perbandingan umar abdul aziz dan harun al.docx

38
PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL- RASYID BAHAGIAN A KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ Biodata Ringkas Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab T/Lahir : 61H Umur : 39 tahun Tarikh M/Dunia : 101H Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan Pendidikan Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya) Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang

Upload: zubaidah-hamzah

Post on 22-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL-RASYID

BAHAGIAN A

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam

Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab

T/Lahir : 61H

Umur : 39 tahun

Tarikh M/Dunia : 101H

Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah

Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M

Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta

Page 2: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagihari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana

Page 3: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

CORAK PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI KHALIFAH

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

3.1 Jawatan sebelumnya.

Kebolehan dan ketokohan Umar Abdul Aziz dapat kita saksikan semasa beliau memegang jawatan kerajaan Umaiyyah iaitu sebagai gabenor dan seterusnya semasa menjadi khalifah. Sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, beliau pernah memegang jawatan gabenor di beberapa buah wilayah dalam masa kerajaan Umaiyyah, khasnya pada zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Semasa Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah iaitu selepas perkahwinannya dengan Fatimah binti Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Khunashirah. Khunashirah adalah sebuah negeri yang agak besar sesudah Aleppo di Syria dalam tahun 85 H.

Page 4: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

3.2 Menjadi Gabenor Madinah

Selepas perlantikan beliau menjadi gabenor disini lebih kurang dua tahun. Umar bin Abdul Aziz ditukarkan pula menjadi gabenor di Madinah. Penukaran ini berlaku pada tahun 87 H dimana khalifah al-Walid bin Abdul Malik memilihnya pula menjadi gabenor di Madinah setelah menukarkan Hisyam bin Ismail al-Makhzumi yang menjadi gabenor sebelumnya.

Semasa menjadi gabenor di Madinah, beliau telah berjaya menunjukkan keadilan dan ketokohannya serta tidak mementingkan kepada keluarga sendiri dalam sebarang jawatan. Pengambilan para pegawai dan pekerjanya adalah berdasarkan kepada kebolehan dan kecekapan yang ada pada diri seseorang tanpa memandang kepada darjat, keturunan dan pangkat. Pada masa beliau menjadi gabenor jugalah, masjid al-Nabawi diperbaiki dengan pembinaan semula supaya ianya menjadi lebih selesa, lebih baik dan lebih menarik.

Beliau berjaya menyelesaikan masalah yang timbul sebelum ini dan disamping itu, beliau juga berjaya membuat beberapa pembaikan untuk rakyat di Madinah. Memandang kebijaksanaan dan kebolehan Umar mentadbirkan Negara dengan baik. Maka khalifah al-Walid bin Abdul Malik melantiknya pula sebagai gabenor di kota suci Mekah. Ini bererti Umar bin Abdul Aziz terpaksa mengendalikan dua kawasan yang dianggap terpenting dikalangan umat Islam seluruh dunia iaitu Mekah dan Madinah.

3.3 Dilantik menjadi Khalifah

Kemudian dia dilantik menjadi menteri oleh Sulayman ibn Abd al-Malik yang menerima nasihat Raja ibn Haywah, seorang ahli fiqh, agar melantik seorang lelaki soleh sebagai khalifah umat Islam, iaitu Umar ibn Abd al-Aziz, bersesuaian dengan pelantikan khalifah secara warisan. Pelantikan ini berlaku pada tahun 99H/717M.

Setelah menduduki takhta pemerintahan, Umar ibn Abd al-Aziz segera melaksanakan projek kemudahan asas dan melucutkan beberapa orang penguasa yang tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat. Tempat mereka diganti oleh orang yang mementingkan keadilan, bersih dan beristiqamah. Di samping itu, beliau cuba menarik hati golongan Syiah dengan menghapuskan kata-kata kecaman terhadap Sayidina Ali r.a dalam khutbah dan tidak lagi mengancam mereka. Beliau juga menghapuskan jizyah terhadap kafir zimmi yang memeluk Islam serta mengarahkan supaya diserahkan kembali hak mereka.

Khalifah Umar juga turut menghalang dirinya dan keluarganya daripada menikmati sebarang bentuk kemewahan yang berlebihan, sehingga dia meminta agar isterinya menyerahkan barang kemasnya kepada baitulmal. Umar ibn Abd al-Aziz juga menghapuskan segala cukai yang berlebihan dan meminta agar semua gabenor mengambil kira pandangannya dalam melaksanakan sesuatu hukuman. Cara politik ini menyebabkan ramai orang memeluk agama Islam terutamanya raja-raja daripada Sind, Hind dan Bar.

Page 5: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

4.0 POLISI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

4.1 Politik

Dalam bidang ini merangkumi aspek-aspek pentadbiran, dasar dalam dan luar negeri, perlantikan para pegawai dan sebagainya. Ahli-ahli sejarah bersepakat mengatakan corak pentadbiran baginda samalah seperti mana khalifah-khalifah al-Rasyidin. Bentuk atau corak pemerintahan baginda adalah berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Dari awal beliau dilantik, beliau telah mengadakan reformasi yang tidak terkeluar dari hakikat dan kehendak Islam yang sebenarnya. Antara reformasi itu ialah, beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura mengikut Islam. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan pada masa khalifah umaiyyah kecuali di zaman Umar bin Abdul Aziz sahaja.

Pada tahun pertama beliau dilantik menjadi khalifah iaitu pada tahun 99H, Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengadakan beberapa reformasi dan rancangan-rancangan yang begitu menyeluruh dalam semua bidang. Antaranya ialah menyusun semula nama-nama para gabenor, qadhi-qadhi dan para pegawai kerajaan yang lain.

