ibnu taiyimah

32
KEPEMIMPINAN MENGIKUT IBU TAIMIYAH Kepimpinan ini adalah penting dalam islam ini ditegaskan di dalam hadis nabi yang diriwayatkan ibnu majah dan nasai; “ Apabila keluar tiga orang dalam musafir, maka lantiklah salah seorang di kalangan kamu sebagai pemimpin”. Mengikut Ibnu Taimiyah ciri-ciri kepimpinan dalam Islam terdiri dari 4 ciri utama daripada 16 ciri yang lain yang tak dapat dihuraikan semuanya. 1.Memakai Tenaga Yang Lebih Patut (Ashlah) Tatkala Nabi s.a.w. menaklukkan kota Makkah dan menerima kunci Kabah dari tangan Bani Syaiban, paman beliau Abbas menuntut agar kepadanya dipusatkan urusan air untuk keperluan jamaah haji dan sadanah (penjagaan kabah) maka lantas Tuhan menurunkan ayat tersebut tadi, yang mengandungi perintah mengembalikan kunci- kunci Kabah kepada Bani Syaibah. Maka adalah menjadi kewajiban bagi pemimpin (pemerintah), bahawa ia harus menempatkan segala macam urusan kaum muslimin kepada orang-orang yang lebih patut (cekap) untuk jawatan itu.Nabi s.a.w.telah bersabda. “Barangsiapa yang bertugas mengatur urusan kaum Muslimin, maka diangkatnya seseorang padahal ia masih melihat orang yang lebih patut (cekap) untuk kepentingan orang Islam dari yang diangkatnya

Upload: fizisha68

Post on 19-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pembentangan

TRANSCRIPT

KEPEMIMPINAN MENGIKUT IBU TAIMIYAHKepimpinan ini adalah penting dalam islam ini ditegaskan di dalam hadis nabi yang diriwayatkan ibnu majah dan nasai; Apabila keluar tiga orang dalam musafir, maka lantiklah salah seorang di kalangan kamu sebagai pemimpin.Mengikut Ibnu Taimiyah ciri-ciri kepimpinan dalam Islam terdiri dari 4 ciri utama daripada 16 ciri yang lain yang tak dapat dihuraikan semuanya.1.Memakai Tenaga Yang Lebih Patut (Ashlah)Tatkala Nabi s.a.w. menaklukkan kota Makkah dan menerima kunci Kabah dari tangan Bani Syaiban, paman beliau Abbas menuntut agar kepadanya dipusatkan urusan air untuk keperluan jamaah haji dan sadanah (penjagaan kabah) maka lantas Tuhan menurunkan ayat tersebut tadi, yang mengandungi perintah mengembalikan kunci-kunci Kabah kepada Bani Syaibah.Maka adalah menjadi kewajiban bagi pemimpin (pemerintah), bahawa ia harus menempatkan segala macam urusan kaum muslimin kepada orang-orang yang lebih patut (cekap) untuk jawatan itu.Nabi s.a.w.telah bersabda.Barangsiapa yang bertugas mengatur urusan kaum Muslimin, maka diangkatnya seseorang padahal ia masih melihat orang yang lebih patut (cekap) untuk kepentingan orang Islam dari yang diangkatnya itu, maka dengan begitu sungguhnya ia telah berkhianat kepada Allah dan kepada RasulNya.Dan pada suatu riwayat, hadits itu berbunyi:Siapa-siapa yanag menyerahkan suatu jawatan (urusan) kepada seseorang di dalam suatu jamaah, padahal ia melihat orang yang lebih berhak bagi jawatan itu dalam lingkungan jamaah tersebut, maka sungguh ia telah berkhianat kepada Allah dan khianat kepada RasulNya serta khianat kepada segenap orang muslim. (Hadits Riwayat Hakim dalam Sahihnya)Ada sebahagian Ulama mengatakan,bahawa ucapan di atas adalah dari ucapan Umar bin Khattab terhadap anaknya, Ibnu Umar.Berkata Umar bin Khattab r.a:Siapa-siapa yang mengangkat seseorang untuk jawatan yang mengurus kaum muslim, maka diangkatnya orang kesayangannya atau kerana hubungan karib-kerabat antara keduanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kaum muslimin.Ini adalah kewajiban seorang pemimpin (pembesar). Maka ia wajib terlebih dahulu meneliti siapa-siapa orang yang sebenarnya berhak menjadi pimpinan, yang akan menjadi wakil-wakil seluruh daerah (kota-kota), yakni pembesar-pembesar yang akan menjadi wakil pemegang kekuasaan, para haki, pembesar-pembesar militer, komandan-komandan pasukan yang kecil mahupun kesatuan-kesatuan yang besar, pengawas-pengawas kewangan (harta benda) yang terdiri dari menteri-menteri dan para sekretaris Negara, petugas-petugas yang memungut pajak dan zakat (sedekah) dan sebagainya dari harta kaum muslimin.Untuk masing-masing jawatan itu haruslah dicari dan diangkat orang-orang yang betul-betul cekap (patut) di antara orang Islam yang ada.Dan hal yang seperti itu berlaku juga untuk memilih Imam-imam sembahyang,Muadzin,Para qurra, Guru-guru, pemimpin-pemimpin rombongan haji, petugas-petugas pos dan telegraf, P.T.P.T. Negara, pengawal-pengawal benteng, penjaga-penjaga keamanan Negara dan kota-kota, pemimpin-pemimpin militer eselon tinggi mahupun rendah,pemimpin-pemimpin kabilah, pengawas-pengawas pasar ,dan kepala-kepala kampong.Maka adalah kewajiban bagi orang-orang yang diserahi pimpinan untuk menyerahkan urusan kaum muslimin kepada orang yang tercekap untuk jawatan itu,bukan kerana ia yang menuntut jawatan itu,atau lebih dahulu memajukan pemintaan.Bahkan yang tersebut belakangan ini mestinya dipandang sebagai suatu halangan,kerana tersebut dalam hadits Bukhary dalam Muslim,di mana Nabi Muhammad bersabda:Bahwa ada satu kaum yang datang kepada beliau, maka mereka menuntut kepada Nabi suatu jawatan pimpinan, lantas Nabi berkata: Bahwa kami tidak akan menyerahkan jawatan pimpinan ini kepada siapa yang menuntutnya.Dan Nabi berkata kepada Abdurrahman bin Samrah:Hai Abd Rahman ,jangan sesekali kamu menuntut pimpinan suatu jawatan, maka jika jawatan itu diberikan kepada engkau tanpa diminta, engkau dapat pertolonggan atasnya, dan jika jawatan itu diberikan kepada engkau kerana diminta, engkau diberati atasnya. (Hadits Riwayat Bukhary dan Muslim).Telah bersabda pula Nabi Muhammad s.a.w:Siapa yang menuntut jawatan Qadhi (Hakim,Jaksa) dan minta tolong atasnya,maka ia diberati oleh jawatan itu, dan siapa yang tidak menuntut jawatan Qadhi dan tidak minta tolong untuk itu, Allah menurunkan kepadanya Malaikat yang akan menuntunnya kejalan yang benar. (Hadits Riwayat para ahli Sunan). Apabila seseorang menyimpan dari memilih tenaga yang lebih berhak (cekap) kepada yang lainnya, kerana perhubungan karib antara keduanya, atau teman sejawat atau kerana satu daerah atau satu mazhab atau tarikat atau sama bangsanya seperti bahasa Arab, Persia, Turkia, Rum, atau kerana suatu sogok (rasuah) yang diterimanya berupa harta atau sesuatu manfaat (guna), atau sebab-sebab lain, atau kerana suatu permusuhan pribadi antara keduanya ,maka sungguh orang itu telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya dan kepada orang-orang mukmin dan ia telah termasuk kepada orang yang dilarang Tuhan dalam firmannya yang berbunyi:Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul,dan berkhianat pula dalam menunaikan amanahmu padahal kamu orang yang mengetahui. (Al-Anfal ayat 27)

Kemudian Tuhan Berfirman:Dan ketahuilah olehmu, bahwa sesungguhnya harta-harta dan anak-anak kamu itu adalah fitnah, (cobaan)dan bahwa disisi Allah ada pahala yang besar. (Al-Anfal ayat 28)Seorang laki-laki kerana kasihnya kepada anak-anaknya atau bagi hamba sahayanya (bujangnya), kadang-kadang hal itu dapat mempengaruhinya dalam pimpinan atau ia memberikan apa yang ia tidak berhak untuk itu, maka kerananya ia telah berkhianati dalam menunaikan amanahnya. Kadang-kadang pejabat itu terpengaruh dengan bertambah banyaknya harta dan menimbunnya dengan cara mengambil, mengkorup apa yang tidak menjadi haknya, atau kerana sayang kepada orang-orang yang suka datang menjilat kepadanya dalam sebab yang dilakukannya, maka jadilah ia seorang yang berkhianat kepada Allah dan RasulNya dan khianat dalam menunaikan amanahnya.Tetapi terhadap orang yang menunaikan amanahnya dengan melawan hawa nafsunya ,Allah memperteguh kedudukannya, maka Allah menjaganya dalam urusan keluarga dan hartanya, dan sebaliknya orang