ibubapa cemerlang anak cemerlang_original

17
e » Keibubapaan » Merangsang anak supaya minat belajar http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/ ibubapacemerlang2012.blogspot.com http:// ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2014/03/mendidik-anak-menjadi-sopan.html 1 Mendidik anak menjadi sopan Menghormati orang lain dan lebih-lebih lagi orang yang lebih tua adalah satu kelakuan yang dipandang tinggi. Semua ibu bapa seboleh-bolehnya mahu anak-anak tahu menghormati. Jika tidak, anak itu akan dilabelkan sebagai “anak kurang ajar” dan sudah tentu sedikit sebanyak kesalahan “tidak mengajar” itu terletak di atas bahu ibu bapa. “Sudah, berenti..kenapa dengan kamu ni? Menjerit terlolong macam orang tak siuman” seorang ibu menengking anaknya yang sedang mengamuk. Jika setiap hari, anak-anak mendengar tengkingan dan perkataan yang negatif dari ibu bapa, bolehkah kita mengharapkan mereka belajar untuk menghormati? Mengajar melalui tindakan “Buat seperti apa yang saya katakan bukan seperti apa yang saya lakukan” adalah satu ungkapan yang sering kita dengar tetapi dalam pendidikan anak-anak, ia adalah satu alat yang kurang berkesan dan jarang berfungsi. Kita ialah guru pertama dan orang yang paling penting kepada anak-anak. Anak-anak belajar bercakap dengan mendengar kita bercakap, begitu juga mereka akan belajar bagaimana menghormati orang lain dengan melihat cara kita melayani orang lain. Lihat bagaimana kita melayani anak-anak, ahli keluarga dan orang lain dalam hubungan kita seharian. Anak-anak memerhati dan secara kita tidak sedar, mereka belajar daripada perlakuan kita untuk berhubung dengan kita, adik beradik, kawan-kawan dan orang-orang yang berada di sekeliling mereka. "Terima kasih.” ialah ungkapan yang positif tetapi ia boleh diucapkan dengan sopan atau tidak sopan. Apabila kita mengajar anak-anak tentang kesopanan, kita juga perlu membincangkan butir-butir yang tidak begitu jelas seperti menggunakan nada suara dan bahasa badan yang sopan. Anak-anak tidak dilahirkan dengan kebolehan ini maka kitalah yang bertanggung jawab mengajar aspek penting dalam akhlak yang baik. Menyediakan disiplin positif dan konsisten Ibu bapa yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan tugas membesarkan anak-anak akan lebih mudah untuk mendidik mereka menjadi sopan dan menghormati. Apabila kita mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik, kita akan mendapati bahawa tugas mendisiplinkan anak-anak adalah satu tugas yang mudah . Ini bermakna kita perlu mencari ilmu keibubapaan sebanyak mungkin. Membaca buku-buku yang bagus, menghadiri kelas-kelas keibubapaan, menyertai kumpulan sokongan dan sebagainya boleh membantu kita dalam tugas mendidik anak supaya berkelakuan sopan. Tegas tetapi adil Membiarkan anak-anak berkelakuan buruk tanpa didikan hanya menjadikan mereka semakin teruk. Pastikan anak-anak kita tahu dan jelas tentang peraturan keluarga dan kita akan mengenakan tindakan yang sesuai jika peraturan itu tidak diikuti. Disiplin yang tegas dan adil ialah disiplin yang teratur dan tidak berubah mengikut kepada mood kita. Ia memerlukan konsistensi supaya anak-anak jelas dan pasti. ( Mereka mungkin tidak suka, tetapi mereka pasti tentangnya.) Yang menjadikan disiplin itu berkesan bukan hukuman atau tindakan yang dikenakan tetapi konsistensinya. Apabila anak-anak tahu dan jelas tentang kemahuan (harapan) kita, dan akan ada penalti jika gagal memenuhi kemahuan (harapan) itu, mereka akan lebih cenderung untuk berkelaluan seperti yang sepatutnya.

Upload: png-fei-mun

Post on 05-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

e Keibubapaan Merangsang anak supaya minat belajar

http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/ibubapacemerlang2012.blogspot.com

HYPERLINK "http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2014/03/mendidik-anak-menjadi-sopan.html" http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2014/03/mendidik-anak-menjadi-sopan.html1 Mendidik anak menjadi sopan

Menghormati orang lain dan lebih-lebih lagi orang yang lebih tua adalah satu kelakuan yang dipandang tinggi. Semua ibu bapa seboleh-bolehnya mahu anak-anak tahu menghormati. Jika tidak, anak itu akan dilabelkan sebagai anak kurang ajar dan sudah tentu sedikit sebanyak kesalahan tidak mengajar itu terletak di atas bahu ibu bapa.

Sudah, berenti..kenapa dengan kamu ni? Menjerit terlolong macam orang tak siuman seorang ibu menengking anaknya yang sedang mengamuk.Jika setiap hari, anak-anak mendengar tengkingan dan perkataan yang negatif dari ibu bapa, bolehkah kita mengharapkan mereka belajar untuk menghormati?

Mengajar melalui tindakan

Buat seperti apa yang saya katakan bukan seperti apa yang saya lakukan adalah satu ungkapan yang sering kita dengar tetapi dalam pendidikan anak-anak, ia adalah satu alat yang kurang berkesan dan jarang berfungsi. Kita ialah guru pertama dan orang yang paling penting kepada anak-anak. Anak-anak belajar bercakap dengan mendengar kita bercakap, begitu juga mereka akan belajar bagaimana menghormati orang lain dengan melihat cara kita melayani orang lain. Lihat bagaimana kita melayani anak-anak, ahli keluarga dan orang lain dalam hubungan kita seharian. Anak-anak memerhati dan secara kita tidak sedar, mereka belajar daripada perlakuan kita untuk berhubung dengan kita, adik beradik, kawan-kawan dan orang-orang yang berada di sekeliling mereka."Terima kasih. ialah ungkapan yang positif tetapi ia boleh diucapkan dengan sopan atau tidak sopan. Apabila kita mengajar anak-anak tentang kesopanan, kita juga perlu membincangkan butir-butir yang tidak begitu jelas seperti menggunakan nada suara dan bahasa badan yang sopan. Anak-anak tidak dilahirkan dengan kebolehan ini maka kitalah yang bertanggung jawab mengajar aspek penting dalam akhlak yang baik.Menyediakan disiplin positif dan konsisten

Ibu bapa yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan tugas membesarkan anak-anak akan lebih mudah untuk mendidik mereka menjadi sopan dan menghormati. Apabila kita mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik, kita akan mendapati bahawa tugas mendisiplinkan anak-anak adalah satu tugas yang mudah . Ini bermakna kita perlu mencari ilmu keibubapaan sebanyak mungkin. Membaca buku-buku yang bagus, menghadiri kelas-kelas keibubapaan, menyertai kumpulan sokongan dan sebagainya boleh membantu kita dalam tugas mendidik anak supaya berkelakuan sopan.