Khalifah Umar Abdul Aziz juga melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah, nama pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran umat. Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak tegas kepada sesiapa sahaja dari para pembesarnya atau gabenornya samada gabenor yang telah dilantik oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu atau kepada mereka yang dilantik oleh beliau sendiri.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati semasa melantik para pegawainya. Beliau tidak taksub kepada mana-mana pihak, malah apa yang menjadi ukuran beliau ialah kelebihan yang ada pada seseorang walaupun bukan dari keluarganya, bukan sahabatnya atau bukan bangsa arab. Didalam pentadbiran negara juga, beliau akan memecat dan tidak melantik kepada mereka yang kurang berpengetahuan dalam bidang agama Islam. Khalifah Umar juga pernah mengingatkan kepada para gabenornya supaya mengambil orang-orang yang pakar tentang maksud-maksud al-Quran dalam pentadbiran negara.

Dalam usaha menjalankan reformasinya, beliau telah mengembalikan semula gereja yang telah diambil oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu daripada orang-orang nasrani. Tujuan pengambilan itu adalah untuk diubahsuaikan bagi pembinaan masjid. Ini kerana beliau berpendapat bahawa tindakan khalifah-khalifah yang lalu adalah diluar dari kehendak Islam yang sebenarnya. Langkah seperti ini, membawa kesan yang positif terhadap orang-orang nasrani untuk mereka berfikir, membuat kajian tentang akidah Islam dan seterusnya mungkin membawa mereka menerima Islam.

Polisi luar khalifah Umar terhadap negara-negara asing, khususnya negara-negara bukan Islam, polisi beliau adalah berdasarkan kepada daulah islamiah. Inilah satu reformasi beliau terhadap dasar luar kerajaan. Khalifah-khalifah sebelumnya menggunakan polisi menyerang negara-negara asing, dalam usaha meluaskan

Page 6: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

jajahan takluk Islam serta akidahnya. Tetapi khalifah Umar tidak suka melakukan pertumpahan darah sesama manusia. Beliau lebih suka menukarkan dari cara peperangan kepada cara berdakwah. Cara ini adalah lebih berkesan dan lebih praltikal jika dibandingkan dengan khalifah-khalifah Umaiyyah sebelumnya.

4.2 Ekonomi.

Dalam bidang ini, khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menggariskan dasar-dasar pokok pentadbiran ekonomi Negara. Mengikut seorang ahli sejarah Muhamad Ali Dannawi, terdapat enam asas penting yang telah digariskan oleh Umar bin Abdul Aziz iaitu:

- Harta itu adalah harta Allah. Manusia hanya berusaha sekadar keperluannya sahaja.

- Kerajaan akan memberi jaminan kesenangan kepada manusia sekadar tahap minimum sahaja.

- Zakat mesti dipungut segera dan dibahagikan kepada orang yang berhak dengan segera. Jika didapati lebih, hendaklah dikembalikan kepada Baitulmal.

- Wajib ada perimbangan antara kemasukan dan pengeluaran ekonomi Negara.

- Baitulmal Markazi hendaklah mentadbirkan kewangan seluruh pelusuk negara.

-Baitulmal Markazi juga, berkuasa mengeluar dan menukarkan wang jika perlu dan para pegawainya bertanggungjawab keatas Baitulmal dan ianya diletak di bawah kawalan rapi tentang perbelanjaan tahunannya.

Beliau juga telah mengadakan beberapa reformasi dalam bidang ini dan cuba mengembalikan semula peraturan ekonomi sebagaimana di zaman Khalifah Umar al-khattab dahulu. Antara peraturan-peraturan yang diikuti oleh beliau ialah:

- Menegah orang-orang arab memiliki tanah-tanah di negara-negara yang dibuka.

- Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab selepas mereka memeluk agama Islam tetapi mereka dikenakan cukai al-Kharaj keatas tanah-tanah mereka.

Pembaharuan dan polisi yang dilakukan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memberikan suatu dasar baru kepada masyarakat. Pembaharuan berjaya menambahkan ekonomi negara dan mengembangkan akidah islamiah apabila ramai yang memeluk agama Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan para gabenornya supaya menghapuskan bayaran jizyah kepada setiap orang yang memeluk Islam. Tindakan dan polisi Umar ini menyebabkan setengah gabenornya mengadu kebimbangan mereka tentang akan kurangnya harta Baitulmal. Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Page 7: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

menjelaskan kepada mereka yang sebenarnya penghapusan jizyah itu memberi kesan dan kemenangan yang besar terhadap ekonomi dan akidah Islam. Inilah antara langkah dan reformasi yang positif yang pernah dilakukan oleh beliau. Golongan zimmah, apabila mereka menerima Islam, mereka dikenakan bayaran zakat. Ini bererti menambah wang umat Islam secara keseluruhannya. Penghapusan jizyah seolah-olah sebagai teknik untuk menarik mereka memeluk Islam.

Di dalam usaha membersih kebatilan dan menambahkan ekonomi negara, khalifah Umar tidak bertindak kepada orang lain, kecuali selepas dilakukan keatas dirinya dahulu. Antara tindakan awal terhadap dirinya ialah beliau menjual setiap yang dimilikinya seperti kebun-kebun, kenderaan-kenderaan, barang-barang mewah, kuda-kuda, pakaian-pakaian, minyak atar, perabot-perabot dan banyak lagi barang-barang lain sehingga sampai nilainya sebanyak dua puluh tiga ribu dinar. Kesemua harta-harta itu diserahkan kepada Baitulmal.

Mengikut Ibn al-Athir dan beberapa orang ahli sejarawan yang lain, mereka mengatakan bahawa perbelanjaan Khalifah Umar setiap hari hanya dua dirham sahaja. Wang atau dirham itu diambil daripada Baitulmal. Ringkasnya dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar berjaya memberi keselesaan kepada semua rakyat. Suasana perekonomiaan negara dan harta Baitulmal adalah yang paling tinggi sekali, jika dibandingkan dengan zaman-zaman Khalifah Umaiyyah sebelumnya. Rakyat hidup dengan mewah tanpa berlaku sebarang masalah antara mereka. Masalah sosial seperti rasuah dan sebagainya dapat diatasi. Para petani, mereka menerima pendapatan yang lumayan. Begitulah juga dengan para pegawai kerajaan yang lain, sehingga gaji sampai kepada tiga ratus dinar setiap bulan.

4.3 Sosial.

Khalifah Umar bukanlah sebagai seorang Khalifah yang hanya pandai mentadbirkan negara dan bijak menyusun program kemajuan ekonomi negara, malah baginda juga tidak lupa mengadakan reformasi dalam bidang sosial demi kebaikan umat dan agama Islam. Jalan raya, tempat persinggahan musafir, perkhidmatan pos, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, pusat kesihatan dan sebagainya diadakan di dalam negara.

Antara sumbangan Umar ibn Abd al-Aziz sepanjang tempoh perkhidmatannya di Hijaz ialah menggali telaga-telaga, membaiki jalan, memerintah dengan penuh keadilan tanpa penentangan daripada para pembangkang politik Bani Umayyah dan gabenor-gabenornya. Dia berjaya menarik hati semua golongan dan menghormati mereka. Pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah menggariskan beberapa ciri bagi meninggikan kehidupan rakyat. Pada pandangan beliau, untuk mencapai hasrat ini, sesebuah negara mestilah paling kurang mempunyai keadaan minimum seperti berikut:

- Seseorang itu mesti memiliki sebuah rumah.

- Mesti ada seekor kuda untuk mempertahankan diri dan berjihad.

- Mesti cukup alat perabot rumah.

Page 8: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

- Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam hidupnya. Seperti orang buta, orang lemah, fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Mereka ini diberi pertolongan seperti tempat penginapan, bantuan-bantuan yang berupa mental dan material. Khalifah Umar pernah mengarahkan pihak berkuasa Sham supaya mengadakan tempat bagi setiap orang yang buta.

Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga penyair-penyair atau penyanyi mereka tidak mendapat peluang untuk berpoya-poya. Manakala pelaku-pelaku jenayah pula, keadaan mereka pada zaman Khalifah Umar adalah baik tidak sebagaimana zaman khalifah-khalifah Umaiyyah sebelumnya. Bahkan mereka telah berpaling dengan melihat contoh Hasan al-Basri iaitu seorang ulama’ dan salah seorang yang kuat beribadat.

Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam serta penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian al-Quran dan sebagainya. Beliau mengarahkan setiap gabenor wilayah supaya mengambil berat tentang pengajian ini. Beliau menjadikan masjid sebagai pusat memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Para ulama’ pula adalah sebagai pengembang dan penyebar ilmu pengetahuan Islam di wilayah-wilayah Islam.Maka Umar bin Abdul Aziz telah menghantar ke Maghrib sepuluh orang fuqaha’ untuk menerangkan atau mengajar mereka itu dalam perkara-perkara agama.

Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi dan sebagainya kedalam bahasa arab. Tujuan beliau adalah untuk memberi kefahaman kepada orang-orang Islam terhadap berbagai ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Dalam bidang pengajian nahu dan soraf, baginda menggunakan cara yang baru. Ini disebabkan oleh banyaknya orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Beliau juga tidak lupa dalam usaha penyusunan semula hadis. Jasa beliau ini amat besar ertinya kepada kaum muslimin seluruhnya.

Khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau kerohaniaan dan ilmu keduniaan lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana keperluan orang ramai dalam kehidupan mereka seharian, untuk menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman. Pada zaman Umar lahir seorang doktor yang terkenal bernama Abdul Malik bin Abjar atau Ibn Bahr al-Kamani. Ramai lagi tokoh-tokoh dalam berbagai bidang yang lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan pengembangan ilmu pengetahuan.

5.0 REFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR

5.1 Menghilangkan Amalan Nepotisme.

Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan. Keadilan adalah di antara dasar pemerintahan yang akan ditugaskan dan diperjuangkan beliau menurunkan kaum kerabat Bani Umayyah yang tidak bijak memerintah dan berunsurkan tipu daya.

Page 9: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Al-Mas’udi meriwayatkan: “Umar Abdul Aziz adalah ahli ibadah dan tawaduk, ia memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat Bani Umayyah dan menggantikannya dengan pekerja-pekerja yang lebih berkemampuan untuk bekerja”. Kemudian beliau memberikan nasihat-nasihat kepada gabenor-gabenornya. Beliau sangat mencela tindakan pegawai-pegawainya yang menyeleweng dan tidak berlaku amanah terhadap rakyatnya. Di antara ucapan beliau ialah: “Sesungguhnya kami menganggap yang lari dari kezaliman para pemimpinnya sebagai penderhaka, maka ketahuilah bahawa yang lebih patut dianggap menderhaka ialah pemimpin yang zalim. Ingatlah tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Allah.

