penggunaan sistem kotak acuan keluli dalam … · penganugerahan ijazah sarjana muda ukur bahan...

101
PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM PEMBINAAN SISTEM BERINDUSTRI (IBS) SITI ROBIATUL ADAWIAHANON BT. IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM PEMBINAAN

SISTEM BERINDUSTRI (IBS)

SITI ROBIATUL ADAWIAHANON BT. IDRIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STATUS TESIS / KERTA PROJEK IJAZAH DAN HAKCIPTA

Nama penuh penulis : SITI ROBIATUL ADAWIAHANON BT. IDRIS

Tarikh lahir : 12 JANUARI 1986

Tajuk : PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI

DALAM PEMBINAAN SISTEM BERINDUSTRI (IBS)

Sesi Pengajian : 2016 / 2017

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta

Rahsia Rasmi 1972) *

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi di mana penyelidikan

dijalankan) *

AKSES TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis saya yang akan

diterbitkan sebagai akses terbuka dalam talian (teks

penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh;

(860112035794) DR. ZUHAILI BIN MOHAMAD

RAMLY

Tarikh : Tarikh :

NOTA: Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak organisasi

dengan sebab dan tempoh kerahsiaan atau sekatan.

Page 3: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

ii

PENGESAHAN PENYELIA

*Saya / kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

*saya / kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. ZUHAILI BIN MOHAMAD RAMLY

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Pembaca II : EN. JAMALUDIN BIN YAAKOB

Tarikh :

Page 4: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM PEMBINAAN

SISTEM BERINDUSTRI (IBS)

SITI ROBIATUL ADAWIAHANON BT.IDRIS

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER, 2016

Page 5: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penulis : SITI ROBIATUL ADAWIAHANON

BT.IDRIS

Tarikh : ...........................................................

Page 6: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini ditujukan khas,

Buat Papa, Mummy dan suami yang saya sayangi…

terima kasih kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada

saya dalam menyiapkan projek ini..

Juga kepada,

Ahli keluarga, anak saudara, kawan sepejabat...

Yang turut memberi sokongan dan dorongan

Pengorbananmu tetapku hargai

Kepada para Pensyarah,

Dr. Zuhaili Bin Mohamad Ramly, terima kasih

kerana banyak membantu dalam memberikan tunjuk ajar dan

panduan dalam membolehkan saya menyiapkan projek ini….

Tidak lupa juga,

Serta semua pelajar SBEQ 2012/2016

Semoga persahabatan kita kekal abadi

Page 7: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

iv

PENGHARGAAN

Allah Maha Besar..Allah Maha Besar…Alhamdullilah bersyukur saya

kehadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya serta dengan izin-Nya,

maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada penyelia Kertas

Projek ini iaitu Dr. Zuhaili Bin Mohamad Ramly di atas tunjuk ajar, ilmu

pengetahuan, panduan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan

ini. Kesudian beliau untuk meluangkan masa bagi membuat perbincangan serta

bimbingan yang diberikan amatlah dihargai.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Ayahanda, Bonda dan Suami

yang tercinta di atas sokongan dan dorongan yang tidak mengenal erti jemu yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Buat rakan-rakan seperjuangan, budi dan jasa kalian akan sentiasa dikenang.

Juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir kalam.. Jazakallah..

Page 8: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

v

ABSTRAK

Penggunaan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bukanlah satu yang baru

kepada industri binaan tempatan. Roadmap IBS 2011-2015 bertujuan untuk

menetapkan pencapaian penggunaan IBS sepenuhnya dalam sektor pembinaan

Negara. Namun tahap penggunaan IBS di Malaysia berbanding matlamat yang telah

ditetapkan masih kurang jelas. Selain itu, faktor kos yang tinggi merupakan

halangan bagi pemain industri kerana sistem ini memerlukan modal yang besar dan

tenaga pakar yang mahir. Maka, objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti tahap

penggunaan sistem acuan keluli dalam pembinaan Sistem Berindustri (IBS) di

Selangor. Selain itu, kajian ini juga memberikan penumpuan ke atas analisis kos-kos

yang terlibat dalam penggunaan sistem acuan keluli. Kaedah utama yang digunakan

untuk mencapai kedua-dua objektif ini adalah analisis dokumen terhadap projek

menambah blok bangunan ke atas lima buah sekolah. Dokumen tersebut berbentuk

senarai kuantiti yang mengandungi kos acuan keluli dan kos acuan kayu yang

diperolehi daripada kontraktor dan jurukurbahan. Kadar penggunaan sistem IBS

adalah dikira berdasarkan jumlah kos-kos acuan yang terlibat terhadap jenis acuan

yang digunapakai. Di samping itu, pecahan kos acuan keluli bagi setiap sekolah

seperti buruh, mesin dan bahan binaan dikira berdasarkan kos per/m2 bagi bentuk

acuan rasuk dan papak lantai. Hasil kajian mendapati bahawa Roadmap IBS 2011-

2015 telah dipratikkan di kalangan pemain industri di Selangor kerana telah

mencapai skor CIDB iaitu 70% bagi projek kerajaan. Manakala kos acuan keluli

adalah berbeza-beza mengikut komponen IBS. Hasil kajian mendapati purata kos

untuk acuan rasuk adalah RM 843/m2 manakala acuan papak lantai adalah RM

611/m2. Kos ini bergantung kepada harga pasaran semasa, saiz serta jenis rekabentuk

acuann. Kesimpulan kajian yang diperolehi menyatakan penggunaan acuan keluli

telah dipratikkan di dalam projek kerajaan dan telah mencapai sasaran skor IBS

roadmap 2015-2016. Sungguhpun kos untuk menceburi projek IBS adalah tinggi,

pihak kerajaan telah memberikan insentif kewangan bagi membantu golongan

kontraktor kecil agar lebih ramai pemain industri menceburi penggunaan sistem IBS.

Page 9: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

vi

ABSTRACT

The use of Industrialised Building System (IBS) is not a new to the local

construction industry. The IBS 2011-2015 roadmap deployed to set the achievement

of complete IBS usage in country’s construction sector. Even though the launching

period of IBS roadmap has achieving ten years, but the level of IBS usage in

Malaysia in contrast with its defined target are still unclear. Other than that, high cost

factor is the drawback for the industrial player because this system needs huge

capital and high skilled expertise. Therefore, the main objective of this research is to

identify the level of steel framework usage in IBS at Selangor. Besides that, this

research is also focusing on analysing the costs involved in steel framework usage.

The main method used to accomplish both objectives was document analysis towards

project of adding building’s blocks for five schools. The document was in quantity

list which consist of steel framework’s cost (IBS system) and wood framework

(conventional) that was received from contractor and quantity surveyor. The rate of

IBS system utilization was calculated based on framework’s costs involved towards

type of framework used. In addition, steel framework’s cost fraction for each

schools such as labor, machine and construction materials was calculated based on

cost/m2 for a reference beam and floor slabs. Results of the research indicated that

IBS 2011-2015 roadmap was employed among the contractors and consultant in

Selangor because it achieved the CIDB’s score which was 70% for government’s

project. Meanwhile the cost of steel frameworks are differs for each IBS component.

Research results showed the average cost for reference beam was RM 843/m2, while

floor slabs was RM 611/m2. These costs are depending on market value, size and type

of framework’s design. In conclusion, research results showed that steel framework

was employed in government’s project and had achieved its targeted score of IBS

2015-2016 roadmap. Even though the cost of enrolling in IBS project is high,

government has giving a financial incentive to help modest contractors so that many

industrial players could involve in IBS system usage.

Page 10: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI CARTA ALIR xiii

SENARAI GRAF xiv

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Tentatif Kajian 3

1.3 Penyata Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Skop kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Kaedah Kajian 10

1.8.1 Kajian Literatur 10

1.8.2 Pengumpulan Data 10

1.8.3 Analisis Data 11

1.9 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 12

Page 11: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

viii

1.10 Cadangan Organisasi Bab 13

BAB 2 PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN

KELULI

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sejarah Penggunaan IBS Di Malaysia 16

2.3 Ciri-ciri IBS 17

2.3.1 Sistem Tertutup 18

2.3.2 Sistem Terbuka 19

2.4 Klasifikasi IBS

2.4.1 Kerangka Konkrit Pasang Siap, Panel

dan Sistem Berkotak

20

2.4.2 Sistem Acuan Keluli (Steel Formwork

Systems)

21

2.4.3 Sistem Kerangka Keluli (Steel Framing

Systems)

22

2.4.4 Sistem Kerangka Kayu Prefabrikasi

(Prefabricated Timber Framing Systems)

23

2.4.5 Sistem ‘Blockwork’ (Block Work

Systems)

24

2.5 Kepentingan IBS 25

2.6 Definisi 26

2.6.1 Kotak Acuan 27

2.6.2 Tahap Penggunaan IBS 28

2.6.3 Penggunaan Teknologi 28

2.6.4 Kos 29

2.7 Kategori Kotak Acuan 30

2.7.1 Acuan Piawai 30

2.7.2 Acuan Fleksibel 31

2.8 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kos

Pembinaan

31

2.8.1 Kos Bahan binaan 33

Page 12: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

ix

2.8.2 Kos Buruh 33

2.8.3 Kos Jentera 35

2.8.4 Pembaziran 36

2.9 Taburan Semasa Kontraktor Di Malaysia 36

2.10 Had Nilai Perolehan Kerja Kerajaan 38

2.11 Kaedah Pembinaan Menggunakan Kotak Acuan

Keluli

39

2.12 Sistem piawaian Dalam IBS 40

2.12.1 Pemiawaian Dalam Skop Standard

Malaysia

40

2.13 IBS Score 41

2.14 Kelebihan IBS 42

2.15 Kelemahan IBS 43

2.16 Rumusan Bab 44

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Proses menjalankan kajian 46

3.3 Rekabentuk kajian 49

3.4 Instrumen Kajian 49

3.5 Analisa Data 50

3.6 Kesimpulan dan cadangan 51

3.7 Rumusan Bab 51

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 54

4.2 Latar Belakang Projek 55

4.3 Mengenalpasti tahap penggunaan sistem kotak

acuan keluli dalam pembinaan IBS dari

perspektif kos

57

4.4 Menganalisis kos yang terlibat dalam sistem

kotak acuan keluli dalam pembinaan IBS.

62

4.4.1 Kos acuan keluli bagi rasuk atau tiang 62

Page 13: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

x

4.4.2 Kos acuan keluli bagi papak lantai 66

4.5 Rumusan 68

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Kesimpulan kajian 71

5.3 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan

penyelidikan

73

5.3.1 Kesukaran memahami bahan bacaan 74

5.3.2 Faktor masa yang terhad 74

5.4 Cadangan dan kajian lanjutan 74

Page 14: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

xi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK JADUAL HALAMAN

2.1 Kontraktor Berdaftar Mengikut Negeri dan 37

Gred Kontraktor di Malaysia

2.2 Had Nilai Perolehan Kerja 38

3.1 Justifikasi Rekabentuk Kajian 52

4.1 Butiran Dokumen Analisis Projek 56

4.2 Block Bangunan Yang Menggunakan 57

Sistem IBS

4.3 Peratusan Tahap Penggunaan Sistem IBS 59

Dan Konvensional

4.4 Kos Acuan Keluli Bagi Rasuk 64

4.5 Kos Acuan Keluli Bagi Papak Lantai 67

Page 15: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK RAJAH HALAMAN

1.1 Penstrukturan Semula Halatuju IBS 6

1.2 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 12

2.1 Kerangka Konkrit Pasang Siap, Panel 21

Dan Sistem Berkotak

2.2 Sistem Kotak Acuan Keluli 22

2.3 Sistem Kerangka Keluli 23

2.4 Sistem Kerangka Kayu Prefabrikasi 24

2.5 Sistem Blockwork 25

2.6 Kategori Kos Dalam Projek Pembinaan 32

3.1 Kaedah Pengiraan Peratusan Objektif Satu 50

3.2 Kaedah Pengiraan Peratusan Objektif Dua 51

4.1 Peratusan tahap penggunaan sistem IBS dan

konvensional di lima buah sekolah sekitar

Selangor. 60

4.2 Kotak Acuan Keluli Bagi Rasuk 63

4.3 Kotak Acuan Keluli Bagi Tiang 63

4.4 Kotak Acuan Keluli Bagi Papak Lantai 66

Page 16: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

xiii

SENARAI CARTA ALIR

NO.CARTA ALIR TAJUK CARTA ALIR HALAMAN

3.1 Carta Alir Metodologi 48

Page 17: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

xiv

SENARAI GRAF

NO.GRAF TAJUK GRAF HALAMAN

4.1 Peratusan Tahap Penggunaan Sistem 59

IBS dan Konvensional di Lima Sekolah

Sekitar Selangor

Page 18: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

IBS - Industrial Building System

CIDB - Construction Industri Development Building

MS - Modular standard

MC - Modular Cordination

Page 19: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 1

PENDAHULUAN

Page 20: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sektor pembinaan merupakan industri yang memainkan elemen yang penting

di dalam menjana ekonomi negara. Industri ini juga merupakan penjana di dalam

pembangunan ekonomi negara melalui ‘multiplier effects’ kepada industri lain

seperti perkilangan, perkhidmatan, kewangan, pendidikan dan lain-lain (Bernama,

2015). Dengan itu, adalah penting untuk sektor ini mengambil langkah-langkah yang

berterusan bagi meningkatkan kecekapan, kualiti dan produktiviti. Perkara-perkara

ini dapat dicapai dengan perlaksanaan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) dalam

sektor pembinaan (IBS Survey, 2003).

Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) didefinisikan sebagai sistem binaan

pasang siap dalam menghasilkan komponen-komponen pembinaan dibuat di kilang

atau di tapak bina (Mohd Nasrun Mohd Nawi, 2013). Komponen-komponen yang

telah siap ini kemudian diangkut dan dipasang di tapak-tapak pembinaan sehingga

menjadi struktur bangunan yang lengkap. Setelah siap, komponen-komponen ini

diangkut dan kemudian dipasang secara berjentera atau dengan penggunaan buruh yang

Page 21: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

2

minima di tapak bina untuk menjadi sebuah struktur bagi sesuatu bangunan (Kamar,

2011).

