ibnu hazm

17
BIOADATA NAMA : ALI BIN AHMAD BIN SA’ID BIN HAZM AL – ANDALUSI GELARAN : IBNU HAZM @ ABU MUHAMMAD TARIKH LAHIR : 7 NOVEMBER 994 M BERSAMAAN 30 RAMADHAN 384 H TEMPAT LAHIR : DILAHIRKAN DI QURTUBA ( CORDOVA) DI BAHAGIAN TIMUR KAWASAN PERUMAHAN AL- MUN-YAH MENINGGAL : 28 SYA’BAN TAHUN 456 H , BERUSIA 72 TAHUN

Upload: maswashamsudin

Post on 12-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

POWERPOINT

TRANSCRIPT

Page 1: IBNU HAZM

BIOADATA

NAMA : ALI BIN AHMAD BIN SA’ID BIN HAZM AL – ANDALUSI

GELARAN : IBNU HAZM @ ABU MUHAMMAD

TARIKH LAHIR : 7 NOVEMBER 994 M BERSAMAAN 30 RAMADHAN 384 H

TEMPAT LAHIR : DILAHIRKAN DI QURTUBA ( CORDOVA) DI BAHAGIAN TIMUR KAWASAN PERUMAHAN AL- MUN-YAHMENINGGAL : 28 SYA’BAN TAHUN 456 H , BERUSIA 72 TAHUN

Page 2: IBNU HAZM

SUSUR GALUR KETURUNAN BELIAU: Beliau berketurunan Parsi. Moyang beliau bernama

Yazid adalah bekas hamba kepada Yazid bin Abi Sufyan bin Harb, saudara Mu'awiyah bin Abi Sufyan, dan juga Gabenor Dimasyq (Damascus) pada zaman Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA.

Moyang beliau yang bernama Khalaf pula adalah yang pertama memasuki Andalus bersama Raja Andalus, Abd Rahman Ad-Dakhil (الداخل) ) bin Mu'awiyah bin Hisyam.

Bapanya seorang menteri pada masa pemerintahan khalifah Al Mansur dan Khalifah Al – Muzaffar.

Page 3: IBNU HAZM

PERJALANAN MENUNTUT ILMU

Sebagai anak seorang menteri Ibnu hazm mendapat pendidikan daripada guru – guru yang terkenal di istana.

Pada usia 8 tahun beliau belajar ilmu Al Quran,ilmu Hadith,dan tulisan Khat dan ilmu filsafat.

Ketika 12 tahun beliau sudah pandai mengarang syair- syair, mempelajari adab dan bahasa.

Umur 26 tahun mula beralih kepada bidang fiqh kerana berlaku kekeliruan semasa menziarahi jenazah rakan bapanya di masjid.

Akibat dari peristiwa itu, beliau tergerak untuk buat kajian fiqh dan berguru dengan asy- syaikh al Musyawir Abu Abdillah Ibnu Dahun.

Page 4: IBNU HAZM

PEGANGAN MAZHAB IBNU HAZM

MALIKI

•Mazhab rasmi di Andalus.•Beliau menjadi anak

murid kepada ulama Maliki seperti Abdullah Bin Dahun Bin Jasur dan belajar kitab Imam Malik Al – Muwatha’

•Beralih ke Mazhab Syafie kerana: 1)rasa tidak puas hati terhadap ulama’ Maliki yang bertaklid kpd Mazhab itu secara fanatic. 2) Ulama’ mazhab tersebut tidak tegas dalam melaksanakan syariat islam.

• 3) Tidak melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar dan tunduk kpd pemerintah walau apa yang dilakukan mereka menyalahi syariat.

SYAFIE

•Mendalami ilmu fiqh berlandaskan mazhab syafie kerana ada seorang alim dalam mazhab Syafie iaitu Qasim bin Muhammad bin Sayyar menyebarkan dakwah ,pengajaran dan karya kepada penduduk setempat.

•Meninggalkan mazhab Syafie kerana mengamalkan Qiayas, istihsan untuk menentukan hukum

ZOHIRI

•Ibnu Hazm mengambil dasar Mazhab azh-Zhairi yang sudah lupus.Beliau seorang yang fanatik dengan mazhab ini dalam bidang aqidah,dan furu’ tetapi bukan dalam bidang ushul.

Page 5: IBNU HAZM

PENGENALAN MAZHAB ZHOHIRI

Dasar mazhab ini adalah al-Quran dan al-Sunnah.

Mereka mengambil ijma’ dengan syarat ia adalah ijma’ ulama’ keseluruhannya.

-Dinamakan sebagai mazhab al-Zohiriy kerana hanya berpegang kepada zahir lafaz al-Quran dan al-Sunnah.

- tidak mengambil takwil, qias, dan al-ro’yi serta ijtihad yang lain.

