ibnu qayyim al-jauzi

24
PENGENALAN Beliau adalah Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz bin Makkiy Zainuddin Az-Zura’iy dan kemudian Ad Dimasyqiy (orang Damaskus) Al-Hanbaliy (bermazhab Hanbali) yang dikenal dengan Ibn Al-QayyimAl-Jauziyah. Seluruh buku riwayat hidup sepakat bahawa masa kelahiran Ibn Qayyim adalah tahun 691 Hijriyah. Seorang muridnya, As-Shafadiy 1 , menyebutkan hari dan bulan kelahiran Ibn Qayyim. Ertinya, dia menerangkan bahawa IbnQayyim lahir hari ketujuh dari bulan Safar dan pada tahun yang disebutkan di atas. Pernyataan yang sama juga dilontarkan oleh Ibn Tigri Bardi 2 Ad Daudi 3 dan as-Suyuthi. 4 Di dalam buku Al-Maraghiy 5 Thabaqaat Al-Ushuliyyah menyebutkan bahawa Ibn Al-qayyim dilahirkan di Damaskus. Sedangkan para penulis riwayat hidup lainnya mengatakan bahawa Ibn Al-Qayyim dan ayahnya adalah orang Zuru’ asli dan kemudian menjadi orang Damaskus. Dengan pernyataan seperti itu, yang dimaksudkan oleh mereka adalah tempat lahir dan tempat berpindah. 1 “Al-Ahkaam,” karya Ibn Ziyad. “Az-Zaad” (5/5) 2 “Al-Ahkaam,” karya Abdul Hak Al-Isybiiliy. “At-Tahzib” 2/101, 134, 273, 302, 402), dan (4/39, 131 ,152, 245, 286, 375) dan (5/234), “Kitaab As-Shalaat” (halaman 24) serta “Az-Zaad” (2/79) 3 “Ahkaam Alquraan,” karya Al-Qadhi Ismail. “Ahkaam Ahlu Dzimmah” (2/425), “A- Zaad” (4/260) (5/495, 659) 4 “Ahkaam Al-Quran ,” karya Abu Bakar Ar-Raziy.”Al-Ighaatsah” (1/290) 5 “Ahkaam Al-Milal,”karya Abu Hafsh Al-Barmakiy. Dan Al-Qadhi Abu Ya’alaa memilih (ilmu) darinya. “Al-Badaai” (3/1020 1

Upload: shah-akidah-phb

Post on 31-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

tokoh dalam islam

TRANSCRIPT

Page 1: ibnu qayyim al-jauzi

PENGENALAN

Beliau adalah Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Sa’d bin

Hariz bin Makkiy Zainuddin Az-Zura’iy dan kemudian Ad Dimasyqiy (orang Damaskus) Al-

Hanbaliy (bermazhab Hanbali) yang dikenal dengan Ibn Al-QayyimAl-Jauziyah.

Seluruh buku riwayat hidup sepakat bahawa masa kelahiran Ibn Qayyim adalah tahun

691 Hijriyah. Seorang muridnya, As-Shafadiy1, menyebutkan hari dan bulan kelahiran Ibn

Qayyim. Ertinya, dia menerangkan bahawa IbnQayyim lahir hari ketujuh dari bulan Safar dan

pada tahun yang disebutkan di atas. Pernyataan yang sama juga dilontarkan oleh Ibn Tigri Bardi2

Ad Daudi3 dan as-Suyuthi.4

Di dalam buku Al-Maraghiy5Thabaqaat Al-Ushuliyyah menyebutkan bahawa Ibn Al-

qayyim dilahirkan di Damaskus. Sedangkan para penulis riwayat hidup lainnya mengatakan

bahawa Ibn Al-Qayyim dan ayahnya adalah orang Zuru’ asli dan kemudian menjadi orang

Damaskus. Dengan pernyataan seperti itu, yang dimaksudkan oleh mereka adalah tempat lahir

dan tempat berpindah.