Tegas tetapi adil

Membiarkan anak-anak berkelakuan buruk tanpa didikan hanya menjadikan mereka semakin teruk. Pastikan anak-anak kita tahu dan jelas tentang peraturan keluarga dan kita akan mengenakan tindakan yang sesuai jika peraturan itu tidak diikuti.

Disiplin yang tegas dan adil ialah disiplin yang teratur dan tidak berubah mengikut kepada mood kita. Ia memerlukan konsistensi supaya anak-anak jelas dan pasti. ( Mereka mungkin tidak suka, tetapi mereka pasti tentangnya.) Yang menjadikan disiplin itu berkesan bukan hukuman atau tindakan yang dikenakan tetapi konsistensinya. Apabila anak-anak tahu dan jelas tentang kemahuan (harapan) kita, dan akan ada penalti jika gagal memenuhi kemahuan (harapan) itu, mereka akan lebih cenderung untuk berkelaluan seperti yang sepatutnya.

Puji tingkah laku yang baik.

Pujian dan galakan daripada ibu bapa memberi kesan yang besar terhadap anak-anak. Pujian" tidak semestinya secara lisan sahaja. Ungkapan bukan lisan seperti isyarat OK dengan tangan, kenyitan mata, senyuman, pelukan dan lain-lain boleh juga dilakukan . Semua ini menyampaikan mesej positif kepada anak-anak yang baru sahaja melakukan sesuatu yang betul. Mesej positif ini mengukuhkan perlakuan baik mereka serta menggalakkan lebih banyak perlakuan positif yang sama dilakukan di masa depan.

2 Merangsang anak supaya minat belajar

6/21/2012 07:59:00 AM Keibubapaan No comments

Manusia sebenarnya suka belajar, suka mengambil tahu perkara yang baru tapi disebabkan sedari kecil kita tidak diberikan stimulasi yang betul, maka kita menganggap bahawa belajar itu tidak menyeronokkan.Mari kita tengok insiden-insiden yang membantutkan minat anak kita untuk belajar bermula dari mereka kecil. Ada tahap umur di mana anak kita akan memasukkan semua barang yang dipegang ke dalam mulut. Apa reaksi kita ketika itu? Cepat-cepat kita tarik barang tersebut mungkin atas alasan keselamatan dan kesihatan. Seharusnya kita menyediakan barang-barang yang selamat dan bersih untuk dirasai oleh anak-anak ketika itu kerana mereka sedang belajar sesuatu melalui perlakuan tersebut. Kehadiran kita di sisi mereka ketika itu adalah untuk memantau dan memberi dorongan bukan untuk menghalang.

Ketika anak kita mula boleh berjalan, keinginan mereka untuk meneroka dan mengetahui tentang persekitaran adalah lebih tinggi. Hampir semua penjuru rumah diterokai. Apa reaksi kita ketika itu?

"Jangan!" begitulah agaknya reaksi kita apabila melihat anak bertatih menghampiri tangga.

Alasan kita, anak belum mahir memanjat tangga jadi kita bimbang dia akan jatuh. Bukanlah maksud saya supaya membiarkan anak berhadapan dengan bahaya jatuh tangga tapi reaksi pertama kita yang menghalang perlakuannya boleh membantut keiginan mereka. Sesekali kita boleh biarkan mereka memanjat tangga sambil kita mengawasi untuk mengelakkan mereka dari terjatuh. Mungkin kita terlalu sibuk atau letih untuk memantau dan mengawasi sehingga menyebabkan banyak larangan dan pantang larang dibuat. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat sehingga anak-anak kita tak boleh buat apa-apa pun. Ini tidak bagus di saat otak mereka sedang berkembang dengan pesatnya.

Kemudian, ketika anak kita sudah boleh bercakap, perasaan ingin tahu semakin tinggi.

"Ibu, ini apa?"

"Ayah, kenapa bola bulat?"

Banyak benar soalan bertanya itu dan ini sehingga kadang-kadang kita penat untuk melayan. Kadang-kadang soalan yang ditanya, kita sendiri tidak tahu jawapannya atau pun susah untuk kita memberi jawapan bagi memahamkan mereka. Kadang-kadang soalan mereka berulang-ulang kerana mereka tidak puas hati dengan jawapan kita dan akhirnya begini respon kita

"Boleh tak Shafiq jangan banyak bertanya ibu penat nak menjawab..ibu tengah memasak ni"

"Eh, tadikan Shafiq dah tanya soalan ni.. Ayah dah bagitau jawapannya, kenapa tanya lagi?"

Proses pembelajaran anak-anak kecil berlaku melalui pengalaman. Mereka mengalami sesuatu dan mereka belajar dari situ. Mereka ingin memegang cawan untuk minum sendiri sedangkan kita menghalang mungkin kerana cawan kaca kita mahal harganya atau mungkin kerana kita bimbang air atau susu akan tumpah dan mengotorkan lantai. Kita ajar mereka cara memegang cawan yang betul dan sentiasa berada di sisi mereka untuk membantu. Accident can happen to anyone. Kita yang dewasa ni pun boleh pecahkan atau tumpahkan air jadi tidak mustahil itu juga akan berlaku pada anak-anak kecil kita yang masih belum berpengalaman. Bila kita asyik marah atau menghalang mereka melakukan sesuatu, itu akan melumpuhkan daya pembelajaran mereka. Nah, siapa sebenarnya yang membuatkan anak jadi malas belajar? Kemudian kita mengeluh

"Anak aku tak minat belajaranak aku malas belajar.."

Amir, berusia lapan tahun, darjah dua. Ibu bapanya mengeluh bahawa anak mereka tidak suka belajar. Pencapai Amir di sekolah tidak memberangsangkan. Dalam peperiksaan asyik mendapat nombor tercorot. Kerjanya asyik bermainbermain bolasepak. Oleh kerana ibu bapa melarang Amir untuk bermain di luar rumah atas alasan keselamatan (banyak sangat kejadian kidnap budak sekarang ni), Amir bermain bola sepak di dalam rumah. Sudah beberapa biji pasu bunga plastik ibunya pecah. Ternyata sungguh Amir suka bola sepak. Dia mengenali hampir semua pemain bolasepak kebangsaan, siapa penjaga gol, siapa penyerang dan siapa yang berada di barisan pertahanan. Kalau ada perlawanan bolasepak yang ditayangkan di TV, dia akan menonton sehingga selesai. Bapa borek, anak rintik.. Ayah Amir juga peminat bolasepak. Minat itu dikongsi oleh dua beranak tersebut tapi bila memerhatikan yang Amir terlalu taksub dengan bolasepak sehingga kurang tumpuan untuk belajar, ibu dan bapanya mula risau dan mengeluh.

