faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian … · laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi...

28
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, JOHOR BAHRU. NGEI KIE SOON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vannhu

Post on 08-Aug-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK, JOHOR BAHRU.

NGEI KIE SOON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR

DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, JOHOR BAHRU.

NGEI KIE SOON

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

ii

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

iii

DEDIKASI

Teristimewa Untuk

Tuhan Yang Maha Esa,

Terima kasih kerana memberi kekuatan dan kesihatan kepada hambaMu ini dalam menjalankan kewajipan kepada Mu

Ayah & Bondaku,

En. Henry Ngei Koh Ung & Pn. Magaret Ling Siew Hie Doa & pengorbanan kalian tidak dapat dinilai & dibayar hingga

ke akhir hayat, moga Tuhan merahmati & memberkati kalian.

Kakanda & Kekasihku Cik Christine Ngei Si Sang & Cik Aileen Gan Hwee Ting Pertolongan & jasa bakti kalian memberikan dorongan kepada diri ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan

dalam hidup ini.

&

Sahabat-sahabatku Terima kasih di atas segala dorongan & sokongan yang kalian

berikan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

e|uâtÇ gxÜ|Åt ^tá|{‹

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada pembimbing bagi Projek Sarjana Muda saya, Prof. Madya Tuan

Haji Hazil bin Abdul Hamid, yang telah memberi banyak bimbingan, nasihat, buah

fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyiapkan kertas

projek ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengetua, guru-guru dan pelajar

sekolah yang telah memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan. Terima kasih juga

saya ucapkan kepada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Malaysia (EPRD)

di Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana telah

memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah yang

telah menyediakan pelbagai sumber yang teramat nilainya untuk saya menyiapkan

projek saya.

Saya juga terhutang budi kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak

memberikan semangat, dorongan dan bantuan kepada saya sepanjang kajian ini

dijalankan.

Akhir sekali, istimewa untuk ayah, ibu dan keluarga, pengorbanan dan dorongan

yang diberikan amat dihargai. Semoga karya ini dapat menjadi bahan rujukan yang

bermanfaat kepada semua pihak yang menghayatinya.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

v

ABSTRAK

Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan satu mata pelajaran yang amat penting

dan ianya memainkan peranan yang besar dalam bidang teknologi pembinaan. Justeru

itu, tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan Pengajian Kejuruteraan Awam menjadi

prasyarat kepada anjakan paradigma yang begitu mencabar. Kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik Johor

Bahru. Faktor-faktor yang dikaji ialah dari aspek faktor sikap, faktor minat, kemahiran

belajar pelajar, cara pengajaran guru dan keadaan persekitaran fizikal. Kajian rintis dan

kajian sebenar dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan

pihak sekolah, sementara itu, borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen

kajian. Sampel kajian yang terlibat adalah seramai 115 orang. Sampel kajian terdiri

daripada pelajar-pelajar Tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah teknik Johor

Bahru, iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik

Tanjung Putri dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Penganalisisan data dibuat

dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi

11.5 berdasarkan peratusan. Hasil kajian menunjukkan, kelima-lima faktor tersebut

merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam, namum faktor cara pengajaran guru dan faktor keadaan

persekitaran fizikal merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berbanding dengan faktor yang

lain. Secara keseluruhannya, dapatan di dalam kajian ini boleh membantu untuk kajian

lanjutan dan seterusnya mampu untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru serta

pencapaian pelajar pada masa yang terdekat.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

vi

ABSTRACT

The Civil Engineering Studies is an extremely significant subject and it plays an

important role in the field of construction technology. Therefore, it is undeniable that the

knowledge of Civil Engineering Studies has become a precondition to the challenging

shift of paradigm. This research aims to determine the factors that affect the

achievement of students in the subject of Civil Engineering Studies in Johor Bahru’s

technical secondary schools. The factors that are researched are from the aspect of factor

of behaviour, factor of interest, students’ learning skills, teachers’ teaching method and

physical environmental condition. The pilot study and actual research are carried out

with the co-operation from the Johor Education Department and the school, whereas, the

questionnaires forms are being used as the research instrument. The total population and

research sample involved comprise of 115 persons. The research sample consists of

Form Four students from three Johor Bahru technical secondary schools, they are Johor

