ict dalm pembelajaran

12
Ict dalm pembelajaran Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

Upload: peggylau9318

Post on 09-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ict dalm pembelajaran

Ict dalm pembelajaran

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah

memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian

termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia

yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer

riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan

pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk

setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang

berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan

meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik

pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak

pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah

mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan

pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa

mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam

usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi

maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara

usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid

yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak

hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah

dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh

Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti

dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana

ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan

program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau

lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-

murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan

perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha

untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana

yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

Page 2: Ict dalm pembelajaran

Kepentingan Internet Kepada Guru

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan

kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan

pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996),

abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan

keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri

dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi

multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah

aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat

kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu

membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam

Page 3: Ict dalm pembelajaran

mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah

dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-

o Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media

dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang

dan menentukan kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara

sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan

penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum,

perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk

menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara

ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum

yang telah digariskan.

o Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh

mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia

boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima

sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.

Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun.

Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan

pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan

melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan

strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran

terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu

dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses

pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan

pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan

menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat

menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada jadual

waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam

perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru

merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru

menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran, sedangkan

jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).

o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap

pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja

diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang

rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh

Page 4: Ict dalm pembelajaran

membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus

(sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.

Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang

berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini

jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual

seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam

pengajaran di bilik darjah.

Implementasi PPBK Di Malaysia

Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia

telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya terhad

di peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada

peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuan capaian

data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem

pendidikan negara semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah

mendorong ramai penyelidik untuk melihat keberkesanan penggunaan

komputer dan teknologi maklumat ini dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan kemudian.

Ashinida, Afendi dan Mohd. Shabri (2004) adalah antara penyelidik yang ingin

melihat keberkesanan penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan

Komputer (PBBK) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kajian

yang dijalankan mendapati bahawa kesemua 40 respondan yang dikaji

menyatakan bahawa program PPBK boleh membantu meningkatkan kemahiran

pelajar dalam Bahasa, menjimatkan masa dan tenaga semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran

guru. Sementara itu, 90 peratus daripada respondan yang dikaji juga

menyatakan bahawa program PPBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru

dan pembelajaran murid. Statistik ini menunjukkan bahawa para guru

mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan

seperti dalam jadual di bawah:-

Page 5: Ict dalm pembelajaran

Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap

pelaksanaan program ini amatlah baik dan galakan yang diberikan

menunjukkan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu

pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikan Bahasa.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya terhad kepada

pendidikan Bahasa semata-mata. Program yang mempunyai potensi untuk

meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap

dan pencapaian akademik yang rendah perlu diperluaskan penggunaannya

khususnya terhadap murid-murid yang menerima pendidikan khas. Rentetan

daripada statistik yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusan

untuk melihat keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca

pelajar yang menghadapi masalah menguasai aktiviti membaca. Hasil kajian

yang akan dibentuk kelak adalah suatu yang perlu dikaji dengan lebih

mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pencapaian

dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah pembelajaran atau

sebaliknya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa

penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alat

beteknologi seperti komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran

adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan

kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui

penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat

meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik

bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur.

Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.

Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang

pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan

Page 6: Ict dalm pembelajaran

Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), walau begitu sekali

canggihnya komputer, namun ia perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian

yang berguna seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantu guru

meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses

memanipulasikan keupayaan komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat

dan mudah bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan

seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer. 

Pendapat di atas disokong oleh seorang pengkaji yang bernama Pedretti (1999).

Kajian yang dilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang bijak

mengaplikasikan komputer mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam

menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya.

Manakala Cox (1999) pula menyatakan bahawa guru-guru yang sering

menggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai

keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain alat seperti

projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya

bahawa penggunaan alat berteknologi seperti itu dapat meningkatkan proses

pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep

pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT

sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik

darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan

pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat

menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu

aktiviti pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah

perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran

berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti

pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan

berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya

Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat

mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi

arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat

inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka

meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001),

menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan

Page 7: Ict dalm pembelajaran

sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan

komputer secara lebih produktif.  Guru harus mengintegrasi kemahiran

teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat

keberkesanan penggunaan teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa

kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan

penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses

transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi

itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru

dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta

memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet,

bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-

bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan  bahan

visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan

lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat

menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk

meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui

portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan  atau luar,

guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat

memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata

pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-

satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh

berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal

sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding

dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan

sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau

dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan

sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi

meningkatkan komunikasi guru dan murid  disamping mendapat ilmu baru

mengenai kebudayaan dan negara masing-masing. Melalui penggunaan ICT

pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran

pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan

menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi

akan melahirkan pelajar  yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam

pekerjaan.

Page 8: Ict dalm pembelajaran

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata

dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang

daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam

kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada

lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam

pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan

animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan

sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,

Page 9: Ict dalm pembelajaran

guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet

menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan

daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi

penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu

pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari.

Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan

interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer.

Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan

kebangsaan, kita juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah

bersedia mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya kajian yang

dijalankan oleh Rosseni (2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliau mendapati

bahawa masih terdapat lagi di kalangan tenaga pendidik yang masih tidak tahu

menggunakan cakera padat interaktif (salah satu bahan banatu mengajar dalam

pembelajaran berasaskan komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Daripada kajian beliau, sebanyak 42 peratus guru tersebut yang

mempunyai tahap pengetahuan terhadap penggunaan cakera padat yang

rendah. Sementara itu, sebanyak 48 peratus daripadanya hanya tahu meneroka

dan menilai cakera padat untuk penggunaan pendidikan. Daripada hasil kajian

yang dijalankan oleh Rosseni ini menunjukkan bahawa tahap dan

pengaplikasian cakera padat pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran masih berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan daripada

pendidik ini hanya menggunakan buku teks sebagai asas utama dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Sathiamoorthy (2000) terhadap kemampuan

mengurus inegrasi komputer di kalangan guru-guru Sekolah Bestari, didapati

bahawa sebanyak 9.8% daripada 205 guru yang dikaji tidak mempunyai

kemampuan dalam merancang integrasi komputer dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemampuan dan

kesediaan guru dalam menggunakan teknologi semasa seperti komputer, cakera

padat dan seumpamanya berada pada tahap yang tinggi. 

Dalam pada itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Noraini (2002) juga melihat

kemahiran guru terhadap penggunaan komputer, sebanyak 42% daripada 40

orang guru yang dikaji tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap

penguasaan dan penggunaan teknologi CD/DVD dalam aktiviti pengajaran dan

Page 10: Ict dalm pembelajaran

pembelajaran. Walaupun kadar ini tinggi, namun ramai respondan yang tahu

mengaplikasikan teknologi CD/DVD dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Kesimpulan

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat

perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi

yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan

datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan

komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada

ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu

diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan

masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan

kemahiran ini pada masa akan datang.

Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik

masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara

dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu

dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan

komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran

adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus

menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh

menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.