instrumen lisan

16
INSTRUMEN CONTOH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH PENTAKSIRAN PUSAT 2014 BAHASA MELAYU KERTAS 2 UJIAN BERTUTUR

Upload: alexey-yagudin-wong

Post on 28-Dec-2015

877 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

lisan

TRANSCRIPT

Page 1: Instrumen Lisan

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

PENTAKSIRAN PUSAT 2014

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

UJIAN BERTUTUR

Page 2: Instrumen Lisan

1

TEMA Tajuk Perbincangan/Lisan

Kemasyarakatan Peranan hidup berjiran

Kepentingan gotong-royong

Kepentingan perpaduan antara kaum

Kebaikan rukun tetangga

Keremajaan Peranan dan cabaran remaja masa ini

Cara-cara menjadi remaja berdisiplin

Remaja berwawasan penjana kemajuan negara

Masalah remaja dan cara-cara mengatasinya

Kekeluargaan Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan

Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-

anak

Peranan anak-anak terhadap ibu bapa

Keluarga bahagia, negara sejahtera

Alam Sekitar Cara-cara mengatasi masalah banjir kilat

Pencemaran dan cara-cara mengatasinya

Kesan pembalakan terhadap alam sekitar

Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

Teknologi Kebaikan dan keburukan internet

Kebaikan dan keburukan telefon bimbit

Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian

Kemajuan teknologi dalam pembangunan negara

Kenegaraan Cara-cara menunjukkan semangat patriotik

Kepentingan sambutan kemerdekaan diadakan

Tokoh-tokoh negara yang anda kagumi

Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam

kalangan rakyat/pelajar

Page 3: Instrumen Lisan

2

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

PENTAKSIRAN PUSAT 2014

BAHASA MELAYU

KERTAS 3

UJIAN MENDENGAR

Page 4: Instrumen Lisan

3

BAHAGIAN A

Petikan 1 - Dialog

Haikal : Apa khabar Farah? Lama tak nampak.

Farah : Khabar baik. Saya masih ada di kawasan taman ni juga, tapi saya baru

sahaja balik dari melancong bersama-sama keluarga.

Haikal : Wah, mesti seronok sebab awak melancong dengan keluarga! Awak

sekeluarga melancong ke mana?

Farah : Kami melancong ke Sabah. Sudah lama keluarga merancang untuk pergi

melancong ke sana tapi ayah saya selalu sibuk dan tidak dapat pergi. Tapi

kami bernasib baik sebab ayah mendapat cuti baru-baru ini dan peluang

itu kami gunakan untuk pergi melancong.

Haikal : Berapa lama awak dan keluarga berada di Sabah? Tentu banyak tempat

menarik yang awak lawati.

Farah : Kami berada lima hari di sekitar Kota Kinabalu dan dua hari kami

melawat daerah Sandakan. Banyak juga tempat menarik yang kami

lawati. Antaranya Pantai Tanjung Aru dan kami sempat juga melawat

Taman Sepilok dan Taman Buaya di Sandakan.

Awak dan keluarga tidak merancangkah untuk melancong ke mana-

mana?

Haikal : Siapa yang tidak mahu pergi melancong, tapi apakan daya keluarga saya

masih belum mampu dari segi kewangan. Lagipun, emak saya kurang

sihat dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatannya.

Farah : Oh, yakah? Tapi awak tidak perlu risau sebab awak seorang murid yang

bijak. Mesti satu hari nanti awak akan berpeluang juga untuk melawat

negeri-negeri lain di Malaysia. Perkara yang penting sekarang ialah

awak kena menjaga kedua-dua ibu bapa awak dahulu.

Haikal : Terima kasih. Saya memang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh

bagi membantu meringankan beban kedua-dua ibu bapa saya. Selain itu,

saya juga berazam untuk membawa kedua-dua ibu bapa saya

melancong pada satu hari nanti.

Page 5: Instrumen Lisan

4

Soalan Ujian Mendengar Petikan 1

Arahan : Pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada

petikan dialog yang telah anda dengar.

1. Di manakah Farah dan keluarganya pergi melancong?

A. Johor

B. Kedah

C. Sabah

D. Sarawak

2. Berapa harikah Farah dan keluarganya pergi melancong di Sabah ?

A. 5 hari

B. 6 hari

C. 7 hari

D. 8 hari

3. Pilih tempat-tempat yang dilawati oleh Farah dan keluarganya?

A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya

B. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung

C. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung

D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman

Buaya

4. Mengapakah Haikal dan keluarganya tidak dapat pergi melancong?

A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti

B. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran

C. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan

D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan

wang untuk rawatan

5. Apakah azam dan cita-cita Haikal pada satu hari nanti?

A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara

B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara

C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka

melancong

D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan

rawatan

Page 6: Instrumen Lisan

5

BORANG JAWAPAN

UJIAN MENDENGAR

Petikan 1 - Dialog

Arahan : Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan pada kertas jawapan

yang disediakan.