Anak yang boleh menghafal semua nama pemain bolasepak kebangsaan adalah anak yang bijak, otaknya cerdik cuma otak itu tidak berfungsi bila belajar pelajaran di sekolah. Hardwarenya tidak ada masalah cuma yang bermasalah ialah software anak tersebut. Lantas apa yang perlu dibuat untuk memperbaiki software Amir supaya dia mudah dan minat belajar pelajaran di sekolah? Ya, yang perlu diperbaiki ialah ibu dan bapanya kerana mereka yang akan membantu Amir untuk mengatasi masalah malas dan kurang minat untuk belajar.

Mungkin tips di bawah boleh membantu ibu bapa Amir dan kita untuk menanamkan sikap suka belajar pada anak-anak.

1.Ketika anak pulang dari sekolah, ibu dan bapa hendaklah rajin bertanya.."Sayang belajar apa hari ini? Ada tak perkara yang menyeronokkan berlaku di sekolah?" Secara automatik, otak anak akan mencari dan cuba mengingati perkara-perkara yang menyeronokkan sepanjang dia berada di sekolah. Ini secara tidak langsung akan memberitahu anak bahawa sekolah ialah tempat yang menyeronokkan. Ini juga akan memasukkan elemen positif ke dalam otak anak - belajar itu adalah sesuatu yang menyenangkan.

2. Lakukan hypnosis. Ini selalu disarankan oleh Datuk Dr Fadilah Kamsah. Ketika anak sedang tidur, bercakap perlahan-lahan kepada anak untuk menghantar gelombang. Mungkin kita boleh katakan "belajar di sekolah seronok. sama seperti bermain, belajar juga sangat menyenangkanmembaca, mengira, menulis tentu menjadi mudah jika kamu minat belajar"

3. Pujian harus selalu diberikan. Ini bukan bermaksud pujian mengampu dan tidak ikhlas. Kita harus mencari sesuatu yang baik yang dilakukan oleh anak dan memberi pujian yang ikhlas. Misalnya jika anak dapat menyelesaikan satu soalan matematik, berilah pujian dengan ikhlas sebaliknya jangan marah-marah atau memperkecilkan kebolehannya jika anak tidak dapat menjawab soalan yang nampak mudah bagi kita. Bantu dia menyelesaikan soalan tersebut dengan baik dan lembut. Mintalah bantuan guru di sekolah dan keluarga lain untuk meningkatkan keyakinan dan harga diri anak kita. Memberi pujian yang ikhlas dan memberi semangat jauh lebih penting dari mengajar teknik-teknik membaca dan mengira cepat.

4. Jelaskan kepada anak tentang manfaat dan kebaikan dari apa-apa yang dipelajarinya di sekolah sesuai dengan minat anak tersebut. Mungkin kita boleh katakan begini untuk anak yang masih kecil "Kalau Amir pandai Bahasa Inggeris, nanti kalau Amir dapat bertemu dengan pemain-pemain bola sepak dari luar negeri, Amir boleh bercakap dengan mereka. Tentu seronok dapat berbual dengan pemain-pemain bola sepak yang hebat. Untuk pandai Bahasa Inggeris, Amir kena rajin dan minat belajar bahasa tersebut"

5. Anak yang masih kecil, suka dibacakan buku-buku cerita. Walaupun anak tersebut sudah boleh membaca sendiri, tetapi ada masanya dia suka jika ibu bapa membacakan buku cerita untuknya justeru ibu bapa jangan memberi apa-apa alasan. Sesekali bacakan buku cerita untuk mereka. Letak anak di pangkuan kita dan baca buku cerita dengan intonasi dan gaya. Secara tidak langsung kita menghantar mesej kepada otak mereka bahawa membaca buku adalah perkara yang sangat menyeronokkan.

6. Ibu bapa dan anak boleh bermain 'secret note' or 'secret letter'. Katakan kepada anak"Sayang, di bawah bantal kamu, ibu telah meletakkan sepucuk surat. Isinya menjadi rahsia kita berdua. Nanti sebelum kamu tidur, kamu boleh membuka surat rahsia itu dan membacanya." Dalam surat rahsia itu kita boleh menulis kata-kata perangsang atau cerita motivasi. Juga kita boleh meluahkan perasaan kita melalui surat itu mengenai kegiatan yang baik yang dilakukan oleh anak samada di sekolah atau di rumah. Tell him/her how proud you are..

Itu di antara tips yang boleh kita cuba dan amalkan. Selebihnya kita berdo'a agar Allah menjadikan anak kita seorang yang suka dan minat untuk belajar.

3. Analogi mendidik anak - motivasi buat ibu bapa.

Membesarkan dan mendidik anak-anak adalah merupakan satu cabaran bagi ibu bapa lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba serbi canggih seperti sekarang. Anak-anak bukan robot yang boleh kita programkannya untuk melakukan apa yang diarahkan. Ketika anak-anak masih kecil, kita melakukan segala yang termampu untuk memastikan mereka dapat yang terbaik bagi membantu mereka membesar menjadi manusia yang bertanggung jawab. Kadang-kadang proses membesarkan dan mendidik itu tidak menjadi selancar yang kita harapkan. Ibu bapa akan berasa kecewa apabila memikirkan anak-anak seperti tidak mendengar arahan. Lain yang disuruh, lain pulak yang mereka lakukan sedangkan sudah berkali-kali kita mengingatkan mereka tentang perkara yang sama. Ibu bapa kadang-kala hilang kesabaran apabila anak-anak tetap mengamuk walaupun sudah dididik bahawa mereka tidak akan mendapat apa yang mereka inginkan dengan mengamuk begitu.

Ibu bapa menjadi gusar namun kita harus cuba sedaya upaya agar tidak berasa kecewa dan berputus asa. Adalah normal apabila anak-anak perlu diberi peringatan berulang kali (mungkin berjuta kali) sebelum didikan itu meresap masuk dan menjadi sebati di dalam jiwa mereka. Ada dua analogi yang boleh membantu kita dalam memahami bahawa pentingnya kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak.