-Menolak al-Istihsan, Saddu al-Zaroi’, Masolih al-Mursalah dan segala yang berkaitan dengan al-Ro’yi.

-Mengambil hukum-hukum yang zahir daripada nas. Jika tidak terdapat nas, beliau akan mengambil hukum-hukum yang telah ditentukan oleh para sahabat Rasulullah SAW .

Page 6: IBNU HAZM

DASAR MAZHAB AZ-ZHOHIRI.

 Ibnu Hazm mengambil dasar Mazhab azh-Zhohiri yang sudah lupus. mazhab azh-Zhohiri mengambil sistem dalam bidang aqidah,dan furu’ berdasarkan kepada dua prinsip iaitu :

a.  Pendapat  berdasarkan zahir al-Qur’an,as-Sunnah dan Ijma’

b.   Menolak fahaman qiyas, ra’iy, istihsan,taqlid dan lain-lain lagi.

Page 7: IBNU HAZM

PENERIMAAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-HADITH SAHAJA ATAS SEBAB :

Al-Quran adalah kitab yang telah lengkap tiada sebarang yang tersembunyi segala hukum,perintah,khabar baik buruk serta lain-lain.Ianya telah termaktub serta tidak ada sebarang perubahan data dan fakta.

Al-Hadith pula pembawanya adalah orang yang adil serta thiqah akan perilakunya. Sanad dan matannya adalah termaktub tiada sebarang keraguan. 

Ijma’ Para Sahabat kerana ianya diperolehi melalui Rasulullah secara terus tiada sebarang perwakilan akan muzakarah dalam sesuatu permasalahan hukum

Page 8: IBNU HAZM

Ibnu Hazm menolak  pendapat dari fahaman Ijma’, Qiyas,

Ihtihsan, Ra’iy danTaqlid berdasarkan pendapat-pendapat

beliau :

1) Ijma’ : beliau menetapkan bahawa ijma’ yang mu’tabar adalah

ijma’ sahabat Nabi Muhammad saw. Kerana ijma’ berasal dari Nabi

Muhammad atau bimbingannya. Melalui dua (2) perkara yang

dibawah ini:

a.       Tidak ada perbezaan di antara umat Islam bahawa ijma’ yang

dilakukan para sahabat Nabi Muhammad adalah sahih dan tidak

dapat ditentang oleh sesiapa pun.

Page 9: IBNU HAZM

b.      Sesungguhnya agama Islam telah sempurna,

Islam adalah dari nas al-Quran Allah ianya perlu

diketahui melalui Rasulullah sebagai utusan Allah dan

harus berpegang kepada perkataan, perbuatan,

mahupun ketetapan pada sesuatu masalah. Pada Ibnu

Hazm tiada keharusan untuk berpegang kepada Ijma’

kepada sesuatu masalah yang tiada petunjuk.

Page 10: IBNU HAZM

2) Qiyas ditolak kerana pada Ibnu Hazm berpendapat bahawa nas yang luar dari jangkauan al-Quran , as-Sunnah adalah berlawanan dari hukum-hukum Allah adalah salah dari Islam. Ini kerana beliau merujuk kepada firman Allah swt yang berbunyi :

Pى  ... مRت P U ن ك R تU عRل RمR U وRأ Rك U دPين Rك تU ل Rم

R مR أ R ع�ي ع� ع� ع� ع� ع� ع� ع� ع� ع� ع� ٱ ) ...  bمR دPي Rـ ل P إ UمU Rك ضPيتU ل RرRو ا‌� ن ع� ع� )3ٱ

ةU المRائدة : Rر U3ع�س

Terjemahannya : “… Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu

agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (3)

Page 11: IBNU HAZM

Istihsan ditolak kerana ianya banyak berdasarkan kepada adat atau

kebiasaan dan kesukaan dalam sesuatu masyarakat sekeliling, menurut

beliau ada kala istihsan ini dipengaruhi oleh hawa nafsu dan aqal yang

bukan menjurus kepada hukum Allah tetapi hanya berdasarkan kepada satu

pendapat yang logik sahaja.Ini kerana pendapat ini ada beliau merujuk

kepada firman Allah yang berbunyi

ا Rش n هUوا Rر R Rن ت ىtb أ RسRعRو  U vك U ل RالU وRهUوR ك قPت UمU ڪ RلRع RبP Uت ���ك ن ع� ع� ع�‌ �� ن ع� ع� ٱ ع� Uهv لل Rو U vك ا وRهUوR شR ل Rش n {وا ب PحU Rن ت ىtb أ RسRعRو U vڪ ٱوRهUوR خR ل ع�‌ ��� ن ��� ن ع� ع�‌ �� ن ع�

