kreativiti, estetika dan ekspresi visual

23
KREATIVITI DAN SENI KANAK- KANAK PSV 3103 PENDIDIKAN SENI VISUAL OLEH : ROSLAH BINTI ISHAK SABARIAH BINTI BAHRUM Konsep dan ciri Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual

Upload: sabariah-bahrum

Post on 25-May-2015

16.550 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAKPSV 3103

PENDIDIKAN SENI VISUAL

OLEH : ROSLAH BINTI ISHAK SABARIAH BINTI BAHRUM

Konsep dan ciri Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual

Page 2: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

KONSEP KREATIVITI

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.

Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. 

Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya

Page 3: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Pandangan Tokoh-tokoh mengenai kreativiti (DfEE, 1999).Department For Employment And Education

Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ;

a) Pertama yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif.

b)Kedua ialah aktiviti imaginatif (penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.

c)Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original).

d)Keempat ialah nilai yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi peluang.

Lowenfeld (1975)

Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahupercaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.

Page 4: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Guilford (1964)

Menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu:

1. kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat.

2. memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data.

3. pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus.

4. pemikiran divergen (divergen production)  yang dapat dilihat sebagai  kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah.

5.penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan

Page 5: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Muhamad Tamyez Bajuri (1996)

Kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).

Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.

June King McFee

Mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.

Page 6: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

http://amniehsan.blogspot.comLUKISAN KREATIF

Page 7: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

KONSEP ESTETIKA

Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam Bahasa Inggeris disebut beautiful

Secara ringkasnya estetik melibatkan penggunaan semua deria. Ilmu estetik merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu-isu berkaitan dengan  sifat seni dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Sebagai contoh, kecantikan merupakan salah satu daripada kualiti dan nilai yang terdapat pada hasil seni

Page 8: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi.

Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang membolehkannya membuat pentafsiran

Menurut kajian terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist

Page 9: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Konsep relativist

Bagi yang menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara hidup.

Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai keindahan terhadap sesuatu objek seni.

Misalnya mereka yang tinggal di daerah Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam persekitaran pertanian kelapa sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi rasa keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling Jaya.

Page 10: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Konsep objektivist

Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama objek seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang.

Maka untuk mentakrif kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna) dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan, harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya.

Dengan itu seseorang harus menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih dahulu sebelum ia dapat merakamkan

pengalaman estetikanya terhadap objek-objek seni di sekelilingnya.

Page 11: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

PEMIKIRAN AWAL ESTETIKASENI LUKIS DALAM ISLAM http://ahmadsamantho.wordpress.com

Page 12: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Konsep Ekspresi Visual

Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau gua Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber komunikasi.

Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga tahun sudah membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan gaya mereka sendiri.

Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan

Page 13: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau mencipta imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza.

Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi visualnya.

Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan oleh seseorang pelukis.

Page 14: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Tokoh-tokoh Konsep Ekspresi Visual

Tolstoy Ekspresi dalam seni menurutnya ialah satu bentuk komunikasi, seumpama bahasa.

Collingwood Ekspresi sebagai perhubungan yang rapat antara perasaan pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan perasaannya untuk khalayak

Chapman (1985) Tiga aspek yang menentukan perbezaan ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pengertian yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya.Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai pengertian bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya melalui lisan, perasaan dan emosi , tulisan dan bahasa, penciptaan dan penghasilan pergerakan.

Page 15: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Ciri-ciri Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual

a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. 

b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. 

c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli.

Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa

Page 16: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik

(e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. 

(f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. 

Page 17: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Calvin W. Taylor (1915-2000)

teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu:

1. Kreativiti Bersifat Ekspresif

2. Kreativiti Melalui Penghasilan

3. Kreativiti  Bersifat Inventif

4. Kreativiti Bersifat Inovatif

5. Kreativiti Bersifat Emergen

Page 18: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Contoh ekspresi visual kanak-kanak

Page 19: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Ciri-ciri Kreativiti, Estetika dan Ekpresi Visual Lukisan Kanak-Kanak

Page 20: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

NAMA : ENG ZI CHI

UMUR : 12 TAHUN

BANGSA : CINA Lukisannya bertemakan kepelbagaian hidupan di dasar laut. Dia ingin menghargai

keindahan dasar laut yang dipenuhi hidupan marin seperti ikan, rumpai laut dan sebagainya. Olahan alat dan bahan yang digunakan menunjukkan penguasaan terhadap alat dan bahan yang digunakan. Ia juga memperlihatkan kemahiran Eng Zi Chi mengolah alat dan bahan bagi menghasilkan karya yang kreatif dan mempunyai nilai estetika.

Eng Zi Chi tergolong dalam pengutaraan tampak kanak-kanak peringkat awal realism. Dia melukis objek berdasarkan kepada kesedaran tampak dan memahami tentang konsep ruang di dalam lukisannya. Objek di susun pada dua bahagian iaitu bahagian atas dan juga bawah yang mewakili dasar laut (tanah). Banyak objek juga di masukkan ke dalam lukisan bagi memperlihatkan kepelbagaian serta hubungkait diantara satu dengan yang lainnya. Ia sekaligus menjadikan lukisan lebih harmoni. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan mula menunjukkan sifat kritikal terhadap hasil karya sendiri. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula menitikberatkan kualiti dalam penghasilan karya mereka

Page 21: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Peringkat perkembangan kreativiti di dalam lukisannya ialah kepekaan, fleksibiliti, keterbukaan, kebebasan dan kelancaran serta ketekalan organisasi. Mengikut peringkat ini, kanak-kanak ini mampu menghasilkan lukisan yang lebih kreatif dan menarik serta mengandungi nilai estetika yang tinggi.

 

Page 22: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

Lukisan kanak-kanak 9 tahun

Page 23: Kreativiti, estetika dan ekspresi visual

SEKIAN,TERIMA KASIH