Analogi pertama ialah analogi bahasa. Di dalam proses kita belajar bahasa asing, kesabaran dan pengulangan adalah dua elemen yang penting. Kita tidak akan menjadi mahir berbahasa asing tersebut jika hanya menghadiri kelas dua atau tiga kali sahaja. Ia akan mengambil masa bertahun sebelum kita mahir bercakap menggunakan bahasa tersebut. Walaupun cuma sepatah perkataan, ia tidak akan meresap masuk ke dalam ingatan jika kita mendengar sebutan perkataan itu cuma sekali sahaja. Ia perlu diulang berkali-kali, perlu didengar penggunaannya dalam perbualan dan kita perlu menggunakan perkataan itu dalam kehidupan seharian kita. Itu barulah dianggap kita betul-betul belajar bahasa asing tersebut.

Analogi kedua ialah analogi pokok. Membesarkan dan mendidik anak adalah seperti menanam sebatang pokok bermula daripada biji benih. Apabila biji benih disemai, ia perlu dijaga dengan teliti. Air dan cahaya matahari yang cukup perlu diperhatikan untuk memastikan biji benih itu bercambah. Apabila anak benih telah tumbuh, penjagaan harus diteruskan. Ia perlu disiram setiap hari dan diberi baja yang cukup bagi memastikan kesuburannya. Jika tidak, anak pokok tidak boleh hidup atau kalau hidup pun, pembesarannya mungkin terbantut. Sama juga dengan anak-anak kita. Mereka perlu disiram dengan tunjuk ajar dan dibaja dengan kasih sayang berulang kali untuk memastikan mereka membesar menjadi individu yang positif.

Kedua-dua analogi ini diharapkan dapat membantu kita melihat dan memahami bahawa tidak ada sebab untuk kita merasa gusar, terganggu dan tidak bersemangat jika anak-anak kelihatan seperti lambat belajar. Proses pembelajaran dan perkembangan memerlukan masa dan praktis. Seorang anak mungkin berkemampuan untuk memahami kenapa tantrum itu tidak positif tetapi dia memerlukan peringatan dan penjelasan yang berulang-ulang sebelum ia meresap masuk dan sebati dalam jiwanya.

Mungkin payah untuk kita menerima, memahami dan memaafkan apabila anak-anak membuat tingkah laku negatif yang sama berulang kali. Pergelutan ini adalah normal dan dilalui oleh hampir semua ibu bapa. Sama seperti anak-anak kita yang perlu belajar berkelakuan positif dengan praktis yang berulang-ulang, ibu bapa juga perlu belajar sacara praktis agar tidak menjadi terganggu apabila anak-anak membuat tingkah laku yang negatif. Ibu bapa yang mempunyai kefahaman dan kesabaran sertai tidak jemu-jemu mengajar dan mendidik anak-anak, di akhirnya akan menikmati segala usaha, ketelitian, titik peluh mereka terbayar apabila anak-anak membesar menjadi seorang insan yang berkualiti. In shaa Allah.4 Elakkan daripada terlalu memanjakan anak

Apa yang dimaksudkan dengan "lerlalu memanjakan" anak? Memeluk anak dengan kasih sayang tidak sama dengan memanjakan anak. Begitu juga, memuji, bergurau senda dengan anak serta menyelami/memahami perasaan mereka tidak termasuk dalam maksud "terlalu memanjakan" mereka.

Memanjakan anak adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara untuk mereka sedangkan perkara tersebut mereka sendiri boleh lakukan. Anak-anak dilahirkan dan dibekalkan dengan sifat dan keinginan untuk berdikari. Keinginan ini mula terserlah pada usia lebih kurang dua tahun. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak pada usia ini (toddler) tentu sudah biasa dengan perlakuan anak yang ingin memakai pakaian sendiri, mandi sendiri, makan sendiri dan sebagainya.

"Mama, Lina nak tolong mama masukkan pakaian ini ke dalam mesin basuh. Lina nak basuh pakaian Lina sendiri" kata Lina yang berusia 5 tahun.

"Lina kecil lagi untuk basuh baju sendiri. Nanti mama basuhkan. Lina pergi main" balas ibu Lina.

Apabila Lina meningkat remaja, ibunya mengeluh apabila Lina tidak betah membasuh pakaiannya sendiri.

"Lina, tolong ibu masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh"

"Ala ibu..Lina sedang main komputer ni.."

Ibu bapa biasanya melakukan sesuatu perkara untuk anak kerana mereka tidak sabar atau tidak ada masa. Untuk memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh bagi anak yang berusia 5 tahun tentu mengambil masa. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang panjang untuk mengajar dan melatih mereka. Lebih cepat dan mudah jika ibu bapa sendiri yang melakukannya. Ibu bapa juga bimbang anak-anak tidak melakukannya dengan betul dan sempurna. Ibu bapa tidak yakin, anak pada usia 5 tahun mampu membasuh pakaian dengan sempurna. Memang tidak sempurna sebab itulah ibu bapa harus menunjukkan caranya dan biar anak-anak berlatih. Practice makes better. Bantu dan buatlah bersama anak-anak sehingga mereka berkemampuan untuk melakukannya sendiri. Ini akan mengambil masa dan kita mengharapkan kesan jangka panjang. Kita perlu memberi peluang kepada anak-anak dan mendidik mereka untuk menjadi seorang yang berkeupayaan dan bertanggung jawab.

5 Ibubapa ialah cermin kepada anak-anak

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak terutama yang masih kecil, marilah kita isikan umur mereka dengan membina asas yang kukuh yang diperlukan untuk hidup bagi tempoh masa sekurang-kurangnya lima puluh tahun yang akan datang. Bila sampai waktu itu sebahagian dari kita sudah pasti tiada bersama kerana tiada siapa yang boleh menongkat dunia selama-lamanya.

Dalam banyak perkara terutama waktu masih kecil, anak-anak kita tidak faham apa yang kita perbuat atau perkatakan, tetapi kebolehan mereka untuk mendengar dan melihat, banyak mempengaruhi cara berfikir dalam pembentukan tingkahlaku mereka pada masa hadapan atau bila diwasa nanti.

Walaupun kini kita sedia maklum, kebanyakan kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara-perkara tersebut kerana terlalu sibuk dengan urusan harian, tetapi kita kena ingat, usaha yang baik atau kelalaian pada hari ini akan hanya dapat dilihat kesannya sepuluh atau lima belas tahun kemudian, bila anak-anak itu dewasa nanti. Waktu itu nasi sudah menjadi bubur dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa lagi.

