inovasi pendidikan untuk memajukan sistem pentadbiran pendidikan

Upload: losinin-johalin

Post on 06-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    1/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    1

    INOVASI PENDIDIKAN YANG BOLEH MEMAJUKAN SEKTOR PENTADBIRAN PENDIDIKAN1.0 PENDAHULUANPerkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah

    memberikan kesan langsung kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah

    positif dengan menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran

    negara. Di antara sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT ialah sektor

    pelajaran yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh

    Malaysia yang terdiri dari 9996 buah.

    2.0 DEFINISI INOVASIInovasi sangat penting bagi memajukan pendidikan sesebuah negara. Apakah maksud

    inovasi? Terdapat banyak pengertian inovasi yang diutarakan oleh sarjana. Menurut

    Roger dan Shoemaker (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang

    dianggap baru oleh seseorang. Ini turut disokong oleh Spencer (1994) yang

    menjelaskan bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada

    yang lama oleh seseorang individu. Sementara Glosori Teknologi Pendidikan (1995)

    merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan

    sesuatu amalan. Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi pengertian yang hampir

    sama. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea, amalan dan baru.

    Ini bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek

    idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita, terdapat

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    2/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    2

    banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu.

    Namun sejauhmanakah peranan inovasi tersebut boleh mempengaruhi sistem

    pendidikan kita? Dalam essei ini, saya ingin memfokuskan perbincangan kepada

    beberapa inovasi berasaskan ICT yang boleh memajukan Sistem Pentadbiran

    Pendidikan di negara kita.3.0 CONTOH INOVASI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMAJUKAN LAGI SEKTOR

    PENTADBIRAN PENDIDIKAN

    3.1 Menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)Bagi memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan Sistem

    Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Sistem ini merupakan satu inovasi sistem

    pengurusan pendidikan untuk mengukuhkan fungsi sistem maklumat pendidikan yang

    sedia ada dengan menyatupadukan maklumat dari pelbagai peringkat dan aktiviti dalam

    organisasi pendidikan iaitu sekolah-sekolah di seluruh negara kepada satu sistem yang

    dapat membekalkan maklumat menyeluruh untuk pengurusan dan pentadbiran

    pendidikan.

    Di samping itu, pengagihan sumber, penganalisisan dasar, penilaian dan perancangan

    pendidikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik. Pada awalnya, sistem ini

    dibangunkan dengan menggunakan perisian MS ACCESS Versi 2.0. Walau

    bagaimanapun dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang komputer,

    sistem ini kini telah dinaiktarafkan dengan perisian MS ACCESS 97 dan MS ACCESS

    2000 yang mempunyai lebih banyak ciri yang menarik.

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    3/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    3

    Di samping itu, EMIS merupakan satu program yang disusun khas dengan

    menggunakan media elektronik yakni komputer sebagai medianya. Ini bermaksud

    segala bentuk maklumat yang terdapat di peringkat sekolah dapat diguna pakai untuk

    tujuan masa kini dan akan datang. Justeru, pengaliran maklumat dapat dilakukan

    secara sistematik agar bidang pendidikan mendapat kebaikannya dengan mengambil

    kira unjuran masa depan. Dengan adanya EMIS, pihak kementerian dapat membuat

    keputusan samada untuk melaksanakan suatu projek atau tidak.

    2.2 Menyediakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

    Bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran Sistem Peperiksaan, KPM telah

    menghasilkan Sistem SAPS ini. Ia merupakan inovasi yang agak baru diperkenalkan.

    SAPS dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan

    menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

    Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihaktertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini

    memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk

    membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk

    diperbaiki.

    Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan

    sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui

    analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (Actual Result)

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    4/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    4

    Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan

    mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas

    yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah

    peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh

    guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali

    setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah

    setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh

    mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

    2.3 Menyediakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM)

    Satu lagi inovasi ICT iaitu pangkalan data Pentadbiran dan pengurusan berkaitan

    dengan rekod pelajar dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid

    Berkomputer (SMM). Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda

    semasa beliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun

    2000. Sistem ini telah diperbaiki dan telah digunakan di seluruh negara.

    Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem

    maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis

    berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat

    murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar

    carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi

    kehendak pelanggan.

