ibnu sina falsafah

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    1/9

    KERJA KURSUS FALSAFAH DAN

    LOGIKA MELAYU

    TOKOH FALSAFAH: IBNU SINA

    NAMA: AISAH BINTI MAT

    NO. PENDAFTARAN: JEA080002

    NO.I/C: 880604-13-5490

    NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

    NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    2/9

    TOKOH FALSAFAH DAN FALSAFAHNYA

    PENGENALAN

    Falsafah menurut bahasa Yunani atau Greek Purba merupakan gabungan

    dua perkataan iaitu philo bermaksud cinta dan sophiabermaksud

    kebijaksanaan.Maka,falsafah boleh diertikan sebagai cinta akan kebijaksanaan.

    Secara umumnya,falsafah merupakan satu proses mendalami sesuatu hingga ke

    akar umbi.

    Ramai pemikir falsafah telah wujud samaada pemikir-pemikir barat

    ataupun pemikir-pemikir islamPara pemikir falsafah islam boleh dikatakan berdiri

    sama tinggi,duduk sama rendahdengan golongan pemikir barat kerana mereka

    mampu melakukan kajian terhadap ilmu (estimologi ) mengikut bidang-bidang

    yang mereka pelopori.

    Antara tokoh falsafah islam yang terkemuka ialah Ibnu Sina ( Abu Ali al-

    Hussian Ibnu Abdullah ) atau lebih dikenali dengan panggilan Avicenna di Negara

    Barat.Beliau dilahirkan pada tahun 370 Hijrah,iaitu bersamaan dengan 980

    Masihi.Selain itu,beliau dianggap sebagai doctor islam yang terulung,bukan sahaja

    oleh umat islam,malah oeleh masyarakat barat.Beliau mempunyai ilmu

    pengetahuan dalam bidang bahasa dan sastera,geometri,logic,matematik,sains, fiqh,

    dan perubatan.Walaubagaimanapun, beliau lebih dikenali dalam bidang

    perubatan.Sebagai bukti, beliau telah berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub

    Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doctor lain.

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    3/9

    IBNU SINA DAN BIDANG FALSAFAHNYA

    Dalam ilmu falsafah Ibnu Sina,beliau percaya bahawa anggota badan

    manusia terdiri daripada empat unsur yang asas.Antaranya ialah tanah, air,api,

    dan angin.Kompenan-kompenan ini juga penting dalam pembentukan sesuatu

    benda di alam kosmos ini.Terdapat beberapa sifat ataupun ciri yang utama pada

    empat unsur tersebut;lembap,sejuk,panas,dan kering.Selain itu,ianya juga

    bergantung kepada kompenan lain yang terdapat di mikrokosmos ini.Sebagi

    contoh, apabila cuaca di sekeliling kita panas, kandungan air di dalam badan kita

    akan berkurangan.Hal ini disebabkan,cuaca panas akan menyebabkan manusia

    mudah berpeluh.Jadi,kandungan air di dalam badan akan berkurangan.

    Disamping itu,Ibnu Sina mempercayai bahawa tubuh manusia

    terdapat system ketahanan yang semulajadi untuk melawan penyakit.

    Sesungguhnya,daya tahan ini amat penting kepada setiap individu.Situasi ini

    disebabkan oleh,dengan adanya daya tahan ini kita mampu mempertahankan diri

    daripada serangan penyakit.Sistem ketahanan ini juga penting untuk menjamin

    tahap kesihatan seseorang.Selain itu,apabila terdapatnya daya tahan dalam diri

    individu tersebut ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

    Contohnya,individu yang tercedera akan cepat sembuh.Fenomena ini disebabkan

    oleh tubuh badan manusia memang mempunyai ketahanan yang smulajadi di

    dalam badan.

    Dalam bidang falsafahnya,Ibnu Sina mempunyai pengaruh pemikiran

    Yunani.Beliau mengatakan bahawa untuk mengenal Tuhan,ilmu matematik boleh

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    4/9

    digunakan.Selain Ibnu Sina,Pythagoras juga mempuyai pandangan yang sama

    dalam menghuraikan sesuatu kejadian,dimana beliau beranggapan bahawa angka

    amat berkuasa di kosmos ini.Imam Ghazali telah melabelkan Ibnu Sina lebih teruk

    dan sesat daripada masyarakat yahudi dan Nasrani.Fenomena ini disebabkan

    oleh,Tuhan merupakan Zat yang Maha berkuasa dan pencipta ala mini.