Pemasangan komponen-komponen yang telah siap dihasilkan dalam keadaan

terkawal (Kamar, 2012). IBS dibahagikan kepada dua sistem utama iaitu sistem

terbuka dan sistem tertutup Rekabentuk sistem terbuka lebih fleksibel dan pelbagai

berbanding sistem tertutup yang terikat pada keperluan yang lebih spesifik (Nawi,

2013). Terdapat 5 jenis kategori sistem IBS yang utama iaitu:-

i) Sistem Kekotak, Kepingan dan Kerangka Konkrit Pra-tuang (Precast

Concrete Framing, Panel and Box System)

ii) Sistem Kotak Bentuk Keluli (Steel Formwork System)

iii) Sistem Kerangka Keluli (Steel Framing System)

iv) Sistem Kerangka Kayu Pasangsiap (Pre-fabricated Timber Framing

System)

v) Sistem Kerja Batu-bata (Blockwork System)

Menurut Datuk Seri Fadzillah Yusoh (Menteri Kerja Raya), pelan hala tuju

ini telah dicipta untuk membangunkan industri pembinaan dan mencapai penggunaan

yang lebih luas pada tahun 2010. Oleh itu Roadmap IBS 2003-2010 telah dirancang

untuk mengurangkan pergantungan kepada dasar buruh asing. CIDB dipertingkatkan

lagi melalui pelan IBS roadmap 2011-2015 (IBS Digest, 2016).

Oleh itu, bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah mewajibkan projek

pembinaan swasta bernilai RM50 juta dan projek kerajaan yang melebihi RM10 juta

menggunakan Sistem Beindustri IBS Program ini juga merupakan salah satu

Page 22: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

3

tumpuan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dan

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk mempertingkatkan penggunaan

teknologi bersistem IBS dalam pembangunan negara (Surat Pekeliling

Perbendaharaan, 2007), (Sri Ayu Kartika, 2015).

Sistem ini memberi kesan yang baik kepada kontraktor untuk jangka masa

yang panjang dan sangat ekonomikal (Sri Ayu Kartika, 2015). Amalan kerja yang

lama atau konvensional perlu diubah kepada amalan yang lebih produktif supaya

kontraktor di Malaysia berfikiran kreatif, maju, inisiatif dan berinovasi untuk

menerokai teknologi bersifat industrial buiding system (IBS Digest, 2015).

Walaupun sistem ini dapat menjadikan industri pembinaan Malaysia ke arah

persaingan globalisasi tetapi penggunaan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) masih

gagal diaplikasikan secara sepenuhnya dalam industri binaan sebagaimana yang

diharapkan. Melalui satu tinjauan yang dibuat oleh pihak CIDB, tahap perlaksanaan

Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) dalam projek pembinaan hanya 15% sahaja

(IBS Survey, 2003).

1.2 Tentatif Kajian

Sistem kotak acuan keluli adalah satu dari prinsip IBS dimana komponen ini

diperbuat luar dari tapak bina. Kualiti komponen boleh dipantau dengan baik kerana

acuan ditempatkan di ruang tertentu atau kilang komponen yang khusus, dimana

pembuatan mudah diperiksa, pengeluaran terkawal dan tempat kerja yang teratur.

Acuan-acuan juga boleh diletak secara tegak atau mendatar untuk kerja-kerja

konkrit. Di samping itu kerja-kerja kemasan seperti grinding dan polishing ke atas

Page 23: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

4

komponen boleh dibuat di kilang sebelum dihantar ke tapak. Ini memastikan

komponen-komponen boleh dikeluarkan mengikut kualiti dan spesifikasi yang

ditentukan. Jenis-jenis acuan adalah seperti berikut:

i. Acuan piawai

ii. Acuan fleksibel

iii. Acuan bateri

iv. Acuan terhad

v. Acuan “one off”

Proses pembinaan yang dijalankan dalam sistem ini menggunakan kaedah

yang sistematik dan berkesan (Trikha, 2004). Bahan yang digunakan dalam

pembentukan acuan daripada keluli yang boleh digunakan semula sebagai panel

acuan serta membolehkan penempatan pesat di tapak (cast insitu) konkrit pra tuang

ini boleh membentuk rasuk, tiang, papak, tanggan dan dinding (Mahfuz Mohamad,

2015).

1.3 Penyata Masalah

Acuan kayu atau keluli merupakan salah satu bahan binaan utama yang

digunakan dalam kerja pembinaan untuk membentuk komponen bangunan seperti

tiang, rasuk, dinding, lantai dan tangga (Trikha, 2004). Penggunaan acuan

melibatkan kos tenaga buruh yang menyumbang sehingga 80% manakala anggaran

kos acuan adalah sebanyak 20% daripada kos projek (Nor Asmawi, 2003).

Page 24: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

5

Di Malaysia, walaupun penggunaan IBS sudah lama diperkenalkan tetapi

tahap pembinaan masih lagi meluas dengan menggunakan kaedah konvensional. Ini

disebabkan pendedahan tentang sistem berindustri (IBS) dikalangan pemain industri

kurang diminati dan juga timbul perasaan takut untuk menceburi bidang ini (Shaari,

Shahrul Nizar, 2004). Menurut Datuk Seri Judin Abdul Karim (Ketua Eksekutif

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB), penggunaan

komponen IBS masih lagi berada pada tahap yang rendah dimana kurang daripada

24% projek kerajaan dan 20% projek swasta yang terlibat (Fadillah, 2015).

Menurut Prof Datuk Dr Mahyuddin Ramli (Timbalan Ketua Kluster

Teknologi, Kejuruteraan dan Alam Bina), penggunaan IBS juga masih rendah

disebabkan persepsi dikalangan pemaju pembinaan mengatakan sistem IBS

memerlukan kos yang mahal untuk dimiliki, kualiti yang kurang dan terlalu seragam

berbanding sistem konvensional. Perkara ini antara halangan terhadap penggunaan

IBS dikalangan pemaju dan perlu ditangani (Amir Abd Hamid, 2015).

Rajah 1.1 : Penstrukturan Semula Halatuju IBS

Sumber: Roadmap 2011-2015 (CIDB, 2015)

Page 25: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

6

Hal ini demikian menunjukkan bahawa projek IBS masih tidak mencapai target

kerajaan iaitu 70% bagi sektor kerajaan manakala 50% sektor swasta (Roadmap

2011-2015). Graf diatas menunjukkan bahawa, 70% skor untuk semua sektor

kerajaan bernilai RM10 juta manakala 50% skor untuk semua sektor swasta.

Pengurangan penggunaan sistem IBS adalah berpunca daripada pengawalan kos yang

tidak tersusun daripada pemain industri yang kurang berpengalaman dan

pengetahuan tentang sistem IBS. Ini akan memberi kesan negatif kepada kos dan

belanjawan projek.

Selain itu, faktor kos yang tinggi juga merupakan halangan bagi pemain

industri, dimana melibatkan kos pembelian jentera baru, pembuatan acuan, cukai

bagi jentera dan mesin yang diimport dari luar negara serta kos latihan semula

pekerja. Proses komunikasi dan koordinasi yang lemah dikalangan ahli pasukan

projek turut menyumbang kepada permasalahan ini (Mohd Nasrun et.el, 2005).

Sehubungan dengan itu, punca-punca ini akan menimbulkan rasa keraguan

kepada pemain industri yang baru mencuba sistem IBS yang dikatakan mempunyai

kelebihan dari segi kos yang lebih efektif. Tanpa kemahiran dalam penggunaan

teknologi serta tidak berpengalaman dalam mengawal masalah pembaziran, akan

menunjukkan pemain industri tidak dapat bersaing dengan negara maju yang kian

membangun (Elias Ismail, 2005).

Menurut Yusnizam Baharuddin, Pengarah Urusan Teraju Precast Service

Sdn. Bhd, penggunaan IBS mampu membendung manipulasi harga yang sering

dikaitkan dengan pihak kontraktor kepada pemaju berikutan kebanyakan komponen

pembinaan sudah disiapkan dari kilang (Mahfuz Mohamad, 2015). Dalam perspektif

pembuatan komponen, pembinaan IBS memerlukan modal yang besar dalam

pelaburan awal untuk membeli mesin baru, acuan, mengimport teknologi dan upah

pekerja asing bagi proses pemasangan (Thanoon et al. 2003).

Page 26: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

7

Selain itu banyak rungutan didengar daripada pemain industri mengenai

sistem berindustri IBS kerana sistem itu tidak boleh digunakan dalam pembinaan di

luar bandar dengan alasan jaringan perhubungan yang terbatas. Namun, alasan

tersebut tidak tepat kerana IBS bukan sahaja dibuat dikilang tetapi juga dibuat di luar

tapak bina (casting yard) (Ashriq Fahmy Ahmad, 2015).

Punca daripada pemain industri yang lebih mengaut keuntungan berlakunya

kebanjiran tenaga buruh asing ke negara ini. Jumlah kedatangan buruh asing yang

semakin meningkat disebabkan permintaan buruh yang tinggi di kalangan pemaju

yang mana banyak projek yang menggunakan sistem IBS akan dibangunkan dengan

tempoh pembinaan jangka pendek untuk disiapkan (Dr Rahmah, 2016).

Disamping itu, timbul masalah di kalangan pemain industri untuk membayar

buruh tempatan yang mahir dengan IBS. Ini kerana jumlah pekerja mahir tempatan

terlalu sedikit menyebabkan pemaju mengambil buruh asing dengan bayaran yang

murah dan boleh dilatih (Amizul Tunizar, 2014). Kajian ini mengkaji kotak acuan

keluli (steel formwork) yang menghasilkan konkrit pratuang dimana dipraktikkan di

luar tapak bina (casting yard). Antara komponen konkrit pra tuang adalah:

i. Tiang Pratuang (Precast Column)

ii. Rasuk Pratuang (Precast Beam)

iii. Lantai Pratuang (Precast Half Slab)

Penggunaan sistem kotak acuan keluli (steel formwork) dalam sektor pembinaan

amat sesuai kerana dapat menghasilkan suasana tapak yang bersih, mudah digunakan

serta merupakan langkah penyelesaian yang terbaik dan efisien (Amizul Tunizar et

al, 2014).

Page 27: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

8

1.4 Persoalan Kajian

Bagi tujuan menyokong dan mengukuhkan penyataan masalah di atas,

berikut merupakan persoalan kajian:

1. Sejauh manakah tahap penggunaan sistem kotak acuan keluli dalam industri

pembinaan (IBS) dari prespektif kos?

2. Apakah kos-kos yang terlibat dalam penggunaan sistem kotak acuan keluli

dalam pembinaan (IBS)?

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini merangkumi dua objektif untuk dicapai iaitu:-

i. Mengenalpasti tahap penggunaan sistem kotak acuan dalam pembinaan

berindustri (IBS) dari perspektif kos.

ii. Menganalisis kos yang terlibat dalam penggunaan sistem kotak acuan keluli

dalam pembinaan berindustri (IBS).

Page 28: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

9

1.6 Skop kajian

Skop bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Kajian tertumpu pada sekolah di Selangor yang menggunakan sistem

kotak acuan keluli.

ii. Kajian fokus kepada sistem kotak acuan keluli jenis beams and

columns moulding forms.

iii. Bagi mencapai dua objektif kajian; responden adalah pemaju,

kontraktor dan jurukurbahan yang menggunakan sistem berindustri

(IBS).

iv. Lima (5) sampel dokumen iaitu senarai kuantiti untuk mencapai

objektif satu (1) & dua (2).

1.7 Kepentingan Kajian

Maklumat yang diperolehi hasil daripada penyelidikan ini dapat

mengenalpasti tahap penggunaan sistem kotak acuan dalam pembinaan berindustri

(IBS) dalam prespektif kos dan kos-kos yang terlibat dalam penggunaan sistem ini.

Justeru itu, hasil dapatan kajian ini dapat memberi sedikit maklumat kepada

kontraktor yang baru untuk menceburi dalam projek IBS. Selain itu, memberi

rujukan kepada pihak CIDB dalam mempertingkatkan lagi penggunaan steel

formwork system dan memberi skim latihan kepada tenaga buruh binaan.

Page 29: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

10

1.8 Kaedah Kajian

Kajian metodologi untuk kajian ini terdiri daripada seperti di bawah :-

1.8.1 Kajian Literatur

Kajian literatur membantu dalam pembentukan pernyataan masalah, soalan

kajian dan objektif kajian bagi membantu penyelidik mencapai objektif. Tinjauan

literatur dijalankan untuk mendapatkan pandangan umum penyelidikan melalui

pencarian maklumat dari buku, suratkhabar, jurnal dan internet.

1.8.2 Pengumpulan Data

Dalam pengumpulan data untuk mencapai objektif penyelidikan ini telah

dihuraikan ke dalam bab 4 dan 5 melalui kaedah kuantitatif.

i Kajian kes

Kajian kes tertumpu kepada pemaju, kontraktor dan jurukurbahan

berdasarkan lima (5) projek sekolah yang terlibat dalam pembinaan

sistem berindustri (IBS). Bentuk kaedah ini akan membantu dalam

menjawab objektif pertama (1) dan kedua (2).

Page 30: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

11

1.8.3 Analisis Data

Hasil daripada data yang dikumpulkan, dapatan peratusan dan analisis untuk

kos-kos yang terlibat akan dilakukan untuk membuat kesimpulan daripada hasil

penyelidikan.

i. Data Primer

Kajian kes digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mengukur

tahap penggunaan kotak acuan keluli dan menganalisis kos-kos yang

terlibat.

ii. Data Sekunder

Berdasarkan objektif yang dikaji adalah hasil daripada maklumat

terkini iaitu jurnal, laman sesawang, surat khabar dan rujukan buku

sama ada yang diterbitkan oleh sektor kerajaan, sektor awam atau

individu.

Page 31: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

12

1.9 Carta Alir Metodologi Penyelidikan

Rajah 1.2: Carta Alir Metodologi Penyelidikan

Mengenalpasti Objektif Kajian

Mengenalpasti Masalah

Skop Penyelidikan

Pengumpulan Data

Kuantitatif : Kajian kes

Metodologi Penyelidikan

Analisis Data dan

Maklumat

Kajian Literatur

Sumber daripada jurnal, artikel, buku,

suratkhabar dan tesis-tesis lepas.

Data Sekunder

Pengumpulan data daripada artikel,

jurnal, majalah, suratkhabar, buku,

kajian daripada penyelidik terdahulu

dan bahan bacaan daripada carian

internet.

Data Primer

Pengumpulan data daripada kajian kes

dikalangan pemaju, kontraktor, dan

jurukurbahan.

Rumusan / Kesimpulan

Page 32: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

13

1.10 Cadangan Organisasi Bab

Berikut adalah cadangan bagi organisasi kajiana yang akan dijalankan

mengikut pembahagian bab.

i. Bab 1 – Pengenalan

Bab ini memberi gambaran keseluruhan kajian. Bab ini membentangkan

pengenalan kepada kenyataan penyelidikan, masalah, matlamat dan

objektif kajian, skop dan kepentingan kajian dan struktur penyelidikan.

ii. Bab 2 - Kajian Literatur

Bahagian ini merupakan kajian literatur berkaitan pengenalan kepada

sistem kotak keluli, sejarah IBS, klasifikasi kotak acuan keluli,

kepentingan IBS, pengenalan kepada pengukuran tahap dan sumber yang

terlibat.

iii. Bab 3 - Metodologi Kajian

Bab ini membincangkan mengenai metodologi kajian yang digunakan

dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat. Ia menerangkan

pendekatan yang diambil untuk membangunkan aktiviti penyelidikan

termasuk teknik untuk pengumpulan data dan analisis data.

iv. Bab 4 - Data Analisis dan Perbincangan

Bab ini terdiri daripada analisis data dan keputusan yang diperolehi hasil

dapatan kajian kes. Hasil kajian ini dibentangkan dalam bentuk yang carta

pai dan dianalisis bagi kos-kos yang terlibat.

Page 33: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

14

v. Bab 5 - Kesimpulan dan Cadangan

Bab ini merupakan bab terakhir di mana kesimpulan kajian akan

diperolehi dan di dalam bab ini dikemukan kajian-kajian baru yang boleh

dikaji oleh penyelidik di masa hadapaan.

Page 34: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Page 35: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

15

BAB 2

PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI

2

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan teori mengenai penggunaan sistem kotak acuan

keluli dalam pembinaan berindusti IBS. Antaranya termasuklah sejarah sistem

berindustri IBS di Malaysia, definisi, klasifikasi, ciri-ciri, jenis-jenis sumber serta

kategori kotak acuan.

Penyelarasan modular (Modular Coordination) yang merupakan piawaian

bagi pengukuran juga akan dimasukkan dalam bab ini. Selain itu, IBS Score juga

akan diterangkan untuk mengetahui bagaimana pengiraan penggunaan IBS dalam

setiap Projek IBS dikira. Tambahan lagi, penerangan tentang kelebihan penggunaan

IBS dalam projek pembinaan juga dibincangkan.

Page 36: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

16

2.2 Sejarah Penggunaan IBS Di Malaysia

Konsep IBS bukanlah suatu yang baru sebaliknya ia bermula seawal tahun

1624 di mana rumah panel kayu di bawa dari England ke kawasan yang terletak di

Utara Amerika. Revolusi Industri 1700 menggunakan pengaplikasian teknologi

dalam industri pembinaan mereka (CIDB, 2003).

Merujuk kepada buku ‘The Industrialisation of Building’, Carlo Testa

menyatakan bahawa Istana Kristal yang di bina pada 1851 merupakan titik

permulaan bangunan berindustri. Rekabentuk bangunan adalah berasaskan

komponen berindustri seperti tingkap kaca, rangka kayu dan keluli. Pembinaan

bangunan ini hanya mengambil masa empat bulan untuk di siapkan.

Walaubagaimanapun, titik permulaan yang sebenar bagi bangunan berindustri tidak

di ketahui (Salihudin, 2005).

Dalam Malaysia, sejarah IBS dapat diimbas kembali pada tahun 1963, di

mana pada ketika itu pihak kerajaan menghantar arkitek dari Jabatan Kerja Awam

(JKR) ke Eropah untuk mempelajari bangunan berindustri dengan lebih mendalam.

Pada tahun yang berikutnya, arkitek dari ‘Federal Capital Commission’ pula dihantar

ke Perancis selama lebih kurang enam bulan untuk mendalami sistem bangunan

berindustri.

Pada tahun yang sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

menumpukan perhatian kepada pembangunan perumahan. Menteri dan pegawainya

kemudiannya melawat Jerman Barat, Denmark dan Perancis untuk mendapatkan

lebih banyak maklumat tentang bangunan berindustri (Salihudin, 2005).

Oleh yang demikian, pada tahun 1966, kerajaan Malaysia telah melaksanakan

dua buah projek iaitu pembinaan 3009 unit-unit flat di Jalan Pekeliling, Kuala

Page 37: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

17

Lumpur dan 3741 unit-unit flat di Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang pada tahun

berikutnya. Berikutan kepada dua projek ini, PKNS telah memperolehi teknologi

konkrit pra-tuang daripada Praton Haus International, Jerman dan membina projek

perumahan kos rendah dan kos tinggi pada tahun 1981 hingga 1993 (IBS Digest,

2012).

Kejayaan pembinaan kaedah IBS ini di lihat dengan pelbagai struktur yang

berkualiti dan cantik, terutamanya pada jangkamasa tahun 1995 hingga 1998. Ini

termasuklah pembinaan Kompleks Sukan dan Perkampungan Sukan Bukit Jalil,

Menara Kembar Petronas dan Transit Aliran Ringan (LRT). Kebaikan IBS dapat di

tonjolkan dengan struktur yang menarik iaitu Presint Putrajaya dan projek-projek

yang dapat mempertingkatkan infrastruktur Kuala Lumpur. Ini termasuklah

pembinaan lebuhraya bertingkat menggunakan pra-tuang dan transit monorail

menggunakan rasuk konkrit pra-tuang (CIDB, 2003).

Walaubagaimanapun, hampir empat dekad IBS diperkenalkan,

penggunaannya di Malaysia masih berada dalam tahap yang rendah jika

dibandingkan dengan negara membangun seperti Jepun, United Kingdom, Australia

dan Amerika Syarikat (CIDB, 2003).

2.3 Ciri-ciri IBS

Tinjauan tentang ciri-ciri prasyarat yang menggariskan keberjayaan

perlaksanaan sistem pembinaan berindustri dalam industri binaan perlu dibuat.

Antaranya termasuklah:

Page 38: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

18

2.3.1 Sistem Tertutup

Sistem tertutup boleh diklasifikasikan kepada dua kategori yang dinamakan

sebagai penghasilan yang berdasarkan rekabentuk klien dan juga penghasilan yang

berdasarkan rekabentuk pengilang komponen pratuang. Kategori pertama

direkabentuk untuk memenuhi keperluan ruang daripada pihak klien iaitu keperluan

tempat untuk pelbagai fungsi bagi susunan bangunan seperti rekabentuk arkitek yang

spesifik.

Hal ini menyebabkan pengilang komponen pratuang yang berkenaan terpaksa

menghasilkan komponen yang spesifik bagi sesuatu bangunan mengikut kehendak

klien. Sebaliknya, penghasilan yang berdasarkan rekabentuk pengilang, merangkumi

proses merekabentuk dan menghasilkan jenis komponen bangunan yang seragam.

Antara jenis bangunan yang termasuk dalam kategori ini ialah sekolah, stesen gas

dan perumahan kos rendah (Thanoon et al, 2003).

Walau bagaimanpun, jenis susunan bangunan ini hanya boleh dijustifikasikan

sebagai ekonomikal apabila keadaan berikut diperhatikan (Warszawski, 1999).

a. Saiz projek adalah cukup besar untuk membenarkan pembahagian kos

dari segi rekabentuk dan pengeluaran yang melebihi kos tambahan per

komponen yang timbul akibat rekabentuk yang spesifik.

b. Rekabentuk arkitek mengikut elemen yang berulang-ulang dan

piawaian. Sehubungan dengan ini, sistem prefabrikasi dapat

mengatasi keperluan elemen seragam yang banyak dengan

mengautomasikan proses rekabentuk dan pengeluaran.

Page 39: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

19

c. Terdapat permintaan yang mencukupi bagi jenis bangunan yang

tipikal seperti sekolah supaya pengeluaran yang besar-besaran boleh

dilakukan.

d. Terdapat satu strategi pemasaran yang intensif oleh pengilang untuk

menjelaskan kepada klien dan perekabentuk tentang potensi faedah

dan manfaat sistem ini dari aspek ekonomi dan bukan ekonomi.

2.3.2 Sistem Terbuka

Berbanding dengan batasan yang terdapat pada sistem tertutup, sistem

terbuka yang membenarkan rekabentuk yang lebih fleksibel dan koordinasi yang

maksimium di antara perekabentuk dan pengilang komponen pratuang telah

dicadangkan. Sistem ini adalah baik kerana ia membenarkan pengilang komponen

pratuang menghasilkan elemen yang dihadkan bilangannya bersama dengan satu

lingkungan produk yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama juga, nilai estetik berkenaan dengan seni bina dapat

dikekalkan. Sistem terbuka juga mengalami satu halangan yang besar walaupun ia

terdapat banyak kelebihan. Sebagai contoh, masalah sambungan akan berlaku apabila

dua elemen daripada sistem yang berbeza disambung bersama. Ini adalah kerana

teknologi sambungan yang serupa perlu dipatuhi supaya mencapai prestasi struktur

yang lebih besar (Thanoon et al, 2003).

Page 40: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

20

2.4 Klasifikasi IBS

Klasifikasi IBS pula dibahagikan kepada dua kelas utama iaitu sistem terbuka

dan sistem tertutup. Dalam sistem terbuka semua komponen perlulah distandardkan

(modular coordination) dan ianya menawarkan kepelbagaian dalam rekabentuk dan

fleksibiliti manakala bagi sistem tertutup pula, elemen diperbuat di kilang dan

mempunyai keperluan yang amat spesifik. IBS dikategorikan kepada dua iaitu

prefabrication method dan cast-in situ.. Berdasarkan aspek struktur sistem ini, IBS

dapat di bahagikan kepada lima aspek utama iaitu panel pasang siap, sistem kerangka

keluli, sistem acuan keluli, sistem kerangka kayu pasang siap, dan sistem blok

(CIDB, 2003).

2.4.1 Kerangka Konkrit Pasang Siap, Panel dan Sistem Berkotak

(Pre-cast Concrete Framing, Panel and Box Systems)

Teknologi pasang siap ialah satu sistem pembinaan yang melibatkan

pembentukan komponen struktur tertentu di kilang pembuat dan di bawa ke tapak

untuk dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur lengkap. Komponen struktur

biasanya siap dibina di kilang yang terdiri daripada dinding, lantai, pintu, tingkap,

tangga, tiang, rasuk.

Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana sebahagian

besar komponen-komponen tersebut telah siap dibina di kilang pembuat. Kelemahan

sistem ini adalah pada penyambungan struktur kerana perlu mengambilkira keadaan

Cuaca (Junid, 1986).

Page 41: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

21

a) Sistem Kerangka

b) Sistem Dinding Panel c) Sistem Kekotak

Rajah 2.1 : Kerangka Konkrit Pasang Siap, Panel dan Sistem Berkotak

Sumber : IBS Survey, (2003)

2.4.2 Sistem Acuan Keluli (Steel Formwork Systems)

Di kenalpasti sebagai salah satu tahap rendah atau ‘least prefabricated’ IBS,

secara amnya melibatkan ‘site casting’ dan kawalan kualiti, produk ini memberi

kualiti kemasan yang tinggi, pembinaan yang lebih pantas dan pengurangan

penggunaan buruh tapak bina dan bahan. Kos pula dapat dikurangkan melalui

pemiawaian saiz struktur dan memastikan pergerakan dan kitaran pengkonkritan Ini

termasuklah ‘tunnel forms’, sistem ‘tilt-up’, rasuk dan tiang ‘moulding forms’ dan

Page 42: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

22

acuan keluli yang kekal. Penggunaan sistem ini memerlukan penjagaan yang teliti

supaya kualiti komponen yang dihasilkan tidak rosak (Junid, 1986).

a) Moulding Forms b) Tunnel Forms

Rajah 2.2 : Sistem Acuan Keluli

Sumber : Nasrun et. al, (2005)

2.4.3 Sistem Kerangka Keluli (Steel Framing Systems)

Penggunaanya sering bersama dengan lantai konkrit pasang siap, tiang, rasuk

keluli terutama bagi pembinaan 'fast track' bangunan tinggi. Ia juga banyak

digunakan untuk pembinaan kerangka ringan bagi bumbung kerana

penggunaannya lebih ekonomi dan sesuai terutama bagi sistem bumbung

bangunan jenis 'portal frame' (Junid, 1986).

Page 43: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

23

a) Kerangka Keluli rumah b) Kerangka keluli bumbung

Rajah 2.3 : Sistem Kerangka Keluli

Sumber : Nasrun et. al, (2005)

2.4.4 Sistem Kerangka Kayu Prefabrikasi (Prefabricated Timber Framing

Systems)

Kebanyakan produk yang disenaraikan dalam kategori ini adalah rangka

bangunan kayu dan kekuda bumbung kayu. Apabila ianya sudah popular dan banyak

digunapakai. Sistem kerangka bangunan kayu mula digunakan di pasaran dimana ia

memberi rekabentuk yang sangat menarik dan nilai aestetik yang tinggi seperti

pembinaan chalet untuk pusat peranginan dan pelancongan. Kos untuk penggunaan

sistem ini adalah sangat mahal kerana sumber untuk mendapatkan kayu adalah

terkawal (Junid, 1986).

Page 44: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

24

a) Kerangka Pintu b) Kerangka Rumah

Rajah 2.4: Sistem Kerangka Kayu Prefabrikasi

Sumber : IBS Digest, (2015)

2.4.5 Sistem ‘Blockwork’ (Block Work Systems)

Kaedah pembinaan menggunakan batu-bata konvensional telah direvolusi

melalui pembangunan dan penggunaan unit konkrit dan blok konkrit ‘lightweight’.

Kaedah ini digunakan secara meluas dalam meningkatkan kemajuan struktur

pembinaan di Malaysia.. Ia sesuai digunakan untuk membina rumah banglo dan teres

sahaja kerana sistem ini tidak mempunyai tiang dan tidak sesuai bagi bangunan

tinggi.

Blok konkrit juga boleh dicat dengan menggunakan cat yang khas bagi

menjaga kualitinya. Pembinaan dengan menggunakan kaedah ini lebih cepat,

sistematik kerana ia juga boleh digunakan sebagai bahan sokong kepada tembok bata

dan juga batu. Kos untuk pembinaan yang menggunakan sistem adalah murah dan

memerlukan tenaga mahir dalam penyambungan setiap block (Junid, 1986).

