inovasi dalam al-quran

26
SUBJEK : DHABT AL-QURAN ( PPPN 1033 ) TAJUK : INOVASI AL-QURAN DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD DISEDIAKAN OLEH : NORARBIZAITUL LAILA BINTI MOHAMMAD ZAINUDDIN (A121342) NORHAZIANA BINTI MOHD ALI SAMAN (A121449) SALWIZA BINTI KASIM (A121340) RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK( A121405 )

Upload: 8arbi8

Post on 19-May-2015

1.185 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

Ini adalah assignment terakhir sebelum peperiksaan akhir semester di UKM. Segala pertanyaan dan copy paste sila rujuk kepada 0172886181

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi dalam Al-Quran

SUBJEK :

DHABT AL-QURAN

( PPPN 1033 )

TAJUK :

INOVASI AL-QURAN

DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZ FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD

DISEDIAKAN OLEH :

NORARBIZAITUL LAILA BINTI MOHAMMAD ZAINUDDIN (A121342)

NORHAZIANA BINTI MOHD ALI SAMAN (A121449)

SALWIZA BINTI KASIM (A121340)

RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK( A121405 )

PENDIDIKAN ISLAM

2011

Page 2: Inovasi dalam Al-Quran

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Islam Dan Teknologi 2

3.0 Inovasi al-Quran

3.1 al-Quran Berwarna 6

3.1.1 Mudahnya Membaca al-Quran Berwarna 6

3.2 e-Qalam 7

3.3 Al-Quran Flash 8

3.4 Inovasi Berdasarkan Ketukan 9

4.0Rahsia al-Quran, Sains dan Teknologi 10

5.0Penutup 15

Rujukan 16

Page 3: Inovasi dalam Al-Quran

1.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan satu agama yang lengkap sempurna sebagai panduan hidup bagi semua

makhluk. Keindahan Islam ini boleh dilihat dengan bukti yang jelas oleh Allah swt

melalui kalam-Nya iaitu kitab suci al-Quran al-Karim. Sumber perundangan dan petunjuk

yang Allah swt bekalkan untuk hamba-hamba-Nya sebagai jalan menuju redha-Nya.

Berbekalkan Al-Quran dan As-Sunnah keindahan Islam banyak di terjemahkan

didalamnya sehingga ia mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ini termasuklan

bagaimana kita dapat lihat bahawa di dalam Al-Quran juga terdapat perubahan yang

wujud terutama dari sudut ilmu Dhabtnya iaitu inovasi di dalam penulisan ayat-ayat

AlQuran itu sendiri.

Bermula dengan perubahan titik sehingga wujud perubahan dari aspek warna,

maka jelas penulisan al-Quran mengalami perubahan dari sudut inovasi sesuai dengan

keadaan pada masa itu. Ini tidak ada kaitan dengan perubahan dari lafaz dan makna satu-

atu ayat suci al-Quran tersebut malah ia tetap kekal terpelihara hingga akhir zaman.

Di sini penulis cuba menerangkan serba sedikit perubahan dari sudut inovasi

dalam al-Quran untuk dijadikan panduan berguna pada masa akan datang.

Page 4: Inovasi dalam Al-Quran

2.0 ISLAM DAN TEKNOLOGI

Dari segi definisi teknologi ianya membawa maksud “aktiviti atau kajian yang

menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,

perubatan, perniagaan, dan lain-lain, sains gunaan” Sementara Islam adalah “tunduk dan

patuh pada perintah Allah” (kamus dewan bahasa dan pustaka).

Teknologi adalah perkataan yang berasal dari Barat dan membawa maksud

aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walau

bagaimanapun, teknologi atau ciptaan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan

tamadun Barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa

teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai Barat berserta cara hidupnya.

Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara-negara Muslim berlumba-

lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing-masing seperti teknologi

nuklear di Pakistan dan Cyberjaya di Malaysia dan sebagainya tanpa benar-benar

memahami apakah tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan

permodenan sering kali di kaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, kebebasan hidup

(freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan-ucapan

seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”

Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan

seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam

pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun

dan nilai-nilai barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan

teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini

mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang

berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita

perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup Barat berserta idea-ideanya dan

idea-idea Barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula

berpendapat bahawa idea-idea Barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu

segala apa yang datangnya daripada Barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.

Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat

ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan

Page 5: Inovasi dalam Al-Quran

tamadun/ nilai-nilai Barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan

lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan

ciptaan barang-barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu

tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang

bersifat universal contohnya alat-alat dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat-

alat komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket

dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada

mana-mana tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku

bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang

cara hidup Barat. Ini berbeza dengan alat-alat materi seperti lambang salib yang

sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung-patung yang terikat kepada

kebebasan menunjuk aurat seperti patung-patung ukiran zaman Renaissance.

Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta

oleh ahli sains dan teknologi Barat dengan tamadun Barat itu sendiri. Ini ialah kerana

tamadun Barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat-alat materi tetapi

tamadun (hadarah) Barat bererti nilai-nilai atau idea-idea yang datangnya dari pemikiran,

cara hidup dan ideologi Barat, Kapitalisme. Maka, idea-idea seperti Demokrasi (iaitu

manusialah yang berhak mencipta hukuman), women’s liberation dan freedom semuanya

berasal dari tamadun/ hadarah Barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai

Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa

kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti

hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara-negara barat itu sendiri.

Teknologi perlu difahami sebagai bahan-bahan material yang bersifat universal

dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa

yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh

idea-idea yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan

alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana-mana

tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara-perkara sumbang seperti

ponorgraphy akibat daripada idea Barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu

Page 6: Inovasi dalam Al-Quran

sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan

risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat-alat perang

boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea-idea

koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang

sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk

menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala

jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda

yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan

musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak

mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu

belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan

kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)

Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau

ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w

dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi

perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit

mengelilingi kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan

meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota

Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman

Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan

segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah

s.w.t berfirman:-

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk

kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah

melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? "

(Luqman:20 )

Page 7: Inovasi dalam Al-Quran

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari

langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi

makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu

menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang

memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)".

(Ibrahim: 32)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan

perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan

demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang

dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-

orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia;

(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja)

pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu

persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al- A'raaf:32)

Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa

Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta.

Walaubagaimanapun, ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa

kegunaan alat-alat teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam.

Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material mestilah berasal dan mengikut hadarah

(idea-idea) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea-idea

tersendiri yang bertentangan dengan hadarah Barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran

sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya. Sebagai

contoh, kita boleh katakan bahawa Iraq merupakan sebuah negara berteknologi hinggakan

mampu mencipta ‘biological weapon’ tetapi ianya bukan sebuah negara maju sama

dengan negara-negara Muslim yang lain seperti Pakistan, Malaysia dan Saudi Arabia.

Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada

negara-negara barat, maka kita perlu meniru cara hidup Barat dan ideologinya untuk

menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara

Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘super power’

semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki.

Page 8: Inovasi dalam Al-Quran

Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta

tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru

tamadun barat untuk mencapai kemajuan. Tamadun apa sekalipun sama ada Barat

ataupun Timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran

dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam

pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita. http://ptdbnet.ukm.my/bpr2

“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima

daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (Al-

Imran:85)

3.0 INOVASI AL-QURAN

3.1 AL-QURAN BERWARNA

Akhir-akhir ini terdapat banyak kaedah  al-Qur’an dengan tampilanya warna warni,

warna-warna itu ternyata bukan hanya sebagai pemanis perwajahan tapi dalam supaya

mempermudahkan pembaca dalam membaca al-Qur’an dengan benar dan sesuai

makhrajnya.

Al-Quran berwarna ini cukup menarik, tidak seperti al-Qur’an biasa yang selama

ini kita kenal. Di dalamnya pun tidak seperti al-Qur’an pada umumnya, di mana setiap

blok warna menunjukkan ketentuan-ketentuan tajwid yang mengikuti ketentuan paling

shahih (disepakati para ulama). Karya inovatif dan fenomenal ini sengaja dihadirkan

sebagai sebuah kesadaran akan pentingnya membaca al-Qur’an dengan ketentuan tajwid.

