inovasi

19
82 CIRI-CIRI INOVASI "KAD PINTAR NAHU ARAB" Ideris Abd Rahim [email protected] Bahagian Pendidikan Islam Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap ciri-ciri inovasi yang terdapat dalam bahan Pengajaran dan Pembelajaran nahu Arab yang dinamakan Kad Pintar Nahu Arab (KPNA) berdasarkan ciri-ciri inovasi yang digariskan oleh Rogers (2003) iaitu ciri kelebihan relatif (relative advantage), kesesuaian (compatibility), kekompleksan (complexity), kebolehcubaan (trialability) dan kebolehpantauan keberkesanan (observability). KPNA ini dicipta untuk digunakan dalam P&P nahu Arab yang didakwa sukar oleh para pelajar terutamanya pelajar-pelajar di sekolah menengah. KPNA terdiri daripada enam puluh keping kad empat segi tepat berukuran 9cm x 6cm yang dimasukkan maklumat-maklumat nahu Arab. Maklumat-maklumat tersebut disusun dan dikelaskan dengan menggunakan warna dan teknik penyusunan yang kreatif. KPNA telah mendapat pengiktirafan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Guru Inovatif Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selain mendapat jemputan-jemputan perkongsian pintar di Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan beberapa buah sekolah seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat dan data. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Arab yang diberi pendedahan menggunakan KPNA. Responden terlebih dahulu diberi taklimat selama tiga jam melibatkan teori dan praktikal penggunaan kad bagi membolehkan mereka membuat penilaian. Hasil kajian mendapati bahawa KPNA adalah merupakan satu bahan pengajaran Nahu Arab yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh Rogers (2003) pada skala yang tinggi berdasarkan skor min keseluruhan yang berada di tahap yang tinggi iaitu 4.20 skor. PENGENALAN Belajar dalam suasana yang seronok, ceria dan mendapat kefahaman yang mendalam adalah keinginan semua orang. Kebiasaannya unsur-unsur ini akan hilang apabila berhadapan dengan tajuk-tajuk yang rumit dan sukar. Begitulah keadaannya dengan pembelajaran bahasa Arab khususnya pada topik tatabahasa (Nahu). Tatabahasa secara umumnya merupakan satu tajuk dalam pembelajaran bahasa yang sukar kerana mengandungi konsep-konsep dan istilah- istilah yang banyak dan rumit untuk difahami. Perkara ini sangat dirasai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Maka, oleh sebab itu amatlah wajar satu Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012(PKEBAR’12) disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-967- 5478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

Upload: mohd-fauzi-zakaria

Post on 19-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

go

TRANSCRIPT

  • 82

    CIRI-CIRI INOVASI "KAD PINTAR NAHU ARAB"

    Ideris Abd Rahim

    [email protected]

    Bahagian Pendidikan Islam

    Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap ciri-ciri inovasi yang terdapat

    dalam bahan Pengajaran dan Pembelajaran nahu Arab yang dinamakan Kad Pintar Nahu

    Arab (KPNA) berdasarkan ciri-ciri inovasi yang digariskan oleh Rogers (2003) iaitu ciri

    kelebihan relatif (relative advantage), kesesuaian (compatibility), kekompleksan

    (complexity), kebolehcubaan (trialability) dan kebolehpantauan keberkesanan (observability).

    KPNA ini dicipta untuk digunakan dalam P&P nahu Arab yang didakwa sukar oleh para

    pelajar terutamanya pelajar-pelajar di sekolah menengah. KPNA terdiri daripada enam puluh

    keping kad empat segi tepat berukuran 9cm x 6cm yang dimasukkan maklumat-maklumat

    nahu Arab. Maklumat-maklumat tersebut disusun dan dikelaskan dengan menggunakan

    warna dan teknik penyusunan yang kreatif. KPNA telah mendapat pengiktirafan sebagai Naib

    Johan dalam Pertandingan Guru Inovatif Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007

    anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selain mendapat jemputan-jemputan

    perkongsian pintar di Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM), Universiti Sains Islam

    Malaysia (USIM) dan beberapa buah sekolah seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan reka

    bentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen

    untuk mendapatkan maklumat dan data. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang

    guru Bahasa Arab yang diberi pendedahan menggunakan KPNA. Responden terlebih dahulu

    diberi taklimat selama tiga jam melibatkan teori dan praktikal penggunaan kad bagi

    membolehkan mereka membuat penilaian. Hasil kajian mendapati bahawa KPNA adalah

    merupakan satu bahan pengajaran Nahu Arab yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang

    digariskan oleh Rogers (2003) pada skala yang tinggi berdasarkan skor min keseluruhan yang

    berada di tahap yang tinggi iaitu 4.20 skor.

    PENGENALAN

    Belajar dalam suasana yang seronok, ceria dan mendapat kefahaman yang mendalam adalah

    keinginan semua orang. Kebiasaannya unsur-unsur ini akan hilang apabila berhadapan

    dengan tajuk-tajuk yang rumit dan sukar. Begitulah keadaannya dengan pembelajaran bahasa

    Arab khususnya pada topik tatabahasa (Nahu). Tatabahasa secara umumnya merupakan satu

    tajuk dalam pembelajaran bahasa yang sukar kerana mengandungi konsep-konsep dan istilah-

    istilah yang banyak dan rumit untuk difahami. Perkara ini sangat dirasai dalam konteks

    pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Maka, oleh sebab itu amatlah wajar satu

    Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012(PKEBAR12) disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-967-5478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

    mailto:[email protected]

  • 83

    pendekatan berinovasi perlu diterapkan dalam pengajaran nahu agar dapat mengelakkan

    pelajar-pelajar makin menjauhi nahu Arab.