Page 45: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

25

a) S

u

a) susunan Blockwork b) Bentuk Blockwork

Rajah 2.5 : Sistem ‘Blockwork’

Sumber : Nasrun et. al, (2005)

2.5 Kepentingan IBS

Kepentingan yang diperolehi daripada pelaksanaan IBS ialah

mempercepatkan proses pembinaan, pengurangan pembaziran semasa pembinaan,

pengurangan risiko dan bahaya serta integrasi strategi kelastarian (Hassim et. al.,

2009; Kamar et. al 2009; Nawi et. al., 2007a; Thanoon et. al, 2003 and IBS

Roadmap, 2003).Antara kepentingan dalam sistem berindustri IBS adalah:-

i. Penggunaan bahan-bahan yang optimum, berulang-ulang, penggunaan

semula acuan serta mengurangkan pembaziran bahan binaan (Bing et.al

2001).

ii. Penghasilan produk yang berkualiti dari kilang yang mengambilkira faktor

daripada proses perkilangan yang cekap dan rasional, pekerja yang

berkemahiran, prosedur yang berulang, kawalan serta pemantauan berkualiti

Page 46: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

26

yang berterusan. (Nawi et. al, 2007b; Shaari and Ismail, 2003; Thanoom et.

al., 2003b)

iii. Tempoh masa lebih singkat dalam pembinaan pra-tuang konvensional dengan

mengambil separuh masa yang biasa digunakan (Shaari and Ismail, 2003;

Nawi et. al., 2005; Thanoom et. al., 2003)

iv. Aktiviti pembinaan tidak terjejas kepada keadaan cuaca kerana komponen

pasang siap dikilangkan dalam persekitaran yang terkawal (Peng, 1986).

v. Komponen pasang siap dibuat di kilang yang berpusat dan seterusnya dapat

mengurangkan keperluan pekerjaan di tapak bina. Tahap mekanisma yang

terlibat adalah tinggi (Thanoon et. al., 2003; Warszawski, 1999).

vi. Sistem senibina inovatif memberi peluang kepada perekabentuk dan pembina

untuk mengkaji rekabentuk yang kreatif dalam IBS (Warszawski, 1999).

vii. Pengunaan bahan-bahan yang bermutu dapat mengurangkan kesan berbahaya

kepada alam sekitar dan seterusnya dapat menjaga alam sekitar dengan baik.

(Nawi et. al., 2007a; Shaari and Ismail, 2003).

2.6 Definisi

Berikut adalah definisi mengenai kotak acuan, tahap penggunaan IBS dan

kos-kos yang terlibat.

Page 47: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

27

2.6.1 Kotak Acuan

Dalam konteks teknologi pembinaan secara ringkasnya, acuan boleh diberi

maksud sebagai elemen untuk membentuk struktur konkrit

(www.wikipedia.com.my). Untuk memperolehi tafsiran yang lebih jelas lagi,

beberapa sumber buku telah dirujuk dan diambil dan juga kod piawaian British

seperti yang dihuraikan di bawah ini:-

a) Menurut Encyclopedia of Building Technology of Artchitect mentafsirkan

acuan sebagai satu elemen penahan sementara yang mesti berupaya

menyokong tekanan konkrit ketika dalam bentuk cecair sehingga menjadi

bentuk pepejal dan membentuk satu struktur yang berupaya menanggung

bebannya sendiri.

b) Menurut buku Formwork for concrete – ACI Formwork Standard. Acuan

merupakan satu sistem penyokong untuk konkrit berkeadaan cecair termasuk

juga bahan pelapik yang bersentuhan dengan konkrit dan semua komponen-

komponen penyokong.

c) Menurut buku Formwork Construction and Practise-J.G Richardson. Acuan

ialah satu bekas dimana konkrit dibentuk sama ada terdedah atau tersembunyi

di dalam struktur tersebut.

d) Menurut BS Standard 4340:1986-Glossary of Formwork Terms pula, acuan

merupakan satu struktur sementara yang dibina untuk mengisi konkrit

sehingga membentuk kepada satu bentuk atau dimensi yang dikehendaki, ia

perlu menahan beban konkrit sehingga ia menjadi matang dan cukup kuat dan

berupaya mengurangkan beban sendiri. Ia merupakan permukaan yang

bersentuhan dengan konkrit dan terdiri daripada bahagian seperti kepingan

Page 48: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

28

dan beberapa bahan penyokong lain yang digabungkan untuk membolehkan

ia berfungsi sebagai struktur penahan kepada konkrit.

2.6.2 Tahap Penggunaan IBS

Perkataan tahap bermaksud peringkat atau tingkat. Pembinaan atau

penggunaan sistem yang masih di tahap awal (Kamus Dewan, 2005:1569). Dalam

kajian ini, tahap penggunaan yang dikaji ke atas sistem yang digunapakai secara

konvensional atau sistem IBS bagi projek sekolah.

Menurut kajian Mohd Nasrun, (2013), tahap penggunaan sistem acuan dan

konkrit pra-tuang yang digunakan untuk komponen struktur dan dinding mencapai

43.3% penggunaan. Tiada sistem berinovasi digunakan di dalam projek IBS yang

dikaji. Ini kemungkinan disebabkan maksud dan skop sistem berinovasi yang sangat

luas dan tidak diselaraskan oleh pihak CIDB.

2.6.3 Penggunaan Teknologi

Penggunaan dari segi bahasa ialah guna atau pakai (Hana Johannsen @

G.Terry Page, 1980). Sementara dari segi istilah perlakuan menggunakan barangan

dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa. Konsep ini juga telah

diutarakan oleh (Donald. W. Moffat, 1984) sebagai mengguna barangan dan

perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada

penggunaan melahirkan nilai faedah atau utiliti.

Page 49: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

29

Dari aspek penggunaan teknologi, amalan-amalan di dalam pembinaan di

Malaysia sekarang masih lagi berteraskan amalan pembinaan secara konvensional.

Ini disebabkan pemain industri memberi alasan bahawa penggunaan teknologi baru

memerlukan pelaburan modal yang besar, contohnya pembelian peralatan ataupun

mesin yang baru (Elias Ismail, 2005).

2.6.4 Kos

Kos bermaksud amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu

barangan atau perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai proses terhadap perbelanjaan

bagi sesuatu projek binaan pada semua peringkat pembinaan bermula dari peringkat

permulaan, rekabentuk pembangunan sehingga kepada projek dilaksanakan dan

pembayaran akhir dibuat (Harpal Singh, 1981). Diukur dalam unit wang yang mesti

dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), kos didefinisikan

sebagai harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan dan

menyenggara sesuatu. Biasanya berupa wang, masa dan tenaga serta perbelanjaan.

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1995) pula, kos boleh didefinisikan sebagai

sumber input dalam bentuk kewangan yang perlu dibelanjakan untuk menghasilkan

output.

Kos merupakan faktor penentu utama bagi pemaju yang menentukan jenis

bangunan untuk dibangunkan dan dapat memberi kualiti yang lebih baik (Salihuddin

Radin Sumadi, et.al, 2001). Salah satu perkara yang perlu diambilkira adalah

pengambilan pekerja. Jika upah yang murah akan mengurangkan kualiti kerja kerana

upah yang dibayar kepada pekerja adalah mengikut kemahiran dimana pekerja yang

Page 50: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

30

mahir dibayar dengan RM90, separa mahir RM60 dan buruh yang tidak mahir RM40

(Abang Abdullah et al., 1998).

2.7 Kategori Kotak Acuan

Salah satu dari prinsip IBS ialah komponen diperbuat luar dari tapak kerja.

Kualiti komponen boleh dipantau dengan baik kerana acuan ditempatkan diruang

tertentu atau kilang komponen yang khusus, dimana pembuatan, mudah diperiksa,

pengeluaran terkawal dan tempat kerja yang teratur. Acuan-acuan juga boleh diletak

secara tegak atau mendatar untuk kerja-kerja konkrit.

Disamping itu, kerja-kerja kemasan seperti grinding dan polishing ke atas

komponen boleh dibuat dikilang sebelum dihantar ke tapak. Ini memastikan

komponen-komponen boleh dikeluarkan mengikut kualiti dan spesifikasi yang

ditentukan. Jenis-jenis acuan adalah seperti berikut (Badir, 1998):

2.7.1 Acuan Piawai

Acuan piawai biasanya diperbuat dari besi keluli, aluminium, glassfibre

reinforced polymer (GRP), konkrit atau kombinasinya. Acuan ini diperlukan untuk

kerja-kerja konkrit berulang. Acuan ini juga dibuat untuk tahan lasak, senang dicuci,

dibuka dan pasang semula tanpa merosakkan permukaan. Pada lazimnya, acuan besi

keluli jauh lebih tahan daripada acuan GRP atau konkrit yang banyak bergantung

pada cara pemakaiannya.

Page 51: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

31

2.7.2 Acuan Fleksibel

Acuan fleksibel digunakan bila sebahagian dari ukuran komponen ini tidak

berubah.

i. Acuan bateri

Acuan bateri biasanya diperbuat dari besi dan digunakan casting tegak

iaitu konkrit dimasukkan dari tepi. Cara ini berguna untuk komponen-

komponen nipis, panel dinding, tiang dan sebagainya.

ii. Acuan terhad

Acuan terhad digunakan untuk komponen-komponen terhad seperti

parapet, arches dan komponen-komponen bukan piawai.

iii. Acuan ‘one-off’

Acuan ‘one-off’ digunakan untuk elemen-elemen istimewa seperti

tulisan, skulptur dan sebagainya.

2.8 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kos Pembinaan

Menurut Darlow (1988), bagi menyediakan bajet dalam pembinaan,

kontraktor perlu mengambil kira faktor-faktor utama yang boleh mempengaruhi kos

pembinaan sesebuah projek. Menurut Peterson (2005), secara umumnya, faktor-

faktor utama yang mempengaruhi kos pembinaan sesuatu projek boleh dibahagikan

kepada dua jenis iaitu kos langsung dan kos tidak langsung.

Page 52: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

32

Kos langsung terdiri daripada kos bahan binaan, kos buruh dan kos jentera

atau mesin manakala kos tidak langsung pula terdiri daripada kos pengurusan dan

overhed.

Rajah 2.6: Kategori Kos Dalam Projek Pembinaan

Sumber: Scott, D (1995)

Jumlah Kos Terlibat

Kos Langsung atau

Kos Berubah atau Kos

Primer

Kos Tidak Langsung

atau Kos Tetap

Kos untuk membina

bangunan, menyediakan

infrastruktur dan bahagian

lain yang diperlukan

Kos sampingan yang

dibelanjakan untuk

melaksanakan projek

berkenaan

Buruh

Bahan Binaan

Jentera / Mesin

Page 53: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

33

2.8.1 Kos Bahan binaan

Penggunaan bahan yang tidak berkualiti akan dapat menjimatkan kos

pembinaan, tetapi penggunaan bahan yang tidak memenuhi piawaian boleh

mendatangkan impak jangka masa panjang dan boleh menjejaskan struktur binaan.

Produk IBS yang telah dihasilkan di kilang atau diluar tapak bina (off site) akan

dikawal mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ini akan menghasilkan kualiti

produk yang bermutu (Siti Fatimah, 2009).

Oleh itu IBS mampu meningkatkan kualiti melalui piawaian standard

pembinaan. Manakala kaedah konvensional sukar untuk mengawal kualiti elemen

struktur yang dibina. Disebabkan ini, timbulnya masalah selepas pembinaan seperti

keretakan struktur.

2.8.2 Kos Buruh

Memandangkan IBS bergantung kepada cara mekanikal untuk menghasilkan

elemen yang diprefabrikasikan di kilang dan pembinaan di tapak yang minimum, ia

membolehkan pengurangan permintaan tenaga buruh untuk memasang elemen dan

membina di tapak.

Sistem IBS ini hanya menggunakan buruh mahir dan buruh separa mahir di

mana penggunaan buruh tidak mahir hampir dihapuskan secara menyeluruh.

Contohnya, dalam sistem IBS terbuka, kemahiran yang mustahak dalam

pengendalian peralatan perkilangan dan dalam pembinaan boleh di salurkan melalui

program dan latihan (Trikha & Ali, 2004).

Page 54: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

34

2.8.2.1 Kategori Buruh

Menurut Prabir Das (1992) dan Khairuddin Abdul Rashid (2002), buruh

dalam industri pembinaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu buruh tidak

mahir, buruh separa mahir, buruh mahir.

i. Buruh Tidak Mahir

Buruh tidak mahir adalah buruh yang tidak mempunyai kemahiran bagi

melaksanakan kerja pembinaan. Mereka ini hanya menjalankan kerja-kerja

asas seperti membawa, mengangkat dan memunggah bahan binaan,

membersihkan kawasan kerja dan lain-lain lagi (Prabir Das, 1992;

Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

ii. Buruh Separa Mahir

Buruh separa mahir adalah buruh yang mempunyai satu atau lebih kemahiran

dalam mana-mana kerja pembinaan tetapi kemahiran mereka tidak mencapai

tahap buruh mahir. Mereka merupakan pembantu buruh mahir dan mampu

juga menjalankan sesetengah kerja kemahiran dengan sendirinya (Prabir Das,

1992; Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

iii. Buruh Mahir

Buruh mahir adalah buruh yang mempunyai satu atau lebih kemahiran dalam

menjalankan kerja-kerja pembinaan ditapak. Mereka ini selalunya

mempunyai banyak pengalaman dalam melakukan sesuatu kerja tersebut

(Prabir Das, 1992; Khairuddin Abdul Rashid, 2002).

Page 55: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

35

2.8.3 Kos Jentera

Bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan, ia memerlukan pelaburan modal

yang besar daripada pihak kontraktor. Dengan memiliki loji, ia mampu

meningkatkan keupayaan kontraktor dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Selain itu, ia mampu memberi keyakinan kepada klien tentang keupayaan kontraktor

untuk menjalankan kerja-kerja projek pembinaannya itu (Kamaruddin Md. Ali, 1993;

Azami, 1986). Jentera pembinaan juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis

mengikut fungsi dan jenis kerja yang mampu dilakukan. Antaranya ialah:

i. Jentera kuasa kecil

Mesin pemotong, Mesin Welder

ii. Jentera pengangkut

Kren, lori, dan forklift

iii. Jentara kerja tanah

Jentolak, jengkaut, scraper

Barber, G. (1973) menyatakan bahawa jentera digunakan untuk

mengurangkan masa, memastikan kerja yang berkualiti, mengurangkan penggunaan

tenaga buruh dan seterusnya mengurangkan kos pembinaan. Bagi mencapai tujuan

ini, maka pihak kontraktor perlu memberi tumpuan dan pemerhatian kepada sistem

pengurusan jentera yang berkesan yang terdiri daripada pemilihan, pemilikan dan

penyenggaraan jentera.