Ayahnya pula menurut Ibn Katsir katanya 6 : “Dia adalah syeikh yang soleh dan seorang

ahli ibadah, Abu Bakar bin Ayyub bin Sa’d Adz-Zuru’iy Al-Hanbali, Qayyim Al-Jauziyah

(pemimpin madrasah Al-Jauziyah). Selain itu dia adalah lelaki yang soleh, ahli ibadah dan

memiliki kemuliaan. Anak kepada Ibnu Qayyim Al-Jauziyah bernama Abdullah7 iaitu

Syarafuddin Jamaluddin Abdullah bin Imam Syamsuddin Muhammad. Kelahirannya jatuh pada

tahun 723 Hijriyah dan wafatnya pada tahun 759 Hijriyah. Dirinya memiliki kekuatan akal,

hafalan dan kecerdasan yang tinggi. Terbukti bahawa dia telah menghafal surah Al-‘araf dalam

1 “Al-Ahkaam,” karya Ibn Ziyad. “Az-Zaad” (5/5)2 “Al-Ahkaam,” karya Abdul Hak Al-Isybiiliy. “At-Tahzib” 2/101, 134, 273, 302, 402), dan (4/39, 131 ,152, 245, 286, 375) dan (5/234), “Kitaab As-Shalaat” (halaman 24) serta “Az-Zaad” (2/79)3 “Ahkaam Alquraan,” karya Al-Qadhi Ismail. “Ahkaam Ahlu Dzimmah” (2/425), “A-Zaad” (4/260) (5/495, 659)4 “Ahkaam Al-Quran ,” karya Abu Bakar Ar-Raziy.”Al-Ighaatsah” (1/290)5 “Ahkaam Al-Milal,”karya Abu Hafsh Al-Barmakiy. Dan Al-Qadhi Abu Ya’alaa memilih (ilmu) darinya. “Al-Badaai” (3/10206 “Al-Athraaf,” karya Abu Al-Qasim Ibn Asaakir.”Az-Zad” (5/276,627)7 Al-Bidayah Wan Nihayah karya Ibn Katsir (14/202,213,218), Ad-Durar al-Kaminah (2/396), Syadzraat Adz –Zahab (6/180)

1

Page 2: ibnu qayyim al-jauzi

dua hari. Selain itu dia telah menyempurnakan hafalan Al-Quran pada tahun 731 Hijriyah atau

pada usianya Sembilan tahun. Seorang lagi anak beliau dikenali sebagai ahli nahu dan fikah iaitu

Burhanuddin Ibrahim yang lahir di tahun 716 Hijriyah. Dia telahmengeluarkan fatwa dan belajar

di as-Shadriyah di mana namanya terkenal luas melalui ayahnya. Bahkan dia memiliki petunjuk

dan keutamaan yang besar dalam Ilmu nahu di mana ia telah memberikan penjelasan buku

Alfiyah Ibn Malik dan judul buku ‘Irsyad As-Salik Ilaa Hilli Alfiyat Ibn Malik.

2

Page 3: ibnu qayyim al-jauzi

AKHLAK IBN AL-QAYYIM

Ibn katsir berkata8 bahawa Ibn Qayyim Al-Jauziyah adalah orang yang baik bacaan dan

santun perangainya. Bahkan dirinya memiliki rasa cinta kasih yang besar dengan tidak memilki

kedengkian terhadap orang lain dan tidak menyakitinya. Kesimpulannya bahawa dirinya adalah

orang yang memiliki kebaikan, keutamaan dan akhlak mulia.

Ibn Rajab9 berkata sesungguhnya Ibn Qayyim Al-Jauziyah adalah orang yang rajin

beribadah dan tahajud serta selalu memanjangkan solatnya. Lebih dari itu, dia juga gemar

berzikir, istighfar serta bertaubat kepadaAllah. Semua itu dilakukannya dengan ikhlas dimana

aku tidak pernah melihat seperti yang dilakukannya. Selain itu aku juga tidak pernah melihat

orang yang lebih luas ilmunya dan dirinya dalam hal pemahaman terhadap makna-makna al-

quran, sunnah dan hakikat iman. Hal itu bukan beerti dia adalah orang yang dilindungi dari

kesalahan, namun aku tidak pernah melihat orang yang sama dengannya.

Zuhudnya Ibn Qayyim Al-Jauziyah dinukilkan dalam buku Madaarij As-Salikin bahawa

orang yang penuh hatinya dengan keyakinan kepada Allah dalam ibadahnya. Bahkan di

dalamnya terdapat rasa rindu dan cinta yang telah menyelimuti seluruh hatinya. Sehingga ibadah

telah menjadi sebuah keperluan jiwa yang tidak boleh ditinggalkan lagi baginya.

