info program - pohon.usm.my · pdf filemenekankan kepelbagaian biologi dan ekologi serangga...

1
INFO PROGRAM KOD PROGRAM/PENGKHUSUSAN INFO PROGRAM SG02 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) Agrobiologi Program ini memfokuskan penggunaan teknik biologi moden dalam sistem pengeluaran pertanian. Objektif utama program ini adalah untuk menerokai pelbagai kaedah dalam sistem pertanian untuk memastikan kesihatan dan hasil tumbuhan yang optimum serta ekonomikal. Matlamat utama program ini adalah untuk menangani masalah berhubung dengan produktiviti tumbuhan dalam pembangunan industri berasaskan pertanian. Dengan itu, program ini menawarkan kerjaya dalam pelbagai bidang yang melibatkan industri berasaskan pertanian terutama sekali dalam pengawalan penyakit tumbuhan dan peningkatan produktiviti tumbuhan. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) Entomologi & Parasitologi Program ini memfokuskan pengetahuan dan kefahaman tentang serangga dan parasit khususnya serangga pembawa penyakit, serangga akuatik serta hubungannya dengan parasit atau patogen penyakit yang disebarkan. Dalam program ini, pelajar didedahkan kepada struktur dan fungsi, kitar hidup, ekologi, kelakuan serangga dan parasit bagi membantu memahami penyakit serta pelbagai strategi pengurusan dan kawalan bagi serangga perosak bandar dan industri seperti lipas dan anaianai, vektor bawaan penyakit seperti nyamuk, pelbagai jenis parasit haiwan dan manusia serta turut menekankan kepelbagaian biologi dan ekologi serangga akuatik di sungai dan sistem air tawar lain. Dengan itu, program ini mampu menawarkan kerjaya dalam pelbagai bidang yang melibatkan pengurusan serangga perosak bandar, industri, alam sekitar dan kawalan parasit. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) Biologi Akuatik Program Biologi Akuatik memberi penekanan kepada pengetahuan tentang struktur dan peranan setiap ekosistem akuatik dari segi kepentingan flora dan fauna, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber. Oleh itu, bidang ini membuka peluang kepada pelajar untuk menceburi pelbagai sektor yang melibatkan pengurusan sumber akuatik dan pemuliharaan ekosistem . IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) Bioteknologi Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam industri bioteknologi, seperti teknik biologi molekular yang diperlukan dalam kejuruteraan genetik mikroorganisma sehingga proses pengkulturan, penulenan dan pencirian protein. Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat memahami prinsip yang terlibat dalam pengklonan gen sehingga kepada manipulasi DNA, dan juga pengetahuan untk mengkultur mikrorganisma bagi mendapatkan protein yang dikehendaki. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik kromatografi untk proses penulenan produk protein. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) Biologi Persekitaran Program ini memfokuskan kepada pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai konsep ekologi, fungsi dan interaksi antara komponen abiotik dan biotik pelbagai ekosistem. Program ini menawarkan kerjaya dalam bidang pengurusan alam sekitar.

Upload: vuongnguyet

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO PROGRAM - pohon.usm.my · PDF filemenekankan kepelbagaian biologi dan ekologi serangga akuatik di sungai dan sistem air tawar lain. Dengan itu, program

INFO PROGRAMKOD PROGRAM/PENGKHUSUSAN INFO PROGRAMSG02 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN 

(KEPUJIAN) 

Agrobiologi

Program ini memfokuskan penggunaan teknik biologi moden dalam sistem pengeluaran pertanian. Objektif utama program ini adalah untuk menerokai pelbagai kaedah dalam sistem pertanian untuk memastikan kesihatan dan hasil tumbuhan yang optimum serta ekonomikal. Matlamat utama program ini adalah untuk  menangani masalah berhubung dengan produktiviti tumbuhan dalam pembangunan industri berasaskan pertanian. Dengan itu, program ini menawarkan kerjaya dalam pelbagai bidang yang melibatkan industri berasaskan pertanian terutama sekali dalam pengawalan penyakit tumbuhan dan peningkatan produktiviti tumbuhan.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) 

Entomologi & Parasitologi

Program ini memfokuskan pengetahuan dan kefahaman tentang serangga dan parasit khususnya serangga pembawapenyakit, serangga akuatik serta hubungannya dengan parasit atau patogen penyakit yang disebarkan. Dalam programini, pelajar didedahkan kepada struktur dan fungsi, kitar hidup, ekologi, kelakuan serangga dan parasit bagi membantumemahami penyakit serta pelbagai strategi pengurusan dan kawalan bagi serangga perosak bandar dan industri sepertilipas dan anai‐anai, vektor bawaan penyakit seperti nyamuk, pelbagai jenis parasit haiwan dan manusia serta turutmenekankan kepelbagaian biologi dan ekologi serangga akuatik di sungai dan sistem air tawar lain. Dengan itu, programini mampu menawarkan kerjaya dalam pelbagai bidang yang melibatkan pengurusan serangga perosak bandar, industri,alam sekitar dan kawalan parasit.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) 

Biologi Akuatik

Program Biologi Akuatik memberi penekanan kepada pengetahuan tentang struktur dan peranan setiap ekosistemakuatik dari segi kepentingan flora dan fauna, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber. Oleh itu, bidang inimembuka peluang kepada pelajar untuk menceburi pelbagai sektor yang melibatkan pengurusan sumber akuatik danpemuliharaan ekosistem .

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) 

Bioteknologi

Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam industri bioteknologi, seperti teknikbiologi molekular yang diperlukan dalam kejuruteraan genetik mikroorganisma sehingga proses pengkulturan, penulenandan pencirian protein. Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat memahami prinsip yang terlibat dalam pengklonan gensehingga kepada manipulasi DNA, dan juga pengetahuan untk mengkultur mikrorganisma bagi mendapatkan proteinyang dikehendaki. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik kromatografi untk proses penulenan produk protein.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN) 

Biologi Persekitaran

Program ini memfokuskan kepada pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai konsep ekologi, fungsi dan interaksiantara komponen abiotik dan biotik pelbagai ekosistem. Program ini menawarkan kerjaya dalam bidang pengurusan alamsekitar.