    Walau bagaimanapun,Ibnu Sina tidak pernah menidakkan kekuasaan dan

    kebesaran Allah s.w.t.Sebagai bukti,dalam bukunya yang bertajuk An-Najah,

    Ibnu Sina percaya bahawa Allah itu Maha Esa ( wajib al-wujud ).Situasi ini

    membawa maksud,manusia haruslah menyembah hanya Allah yang satu dan

    paling Agung di muka bumi ini.Allah juga yang telah menjadikan semua makhluk

    dan alam ini megikut apa yang dikehendakinya.

    Menurutnya lagi,Allah tidak mempunyai bentuk dan tidak boleh

    dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun.Ini membuktikan bahawa

    sesungguhnya Allah itu memang Maha Berkuasa dan tidak ada apa-apa kuasa pun

    yang mampu menandingi Kebesaran dan Keesaan-Nya.Selain itu,Ibnu Sina turut

    menegaskan bahawa mukmin al-wujudterbit daripada wajib al-wujud yang

    tidak ada permulaannya. Sebenarnya,Ibnu Sina ingin mengatakan bahawa Allah

    merupakan pencipta kepada ala mini termasuklah segala-gala yang terdapat di

    muka bumi yang Cuma sementara ini.Beliau juga menyampaikan bahawa akal

    manusia tidak mampu untuk mengetahui kaedah alam ini dicipta kerana ketinggian

    ilmu Allah yang Esa dan tiada tolok bandingannya.Manusia hanya mampu

    mengatakan bahawa alam semesta ini sebagai satu keseluruhan,mula-mula dengan

    cara terpecah-pecah tetapi tetap dalam suatu kerangka akliah yang disebut system.

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    5/9

    Dalam teori anatomi dan fisiologi,Ibnu Sina juga telah membuat analogi

    diantara Negara dan mikrokosmos yakni dunia kecil dan makrokosmos.Beliau

    menegaskan bahawa terdapat perbezaan diantara kedua-duanya.Perbezaan yang

    dibuat ini sbenarnya nerujuk kepada anggota badan manusia.Sebagai contoh,Ibnu

    Sina mengatakan bahawa kayangan berbentuk bulat manakala bumi berbentuk

    persegi.Hal ini membawa maksud,kayangan yang bulat itu mewakili kepala

    manusia dan bumi yang berbentuk persegi merujuk kepada kaki manusia.

    Selain itu,beliau turut menjelaskan bahawa dalam setahun terdapat empat

    musim dan 12 bulan.Oleh yang demikian,manusia mempunyai anggota badan yang

    lengkap dan 12 tulang sendi.Beliau menyatakan bahawa hati adalah pangeran

    bagi tubuh manusia.Pangeranmerupakan panggilan khusus untuk anak-anak raja

    dan pembesar.Disini,dapat dilihat bahawa Hati merupakan elemen yang amat

    penting dalam badan manusia.Selain itu,beliau turut menyifatkan paru-paru

    manusia seperti menteri,leher sebagai jendelabadan dan empedu sebagai

    markas pusatmanusia.Disamping itu,beliau juga menerapkan tentang usus

    sebagai system komunikasi dan pembuangan.Kenyataan ini membawa maksud,

    usus memainkan peranan yang amat penting dalam system perkumuhan manusia,

    dimana segala yang tidak diperlukan oleh badan akan disingkirkan.

    Ibnu Sina juga mempunyai pengetahuan dalam bidang geografi. Beliau telah

    menerangkan cara sungai-sungai berhubung dan kaitannya dengan gunung-gunung

    dan lembah-lembah.Ibnu Sina telah berjaya mengemukakan hipotesis yang

    berkaitan dengan fenomena ini dan hipotesis ini tidak mampu dilaksanakan oleh

    mana-mana tokoh falsafah lain seperti Heredotus,Aristoteles dan Protolemaious.