    Hasil penat lelah dan kesungguhan, penulis telah berjaya mencipta satu bahan

    pengajaran dan pembelajaran Nahu yang dianggap mempunyai ciri-ciri inovasi. Bahan yang

    dinamakan Kad Pintar Nahu Arab (KPNA) ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 semasa

    penulis menjadi Guru bahasa Arab di SMKA Inanam, Kota Kinabalu Sabah. Sikit demi

    sedikit KPNA ini dimurnikan dari masa ke semasa sehingga berjaya mendapat beberapa

    pengiktirafan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Naib Johan Anugerah

    Guru Inovatif sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007, pembentangan di

    Konvensyen bahasa Arab KPM 2008, pembentangan di Persidangan Inovasi Pendidikan

    Islam, KPM 2009 dan pembentangan pada Kursus Jurulatih Utama Bahasa Arab Kebangsaan,

    KPM 2010. Setelah menelusuri episod-episod kecemerlangan ini timbul lah keinginan

    penulis untuk mengkaji sejauh mana KPNA ini mempunyai ciri-ciri inovasi. Moga-moga

    hasil daripada kajian ini dapat memberi satu panduan untuk penambahbaikan sehingga

    KPNA ini mampu menjadi satu bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran Nahu yang

    mantap.

    LATAR BELAKANG

    Nahu ialah ilmu tentang pembentukan kata dan pembinaan ayat (penyusunan kata-kata dalam

    ayat. (Glosari Bahasa Dan Kesusasteraan Arab.1996.). Ramai berpendapat bahawa nahu

    merupakan antara disiplin ilmu bahasa Arab yang agak sukar. Sukar dan payahnya nahu tidak

    hanya dirasai oleh mereka yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Kesukaran

    ini turut juga dirasai oleh mereka yang mempelajarinya sebagai bahasa ibunda (Taimah et. al.

    1990). Antara puncanya disebabkan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain seperti

    kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis biasanya dibentuk oleh kebiasaan

    bertutur, latih tubi dan pendedahan yang berterusan kepada persekitaran penggunaan bahasa

    itu sendiri. Berbeza dengan kemahiran nahu, kemahiran ini diasaskan oleh penguasaan ilmu

    pengetahuan berkaitan bahasa yang meliputi segala selok belok pembentukan kata, frasa, ayat

    serta gaya bahasa. Setiap hukum nahu atau struktur ayat membawa makna tertentu.

    Oleh itu, kemahiran nahu ini perlu dipelajari secara formal. Kemahiran nahu ini dapat

    dipraktikkan dalam kemahiran-kemahiran bahasa Arab yang lain. Kemahiran nahu juga

    merupakan asas untuk memahami ilmu retorik ( ). Dengan ini jelas bahawa penguasaan

    ilmu nahu memerlukan kekuatan minda yang berkaitan dengan daya berfikir dan kemahiran

    aplikasi ilmu pengetahuan yang menggunakan pancaindera komunikasi.

  • 84

    Pengalaman belajar di dalam kelas sepatutnya diperluaskan penggunaannya di mana-

    mana sahaja mereka berada sama ada semasa mereka berada di luar kelas atau di luar

    sekolah. Sini, Nasif dan Mokhtar (1991) dalam Norhayati (2008) mencadangkan penggunaan

    kad untuk mengajar struktur nahu bahasa Arab. Manakala tentang i'rab pula banyak pendapat

    yang sering kali menyarankan untuk mempermudahkannya dari masa-kesemasa. Ini jelas

    sekali menunjukkan i'rab adalah satu isu yang sangat penting dalam menentukan teknik yang

    dapat memudahkan pembelajaran nahu. Al-Faranwani (2005) dalam Noorhayati (2009)

    menggariskan sepuluh prinsip penulisan ilmu nahu yang digunakan dalam bukunya al-

    Khulasah Fi al-Nahw. Cara penerangan i'rab yang digunakan dalam buku ini agak tersendiri,

    iaitu didahului dengan cara irab yang umum, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan

    seterusnya i'rab yang khusus.

    Oleh itu, penulis mengambil inisiatif untuk mencipta satu bahan pengajaran nahu

    yang menyelitkan unsur-unsur inovasi yang dirasakan dapat membantu guru untuk

    menjadikan pengajaran nahu dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat akan kepentingan

    untuk berinovasi dalam pengajaran, penulis juga telah mengambil kira akan ciri-ciri inovasi

    dalam penciptaan bahan ini. Dalam kajian ini penulis berminat untuk melihat sejauh mana

    satu bahan inovasi dalam pengajaran nahu Arab yang dicipta ini mempunyai ciri-ciri inovasi

    yang baik.

    TUJUAN KAJIAN

    Mengenal pasti sejauh mana KPNA mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh

    Rogers (2003) iaitu ciri kelebihan relatif (Relative Advantage ), kesesuaian (Compatibility),

    kekompleksan (Complexity), kebolehcubaan (Trialability) dan keboleh pantauan

    keberkesanannya (Observability) dalam pengajaran nahu Arab.

    PERSOALAN KAJIAN

    Adakah KPNA mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh Rogers (2003) iaitu

    ciri kelebihan (Relative Advantage ), kesesuaian (Compatibility), kekompleksan

    (Complexity), kebolehcubaan (Trialability) dan keboleh pantauan dari segi keberkesanannya

    (Observability) dalam pengajaran nahu Arab?

    METODOLOGI KAJIAN

  • 85

    Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan borang

    soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat dan data. Responden dalam

    kajian ini terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Arab yang diberi pendedahan menggunakan

    KPNA. Responden terlebih dahulu diberi taklimat selama tiga jam melibatkan teori dan

    praktikal penggunaan kad bagi membolehkan mereka membuat penilaian. Data mentah yang

    dikutip dari responden dianalisis melalui komputer. Maklumat dan data tersebut dikodkan

    supaya dapat dianalisis oleh komputer. Data yang diperolehi dianalisis dengan perisian SPSS

    11.5. Instrumen borang soal selidik bagi penilaian akhir mengandungi lima pilihan skala iaitu

    Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Kurang Setuju (KS), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak

    Setuju (STS). Data yang telah dikumpulkan kemudiannya akan dianalisis secara statistik

    deskriptif dalam bentuk peratusan dan min untuk melihat taburan maklum balas dari

    responden.

