imaginasi dan ekspresi kanak

12
Imaginasi dan Ekspresi Kanak-Kanak Fikirkan apakah faktor-faktor yang boleh menjana imaginasi dan ekspresi murid-murid di dalam kelas anda. Cara yang boleh merangsang imaginasi dan ekspresi murid-murid dalam menghasilkan aktiviti untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 dan tahap 2 adalah seperti berikut: . Pengalaman melalui ABM - menggunakan ABM seperti gambar foto, keratan akhbar , fotografi tentang produk seni visual. Pengalaman secara langsung (direct observation) -dilakukan secara terperinci dengan bimbingan dan pemerhatian secara khusus seperti melihat contoh produk seni visual yang ada perkaitan dengan menyatakan ciri-ciri/sifat produk dan perkaitan dengan sumber idea. Pengalaman deria – penggunaan lima deria. Galakkan murid-murid menggunakan 5 deria seperti merasai, menghidu, menyentuh produk seni visual tersebut. Pengalaman dengan alatan dan bahan. - Guru perlu merancang dan memilih bahan seni yang sesuai dengan tajuk produk dan tahap perkembangan kanak-kanak. Penerokaan / Penggunaan ICT. -Galakkan kanak-kanak meneroka dan memanipulasikan bahan- bahan yang sesuai.

Upload: kiu-boon

Post on 18-Nov-2015

52 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Imaginasi Dan Ekspresi Kanak

TRANSCRIPT

Imaginasi dan Ekspresi Kanak-Kanak

Fikirkan apakah faktor-faktor yang boleh menjana imaginasi

dan ekspresi murid-murid di dalam kelas anda.Cara yang boleh merangsang imaginasi dan ekspresi murid-murid dalam menghasilkan aktiviti untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 dan tahap 2 adalah seperti berikut:.

Pengalaman melalui ABM

- menggunakan ABM seperti gambar foto, keratan akhbar , fotografi tentang produk seni visual.

Pengalaman secara langsung (direct observation)

-dilakukan secara terperinci dengan bimbingan dan pemerhatian

secara khusus seperti melihat contoh produk seni visual yang ada perkaitan dengan menyatakan ciri-ciri/sifat produk dan perkaitan dengan sumber idea.

Pengalaman deria penggunaan lima deria.Galakkan murid-murid menggunakan 5 deria seperti merasai, menghidu, menyentuh produk seni visual tersebut. Pengalaman dengan alatan dan bahan.- Guru perlu merancang dan memilih bahan seni yang sesuai dengan tajuk produk dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Penerokaan / Penggunaan ICT.-Galakkan kanak-kanak meneroka dan memanipulasikan bahan-bahan

yang sesuai.Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

pemerhatian secara aktif

interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

apresiasi seni visual secara mudah

menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Contoh aspek 5 P KBSR dalam aktiviti menghasilkan produk seni visual bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti berikut:

PenggabungjalinanAktiviti membuat binaan dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran (berfikir, belajar, psikomotor ,sosial) dan penggabungjalinan dengan mata pelajaran yang lain Penerapan nilai

Penerapan nilai-nilai murni boleh disemai dan dipupuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti menghasilkan karya/produk.

Penerapan nila-nilai boleh ilakukan secara pertuturan, perlakuan

dsbnya.

PemulihanPengesanan kemajuan murid dijalankan selepas guru mengajar beberapa kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran. Aktiviti pemulihan perlu dilakukan agar kelemahan murid tidak terkumpul.

Penyerapan pengetahuanAktiviti membentuk dan membina dapat memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran belajar, psikomotor dan sosial . Pengkayaan Murid yang telah menguasai sesuatu konsep untuk menghasilkan robot yang bermotifkan kucing perlu diberi pengayaan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:

Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Aspek FizikalPenggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Aspek KreativitiLatihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

Pengkaryaan sebagai Medium KomunikasiLukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak

Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut:1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya?

Bagaimana jika buaya boleh terbang?

2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu.

Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya?

3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang?

4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung,

Bagaimanakah keadaannya?Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi

yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka.

Contoh soalan. 1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau

muda?2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut? Guru memberi komen kepada hasil kerja murid dan berkomunikasi tentang:

apa yang guru suruh murid buat. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan. perasaan terhadap hasil kerja sendiri. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan. kadar banding, saiz, susunan corak. penggunaan alat dan bahan. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan. usaha murid terhadap hasil kerja mereka. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan. Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka

Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan. Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan. Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk murid- murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.

EMBED Unknown