Soalan 1 :

A. Johor

B. Kedah

C. Sabah

D. Sarawak

Soalan 2 :

A. 5 hari

B. 6 hari

C. 7 hari

D. 8 hari

Soalan 3 :

A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya

B. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung

C. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung

D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman

Buaya

Soalan 4 :

A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti

B. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran

C. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan

D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan

wang untuk rawatan

Soalan 5 :

A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara

B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara

C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka

melancong

D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan

rawatan

SKOR

Page 7: Instrumen Lisan

6

BAHAN UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Isu ini bagaikan tiada

penyudahnya. Media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik banyak

membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu, kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat

merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun pada hari ini berlainan pula. Sejak akhir-

akhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal ini demikian

kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan

tekanan.

Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum

lelaki. Hal ini demikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang

berbahaya terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan

dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kronik seperti barah payu dara dan barah

pangkal rahim. Bukan itu sahaja, seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20

batang rokok dalam sehari akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat

serangan jantung.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih

ringan daripada bayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang

sepatutnya. Bayi yang dilahirkan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada

tahun pertama kelahirannya. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula

merokok semasa bayi dalam kandungan.

[Rencana ini dipetik daripada

Dewan Siswa November 2011

oleh Zamilah Zahid]

Page 8: Instrumen Lisan

7

Soalan Ujian Mendengar Petikan 2

Arahan : Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

1. Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

2. Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala

merokok.

3. Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

4. Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin

dihidapinya?

5. Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?

Page 9: Instrumen Lisan

8

CONTOH BORANG JAWAPAN

UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Arahan : Dengar petikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang

diperdengarkan pada borang jawapan yang disediakan.

Soalan 1 : Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

_______________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 2 : Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala

merokok.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 3 : Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 4: Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang

mungkin dihidapinya?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Soalan 5: Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

SKOR

Page 10: Instrumen Lisan

9

BAHAGIAN B

SOALAN 1:

Lihat pelan lokasi rumah pengantin perempuan dan lelaki dengan teliti. Kemudian dengar

arahan soalan dengan teliti.

Anda dari Bandar Jengka ingin ke rumah pengantin perempuan. Di simpang pertama, anda

perlu membelok ke kanan. Setelah beberapa ketika, anda berhenti berehat sebentar di tepi

jalan berhadapan dengan balai polis.

Dimanakah lokasi anda ketika ini?

Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi anda.

B

C

D

A

Page 11: Instrumen Lisan

10

SOALAN 2:

Dengar pengumuman berikut dengan teliti.

Jadual Latihan

1. Pada hari Isnin Rumah Merah akan menjalani latihan lompat tinggi manakala

Rumah Hijau akan menjalani latihan lompat jauh.

2. Pada hari Selasa Rumah Kuning akan menjalani latihan lompat jauh manakala

Rumah Biru akan menjalani latihan lompat tinggi.

Soalan:

Acara apakah yang akan dijalani oleh ahli Rumah Merah pada hari Isnin?

Acara

Jawapan

Lompat tinggi

A

Lompat jauh

B

Lempar cakera

C

Lontar peluru

D

Pengumuman

Page 12: Instrumen Lisan

11

SOALAN 3:

ARAHAN: Dengar dengan teliti cara menyediakan nasi goreng.

RESEPI NASI GORENG

Cara-cara menyediakan nasi goreng

1. Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan

bilis .

2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga

garing.

3. Pecahkan satu biji telur, masukkan ke dalam bahan-bahan tumisan.

4. Masukkan sayur kubis.

5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya masukkan semangkuk nasi putih.

6. Kacau sehingga sebati.

Soalan:

Apakah langkah yang perlu dilakukan sebelum menumis bahan-bahan yang dikisar?.

Jawapan

Langkah

A

Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas

bawang merah, tiga biji cili merah dan

ikan bilis.

B

Panaskan minyak masak

C

Masukkan garam secukup rasa

D

Pecahkan sebiji telur

Page 13: Instrumen Lisan

12

SOALAN 4.

Soalan:

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengisi jawatan operator pengeluaran atau pekerja

pasar raya, kecuali:

Jawapan

Kelayakan

A

Warganegara Malaysia

B

Lulus sekurang-kurangnya

SPM

C

Had umur 16-40 tahun

D

Boleh bekerja syif 12 jam

Page 14: Instrumen Lisan

13

Soalan 5:

Tahukah anda bagaimana seekor rama-rama terbentuk? Proses pembentukannya amat

istimewa. Siapa sangka seekor rama-rama yang cantik asalnya daripada seekor ulat

beluncas yang menetas daripada sebutir telur . Kemudian beluncas akan bertukar menjadi

kepompong yang akhirnya keluarlah seekor rama-rama.

Soalan:

Berdasarkan petikan kitaran hidup rama-rama yang telah anda dengar, pilih urutan proses

hidup seekor rama-rama yang betul?

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

Kitaran hidup rama-rama

Page 15: Instrumen Lisan

14

BORANG JAWAPAN

BAHAGIAN B

SOALAN 1:

SOALAN 2:

Jawapan

Acara

A

Lompat tinggi

B

Lompat jauh

C

Lempar cakera

D

Lontar peluru

B

C

D

A

Page 16: Instrumen Lisan

15

SOALAN 3:

SOALAN 4.

Jawapan

Kelayakan

A

Warganegara Malaysia

B

Lulus sekurang-kurangnya SPM

C

Had umur 16-40 tahun

D

Boleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

Jawapan

Langkah

A

Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas

bawang merah, tiga biji cili merah dan

ikan bilis.

B

Panaskan minyak masak

C

Masukkan garam secukup rasa

D

Pecahkan sebiji telur