    INOVASI PENGAJARAN NAHU MENGGUNAKAN

    KAD PINTAR NAHU ARAB (KPNA)

    Tindakan memperkenalkan sesuatu yang baru atau sesuatu yang baru diperkenalkan seperti,

    kaedah baru, peranti, pengukuran, penyelesaian, perkhidmatan produk, atau idea adalah

    inovasi. Mengikut kamus Dewan inovasi ialah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti

    kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Inovasi adalah satu istilah yang cukup luas

    pengertiannya. Perkataan inovasi ditakrifkan berbagai-bagai-bagai gaya menurut

    kecenderungan dan bidang kepakaran setiap cendekiawan. Menurut Rogers (2003) inovasi

    merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994)

    menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama

    oleh seseorang individu. Inovasi dalam pendidikan pula menjelma dalam bentuk penyelesaian

    baru dicadangkan melalui dasar-dasar, atau cara kreatif untuk memperbaharui pendidikan,

    budaya pendidikan baru atau idea baru untuk mengatasi beberapa masalah dalam pendidikan

    (ICEI, 2008).

    Secara umumnya unsur inovasi yang telah menyerap masuk dalam bidang pendidikan

    di Malaysia dan dunia telah masuk secara menyeluruh dan bersepadu dalam semua mata

    pelajaran. Isunya adalah sejauh mana pelaksana P&P yang terdiri daripada guru-guru

    berusaha dan mengambil inisiatif untuk bertindak proaktif dalam mewujudkan inovasi dalam

    P&P mereka. Juriah Long (1998) dalam buku suntingannya bertajuk Inovasi dalam

    perkaedahan pengajaran bahasa, sains sosial dan teknologi maklumat telah mengumpulkan

  • 86

    beberapa kertas kerja dan kajian yang menjurus kepada inovasi dalam P&P dengan

    menumpukan pada kedua-dua aspek teori dan praktikal inovasi perkaedahan pengajaran.

    Zhang (2006) dalam kajiannya tentang inovasi dan pembangunan pengajaran bahasa

    asing di China mendapati keperluan negara China untuk memperbanyakkan kajian tentang

    pelaksanaan pengajaran bahasa asing dan tidak semata-mata bergantung pada teori yang

    diambil dari barat. Kajian itu juga mendapati keperluan untuk negara China sendiri

    memperkenalkan kaedah berinovasi hasil daripada pengalaman tempatan.

    Melihat perkembangan ini maka KPNA dibina bagi mengisi ruang yang lompang

    dalam pengajaran nahu Arab yang menitik beratkan inovasi bagi mencapai objektif

    pengajaran. Sebagaimana definisi inovasi yang mengandungi unsur seperti idea baru, manfaat

    yang lebih baik dan perubahan ke arah yang lebih baik maka KPNA hadir untuk memenuhi

    tuntutan tersebut. Pengajaran nahu Arab yang dilihat masih mempunyai ruang-ruang untuk

    penambahbaikan menjadi medium untuk KPNA berfungsi dan memainkan peranan.

    RASIONAL INOVASI PENGAJARAN NAHU ARAB MENGGUNAKAN KPNA

    Kennedy (1988) dalam Alan (2009), menggambarkan pada karya Kelly (1980) menunjukkan

    bahawa motivasi utama untuk inovasi yang berjaya ialah ketidakpuasan dengan status quo.

    Merujuk kepada perkara ini P&P nahu serta kandungan nahu itu sendiri sentiasa diadakan

    pembaharuan dari segi pendekatan P&P serta penyusunan kandungannya bagi mengelakkan

    kesukaran. Al-cAzawi (1995) telah menerangkan panjang lebar tentang gerakan

    memperbaharui nahu Arab dan memudahkan pengajaraannya pada zaman moden.

    Sebagai satu kesinambungan, penulis mengambil inisiatif untuk mencipta satu bahan

    pengajaran nahu yang menyelitkan unsur-unsur inovasi yang dirasakan dapat membantu guru

    untuk menjadikan pengajaran nahu dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat akan

    kepentingan untuk berinovasi dalam pengajaran, penulis juga telah mengambil kira akan ciri-

    ciri inovasi dalam penciptaan bahan ini.

    KAD PINTAR NAHU ARAB (KPNA)

    1. Definisi

    Kad Pintar Nahu Arab ialah bahan pengajaran dan pembelajaran nahu Arab (tatabahasa

    Arab). Kad ini terdiri daripada 60 keping kad bermaklumat nahu dan mempunyai pelbagai

    fungsi dalam pengajaran dan pembelajaran nahu Arab khususnya tentang i'rab kata nama.

    Kad ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar, nota rujukan, bahan mengulang kaji dan

  • 87

    bahan untuk membuat latihan. Kad ini dihasilkan untuk memudahkan guru-guru

    melaksanakan proses P&P nahu Arab dan memudahkan pelajar memahami konsep nahu Arab

    serta memupuk/mencambahkan minat pelajar terhadap nahu. Kad ini terdiri daripada 60

    keping kad bermaklumat yang dibahagikan kepada 4 kumpulan asas dengan 14 kad setiap

    kumpulan dan 1 kumpulan kecil dengan 4 kad sahaja. Setiap kumpulan kad diwakili dengan

    warna tersendiri berdasarkan 5 aspek iaitu Istilah Nahu (Merah), Mawqic Marfu

    cat (Kuning),

    Mawqic Mansubat (Hijau) dan Mawqi

    c Majrurat (Biru) serta al-Tawabi

    c (warna campuran

    biru, hijau dan kuning).