RونUمR ل R U الR ت Rنت RمU وRأ ل R ع�ي ع� ع� .ة : RرRقR ةU الب Rر U216ع�س

Terjemahannya :“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (216)

Page 12: IBNU HAZM

Taqlid juga haram pada Ibnu Hazm kerana ianya diamalkan kerana mengambil pendapat atau sumber hujah dari sesuatu yang tidak sahih akan isi kandungan hukumnya. Ditakuti ianya dari sumber yang dibawanya tidak thiqah. Ibnu Hazm mengambil dari firman Allahswt sebagai hujah :

Rون Uرv RذRك Pي مvا ت Rآ قRل Pي ل R PهP أ n مPن دUون PعUوا vب Rت U وRالR ت �ك ب vم م�ن رU ك R Pل UنزPلR إ n مRآ أ PعUوا vب �ت ء�‌ ع� ۦ ع� ع� ٱاف : Rاالٴعر Uة Rر U3ع�س

Terjemahannya : “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): Turutlah

apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”

Page 13: IBNU HAZM

Ra’iy  ditolak juga kerana didalam Islam tiada sebarang unsur logik kerana didalam syariah Islam

tiada sebarang yang berdasarkan logik ianya semua berdasarkan akan hukum dan nas-nas yang

telah termaktub didalam al-Quran dan juga melalui tampalan nas dari al-Hadith yang di terangkan

oleh Rasulullah sahaja ianya boleh diguna pakai.Ra’iy juga bertentangan dengan nas dan hukum al-

Quran.Ini dapat Ibnu Hazm kupas kenapa ianya ditolak melalui firman Allah yang berbunyi :

bبP مPن Rـ Pت ك Rا فPى ن vرRا فvم U Uك Rال ث R مRم� أU Pآلv أ هP إ RاحR ن RجP RطPيرU ب �P ي tbٮ ضP وRالR طRـ

R أ v فPى ع�وRمRا مPن دRآب ٱ ع� ‌� ع� ع� ن � ع� ع� ٱ ن !

Rون Uر Rش U � ي ب Rر bىRلP Uمv إ ع"شR ث ع# ہ$ ن �‌ ع&

ةU االٴنعRام : Rر U38ع�سTerjemahannya :

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua

sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran

ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)”.

(38)

Page 14: IBNU HAZM

MURID-MURID BELIAU:

Ibnu Hazm mempunyai ramai murid yang telah mengambil ilmu daripada beliau, antara mereka ialah:

1) Anak-anaknya sendiri: Abu Rafi' Al-Fadzl (الفضل) dan Abu Usamah Ya'qub.

2)Abu Abdillah Al-Humaidiy, pengarang kitab "Jadhwah Al-Muqtabis" ( جذوة yang berperanan menyebarkan kitab-kitab Ibnu Hazm ke sebelah ,(المقتبسtimur dunia Islam.

3)Al-Imam Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad, iaitu bapa Al-Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabiy.

Page 15: IBNU HAZM

PEGANGAN AQIDAH DAN FIQH:

Dari segi aqidah, beliau secara umumnya mengikuti para ulama salaf,

kecuali dalam beberapa masalah berkaitan Nama-nama dan Sifat-sifat

Allah, dimana beliau telah melakukan kesilapan.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa kesilapan ini adalah kesan

daripada ilmu mantiq yang dipelajarinya.

Page 16: IBNU HAZM

setengah ulama’ juga tidak menyukai Ibnu Hazm kerana hanya

mengambil sumber hukum yang berdasarkan kepada Al-Quran,As-

Sunnah dan Ijma’ para sahabat sahaja dan meninggalkan seluruh cara

perletakkan hukum yang lain seperti  Qiyas,Istihsan,Ra’iy,Taqlid serta

Ijma’ yang bukan dari Sahabat.

Mendapat kritikan daripada ulama’ mazhab lain kerana beliau terlalu

tegas dan keras dalam percakapan mengkritik mazhab lain.

Banyak karyanya dibakar atau dihapuskan kerana karya dan kitabnya

terlalu zuhud. Kitabnya banyak disangkal oleh ulama’ di Andalusia.

Ulama’ Andalusia banyak kearah keduniawi.

Page 17: IBNU HAZM

ANAK MURID

Ibnu Hazm mempunyai ramai murid yang telah mengambil ilmu daripada beliau, antara mereka ialah:

1) Anak-anaknya sendiri: Abu Rafi' Al-Fadzl (الفضل) dan Abu Usamah Ya'qub.

2)Abu Abdillah Al-Humaidiy, pengarang kitab "Jadhwah Al-Muqtabis" ( جذوة yang berperanan menyebarkan kitab-kitab Ibnu Hazm ke sebelah ,(المقتبسtimur dunia Islam.

3)Al-Imam Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad, iaitu bapa Al-Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabiy.