ilmu merupakan suatu aset yang amat penting dalam kehidupan setiap insan di dunia ini

Upload: hzulkufli

Post on 05-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Ilmu Merupakan Suatu Aset Yang Amat Penting Dalam Kehidupan Setiap Insan Di Dunia Ini

    1/1

    Ilmu merupakan suatu aset yang amat penting dalam kehidupan setiap insan di

    dunia ini. Hal ini demikian kerana tanpa ilmu, seseorang itu tidak mungkin mampu

    melakukan apa-apa untuk meneruskan hidupnya di dunia ini. Kerana tanpa ilmu, seseorang

    itu tidak akan tahu apakah tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan sesuatu akibat

    kejahilannya. Sesungguhnya, terdapat pelbagai kepentingan menuntut ilmu kepada

    kehidupan manusia.

    Ingatlah bahawa ilmu mampu menghubungkan antara insan dengan Penciptanya

    kerana manusia yang mengenali diri akan patuh kepada hukum Tuhan. Apa bila seseorang

    insan itu mematuhi kepada hukum Tuhan, dia akan menjadi seseorang yang tidak sombong

    terhadap makhluk lain. Seseorang itu akan menghormati manusia lain yang dicipta oleh

    Tuhan tidak kira kecacatan atau kelebihan yang ada pada seseorang itu.

    Di samping itu, ilmu juga adalah bekalan hidup masa depan kita. Hal ini demikian

    kerana masa depan kita bergantung kepada sebanyak ilmu yang telah kita tuntut. Tanpa

    ilmu, minda kita tidak mampu untuk berfikir tentang masa depan kita, sekaligus

    membuatkan kita kebuntuan jalan dan terpaksa hidup dalam kejahilan dan gagal untuk

    menjumpai segala peluang untuk bekerjaya dan berjaya dalam hidup kita.

    Seterusnya, dalam konteks sosial, ilmu dapat mengubah taraf hidup seseorang.

    Misalnya, mengubah seseorang daripada miskin akibat kejahilan kepada seseorang yang

    mempunyai harta kerana mempunyai ilmu untuk membantunya bekerjaya. Ilmu juga

    mampu meningkatkan taraf sosioekonomi seseorang itu. Ilmu mampu membuatkannya

    mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan mempunyai banyak kenalan.

    Konklusinya, ilmu amatlah penting bagi kehidupan seseorang individu. Ilmulah yang

    membezakan antara manusia yang berhikmah dengan manusia yang jumud.Kita sewajarnya

    menuntut ilmu kerana terdapat pelbagai hikmah sekiranya kita menuntut ilmu, tidak kira di

    dunia mahupun ketika kita sudah meninggal.