    2. Konsep

    Kad ini dinamakan dengan kad pintar kerana kad ini mempunyai maklumat yang banyak dan

    tersusun dengan cara yang unik. Pelajar dapat memahami konsep nahu dengan memahami

    konsep kad ini. Maklumat nahu disampaikan dalam bentuk yang kreatif melalui warna,

    pengkategorian kad dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Kad ini juga dilihat sebagai

    pintar kerana menggabungkan kedua-dua unsur teori dan praktikal nahu di dalamnya. Kad ini

    merupakan satu bahan untuk mempelajari beberapa kemahiran nahu secara santai melalui

    teknik permainan. Pengajaran dan pembelajaran nahu yang bergantung pada syarahan dan

    penerangan biasa diperkemas dengan satu medium yang dapat menjadikan pelajar aktif

    melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kad.

    Konsep-konsep nahu yang ditulis di papan hitam yang terpaksa digambarkan dengan

    susah payah dalam minda pelajar kini dijelmakan dalam bentuk yang lebih mudah secara

    zahir melalui susunan, gerakan dan permainan kad. Pelajar akan lebih terdedah kepada

    suasana pembelajaran kendiri yang memberi peluang kepada pelajar untuk membuat sendiri,

    berbincang dalam kumpulan, bermain, menyebut, mengulang, latih tubi, membina

    pengalaman pembelajaran dan cuba memahami konsep berkaitan nahu dalam suasana yang

    lebih santai. Antara konsep-konsep penting yang mahu diterapkan melalui penggunaan kad

    ini dalam P&P ialah pembelajaran kendiri (self access learning), pembelajaran yang

    menghiburkan (learning with fun), pembelajaran berasaskan pelajar (student centered

    learning) dan pembelajaran sambil bermain.

    Objektif

  • 88

    Objektif umum KPNA ini ialah untuk menjadikan P&P nahu sesuatu yang menarik,

    memudahkan guru untuk pengajaran dan memudahkan murid untuk pembelajaran. Objektif

    khususnya adalah:

    a) Mengajar dan mempelajari

    i. Beberapa konsep umum nahu yang utama.

    ii. Konsep I'rab kata nama.

    iii. Konsep ayat (jumlah) gramatis bahasa Arab.

    iv. Dhomir Arab, tasrif Fi'l dan nombor Arab.

    b) Menghafaz

    i. Takrif dan contoh Mawqic - Mawqic I'rab kata nama.

    ii. 14 dhomir asas bahasa Arab.

    iii. 14 Tasrif Fi'l Bahasa Arab.

    iv. Wazan-wazan utama masdar bahasa Arab.

    v. Karangan praktis nahu Arab I'rab kata nama.

    c) Mempraktikkan;

    i. I'rab dalam ayat.

    ii. Pembinaan ayat.

    iii. Pembinaan karangan.

    iv. Permainan-permainan sambil belajar nahu yang menyeronokkan

    3. Reka bentuk

    KPNA terdiri daripada 60 keping kad dalam lima kumpulan warna iaitu merah, kuning, hijau,

    biru dan warna campur berdasarkan kemahiran-kemahiran nahu tertentu. Saiz satu keping kad

    adalah lebih kurang saiz kad-kad permainan lain yang ada di pasaran. Satu kotak kad yang

    mengandungi 60 keping kad ini boleh digenggam pelajar dan dibawa ke mana-mana. Kulit

    belakang kad tertulis "Kad Pintar Nahu Arab" dan dihiasi dengan corak kerawang terdapat

    dalam dua warna iaitu biru dan merah jambu. Kad ini direka dengan penuh kreativiti dalam

    memaksimumkan maklumat dan penyampaian maklumat nahu. Maklumat-maklumat nahu

    diselitkan dengan penyusunan yang unik dalam setiap kad, kumpulan kad dan secara

    keseluruhan kad.

    Penyampaian maklumat nahu pula dilakukan dengan menggunakan warna,

    pengkategorian atau pengklasifikasian. Reka bentuk sebegini direka bagi memudahkan

  • 89

    pelajar memahami kemahiran-kemahiran tersebut dengan lebih mantap. 60 keping kad ini

    dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran berikut:-

    i. Kemahiran Istilah-Istilah Asas nahu 14 kad berwarna merah.

    ii. Kemahiran kata nama al-mansubat 14 kad berwarna hijau.

    iii. Kemahiran kata nama al-marfuat 14 kad berwarna kuning.

    iv. Kemahiran kata nama al-majrurat 14 kad berwarna biru.

    v. Kemahiran al-tawabi' 4 kad berwarna campur (kuning, biru dan hijau).

    4. Kandungan

    Isi kandungan KPNA ini sangat unik. Kandungan dalam kad ini boleh berfungsi secara

    sekeping-sekeping, sekumpulan kad sama warna dan secara bersepadu keseluruhan kad ini..

    Isi kandungan kad ini boleh jelaskan seperti berikut:-

    i. Secara Keseluruhan (60 keping)

    Setiap kad mempunyai satu istilah nahu yang tertentu sama ada istilah umum nahu atau

    istilah berkaitan i'rab kata nama yang disertakan bersama takrifan dan contoh.

    Keseluruhan 60 keping kad ini diwarnakan mengikut pengkategorian hukum I'rab kata

    nama yang terdiri daripada marfu', mansub dan majrur di samping satu kategori tawabi'

    serta istilah-istilah nahu.

    Mauqi I'rab, tulisan berwarna hijau, dan yang dalam kurungan berwarna oren adalah subtopik bagi mauqi i'rab. Mauqi' marfu sebanyak 6 dan 8 subtopik, mauqi' mansub sebanyak 12 mauqi dan 2 subtopik serta majrur sebanyak 2 mauqi dan 12 subtopik. Terdapat juga 4 mauqi fleksibel al-tawabi' yang mengikut hukum marfu, mansub dan majrur.