Dirinya telah banyak mengalami ujian dan pelbagai cubaan. Hal itu terbukti dari dirinya

ditahan bersama Syeikh Taqiyuddin untuk yang terakhir kalinya di dalam benteng di mana dia

tidak dilepaskan kecuali setelah meninggalnya syeikh. Pada masa penahanan dirinya, dia justeru

menyibukkan dirinya dengan dengan membaca Al-Quran, merenunginya dan banyak berfikir.

Selain itu dia juga sering melaksanakan ibadah haji dan bermukim sebagai tetangga kota Mekah.

Para penduduk Mekah menyebutkan tentang dirinya bahawa dia adalah orang yang rajin sekali

beribadah dan sering melakukan tawaf sehingga menjadi hal yangmenakjubkan darinya.

8 Al Bidayah Wan Nihayah 914/202)9 Dzail Thabaqaat Al-Hanaabilah (2/450)

3

Page 4: ibnu qayyim al-jauzi

Ibn Hajar10 berkata bahawasanya jika Ibn Qayyim Al-Jauziyah telah melaksanakan solat

subuh, maka dia menempati tempatnya dengan berzikir kepada Allah hingga waktu siang

tampak. Dia berkata, “Ini adalah waktu pagiku dan jika aku tidak menundukkannya maka

kekuatanku akan lumpuh.” Selain itu ia juga berkata, “dengan kesabaran dan kefakiran, kamu

dapat meraih kepimpinan dengan agama.”

10 Ad Durar Al-Kaminah (4/21-22)

4

Page 5: ibnu qayyim al-jauzi

GURU IBN AL-QAYYIM

As-Syihab Al-‘Abir yang meninggal dunia pada tahun 697 Hijriyah. Dengan begitu,

Ibn Al-Qayyim mulai mendengarkan ilmu darinya di usianya yang ketujuh.

Abu Al-Fath Al-Ba’kabaki yang meninggal dunia pada tahun 709 Hijriyah.

Dengannya Ibn Al-Qayyim telah membaca pelbagai buku nahu, antaranya adalah

Alfiyat Ibn Malik. Adapun alfiyat dan buku nahu lainnya merupakan dalam bahasa

arab yang memiliki perbahasan yang panjang, adalah ilmu yang tidak dipelajari oleh

Ibn Al-Qayyim melainkan dengan kecerdasan dan kemahirannya. Ertinya dia telah

menguasai bahasa arab dengan sebaik-baiknya pada usianya yang belum mencapai

sebilan belas tahun.

Ayahandanya sendiri, Abu bakar bin Ayyub Qayyim Al-Jauzi

Ibnu Abdiddaim

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Ibnu Asy-Syirazi

Al-Majd Al-Harrani

Ibnu Maktum

Al-Kuhhali

Al-Baha’ bin Asakir

Al-Hakim Sulaiman Taqiyuddin Abu Fadl bin Hamzah

Syarafuddin bin Taimiyah, saudara Ibnu Taimiyah

Al-Mutha’im

Fathimah binti Jauhar

Majduddin At-Tunisi

Al-Badar bin Jama’ah

Ash-Shaf Al-Hindi

Az-Zamlakani

Ibnu Muflih

MURID-MURID IBN AL-QAYYIM

5

Page 6: ibnu qayyim al-jauzi

Adapun murid-murid beliau, antara lain :

Al-Burhan bin Al-Qayyim Al-Jauzi, anak beliau bernama Burhanuddin

Syarafuddin bin Al-Qayyim, anak beliau bernama Abdullah bin Muhammad

Ibnu Katsir

Ibnu Rajab

As-Subki

Adz-Dzahabi

Ibnu Abdulhadi

An-Nablusi

Al-Ghazi

Ali bin Abdulkafi bin Ali bin Tamam As-Subki

Al-Fairuz Abadi Al-Muqri.

KARYA-KARYA IBN AL-QAYYIM

6

Page 7: ibnu qayyim al-jauzi

Karyanya mencapai 60 lebih dalam berbagai disiplin ilmu pengetahuan. Sebahagian

berukuran besar (dalam beberapa jilid) dan sebahagian yang lain dalam satu jilid. Kesemuanya

adalah karya yang sangat terbaik dan bermanfaat di bidangnya.