3.1.1 Mudahnya Membaca Al-Quran Berwarna

Ketentuan bacaan dipermudahkan melalui alat peraga kode warna, misalnya saat bacaan

mendengung, memantul, suara sengau dari hidung dan lain-lain, masing-masing

Page 9: Inovasi dalam Al-Quran

dibuatkan warna cetakan yang berbeza-beza.  Mushaf al-Quran dengan penjelasan tajwid

yang dipermudah dengan menggunakan warna ini dilengkapi dengan penjelasan

ketentuan-ketentuan tajwid dalam bahasa Indonesia (huruf latin) yang mudah dipahami.

Ketentuan-ketentuan tajwid tersebut berdasarkan bacaan tajwid ala qiraat ‘asim yang

diriwayatkan Imam Al-Hafs, yang merupakan cara baca yang paling banyak

dipergunakan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Indonesia dan Malaysia dari tujuh

riwayat cara baca (qiraat sab’ah).

Selain itu, blok warna yang dipergunakan dalam menentukan tajwid juga

memerlukan pembaca agar lebih memperhatikan tekanan, fonetik, irama serta cara

membaca al-Qur’an. Lahirnya penerbitan mushaf al-Qur’an dengan metode pemberian

kode warna ini merupakan karya inovatif dari tiga bersaudara, yakni Abdus Sami, Abdul

Nareem dan Abdul Moin yang memang telah lama bergelut dalam bidang penerbitan

buku-buku Islam. Di ilhami dari aturan lampu lalu lintas yang bersifat universal di

mana warna merah bererti pemakai jalan harus berhenti, warna kuning menunjukkan

persiapan jalan serta hijau bererti silakan jalan. Sistem “traffic light” inilah yang

kemudian diadaptasi bagi kemudahan umat Islam dalam membaca al-Qur’an dengan

benar dan baik. http://infomasjidkita.com/al-quran-berwarna.html

3.2 e-QALAM

E-Qalam merupakan satu lagi kejayaan baru dalam teknologi pendidikan untuk

membantu anda membaca Al-Quran dengan betul. Ia merupakan pen digital yang boleh

membaca Al-Quran berkod yang dialunkan oleh Qari terkenal. E-Qalam dilengkapi

dengan dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan). Terdapat empat

pilihan bahasa terjemahan iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan

Mandarin. Satu pen satu bahasa.

Ciri-ciri utama

Bacaan oleh Imam Masjidil Haram, Syeikh Saad Said Al-Ghamidi

Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi

Page 10: Inovasi dalam Al-Quran

Mendengar bacaan melalui pembesar suara atau fon telinga.

Dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan).

Empat pilihan bahasa terjemahan - Malaysia, Inggeris, Indonesia dan Mandarin.

Mesra pengguna dan mudah dibawa.

Page 11: Inovasi dalam Al-Quran

3.3 AL-QURAN FLASH

Ciri-ciri keistimewaan yang terdapat didalam al-Quran Flash antaranya:- Hukum tajwid yang berbeza warna Suara dari pembaca Qari-qari terkenal Terjemahan daripada pelbagai bahasa Meliputi kesemua surah

Contoh laman web ini boleh dilayari di http://www.quranexplorer.com/quran/#

3.4 INOVASI BERDASARKAN KETUKAN

3.4.1 Cara Membaca Ghunnah

Page 12: Inovasi dalam Al-Quran

9NOV

Cara membaca Ghunnah adalah sebagai berikut:

o Pada ketukan ke-1 anda akan mengucapkan ‘TSUM’. Pertahankan bibir  anda pada posisi

bunyi ‘M’ hingga ketukan ke-5. Bunyi ‘M’ akan lepas bersamaan dengan bunyi ‘MA’

pada ketukan ke-5. Bunyi ‘M’ dari ketukan ke-1 hingga menjelang ketukan ke-5 tidak

boleh terputus. Itulah yang disebut dengan bunyi Ghunnah. Dengung terjadi pada bunyi

‘M’ dengan durasi 4 ketukan.

o Pada ketukan ke-10  anda akan mengucapkan ‘LUN’. Pertahankan lidah  anda pada posisi

bunyi ‘N’ hingga ketukan ke-14. Bunyi ‘N’ akan lepas bersamaan dengan bunyi ‘NA’

pada ketukan ke-14. Bunyi ‘N’ dari ketukan ke-10  hingga menjelang ketukan ke-14 tidak

boleh terputus. Itulah yang disebut dengan bunyi Ghunnah. Dengung terjadi pada bunyi

‘N’ dengan durasi 4 ketukan.

o Pada ketukan ke-22  anda akan mengucapkan ‘NIN’. Pertahankani lidah  anda pada posisi

bunyi ‘N’ hingga ketukan ke-26. Bunyi ‘N’ akan lepas bersamaan dengan bunyi ‘NA’

pada ketukan ke-26. Bunyi ‘N’ dari ketukan ke-22  hingga menjelang ketukan ke-26 tidak

boleh terputus. Itulah yang disebut dengan bunyi Ghunnah. Dengung terjadi pada bunyi

‘N’ dengan durasi 4 ketukan.

http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/cara-membaca-ghunnah/

3.4.2 Cara Membaca Iqlab

NOV

Cara membaca Iqlab adalah sebagai berikut:

Page 13: Inovasi dalam Al-Quran

Pada ketukan ke-2 anda mengucapkan ‘YUM’. Pertahankan bibir anda pada posisi

pengucapan “M” hingga ketukan ke-6. Bersamaan dengan pengucapan ‘BA’ pada

ketukan ke-6, bunyi ‘M’ pun menghilang. Bunyi ‘M’ dari ketukan ke-2 hingga

menjelang ketukan ke-6 tidak boleh terputus. Jadi suaranya berdengung pada bunyi ‘M’.

Itulah yang disebut dengan suara  Iqlab. Suara ‘N’ berbalik menjadi suara ‘M’ dengan

didengungkan selama 4 ketukan.

Pada ketukan ke-11 terdapat kasus Ghunnah. Cara membacanya sudah dimulai sejak

ketukan ke-7. Pada ketukan ke-7, anda mengucapkan ‘DZAN’. Pertahankan lidah anda

pada posisi bunyi ‘N’ hingga ketukan ke-11 saat anda mengucapkan ‘NA’. Bunyi ‘N’ dari

ketukan ke-7 hingga ketukan ke-11 tidak boleh terputus. Jadi suaranya berdengung pada

bunyi ‘N’. Itulah yang disebut dengan suara Ghunnah. Suara ‘N’ berdengung dengan

durasi 4 ketukan.

Page 14: Inovasi dalam Al-Quran

Pada ketukan ke-3 anda mengucapkan ‘DAM’. Pertahankan bibir anda pada posisi

pengucapan “M” hingga ketukan ke-7. Bersamaan dengan pengucapan ‘BA’ pada

ketukan ke-7, bunyi ‘M’ pun menghilang. Bunyi ‘M’ dari ketukan ke-3 hingga menjelang

ketukan ke-7 tidak boleh terputus. Jadi suaranya berdengung pada bunyi ‘M’. Itulah yang

disebut dengan suara  Iqlab. Suara ‘N’ berbalik menjadi suara ‘M’ dengan didengungkan

selama 4 ketukan.

Membaca  Iqlab tanpa didengungkan (hanya mengubah bunyi N menjadi M) adalah

salah.

3.4.3 Isyarat bacaan DENGUNG pada tanwin1DEC

Page 15: Inovasi dalam Al-Quran

Apabila kita sedikit jeli mengamati penulisan tanwin pada Alquran Rosmul Utsmani,

terdapat isyarat yang sangat jelas antara tanwin yang dibaca dengung dengan tanwin yang

dibaca id-har.Pada contoh berikut, perhatikan kemiringan garis antara tanwin yang dibaca

dengung dengan tanwin yang dibaca izhar. Tanwin yang diapit dengan dua garis merah,

itulah yang dibaca izhar, sedangkan yang diapit dengan dua garis biru, itulah tanwin yang

dibaca dengung. Kemudian perhatikan bentuk tanwin dhommah yang dibaca id-hizhar

(lingkaran merah) dengan tanwin dhommah yang dibaca dengung (lingkaran biru) !

http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/cara-membaca-ghunnah

Page 16: Inovasi dalam Al-Quran

4.0 RAHSIA AL-QURAN, SAINS DAN TEKNOLOGI

Dengan berbekalkan teori serta pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran, cendiakawan

Islam menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang

terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Pada ayat2 al-Quran diturunkan, tidak

siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat

61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam

ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil.