    Istilah Nahu, tulisan berwarna merah. Terdapat 14 semuanya bertujuan mendedahkan takrif-takrif istilah penting nahu Arab kepada pelajar. Istilah-istilah ditakrif secara ringkas sahaja.

  • 90

    HUKUM-HUKUM I'RAB KATA NAMA

    Selain itu gabungan kad ini secara keseluruhan juga dapat membina satu karangan

    praktis nahu1. Setiap perkataan yang berwarna hitam dalam kotak hijau dalam kad

    apabila berada dalam bentuk karangan akan mewakili mauqi' i'rab kad tersebut. Dalam

    contoh ini ayat pertama iaitu ( dan maklumat di kad menunjukkan (

    adalah dan adalah dan adalah serta yang

    terakhir sebagai . Begitulah hal keadaannya apabila semua perkataan ini disusun

    menjadi satu karangan lengkap.

    1 1 Bermaksud setiap perkataan berwarna

    hitam dalam kad mewakili mawqi' i'rab kad

    dalam karangan.

    1 1 9 3

    2 4 2

    3 1 10 8

    4 8 7 6 7

    5 2 7 1

    3

    6 14 1 5

    7 11 1 4 6

    8 8 5 3 2

    9 7 6 1

    Susunan kad secara melintang. Susunan Kad secara menegak.

    Contoh karangan praktis nahu yang boleh dibina dengan menyusun kad. Setiap perkataan yang ditulis dengan warna hitam dalam kotak hijau di sebelah kanan kad boleh disusun menjadi satu karangan. Karangan ini menjadi contoh bagi penggunaan setiap mawqi' yang diterangkan dalam kad. Dalam rajah ini dinyatakan juga susunan kad mengikut nombor dan warna untuk rujukan. Dua perkataan yang bergaris menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan

    Perkataan yang ditulis

    dengan warna hitam

    dalam kotak hijau .

  • 91

    ii. Secara Kumpulan Mengikut Warna

    Kad secara berkumpulan terdiri daripada 14 keping kad berwarna merah, 14 biru, 14

    kuning, 14 hijau dan 4 berwarna campur hijau, kuning dan biru. Dalam satu kumpulan

    sama, KPNA mempunyai maklumat berikut; 14 dhomir asas bahasa Arab, 14 nombor

    Arab daripada nombor 1 hingga 14 bersama tulisannya, 14 tasrif fi'l madhi dan mudhori'

    dan 6 tasrif fi'l amr serta 14 wazan masdar asas.

    Dhomir sebanyak 14

    dan disusun

    mengikut susunan

    jumlah dan jantina.

    Nombor dalam

    tulisan angka

    Arab.

    Tasrif Fil mengikut

    Dhomir ( : - )

    untuk ketiga-tiga jenis

    Fil.

    Wazan Masdar Utama,

    terdapat sebanyak 14

    wazan masdar yang

    utama dalam B.Arab.

    Dinyatakan juga contoh

    fi'l untuk mwazan-wazan

    tersebut.

    Tulisan Nombor

    wazan

    Fil.

  • 92

    iii. Secara Tunggal Satu Keping

    Dalam satu keping kad terdapat beberapa maklumat iaitu; salah satu daripada 14 dhomir,

    salah satu daripada 14 nombor, satu mawqi' I'rab atau sub topik mawqi' i'rab atau istilah

    nahu bersama takrif dan contoh, satu tasrif fi'l dan satu perkataan.

    Kandungan atau isi KPNA secara keseluruhannya memberi penekanan kepada pendedahan

    konsep beberapa kemahiran nahu dan pengetahuan istilah-istilah penting nahu yang perlu

    dikuasai pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    iv. Beberapa Perhatian

    Untuk perhatian semua, di samping beberapa maklumat yang dinyatakan tentang kandungan

    KPNA ini dan konsepnya dalam P&P, terdapat beberapa perkara yang berbeza yang perlu

    diambil perhatian seperti:

    a) Warna Tulisan Mawqi' I'rab, Subtopik Mawqi' dan Istilah Nahu.

    Walaupun kad ini secara konsepnya mengumpulkan mauqi'-mauqi' yang sama hukum

    i'rab dalam satu kumpulan warna kad, terdapat juga kad-kad yang tidak mewakili

    mauqi' tetapi hanya mewakili sub topik sesuatu mauqi'. Contohnya kad untuk

    Takrif bagi

    mauqi I'rab,

    contoh ayat dan

    I'rab ringkas.

    Perkataan untuk permainan

    praktikal membina ayat.

    Gabungan semua perkataan

    dalam satu set kad

    membentuk satu karangan

    yang memberi contoh

    penggunaan setiap mauqi'.

    dalam kad.

    Takrif bagi mauqi

    i'rab, contoh ayat

    dan i'rab ringkas.

    Wazan Masdar, terdapat

    sebanyak 14 wazan

    semuanya.

    Nombor Arab

    Dhomir sebanyak

    14 dan disusun

    mengikut

    susunan jumlah

    dan jantina.

    Tasrif Fil mengikut dhomir

    untuk ketiga-tiga jenis fil.

    Tulisan Nombor

    Warna berdasarkan hukum. Tiga

    kumpulan diwarnakan mengikut

    Hukum I'rab iaitu Marfu (kuning),

    Mansub (hijau) dan Majrur(biru)

    dan kumpulan bukan Hukum iaitu

    Istilah Nahu(Merah) dan Tawabi' (

    Warna Campur Hijau, Biru, dan

    Kuning)

    Mauqi I'rab, tulisan berwarna hijau, dan yang dalam

    kurungan adalah subtopik bagi mauqi I'rab. Marfu (6

    mauqi) 8 subtopik, mansub 12 mauqi 2 subtopik dan

    majrur 2 mauqi 12 subtopik. Terdapat juga 4 mauqi

    fleksibel yang mengikut marfu, mansub dan majrur iaitu al-

    tawabi'. Bagi kad berwarna merah bahagian mauqi' ini

    diganti dengan istilah-istilah nahu.

  • 93

    ( ) bermaksud kad itu tidak membincangkan tetapi

    membincangkan yang merupakan sub topik dalam topik berkaitan .

    Hal ini terjadi kerana mawqi'-mawqi' bagi sesuatu hukum tidak mencecah empat belas

    seperti mana kumpulan kad mengikut warna yang semuanya empat belas kad

    berdasarkan dhomir asas bahasa Arab. Bagaimana pun warna sekali lagi memainkan

    peranan dalam menjelaskan perkara ini di mana setiap mawqi' diwarnakan dengan

    warna hijau manakala sub topik diletakkan dalam kurungan bertulisan warna oren.

    Begitu juga dengan kumpulan kad berwarna merah yang tidak mewakili mauqi' i'rab

    di mana tulisan di tempat mauqi' dalam kumpulan warna yang lain ditulis dengan

    warna merah. Ini membezakan antara mauqi' dan juga istilah-istilah nahu.

    b) Perkataan di kad

    Telah dinyatakan sebelum ini bahawa gabungan perkataan dalam kad ini boleh

    dijadikan satu karangan praktis nahu yang lengkap. Bagaimana pun terdapat beberapa

    maklumat yang perlu diketahui pengguna berkaitan dengan perkara ini seperti:

    Tulisan Hijau,

    menunjukkan

    mawqi' i'rab

    Tulisan Hijau Dan

    Tulisan Oren dalam

    Kurungan

    menunjukkan sub

    topik mawqi'

    Tulisan Merah

    menunjukkan istilah-

    istilah nahu bukan

    mawqi''

  • 94

    5. Fungsi

    Fungsi utama kad ini ialah menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran nahu bagi beberapa

    kemahiran. Kemahiran tersebut ialah seperti kemahiran tasrif, kemahiran i'rab kata nama,

    kemahiran nombor Arab dan kemahiran wazan masdar asas. KPNA boleh digunakan sebagai

    bahan bantu mengajar, nota, bahan permainan dan bahan ulangkaji.

    i. Sebagai Bahan Bantu Mengajar

    a) Penerangan tentang nahu Arab

    b) Mengenal istilah-istilah penting nahu Arab

    c) Penerangan tentang I'rab

    i. Penerangan mudah Rukun I'rab Kata Nama.

    ii. Penerangan Umum Hukum I'rab

    iii. Penerangan Spesifik Hukum dan Mauqi' I'rab

    iv. Mauqi' Kata Nama Marfuat

    v. Mauqi' Kata Nama Mansubat

    vi. Mauqi' Kata nama Majrurat

    vii. Penerangan Setiap Mauqi'

    viii. Membina karangan yang praktis i'rab

    d) Membina Ayat Fi'liyyah

    Hanya kata nama

    berwarna hitam

    sahaja yang

    termasuk dalam

    karangan praktis

    nahu.

    Kata Nama

    berwarna

    merah tidak

    termasuk

    dalam

    karangan.

    Harf masuk

    dalam karangan

    tetapi tidak

    praktis nahu

    Fi'l masuk

    dalam karangan

    tetapi tidak

    praktis nahu.

  • 95

    e) Membina Ayat Ismiyyah

    f) Mempelajari wazan masdar utama

    g) Mengenali pembahagian perkataan

    h) Mempelajari Dhomir Bahasa Arab

    i) Mengenal Nombor Arab

    ii. Sebagai Nota Rujukan

    KPNA yang sarat dengan maklumat nahu ini juga adalah satu nota moden nahu yang unik.

    Saiznya yang praktikal menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana di samping fleksibiliti

    mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu memudahkan pelajar untuk mengingat

    kemahiran-kemahiran nahu ini. KPNA menyamai sebuah buku Nahu yang lengkap dan

    menarik tentang I'rab Kata Nama

    iii. Kad Permainan Ulangkaji

    Kad ini digunakan dalam permainan untuk tiga tujuan penting iaitu untuk mengingat,

    mengulangkaji serta latihan.

    a) Permainan Menyusun Mauqi' I'rab berdasarkan Hukum (Tarafi)

    b) Permainan Mengkategorikan Mauqi' I'rab Tertentu (Dinari)

    c) Permainan Memfokuskan Satu Mauqi' I'rab Tertentu (Al-Malik)

    d) Permainan Mengkategorikan Jenis-Jenis Perkataan

    e) Permainan Membina Ayat

    f) Permainan Praktis I'rab Kata Nama

    6. Kesimpulan

    Demikianlah sekilas pandang KPNA. Mudah-mudahan dengan panduan ini dapat lah kita

    sama-sama memahami dan memperoleh maklumat tentang kad ini seterusnya mengetahui

    cara-cara untuk menggunakannya. Di bahagian berikutnya akan dijelaskan pula bagaimana

    untuk menjalankan aktiviti P&P dengan berbantukan KPNA, permainan KPNA dan juga satu

    modul Mahir nahu menggunakan kad.

    KAJIAN CIRI-CIRI INOVASI DALAM KAD PINTAR NAHU ARAB (KPNA)

    Antara faktor utama yang mempengaruhi penerimaan sesuatu inovasi menurut kajian

    berkaitan dengan ciri-ciri reka bentuk sesuatu inovasi dan kesannya terhadap potensi untuk

  • 96

    diterima pakai adalah seperti yang dinyatakan oleh Rogers(1983) (Alan Waters 2009).

    Berdasarkan kajian dari sejumlah besar dari pelbagai jenis inovasi, dikenal pasti bahawa ciri-

    ciri yang menentukan sejauh mana kemungkinan pengambilan sama ada meningkat atau

    mengurang. Ciri-ciri berikut adalah:

    Kelebihan Relatif (Relative Advantage): sejauh mana suatu inovasi dianggap lebih baik

    daripada gagasan idea atau kaedah yang diganti.