Dalam bidang fiqih dan Ushul, ia menulis: I’lam al-Muwaqqi’in an-Rabbil ‘Alamiin,

ath-Thuruq al-Hukmiah fi as-Siyasah asy-Syar’iyah, Ighatsah al-Lahfan fi Maka’id asy-Syaithan,

Tuhfah al-Maudud fi Hikam al-Maulud, Ahkam Ahli adz-Dzimmah dan al-Furusiah.

Dalam bidang hadith dan sejarah hidup Rasulullah, ia menulis: Tahdzib Sunan Abi Daud

wa Idhahu ‘Ilaihi wa Musykilatihi, Zad al-Ma’ad fi hadyi Khairil ‘Ibad. Dalam bidang aqidah

beliau menulis: Ijtima’u al-Juyusyi al-islamiyah ala Ghazwi al-Mu’atthilah wal Jahmiyah, ash-

Shawa’iq al-Mursalah ala al-Jahmiyah wal Mu’atthilah, Syifa’ul Alil fi Masa’ili al-Qadha’i wal

Qadari wal Hikmati wat Ta’lil, Hidayah al-Hiyara min al yahudi wan Nashara, Haadi al-Arwah

ila Bilad al-Afrah, dan Kitab ar-Ruh.

Dalam bidang akhlak dan tazkiyah, ia menulis Madarij as-Salikin, Iddatus Shobirin wa

Dzakhiratus Syakirin, ad-Da’ wa ad-Da’wah, dan al-wabil ash-Shayib min al-Kalim at Thayyib.

Sementara untuk disiplin ilmu yang lain beliau menulis: at-Tibyan fi Aqsami al-Qur’an, Bada’i

al-Fawa’id, al-Fawa’id, Jala’ul Afham fis-Shalah was Salam ala Khairul Anam, Raudhah al-

Muhibbin, Thariqul Hijratain wa Bab as-Sa’adatain, Miftah ad-Dar as-Sa’adah, dan kitab yang

lain yang memberi sumbangan sangat besar dalam khazanah keilmuan Islam.

Di antara perkataan-perkataannya :

Ia menafsirkan jalan yang lurus seraya mengatakan, “Itulah jalan Allah yang telah

didirikan bagi para hamba-Nya melalui lisan Rasul-Nya sebagai media hamba untuk sampai

kepada-Nya, iaitu dengan memberikan ‘ubudiyah hanya kepada-Nya dan ketaatan kepada Rasul-

Nya. Kerananya tidak boleh menyekutukan-Nya dengan seseorang dalam ubudiyah dan keta’atan

7

Page 8: ibnu qayyim al-jauzi

ini. Itulah nilai dan kandungan syahadat “tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa sesungguhnya

Nabi Muhammad adalah utusan Allah.”

Tulisan-tulisan Ibnu Qayyim yang telah dicetak, antara lain :

Ijtima’ Al-Juyush Al-Islamiyah ’ala Ghazwil Mu’aththalah wa Al-Jahmiyah.

Ahkam Ahli Adz-Dzimmah.

Asma’ Mu’allafat Ibni Taimiyah.

I’lam Al-Muwaqqi’in ’an Rabbil ’Alamin.

Ighatsah Al-Lahfan min Mashayid Asy-Syaithan.

Ighatsah Al-Lahfan fi Hukmi Thalaq Al-Ghadhban.

Badai’ Al-Fawaid.

At-Tibyan fi Aqsam Al-Qur’an.

Tuhfah Al-Maudud fi Ahkam Al-Maulud.

Tahdzib Mukhtashar Sunan Abi Dawud.

Jala’ Al-Ifham fi Shalah wa As-Salam ‘ala Khairil Anam.

Hadi Al-Arwah ila Bilad Al-Afrah.

Hukmu Tarik Ash-Shalah.

Ad-Da’wa wa Ad-Dawa’.

Ar-Risalah At-Tabukiyah.

Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin.

Ar-Ruh.

Zad Al-Ma’ad fi Hadyi Khairil Ibad.

Syifa’ Al-‘Alil fi Masa’il Al-Qadha’ wa Al-Qadar wa Al-Hikmah wa At-Ta’til.

Ath-Thib An-Nabawi.

Thariq Al-Hijratain wa Bab As-Sa’adatain.

Ath-Thuruq Al-Hakimah fi As-Siyasah Asy-Syar’iyyah.