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    5/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    5

    Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan

    hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru,

    kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer.

    Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid

    dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut

    selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan

    dalam Sistem Laporan Adab Belajar.

    2.4 Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Berasaskan Web

    Inovasi SSDM berasaskan web ini bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin

    murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat

    membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara

    langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat

    perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih

    teratur, baik dan berkesan. SSDM membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4

    tahap pengguna, iaitu: i) Sekolah, ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), iii) Jabatan

    Pelajaran Negeri (JPN), iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

    2.5 Sistem Pengkomputeran Skim Pinjaman Buku Teks (Sisteksbbt)

    Sisteks bantuan buku teks (Sisteksbbt) adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan

    dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    6/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    6

    adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks

    Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.

    Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di

    semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir

    serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

    Program ini bertujuan untuk:

    i. Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT.ii. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan

    pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK.

    2.6 Sistem e-Hadir

    Sistem in berasaskan portal menyediakan kemudahan seperti berikut untuk

    mewujudkan Sistem Pengurusan Masa Berkomputer bagi memudahkan pemantauan di

    lakukan terhadap kehadiran, aktiviti keluar masuk, cuti, kerja lebih masa, dan surat

    kelewatan pekerja.

    i. Memudahkan pemantauan tatatertib dan pergerakan kakitangan.ii. Memudahkan proses permohonan dan kelulusan cuti kerana ia dilakukan secara

    online

    iii. Boleh dijadikan medium untuk menilai prestasi kakitangan.iv. Meningkatkan tahap keselamatan pejabat dengan penggunaan akses pintu

    biometrik kerana orang luar tidak boleh masuk ke pejabat sesuka hati

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    7/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    7

    v. Aplikasi ini dibangunkan mengikut pekeliling yang diamalkan oleh agensi-agensikerajaan.

    vi. Aplikasi ini boleh diubahsuai mengikut kehendak / keperluan pelanggan.vii. Penggunaan secara menyeluruh bermula daripada individu, pentadbir

    sistem(admin), kerani, ketua jabatan dan pengarah

    2.7 Aplikasi e-GTukar dan e-Tukar

    Aplikasi ini adalah sistem pengurusan pertukaran guru-guru dan kakitangan yang

    berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem ini:-

    i. Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secaraonline.

    ii. Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat

    pemantauan.

    iii. Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebihberkonsepkan paperless.

    iv. Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkatpengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.

    v. Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusansecara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan

    Negeri.

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    8/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    8

    3. PENUTUP

    Terdapat banyak lagi inovasi berasaskan ICT yang telah dihasilkan oleh KPM untuk

    memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan di negara kita. Contohnya ialah SPPICT

    (Pemantauan penggunaan ICT), SSQS (Sistem Penggredan Pembestarian Sekolah),

    IQPSS dan i-Nilam (Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah dan Nilam) dan sebagainya.

    Sudah tentu inovasi-inovasi ini banyak membantu dan memudahkan proses

    dokumentasi pelbagai rekod oleh pihak sekolah dan dihantar ke pihak atasan. Oleh

    sebab itu, usaha-usaha ini perlu diteruskan dan diperkayakan dari semasa ke semasa.

    4. Rujukan

    Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan

    Pengajaran Berkesan, Terbitan UPM

    Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran

    Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek

    Matematik di Peringkat SPM, UM

    Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat,

    Terbitan UPM

    Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru (77)

  • 8/3/2019 Inovasi Pendidikan Untuk Memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan

    9/9

    LOSININ JOHALIN, UMS

    9

    Ong Teck Seng (2000) Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru-Guru

    Sekolah Menengah di Bahau, Negeri Sembilan, UPM

    Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM

    Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and

    Distributors Sdn Bhd

    Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In

    Designing & Teaching Social Studies Based Integrated Units, National Council For

    Social Studies. Washington D.C

    Sunal, Cyntia, S. Smith (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social

    Studies, Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1

    Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran

    dan Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional :

    Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar

    Pendidikan 2005, UTM

    Zoraini Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar

    Bakti

    Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13

    Julai, pp 31.