Al-Balazuri menerangkan bahawa Muhammad bin Yusuf merupakan saudara Hajjaj bin Yusuf, pegawainya di Yaman melakukan penyelewengan merampas tanah-tanah rakyat tanpa hak dan mewajibkan penduduk Yaman agar membayar kharaj. Ketika Umar memegang jawatan Khilafah ia memerintahkan gabenornya untuk menghapuskan kewajipan tersebut dan supaya meringankan beban orang-orang yang dalam kesempitan.

Al-Mada’ini meriwayatkan: Umar mengangkat seorang laki-laki daripada bapa saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya dua orang laki-laki yang minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar (kewangan) tetapi beliau tidak memberi keputusan yang bijak antara keduanya dan mengenakan denda satu dinar, kemudian beliau akan menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut, maka Umar mengirim surat kepadanya:”Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu supaya meminta denda dan beliau menggantikannya dengan benda lain”.

5.2 Memecat wali-wali yang zalim dan menggantikannya dengan yang lebih baik.

" والزكاة الصالة كإقامة عندي الحدود إقامة "إن

Maksudnya:

“ Sesungguhnya mengenakan hudud disisiku adalah sama hukumnya dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat”.

Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa-kuasa untuk pemerintahan pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindakan yang dibuat oleh wali-walinya dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga leluhur yang sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan wali-wali yang kuat seperti Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta wali-walinya supaya melaksanakan arahannya.

Dalam suasana begini perdagangan politik wali secara individu tidak penting berbanding dengan pemusatan kuasa pemerintahan Sulaiman. Umar bin Abdul Aziz memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir dan beliau bersedia melantik sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj sekiranya ia mempunyai sifat-sifat itu.

Page 10: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ianya berjalan terus dan memerhatikan setiap kemungkaran dan tabiat para wali yang menindas rakyat dengan kezaliman iaitu dengan mengganti mereka yang ternyata kezaliman dan digantikan tempatnya oleh para wali yang baik akhlak dan budi pekertinya.

Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan amil-amil yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir. Usamah adalah seorang yang zalim dan banyak tindakannya yang melampaui batas. Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara dan Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq serta Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.

Tindakan selanjutnya ialah memecat Yazid bin Muhallab, wali Sulaiman di wilayah Timur dan seterusnya membahagikan kawasan yang besar itu kepada tiga bahagian iaitu Kufah, Basrah dan Khurasan. Dengan cara ini ia dapat dikuasai dan dikawal dengan sepenuhnya. Umar bin Abdul Aziz memandanganya sebagai gabenor diktator dan mengarahkan supaya mengembalikan harta rampasan perang dari Jurjan kemudian digantikan kedudukannya oleh Abdul Rahman bin Naimal Ghiffari. Kemudian dimasukkan penjara namun dapat melarikan diri ketika Umar sakit tenat.

Demikianlah pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk memecat gabenor-gabenor yang tidak berkelayakan adalah sama seperti mendirikan solat dan membayar zakat. Jika beliau tidak tunaikan amanat itu, beliau akan menanggung dosa di hadapan Allah kelak.

5.3 Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.

Khalifah Umar bin Abd Aziz pernah berkata yang bermaksudnya:

“Bahawasanya saya tidak menuduh agamamu dan tidak juga amanahmu, tetapi saya mencurigai kelalaianmu dan pemborosanmu, sesungguhnya saya akan menjadi hujah kaum Muslimin dalam harta mereka, kemudian ia memerintahkan mengganti harta baitulmal yang hilang kemudian dikembalikannya semula dan ia menghibahkan dari harta persendiriannya”.

Sifat amanah yang tinggi mendorong Umar bin Aziz untuk berlaku adil terhadap semua pihak baik terhadap dirinya, keluarganya mahupun kerabatnya yang dekat sekalipun. Bagi beliau, tidak ada sedikit pun perasaan takut untuk dikecam, ditentang atau dimusuhi sekalipun. Cintanya pada Allah dan Rasul mengatasi cintanya kepada kaum kerabatnya yang dinilai telah membolot harta kerajaan tanpa kebenaran. Sementara di sana ditemukan ramai rakyatnya yang hidup kekurangan dan tertindas hak-haknya.

Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan, sememangnya kenderaan itu dikhaskan bagi khalifah-khalifah yang baru, beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal, beliau tidak mahu

Page 11: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

tinggal di istana sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. Begitu juga semua tenda-tenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.

5.4 Mengubah Strategi Dakwah

Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada dakwah secara berhikmah. Beliau menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya, dakwah itu sangat berkesan menyebabkan ramai orang-orang yang memeluk Islam dan mengirim 10 ahli fiqh untuk mengajar mereka asas-asas agama dan pengajaran-pengajarannya kepada negeri-negeri yang baru menerima Islam. Beliau juga mengirim surat kepada Leo III raja Rom dan raja Sind mengajaknya memeluk Islam. Setelah mereka tahu sirahnya, maka mereka masuk Islam di antaranya ialah raja Hisbah bin Zahir. Kemudian Umar bin Abdul Aziz mengangkat Umar bin Muslim saudara Qutaibah bin Muslim di sempadan sebagai walinya.

Umar Abdul Aziz memang menjauhi penyebaran Islam dengan dakwah yang lemah lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera ynag melawan negara jirannya seperti Konstantinopal dan Asia Tengah. Umar Abdul Aziz mengarahkan al-Jarrah supaya menyeru penduduk tempatan memeluk agama Islam dan mengatakan sesiapa sahaja yang memeluk agama Islam akan dikecualikan daripada membayar jizyah, nama mereka disenaraikan dalam diwan dan akan dilayan seperti orang-orang Islam yang lain.