‘Iddah Ash-Shabirin wa Dakhirah Asy-Syakirin.

Al-Furusiyah.

Al-Fawaid.

Al-Kafiyah Asy-Syafiyah fi Al-Intishar li Al-Firqah An-Najiyah.

8

Page 9: ibnu qayyim al-jauzi

Al-Kalam Ath-Thayyib wa Al-‘Amal Ash-Shalih.

Madarij as-Salikin baina Manazil Iyyaka Na’budu wa Iyyaka Nasta’in.

Miftah Dar As-Sa’adah wa Mansyur Wilayah Al-Ilmi wa Al-Iradah.

Al-Manar Al-Munif fi Ash-Shahih wa Adh-Dha’if.

Hidayah Al-Hiyari fi Al-Yahud wa An-Nashara.

9

Page 10: ibnu qayyim al-jauzi

ILMU-ILMU IBN AL-QAYYIM

Adapun ilmu-ilmu yang didapatnya dan dikuasainya tentunya hampir mencakupi seluruh

ilmu syariat dan ilmu-ilmu alat. Ibn al-Qayyim sendiri telah mempelajari tauhid, ilmu kalam,

tafsir, hadis, fikah, usul fikah, faraid, bahasa dan nahu serta yang lainnya dari para syeikh yang

ada pada masanya. Jadi keadaan kecerdasanyang begitu kuat di dalam diri Ibn Al-Qayyim Al-

Jauziyah juga telah menular kepada murid-muridnya yang terkenal. Di antara mereka pernyataan

mereka tentang kecerdasan beliau adalah :

1. Muridnya, Ibn rajab berkata : “Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyah menguasai ilmu fikah

mazhab, sangat cerdas dan memberikan fatwa. Bahkan dia juga terus bersama menuntut

ilmu dari gurunya, Taqiyuddin bin Taimiyah, dengan menguasai seluruh ilmu-ilmu islam.

Ilmu-ilmu yang didalaminya adalah ilmu tafsir, usuluddin, hadis dan ulumul hadis, fikah

dan usulnya, bahasa Arab, ilmu kalam, nahu dan lainnya. Sesungguhnya beliau adalah

orang yang berilmu di mana setiap disiplin ilmu memiliki peranan yang penting.”

2. Muridnya yang lain, Ibn Katsir berkata : “ Ibn Al-Qayyim mendengar hadis dan

menyibukkan diri dengan ilmu serta menguasai pelbagai ilmu dengan baik seperti hadis,

tafsir dan usul keduanya. Ketika Syaikul Islam Ibn Taimiyah kembali dari Mesir, Maka

Ibn Al-Qayyim kerap mendampinginya untuk mengambil ilmu sebanyak-banyaknya.

Akhirnya Ibn Al-Qayyim menjadi ulama yang unik kerana menguasai pelbagai disiplin

ilmu yang disibukkan dengan mencarinya baik pada waktu siang atau juga malam.”

3. Muridnya, Adz-Zahabi berkata : “Ibn Al-Qayyim memberi perhatian terhadap hadis,

matan dan para perawinya. Beliau juga menyibukkan diri dengan menuntut ilmu fikah,

nahu dan yang lainnya.

4. Ibn Nashir Ad Dimasyqiy berkata: “ Ibn Al-Qayyim adalah ulama yang menguasai

pelbagai disiplin ilmu terlebih lagi ilmu tafsir serta usul dari yang tersirat dan tersurat.”

10

Page 11: ibnu qayyim al-jauzi

5. Ibn Hajar berkata : “Ibn al-Qayyin adalah ulama yang memiliki ilmu yang luas,

mengetahui pelbagai masalah khilafiyah dn mazhab-mazhab para ulama salaf.”

6. As-Shuyuthi berkata : “Ibn Al-Qayyim telah mengarang pelbagai buku, berdebat dan

berijtihad. Bahkan dia telah menjadi bahagian dari kelompok para ulama ternama dalam

bidang ilmu tafsir, hadis, furu’, dua usul dan bahasa Arab.”