Page 56: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

36

2.8.4 Pembaziran

Selain itu, banyak bahan-bahan terbuang yang ditimbunkan di tapak bina

yang terhasil daripada samada lebihan bahan-bahan binaan ataupun bahan-bahan

penyokong sementara seperti kayu, besi dan plastik yang sudah tidak boleh di

gunakan semula. Akhirnya banyak daripada bahan-bahan ini dibakar dan ini kurang

mesra kepada alam.

Satu kajiselidik yang di jalankan dalam tahun 1994 mendapati bahan-bahan

sisa industri dan pembinaan menyumbang kepada lebih kurang 28% daripada jumlah

sisa pepejal di Selangor. Peratusan ini menjadi jauh lebih tinggi iaitu sehingga 37%

di kawasan-kawasan perbandaran (Madya, 2012).

Kaedah yang terbaik dalam menguruskan bahan binaan daripada pembaziran adalah

dengan mencegah berlakunya pembaziran. Formoso (1999), juga berpendapat

penglibatan pihak pengurusan tapak dan juga pihak-pihak lain yang terlibat dalam

peringkat sebelum pembinaan seperti peringkat rekabentuk, pembekalan bahan dan

perancangan tapak bina dapat mengatasi masalah pembaziran bahan.

2.9 Taburan Semasa Kontraktor Di Malaysia

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor

sama ada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan CIDB sebelum mengakujanji

dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang

diberi pengecualian di bawah Seksyen 40 (1) Akta Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia 1994.

Page 57: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

37

Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dibahagikan mengikut 7 gred (G1 –

G7) (CIDB, 2015) Gred ini diberi berdasarkan tiga kriteria utama iaitu keupayaan

mendapatkan tender, keupayaan kewangan dan kesediaan sumber manusia.

Jadual 2.1: Kontraktor Berdaftar Mengikut Negeri dan Gred Kontraktor di Malaysia

Pada September 2015

Gred

G1 G2 G3 G4 G5 G6 G7 Jumlah Negeri

Johor 2610 1119 874 301 284 110 377 5675

Kedah 1845 474 244 82 90 48 161 2944

Kelantan 1835 428 152 74 72 40 86 2687

Melaka 930 306 252 101 91 37 122 1839

Negeri

Sembilan 1635 535 261 103 120 40 97 2791

Pahang 2007 548 312 162 131 56 129 3345

Perak 2336 639 404 181 209 75 141 3985

Perlis 797 123 34 15 19 5 21 1014

Pulau Pinang 1176 413 488 161 212 97 332 2879

Sabah 3672 869 490 105 149 51 375 5711

Sarawak 1358 617 297 133 161 83 420 3069

Selangor 3392 1325 1608 771 901 307 1275 9579

Terengganu 2055 462 186 165 161 72 162 3263

Wilayah

Persekutuan 1329 580 1129 618 902 303 1403 6264

Jumlah 26977 8438 6731 2972 3502 1324 5101 55045

Sumber: CIDB Malaysia (Buletin Statistik Pembinaan Suku Tahunan (2015)

Page 58: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

38

Berdasarkan jadual 2.1 di atas, menunjukkan kontraktor seluruh Malaysia.

Gred G1 berjumlah 26,977, paling tinggi penglibatan dalam pembinaan diikuti gred

G2 berjumlah 8,438, gred G7 berjumlah 5,101, G3 berjumlah 6,731, G5 berjumah

3,502, G4 2,972. Gred yang paling rendah adalah gred G6 berjumlah 1,324.

Kontraktor yang berdaftar dengan pihak CIDB pada tahun 2015 berjumlah 55,045

syarikat.

2.10 Had Nilai Perolehan Kerja Kerajaan

Had nilai perolehan kerja Kerajaan untuk kerja-kerja bangunan / awam /

mekanikal dan elektrik adalah seperti yang dinyatakan didalam Jadual 2.2 (CIDB,

2015)

Jadual 2.2: Had Nilai Perolehan Kerja (Bangunan/Awam)

Gred Pendaftaran Had Nilai Perolehan Kerja (RM)

G1 200,000 dan ke bawah

G2 200,001.00 hingga 500,000.00

G3 500,001.00 hingga 1,000,000.00

G4 1,000,001.00 hingga 3,000,000.00

G5 3,000,001.00 hingga 5,000,000.00

G6 3,000,001.00 hingga 5,000,000.00

G7 Melebihi 10,000,000.00

Sumber: Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor (Mac 2015), CIDB

Page 59: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

39

2.11 Kaedah Pembinaan Menggunakan Kotak Acuan Keluli

Kerja untuk mengeluarkan komponen adalah bermula dengan menyiapkan

acuan komponen terlebih dahulu diikuti oleh pemasangan tetulang ke dalam acuan,

penuangan konkrit dan seterusnya pengawetan. Komponen yang telah disiapkan itu

ditandakan dengan jelas supaya memudahkan pemasangan kelak. Kren digunakan

untuk mengangkat dan meletakkan komponen ini berdasarkan kedudukannya dalam

lukisan pembinaan yang telah disediakan.

Kestabilan struktur yang baru dipasang ini biasanya disokong oleh struktur

sementara sehinggalah seluruh komponen tersebut siap dipasang dan struktur berada

dalam keadaan cukup stabil. Semua sambungan diperiksa dengan teliti untuk

memastikan ia benar-benar selamat. Penuangan konkrit pada ruang-ruang antara

sambungan dengan celah lantai, dibuat dengan tujuan untuk memberikan daya ikatan

pada struktur serta menghasilkan lapisan permukaan yang selanjar dan sekata.

Kebiasaanya, lapisan permukaan yang digunakan pada lantai pra-tuang ialah

setebal 50mm yang dipadat dan diratakan supaya dapat membentuk satu sturktur

yang seragan atau berterusa. Untuk menghasilkan keselanjaran struktur lantai ini,

tetulang keluli direntangkan merentasi bahagian atau rasuk dan dinding sebelum

lapisan konkrit dituang ke atasnya. Tetulang ditempatkan antara hujung-hujung

papak dengan merentasi tiang untuk menghasilkan unit selanjar lagi stabil.

(Mahyuddin Ramli (1991).

Page 60: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

40

2.12 Sistem piawaian Dalam IBS

Pemiawaian bukanlah suatu fenomena yang baru dalam industri pembinaan.

Komponen keluli di piawaikan untuk memudahkan proses rekabentuk, pengilangan

dan pembinaan. Semasa mempromosikan penggunaan komponen IBS, sistem

struktur dipiawaikan untuk berlakunya pengulangan dalam rekabentuk elemen.

Komponen arkitektural seperti pintu dan tingkap juga dimodularkan. IBS dan

MC seringkali disalahtafsirkan penggunaannya. Ia dikatakan menghalang kreativiti

dan menghasilkan struktur yang hanya kelihatan seperti susunan kotak-kotak sahaja.

Tetapi pada hakikatnya IBS dapat dihasilkan dalam pelbagai tekstur, warna dan

bentuk disamping memberi peluang kepada arkitek untuk mencurahkan idea mereka

dalam apa jua bentuk sekalipun.

Contoh yang lain dapat dilihat adalah bangunan kerangka keluli dimana

walaubagaimana rasuk dan tiang dipiawaikan, bentuk bangunan tidaklah terhad

kepada struktur berkotak-kotak yang membosankan (Trikha, 1999).

2.12.1 Pemiawaian Dalam Skop Standard Malaysia

Skop yang terdapat dalam Standard Malaysia (MS) adalah seperti berikut

(Azim Ng.Abdullah ,2003):

i. Untuk menentukan matlamat MC dan menyatakan prinsip umum dan

peraturan yang akan digunakan dalam menentukan dimensi bangunan serta

kedudukan dan dimensi komponen yang dikumpulkan di tapak.

Page 61: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

41

ii. Untuk menentukan nilai bagi modul asas yang digunakan dalam koordinasi

modular bagi bangunan. Ia digunakan bagi semua jenis rekabentuk dan

pembinaan bangunan.

iii. Untuk menentukan nilai modular yang digunakan untuk koordinasi modular

bangunan.

iv. Untuk menentukan nilai multimodul bagi dimensi mendatar untuk kegunaan

koordinasi modular bangunan.

v. Untuk menyatakan siri pemilihan saiz multimodular bagi dimensi mendatar

dalam bangunan dan memberi panduan untuk kegunaan mereka.

vi. Untuk mendapatkan tiga keadaan satah lantai modular sebagai satah rujukan

bagi dimensi pugak dalam rekabentuk bangunan dan memberi peraturan

kepada kedudukan lantai yang berkait dengan satah.

vii. Untuk menetapkan kedudukan rujukan garisan mendatar yang mengawal

koordinasi pendimensian.

viii. Untuk mendapatkan prinsip asas bagi rekabentuk sambungan dalam

bangunan.

2.13 IBS Score

IBS Content Scoring System (IBS Score) merupakan satu sistem penilaian

yang sistematik dan distrukturkan yang digunakan untuk mengukur jumlah

penggunaan IBS dalam sesuatu projek. Prinsip-prinsip IBS Score :

Page 62: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

42

i. Penggunaan komponen prefabrikasi dan pratuang

ii. Penghasilan komponen di luar tapak

iii. Penggunaan komponen yang mematuhi piawaian.

iv. Kebolehulangan (repeatability)

v. Merekabentuk dengan menggunakan konsep koordinasi modular

2.14 Kelebihan IBS

Penggunaan sistem IBS akan memberi kelebihan-kelebihan seperti berikut:-

i Mengurangkan penggunaan tenaga kerja

ii Kualiti lebih terjamin dan hasil produk yang lebih kemas

iii Mengurangkan pembaziran bahan binaan

iv Persekitaran tapak binaan yang lebih tersusun dan bersih

v Persekitaran tapak binaan yang lebih selamat kerana pengurangan tenaga

kerja, bahan binaan dan bahan binaan terbuang

vi Tempoh siap projek yang lebih singkat

vii Pengurangan penggunaan ‘props’ kerana penggunaan ‘prop’ konvensional

kayu dan penggunaan komponen pra-fabrikasi

Page 63: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

43

viii Pengurangan penggunaan acuan kayu yang biasa digunakan di mana ia

digantikan dengan komponen pra-fabrikasi dan acuan alternatif dengan

pelbagai kegunaan

ix Perunding-perunding projek akan beralih kepada penyelidikan berkaitan

rekabentuk dan kaedah atau teknologi pembinaan baru yang lebih cekap dan

inovatif dengan memekanilkan sesuatu kerja pembinaan serta penggunaan

bahan binaan yang baru

2.15 Kelemahan IBS

Antara kelemahan-kelemahan penggunaan IBS yang dikenalpasti adalah seperti

berikut:

i Intensif kapital yang tinggi.

ii Memerlukan pekerja mahir.

iii Kos tambahan diperlukan untuk melatih pekerja separuh mahir untuk

melakukan kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi.

iv Kekurangan pengalaman buruh dimana sesetengah jenis pembinaan IBS

masih baru lagi di Malaysia.

v Sesuai untuk bangunan yang bertingkat-tingkat seperti tiga hingga lima

tingkat.

vi Sangat sesuai untuk semua jenis kelas pembinaan dari segi unit kos dimana ia

disusun dari rumah kos rendah hingga ke kelas kos tinggi.

Page 64: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

44

vii Pendekatan dan amalan pembinaan prefabrikasi yang berpecah-pecah iaitu

setiap pengilang dan pengguna dalam pembinaan prefabrikasi mempunyai

rekabentuk dan kaedah pembinaan yang tersendiri.

viii Pengurusan maklumat yang lemah diantara pihak – pihak yang terlibat dalam

industri pembinaan.

ix Kelemahan dalam integrasi dan koordinasi yang baik dalam amalan IBS.

2.16 Rumusan Bab

Kaedah IBS merupakan suatu kaedah pembinaan yang merangkumi kesemua

sistem pembinaan yang menggunakan komponen-komponen pra tuang dan pra siap

dengan usaha tambahan buruh yang minimum. Kaedah IBS ini adalah bertujuan

untuk memperbaiki dan mengurangkan penggunaan kaedah konvensional yang

menjadi amalan industri pembinaan negara kita pada masa kini di samping

mempertingkatkan tahap pembangunan negara terutamanya dalam usaha

merealisasikan Wawasan 2020.

Kawasan tapak bini pada masa kini berbahaya, kotor dan sukar dikawal

kerana pergantungan pekerja asing. Ini menjelaskan bahawa industri pembinaan

negara perlu mengalami perubahan. Lantaran itu, kaedah IBS yang diperkenalkan

menjanjikan banyak kebaikan yang mampu menutup keburukan kaedah

konvensional. Walaupun permulaan untuk menggunakan kaedah IBS memerlukan

modal besar tetapi untuk jangka masa yang panjang amat menguntungkan.

Page 65: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Page 66: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

46

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan perancangan pencarian maklumat dengan lebih lanjut

mengenai sesuatu perkara, menerangkan prosedur dan menjalankan kajian

menyeluruh atau menyelidik dengan lebih mendalam bagaimana sesuatu kajian itu

dijalankan. Justeru, bab ini akan membincangkan mengenai kaedah-kaedah yang

digunapakai dalam bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap

penggunaan sistem acuan keluli dalam pembinaan IBS dan menganalisis kos-kos

yang terlibat dalam sistem acuan keluli dalam pembinaan IBS. Ini termasuklah reka

bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, proses pengumpulan data dan juga kaedah

analisis data

3.2 Proses menjalankan kajian

Proses menjalankan kajian ini terbahagi kepada lima peringkat iaitu pertama

merupakan peringkat cadangan kajian. Peringkat ini membincangkan tentang idea

Page 67: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

47

awal pemilihan tajuk dan prosedur dilakukan dengan perbincangan bersama

penyelia. Dua tajuk telah dipilih daripada beberapa tajuk cadangan yang

dibincangkan, bersama isu yang terlibat bagi mengukuhkan tajuk kajian tersebut.

