implikasi falsafah

3
IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat dikelaskan seperti berikut: Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara: Implikasi Tehadap Kurikulum Implikasi Terhadap Pendidik Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan 7.1 Implikasi Terhadap Kurikulum. Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini

Upload: muhd-tajuddin

Post on 11-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tanggung Jawab Dan Peranan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: implikasi falsafah

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah

banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi

dapat dikelaskan seperti berikut: 

Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya

terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai

implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah

keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.

Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara:

Implikasi Tehadap Kurikulum Implikasi Terhadap Pendidik Implikasi Terhadap Institusi

Pendidikan

7.1 Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan

kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan

selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana

setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang.

Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni

dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem

pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke

sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu

Page 2: implikasi falsafah

untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan

bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

7.2 Implikasi Terhadap Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem

pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh

diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk

mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan

matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan

sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam

ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan

teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang

baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi

matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal

kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui

perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang

diusahakan oleh guru.

7.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-

kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk

merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini

adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga

diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling

bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan

keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar

yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai

satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu: “Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan

Page 3: implikasi falsafah

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.