7. Ibn Tigriy Bardi berkata : “ sesungguhnya Ibn Al-Qayyim adalah ulama yang cerdas dan

menguasai pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, fikah, bahasa Arab, nahu, hadis, usul dan

furu’. Bahkan dia juga kerap bersama menuntut ilmu dari Syeikhul Islam Ibn Taimiyah

setelah kembali dari Cairo pada tahun 712 Hijriyah. Dengan itu, dia menjadi salah

seorang ulama ternama pada masanya dan banyak diambil manfatnya oleh seluruh

manusia.”

8. As-Syaukani berkata : “ Ibn Al-Qayyim menguasai pelbagai bidang ilmu dan menyaingi

para sahabatnya. Bahkan dia juga telah mendalami pengetahuannya dalam hal mazhab-

mazhab ulama salaf.”

Pelbagai pernyataan para ulama di atasberkaitan dengan keterangan mengenai

kedudukan Ibn Al-Qayyim dalam menuntut ilmu. Jadi keupayaan menuntut ilmu yang

dilakukan oleh Ibn Al-Qayyim terebut bukanlah perkara asing dari apa yang Allah beri

kepadanya dari pelbagai bakat dan kemahiran yang luar biasa. Tidak diragukan lagi

bahawasanya Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyah adalah sebuah pemberian ilahi kepada manusia

yang begitu berharga. Keberadaannya sebagai ulama tidak hanya rekaan sendiri kerana ia

memiliki kecerdasan yang luar biasa dan daya pemikiran yang kuat.

11

Page 12: ibnu qayyim al-jauzi

PEMIKIRAN IBN QAYYIM AL-JAUZIYAH

Pada umur enam belas tahun Ibn Qayyim belajar pada Ibn Taimiyyah, dan menjadi

muridnya yang paling cerdas dan paling terkenal. Kerana kecerdasanya inilah kemudian ia

menjadi orang yang meneruskan pemikiran-pemikiran gurunya. Di samping ia menjadi murid

Ibn Taimiyyah, ia juga pernah menjadi murid seorang ulama yang terkenal pada zamannya,

iaitu Zain ad-Din Ibrahim Ibn Muhammad asy-Syairazi.

Dari sekian banyak karya Ibn Qayyim yang banyak memberikan pengaruh pada dunia

pemikiran Islam pada saat itu bahkan mungkin sampai sekarang adalah dalam bidang fikih.

Hal ini memang sangat wajar kerana ia adalah seorang faqih dari Madzhab Hanbali.

Sehingga di Damaskus ia menjadi seorang fakih yang sangat dihormati dan segani. Dan salah

satu bukunya dalam bidang fikih yang terkenal adalah ath-Thuruq al-Hukmiyyah fi as-

Siyasah asy-Syar’iyyah.

Buku ini sebagian besar berisi tentang hukum-hukum yang sering banyak dibicarakan

oleh para hakim Islam, dan tidak ketinggalan pula dalam buku ini mengandungi sebahagian

keputusan-keputusan hukum yang pernah dibuat khulafa` ar-rasyidin, dan khalifah-khalifah

setelahnya.

Ibn Qayyim menganggap keliru orang yang memahami bahawa tidak ada siyasah

kecuali apa yang dikatakan secara tekstual oleh syara. Lebih lanjut lagi boleh dikatakan

bahawa pemahaman “tidak ada siyasah kecuali apa yang dikatakan secara tekstual oleh

syara” sama dengan menganggap keliru para sahabat. Sebab dalam praktiknya selalu para

sahabat itu melanggar ketentuan syara.

Conthnya, ketika Umar menolak untuk memberikan zakat pada muallafatu

qulubuhum, dan pembakaran mushaf yang dilakukan khalifah Usman ibn Affan. Kedua

keputusan yang diambil oleh kedua khalifah tersebut secara terus melanggar syara. Tetapi

harus diingat bahawa apa yang dilakukan mereka berdua didasarkan pada pertimbangan

kemaslahatan umat. Sedangkan kemaslahatan umat merupakan tujuan utama diturunkan

12

Page 13: ibnu qayyim al-jauzi

syari'at. Hal ini sebagaimana ditegaskan sendiri oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya yang lain,

“Bahwa syariat didirikan di atas prinsip kemaslahatan hamba…” [I’lam al-Mauqi’in, jilid,

III, hlm. 14].