Selain daripada itu, jurnal, tesis-tesis dan juga kajian literatur juga dilakukan

untuk mendapatkan gambaran awal, kepentingan kajian, skop kajian dan objektif

kajian yang jelas. Peringkat kedua melibatkan penggunaan data primer yang

digunakan dalam kajian ini. Keadah analisis dokumen adalah merupakan salah satu

cara untuk mendapatkan data primer dalam kajian ini. Data maklumat 5 projek

digunakan dalam menjawab kepada persoalan dan objektif kajian.

Peringkat ketiga adalah peringkat pengumpulan data dan maklumat yang

perlu diperolehi untuk mencapai objektif. Peringkat keempat merupakan bahagian

yang paling penting untuk dianalisis data. Jika data tersalah analisis keputusan dan

maklumat yang diperolehi tidak tepat dan tidak menjawab objektif. Manakala

peringkat terakhir. segala data dan maklumat yang diperolehi ditulis dengan lengkap

dan dihantar kepada penyelia pada tarikh yang ditetapkan bagi tujuan penyemakan.

Page 68: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

48

Carta Alir 3.1: Carta Alir Metodologi Kajian

Peringkat Pertama

Peringkat Cadangan

Kajian

1. Menentukan bidang dan tajuk kajian.

2. Sorotan Kajian:

a) Artikel

b) Jurnal

c) Laman Web

3. Mengenalpasti isu dan persoalan

kajian

4. Mengenalpasti objektif dan skop

Peringkat Kedua

Peringkat

Pengenalpastian Data

Data Primer Data Sekunder

1) Analisa Dokumen;

Senarai Kuantiti.

i. Jurnal

ii. Laman Web

iii. Buku Rujukan

1. Mengenalpasti

data

2. Mengenalpasti

rujukan

Peringkat Ketiga

Peringkat Pengumpulan

Data

Penyemakan dan

Penyusunan Data

Peringkat Keempat

Peringkat Analisis Data

Peringkat Kelima

Penulisan Laporan

Kajian

Analisis Data

1) Kesimpulan

dan Cadangan

2) Dokumentasi

Page 69: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

49

3.3 Rekabentuk kajian

Reka bentuk kajian perlu dipilih dan disediakan untuk memastikan

rekabentuk kajian yang dipilih bersesuaian dalam mencapai sasaran objektif kajian

yang telah ditetapkan. Kajian berbentuk kualitatif telah dipilih untuk menjalankan

kajian ini. Kaedah ini sesuai kerana data-data yang diperlukan dalam kajian ini

adalah dalam bentuk kualitatif yang melibatkan rekod-rekod berkaitan projek yang

telah siap.

Menurut Naoum (2007), data primer diperolehi daripada kajian lapangan

yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan seperti temu bual, pemerhatian,

soal selidik, pengujian, analisis dokumen dan teknik tidak kreatif. Bagi penyelidikan

ini, kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah kajian kes. Data primer

dalam kajian ini adalah analisis dokumen. Dokumen yang digunakan dalam kajian

ini ialah senarai kuantiti dan pecahan harga untuk kerja sistem acuan keluli.

Populasi sampel bagi kajian ini adalah terhadap lima projek pembinaan

sekolah bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2012 sehingga 2016. Projek

pembinaan sekolah dipilih kerana projek ini rancak sedang membangun dan pihak

CIDB telah meletakkan projek kerajaan perlu mencapai skor yang diarahkan.

3.4 Instrumen Kajian

Bagi kajian ini, instrumen kajian yang telah digunakan adalah kajian

emperikal di mana ia merupakan satu keadah penyelidikan yang menggunakan

kaedah penelitian dokumen atau dikenali sebagai analisis dokumen. Dokumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah senarai kuantiti dan pecahan kos sistem acuan

Page 70: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

50

keluli. Maklumat latar belakang projek dikenalpasti. Selain itu, maklumat lain yang

dikenalpasti adalah bilangan bangunan yang dibina, jenis sistem yang digunapakai,

keluasan lantai kasar, kos bahan, kos buruh, kos mesin dan juga keuntungan yang

diambil.

3.5 Analisa Data

Kaedah yang digunakan dalam menganalisis data kajian ini ialah analisis kos.

Persediaan untuk menganalisis data kualitatif memerlukan penelitian maklumat dan

akan dipindahkan daripada permerhatian dokumen secara keseluruhan kepada

ringkasan yang lebih jelas dan ringkas dengan menggunakan catatan tangan dan

computer (Microsoft Excel). Hasil daripada analisis data, jadual dan graf digunakan

bagi memudahkan penerangan dan mudah difahami.

Pada peringkat ini, analisis peratusan tahap penggunaan dan kos acuan keluli

dibuat dengan menggunakan data ringkasan kos per kaki persegi. Rajah 3.1

menunjukkan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan peratusan tahap

penggunaan dan kos acuan bagi 5 projek penyelidikan. Purata peratusan tahap

penggunan acuan keluli dibahagikan kepada 5 projek manakala purata peratusan kos

acuan keluli dikira dengan membahagikan harga buruh, jentera dan mesin kepada

saiz kotak acuan.

Peratusan Kos Jenis (%) = Kos Jenis (RM)

X 100% Jumlah Kos Struktur (RM)

Rajah 3.1 : Kaedah pengiraan peratusan bagi objektif 1

Page 71: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

51

Kos Kategori (RM/m2) = Kos keseluruhan Kategori (RM)

Saiz Komponen (m2)

Rajah 3.2 : Kaedah pengiraan kos bagi per kaki persegi bagi objektif 2

3.6 Kesimpulan dan cadangan

Analisis yang diperolehi dinilai dan dihuraikan secara terperinci. Kesimpulan

dan cadangan merupakan proses terakhir dalam metodologi kajian ini dan maklumat

akan dinilai, dibincang dan dihuraikan bagi mendapatkan kesimpulan dan menjawab

persoalan dan objektif kajian.

3.7 Rumusan Bab

Hasil kerja yang baik adalah daripada perancangan kerja yang teratur.

Selain itu pemilihan metodologi yang sesuai dan tepat adalah penting supaya kajian

dapat dilaksanakan dan menjawab objektif kajian.

Page 72: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

52

Jadual 3.1: Justifikasi Rekabentuk Kajian

ISU PENYATA

MASALAH OBJEKTIF METODOLOGI PENEMUAN DIJANGKA

Sistem kotak acuan keluli tidak lagi

meluas penggunaannya di dalam

pembinaan. Ini disebabkan oleh

kekurangan pengetahuan berkaitan dengan

kaedah pembinaan IBS sehingga

menimbulkan rasa takut untuk

menceburinya. (Shahrul Nizar et al, 2004).

Selain itu, kurang sambutan dalam

penerimaan teknologi ini dikalangan

konktraktor.

Sejauh manakah

tahap penggunaan

sistem kotak acuan

keluli dalam industri

pembinaan negara,

(Harian Metro,

2015)?

Mengenalpasti tahap

penggunaan sistem

kotak acuan keluli

dalam industri

pembinaan dari

presekptif kos

Analisa Dokumen

Faktor-faktor mengenalpasti tahap

penggunaan adalah :

- Mengambilkira dari segi

perspektif kos bagi membentuk

kerangka struktur bangunan

yang menggunakan sistem IBS

dan konvensional.

Sistem kotak acuan keluli ini tidak banyak

digunakan oleh kontraktor dalam

pembinaan kerana memerlukan Kos yang

tinggi untuk dimiliki. (Amir Abd Hamid

dan Muhammad Saufi Hassan,2015)

Apakah kos yang

terlibat dalam

penggunaan sistem

kotak acuan keluli

dalam pembinaan

IBS?

Menganalisis kos

yang terlibat dalam

penggunaan sistem

kotak acuan keluli

dalam pembinaan IBS.

Analisa Dokumen

Kos-kos yang terlibat dari segi :-

- Bahan binaan

- Buruh

- Jentera / alatan

Page 73: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

Page 74: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 4

4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara lebih jelas dan teliti tentang data yang

diperolehi daripada kajian kes dalam mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti

tahap penggunaan kotak acuan keluli dalam pembinaan sistem berindustri (IBS) dari

perspektif kos serta menganalisis kos yang terlibat dalam pembinaan sistem

berindustri (IBS).

Kajian ini menfokuskan kepada projek menambah block bangunan ke atas

lima buah sekolah di sekitar Selangor. Kos-kos pembinaan yang terlibat dikira

berdasarkan pecahan kos acuan keluli bagi setiap sekolah seperti buruh, mesin dan

bahan binaan. Selain perbincangan, jadual dan graf juga digunakan bagi

penganalisaan data.

Page 75: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

55

4.2 Latar Belakang Projek

Terdapat lima sampel projek pembinaan menggunakan sistem acuan keluli

telah dikumpul dan dianalisis. Sampel-sampel yang terdiri daripada sekolah

menengah dan sekolah kebangsaan yang mana projek tersebut masih dalam

pembinaan dan yang telah siap.

Antara projek sekolah yang telah siap dibina adalah Sekolah Menengah

Bandar Sunway Semenyih, Sekolah Menengah Kebangsaan Mastiara dan Sekolah

Kebangsaan Dato’Ahmad Razali. Manakala dua projek iaitu Sekolah Kebangsaan

Taman Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn adalah

projek yang bermasaalah dari segi pemilikan tanah dan campur tangan pihak atasan

sehingga tarikh penyiapan projek ditunda. Jumlah kontrak bagi kelima-lima projek

adalah antara RM 19 million hingga RM43 million.

Oleh kerana data yang dianalisa melibatkan harga dan projek yang

bermasaalah, justeru itu nama kontraktor dan jurukubahan tidak akan di dedahkan di

dalam kajian ini. Jadual 4.1 di bawah merupakan butiran dokumen senarai kuantiti

yang di diperolehi.

Page 76: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

56

Jadual 4.1: Butiran dokumen

Dokumen

Tajuk Projek

Jumlah

Kontrak

(RM)

Tahun

Pelaksanaan

Projek

1

Cadangan Pembinaan Sekolah

Menengah Bandar Sunway

Semenyih, Selangor

RM 20 million

June 2012

2

Cadangan Membina Dan

Menyiapkan Sebuah Sekolah

Menengah Kebangsaan Mastiara

(36 Bilik Darjah), Selangor.

RM 43 million Ogos 2014

3

Cadangan Membina dan

Menyiapkan Projek IBS bagi

Sekolah Kebangsaan Dato’Ahmad

Razali, Selangor

RM 19 million September 2015

4

Cadangan Pembinaan Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandar Tun

Hussein Onn Yang Mengandungi

24 Bilik Darjah Dan Lain-Lain

Kemudahan, Selangor

RM 27 million

April 2016

5

Cadangan Membina Dan

Menyiapkan Sekolah Kebangsaan

Taman Sutera Yang Mengandungi

24 Bilik Darjah Dan Kemudahan,

Selangor.

RM 19 million

November 2015

Page 77: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

57

4.3 Mengenalpasti tahap penggunaan sistem kotak acuan keluli dalam

pembinaan IBS dari prespektif kos.

Penggunaan sistem kotak acuan keluli hanya tertumpu pada bangunan yang

luas dan bertingkat. Ini kerana bangunan yang bertingkat memerlukan kos yang

banyak untuk membentuk kerangka dan ini dapat menjimatkan kos bahan binaan

dengan menggunakan acuan keluli secara berulang kali. Jadual 4.2 dibawah

menunjukkan pecahan bangunan sekolah yang menggunakan sistem IBS bagi lima

kajian kes yang terlibat.

Jadual 4.2: Bangunan yang menggunakan sistem IBS

Merujuk kepada jadual 4.2 di atas, struktur kerangka IBS iaitu kotak acuan

keluli kebanyakkan di gunakan pada struktur bangunan pentadbiran dan blok

Bangunan

No Kategori

Pen

tad

bir

an

Ak

ad

emik

Kan

tin

& D

ewan

Pon

dok

Pen

gaw

al

Pra

sek

ola

h

Ru

mah

Sam

pah

1 Sekolah Menengah Mastiara √ √ √

2 Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali √ √

3 Sekolah Menengah Bandar Sunway

Semenyih √ √

4 Sekolah Kebangsaan Taman Sutera √ √

5 Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein

Onn √ √

Page 78: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

58

akademik. Kedua-dua bangunan merupakan blok utama bagi pembangunan sesebuah

sekolah yang melibatkan jumlah kos pembinaan yang besar.

Bagi blok kantin dan dewan hanya dua sekolah sahaja yang terlibat iaitu

Sekolah Menengah Mastiara dan Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali.

Bahagian ini juga memerlukan penggunaan acuan yang banyak untuk membentuk

kerangka kerana mempunyai keluasan lantai yang luas dan ketinggian dari aras

bawah ke atap juga tinggi.

Manakala, bagi pembinaan pra sekolah hanya satu sekolah sahaja yang

menggunakan acuan keluli. Bagi lain-lain bangunan, pembinaannya menggunakan

kaedah konvensional.

Dokumen dianalisis mendapati kerja yang terlibat dengan sistem IBS tidak

hanya sepenuhnya menggunakan kaedah acuan keluli malah penggunaan

konvensional juga terlibat pada beberapa bahagian. Oleh itu, dalam bahagian objektif

satu, penulis akan mengambilkira kos yang menggunakan sistem acuan keluli

dengan konvensional.

Disini akan dapat lihat peratusan bagi tahap penggunaan sistem acuan keluli

yang dipratikkan di dalam projek sekolah di Selangor. Setelah diambilkira dan

dijumlahkan kos penggunaan acuan keluli dan konvensional.

Page 79: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

59

Jadual 4.3: Peratusan tahap penggunaan sistem IBS dan konvesional

No. Kategori Kos

Keseluruhan

Projek

(RM)

Jumlah

Kos

Struktur

(RM)

Sistem IBS Konvensional

RM % RM %

1 Sekolah

Menengah

Mastiara

43,586,836 4,910,000 3,496,490 71% 1,413,510 29%

2 Sekolah

Kebangsaan

Dato’ Ahmad

Razali

19,087,331 2,488,000 1,869,677 75% 618,322 25%

3 Sekolah

Menengah

Bandar

Sunway

Semenyih

20,867,046 2,295,400 1,800,065 78% 495,335 22%

4 Sekolah

Kebangsaan

Taman Sutera

19,458,040 2,650,000 1,849,600 70% 800,400 30%

5 Sekolah

Menengah

Bandar Tun

Hussein Onn

27,185,777 3,360,000 2,670,500 79% 689,500 21%

Jumlah Purata Peratusan Kos (%) :- 75%

25%

Page 80: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

60

Berdasarkan jadual 4.3, tahap penggunaan acuan keluli diukur mengikut lima

jenis sekolah dan peratusan dikira dari perbezaan jumlah kos struktur bangunan yang

menggunakan sistem IBS dan konvensional.