Menurut Mada’ini, Umar bin Abdul Aziz mengambil langkah ini apabila ia menerima aduan bahawa seramai 20 ribu orang kaum mawali yang menyertai beberapa kempen tidak menerima ata’, dan mereka yang memeluk Islam masih juga dikenakan jizyah. Kemudian beliau menghapuskan jizyah tersebut dari para mualaf. Umar juga sangat bijaksana dalam penarikan ufti (kharaj) sebagai contohnya beliau telah mengeluarkan arahan kepada Uqba’ bin Zur’a al-Ta’I supaya memungut ufti tanpa penganianyaan dan jika terdapat kelebihan yang diperlukan selepas pembahagian gaji, akan dibahagikan kepada kaum yang memerlukannya di Khurasan. Jika sekiranya jumlah kharaj yang diperlukan tidak mencukupi, maka Umar bin Abdul Aziz akan menghantar wang ke khurasan bagi menampung kekurangan wang itu.

5.5. Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).

Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini. Umar bin Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan akan tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.

Page 12: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Umar Abdul Aziz mengangkat maruah rakyatnya supaya berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Ia menulis surat kepada rakyatnya dipelbagai daerah:’’pegawai mana sahaja yang menjauhi kebenaran dan tidak beramal dengan al-Quran dan al-Sunah, tidak perlu kalian mentaatinya dan urusannya saya serahkan kepada kalian sampai kebenaran dikembalikan dan iapun tercela’’. Di antara salah satu suratnya kepada gabenor yang berbunyi: ”telah banyak orang yang mengeluh tentang dirimu dan sedikit yang memujimu, maka jika engkau tidak mahu berbuat adil aku akan memecatmu”. Pendapat rakyatnya yang bernas dan tepat sangat dihormati, beliau tidak mahu menyusahkan rakyatnya sebaliknya beliau tidak teragak-agak memecat gabenornya jika mengikut pendapat mereka melakukan penyelewengan dari panduan-panduannya. Demikianlah ia menjadikan kekuasaan rakyat di dalam kerajaannya.

Penghormatan Umar bin Abdul Aziz terhadap kebenaran sangat tinggi, beliau memuliakan kepada sesiapa sahaja yang dapat menyampaikan kebenaran tersebut tanpa megambil kira siapa sahaja orangnya. Dalam Muruj al-Zahab disebutkan seorang budak yang mewakili delegasi sebuah rombongan mereka. Pada suatu hari datang utusan dari Hijaz dan di antara mereka tampil seorang budak kecil untuk berbicara atas nama mereka dan mengemukakan masalah mereka.

Maka Umar Abdul Aziz menyanggahnya dan berkata kepadanya: Wahai budak, biarkan orang yang lebih tua darimu berbicara. Kemudian budak itu menjawab: Maksudnya: Wahai Amirul Mukminin, manusia itu diukur dengan kedua miliknya yang kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah telah mengkurniakan kepada seorang hamba lisan yang petah dan hati yang terjaga maka sebenarnya ia telah dielokkan dengan perhiasan. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pengutamaan seseorang itu kerana umurnya maka dalam umat ini masih banyak lagi yang lebih tua daripada kamu.

Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada pendapat-pendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil sekalipun. Syura benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem pemaksaan yang bersifat diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Rakyatnya tidak takut untuk mengemukakan pendapatnya jika benar ataupun menyanggah keputusan-keputusannya jika tidak sesuai dengan al-Quran mahupun al-Hadis.

6.0 KESIMPULAN

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya. Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

Page 13: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat kerana kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya dalam tempoh 2 tahun 5 bulan sahaja dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman.

KHALIFAH HARUN AL-RASYID – PEMERINTAHAN EMAS ISLAM

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Maret 809, di Thus, Khurasan. Harun Ar-Rasyid adalah kalifah kelima dari kekalifahan Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahnya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan kakaknya, Musa Al-Hadi adalah kalifah yang ketiga.Ibunya Jurasyiyah dijuluki Khayzuran berasal dari Yaman.

PENDIDIKAN

Meskipun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dikenal dekat dengan keluarga Barmaki dari Persia (Iran). Di masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya ibn Khalid Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenal sebagai masa keemasan Islam (The Golden Age of Islam), di mana saat itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Di masa pemerintahannya beliau :* Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.* Membangun kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.* Membangun tempat-tempat peribadatan.* Membangun sarana pendidikan, kesehatan, dan perdagangan.* Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.* Membangun majelis Al-Muzakarah, yakni lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, mesjid-mesjid, dan istana.

SIFAT-SIFAT PERIBADIBanyak orang meyakini bahwa khalifah Bani ‘Abbas, Harun al-Rasyid adalah seorang yang suka hura-hura dan foya-foya, hidup dalam gelamour kehidupan.Namun sebenarnya, tidaklah demikian. Harun al-Rasyid amat berbeda dari kondisi seperti itu sama sekali.

Page 14: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Beliau adalah Abu Ja’far, Harun bin al-Mahdi, Muhammad bin al-Manshur, salah seorang khalifah Daulah Bani ‘Abbasiah di Iraq, yang lahir tahun 148 H.Beliau menjadi khalifah menggantikan kakaknya, al-Hadi pada tahun 170 H. Beliau merupakan khalifah paling baik, dan raja dunia paling agung pada waktu itu.