Dengan demikian siyasah sebagaimana pernyataan Ibn ‘Aqil yang dikutip oleh Ibn

Qayyim, adalah kebijakan yang lebih memandang kemaslahatan dan menjauhkan kehancuran

masyarakat, meskipun kebijakan tersebut tidak pernah dibuat Rasulullah dan tak dijelaskan

wahyu” (as-siyasah ma kana fi’lan yakunu ma’ahu an-nas aqrab ila al-shalah wa ab’ad ila

al-fasad wa in lam yadha’hu ar-rasul wa la nazala bihi wahy).

Bagi Ibn Qayyim syariat adalah keadilan. Sebab, Allah mengutus para rasul dan

menurunkan wahyu-Nya untuk menegakkan keadilan di bumi dan langit. Jadi, keadilan

termasuk dari inti syariat. Oleh itu, Ibn Qayyim mengatakan, “Apabila tanda-tanda keadilan

dan wajahnya telah nampak dengan jelas dengan jalan apapun, maka di situlah syariat Allah

dan agama-Nya”. (Dalam kitab I’lam al-Mauqi’in), Ibn Qayyim bahwa syariat bukan hanya

bertujuan untuk keadilan, tetapi juga kasih sayang, dan tujuan kemaslahatan. Dan segala hal

yang keluar dari nilai-nilai keadilan, kasih sayang dan kemaslahatan bukan termasuk dari

syariat.

Jelas sudah bahawa penegakan keadilan merupakan inti dari syariat itu sendiri. Dan

keadilan apapun alasannya harus ditegakkan di bumi kerana ia merupakan bahagian dari misi

yang diutus para rasul.

Satu hal yang perlu dilihat adalah bahawa semua hukum-hukum yang dijelaskan

dalam buku ini adalah merupakan hasil ijtihad. Sehingga keputusan hukum yang telah

diambil bukan merupakan keputusan terakhir. Dan yang terpenting bagi kita adalah

menganbil semangat yang melatar belakangkan munculnya keputusan-keputusan hukum

tersebut iaitu semangat keadilan, kemaslahatan, dan kasih sayang.   

Banyak pemikir dan ulama yang memisahkan antara teori dan praktik, ertinya apa

yang ditulis dan dikatakan adalah sesuatu, sedangkan apa yang dikerjakan dan dipraktikkan

13

Page 14: ibnu qayyim al-jauzi

dalam kehidupan sehari-hari adalah sesuatu yang lain. Para ulama dan pemikir yang memiliki

pendapat seperti ini bukanlah ulama dan pemikir yang patut dieladani.

Maka orang yang bisa diteladani harusnya orang yang memiliki keseimbangan antara ilmu

dan amal atau antara teori dan praktik.

Para penulis sejarah ulama dan pemikir Islam tahu bahawa Imam Ibn Qayyim

termasuk ulama dan pemikir yang memadukan antara teori dan praktek atau antara ilmu dan

amal. Hal ini dapat dilihat dari tulisan-tulisan Ibn Qayyim dari satu sisi dan sejarah

kehidupannya dari sisi lain. Keduanya memiliki kesamaan dan keserasian antara pemikiran

dan praktiknya atau antara perkataan dan perbuatannya.

Banyak sekali saksi dan bukti yang dapat menunjukkan hal ini. Tapi dalam hal ini,

cukup bagi kita mengetahui apa yang dinyatakan Ibnu Qayyim dalam tulisan-tulisannya,

"Kita harus beragama secara benar, memiliki akhlak yang baik, zuhud, wara', dan

memperbanyak ibadah." Kemudian kita lihat dalam kenyataan hidupnya bagaimana Ibn

Qayyim menerapkan dengan sungguh-sungguh apa yang dikatakan dan diyakininya. Banyak

rujukan yang menyebutkan bahawa ia memiliki sikap yang tenang, kuat berfikir, mengambil

ilmu, keikhlasan dan keimanan gurunya serta tidak mengambil darinya sifat-sifat yang

negatif.

Ibn Qayyim juga memiliki pengetahuan tentang tasawuf secara mendalam, bukan

diperoleh dari gurunya, melainkan sebagai titik berangkat untk beribadahdan sebagai arah

untuk berzuhud, serta untuk memahami isi agama dalam pengertian wara'. Dalam bukunya "

Madariju As-Salikin fi Maqami Iyyaka Na' budu wa iyyaka Nasta'in ," Ilmu syariat dan ilmu

hakikat dipertemukan sehingga mendapat pemahaman keagamaan yang lurus,pemikiran yang

tegak, dan akhlak yang mulia.