yang memperturutkan kehendak hawa nafsu, Allah akan menyiksanya dengan menghalang-halangi maksudnya:sehingga tersia-sialah keluarganya dan lenyaplah harta kekayaannya. Berkenaan dengan ini, ada terjadi suatu hikayat yang masyhur, bahawa seorang khalifah telah bertanya kepada sementara Ulama, agar dapat memberitakan sesuatau kejadian yang pernah terjadi. Maka berkata sang Ulama: Saya telah mengenal khalifah Umar bin Abd.Aziz, ketika seorang bertanya kepada beliau.Hai Amiril Mukmini, apakah engkau kunci mulut anak-anakmu dari harta ini dan engkau tinggalkan mereka itu dalam keadaan fakir yang tidak memiliki sesuatu pun? Padahal beliau ketika itu sedang menghadapi sakaratulmaut.Maka berkata khalifah: Bawalah anak-anakku itu semua dekatku! Kemudian masuklah anak-anak itu semua, sebanyak sepuluh laki-laki yang belum seorang pun yang mencapai usia baligh. Maka tatkala beliau melihat mereka semua, bercucuranlah air matanya.kemudian khalifah Umar bin Abd.Aziz berkata kepada anak-anaknya yang antara lain berbunyi:Wahai anak-anakku semua! Demi Allah, saya bukanlah sakali-kali menghalang-halangi mu daripada hak (harta) yang berhak kamu terima dan aku bukan pula orang yang merangkul harta untuk aku bahagi-bahagikan kepadamu semua, tetapi kamu adalah laki-laki, satu antara dua golongan: apakah kamu tergolong orang yang soleh (baik-baik), maka Allah akan memberi orang-orang yang soleh, atau golongan yang bukan soleh, maka aku tidak akan meninggalkan kepadanya sesuatu yang akan membawanya derhaka kepada Allah,dan kini pergilah kalian dari sisiku.Berkata Ulama tadi: Maka sungguh aku telah melihat pula sementara anak beliau membawa seratus ekor kuda untuk dipergunakan pada jalan Allah, yakni yang akan diberikannya kepada orang-orang yang berjuang pada jalan Allah itu.Berkatalah aku (pengarang) pada diriku sendiri: Inilah dia khalifah kaum muslimin sejak dari negeri Timur yang jauh,negeri Turky sampai ke darat Andalus dan lain-lain, yang memerintah jazirah Cyprus,Syria,dan beberapa ibu kota seperti Tharsus dan seumpamanya, terus sampai ke negeri Yaman. Dia mengambil harta untuk diberikan kepada masing-masing anaknya dari harta peninggalannya, sedikit sekali, kata orang sekadar dua puluh dirham saja.Berkata pula sang Ulama: Sementara itu aku pernah menyaksikan pula sebahagian dari khalifah-khalifah yang telah membahagi-bahagikan harta peninggalannya kepada anak-anaknya,maka masing-masing mereka mendapat enam ratus ribu dirham,dan pun saya pernah melihat diantara para khalifah itu ada yang memanggil orang dengan telapaknya saja.Dalam bab ini terdapat beberapa hikayat dan kejadian-kejadian yang dapat disaksikan zaman dan apa-apa yang pernah terdengar sebelumnya, yang semua itu akan merupakan cermin perbandingan bagi orang-orang yang berfikir.Sunnah Rasul telah menetapkan,bahawa kepimpinan itu adalah amanah yang wajib dilakukan dalam ketentuan-ketentuan seperti tersebut diatas dan juga sebagaimana apa yang dikatakan Nabi kepada Abi Dzar Al-Giffary r.a.dalam hal kepimpinan:Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia dihari kiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan,kecuali orang yang mengambilnya dengan cara hak, serta melakukan kewajiban yang terpikul diatas pundaknya. (Hadits Riwayat Imam Muslim).Imam Bukhary telah meriwayatkan pula dalam sahihnya, dengan sanad Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Apabila amanah telah disia-siakan.maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: bagaimana menyia-nyiakannya? Rasulullah menjawab: Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah zaman kehancurannya.Kaum muslimin telah sepakat tentang makna hadits ini. Kerananya, apabila seseorang mengurus anak yatim, mengurus harta wakaf dan menjadi wakil yang diserahi untuk mengurus harta