    Kesesuaian (Compatibility): tahap di mana suatu inovasi dianggap sebagai konsisten dengan

    nilai-nilai semasa, pengalaman masa lalu dan keperluan pengamal-pengamal baru yang

    berpotensi.

    Kekompleksan ( Complexity): sejauh mana suatu inovasi dianggap sukar untuk difahami dan

    digunakan.

    Kebolehcubaan (Trialability): darjah di mana suatu inovasi dapat bereksperimen dengan

    secara terhad.

    Kebolehpantauan (Observability): sejauh mana hasil dari suatu inovasi dapat dilihat oleh

    orang lain

    Semua ciri ini dilihat oleh Rogers berkorelasi positif dengan potensi untuk inovasi

    yang akan diterapkan, kecuali untuk faktor kekompleksan. Merujuk kepada KPNA, penulis

    melihat aspek ini perlu dikaji dan diteliti untuk melihat sejauh mana ciri-ciri inovasi ini

    terdapat di dalamnya. Dengan membuat kajian dapatlah ditentukan tahap kewujudan ciri-ciri

    inovasi ini dalam KPNA. Hasil kajian ini dapatlah dijadikan panduan untuk penambahbaikan

    bagi menjamin impak yang lebih besar pada pengambilan dan penggunaan bahan ini.

    DAPATAN KAJIAN

    Bahagian ini akan menjelaskan hasil kajian berdasarkan KPNA yang telah di taklimat penggunaannya

    dalam satu kursus selama tiga jam. Hasil dapatan yang dibincangkan ini dianalisis berdasarkan

    penilaian yang diperoleh daripada 30 orang responden yang terdiri daripada guru-guru bahasa Arab

    seluruh Malaysia. Data yang dipungut daripada responden dianalisis secara deskriptif untuk melihat

    peratusan dan skor min setiap item yang diuji. Dalam membuat penilaian min, penulis telah

    mengguna pakai interpretasi yang digunakan oleh Hasnah (2006) dan Zaidi (2006), iaitu:

    SKOR MIN INTERPRETASI

    1.00 2.33 Tahap Rendah

  • 97

    2.34 3.66 Tahap Sederhana

    3.67 5.00 Tahap Tinggi

    Penulis beranggapan bahawa skor min yang tinggi iaitu pada tahap 3.67 hingga 5.00

    sebagai pengukur kepada penentuan terhadap ciri-ciri inovasi dalam KPNA. Sekiranya skor

    min bagi mana-mana item berada pada tahap sederhana atau rendah, penulis menganggap

    KPNA adalah lemah dan perlu diperbaiki dan direka bentuk semula. Sebaliknya, jika skor

    min berada pada tahap tinggi iaitu antara nilai min 3.67 hingga 5.00, maka KPNA dianggap

    telah mempunyai ciri-ciri inovasi yang mantap dan mengatasi segala perkara yang

    dikemukakan di dalam masalah kajian.

    Responden yang dipilih akan membuat penilaian KPNA berkenaan dengan menjawab

    soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik seperti dalam jadual 1. Dapatan

    daripada analisis data akan dikaitkan dengan persoalan kajian yang telah dibincangkan.

    Soalan kajian tersebut adalah seperti berikut:

    a) Adakah KPNA mempunyai ciri-ciri inovasi seperti yang digariskan oleh Rogers (2003)

    iaitu ciri kelebihan (Relative Advantage ), kesesuaian (Compatibility), kekompleksan

    (Complexity), kebolehcubaan (Trialability) dan keboleh pantauan dari segi

    keberkesanannya (Observability)?

    KPNA dibina berasaskan sukatan dan kurikulum Bahasa Arab Tinggi seperti yang

    telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis berhasrat menjadikan KPNA

    alat bantu mengajar dan belajar nahu bahasa Arab yang memuatkan pelbagai maklumat dan

    boleh bertindak pelbagai fungsi.

    Bagi menjawab persoalan kajian ini, Penulis telah mengemukakan sebanyak 5 item

    dalam soal selidik iaitu soalan A1 hingga A5. Berdasarkan kepada butiran yang dipaparkan

    dalam jadual 2, item A1 menunjukkan 56.7% responden menyatakan sangat setuju bahawa

    terdapat beberapa kelebihan pada KPNA berbanding dengan idea-idea pengajaran nahu Arab

    sedia ada, manakala 40% menyatakan setuju dan hanya 3.3% kurang setuju. Bagi item A2

    pula 26.7% menyatakan sangat setuju bahawa KPNA adalah satu alternatif yang tepat dan

    bersesuaian untuk digunakan pada masa sekarang setelah mengambil kira pengalaman-

    pengalaman lepas dan kecenderungan minat guru-guru BA, manakala 70% responden pula

    menyatakan setuju dan 3.3% mengatakan kurang bersetuju. Bagi item A3, 13.3% responden

  • 98

    menyatakan sangat setuju bahawa KPNA adalah jelas dan tidak kompleks dari segi konsep

    dan kaedah penggunaannya, manakala 40% mengatakan setuju dan jumlah yang besar juga

    mengatakan kurang setuju iaitu 46.7%.

    Bagi item A4, 50% responden mengatakan sangat setuju bahawa KPNA boleh

    dicubaguna dengan mudah., manakala 50% responden lagi menyatakan setuju. Sementara itu

    item A5 pula sebanyak 50% responden mengatakan sangat setuju bahawa Keberkesanan

    KPNA boleh dinilai dengan jelas, 46.7% responden pula mengatakan setuju dan 3.3%

    responden menyatakan kurang setuju.