Cendiakawan Islam yang mengkaji al-Quran menggunakan maklumat berkenaan

bagi meneroka ilmu sains sehingga mencapai zaman kegemilangan tamadun islam ada

abad ketujuh hijrah. Ketika itu umat islam mula menunjukkan minat kearah mengkaji dan

mempelajari ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi. Sesungguhnya

ilmu yang digali di dalam al-Quran mendahului zamannya memandangkan fakta sains

yang dibawa terbukti benar. Sehinggalah menjelang abad kesembilan Hijrah, semakin

banyak fakta di dalam al-Quran semakin menyakinkan sehingga kegemilangan sains dan

teknologi dalam tamadun semakin bersinar.

Ketika itu nama2 ilmuan dan saintis Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dalam

dunia perubatan sehingga bukunya masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini, Ibnu

Haitam dalam bidang optik al-Khawarizmi cendiakawan terkenal dalam bidang

matematik dan al-Biruni dalam bidang astronomi banyak membantu dalam kemajuan

sains dan teknologi sehingga kini.

Bagaimanapun nama mereka seakan tenggelam dan semakin hilang dengan nama2

Barat seperti Isacc Newton, Charles Darwin, Aristotle, Leonardo da Vinci dan Galilieo

Galilie. Malah sebenarnya Ibnu Haitam lebih dahulu menemui teori graviti sebelum Isacc

Newton menjadikan sebagai teori. Jika sejarah mengatakan Wilbur Wright dan Oliver

Wright merupakan manusia pertama memperkenalkan konsep penerbangan tetapi

sebenarnya Ibnu Firnas bukan sahaja telah meneroka konsep berkenaan tetapi juga

menjalankan kajian mengenai cakerawala 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci. Bukan

Page 17: Inovasi dalam Al-Quran

sahaja itu, cendiakawan islam juga terkenal dalam pelbagai ciptaan dan inovasi termasuk

menghasilkan ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses

penyulingan bagi memisahkan benda asing dalam campuran cecair.

Cendiakawan Islam juga terlibat membina balai cerap untuk mengkaji bintang,

peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijirin serta kereta perisai.

Amat malang kegemilangan tamadun Islam tidak terus bersinar tetapi terus malap dan

padam ketika berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Ketika itu pelbagai

maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah

mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan

menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada

Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada

Alhazen, al-Khindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes.

Tidak dapat dinafikan kajian serta perkembangan ilmu pengatahuan terutama

dalam bidang sains dan teknologi tidak lagi didominasi umat islam. Malah zaman

kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang dan dibanggakan

pencapaiannya. Kini manusia termasuk umat Islam lebih mengenali ilmuan Barat dalam

pelbagai bidang.

(http://hairilhazlan.com/rahsia-sainsteknologi-dalam-al-quran)

Page 18: Inovasi dalam Al-Quran

5.0 PENUTUP

Disini amat jelaslah bahawa al-Quran mengandungi seribu satu rahsia yang boleh di

rungkai oleh umat manusia sejak zaman berzaman lagi. Keindahanya mampu

mengangumi masyarakat Barat yang secara terang tidak memperakui al-Quran walhal

mereka tahu tentang kebeasaran al-Quran itu sendiri.

Oleh itu, kita sebagai umah Islam yang menjadikan ianya sebagai cara hidup

malah panduan sepanjang zaman maka hendaklah kita berusaha mempelajari kandungan,

mentadabbur dan melakukan pelbagai inovasi untuk menarik dan memudahkan

pembacaan al-Quran al-Karim Insyaallah.

Sabda Nabi SAW bermaksud :

“Daripada Aisyah ra katanya, Rasulullah saw telah bersabda : Qari yang

bertajwid lagi tadabbur bacaannya di akhirat kelak akan bersama-sama dengan

para Rasul dan Malaikat yang setia. Sementara Qari yang tersekat-sekat, baginya

dua pahala ( iaitu pahala membaca dan pahala susah yang dihadapinya”.

(Riwayat Muslim)

Page 19: Inovasi dalam Al-Quran

RUJUKAN

(http://hairilhazlan.com/rahsia-sainsteknologi-dalam-al-quran)

http://ptdbnet.ukm.my/bpr2/index.php?

option=com_content&view=article&id=5&Itemid=6

http://e-qalam.com/store/

http://www.quranexplorer.com/quran/#

http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/cara-membaca-ghunnah/

http://infomasjidkita.com/al-quran-berwarna.html