inspirator 30 okt 2013 - umar abd aziz

Upload: gptd-unisel

Post on 14-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 INSPIRATOR 30 Okt 2013 - Umar Abd Aziz

    1/1

    pemerintahannya walaupun dalam

    tempoh waktu yang singkat. Antara

    sumbangan beliau ialah pengum-

    pulan hadis-hadis. Umar

    mengarahkan gabenor-gabenor

    wilayah dan ulama-

    ulama terkenaluntuk mengumpulkan hadis-hadis di

    mana sahaja dapat ditemui. Beliau

    khuatir hadis-hadis akan lenyap dan

    muncul hadis palsu. Pada waktu itu,

    hadis-hadis masih tersimpan dalam

    hafalan para sahabat dan rawi.

    Selain itu, dalam ekonomi Umar

    mengurangi beban cukai yang

    dipungut daripada kaum Nasrani,

    menghentikan jizyah daripada umat

    Islam, membuat aturan mengenai

    timbangan dan sukatan, memperbai-

    ki tanah pertanian, pengairan , pem-

    bangunan jalan, menyediakan tem-

    pat penginapan bagi musafir. Beliau

    juga menghentikan pungutan cukai

    di seluruh empayarnya dengan ber-

    kata hal itu dilarang oleh al Quran:

    dan wahai kaumku! Sempur-

    nakanlah sukatan dan timbangan

    dengan adil dan janganlah kamu

    kurangkan manusia akan benda-

    benda yang menjadi haqnya, dan

    janganlah kamu merebakkan

    bencana kerosakan di muka bumi.

    (surah Hud:85).

    Umar tidak memberi perhatian

    untuk membangunkan angkatan

    tentera yang kuat. Beliau lebih

    memberi keutamaan dalam urusannegeri iaitu menigkatkan taraf ke-

    hidupan rakyat. Bagi Umar, perlua-

    san wilayah tidak semestinya

    dengan kekuatan tentera, tetapi juga

    dapat dilaksanakan dengan cara

    yang berhemah dan bijak. Beliau

    juga menyampaikan dakwah dengan

    menulis surat kepada raja-raja dan

    mengajak mereka memeluk Islam.

    Islam telah tersebar luas pada zaman

    itu.

    BiografiUmar Abd al-Aziz

    Umar bin Abdul Aziz dilahirkan di

    Madinah. Beliau khalifah di dinasti

    Umayyah. Ayahnya dari keturunan

    Umayyah manakala ibunya ber-keturunan Umar bin al Khattab, iaitu

    khalifah kedua dari khulafa ar ra-

    syidin. Umar pernah menjadi gabe-

    nor Hedjaz sebelum menjadi kha-

    lifah. Sebaik sahaja Umar dilantik

    menjadi khalifah, beliau terus me-

    mecat gabenor-gabenor yang tidak

    adil dan berlaku kejam terhadap

    rakyat. Beliau juga bersikap lembut

    dalam politik dibandingkan dengan

    khalifah sebelumnya yang

    menggunakan kekerasan terhadap

    lawan politik mereka. Umar banyak

    memberi sumbangan kepada tamdun

    Islam. Antaranya ialah mengumpul-kan hadis- hadis Rasullullah. Umar

    juga telah menghentikan pungutan

    cukai di seluruh empayarnya. Selain

    itu, Umar juga meyampaikan

    dakwah Islam dengan menghantar

    surat kepada raja-raja dan pemimpin

    kafir untuk memeluk Islam. Sikap

    dan peribadi Umar juga telah

    menarik orang bukan Islam untuk

    memeluk Islam. Sebelum Umar

    menjadi khalifah, menjadi kebiasaan

    mencela nama Ali bin Abi Thalib

    dan keturunannya pada setiap khut-

    bah solat jumaat. Umar telah

    menghentikannya dan mengganti-

    kannya dengan bacaan firman Allah.

    Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz

    membawa banyak perubahan kepada

    Islam. Sikap beliau yang sangat

    berhati-hati dan mengutamakan

    kebajikan rakyat telah menaikkan

    taraf kehidupan rakyat di zamann-

    ya.

    Pendidikan

    Umar bin Abdul Aziz mendapat

    pendidikan di Madinah. Madinah

    merupakan pusat ilmu pengetahuan

    dan khazanah para ulama hadis dan

    tafsir pada masa itu. Pendidikan

    yang diperolehinya sangat

    mempengaruhi peribadi Umar.

    Perjuangan

    Umar bin Abdul Aziz pernah men-

    jadi gabenor Hedjaz yang berpusat

    di kota Madinah pada tahun 87H,

    iaitu ketika pemerintahan khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Ketika itu,

    usia beliau baru 24 tahun. Perkara

    pertama yang dilakukan beliau

    apabila tiba di Madinah ialah mem-

    bentuk sebuah dewan penasihat

    yang terdiri daripada 10 ulama yang

    berpengaruh. Melalui penubuhan

    dewan penasihat Umar telah

    meyatukan pandangan umara

    (penguasa) dengan ulama dalam

    menyelesaikan masalah rakyat.

    Umar dikenali sebagai seoranggabenor yang berprestasi dan

    mempunyai reputasi yang baik.

    Tetapi beliau telah dipecat pada

    tahun 93H kerana berselisih dengan

    khalifah akibat hasutan Hajjaj bin

    Yusuf as-Saqafi dan penyokongnya

    yang tidak menyenangi Umar. Teta-

    pi pada masa pemerintahan Sulaim-

    an bin Abdul Malik bin Marwan,

    beliau sekali lagi diberi amanah

    dengan menjawat sebagai Al-Khatib

    (sekretari).

    Sumbangan

    Umar bin Abdul Aziz banyak mem-

    berikan sumbangan dalam

    Ilustrasi wajah Ibn Battutah

    dalam pengembaraan ke

    seluruh dunia

    UMAR BIN ABD AZIZ

    INSPIRATORM E N J E J A K . M E N E L A D A N I . M E M I M P I N | 3 0 O K T 2 0 1 3

    FAKTA

    TOKOH

    Nama sebenar

    Umar bin Abdul

    Aziz ialah Abu

    Hafs Umar bin

    Abdul Aziz bin

    Marwah bin

    Hakam bin As bin

    Umayyah bin Ab-

    dul Syams .

    Beliau dilahirkan di

    Madinah pada ta-

    hun 61H bersa-

    maan 680M.

    Beliau adalah ke-

    turunan Umar al-

    Khattab.

    KATA-KATA

    Pemerintah selalunya

    melantik pegawai untuk

    mengawasi rakyatnya.

    Aku melantik kamu

    untuk mengawasi diriku

    dan kelakuanku. Jika

    kamu mendapati aku

    melakukan kesalahan,

    bimbinglah aku atau

    halanglah aku daripada

    melakukannya.-Umar Abd al-Aziz

    G R U P P E N G K A J I T A M A D U N D U N I A | B I L A N G A N 1 1

    Oleh Norhayati Bt. Abd Kahar

    gptdunisel.blogspot.com #gptduniselGptd Unisel +6013.391.7122

    inspirator.blogspot.com