instrumen pentaksiran berasaskan standard prestasi

4
INSTRUMEN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Tahun Tahun 4 Kemahiran Menulis Kelompok Tiga Tahap Penguasaan Menulis jawapan pemahaman, mencatat maklumat, membina kerangka, dan menulis ulasan yang betul pada tahap sesuai. Aktiviti Pentaksiran 1. Murid diedarkan satu karangan yang berkaitan dengan jenayah pecah rumah. 2. Murid diminta untuk membaca secara mentalis dan memahami teks karangan. 3. Murid menyenaraikan isi penting dalam bentuk peta minda berkaitan isu kejadian pecah rumah di dalam petikan tersebut. 4. Guru mengedarkan set soalan berkaitan petikan. 5. Murid menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru. BBM Teks petikan, set soalan

Upload: azimin-zulkifli

Post on 19-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

INSTRUMEN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASIBAHASA MALAYSIATAHUN 4Tahun Tahun 4

KemahiranMenulis

KelompokTiga

Tahap PenguasaanMenulis jawapan pemahaman, mencatat maklumat, membina kerangka, dan menulis ulasan yang betul pada tahap sesuai.

Aktiviti Pentaksiran1. Murid diedarkan satu karangan yang berkaitan dengan jenayah pecah rumah.

2. Murid diminta untuk membaca secara mentalis dan memahami teks karangan.

3. Murid menyenaraikan isi penting dalam bentuk peta minda berkaitan isu kejadian pecah rumah di dalam petikan tersebut.

4. Guru mengedarkan set soalan berkaitan petikan.

5. Murid menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru.

BBMTeks petikan, set soalan

Teks Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu."Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidakmematahkan semangatTuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

Soalan 1. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?______________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untukmenangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu?_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.3. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?______________________________________________________________________________________________________________________________________.4. Apakah maksud rangkai katamematahkan semangatdi dalam petikan?______________________________________________________________________________________________________________________________________.5. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

6. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Tuk Mat menyerahkan penjenayah tersebut ke balai polis tanpa memberi peluang kepada ketiga-tiga penjenayah tersebut untuk bertaubat? Berikan ulasan anda.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Skema Jawapan1. Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa kerana telah berlaku kejadian pecah rumah di kampung tersebut.2. Langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untukmenangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu adalah dengan melakukan rondaan pada waktu malam.3. Kejadian pecah rumah telah berlaku di Kampung Kaki Bukit.4. Rangkai kata mematahkan semangat di dalam petikan bermaksud tidak mudah berputus asa.5. Kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ialah melakukan jenayah pecah rumah.