Rajah 4.1: Peratusan tahap penggunaan sistem IBS dan konvensional di lima buah

sekolah sekitar Selangor.

Rajah di atas menunjukkan tahap penggunaan sistem IBS dan konvensional

di lima buah sekolah sekitar Selangor. Penggunaan sistem IBS lebih banyak di

gunakan daripada sistem konvensional. Sekolah ketiga mencatatkan penggunaan

sebanyak 78%, diikuti dengan sekolah kedua iaitu 75%.

Manakala bagi sekolah kelima penggunaannya sistem IBS adalah sebanyak

79%, sekolah pertama mencatatkan bacaan sebanyak 71% dan 70% bagi sekolah

keempat. Ini membuktikan tahap penggunaan sistem IBS semakin berleluasa

penggunaannya dalam projek kerajaan dan telah mencapai skor kerajaan iaitu 70%

untuk semua projek kerajaan.

Page 81: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

61

Menurut Datuk Seri Judin Abdul Karim Ketua Eksekutif Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), menjelaskan tahap penggunaan

masih rendah di mana kurang daripada 24 peratus projek kerajaan menggunakan

komponen IBS bagi pembinaan bangunan kerajaan (Harian Metro, 2015).

Hal ini demikian adalah disebabkan kurang pendedahan tentang sistem

berindustri (IBS) dikalangan pemain industri dan juga timbul perasaan takut untuk

menceburi bidang ini (Shaari, Shahrul Nizar, 2004). Kedua-dua pernyataan ini boleh

ditolak jika dilihat pada purata peratusan sistem IBS iaitu 75% berbanding purata

peratusan konvensional 25%. Ini telah membuktikan tahap penggunaan semakin

meningkat dan mengambarkan pemain industri tidak takut untuk menceburi projek

sistem IBS.

Bagi kerja konvensional, peratusan penggunaanya adalah sedikit berbanding

sistem IBS. Ini mungkin terdapat bahagian struktur yang kecil dan susah untuk

dibuat menggunakan acuan keluli. Berdasarkan graf 4.1, dapat di lihat peratusan

penggunaan konvensional bagi kelima-lima sekolah adalah sebanyak 21% hingga

30% sahaja. Pengurangan dalam penggunaan sistem konvensional dapat

menjimatkan masa, buruh dan kos.

Sekiranya skor IBS tidak dicapai, agensi pelaksana akan mengarahkan pihak

jurutera atau arkitek berkenaan untuk mengubah atau menambah kandungan IBS

dalam rekabentuk mereka sehingga ke paras 70%, (Surat Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 7 Tahun 2008).

Page 82: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

62

4.4 Menganalisis kos yang terlibat dalam sistem kotak acuan keluli dalam

pembinaan IBS.

Menganalisis kos yang terlibat bagi sistem kotak acuan keluli dalam

pembinaan IBS merupakan objektif kedua untuk kajian ini. Kos analisis dilakukan

berdasarkan penggunaan sistem kotak acuan keluli yang dapat menghasilkan

komponen-komponen struktur kerangka bangunan seperti papak, rasuk, dan tiang.

Secara umumnya, kos yang terlibat adalah kos bahan, buruh dan jentera.

Kebiasaanya, kotak acuan rasuk boleh digunakan juga sebagai kotak acuan bagi

komponen tiang sepertimana yang digariskan dalam modular condination (MC).

4.4.1 Kos acuan keluli bagi rasuk atau tiang

Rekabentuk acuan keluli bagi struktur rasuk atau tiang dilakukan

berpandukan lukisan terperinci daripada pihak arkitek dan jurutera. Kuantiti elemen

rasuk atau tiang dikumpulkan dan dikategorikan mengikut saiz tertentu bagi

memudahkan proses pengeluaran dan pembuatan acuan keluli tersebut.

Page 83: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

63

a) Acuan bahagian luar b)Acuan bahagian dalam

Rajah 4.2: Kotak acuan keluli bagi struktur rasuk

a) Acuan selepas di cat b) Acuan disusun

Rajah 4.3: Kotak acuan keluli bagi tiang

Kebiasaanya, sebut harga yang diperolehi oleh pihak kontraktor utama

daripada pihak sub-kontraktor IBS merupakan harga meliputi kos bahan, kos buruh,

jentera, pembaziran dan keuntungan. Jadual 4.4 di bawah merupakan pecahan kos

bagi kos bahan, buruh, jentera, pembaziran dan keuntungan.

Page 84: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

64

Jadual 4.4: Kos acuan keluli bagi rasuk

Berdasarkan jadual 4.4 di atas, purata kos untuk menghasilkan kotak acuan

keluli bagi struktur rasuk adalah RM 843/m². Kos acuan yang tertinggi adalah

Sekolah Menengah Mastiara iaitu RM 890/m² manakala kos yang terendah pula ialah

No Kategori

Bah

an

(rm

/m2)

Jen

tera

(rm

/m2)

Bu

ruh

(rm

/m2)

Pem

bazi

ran

(%)

Keu

ntu

ngan

(%)

Kos

Acu

an

kel

uli

(rm

/m2)

1.

Sekolah Menengah

Mastiara

489.00

190.70

68.50

5%

14%

890.40

2.

Sekolah Kebangsaan Dato’

Ahmad Razali

441.50

165.70

63.90

5%

14%

798.60

3.

Sekolah Menengah Bandar

Sunway Semenyih

508.80

147.40

54.30

5%

12%

831.30

4.

Sekolah Kebangsaan

Taman Sutera

508.90

169.50

55.10

5%

12%

858.20

5.

Sekolah Menengah Bandar

Tun Hussein Onn

453.90

163.60

64.00

5%

18%

838.20

Purata kos bagi acuan keluli bagi rasuk/m2: 843.30

Page 85: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

65

Sekolah Kebangsaan Dato’Ahmad Razali iaitu RM 798/m². Peratusan bagi

pembaziran bagi kelima-lima sekolah adalah 5% manakala bagi peratusan

keuntungan adalah 12% hingga 18%.

Pembaziran berlaku disebabkan pemotongan bahan seperti tetulang keluli

yang tidak mengikut spesifikasi menyebabkan pembaziran bahan. Ketiadaan

kawalan yang cermat terhadap bahan menyebabkan para pekerja bertindak cuai

ketika mengendali bahan binaan yang akhirnya menyebabkan banyak bahan yang

masih boleh digunakan terbuang begitu sahaja.

Selain itu sikap perkerja yang membiarkan lebihan bahan binaan yang

digunakan dari stor dan tidak dikembalikan semula ke bilik stor menyebabkan

peningkatan jumlah pembaziran bahan. Peratusan pembaziran dan kos dapat dikawal

sekiranya kerja penyambungan dan pemotongan setiap kepingan untuk membentuk

acuan dikawal dan diteliti.

Kos bahan yang digunakan antara RM 441/m² hingga RM 508/m² yang mana

kos ini adalah bahan binaan untuk menghasilkan bentuk acuan keluli seperti rasuk

dan papak lantai. Penjimatan kos bergantung kepada kontraktor untuk mendapatkan

kos yang paling minimum dan menguntungkan.

Kos buruh bagi kerja kotak acuan keluli pula adalah dalam lingkungan RM

54/m² hingga RM 68/m². Ini melibatkan tenaga buruh yang mahir dan berkualiti

dalam memberi hasil kotak bentuk mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Kerja

mengecat dilakukan dengan menggunakan tukang cat yang tidak mahir kerana kerja

ini mudah dan senang.

Kos bagi penggunaan jentera yang terlibat ialah dalam lingkungan di antara

RM 147/m² hingga RM 190/m². Perbezaan kos di antara kelima-lima sekolah di

Page 86: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

66

pengaruhi oleh kadar harga yang disewa dari pembekal atau jentera tersebut adalah

asset kontraktor tersebut. Oleh itu, harga yang di masukkan adalah anggaran kos

kerana pengukuran untuk penggunaan sukar untuk dikira.

4.4.2 Kos acuan keluli bagi papak lantai

Rekabentuk acuan keluli papak lantai berdasarkan daripada lukisan yang

dikeluarkan oleh arkitek dan jurutera. Kuantiti elemen papak akan dikumpulkan dan

dikategorikan mengikut saiz tertentu bagi mendapatkan jenis dan saiz acuan

bersesuaian untuk menghasilkan komponen lantai. Rajah 4.3 dibawah adalah acuan

keluli papak lantai yang dibentuk daripada kilang.

a) Acuan dijemur b) Acuan disusun

Rajah 4.4 : Kotak Acuan Keluli Bagi Papak Lantai

Kebiasaanya, sebut harga yang diperolehi oleh pihak kontraktor utama

daripada pihak sub-kontraktor IBS merupakan harga meliputi kos bahan, kos buruh,

jentera, pembaziran dan keuntungan. Jadual 4.5 di bawah merupakan pecahan kos

bagi kos bahan, buruh, jentera, pembaziran dan keuntungan. Bagi kerja membentuk

acuan keluli tidak memerlukan kos yang banyak kerana rekabentuknya mudah.

Page 87: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

67

Jadual 4.5 : Kos acuan keluli bagi papak lantai

Berdasarkan jadual 4.5 di atas merupakan kos acuan keluli bagi papak yang

melibatkan lima buah sekolah. Purata kos membentuk kotak acuan keluli bagi

komponen papak adalah RM 611/m². Kos acuan yang tertinggi adalah Sekolah

Kebangsaaan Taman Sutera iaitu RM 684/m² manakala kos yang terendah pula ialah

Sekolah Menengah Bandar Tun Hussien Onn iaitu RM 568/m². Peratusan bagi

No Kategori

Bah

an

(rm

/m2)

Mes

in

(rm

/m2)

Bu

ruh

(rm

/m2)

Pem

bazi

ran

(%)

Keu

ntu

ngan

(%)

Kos

Acu

an

Kel

uli

(rm

/m2)

1

Sekolah Menengah

Mastiara

267.20

161.90

89.30

5%

14%

616.90

2

Sekolah Kebangsaan

Dato’ Ahmad Razali

206.70

217.90

85.60

5%

12%

596.90

3

Sekolah Menengah

Bandar Sunway

Semenyih

258.00

187.30

57.40

5%

12%

588.20

4

Sekolah Kebangsaan

Taman Sutera

278.80

237.30

69.10

5%

12%

684.70

5

Sekolah Menengah

Bandar Tun Hussein

Onn

294.00

140.70

57.30

5%

18%

568.30

Purata kos bagi acuan keluli bagi papak lantai/m2: 611.00

Page 88: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

68

pembaziran bagi kelima-lima sekolah adalah 5% manakala bagi peratusan

keuntungan adalah 12% hingga 18%. Keuntungan dikiran bergantung kepada risiko

dan perbelanjaan yang tidak dapat dikira.

Kos buruh bagi kerja membentuk kotak acuan keluli pula adalah dalam

lingkungan RM 57/m² hingga RM 89/m². Kerja ini melibatkan tenaga buruh yang

mahir dan berpengalaman dalam memberi hasil kotak bentuk mengikut ciri-ciri yang

ditetapkan. Bagi menghalang acuan keluli daripada berkarat cat anti karat disapu

pada luar acuan dan bahagian dalam acuan akan disapu minyak diesel untuk

memudahkan kerja-kerja konkrit.

Kos bagi penggunaan jentera yang terlibat ialah di antara RM 140/m² hingga

RM 237/m². Perbezaan kos di antara kelima-lima sekolah di pengaruhi oleh strategik

harga dan juga margin keuntungan yang ingin di capai oleh kelima-lima kontraktor

utama yang terlibat. Harga penggunaan jentera meliputi untuk satu kegunaan

membentuk acuan keluli.

4.5 Rumusan

Secara keseluruhan daripada kajian yang diperolehi, 5 projek kajian terdiri

daripada sekolah menengah dan kebangsaan. Kajian mencatatkan jenis pembinaan

bangunan sekolah yang menggunakan sistem IBS paling banyak adalah bangunan

pentadbiran dan akademik.

Kajian yang diperolehi menyatakan tahap penggunaan jenis sistem acuan

keluli pada lima tahun ini telah mencapai skor CIDB iaitu sebanyak 75%. Ini kerana

Page 89: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

69

saranan pihak kerajaan dalam mewajibkan kontraktor dalam mempratikkan

penggunaan sistem IBS dalam pembinaan kerajaan samaada projek sekolah, hospital,

pejabat-pejabat kerajaan dan kediaman .ini kerana keluasan lantai yang luas dan

bertingkat adalah punca utama sistem IBS sesuai digunakan disamping banyak

menjimatkan kos, tenaga buruh dan jentera.

Selain itu, berdasarkan pecahan kos kepada bahan, buruh dan jentera adalah

berbeza kerana ia bergantung kepada kontraktor bagi setiap projek. Selain itu, kos ini

bergantung kepada harga pasaran semasa, saiz serta jenis rekabentuk acuan. Purata

kos bagi satu rasuk adalah RM 843/m² manakala kos satu papak lantai adalah RM

611/m². Sungguhpun kos untuk menceburi projek IBS adalah tinggi, pihak kerajaan

telah memberikan insentif kewangan bagi membantu golongan kontraktor kecil agar

lebih ramai pemain industri menceburi penggunaan sistem IBS.

Page 90: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Page 91: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

71

BAB 5

5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kesimpulan penyelidikan adalah berasaskan pada analisis yang dibincangkan

dalam bab 4. Bab ini akan merumuskan hasil analisis yang dijalankan. Seterusnya,

merujuk kepada hasil analisis yang telah diperolehi, pandangan dan cadangan akan

di berikan berkenaan penggunaan sistem kotak acuan keluli. Selain itu, masalah-

masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan turut dibincangkan.

Cadangan untuk penyelidikan lanjutan juga akan dikemukakan supaya kajian yang

lebih terperinci dapat dilaksanakan.

