asas akuatik

20
ASAS AKUATIK Sufian bin Hashim Norfarahana binti Mohammad Lajim Nur Aliah binti Juhari

Upload: aliyah-juhari

Post on 01-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rekreasi

TRANSCRIPT

ASAS AKUATIK

ASAS AKUATIK

Sufian bin HashimNorfarahana binti Mohammad LajimNur Aliah binti Juhari1.4 Kuak Dada Teknik kuak tangan Teknik tendangan kaki Teknik pernafasan

Teknik kuak dada teknik renangan yang paling casual dan agak santai berbanding lain-lain teknik. Teknik ini juga paling kurang memerlukan tenaga dan mudah dipelajari. Pelajar akan difokuskan dengan pergerakan tangan dan kaki yang betul.

Dikatakan sebagai gaya renangan 'katak' ataupun 'frog style' kerana ia menyerupai katak yang sedang berenang.Gaya ini adalah gaya yang paling perlahan antara empat gaya renang yang diiktiraf iaitu Gaya Bebas, Gaya Kupu-kupu dan juga Kuak Lentang.Lebih memfokuskan kepada kekuatan kaki 70%-75% tolakan dan anjakan badan untuk ke hadapan adalah hasil daripada tolakan kaki kita.Ada beberapa langkah yang perlu diambil kira.1.Warming up - buat stretching dengan betul untuk mengelakkan kecederaan ataupun kekejangan otot.2.Peralatan yang patut ada - Swim board, goggle, swimming outfits and of course a swimming pool.#1 PernafasanPernafasan amat penting kerana bila anda semput atau tercungap-cungap, itu bermakna pernafasan anda semasa berenang tidak betul. Pernafasan yang betul adalah kita bernafas terbalik dengan semasa berada di alam darat. Kita mengambil nafas dengan menggunakan MULUT, lalu menghembus kembali nafas yang telah diambil dengan menggunakan HIDUNG. Saranan untuk mengambil nafas yang baik adalah nafas yang panjang dan mempunyai kapasiti udara yang padu dan tahan lama. Anda perlu menghela nafas yang perlahan dengan menggunakan mulut supaya kapasiti udara yang anda ambil adalah padu dan tahan lama. Pabila hendak menghembus kembali nafas yang telah diambil, caranya lebih kurang seperti menghembus selesema daripada lubang hidung anda tetapi secara perlahan-lahanlah jangan terlalu teruja sangat.

Alam darat: Inhale - Hidung Exhale Mulut

Pernafasan untuk renang: Inhale - Mulut Exhale- Hidung #2 KakiSeterusnya, kita mulakan dengan kaki dahulu. First of all, pegang sisi kolam cam gambar kat bawah ni.

Kaki untuk gaya dada ada 3 langkah:1) Bengkokkan kaki anda seperti yang terpapar dalam gambar di atas2) Pabila kaki cantik anda sudah bengkok seperti yang terpapar dalam gambar di atas, tendang ke tepi dan kaki cantik anda akan menjadi seperti huruf Y.3) Dengan kadar segera bermula dari langkah ke-2 tadi, pabila kaki sudahpun dalam keadaan huruf Y, jangan berhenti, terus cantumkan kembali kaki anda dan akhirnya menjadi lurus dari peha sehinggalah ke hujung jari kaki.Ulang balik langkah-langkah seperti tadi untuk setiap tolakan kaki supaya dapat melonjakkan badan ke hadapan.

#3 Tangan

1) Pertama sekali, tangan mestilah berada di posisi seperti superman, luruskan tangan anda selari dengan bahu anda, tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, bezanya tapak tangan tidak perlu digenggam. Jari-jemari perlulah ditutup dengan rapat agar air yang ditarik tidak terlepas dari cengkaman.2) Tarik perlahan-lahan tangan anda ke tepi seolah-olah melukis satu bulatan di hadapan.3) Pabila tangan ditarik ke belakang dan siku sudah hampir selari dengan bahu, maka inilah saat untuk para manusia mengambil nafas dengan mengangkat kepala anda - mata tengok hadapan, jangan terlalu mendongak ataupun terlalu pandang ke bawah, buka mulut anda dan tarik nafas.

4) Setelah ambil nafas, maka sudah sampai masanya untuk anda cantum kembali tapak tangan yang terbuka disebabkan nak melukis bulatan tadi sambil-sambil anda merendahkan kepala anda untuk masuk kembali ke dalam air. *(pada ketika ini juga anda mula step 1 kaki anda iaitu bengkokkan kaki anda)

5) Setelah tercantum kedua-dua tapak tangan dan menjadi tajam seperti roket, anda seoalah-olah "mencucuk air" tersebut ke hadapan dengan pantas dan kuat. *pada masa ini juga anda tendang dan sepak sekuat hati untuk jadikan kaki anda dalam keadaan bentuk Y, dan seterusnya luruskan balik kaki anda.

#4 Posisi badan1) Kaki mestilah sentiasa berada di dalam air. Jika ada percikkan air semasa melakukan tendangan, maknanya posisi seluruh badan anda tidak betul. kaki anda sepatutnya berada lebih dalam sedikit berbanding dengan badan dan tangan anda yang senantiasa dekat dengan permukaan air.

2) Semasa kepala berada di dalam air, mata sentiasa tengok ke bawah, bukan ke hadapan.

3) Jika tangan anda dan kaki anda lurus (lurus tapi tak kaku, perlu lebih rileks), barulah anda boleh terapung dengan jayanya.Dengan memahami segala teori dan langkah-langkah untuk menguasai teknik gaya dada ini sudah pasti masih tidak mencukupi untuk anda boleh berenang secara tiba-tiba. Jika anda masih ingin mencuba di kolam sebenar dan bukannya di atas katil anda serta ingin mendapatkan peluang untuk merasai kemanisan menguasai teknik-teknik renang dengan betul, jangan berasa segan untuk hubungi saya untuk kelas-kelas renang yang bakal ditawarkan.

Sekian, terima kasih.