institusi khalifah

16
TEMA 1 MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR BAB 5: INSTITUSI KHALIFAH SOALAN: BINCANGKAN BENTUK PERLAKSANAAN KEDUA-DUA PROSES TERSEBUT PADA ZAMAN KHULAFA AR- RASYIDIN. DISEDIAKAN OLEH: JULIANA CHIN 6 ATAS ZA’BA

Upload: suziana15

Post on 18-Aug-2015

13 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: institusi khalifah

TEMA 1 MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

BAB 5: INSTITUSI KHALIFAH

SOALAN: BINCANGKAN BENTUK PERLAKSANAAN KEDUA-DUA PROSES TERSEBUT PADA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN.

DISEDIAKAN OLEH: JULIANA CHIN 6 ATAS ZA’BA

Page 2: institusi khalifah

RANGKA JAWAPAN

PENGENALAN Maksud Khalifah Latar belakang Khalifah

ISI

4 CARA ATAU KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH

1) Perundingan beramai-ramai

2) Mengusul seorang calon

3) Mengusul sekumpulan calon

4) Pengusulan oleh sekumpulan masyarakat

KESIMPULAN

Page 3: institusi khalifah

MAKSUD KHALIFAH

Khalifah ialah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang menjadi ketua (imam atau imamah) negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w dalam pengurusan pemerintahan dan pentadbiran.

Khalifah ialah institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran dan pemerintahan negara dan umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w..

Page 4: institusi khalifah

KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH DALAM KHULAFA AL-RASYIDIN DIBAHAGIKAN KEPADA DUA KAEDAH :-

SYURA

BAIAH

Page 5: institusi khalifah

SYURA

Perkataan “syura’’ berasal daripada perkataan Arab, shura yang bermaksud meminta pendapat dan persafahaman dalam perundingan.

Syura dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam membawa maksud meminjam pendapat orang lain tentang perkara-perkara yang berkaitan bersama.

Musyawarah atau syura ialah permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara.

Page 6: institusi khalifah

BAIAH

Baiah berasal daripada kata dasar ba’a yang bererti menjual.

Membaiah khalifah boleh diibaratkan seperti berakad dalam urusan jual beli.

Khalifah yang dibaiah mestilah komited terhadap segala tugas dan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Sekiranya khalifah tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya, ia sewajarnya mengembalikan semula segala hak dan tanggungjawabnya itu kepada rakyat.

Page 7: institusi khalifah

ISI

4 CARA ATAU KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH

1) Perundingan beramai-ramai

2) Mengusul seorang calon

3) Mengusul sekumpulan calon

4) Pengusulan oleh sekumpulan masyarakat

Page 8: institusi khalifah

1) PERUNDINGAN BERAMAI-RAMAI

Cara ini dilakukan dengan mengadakan perundingan dan persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu.

Untuk menentukan siapakah yang dilantik sebagai khalifah, umat Islam yang diwakili oleh kaum Muhajirin dan Ansar telah berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah pertama.

Untuk mengelakkan permasalahan dalam kalangan umat Islam antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar untuk dipilih sebagai khalifah.

Saidina Umar al-Khattab menarik diri daripada pencalonan dan diikuti oleh Abu Ubaidah.

Page 9: institusi khalifah

Sebaliknya, Saidina Umar al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah.

Cadangan tersebut disokong oleh majoriti umat Islam dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq dibaiahkan dalam musyawarah/syura sebagai khalifah pertama.

Walaupun Saidina Abu Bakar al-Siddiq dibaiahkan dalam syura sebagai khalifah pertama, namun pada peringkat awal pelantikan, Saidina Abu Bakar al-Siddiq tidak dibaiahkan (restu) oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan beberapa keturunan Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka tidak menyertai majlis pelantikan tersebut disebabkan kesibukan mengurus pengkebumian jenazah Nabi Muhammad s.a.w..

Tetapi selepas wafatnya Saidatina Fatimah enam bulan selepas itu, Saidina Ali bin Abu Talib dan beberapa keturunan terdekat Nabi Muhammad s.a.w membaiah pelantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah pertama.

Page 10: institusi khalifah

2) MENGUSUL SESEORANG CALON

Apabila seseorang khalifah baharu hendak dipilih, namanya diusul atau dicalonkan oleh khalifah sebelumnya terlebih dahulu sebelum musyawarah dalm Majlis Syura dan dibaiahkan oleh umat Islam.

Semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sedang gering, umat Islam baharu sahaja pulih daripada masalah kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan murtad.

Untuk mengelakkan masalah dalam negeri berlaku kembali, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih sebagai khalifah.

Pencalonan itu dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam.

Page 11: institusi khalifah

Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 644 M., pencalonan Saidina Umar al-Khattab dibawa ke Majlis Syura.

Melalui musyawarah, para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura , pelantikan Saidina Umar al-Khattab dipersetujui oleh par sahabat dan menerima baiah daripad umat Islam tanpa bantahan.

Page 12: institusi khalifah

3) MENGUSUL SEKUMPULAN CALON

Cara ini berlaku dalam pemilihan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah menggantikan Khalifah Umar al-Khattab.

Khalifah Umar al-Khattab yang sedang tenat kerana ditikam oleh seorang keturunan hamba dari Parsi telah mengemukakan nama 6 orang calon, iaitu Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zuber al-Awwam, dan Saad bin Abu Waqas.

Tiga hari selepas wafatnya Khalifah Umar al-Khattab (644 M.), satu majlis diadakan untuk memilih pengganti khalifah.

Page 13: institusi khalifah

Abdul Rahman bin Auf, Zuber al-Awwam, Saad bin Abu Waqas, dan Talhah bin Ubaidillah menarik diri daripada pencalonan jawatan khalifah.

Pemilihan diadakan antara Saidina Ali bin Abu Talib dan Saidina Uthman bin Affan.

Saidina Uthman bin Affan dibaiahkan sebagai menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah ketiga dalam Khalifah al-Rasyidin kerana Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi.

Page 14: institusi khalifah

4) PENGUSULAN OLEH SEKUMPULAN MASYARAKAT

* Masyarakat Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah seterusnya memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah.

*Apabila wafatnya Khalifah Uthman bin Affan berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan siapakah khalifah yang akan menggantikannya.

*Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah sebagai khalifah, dan penduduk Kufah pula mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai khalifah.

Page 15: institusi khalifah

*Oleh kerana terdapat tiga orang calon untuk jawatan khalifah, maka pemilihan dan musyawarah diadakan untuk menentukan siapa yang akan dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah.

* Keputusan pemilihan dalam musyawarah tersebut, Saidina Ali bin Abu Talib dibaiahkan sebagai khalifah. Akan tetapi, pada peringkat awal, Saidina Ali bin Abu Talib menolak pelantikan tersebut dengan alasan, “Jadikan aku wazir (menteri). Sesiapa yang kamu pilih nescaya aku akan suka kepadanya”.

* Namun, atas desakan para sahabat, akhirnya Saidina Ali bin Abu Talib menerima jawatan sebagai khalifah keempat dalam Khalifah al-Rasyidin.

Page 16: institusi khalifah

KESIMPULAN

Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa al-Rasyidin berlaku secara demokrasi. Setelah wafatnya Khalifah Ali bin Abu Talib, sistem demokrasi dalam pemilihan khalifah dimansuhkan dan berakhirlah pemerintahan Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan berikutnya berkonsepkan warisan yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan (661-681 M.).