Beliau biasa menunaikan haji setahun dan berperang setahun. Sekalipun sebagai seorang khalifah, beliau masih sempat shalat yang bila dihitung setiap harinya mencapai seratus rakaat hingga beliau wafat. Beliau tidak meninggalkan hal itu kecuali bila ada uzur. Demikian pula, beliau biasa bersedekah dari harta pribadinya setiap harinya sebesar 1000 dirham.

Beliau orang yang mencintai ilmu dan para penuntut ilmu, mengagungkan kehormatan Islam dan membenci debat kusir dalam agama dan perkataan yang bertentangan dengan Kitabullah dan as-Sunnah an-Nabawiyyah.

Beliau berumrah tahun 179 H di bulan Ramadhan, dan terus dalam kondisi ihram hingga melaksanakan kewajiban haji. Beliau berjalan kaki dari Mekkah ke padang Arafah.

CORAK PEMERINTAHAN HARUN AL-RASYID SEBAGAI KHALIFAH

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.

Page 15: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian- Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah.

Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al- Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.

Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seoranhg khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang

Page 16: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan keamanan Negara yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

DARI BUKU LAIN

Harun Ar Rasyid rah.a, -yang puteranya tidak menyukai dunia- terkenal sebagai khalifah yang sangat shaleh dan budiman. Biasanya, jika seseorang memilki kekuasaan dan harta kekayaan, suka tergelincir dalam perbuatan-perbuatan buruk, tetapi sejarah membuktikan bahwa ia banyak terjun dalam hal agama. Selama masa kekhalifahannya, ia shalat nafil seratus rakaat setiap hari hingga wafatnya. Ia suka bersedekah dari saku pribadinya seribu dirham setiap hari. Ia juga memimpin pasukan jihad dan beribadah haji dua tahun sekali.

Apabila beribadah haji, ia membawa seratus alim ulama dan putera mereka bersamanya. Dan pada tahun-tahun ia berjihad, ia akan mengirim tiga ratus orang rakyatnya untuk pergi haji. Ia menanggung biaya-biaya perjalanan, makanan dan pakaian mereka. Ia memberikan pelayanan dan pakaian yang terbaik untuk mereka. Ia pun biasa memberi hadiah kepada siapapun yang meminta pertolongannya, dan menolong siapapun atas kehendaknya tanpa diminta. Ia sangat mencintai alim ulama, yang mendapat penghormatan tersendiri di istananya.

Suatu ketika, muhaddits terkenal Abu Muawiyah ad Dharir (bermakna yang buta) makan bersama Harun Ar Rasyid. Setelah makan, ketika ulama buta itu berdiri untuk mencuci tangannya, khalifah langsung mengucurkan air ke atas tangannya., dan berkata bahwa ia melakukan itu karena penghormatannya kepada ilmunya.

Abu Muawiyah ad Dharir rah.a. berkata, "Suatu ketika, pada saat aku menceritakan kepadanya tentang hadits Rasulullah Saw. tentang perdebatan antara Adam a.s. dan Musa a.s. ada seseorang laki-laki yang duduk di dekatnya berkata, "Di mana mereka telah bertemu?"

Mendengar hal ini, Harun Ar Rasyid langsung berseru marah, "Mana pedangku? Biar kupenggal leher orang zindiq ini. Ia berani membantah hadits Rasulullah Saw.?"

Dan Harun Ar Rasyid sering menangis keras bila ada nasehat yang ditujukan kepadanya. (Sejarah Baghdad- Al Khatib).

Page 17: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

KHALIFAH HARUN AL-RASHID

Posted on/at 8:34 AM by Permaidani Hijau

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati

kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami

dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya

Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka

berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat

akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat

(kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba.

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan

melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh

dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin

(Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke

jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan

jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana

sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

============ ========= ========= ========= ========= ========= ====

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia

telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan

kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam

majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid

dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan

kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis.

Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun

Page 18: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan

lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di

penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati

ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan.

Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan

yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima

hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak

hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut.

Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al

Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan

jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang

menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke

madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya

untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun

segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan

Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang

memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut

Page 19: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu

terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah rauk

muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri

dengan rauk muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan

saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya

dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri

meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya

juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa

surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan,

membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab

salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang

marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah

buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Page 20: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri.

Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak

dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga

mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan

menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan

Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan

surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.

Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah.

Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan

perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama

perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas

dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian

tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak

dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal.

Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan rauk muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri

mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang

suratnya.

Page 21: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat,

serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong

perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah,

datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan

harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadimu.

Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu

serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam

kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari

rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang

enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri

dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka

dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam

kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan

dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang

telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi

jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin

banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri

adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan

Page 22: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh

Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan

gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan

kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan

Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi

rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan

kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu

berkatalah Menteri tersebut kepada para pedagang

di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai

ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan

anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana.

Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri

tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ?

Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku.

Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat

dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Page 23: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di

situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun

kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri.

Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan

pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan,

melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada

Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah

perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al

Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai

Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu

kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat

jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir

buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu

Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan

Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun

Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah

Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah

menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan embacanya.

Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh

Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas.

Jawapan Hassan Al Basri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan

terus menangis. Tangisan keinsafan.