seseorang, maka hendaklah ia mengambil berat dengan tindakan yang berpedoman kepada, mendahulukan yang lebih patut dari yang patut, seperti tersebut dalam firman Allah:Janganlah kamu pegang harta anak yatim kecuali dengan jalan yang baik. Perhatikan,bahawa Tuhan bukan menyebutnya dengan lafaz hasanah (baik),tetapi dengan memakai lafaz ahsan (lebih baik).Ialah,kerana orang yang diserahi mengurus (pemimpin) adalah merupakan menjaga keselamatan manusia sebagaimana gembala yang berkewajiban menjaga keselamatan gembalanya,seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:Tiap=tiap kami adalah gembala,dan tiap-tiap kamu diminta dipertanggungjawab dari gembalanya itu,maka seorang yang pemimpin yang memimpin orang banyak,adalah gembala yang diminta pertanggungjawabnya atas gembalanya itu,isteri adalah gembala dalam rumah tangga suaminya,dan ia bertanggungjawab atas gembalaanya itu,anak adalah gembala pada rumah bapaknya dan ia bertanggungjawab atas penjagaannya,hambasahaya adalah gembala di dalam rumah tuannya dan ia harus bertanggungjawab atas penjagaannya itu.Ketahuilah,maka tiap-tiap kamu adalah pemimpin,dan masing-masing kamu diminta pertanggunganjawabnya dalam pimpinannya. (Hadhis Riwayat Bukhary dan Muslim).Nabi bersabda pula:Tidaklah seseorang pemimpin yang dituntut Tuhan supaya menuntun rakyatnya,yang ia mati kerana sampai ajalnya,padahal ia telah melakukan kecurangan dalam pimpinannya itu,melainkan Allah mengharamkan syurga baginya. (Hadits Riwayat Muslim).Pada suatu ketika,Abu Muslim Al-Khaulany dating kepada Muawiyah bin Abi Sufyan,maka diucapkannyalah: Salam bagimu wahai orang upahan (buruh)Orang di sekeliling Muawiyah menegurnya.Katakan: Salam bagimu wahai raja (Amier)Maka Abu Muslim mengulangi salamnya: Salam bagimu wahai orang upahan.Orang di sekitar Muawiyah berkata lagi:Katakan: Salam bagimu wahai Amier.Tetapi Abu Muslim tetap berkata pula: Salam bagimu wahai orang upahan.Akhirnya Muawiyah sendiri menukas: Biarkan Abu Muslim bicara!kerana ia tahu apa yang harus dikatakannya.Maka Abu Muslim membuka pembicaraannya:Sesungguhnya engkau ini sebenarnya adalah seorang upahan (ajier), yang dipekerjakan oleh Yang Maha Menjadikan haiwan-haiwan ini supaya engkau gembalakan.Maka sekiranya engkau dapat memberikan kegembiraan kepadanya,engkau tuntun ia kearah yang baik,dan engkau jaga masing-masing agar jangan berkeliaran semuanya,nescaya pemiliknya (Tuhan)akan menyempurnakan upahmu.Dan sekiranya engkau tidak dapat memberikan kepuasan kepadanya,dan tidak engkau tuntun kearah yang baik serta engkau biarkan masing-masing berkeliaran sekehendak hatinya,nescaya engkau pasti akan di marahi oleh pemiliknya (Tuhan). Ini jelas sebagai,Kiasan Itibar kerana makhluk itu semuanya makhluk Allah dan para pemimpin adalah duta-duta Allah atas hamba-hambaNya,dan mereka juga adalah wakil hamba-hamban Allah atas diri mereka sendiri,seperti halnya kedudukkan salah satu dua orang yang berserikat dalam usaha dagang atas kawannya yang lain.Maka pada mereka terdapat erti pengurusan dan pewakilan.Bagi pengurus dan wakilnya,bila ternyata ia menempatkan seseorang untuk menjabat sesuatu urusan dengan mengabaikan orang lain yang lebih cekap dalam soal perdagangan,atau diserahkan kepada orang yang sama sekali tidak cekap,yang menjual harga-harga barang dengan tidak menguntungkan,padahal ia masih beroleh pembeli yang sanggup membeli dengan harta yang pantas,maka sungguh orang yang mengangkatnya itu telah berkhianat kepada kawannya sepersekutuan.Apalagi bila ternyata ada hubungan kasih saying atau karib antaranya dengan orang yang tidak cekap tadi,maka sudah terang ia akan di marahi dan dicela oleh sekutunya itu serta dipandang sebagai orang yang khianat kepada temannya dan orang yang pandai bermanismanis bibir belaka kepada kawannya.