Dalam melakukan sebarang tindakan, kadang-kadang kita tersilap memberi keutamaan. Apa yang kita lakukan adakah semuanya mengikut landasan yang dibenarkan Islam. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk kita terlupa bahawa anak kita tidak pergi ke sekolah. Kita terlupa mengadakan keperluan mereka. Kita juga tidak pernah menyiasat dengan siapa mereka berkawan. Kita juga ada masanya tidak sedar mereka tidak sampai ke sekolah, atau lewat pulang ke rumah kerana melencong ke tempat lain. Juga kita tidak tahu adakah mereka solat atau berpuasa secukupnya dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya sebahagian besar kelakuan anak-anak adalah cermin kepada kehidupan kita masa lalu.

Mari kita lihat sekadar beberapa contoh cara hidup ibubapa yang negatif dan tidak baik yang boleh mempengaruhi perangai anak-anak kemudian hari nanti.

6. Memupuk rasa cinta dan pertalian kasih.

Bagi sepasang suami isteri, apa lagi yang lebih membahagiakan selain daripada dapat memeluk anak-anak dan membaluti mereka dengan kasih sayang. Kita memerhati anak-anak kita membesar, tingkah laku dan karekter muncul satu demi satu mengikut tahap umur. Kita merangsang kekuatan dan memperbaiki kelemahan mereka, kita rakamkan gambar dan mencatitkan jurnal setiap perkembangan mereka tahap demi tahap. Kita menyedari bahawa perkara-perkara kecil yang kita lakukan untuk anak-anak kita itu boleh menimbul dan mengekalkan kasih sayang dalam keluarga kita.

Kita mengungkapkan kasih sayang kita melalui perkataan sayang, masa yang berkualiti bersama mereka, pemberian hadiah, menyediakan keperluan mereka dan sentuhan fizikal. Buku yang ditulis oleh Gary Chapman, "THE FIVE LOVE LANGUAGES" telah menerangkan dengan panjang lebar bagaimana untuk menentukan bahasa kasih sayang kita dan juga bahawa kasih sayang anak-anak kita yang dominan. Seorang yang penyayang akan memiliki kasih sayang dan akan mampu memberikan kasih sayang..menjadikan dunia ini dipenuhi dengan kasih sayang dan tempat yang paling selamat untuk didiami. Kita boleh bergantung harap bahawa seseorang yang kita sayangi akan sentiasa berada di sisi kita untuk menjadi pendengar yang setia. Begitulah indahnya..jika di antara kita dan anak-anak ada pertalian kasih sayang yang ikhlas tanpa syarat. Di antara cara yang boleh kita lakukan untuk memupuk pertalian kasih sayang dengan anak-anak kita ialah

Ritual "I love you.."

Ritual "I love you.." adalah kenangan yang berkekalan sepanjang hayat yang dapat menambah pengalaman serta menguatkan pertalian dan hubungan dalam keluarga. Sebagai contoh, kita mungkin boleh lakukan "Pelukan Sandwich" sebagai ritual "I love you.." keluarga kita. Ini sangat menyeronokkan. Peluk anak, kemudian ajak pasangan kita menyertainya. Anak yang dipeluk akan berada di tengah-tengah di antara ibu dan ayah dan membentuk sandwich. "Pelukan Sandwich" ini ialah model yang baik untuk memaparkan aksi memberi dan menerima kasih sayang.

Lagu-lagu kasih sayang yang boleh dinyanyikan mengikut rentak lagu yang disukai oleh anak-anak seperti lagu "twinkle, twinkle little star" dengan senikata yang kita cipta khas untuk anak-anak. Dan sudah tentu senikata yang kita cipta dapat memaparkan rasa kasih dan sayang kita kepada mereka.

Ritual "bedtime"

Menyatakan pengakuan yang mengukuhkan pertalian kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak sebelum mereka tidur bukan sahaja satu tindakan yang baik untuk dilakukan tetapi juga ia dapat membantu menaikkan imej kendiri dan harga diri mereka. Contoh pengakuan kasih sayang yang boleh kita lafazkan ialah:

Hadiah kata-kata cinta dan kasih

Ungkapan cinta dan kasih sayang adalah satu lagi cara yang indah untuk membuatkan anak-anak merasai kasih sayang daripada kita. Ucapkan secara spontan dan ikhlas untuk melahirkan rasa cinta dan kasih kita kepada mereka..

Kita boleh cipta pelbagai ungkapan cinta dan kasih sayang yang lain mengikut cita rasa masing-masing. Be creative!

Sentuhan lembut dan penuh kasih sayang

Usapan pada rambut ketika anak berada di ribaan kita, mengosok perlahan-lahan belakang mereka, menyentuhkan hidung kita kepada hidung mereka boleh mencetuskan saat-saat indah dan bermakna serta meyakinkan anak-anak akan kasih sayang yang berterusan daripada kita walaupun pada hari-hari yang sibuk.

7Ibu bapa yang cemerlang

Ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang mampu memenuhi keempat-empat keperluan anak. Keempat-empat keperluan itu ialah:

1. Memenuhi Keperluan Fizikal dan MaterialIbu bapa perlu berusaha untuk memenuhi kehendakfizikaldanmaterialanak-anak, seperti memberi makan dan minum, membeli pakaian, membina tempat tinggal yang selesa, menjaga kesihatan mereka dan juga menyediakan kemudahan pengangkutan.

2. Memenuhi Keperluan Akal atau PemikiranSetelah memenuhi keperluan fizikal dan material, ibu bapa mesti mampu memenuhikeperluan akal(ilmu) anak-anak. Mereka mesti berupaya memberiilmu agama(fardhu ain) danilmu akademik(fardhu kifayah) kepada anak-anak. Ibu bapa mesti menyediakan buku-buku dan bahan bacaan serta lain-lain kelengkapan belajar untuk anak-anak. Ini adalah untuk meningkatkan tahap IQ mereka.

3. Memenuhi Keperluan EmosiSetelah mengisi keperluan fizikal, material dan ilmu, ibu bapa seharusnya mampu mengisikeperluan emosianak-anak. Perasaan anak-anak perlu dibelai, dihargai dan didengari. Ahli psikologi berpendapat, anak-anak yang tidak dibelai, dihargai dan didengari akan membesar dalam emosi yang tertekan. Untuk itu, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik. Anak-anak perlukan perhatian, simpati dan empati yang seharusnya dipenuhi oleh ibu bapa. Jika tidak, mereka akan membesar sebagai individu yang pincang dan rendah tahap kecerdasan emosi (EQ).

4. Memenuhi Keperluan JiwaIbu bapa mesti memenuhi keperluan jiwa anak-anak yang dikatakan juga sebagaikeperluan SQ(kecerdasan spiritual). Anak-anak perlu dididik dengan soal-soalkeimanan, yakni kepercayaan yang mantap kepada Allah, hari akhirat, syurga dan neraka serta soal-soal ghaibiyat yang lain. Untuk itu, ibu bapa perlu menjadi teladan - the living role model - yang boleh dicontohi pada sikap dan perlakuannya oleh anak-anak pada setiap masa. Tutur kata, perbuatan dan tindakan ibu bapa sehari-hari amat berkesan untuk mendidik anak-anak dalam soal keimanan dan akhlak.Mata lebih dipecayai daripada telinga- maksudnya sikap dan tindakan itu lebih berkesan untuk mendidik berbanding cakap.