Bahru Technical Secondary School, Tanjung Putri Technical Secondary School and

Perdagangan Technical Secondary School. The analysis of data is carried out by using

the completion of ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) version 11.5 based on

percentage. The outcome of research reveals that, the five factors are the factors that

influenced the achievement of students in the subject of Civil Engineering Studies,

however, the factor of teachers’ teaching method and the factor of physical

environmental condition are the major factors that influenced the achievement of

students in the subject of Civil Engineering Studies compared to the other factors. As a

whole, the result of this research has facilitated further research and eventually able to

improve the standard of teachers’ teaching and the achievement of students within the

closest time.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Simbol xiv

Senarai Lampiran xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 11

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Definisi 12

1.9 Penutup 17

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Faktor Sikap 18

2.2.1 Konsep Sikap 18

2.2.2 Kajian Faktor Sikap 22

2.3 Faktor Minat 24

2.3.1 Konsep Minat 24

2.3.2 Kajian Faktor Minat 26

2.4 Faktor Kemahiran Belajar 27

2.4.1 Konsep Kemahiran Belajar 27

2.4.2 Kajian Faktor Kemahiran Belajar 30

2.5 Faktor Cara Pengajaran Guru 31

2.5.1 Konsep Cara Pengajaran Guru 31

2.5.2 Kajian Faktor Cara Pengajaran Guru 34

2.6 Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal 35

2.6.1 Konsep Keadaan Persekitaran Fizikal 35

2.6.2 Kajian Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal 39

2.7 Penutup 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

ix

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Kajian Sebenar 47

3.9 Analisis Data 47

3.10 Penutup 48

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.1.1 Jumlah pelajar Yang dipilih mengikut 50

nisbah 6 : 5 : 9.5

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 51

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 51

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 52

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 52

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 53

4.3.1 Faktor Sikap bagi persoalan kajian (a) 54

4.3.2 Faktor Minat bagi persoalan kajian (b) 57

4.3.3 Faktor Kemahiran Belajar bagi

persoalan kajian (c) 60

4.3.4 Faktor Cara Pengajaran Guru bagi

persoalan kajian (d) 63

4.3.5 Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal

bagi persoalan kajian (e) 66

4.4 Penutup 68

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 71

5.3 Perbincangan Kajian 72

5.4 Perbincangan Profail pelajar. (Bahagian A) 72

5.5 Perbincangan Persoalan Kajian (Bahagian B) 73

5.5.1 Peranan Faktor Sikap Pelajar

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar

Dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 73

5.5.2 Peranan Faktor Minat Pelajar

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar

Dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 76

5.5.3 Peranan Faktor Kemahiran Belajar

Pelajar Mempengaruhi Pencapaian

Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam 79

5.5.4 Peranan Faktor Cara Pengajaran Guru

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar

Dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 82

5.5.5 Peranan Faktor Keadaan Persekitaran

Fizikal Mempengaruhi Pencapaian

Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam 86

5.6 Cadangan 89

5.6.1 Kepada Pelajar 90

5.6.2 Kepada Guru 91

5.6.3 Kepada Sekolah 92

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xi

5.6.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 93

5.7 Cadangan kajian Akan Datang 94

5.8 Penutup 94

RUJUKAN 95

LAMPIRAN A-F 105-128

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.2.1.a Analisis Keputusan Peperiksaan SPM

dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam Tahun 2002 di

Seluruh Malaysia. 4

Jadual 1.2.1.b Analisis Keputusan Peperiksaan SPM

dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru pada

Tahun 2001 dan Tahun 2002. 5

Jadual 1.2.1.c Analisis Keputusan Peperiksaan SPM

dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah

Menengah Teknik Tanjung Putri pada

Tahun 2001 dan Tahun 2002. 6

Jadual 1.2.1.d Analisis Keputusan Peperiksaan SPM

dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan pada

Tahun 2001 dan Tahun 2002. 7

Jadual 3.4.1 Taburan Pelajar Dipilih Sebagai Populasi

Berdasarkan Sekolah 42

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xiii

Jadual 3.5.1 Aspek, Bilangan Item dan Nombor

Soal Selidik. 44

Jadual 3.5.2 Skala Likert 45

Jadual 3.9.1 Pemeringkatan Skala Likert 47

Jadual 4.1.1 Jumlah pelajar Yang dipilih mengikut

nisbah 6 : 5 : 9.5 50

Jadual 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 51

Jadual 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 52

Jadual 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 57

Jadual 4.3.1 Faktor Sikap Bagi Persoalan Kajian (a) 54

Jadual 4.3.2 Faktor Minat Bagi Persoalan Kajian (b) 57

Jadual 4.3.3 Faktor Kemahiran Belajar Bagi Persoalan

Kajian (c) 60

Jadual 4.3.4 Faktor Cara Pengajaran Guru Bagi Persoalan

Kajian (d) 63

Jadual 4.3.5 Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal Bagi

Persoalan Kajian (e) 66

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xiv

SENARAI SIMBOL

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

f - Frekuensi / Kekerapan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

% - Peratus

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Reliabiliti 105 B Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 107 C Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 109 D Analisis Peperiksaan SPM 3761 Pengajian Kejuruteraan Awam 113 E Borang Soal Selidik Bagi Kajian Tentang Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah-sekolah Menengah Teknik Johor Bahru 119 F Persampelan Krejcie. R. V. And Morgan. D. W. 127