2.Memilih yang lebih utama (Afdhal)Apabila ini telah dipahami benar-benar,maka tidak aka nada jalan kecuali memilih yang terbaik dari apa yang ada.Tetapi kadang-kadang tidak dapat orang yang pantas untuk menduduki jawatan yang demikian,maka dipilihlah orang yang lebih utama (afdhal),kemudian yang afdhal dalam segala macam jawatan yang sesuai dengan orangnya.Apabila ini telah dilakukan dengan usaha yang cermat,dan seseorang telah menduduki jawatan itu dengan haknya,maka sungguh ia telah menunaikan amanah dan kewajibannya dan ia duduk dalam jawatannya sebagai pemimpin yang berlaku adil dalam pandangan Allah.Apabila kerana sesuatu sebab ia tidak boleh melakukan tugasnya dengan memuaskan,maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:Maka berbaktilah kamu kepada Allah sekadar kuasamu. (At-Taghabun ayat 16).Dan Tuhan tidak akan memberati diri hambanya hanya sekadar kuasanya jua. (Al-Baqarah).

Dalam masalah jihad Tuhan telah berfirman yang bermaksud:Maka berjuanglah engkau pada jalan Allah,tidak akan dipikulkan ke atas pundakmu kecuali kewajiban dirimu senditri. (An-Nisa ayat 84).Hai orang-orang yang beriman,awasilah dirimu,sekali-kali tidak akan merosak kepadamu orang-orang yang sesat itu bila kamu dapat petunjuk. (Al-Maidah ayat 105).Maka barangsiapa yang telah menunaikan kewajiban yang telah ditentukan kepadanya,bererti ia telah dapat petunjuk dari Tuhan. Nabi Muhammd bersabda:Apabila saya memerintahkanmu,maka kerjakanlah sekuat kesanggupanmu. (Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).Tetapi bila seseorang mungkir dan tidak bermaksud untuk mematuhinya,atau khianat,maka ia dihukum kerananya.Sepantasnyalah dilihat dengan baik siapa orang yang paling ashlah,pantas untuk menduduki sesuatu jawatan,kerana pimpinan itu harus memiliki dua rukun:Kekuatan dan Amanah,sebagaimana yang difirmankan Tuhan dalam Al Quran:Sesungguhnya orang yang paling baik untuk bekerja jadi buruh itu,adalah orang yang kuat lagi dipercayai (amanah). (Al-Qashash ayat 26).Raja Mesir pernah berkata kepada Nabi Yusuf a.s.:Sesungguhnya engkau sekarang pada sisi kami adalah seseorang yang mempunyai kedudukan lagi dipercayai.(Yusuf ayat 54).Tuhan berfirman dalam menyifatkan Malaikat Jibril:Sesungguhnya itu adalah perkataan utusan yang mulia,yang mempunyai kekuatan disisi Arasy yang tinggi,yang ditaati lagipun dipercayai. (At-Takwir ayat 19-21).