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    6/9

    Dalam hipotesisnya,Ibnu Sina menjelaskan bahawa gunug-gunug ini terletak tinggi

    dari lingkungan dan lapisan bumi.Apabila aliran-aliran sungai menghakis tepi- tepi

    gunung sedikit demi sedikit,secara tidak langsung bentuk gunung akan

    berubah.Akibat daripada proses tersebut,wujudlah lembah-lembah.Seperti yang

    semua sedia maklum,bentuk muka bumi di lembah-lembah sungai amat subur dan

    sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian.

    Dengan kewujudan lembah-lembah ( tanah pamah di tepi sungai atau tanah

    yang rendah di kaki gunung ),manusia boleh melakukan aktiviti pertanian bagi

    menjana jumlah pendapatan mereka.Bentuk muka bumi yang amat subur dan

    sesuai untuk aktiviti pertanian ini menyebabkan kebanyakkan manusia

    menjalankan kegiatan pertanian sebagai pekerjaan utama mereka.

    Sebagai seorang doctor,Ibnu Sina menyedari tentang kepentingan emosi

    dalam proses peulihan seseorang pesakit.Hal ini bermaksud,apabila emosi pesakit

    tersebut berada dalam keadaan yang stabil dan tenang,mudahlah baginya untuk

    sembuh kerana tidak ada gangguan.Seperti yang diketahui,emosi merupakan salah

    satu nadi kepada manusia untuk meneruskan kehidupan mereka di alam yang

    sementara ini.Sebagai contoh,apabila seseorang itu mengalami masalah, emosinya

    akan berada pada tahap yang tidak stabil.Keadaan ini menyebabkan individu

    tersebut tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupannya.

    Ibnu Sina juga turut menjelaskan tentang pesakit yang mempunyai sakit

    jiwa disebabkan oleh kekasihnya.Beliau telah menggunakan kaedah yang tertentu

    untuk membolehkan pesakit tersebut mengingati nama dan alamat kekasih pesakit

    tersebut. Beliau menyatakan bahawa nama tersebut secara berulang kali dan jari

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    7/9

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    8/9

    KESIMPULAN

    Semasa hayatnya,Ibnu Sina telah banyak memberikan sumbangan

    khususnya dalam bidang perubatan.Dalam bidang perubatan, Ibnu Sina telah

    memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan atau lebih dikenali sebagai

    Psychosomatic medicinepada masa ini.Selain itu,beliau turut memperkembangkan

    ilmu diagnosis melalui denyutan jantung ( pulse diagnosis ) untuk mengenalpasti

    keadaan humor. Diagnosis ini masih dipraktikan oleh hakim-hakim iaitu doctor-

    doktor islam di Pakistan,Afghanistan dan Parsi.

    Selain daripada itu,Ibnu Sina turut memberikan sumbangan dalam

    bidang seperti geografi,geologi,kimia dan kosmologi,dan sebagainya.Keadaan ini

    membuktikan bahawa Ibnu Sina seorang yang berpengetahuan luas kerana

    ilmunya mencakupi semua bidang.Oleh itu,sebagai manusia kita haruslah

    mencontohi sikap Ibnu Sina yang rajin berusaha walaupun telah memili ilmu

    pengetahuan.

    Ketiadaan Ibnu Sina dianggap sebagai kehilangan yang amat besar kepada

    dunia kerana beliau merupalan seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dan

    berpengalaman.Ibnu Sina tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu dan melakukan

    pembaharuan sehingga beliau menghempus nafas terakhir pada usia 58 tahun pada

    bulan Ramadhan 428 H / 1037 M.Beliau telah dimakamkan di Hamdan.

  • 8/14/2019 ibnu sina falsafah

    9/9

    RUJUKAN

    1.http://www.yahoo.com.my

    2.http://www.google.com.my

    3.Baharuddin Yatim & Sulaiman Nordin.1997.Sains Menurut Perspektif

    Islam

    4.H.Zainal Abidin Ahmad.1974

    5.Kamus Melayu Global.Susunan Hasan Hamzah