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan dan pembangunan adalah cabaran utama bagi mengecapi aspirasi

Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi tinggi menjelang tahun

2020. Oleh itu, negara memerlukan masyarakat yang berilmu pengetahuan khususnya

dalam bidang teknologi dan kejuruteraan serta mempunyai daya perubahan yang tinggi

dan berpandangan luas.

Di Malaysia, latihan dan pendidikan kejuruteraan yang pertama bermula dengan

penubuhan Sekolah Teknik Treacher pada tahun 1906 bagi melatih juruteknik-juruteknik

dari Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1942 sekolah teknik ini

telah dinaikkan tarafnya ke Maktab Teknik. Manakala latihan dan pendidikan

kejuruteraan di peringkat tertiari pula bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan

fakulti kejuruteraan di Universiti Malaya dan seterusnya dinaikkan taraf universiti

dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975.

Pada hari ini secara umumnya latihan dan pendidikan kejuruteraan boleh

dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pada peringkat sekolah teknik, peringkat

politeknik dan peringkat universiti. Bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan di

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

2

peringkat sekolah teknik ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan

Kejuruteraan jentera. Selepas tamat pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

pelajar-pelajar aliran teknik yang mengambil bidang-bidang kejuruteraan seperti di atas

boleh melanjutkan pelajaran mereka sama ada ke peringkat politeknik untuk menjadi

seorang pembantu jurutera dengan kelulusan diploma atau ke peringkat universiti untuk

menjadi seorang jurutera dengan kelulusan ijazah pertama.

Dengan itu jelas menunjukkan bahawa peringkat sekolah teknik adalah asas

kepada pelajar yang ingin menjadi jurutera pada masa hadapan. Impak positif kepada

masyarakat dapat dilihat apabila pada tahun 2000 kira-kira 108,000 pelajar telah

memohon memasuki sekolah menengah teknik di seluruh negara. Begitu juga pada

tahun 2002, 200,000 pelajar telah memohon untuk memasuki sekolah menengah teknik.

Namun demikian mereka yang berjaya hanyalah seramai 49,300 sahaja (Minda Pelajar,

15 Januari 2002).

Di antara bidang-bidang dalam kejuruteraan, bidang kejuruteraan awam akan

difokus dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam telah diperkenalkan pada tahun 1994 di peringkat Tingkatan Empat dan

Tingkatan Lima di sekolah-sekolah teknik. Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang kejuruteraan

awam serta cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi

pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Selaras dengan matlamat

KBSM, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ditawarkan untuk memenuhi

minat dan kecenderungan pelajar.

Bagi menjamin kualiti pendidikan di sekolah menengah teknik ini, maka

Kementerian Pendidikan perlu meningkatkan taraf peralatan bersesuaian dengan

bilangan pelajar dan pertambahan peralatan ini akan dilakukan secara berterusan supaya

dapat memastikan peralatan mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

3

Kesimpulannya, di dalam usaha negara kita untuk mencapai tahap negara maju,

sudah semestinya memerlukan satu perancangan serta usaha yang bersungguh-sungguh

untuk mencapainya. Bagi melahirkan para jurutera awam yang mampu untuk

membangunkan bidang kejuruteraan awam ini sudah semestinya memerlukan mereka

yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dengan baik serta berkesan. Sehubungan

dengan itu, Pengajian Kejuruteraan Awam adalah merupakan salah satu mata pelajaran

yang amat penting di dalam kehidupan seorang jurutera awam. Justeru itu, pendidikan

teknik dan vokasional di Malaysia haruslah berupaya menangani masalah-masalah

cabaran yang timbul serta nilai-nilai hidup ditanam di dalam jiwa generasi muda untuk

melahirkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan berkualiti dengan

memberikan latihan berbentuk teknologi dan vokasional untuk memenuhi kehendak

pasaran yang semakin meningkat (Yahya, 1993).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajian Kejuruteraan Awam adalah satu mata pelajaran elektif baru dalam

senarai mata pelajaran elektif baru dalam senarai mata pelajaran sekolah menengah atas

dalam Program KBSM. Tahun 2003 adalah tahun kesembilan mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam diperkenalkan di peringkat Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

Kejuruteraan awam adalah salah satu bidang kejuruteraan yang utama. Bidang ini adalah

lebih ditujukan kepada segala aspek pembinaan, penyelenggaraan dan perlindungan

alam sekitar. Maka mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah sangat penting

untuk pelajar yang ingin melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan awam.

