inovasi dalam pengajaran

Upload: fawaz-fathil

Post on 05-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 inovasi dalam pengajaran

    1/5

    PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

    KOLEJ SASTERA DAN SAINS

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    SGDT 4013

    TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

    TAJUK:

    INOVASI DALAM PENGAJARAN

    DISEDIAKAN OLEH:

    216874 MUHAMMAD FARID BIN ABD RAHMAN

    DISEDIAKAN UNTUK:

    DR ABDUL HALIM MOHAMED

  • 8/2/2019 inovasi dalam pengajaran

    2/5

    PENGERTIAN INOVASI

    Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna

    inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Namun pengertian inovasi dapatlah

    disimpulkan secara mudah sebagai:-

    Merupakan penghasilan baru

    Berbentuk maujud dan mujarad

    Berdasarkan proses penyusunan semula

    Dengan menggunakan unsur yang sedia ada

    Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

    KEMAHIRAN BAHASA ARAB

    Tugas saya sebagai guru terlalu tinggi sebagai pendidik masyarakat, tambahan

    pula saya merupakan guru dalam bidang Bahasa Arab. Ini kerana pelajar-pelajar zaman

    kini kian lemah dalam penguasaan Bahasa Arab dan ini menyebabkan tugas saya dan

    rakan-rakan sekerja terlalu besar untuk membimbing pelajar-pelajar kearah penguasaan

    bahasa suci ini.

    Pengajian Bahasa Arab memempunyai empat kemahiran yang wajib diperolehi

    oleh setiap pelajar, kemahiran itu adalah :

    1. Kemahiran Mendengar (Listening Competence / Mahaarah alIstima)

    2. Kemahiran Bercakap (Speaking Competence / Mahaarah al-Kalaam)

    3. Kemahiran Membaca (Reading Competence / Mahaarah al-Qiraah)

    4. Kemahiran Menulis (Writing Competence / Mahaarah al-Kitaabah)

  • 8/2/2019 inovasi dalam pengajaran

    3/5

    Jadi untuk memantapkan pelajar-pelajar saya dalam Bahasa Al-Quran ini, saya

    telah merancangkan beberapa perancangan bersama rakat sejawat untuk meningkatkan

    mutu Bahasa Arab dalam sekolah saya ini.

    INOVASI YANG DIPERKENALKAN

    Inovasi yang saya cadangkan untuk mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Arab

    di kalangan pelajar-pelajar saya adalah melalui peringkat-peringkat yang tertera berikut :

    1) Penguasaan pelajar dalam ayat-ayat lazim Al-Quran,

    2) Hafalan setiap perkataan-perkataannya dengan baik,

    3) Pembinaan karangan pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan dari

    ayat suci Al-Quran dan menjaga tatabahasa arab dengan rapi.

    4) Perbentangan dihadapan kelas.

    PENYELESAIAN DAN KELEBIHAN INOVASI

    Inovasi ini sebenarnya merupakan usaha berterusan ke arah memartabatkan

    semula pengaruh al-Quran al-Karim ke atas usaha mengajar dan belajar Bahasa Arab.

    Melalui kata-kata Sayyid al-Qutb dalam pendahuluan tafsir beliau iaitu Tafsir fi Dzhilal

    al-Quran yang menyatakan bahawa : Kehidupan di bawah naungan al-Quran itu adalah

    suatu nikmat, iaitu nikmat yang tidak pernah dirasai kecuali oleh mereka yang telah

    merasainya. Di samping itu, banyak pengarang-pengarang Arab pelbagai bidang

    menjadikan al-Quran itu sebagai sumber rujukan utama untuk mengarang buku antaranya

    Ibn Hisyam al-Ansoori, pengarang kitab Audhoh al-Masalik yang membicarakan

    tentang Tatabahasa Arab dimana beliau membawa contoh-contoh al-Quran bagi setiap

  • 8/2/2019 inovasi dalam pengajaran

    4/5

    perbahasan beliau. Begitu juga dengan ulama-ulama dan pengarang-pengarang kitab yang

    lain dalam pelbagai sudut ilmu.

    Jadi saya mengadaptasikan apa yang telah dilakukan ulama-ulama Arab dengan

    menjadikan al-Quran naungan utama dalam pengajaran. Melalui peringkat pertama

    sebentar tadi, saya mempertengahkan ayat lazim sebagai permulaan kerana pelajar sudah

    menghafalnya dengan baik di samping menjadikan Bahasa Arab sebagai perantaraan

    dalam kelas. Di sini terujilah kemahiran mendengar dan memahami (listening

    competence / mahaarah alistima) di kalangan pelajar. Di samping itu penghafalan ini

    menjadi mudah dan ringan untuk mereka meneruskan langkah ke peringkat kedua iaitu

    hafalan setiap perkataan dalam ayat-ayat lazim tersebut. Penghafalan ini memerlukan

    masa yang agak panjang agar perbendaharaan kata pelajar dapat dikuasai dengan baik.

    Jadi selepas penguasaan pembendaharaan kata dalam ayat tersebut, maka saya

    akan meminta pelajar untuk mengarang karangan pendek dengan menggunakan beberapa

    perkataan al-Quran tersebut di samping membimbing mereka menjaga kaedah tatabahasa

    dengan rapi, jadi di sini maka terdidiklah kemahiran penulisan (writing competence /

    mahaarah al-kitaabah) di kalangan mereka. Tujuan meminta mereka membaca kembali

    apa yang telah ditulis dalam perbentangan tidak lain adalah untuk mereka menguasai

    kemahiran membaca (reading competence / mahaarah al-qiraah) sekaligus kebolehan

    bercakap di kalangan mereka dapat dipertingkatkan melalui kemahiran bercakap

    (speaking competence / mahaarah al-kalaam).

  • 8/2/2019 inovasi dalam pengajaran

    5/5

    KESIMPULAN

    Melalui inovasi ini, pelajar dapat menguasai kembali Bahasa Arab dan empat

    unsur kemahiran yang telah disebut tadi dengan menempuh peringkat-peringkat yang

    telah dijelaskan sebentar tadi di samping meletakkan al-Quran sebagai medan pengajian

    utama mereka. Maka terdidiklah suasana Ihya Biiah al-Lughoh al-Arabiyyah wa

    Hubbuha (menghidupkan suasana Bahasa Arab dan cintakannya)

    Akhirnya untuk memartabatkan kembali bahasa indah ini, setiap guru bidang ini

    perlulah menjadikan al-Quran sumber rujukan utama dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan sahaja, bahkan dalam semua

    urusan seseorang muslim itu perlu meletakkan al-Quran dalam apa jua aspek kehidupan

    kerana al-Quran adalah hidayah kepada orang-orang yang bertakwa yang diturunkan

    Allah s.w.t. kepada sekalian alam.