Sekiranya ibu bapa mampu memenuhi keempat-empat keperluan di atas, maka insyaAllah bolehlah mereka dikategorikan sebagai ibu bapa yang cemerlang. Bagaimana? Sudahkah kita mengisi kesemua keperluan tersebut atau kita hanya mampu mengisi sebahagian daripadanya?

10 Fahamilah emosi anak-anak

"My son hilang" terdengar suara sayu kawan saya memberi tahu di hujung talian talipon.

"Hilang? Bila?" tanya saya cemas. Di fikiran saya tergambar seorang remaja lelaki kena culik.

"Dah buat police report?" tanya saya lagi.

"Tak payah lah.." jawabnya

"Kenapa pulak tak payah?" rasa cemas saya masih belum lagi hilang.

"Dia sendiri yang menghilangkan dirinya" kata kawan saya lagi.

Saya menjadi semakin tidak faham.

"Cuba cerita betul-betul pada saya"

Setelah diceritakan dengan panjang lebar, barulah saya memahami. Anak lelaki kawan saya itu seorang pelajar universiti tempatan dan mengambil jurusan kejuruteraan. Di akhir semester dia kembali ke rumah sebelum melaporkan diri untuk praktikal di sebuah syarikat. Ayah dan ibunya dapat tahu bahawa dia mempunyai teman wanita. Setiap masa bergayut di talipon. Ada satu masa, teman wanitanya itu datang ke rumah. Kawan saya tidak suka lantas menegur, Mungkin teguran itu agak keras, si anak merajuk membawa diri. Dia tidak melaporkan diri di syarikat yang sepatutnya dia buat praktikal. Ayah dan ibu mencari-cari anak mereka yang hilang, talipon tidak dijawab. Satu hari ayah dan ibu ternampak anak mereka di sebuah stesen minyak. Apabila ternampak ayah dan ibu, cepat-cepat dia menghilangkan diri.

Mungkin dalam fikiran ibu bapa seperti kita tertanya-tanya

mengapa anak tidak peduli tentang masa depannya?

mengapa anak melakukan perkara-perkara yang bagi kita tidak masuk akal?

mengapa anak membiarkan dirinya dipengaruhi sesuatu yang negatif oleh kawan-kawannya?

mengapa anak susah sangat dan tidak mahu mendengar nasihat walaupun sudah berbuih mulut ayah dan ibu memberi nasihat?

Ayah dan ibu yang bertanggungjawab tidak sanggup melihat anak mereka menghancurkan diri mereka sendiri. Semua ibu bapa yang bertanggungjawab inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Saya percaya, marah dan nasihat ibu bapa adalah untuk kebaikan anak-anak cuma caranya saja yang tidak kena barangkali menjadikan anak-anak memberontak, protes dan lari meninggalkan rumah. Ada anak yang melawan secara verbal dan ada anak memberontak dalam diam.

"Susah bercerita dengan ibu bapa sayamereka tidak memahami saya..yang mereka tahu, berleter memanjang" keluh seorang remaja.

"Apa lagi yang saya tidak faham. Saya telah berusaha memberi yang terbaik kepada anak saya. Salahkah saya menegur kesilapan yang dilakukan" rungut seorang bapa.

Tidak sama sekali malah kita seharusnya menegur jika ternyata mereka membuat kesilapan. Yang mungkin menjadi kelemahan kita sebagai ibu bapa ialah kita kekurangan kemahiran untuk memahami tingkah laku dan pemikiran anak-anak terutamanya anak-anak remaja walaupun kita satu masa dahulu pernah juga menjadi remaja. Apabila kita tidak ada kemahiran tersebut, kita sembrono sahaja menegur mereka tentu teguran itu ditafsirkan secara negatif oleh anak-anak dan tentunya mereka tidak menyenangi apalagi mengikuti.

Jadi sekarang bagaimana caranya kita memahami tingkah laku dan pemikiran anak-anak? Kata kuncinya ialah EMOSI. Kenali dahulu emosi mereka kerana anak-anak dan remaja selalunya lebih didorong oleh emosi dan perasaan. Emosi biasanya menguasai cara mereka berfikir. Tanpa memahami dan mengenali emosi mereka maka nasihat-nasihat kita yang positif umpama mencurah air ke daun keladi malah mungkin membuatkan mereka semakin sebal dengan kelakuan kita dan melabelkan kita sebagai 'ibu bapa yang tidak memahami'

"Ibu, tadi Amir bergaduh dengan Syafiq di sekolah. Dia tumbuk Amir dulu jadi Amir balas"

"Ayah, buku latihan Matematik Wan hilang"

"Ayah, tadi Amin didenda oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.."

Andainya anak kita datang mengadu kepada kita perkara-perkara di atas, bagaimana agaknya respon kita kepada mereka? Secara spontan mungkin kita akan memberi reaksi begini

"Amir, sekolah itu tempat belajar bukan tempat bergadoh. Lain kali jangan buat lagi macam tu.. Ibu tak suka anak ibu bergaduh"

"Itulah Wan, kamu tu cuai sangat selalu hilang barang, semalam hilang pensel, hari ini hilang buku. Agaknya kalau telinga tu tak melekat kat badan, telinga kamu tu pun boleh hilang jugak"

"Kan ayah dah ingatkan supaya siapkan kerja sekolah. Sapa suruh tak dengar cakap ayah..

Sejak anak-anak kita kecil lagi, kita tidak memberi tumpuan kepada emosi mereka, tidak membantu mereka mengenali emosi mereka sendiri. Yang kita selalu lakukan ialah memberi nasihat atau anak kita menterjemahkan nasihat itu sebagai leteran. Kita tidak memberi ruang untuk mendengar luahan perasaan mereka. Kita begitu cepat jump into conclusion. Apabila perasaan mereka diabaikan, anak-anak akan marah dan benci lalu menarik diri. Benteng di antara ibu bapa dan anak mula terbentuk, membuatkan hubungan ibu bapa dan anak menjadi semakin renggang dan tidak mesra. Benteng yang terbina itu menghalang mereka untuk menerima nasihat dari ibu dan bapa. Dalam emosi yang negatif begitu, mana mungkin mereka akan menerima nasihat dari kita. Situasi ini berterusan sehingga mereka remajakemudian kita pun mengeluh begini

"mengapa anak aku seakan tidak suka kepada aku..dia lebih mengutamakan kawannya"

"mengapa anak aku menjadi pendiam..tidak banyak bercakap sedangkan dengan kawan-kawannya dia begitu peramah sekali..."

