inovasi intership

7
SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK TIMUR 35700 TROLAK PERAK KERTAS KERJA PROJEK SUDUT BERCERITA PRASEKOLAH PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH JANET JOUTI PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2008 DENGAN KERJASAMA PRASKEOLAH SK RANGALAU BARU, TUARAN SABAH.

Upload: kamal-khalip

Post on 12-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi Intership

SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK TIMUR

35700 TROLAK PERAK

KERTAS KERJA PROJEK SUDUT BERCERITA PRASEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH JANET JOUTI

PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2008

DENGAN KERJASAMA PRASKEOLAH SK RANGALAU BARU, TUARAN SABAH.

Page 2: Inovasi Intership

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam

dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti membina sudut bercerita di dalam bilik

darjah prasekolah ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Di dalam bilik darjah prasekolah, aktiviti bercerita merupakan antara aktiviti

yang sangat diminati murid. Ia merupakan saluran pengantara yang baik bagi kanak-

kanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan diri dihadapan rakan-rakan. Justeru

itu, dengan adanya sudut bercerita ini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai

suasana sebenar pentas bercerita. Sudut bercerita ini juga diwujudkan agar dapat

mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah disamping memberi manfaat

kepada guru dan kanak-kanak.

Diharapkan agar dengan adanya sudut bercerita ini, ia akan menjadikan

pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan dan menyediakan persekitaran bilik darjah prasekolah yang menarik

dan kondusif.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada murid merasai suasana pentas bercerita.

ii. Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti bercerita.

iii. Mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam bilik darjah prasekolah.

iv. Menambah sudut pembelajaran dan informasi dalam bilik darjah prasekolah.

Page 3: Inovasi Intership

4.0 TARIKH

22 Ogos hingga 23 Ogos 2011

5.0 TEMPAT

Bilik Darjah Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PRASEKOLAH

PENAUNG

Mohamad [email protected]

PENASIHAT I

Mailin Yubih

PENASIHAT II

Jovita Sarabun

PENGERUSI

Rujiatun binti Imar

NAIB PENGERUSI

Paineh Juani

Page 4: Inovasi Intership

6.1 Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi

Janet Jouti

Mentor

Rujiatun binti Imar

AJK Pertukangan

Francis

AJK Perhiasan

Paineh Juani

7.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

1 22 Ogos 2011

Menyediakan kawasan sudut bercerita.

Membina pentas bercerita. Menghias pentas bercerita.

Kerjasama daripada AJK Pertukangan

2 23 Ogos 2011

Menghias sudut bercerita. Melekatkan papan tanda

sudut. Menyusun bahan-bahan

bercerita pada rak sudut.

Kerjasama daripada AJK Perhiasan

3 26 Ogos 2011 Aplikasi aktiviti bercerita di

sudut bercerita yang telah siap.

Guru pelatih

Page 5: Inovasi Intership

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM UNIT HARGA UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH

1 Kain (biru terang) 1 meter RM 3.00 RM3x2 RM6.00

2 Kain (biru) 1 meter RM 3.00 RM3x2 RM6.00

3 Paku tekan 1 kotak RM1.00 RM1x1 RM1.00

4 Mounting Board 1 keping RM7.00 RM7x1 RM7.00

5 Pagar kecil 1 buah RM5.00 RM5x4 RM20.00

6 Polistrin 1 keping RM5.00 RM5x1 RM5.00

7 Double sided 1 gulung RM2.50 RM2.50x1 Rm2.50

8 Warna air 1 kotak RM3.00 RM3x1 RM3.00

9 Pasu bunga 1 buah RM3.00 RM3x2 RM6.00

TOTAL RM56.50

9.0 PERALATAN

ITEM UNITMeja 4 buah

Gergaji 1 buahTukul 1 buah

Pisau lipat 1 buahPaku 1 kotakDawai 0.5 meter

10.0 PENUTUP

Semoga dengan wujudnya sudut bercerita di dalam bilik darjah prasekolah dapat

membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dan berkualiti seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak

yang seronok dan gembira.

Bagi pihak guru pelatih, projek membina sudut bercerita di prasekolah ini

dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika

Page 6: Inovasi Intership

sudah menjadi guru prasekolah sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga

diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap

kemahiran mengurus dan memimpin.

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah

diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita prasekolah ini.

Disediakan oleh,

......................................... ( JANET JOUTI ) Pengerusi Projek Sudut Bercerita Prasekolah, Guru Pelatih PISMP Prasekolah IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disemak oleh,

.......................................... ( RUJIATUN BINTI IMAR ) Mentor Projek Internship, Guru Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran.

Disahkan oleh,

.......................................................... ( MOHAMAD [email protected]) Guru Besar, SK Rangalau Baru, Tuaran.