Jadual yang berikut menunjukkan analisis keputusan peperiksaan SPM dalam

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Tahun 2002 di seluruh Malaysia.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

4

Jadual 1.2.1.a Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam Tahun 2002 di Seluruh Malaysia.

BIL PENCAPAIAN CALON

MENGIKUT GRED

MATA

PELAJARAN

BIL

AMBIL

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

BIL

LULUS

%

LULUS

Pengajian

Kejuruteraan

Awam

6084 63 158 371 737 1072 1195 1376 886 226 12 5858 96.3

(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri)

Jadual 1.2.1.a di atas menunjukkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2002

untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan bagi seluruh Malaysia. Menurut analisis

peperiksaan SPM ini, jumlah calon yang mengambil mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam adalah sebanyak 6084 orang. Bilangan calon yang mendapat

keputusan cemerlang iaitu Gred 1A di seluruh Malaysia hanya 63 orang, dengan

peratusannya 1.04% sahaja. Manakala bilangan calon yang mendapat 2A hanya 158

orang, dengan peratusannya 2.60% sahaja. Bilangan calon yang mendapat Gred 3B

hanya 371 orang. Terdapat 737 orang calon yang mendapat Gred 4B, Gred 5C terdapat

1072 orang calon. Gred 6C terdapat 1195 orang calon. Seterusnya Gred 7D terdapat

1375 orang. Sekadar lulus sahaja iaitu Gred 8E ada sebanyak 886 orang calon dan yang

gagal iaitu Gred 9G ada sebanyak 226 orang calon. Terdapat 12 orang yang tidak hadir

untuk menduduki peperiksaan. Bilangan yang lulus dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam ada sebanyak 5858 orang dengan peratusannya 96.3%.

Secara keseluruhannya, dari aspek kualiti iaitu untuk Gred 1A dan 2A (sangat

baik), peratusannya berada pada tahap yang teramat rendah iaitu sebanyak 3.14% yang

mewakili bilangan calon seramai 221 orang sahaja. Manakala bilangan yang mendapat

Gred 3B-6C (kepujian) adalah seramai 3375 orang calon iaitu 55.47%.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

5

Bilangan calon yang lulus sahaja iaitu bagi Gred 7D dan 8E terdapat sebanyak

2262 orang dengan peratusannya 37.18% dan calon yang gagal dalam kertas peperiksaan

ini iaitu Gred 9G ada sebanyak 3.74%.

Analisis keputusan peperiksaan SPM dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam telah diambil dari tiga buah sekolah teknik di kawasan Johor Bahru

iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri

dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Di Sekolah Menengah Teknik Johor

Bahru, keputusan peperiksaan SPM dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam adalah seperti jadual berikut:

Jadual 1.2.1.b Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru pada

Tahun 2001 dan Tahun 2002.

BIL PENCAPAIAN CALON

MENGIKUT GRED

TAHUN BIL

AMBIL

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

BIL

LULUS

%

LULUS

2001 53 7 9 7 11 5 11 3 0 0 0 53 100.0

2002 65 10 19 19 14 3 0 0 0 0 0 65 100.0

(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru)

Analisis awal yang dibuat oleh pengkaji bagi keputusan peperiksaan SPM untuk

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam pada tahun 2001 dan tahun 2002 bagi

pelajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru menunjukkan sedikit peningkatan.

untuk bilangan pelajar yang mendapat Gred 1A iaitu dari 7 orang ke 10 orang dan Gred

2A dari 9 orang ke 19 orang. Namum bilangan pelajar yang mendapat kepujian Gred 3B

hingga Gred 6C adalah ramai iaitu sebanyak 61.86% untuk kedua-dua tahun.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

6

Di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri pula, keputusan peperiksaan SPM

dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah seperti jadual berikut:

Jadual 1.2.1.c Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri pada

Tahun 2001 dan Tahun 2002.