    Secara keseluruhannya, item A1 hingga A5 menunjukkan 39.3% responden

    menyatakan sangat setuju bahawa KPNA yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri inovasi

    berdasarkan saranan Rogers (2003). Manakala 49.32% menyatakan setuju dan selebihnya

    11.3% responden pula menyatakan kurang setuju. Dapatan juga menunjukan skor min bagi

    item A1 hingga A5 adalah berada pada tahap yang tinggi (min = 4.20). Justeru itu KPNA

    yang dibangunkan menepati ciri-ciri inovasi yang dicadangkan Rogers(2003). Oleh yang

    demikian, penulis beranggapan bahawa aspek ciri-ciri inovasi KPNA ini telah mantap dan

    penambahbaikan pada tahap kekompleksan perlu dibuat.

    Jadual 1. Penilaian Item A1 hingga A5

    Bil Item SS

    % & n

    S

    % & n

    KS

    % & n

    TS

    % & n

    STS

    % & n Min

    A1 KELEBIHAN RELATIF

    (Relative Advantage):

    KPNA mempunyai

    beberapa kelebihan

    berbanding idea-idea

    pengajaran nahu Arab

    sedia ada.

    56.7%

    (18)

    40%

    (11)

    3.3%

    (1)

    0%

    (0)

    0%

    (0)

    4.53

    A2 KESESUAIAN

    (Compatibility:) KPNA

    adalah satu alternatif yang

    sesuai digunakan pada

    masa sekarang setelah

    mengambil kira

    pengalaman-pengalaman

    lepas dan kecenderungan

    minat guru-guru BA

    26.7%

    (8)

    70%

    (21)

    3.3%

    (1)

    0%

    (0)

    0%

    (0)

    4.23

  • 99

    A3 KEKOMPLEKSAN

    (Complexity): KPNA jelas

    dan tidak kompleks dari

    segi konsep dan kaedah

    penggunaannya.

    13.3%

    (4)

    40%

    (12)

    46.7%

    (14)

    0%

    (0)

    0%

    (0)

    3.67

    A4 KEBOLEHCUBAAN

    (Trialability): KPNA

    boleh dicubaguna dengan

    mudah.

    50%

    (15)

    50%

    (15)

    0%

    ( 0)

    0%

    (0)

    0%

    (0)

    4.13

    A5 KEBOLEHPANTAUAN

    (Observability):

    Keberkesanan KPNA

    boleh dinilai dengan jelas.

    50%

    (15)

    46.7%

    (14)

    3.3%

    (1)

    0%

    (0)

    0%

    (0)

    4.43

    Jumlah Keseluruhan 39.3% 49.3% 11.3% 0% 0% 4.20

    RUMUSAN

    Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat di atas, satu bahan P&P nahu yang inovatif telah

    berjaya dibangunkan dan dijangka dapat memenuhi kehendak guru-guru Bahasa Arab dan

    keperluan mata pelajaran Bahasa Arab. Bagaimanapun, maklumat mengenai KPNA yang

    tertera di sini adalah terhad dan boleh dilihat secara jelas dengan merujuk kepada KPNA

    sendiri. Manakala dari segi penilaian pula, skor min yang tinggi bagi semua item kajian

    menunjukkan KPNA ini mempunyai ciri-ciri inovasi yang baik melainkan item empat.

    Didapati di item A4 yang menumpukan pada tahap kerumitan konsep dan penggunaan skor

    min hanya mencapai tahap sederhana iaitu pada tahap 3.25. ini menunjukkan ciri-ciri

    minimum kerumitan masih berada pada tahap sederhana dan perlu ditambah baik bagi

    memastikan tahap ciri-ciri inovasi pada KPNA lebih baik. Bagaimanapun, secara

    keseluruhannya KPNA adalah satu bahan pengajaran Nahu Arab yang mempunyai ciri-ciri

    inovasi seperti yang digariskan Rogers pada skala yang tinggi berdasarkan skor min

    keseluruhan yang berada di tahap yang tinggi iaitu 4.2.

    RUJUKAN

    Alan Waters (2009), Managing Innovation In English Language Education Lang. Teach.

    42:4, 421458. Cambridge University Press doi:10.1017/S026144480 999005X.

    Lancaster University, UK

    Al-cAzawi Nikmat Rahim 1995, Fi Harakat al Tajdid al-Nahwi wa Taisirihi Fi al-Asri Al-

    Hadis Dar Al-Syuun lil Thaqofat al-Ammah, Baghdad, Iraq

  • 100

    Al-Ghalayini, Mustafa, (1998), Jami' Durus Al-Arabiyyah, al-Maktabah al-Asriyyah, Beirut,

    Lubnan.

    Al-Kasimi, A.M, Assayyed, M.A. 1991. Instructional Technology And The Teaching Of

    Arabic To Non-Arabic Speaker. Ribat, Maghribi: Publications Of The Islamic

    Educational, Scientific and Cultural Organisation.

    Ar- Rajhi, Abduh, 2000, at-Tatbiq an-Nahwi, Dar An Nahdhah, Beirut, Lubnan.

    Jawatankuasa Istilah Bahasa dan Kesusasteraan Arab, 1994. Glosari Bahasa Dan

    Kesusasteraan Arab, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Juriah Long .1998. Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan

    Teknologi Maklumat. Penerbit UKM. Bangi

    Mohd Majid Konting, 1993. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Noorhayati Bt Hashim, 2009. Keberkesanan Kaedah Noor Dalam Pengajaran Dan

    Pembelajaran, Nahu Bahasa Arab. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan, Universiti

    Malaya.

    Proceeding Of The International Conference on Education Innovation (ECEI) 2008.

    Educational Innovation for Sustainable Development University Malaya

    Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th edn.). New York: Free Press.

    Zaidi bin Ismail. 2006. Kesediaan Terhadap Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru

    Pendidikan Islam : Kajian di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

    Kertas Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

    Zhang Zheng-Dong.(2006).Innovation And Development Of Foreign Language Teaching In

    China Front. Educ. China 4: 577588 DOI 10.1007/s 11516-006-0031-2 Higher

    Education Press and Springer-Verlag 2006