"anak aku tidak pernah menceritakan masalahnya kepada aku..jadi aku pun menganggap dia tidak ada masalah..tau-tau saja dia sudah terjebak dengan geng budak-budak nakal"

Bagaimana caranya kita menangani emosi anak?

1.Jadilah pendengar yang baik. Dengarilah setiap luahan perasaan dengan penuh fokus. Jangan terperanjat, kadang-kadang yang diperlukan oleh anak cuma telinga ibu bapa yang seratus peratus mendengar bukan nasihat yang panjang berjela. Tunjukkan bahawa kita betul-betul mendengar bukan mendengar dengan sambil lewa. Tunjukkan kepada anak bahawa kita memberi tumpuan samada secara verbal ( seperti -> ohhh okay.. begitu rupanya..) ataupun secara gesture ( seperti -> anggukan kepala). Walaupun nampak begitu mudah, tetapi sukar juga bagi kita yang telah terbiasa mahu cepat memberikan penyelesaian kepada luahan perasaan anak. Kita menjadi tidak sabar mendengar cerita anak lebih-lebih lagi jika cerita itu berlegar-legar dan berbelit-belit. Jika kita mengambil jalan pintas dengan memberikan penyelesaian tanpa fokus kepada emosi mereka, anak akan menghindari dari berbicara dengan kita kerana mereka bimbang mereka akan dihakimi oleh ibu bapa. Jika kita membiarkan anak meluahkan perasaan dengan bebas tanpa judgement, kita akan mendapati kadang-kadang anak-anak akan dapat menyelesaikan sendiri masalahnya. Secara tidak langsung, pendekatan ini akan mengembangkan keyakinan dalam diri mereka.

Dialog 1"Mama, ada orang curi pensel baru Mira yang cantik tu.."

"Betul ke ada orang curi atau Mira sendiri yang hilangkannya"

"Bukan Mira yang hilangkan. Mira letak pensel tu atas meja sebelum Mira pergi ke tandas masa di sekolah tadi"

"Salah Miralah..Siapa suruh Mira letakkan pensel tu atas meja. Tentulah ada orang yang akan ambil. Dah banyak kali pensel Mira dicuri. Dah banyak kali juga mama pesan supaya jaga barang-barang sendiri tapi Mira tak mau dengar cakap mama"

"Ah..malaslah cakap dengan mama.. Mama asyik nak membebel aje.."

Dialog 2"Mama, ada orang curi pensel baru Mira yang cantik tu..?

"ohh..ye ke.."

"Mira tinggalkan di atas meja sebelum Mira pergi ke tandas masa di sekolah tadi.."

"Mmmmmm"

"Ini dah kali ketiga pensel cantik Mira dicuri"

"Hmmmm.."

"Mira tahu salah Mira sebab tak jaga pensel tu betul-betul. Selepas ni sebelum Mira ke mana-mana, Mira akan simpankan pensel itu elok-elok supaya orang tak curi"

"Ohhh..ok"

2.Mengenali emosi, menamakan dan menggambarkannya.Perlu bagi kita untuk mempelajari makna dari emosi yang diluahkan oleh anak-anak secara verbal dan gesture. Ini penting kerana kita akan membantu anak-anak mengenali emosi mereka sendiri. Di bawah ini ialah beberapa bentuk emosi yang biasa dialami oleh manusia

Marah - merasakan adanya ketidakadilan

Rasa bersalah - merasa tidak berlaku adil terhadap orang lain

Takut - bimbang terhadap sesuatu yang tak diingini akan terjadi

Kecewa - apa yang dihajati tidak diperolehi

Sedih - kehilangan sesuatu yang dirasakan berharga dan disayangi

Kesepian - perasaan sunyi dan rindu

Rasa tidak mampu - perasaan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu dengan baik

Bosan - jemu dan memerlukan sesuatu yang baru

Stress/ Depress - merasai ketidakselesaan yang menyakitkan

Dialog 1"Ayah, hamster Nina mati. Pagi tadi dia elok aje"

"Ala jangan nangisYang mati cuma hamster aje"

"Huaaaaa.."

"Dah..dah jangan nangis, nanti ayah beli hamster baru"

"Nina tak mau hamster baru"

"Habis, Nina nak apa"

Dialog2"Ayah, hamster Nina mati..Pagi tadi dia elok aje"

"ohhh..sungguh mengejutkan.."

"Nina anggap hamster tu macam kawan Nina"

"Kehilangan kawan memang menyedihkan"

"Nina ajar da macam-macam"

"Nina seronok bermain dengan hamster tu ye.."

"Nina beri dia makan setiap hari"

"Nina memang ambil berat dan sayang pada hamster tu kan"

"Ayah, nanti ayah belikan Nina hamster baru ye.."

Apabila didengari, dimengerti perasaannya, maka anak-anak akan menjadi lebih terbuka sikapnya terhadap kita. Mereka akan menjadi lebih yakin dan percaya untuk berkongsi permasalah yang mereka alami. Di saat itu, mudah bagi kita untuk menyarankan penyelesaian. Di saat itu juga, anak-anak akan lebih mudah menerima pandangan daripada kita.

Secara ringkasnya

Mendengar dengan sepenuh perhatian

Acknowledge perasaan anak dengan perkataanohhh..Mmmm..Hmm Okay

Menamakan perasaan mereka,

Tawarkan pandangan atau idea untuk menyelesaikan masalah.

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Menetapkan Peraturan Yang Berkesan: Menerap Disiplin Yang Positif

1/13/014 10:55:00 AM Disiplin, Keibubapaan No comments

Jadi, anda mahu anak anda mendengar cakap anda. Anda inginkan mereka untuk mematuhi peraturan di dalam rumah yang anda telah tetapkan dan sentiasa berdisiplin.Impian adalah satu perkara, melaksanakannya adalah satu hal lain. Menetapkan peraturan di dalam rumah yang berkesan adalah sesuatu yang lebih sukar. Sering kali kita lihat, ibu bapa menjadi kecewa apabila apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak menjadi. Kita selalu berpesan kepada mereka agar jangan berputus asa, namun malangnya kebanyakan masih merasa kecewa.Artikel ini bukan untuk mengajar tetapi untuk menjemput ibu bapa untuk meneroka cara yang mungkin berkesan untuk menjadikan anak kita sentiasa mendengar dan mematuhi peraturan di dalam rumah yang kita telah tetapkan. Melaksanakan Dan Mengekalkan Peraturan Di Dalam RumahSoalan-soalan yang memerlukan jawapan jujur dari kita samada kita telah meletakkan sesuatu asas yang kukuh untuk mendisiplinkan anak.