5.2 Kesimpulan kajian

Daripada analisis data yang telah diperolehi, terdapat beberapa rumusan yang

dapat dibuat dan disimpulkan. Ini dapat diketahui berdasarkan kepada dua objektif

yang dicapai iaitu:-

Page 92: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

72

i. Objektif pertama adalah mengenalpasti tahap penggunaan dalam pembinaan

sistem berindustri IBS dari perspektif kos yang mana kos keseluruhan projek

diperolehi bagi memberi gambaran awal projek yang dijalankan dan yang

akan dijalankan. Jumlah kos struktur bangunan sistem IBS adalah antara 11%

hingga 14% daripada jumlah keseluruhan projek.

Oleh itu, analisis data dilakukan dengan mengambilkira kos-kos untuk

membentuk kerangka bangunan yang menggunakan sistem acuan keluli dan

secara konvensional. Secara puratanya, peratusan menggunakan sistem acuan

keluli adalah tinggi penggunaannya iaitu sebanyak 75% berbanding secara

konvensioanal 25%. Ini menunjukkan sasaran skor dalam IBS roundmap

2015-2016 telah diterima dikalangan kontraktor dan konsultan di Selangor.

ii. Objektif kedua pula iaitu menganalisis kos-kos yang terlibat dalam

pembinaan sistem berindustri IBS yang mana dibahagikan kepada beberapa

pecahan kos iaitu dari segi bahan binaan, buruh, serta mesin dan peralatan.

Pecahan kos ini akan diperolehi dalam bentuk kos/m² termasuk peratusan

pembaziran dan keuntungan.

Secara amnya sistem kotak acuan keluli terbahagi kepada lima jenis acuan

tetapi yang dipratikkan di off-site adalah jenis acuan piawai. Acuan ini dibuat

untuk tahan lasak, senang dicuci, dibuka dan pasang semula tanpa

merosakkan permukaan komponen yang akan dihasilkan. Acuan ini boleh

digunakan bagi kerja-kerja konkrit secara berulang kali penggunaanya jika

kualiti acuan dijaga dengan baik.

Analisis data bagi objektif kedua dapat dirumuskan bahawa purata kos bagi

kerja membentuk acuan keluli rasuk diantara RM700/m² hingga RM900/m²

manakala acuan keluli papak lantai di antara RM500/m² hingga RM700/m².

Kos bagi acuan keluli ini bergantung kepada turn naik harga di pasaran dan

saiz, jenis dan rekabentuk.

Page 93: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

73

5.3 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan

Semasa menjalankan kajian ini, pelbagai masalah yang dikenalpasti semasa

proses pengumpulan data dan analisis data. Masalah yang kerapkali dihadapi adalah

kesukaran memahami bahan bacaan berkaitan bidang yang dikaji yang

kebanyakkannya ditulis di dalam bahasa Inggeris yang mengambil masa yang lama

untuk memahami dan menterjemahkannya.

Hal ini demikian, walaupun sistem berindustri IBS sudah lama diperkenalkan

di Malaysia tetapi penggunaan sistem ini tidak banyak dipratikkan di Selangor. Ini

menyebabkan penulis sukar untuk mendapatkan projek sekolah yang menggunakan

sistem IBS. Kebanyakkan projek sekolah yang dibangunkan adalah blok-blok

tambahan. Perkara yang lebih menyukarkan penulis adalah mendapatkan dokumen

kerana projek ini banyak yang bermasaalah dan dirahsiakan.

Untuk mencapai objektif pertama, maklumat yang diperolehi daripada

kontraktor utama tidak cukup untuk dianalisis kerana jumlah kontrak untuk bahagian

sistem IBS perlu diperolehi daripada subkontraktor IBS yang memasuki harga untuk

tender projek ini. Masalah ini menyukarkan untuk mendapatkan maklumat kerana

dokumen-dokumen adalah sulit.

Manakala objektif kedua adalah mengenai kos bagi sistem acuan keluli yang

mana memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat terperinci

daripada kontraktor dan jurukurbahan. Kos yang diperolehi adalah berdasarkan harga

anggaran bagi setiap pecahan tersebut.

Page 94: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

74

5.3.1 Kesukaran memahami bahan bacaan

Oleh kerana kebanyakkan buku, jurnal dan bahan bacaan lain dari internet

yang dirujuk bagi tujuan penyelidikan ini adalah berbahasa Inggeris, masalah yang

dihadapi adalah menterjemah perkataan-perkataan atau frasa-frasa daripada Bahasa

Inggeris ke Bahasa Malaysia. Penterjemahan perlu dilakukan dengan teliti dan betul

bagi mengelakkan fakta yang tidak tepat ditulis di dalam kajian yang dilakukan.

5.3.2 Faktor masa yang terhad

Faktor masa yang terhad telah menyukarkan proses pengumpulan data

dilakukan dengan kadar segera. Ini memerlukan penulis membahagikan masa kerja

dan projek akhir dengan lebih efektif. Akibat jumlah cuti yang tidak banyak untuk

diambil menyebabkan penulis terpaksa mengambil cuti berbayar untuk mendapatkan

dokumen daripada respondan yang terlibat.

5.4 Cadangan dan kajian lanjutan

Setelah melaksanakan kajian ini, didapati bahawa terdapat dua perkara yang

boleh diselidiki sebagai penyelidikan lanjutan terhadap penyelidikan ini iaitu:

1) Mengkaji punca-punca kelewatan dalam pembinaan projek yang

menggunakan sistem IBS

Page 95: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

75

2) Menyenaraikan kos, kuantiti dan saiz perancah yang sepatutnya

digunakan dalam pembinaan projek yang menggunakan sistem IBS

Kaedah instrument yang digunakan untuk perkara yang pertama adalah

dengan kaedah temubual dikalangan kontraktor. Manakala untuk perkara kedua,

kaedah yang sesuai digunakan adalah analisis data berbentuk temubual dana analisis

data.

Page 96: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

RUJUKAN

Abang Abdullah, Abang Ali., (1998). An Overview of industrial Building

System in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia

Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan (2015, Jun 24). Sistem IBS paling

cekap. Mymetro . http://www.hmetro.com.my/node/59719

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Amizul Tunizar Dan Ahmad Termizi (2014, November 23). Kaedah IBS jimat, cepat

dan berkualiti. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/sains-

teknologi/teknologi/kaedah-ibs-jimat-cepat-dan-berkualiti-1.28239

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Ashriq Fahmy Ahmad (2015, Jun 1). Manfaatkan teknologi IBS. Utusan Online.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/manfaatkan-teknologi-

ibs-1.98066

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Azman, Kamar, Nawi, Alarif, Albakri, Mustapha, Bing, Hamid, Kiong, (2013).

Review Machinery and Machine Used in Construction Site presented at the

IEEE Symposium on Business, Engineering and Industrial Applications

Bing, L., Kwong, Y.W., and Hao, K.J. (2001) Seismic behaviour of connection

between precast concrete beams. CSE Research Bulletin.

British Standards Instituition. (1968) “Glossary Of Formwork Terms”.

CIDB Cetakan Mac (2015) Buku Keperluan Dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor

CIDB (2015), Roadmap 2011-2015, Copyright Reserved 2012 © CIDB,

https://www.cidb.gov.my/web_backup/cidbv4_280815/index.php?option=com

_content&view=article&id=594&Itemid=577&lang=en

Page 97: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

CIDB MALAYSIA., 2012. IBS Digest 2012. Available from:

http://www.cidb.gov.my/cidbweb

[Tarikh Akses: 14/01/2016]

CIDB MALAYSIA., 2015. IBS Digest 2015 Available from:

http://www.cidb.gov.my/cidbweb

[Tarikh Akses: 14/01/2016]

CIDB MALAYSIA., 2016. IBS Digest 2016. Available from:

http://www.cidb.gov.my/cidbweb

[Tarikh Akses: 14/01/2016]

CIDB (2003). Manual for Assesment of Industrial Building System. Construction

Industry Development Board, Kuala Lumpur.

D.W.Moffat (1984). Economics Dictionary. Elsevier Science Publishing

Company Inc, New York.

Elias Ismail et. al., (2005). Soalan-soalan yang sering ditanya mengenai

sistem pembinaan berindustri dan kordinasi modular. IBS Digest.

Fadillah (2015, Oktober 27). Bajet 2016 pacu perkembangan IBS. Mymetro.

http://www.hmetro.com.my/node/88410

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Henry, J.C (1988) “Encyclopedia Of Building Technology”. America: Prentice

Hall. Joseph, A.W. (1988) “Encyclopedia Of Architechture – Design,

Engineering And Construction”. Volume 1.America: John Wiley & Son.

IBS Steering Committee (2006) Minute Meeting of IBS Steering Committee_e,

Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia, Kuala Lumpur

Idrus Din, Noraini Bahri, Mohd Azmi Dzulkifly, Mohd Rizal Norman,

Kamarul Anuar Mohamad Kamar, and Zuhairi Abd Hamid, (2008) The

Page 98: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

adoption of Industrialised Building System (IBS) construction in Malaysia:

The history, policies, experiences and lesson learned.

Industrialized Building System (IBS) Roadmap 2011-2015. Construction

Industry Development Board. CIDB Malaysia.

http://www.cidb.gov.my/cidbv5/index.php/14-sample-data-articles/193-ibs-

roadmap-2003-2012

Jabatan Perangkaan (2015, Julai 30). Ekonomi Malaysia catat RM1,157.1 billion

pada 2015, http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/ekonomi-malaysia-

catat-rm1-157-1-bilion-pada-2015-1.363969

Johannsen @ G. Terry Page (1980), International Dictionary Of Management,

London.

Junid, S.M.S (1986) Industrialised building system. Proceedings of a

UNESCO/FEISEAP Regional workshop, UPM Serdang.

Fadillah Yusoh, (2015, Oktober 12). Projek pembinaan lebih RM50 juta wajib guna

IBS mulai tahun depan. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Kamar, Hamid, Azman, Ahamad (2011). Industrialized Building System (IBS):

Revisiting Issues of Definition and Classification. International Journal of

Emerging Sciencez.

Kamar, Hamid, Dzulkalnine (2012). Industrialised Building System (IBS)

Construction: Measuring the Perception of Contractors in Malaysia in

Business Engineering and Industrial Applications Colloquium (BEIAC),

(2012) IEEE

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (2003). IBS Survey

(2003), Survey on The Usage of Industrialised Building Systems (IBS) in

Malaysian Construction Industry. CIDB Malaysia.

Page 99: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (2011), Kaji Selidik

Impak Dan Keberkesanan Latihan Industrialised Building System (IBS)

Kepada Kontraktor.

Mahfuz Mohamat. (2015, Januari 28), Teknologi IBS lebih banyak penjimatan.

Kosmo2.http://www.kkr.gov.my/public/Teknologi%20IBS%20lebih%20banya

k%20penjimatan.pdf

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Nasrun Mohd Nawi, Mohamed Nor Azhari Azman, Kamarul Anuar Mohamad

Kamar, Zuhairi Abd Hamid, (2005). Kajian Penggunaan Sistem Kotak Bentuk

(Formwork) Industrial Building System (IBS) Dalam Sektor Pembinaan Di

Malaysia. Proceeding in National Seminar on Engineering Support Couse, 17-

18 December, (2005)

Nasrun Mohd Nawi, Mohamed Nor Azhari Azman, Kamarul Anuar Mohamad

Kamar, Zuhairi Abd Hamid (2013), Kajian Terhadap Penggunaan IBS dalam

Projek Swasta di Kawasan Lembah Klang

Nawi, Azman, Mohamad Kamar, Abd Hamid, (2013). Kajian Terhadap Penggunaan

IBS dalam Projek Swasta di Kawasan Lembah Klang. Jurnal Teknologi

Naoum, (2007). Dissertation Research & Writing for Construction Students Second

edition. Published by Elsevier Ltd. All rights reserved

Nor Asmawi, M. Hafizee & M. Hafizi (2003). Penggunaan Kotak Bentuk Dalam

IBS, Politeknik Kota Bharu.

Phang Ah Tong, (2015, May 12). Mida: IBS usage in Malaysia’s construction

sector still low http://www.theborneopost.com/2015/05/12/mida-ibs-usage-in-

malaysias- construction-sector-still-low/

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Page 100: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

Peurifoy, P.E. (1976) “Formwork for concrete Structure”. United States

of Amerika.

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka (1987),

Kamus Pelajar Cetakan Kedua Belas.

Peng, C.S. (1986) The scenario of industrialised building systems in Malaysia.

Proceedings of a UNESCO/FEISEAP Regional workshop, UPM Serdang.

Richardson. F.I.W.M. (1976) “Practical formwork and mould construction” 2nd

ed. London: Applied Science Publishers Ltd.

Rahmah Ismail (2016, Mac 27). Menangani isu lambakan pekerja asing. BH

Online. http://www.bharian.com.my/node/137736

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Roy Holmes (1975). Introduction to civil engineering construction College of Estate

Management (Reading, England).

Sri Ayu Kartika Amri dan Sofyan Rizal Ishak (2015, Jun 13). Transformasi sektor

pembinaan. Harian Metro. Retrived December 12, 2016,

http://www.hmetro.com.my/node/57470

[Tarikh Akses: 20/11/2015]

Salihuddin Radin Sumadi, Johnson Ng Weng Kuan,(2005) Future Research and

Development Needs on Industrialised Building Systems. Universiti Teknologi

Malaysia, Johor.

Shaari, Shahrul Nizar. (2004). IBS Survey 2003: Survey on the Usage of

Industrialised Building Systems (IBS) in Malaysian Construction Industry, A

CIDB Malaysia Publication.

Siti Fatimah Abdul Razak, (November 2009) ‘ Sistem Binaan Berindustri

(IBS)’PSM Thesis, UTM Skudai, Johor.

Page 101: PENGGUNAAN SISTEM KOTAK ACUAN KELULI DALAM … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2016. ii “Saya akui karya

Trikha, D. N., and Ali, A. A. A. (2004) Industrialized Building System

(Firsted.). Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia Press.

Thanoon, W. A. M., Peng, L. W., Abdul Kadir, M. R., Jaafar, M.S. and Salit, M.S.

(2003), The Experiences of Malaysia and Other Countries in Industrialised

Building System in Malaysia, Proceeding on IBS Seminar, UPM, Malaysia

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman (2012) Sistem Pembinaan di

Malaysia – Perubahan Paradigma Satu Keperluan. Universiti Kebangsaan

Malaysia, Selangor.

Warszawski, A. (1999) Industrialised and automated building systems. Technion-

Israel Institute of Technology. E & FN Spon.

Yusof, R (2003). Penyelidikan Sains Sosial (Social Science Research). Pahang,

Malaysia: PTS Publications & Distributors (Malay Version).