Page 24: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan

surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai

solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan

terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan

nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan

buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam

pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah

seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-HADIS

Sekiranya sunnah dahulunya terbiar tanpa pembelaan dan usaha para sahabat, ulama dan cerdik pandai Islam, sudah tentu hari ini umat Islam hari ini tidak dapat menatapinya dan dan umat Islam pasti menghadapi berbagai-bagai kesukaran dalam menyelesaikan pelbagai persoalan yang menunggu di hadapan mereka hari ini. Semasa hayat Rasulullah s.a.w. secara umumnya Sunnah tidak ditulis. Antara sebab terjadi demikian ialah kejahilan orang-orang Islam pada waktu itu di bidang penulisan dan mereka masih lagi bergantung sepenuhnya kepada metod penghafalan dan pengingatan di dalam merekodkan apa-apa maklumat atau peristiwa.

Mengikut Muhammad Yusof Musa, sebab sebenar mengapa sunnah tidak ditulis pada masa hayat Rasulullah s.a.w. ialah larangan Rasulullah s.a.w. sendiri berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudri, sabda Nabi s.a.w dengan maksudnya: “Jangan menulis apa-apa dari saya. Sesiapa yang menulis apa-apa dari saya selain daripada al-Quran hendaklah dia padamkan”.

Abu Hurairah meriwayatkan yang bermaksud ”Rasulullah s.a.w. telah keluar kepada kami pada waktu kami sedang menulis hadith-hadith. Nabi s.a.w lalu bertanya ”Apa yang kamu semua tulis ini ?” Jawap kami; ‘hadith-hadith yang kami ambil dari tuan’. Sabda Nabi s.a.w ”Sebuah kitab yang lain dari kitabullah? Tahukah kamu bahawa sebab mengapa orang-orang terdahulu menjadi sesat ialah kerana mereka menulis kitab-kitab lain di samping Kitabullah ta’ala.”

Rasulullah pada ketika enggan membenarkan penulisan hadis kerana bimbang sekiranya terjadi percampuran antara al-Quran dan al-hadis dan umat Islam tidak dapat membezakan antara sumber kedua –dua sumber tersebut hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam akhir zaman untuk menentukan yang mana lebih utama. Zaid bin Thabit meriwayatkan yang dinukil oleh seorang sahabat bernama Abu Sa’id al-Khudri, sabda Nabi s.a.w:”Janganlah kamu tulis

Page 25: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

sesuatu tentangku, barang siapa yang telah menulis tentangku selain al-Quran, maka padamkanlah, ceritalah tentangku tidak mengapa tetapi sesiapa yang membuat pembohongan ke atas diriku dengan sengaja, maka tersedia tempatnya dalam neraka.”

Memang tidak dinafikan bahawa ramai di kalangan sahabat yang tidak dapat bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. sepanjang waktu untuk menerima dan meneliti setiap perkataan dan perbuatannya. Bagaimanapun apa yang jelas larangan tersebut bukanlah dinyatakan secara tegas.

Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan sebaliknya. Abu Hurairah berkata:” Tidak ada daripada para sahabat Nabi s.a.w. yang mempunyai lebih banyak hadis daripada saya kecuali Abdullah Ibn Amr kerana dia menulis sedangkan saya tidak. Dalam hadith lain Rafi’ bin Khudaij menyebut:” Kami berkata: Wahai Rasulullah s.a.w. ! Kami telah mendengar banyak perkara daripada tuan, apakah boleh kami menulisnya? Jawap baginda:”Tulislah, tidak mengapa.” (Asmawi, 2003).

Kemungkinan larangan itu bukan terhadap penulisan hadis secara umum, tetapi sebaliknya terhadap penulisan hadis bersama-sama dengan al-Quran dalam sohifah yang sama. Tujuannya ialah supaya tidak bercampur baur dengan al-Quran atau mengurangkan minat para sahabah di dalam menulis ayat-ayat al-Quran. Apabila kedudukan al-Quran dan sunnah telah jelas bagi orang Islam, penulisan hadis pun dibenarkan, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah menghafal.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN   HADIS PADA ZAMAN SAHABAT

Zaman pemerintahan saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar al- Khattab tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu Hadis. Pengumpulan hadis yang dilakukan di peringkat ini iaitu pengumpulan secara hafalan sahaja. Antara sebab lain yang mendorong kepada tidak berlakunya penulisan hadith ialah sikap para sahabah sendiri bimbang ianya akan menjejaskan perhatian mereka atau perhatian orang ramai terhadap al-Quran. Aisyah pernah meriwayatkan bahawa bapanya Abu Bakr al-Siddiq pernah membakar lima ratus hadis.

Umar Ibn al-Khattab pernah berfikir untuk mengumpul sunnah secara bertulis, tetapi mengubah fikiran walaupun telah mendapat persetujuan ramai.

Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan, melarang anaknya daripada menulis hadis kerana takut beliau tidak menulisnya dengan tepat. Dalam riwayat lain beliau disebut sebagai berkata:’Hafallah daripada kami sebagaimana kami telah menghafalnya’.

Dipercayai banyak daripada tulisan-tulisan mengenai hadis dipadamkan atau dimusnahkan oleh penulisnya sendiri kerana takut ia akan terjatuh ke tangan orang

Page 26: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

yang tidak layak, tidak alim dan tidak tahu membezakan antara al-Quran dan hadis atau perkara-perkara lain.

Walaupun begitu peranan hadis ketika itu semain menonjol apabila sahabat menghadapi masalah untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dinyatakan dalam al-Quran secara khusus misalnya hak pewarisan nenek. Al-Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan hadith bahawa dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. memberikan satu perenam harta kepda seorang nenek. Dalam keadaan berhati-hati usaha di kalangan sahabat yang mengambil berat soal hadis tetap ada.

