

kalangan murid.

Selain itu, kemahiran belajar abad ke 21 juga menekankan pembelajaran berasaskan

murid. oleh itu, penglibatan aktif dalam kalangan murid amatlah digalakkan. Hal ini dapat

dilaksanakan dengan pelbaga kaedah dan teknik pengajaran seperti pembelajaran

kontekstual, pembelajran koperatif, projek, inkuiri penemuan perbincangan, penyelesaian

masalah, simulasi, main peranan, sumbang saran dan perbahasan. Pendekatan ini juga

dapat membantu menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan murid

sekaligus menimbulkan rasa seronok dan minat mempelajari Sejarah. Secara tuntasnya,

rasa benci terhdap mata pelajaran Sejarah dapat dihakis sekiranya guru bijak memainkan

peranan bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.