14

Page 15: ibnu qayyim al-jauzi

Di antara ciri-ciri aliran salafi yang dikembangkan oleh Ibn Qayyim, adalah sebagai

berikut :

1. Memberi ruang dan peluang ijtihad di dalam berbagai kajian keagamaan.

2. Tidak terikat secara mutlak dengan pendapat ulama-ulama terdahulu.

3. Memerangi orang-orang yang menyimpang dari aqidah kaum salaf.

4. Kembali kepada Al Qur’an dan As-Sunnah sebagai rujukan utama ajaran Islam.

15

Page 16: ibnu qayyim al-jauzi

FATWA YANG MENJERUMUSKAN IBN AL-QAYYIM KE PENJARA

Banyak dianatar fatwa mengenai fikah dan akidah yang dikeluarkan oleh Ibn Al-Qayyim

yang pada akhirnya membuatnya harus menghadapi pelbagai tindakan buruk antaranya adalah :

1. Masalah Tiga Talak Dengan Satu Lafaz.11

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah mengeluarkan fatwa bahawa tiga talak dengan satu lafaz

dianggap sebagai satu talak. Jadi fatwa yang dikeluarkannya tersebut sesuai dengan pilihan

gurunya, Ibn Taimiyah. Sementara kaum muslimin lainnya menerapkan bahawa tiga talak

yang diucapkan dengan satu lafaz tetap dianggap sebagai talak tiga bukan satu.

Jelas bahawa hal itu menimbulkan pengingkaran di dalam diri orang-orang kecuali

mereka yang memiliki ilmu yang luas dan pengetahuan tenyang sejarah fikah serta

perselisihan tersebut.

Salah seorang muridnya Ibn Katsir menyebutkan apa yang terjadi dengan fatwa yang

disebutkannya tersebut. Ibn Katsir berkata bahawasanya Ibn Al-Qayyim memberikan fatwa

dalam masalah talak dengan pendapat gurunya Taqiyuddin Ibn Taimiyah. Dengan fatwa

tersebut, telahtimbul pelbagai perbahasan yang panjang dengan Qadhi Al-Qudhat,

Taqiyuddin As-Subki dan yang lainnya.

2. Syafaat dan Tawasul

Diantaranya adalah permasalahan syafaat dan tawasul dengan para nabi serta

peingkaran Ibn Al-Qayyim atas niat terhadap kubur nabi sahaja, tidak denganmeniatkan

kepada masjid Nabawi. Dalam fatwa ini, beliau dan gurunya mendapat perlakuan kasar

seperti dipukul. Hal itu terjadi pada hari Isnin tanggal enam bulan Syaaban tahun 726

Hijriyah.12

PENUTUP

11 Ighatsatul Lahfaan (1/283-328) “12 As –suluk karya Al-Maqrizi

16

Page 17: ibnu qayyim al-jauzi

Wafat

Beliau wafat pada penghujung waktu Isya’, malam kamis 23 rajab 751 Hijriyah pada

usianya genap 60 tahun. Keesokan harinya ia disembahyangkan di Masjid Jami’ Damaskus,

kemudian disembahyangkan lagi di Masjid Jami’ al-Jarrah, di dekat pemakaman di mana ia akan

dimakamkan iaitu di Bab ash-Shaghir yang sangat terkenal hingga sekarang.

Ibn Katsir berkata,”jenazahnya telah dihadiri ramai orang, dihadiri oleh para hakim dan

orang-orang soleh dari kalangan khusus dan umum. Manusia berduManusia berduyun-duyun

menghantarkan jenazahnya ke pemakaman.”

Seorang murid Ibn Qayyim menyebutkan bahwa beliau melihat ru’ya (mimpi yang benar

keberadaannya) menjelang kematiannya. Muridnya berkata ,” beberapa waktu sebelum ajalnya,

dia (Ibn Qayyim) melihat Syeikh Taqiyuddin di dalam mimpi lalu dia bertanya tentang

kedudukannya, lalu Taqiyuddin menyebutkan bahawa kedudukannya berada di atas sebahagian

orang-orang besar. Kemudian dia berkata kepada Ibn Qayyim, “tidak lama lagi kamu akan

menyusul kami tetapi kamu sekarang berada pada tingkatan Ibnu Khuzaimah.”

17