Abu Ayub al-Ansari misalnya sanggup mengembara ke negeri Mesir menemui Uqbah bin Amir semata-mata kerana mahu mengesahkan sebuah hadis yang berbunyi:”Barang siapa yang menutup keaiban atau kesulitan seorang saudaranya yang muslim di dunia nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”Mengikut riwayat Nafi’ daripada Ibnu Umar ada terdapat selambar tulisan mengenai zakat binatang peliharaan di hulu pedang Umar Ibn Khattab.

Ali juga diketahui telah menggantung di pedangnya satu catatan tentang jenayah, kehormatan bumi madinah dan hukum tidak dibunuh balas orang Islam yang membunuh orang kafir. Mengikut Ibn al-Hanafiah Muhammad Ibn Ali r.a. bapanya pernah menghantar beliau untuk membawa sepucuk surat kepada Uthman yang didalamnya mengandungi arahan-arahan Rasulullah s.a.w. tentang zakat.

Sa’d Ibn Ubbadah r.a. juga diriwayatkan memiliki beberapa buah penulisan yang mengandungi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sebuah lagi penulisan iaitu yang dikenali al-sahifah al-sadiqah, iaitu nama yang diberi sendiri oleh penulisnya Abdullah ibn Amru’ Ibn al-As. Ia mengandungi hadis-hadis yang diterima oleh Abdullah daripada Rasulullah s.a.w. secara berdua-duaan sahaja.

Perkembangan dan pengumpulan hadis yang giat dilakukan itu masih dikategorikan sebagai pengumpulan dalam dada atau hafalan walaupun sudah terdapat segelintir sahabat yang memulakan usaha mencatat hadis dengan kebenaran khas. Perhatian khulafa’ al-Rasyidin dalam memelihara hadis amat disanjung tinggi.

Ketegasan mereka dalam menghalang umat Islam daripada berlakunya penyelewengan dalam meriwayatkan hadis sebenarnya tidak berniat serong tetapi semata-mata kerana menjaga dam memelihara kemuliaan serta darjat hadis Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Zaman ini dapat dianggap sebagai zaman asas kepada zaman pengumpulan dan penulisan Ilmu Hadis.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN   HADIS PADA ZAMAN TABIIN

Namun permasalahan penulisan hadis ini ke dalam kitab dan naskah khas hanya dibuat secara persendirian dan sehinggalah ke zaman Khalifah Umar Ibn Abd Aziz ra barulah urusan pembukuan hadis di jalankan secara serius ini disebabkan setelah

Page 27: PERBANDINGAN UMAR ABDUL AZIZ DAN HARUN AL.docx

berlakunya zaman fitnah dan pembunuhan, lahirnya Khawarij, Syiah dan beberapa puak sesat yang mendorong para ulamak dan muslihin Islam memikirkan jalan untuk menyelamatkan hadis baginda dengan mengumpulkan hadis yang sahih dan memperkenalkan ilmu isnad atau disebut mustalahah.

Arahan pelaksanaan membukukan hadis itu dilaksanakan oleh Ibn Syihab Az-Zuhri maka disebut bahawa beliaulah yang pertama mengumpulkan hadis secara tersusun. Pada zaman khalifah Abbasiyah muncullah pula golongan ulama seperti Ibn Juraij (150 H) yang mengumpulkan hadis di Makkah, Abu Ishaq (151 H) dan Imam Malik (179 H) yang mengumpulkan hadis di Madinah, Ar-Rabi ibn Syabih (160 H) , Hammad ibn Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadis di Basrah dan Sufyan As-Sauri (116) di Kufah serta Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di Syam dan lain-lainnya yang nyatanya kebanyakkan mereka pernah berguru kepada Ibn Hazm dan Az-Zuhri.

Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadis para ulama’ juga mula meneliti hadis- hadis yang sampai kepada mereka dan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis. Mereka mula meneliti siapakah perawi hadis, keadaan dan sifat peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadisnya, tarikh lahir dan kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang diriwayatkan olehnya dan pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan kebenaran hadis itu dari kepalsuan. (Emran Ibn Ahmad, 2005).

KESIMPULAN

Dr. Musthafa al-Siba'I menyatakan:”Memang benar Kitab Suci memuat segala sesuatu, tapi hanya dalam garis besar saja, yang disebut bakal dijamin terpelihara dari usaha pengubahan tidak hanya pada al-Qur'an tapi juga meliputi sunnah, dalam hal ini hadis. Sunnah dan hadis tetap terpelihara, melalui sistem hafalan kaum muslim Arab yang memang terkenal memiliki kemampuan menghafal yang amat kuat (sebagai akibat pengembangan bahasa Arab yang amat tinggi namun tidak banyak bersandar pada penggunaan tulisan).”

Pencegahan Nabi dan para pembesar sahabat dan Tabi'un dari usaha membukukan hadis terjadi kerana kebimbangan akan tercampur dengan teks-teks al-Qur'an yang saat itu keadaan tidak ramai berilmu di kalangan umat, disebabkan sedikitnya mereka yang boleh membaca. Pencegahan itu hanya sekitar usaha pembukuan rasmi. Sedangkan yang tidak rasmi dan sebagai catatan peribadi beberapa sahabat telah melakukannya. Tegahan kepada orang yang menulis al-Quran dan hadiS pada satu tempat dan keizinan menulis bagi yang lemah ingatan.