BIL PENCAPAIAN CALON

MENGIKUT GRED

TAHUN BIL

AMBIL

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

BIL

LULUS

%

LULUS

2001 69 0 0 4 7 13 13 11 10 11 0 58 84.1

2002 68 0 4 0 8 7 11 20 10 8 0 60 88.2

(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri)

Jadual 1.2.1.c di atas menunjukkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2001

dan tahun 2002 untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan di Sekolah Menengah

Teknik Tanjung Putri. Menurut analisis peperiksaan SPM ini, bilangan pelajar yang

mencapai tahap kecemerlangan adalah kurang. Sepanjang dua tahun ini hanya 4 orang

yang mendapat Gred 2A sahaja dan tiada yang mendapat Gred 1A. Bilangan pelajar

yang mendapat kepujian iaitu Gred 3B hingga Gred 6C ada sebanyak 63 orang untuk

tahun 2001 dan tahun 2002. Setakat lulus sahaja iaitu Gred 7D Gred 8E untuk kedua-

dua tahun ada sebanyak 50 orang pelajar dengan peratusan 42.4% dan pelajar yang gagal

ada 19 orang iaitu yang mendapat Gred 9G.

Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, peperiksaan SPM dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

7

Jadual 1.2.1.d Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan pada

Tahun 2001 dan Tahun 2002.

BIL PENCAPAIAN CALON

MENGIKUT GRED

TAHUN BIL

AMBIL

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

BIL

LULUS

%

LULUS

2001 74 1 4 10 6 10 17 10 11 5 0 69 93.2

2002 99 0 2 6 17 31 27 16 0 0 0 99 100.0

(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Perdagangan)

Pengkaji juga telah mengkaji keputusan peperiksaan Pengajian Kejuruteraan

Awam bagi Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Keputusan yang diperolehi adalah

seperti yang tercatat di Jadual 1.2.1.d. walaupun keputusannya adalah baik dari segi

peratus lulus, tetapi keputusan dari segi kualiti juga adalah kurang memuaskan.

Keputusan yang terbaik dari aspek kualiti yang dicatat oleh sekolah ini adalah pada

tahun 2001. namun tiada pelajar yang mendapat Gred 1A untuk mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam pada tahun 2002 dan bilangan pelajar yang mendapat

Gred 2A hanya terdapat 2 orang sahaja pada tahun tersebut.

Justeru itu, daripada analisis peperiksaan SPM bagi keempat-empat jadual di atas

menunjukkan bahawa walaupun dari segi peratusan kelulusan memanglah berada pada

tahap yang tinggi, namun dari segi kualiti yang dicapai ia adalah amat rendah dan tidak

memuaskan. Malaysia memerlukan bilangan tenaga mahir yang ramai dalam bidang

kejuruteraan awam. Jika keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran ini tidak

mempunyai kualiti, bagaimanakah pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian dalam

bidang kejuruteraan awam di peringkat yang lebih tinggi lagi?

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

8

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan subjek penting di

mana ia merupakan subjek teras untuk sekolah menengah teknik dan subjek elektif

untuk sekolah menengah vokasional. Mata pelajaran ini merupakan jambatan utama

yang menghubungkan konsep dan prinsip asas dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Menurut analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2002 dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, bilangan pelajar yang mencapai keputusan

cemerlang adalah kurang. Kebanyakan pelajar hanya mendapat kepujian sahaja. Analisis

keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga telah dijalankan di tiga buah sekolah

sekolah menengah teknik di kawasan Johor Bahru, iaitu Sekolah Menengah Teknik

Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri dan Sekolah Menengah Teknik

Perdagangan. Menurut hasil yang didapati, bilangan pelajar yang mendapat keputusan

cemerlang juga adalah kurang. Dengan itu, satu kajian untuk mengenalpasti faktor-

faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam adalah perlu dijalankan.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

9

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif

kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Untuk mengenalpasti faktor sikap pelajar yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah

menengah teknik Johor Bahru.

1.4.2 Untuk mengenalpasti faktor minat pelajar yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah

menengah teknik Johor Bahru.

1.4.3 Untuk mengenalpasti faktor kemahiran belajar oleh pelajar yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

sekolah-sekolah menengah teknik Johor Bahru.

1.4.4 Untuk mengenalpasti cara pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik

Johor Bahru.

1.4.5 Untuk mengenalpasti faktor keadaan persekitaran fizikal yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

sekolah-sekolah menengah teknik Johor Bahru.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN … · Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

10

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini direkabentuk bagi menjawab beberapa soalan seperti:

1.5.1 Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik

Johor Bahru?

1.5.2 Adakah faktor minat pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik

Johor Bahru?

1.5.3 Adakah faktor kemahiran belajar pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah

menengah teknik Johor Bahru?

1.5.4 Adakah faktor cara pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik Johor

Bahru?

1.5.5 Adakah faktor keadaan persekitaran fizikal mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah

menengah teknik Johor Bahru?