1. Adakah kita Telah menetapkan peraturan yang jelas dan mudah difahamiBolehkah peraturan di dalam rumah berkenaan menerangkan atau mentakrifkan dengan tepat tingkah laku yang dikehendaki. Anda mungkin berbeza pandangan dan mungkin saya boleh menjangkakannya, namun saya berharap dan mengingini.Apabila adik-beradik bergaduh dan mencampakkan mainan kepada satu sama lain, apakah kita akan mengarahkan mereka untuk berhenti dari bersifat agresif? Anak kita yang lebih tua mungkin akan memahami peraturan yang telah ditetapkan tetapi ia mungkin sesuatu yang tidak jelas kepada anak kita yang lebih muda. Apakah mesej yang kita sebagai ibu bapa cuba untuk sampaikan? Adakah patut untuk anak-anak tidak terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal atau adakah ia bermakna secara mudahnya, mainan bukan diciptakan untuk dicampakkan atau digunakan untuk mencederakan orang lain? 2. Bagaimana Konsistennya Kita Dengan Peraturan Di Dalam RumahAdakah kita salah seorang daripada ibu bapa yang dengan mudah mengubah peraturan setiap hari yang berlainan? Peraturan di dalam rumah adalah bertujuan untuk menyediakan satu kerangka asas dan perlu tetap dan tidak sentiasa berubah-ubah. Kita sepatutnya memberikan petunjuk yang jelas yang boleh membuatkan anak kita berasa selamat. Sebahagian dari peraturan boleh diubah di pelbagai peringkat kehidupan anak-anak kita tetapi hal utama di sini adalah konsisten. 3. Bagaimana Tentang kelakuan kita sendiriAdakah kita bertindak balas? Adakah kita bertindak balas terhadap tingkah laku pada tahap yang sama dalam keadaan dan masa yang berlainan? Saya pernah melihat ibu bapa yang memberi ganjaran kepada satu tingkah laku pada satu hari tertentu, sebaliknya menghukum pada hari yang lain dan mengabaikannya pada masa-masa yang lain. Ibu bapa seperti ini sebenarnya menyampaikan mesej bahawa mereka sebenarnya kurang serius.Memberi pengecualian adalah tidak mengapa tetapi untuk tidak konsisten adalah satu yang tidak boleh diterima.4. Adakah kita seorang yang bertimbang rasaAdakah peraturan di rumah kita sesuai untuk anak-anak kita? Adakah kita sudah mengambil kira keperluan dan kebolehan kanak-kanak kita? Anak kita memerlukan kita menghargai pandangan yang dikongsi oleh mereka sama seperti yang kita mahukan. Peraturan di dalam rumah yang kurang bertimbang rasa akan sentiasa menjemput sikap suka memberontak dan melanggar peraturan. Seorang anak sangat membenci seorang yang tidak bertimbang rasa seperti yang kita, ibu bapa sering lakukan.5. Bagaimana sikap kerjasama kitaAdakah kita sebagai ibu bapa, bekerjasama antara satu sama lain? Kita dan pasangan kita perlu mempunyai nilai-nilai yang sama. Kita perlu mengaplikasikan peraturan di dalam rumah yang sama dan untuk bertindak balas terhadap tingkah laku dengan cara yang sama.Anak kita masih tidak mahu mendengar. Apa yang patut berlaku sekarang?Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk kita mendengar ibu bapa berkata bahawa mereka telah mengguna pakai semua cara-cara di atas dalam melaksanakan peraturan di dalam rumah dan kanak-kanak itu masih tidak mendengar dan tidak mematuhi peraturan. Jika anda salah seorang dari orang-orang ibu bapa, maka anda perlu bertanya diri sendiri selanjutnya. a) Adakah perhatian yang mencukupi sudah diberikanApabila anak kita sudah mematuhi Peraturan-peraturan di rumah yang ditetapkan, apakah kita memberi kepada mereka perhatian yang diperlukan? Kita sepatutnya memberi pujian dan tidak mengabaikan kelakuan yang dikehendaki itu. Jika kita hanya memberi perhatian kepada mereka ketika mereka melakukan kesalahan maka mereka akan melakukan lebih banyak kesalahan kerana kita sebenarnya memberitahu mereka bahawa kelakuan buruk lebih mendapat perhatian. b) Adakah kita saling menghormatiAdakah kita sudah menyampaikan Peraturan-peraturan di rumah dan had-had sempadannya dengan cara terhormat? Kita tidak sepatutnyamenjerit dan menyumpah sewaktu menyampaikan sesuatu mesej, tidak kira berapa marahnya kita. Bagaimana kita akan bertindak balas jika bos kita sendiri tidak memanggil kita dengan nama kita apabila mereka memberi arahan? Dan tiada langsung hubungan mata ketika melakukannya!Belajar untuk menyampaikan sesuatu mesej hanya setelah kita mendapat perhatian mereka dan lakukannya secara terhormat, itu yang lebih berkesan.c) Adakah kita menyediakan pilihan lainSelalunya,dengan hanya memberitahu anak kita untuk tidak melakukan perkara-perkara tertentu tidak mencukupi. Kita perlu juga beritahu dia apa yang dia boleh lakukan. Cuba untuk tidak membuatkan dia berasa dia telah dilucutkan haknya dan dengan itu berasa kecewa. Sebaliknya, beri motivasi, beri penerangan dan beri beberapa pilihan lain. d) Menetapkan hukuman yang boleh diterima akalJika hukuman adalah perlu, hukumlah dengan satu yang boleh diterima akal kerana ini akan memberi kesan kepada bentuk tindakbalas anak kita. Ini akan memberi kesan yang besar akibat dari salah laku anak kita. Kita perlu praktikal dan tidak mengelirukan anak kita Kata PenutupTingkah laku dan hasil yang positif memerlukan masa dan usaha. Harap dapat bersabar, ikhlas dan amalkan kepimpinan melalui teladan. Beri perhatian kepada hal berkaitan halal dan haram (yang boleh dan dilarang) yang disediakan kepada keluarga anda dan ingatlah untuk membaca doa.Dan juga mereka yang berdoa (dengan berkata) : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74.http://scorea.saifulbahri.net/pendidikan/7-kaedah-mendidik-anak-cemerlang-dr-fadzilah-kamsah/Kaedah Mendidik Anak Cemerlang Dr. Fadzilah KamsahKaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Kehidupan itu ialah bunga di mana kasih saying itu ialah madu.