Adapun kekuatan dalam lapangan kepimpinan haruslah menurut ketentuan bidangnya pula.Maka kekuatan dalam pimpinan peperangan adalah kembali kepada keberanian hati,mahu tampil ke medan perang serta pintar melakukan siasat.kerana perang itu adalah tipu daya dan kesanggupan untuk melakukan bermacam tindak perang,seperti:menembak,menikam,memukul,menjalankan kenderaan,menyerbu dan mengelakkan diri dan sebagainya seperti yang difirmankan Allah:Dan siapkanlah olehmu sekuat tenagamu berupa kekuatan untuk melawan mereka,dan kuda-kuda yang gagah yang iap-sedia. (Al-Anfal ayat 60).Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Panahlah (tembak)olehmu dan racaklah!Dan bahawa kamu jadi juru tembak lebih saya sukai dari kamu jai penunggang kuda.Dan siapa-siapa yang pernah belajar jadi juru tembak kemudian ia lupakan,maka ia bukanlah dari golongan kami,dan dalam suatu riwayat, itu berarti suatu nikmat yang telah didurhakai. (Hadits Riwayat Muslim).Kekuatan dalam menjatuhkan hokum antara manusia,harus kembalikan keadilan yang telah ditunjukkan oleh Al Quran dan Sunnah ,dan kepada kesanggupan untuk menjalankan hokum-hukumnya.Adapun Amanah, adalah berpokok kepada takot kepada Allah,dan bahwa ayat-ayat Tuhan itu tidak boleh diperjual-belikan dengan harga yang sedikit (disalah gunakan),dan juga amanah itu berpokok kepada pelenyapkan rasa takut terhadap sesame manusia.Tiga factor itulah yang telah dijadikan Tuhan sebagai ketentuan bagi segala hukum di antara ummat Islam, sebagaimana tertera dalam firman Allah:Maka janganlah kamu takut kepada sesame manusia,dan takutlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu perjual belikan ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan siap-siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka merekalah orang yang kafir. (Al-Maidah ayat 44).

Kerana itu Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Ada tiga golongan hakim:dua diantaranya dalam neraka dan satu diantaranya masuk syurga.Hakim yang mengenal akan yang hak tetapi ia menghukum dengan menyalahinya, maka orang itu dalam neraka dan hakim yang menjatuhkan hukuman secara bodoh maka ia masuk neraka dan hakim yang mengetahui kebenaran (hak) dan ia menghukum berdasarkan kebenaran itu maka ia masuk kedalam syurga. (Hadits Riwayat para ahli Sunan).Qadhi (Hakim),adalah nama bagi jawatan setiap orang yang bertugas untuk menghukum dan menghakimi antara dua orang yang bersengketa, apakah ia bernama khalifah atau sultan atau Nabi atau Wali atau orang yang kedudukannya bertugas untuk menjalankan peraturan, atau menjadi wakilnya, hatta ia sanggup menghakimi (menjadi juri) anak-anak dala perlumbaan tulisan indah, apabila mereka menghendaki untuk menentukan siapa yang paling bagus tulisannya diantara mereka, dan ini jelas pernah dicontohkan pula oleh para sahabat Rasul.

3.Amanah dan kekuatan jarang ditemui pada diri seorang Manusia

Berpadunya kekuatan dan amanh pada diri seorang manusia adalah jarang terdapat. Kerana itu Umar bin Khattab r.a. berkata:Tuhanku ! aku mengadu kepadamu dan kekuatan orang yang fasik,dan kelemahan jasmaniyah orang yang dipercayai. Oleh sebab itu dalam tiap-tiap jawatan pimpinan,perlulah menempatkan orang yang lebih cocok dengan kedudukannya.Maka bila ternyata dua orang laki-laki satu diantaranya lebih besar. Amanahpadanya dan yang lain lebih besar Kekuatan, haruslah diutamakan mana yang lebih bermanfaat bagi bidang jawatannya itu dan yang lebih sedikit risikonya. Kerananya, maka didahulukanlah dalam jawatan pimpinan peperangan, orang yang kuat fisikalnya lebih berani, sekalipun ia seorang yang kepercayaan sebagaimana pernah ditanyakan orang kepada Imam Ahmad bin Hambal tentang dua orang laki-laki yang akan memimpin peperangan, satu di antaranya kuat tetapi fasik, dan yang lain soleh tetapi lemah di bawah komando siap dia akan berperang? Maka beliau menjawab: Adapun orang fasik tapi kuat,maka kekuatannya itu berguna untuk orang muslim, sedang kefasikannya adalah atas tanggungan dirinya sendiri dan orang soleh tetap lemah, maka kesalahannya berguna bagi dirinya sendiri dan kelemahannya menimbulkan hal yang tidak baik bagi kaum Muslimin maka beliau akan ikut berperang bersama pimpinan komando yang kuat fisikalnya biarpun fasik.Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:Sesungguhnya Allah telah menguatkan agama ini (Islam) dengan laki-laki yang fasik.Dan pada riwayat laindengan kaum yang tidak berakhlak. Andaikata seorang itu tidak fasik,maka diapun akan lebih baik untuk memegang komando perang daripada orang yang lebih beragama daripadanya,dengan syarat,bahawa ia tidak menghalangi kelancaran ajaran agama. Itulah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w lebih suka mengangkat Khalid bin Walid untuk memegang komando peperangan sejak ia baru saja masuk Islam.Dan Nabi berkata:Bahwa sesungguhnya Khalid adalah pedang Allah yang terhunus atas kaum musyrikin. Sekalipun ia pada suatu waktu pernah juga berbuat apa yang tidak disukai oleh Nabi s.a.w. sehingga pada suatu kali pernah Nabi mengangkat tangannya kelangit dan berdoa:Ya Allah !aku serahkan kepada engkau dari apa-apa yang telah dilakukan oleh Khalid. Tatkala Nabi mengutusnya kepada kaum Jazimah,maka semua mereka telah diperangi oleh Khalid dan harta mereka dirampasnya dengan cara yang syubhat,padahal dia tidak diperbolehkan berbuat demikian,dan ia telah ditentang oleh sahabat-sahabat yang berperang dibawah komandonya,sehingga Nabi sendiri harus membayar pampas an perang yang diberikan kepada wali yang terbunuh,serta menjamin harta mereka.Namun begitu,Nabi selalu mendahulukannya dalam pimpinan peperangan,kerana ia lebih cekap (pantas) dalam jawatan itu dari yang lain,dan beliau berbuat apa yang dilakukannya dengan sesuatu alas an. Adalah Abu Dzar r.a. lebih amanah da n benar dari Khali bin Walid.Kerananya,berkenaan dengan ini Nabi s.a.w.berkata kepada Abu Dzar:Hai Abu Dzar,saya melihat engkau seorang yang lemah,dan sebenarnya saya saying kepadamu sebagaimana saya kasih kepada diri saya sendiri,Janganlah sesekali engkau memegang pimpinan atas dua orang,dan jangan engkau memegang urusan harta anak yatim. (Hadits Riwayat Muslim). Jelaslah, bahawa Nabi melarang Abu Dzar untuk memegang kendali pimpinan kerana Nabi melihatnya seorang yang lemah,kendalipun ada riwayat mengatakan,bahwa Nabi berkata:Tak ada yang dinaungi oleh langit,dan tidak pula ada yang didukung oleh bumu yang lebih benar bicaranya dari Abu Dzar. (Al-Hadits). Nabi telah mengangkat Umar bin Ash untuk menjadi panglima perang dalam peperangan, Dzat As-Salasil untuk menenteramkan hati kawan-kawannya kepada siapa Umar diangkat,disamping masih ada orang yang lebih afdhal daripadanya.Nabi mengangkat pula Usamah bin Zaid jadi panglima perang,kerana ia menuruti jejak kepahlawanan ayahnya.Demikianlah pengangkatan itu ada yang dilakukan kerana melihat maslahatnya (effeknya),sekalipun untuk menjadi panglima perang itu ada orang yang lebih baik dari segi ilmu pengetahuan dan imannya. Begitulah Abu Bakar,Khalifah Rasul r.a. selalu menyerahkan pimpinan komando kepada panglima Khalid bin Walid untuk memerangi kaum murtad,dan begitu pula dalam mengalahkan negeri Iraq dan Syam (Syiria),yang telah menimbulkan kegoncangan-kegoncangan hati yang dapat dibenarkan dengan sesuatu alasan.Ada orang yang melaporkan kepada Abu Bakar,bahawa Khalid mempunyai hawa nafsu demikian rupa,tetapi Abu Bakar tidak memecatnya,hanya mencelanya saja atas nafsunya itu,ialah kerana menjaga maslahat dari mafsadah untuk tetapnya ia dalam jawatan itu sebagai panglima,sedang orang lain belum tampak yang sanggup menggantikan kedudukkannya. Kerana itu lah seorang pemimpin besar,bila ia mempunyai watak yang lunak,maka wakilnya sempatasnya seorang yang keras,dan bila wataknya condong kepada kekerasan,maka sewajarnyalah wakilnya mempunyai watak yang lunak,agar ada perimbangan.Kerana itulah Abu Bakar Siddik r.a. mendahulukan bagi pengangkatan Khalid bin Walid,dan sebaliknya Khalifah Umar bin Khattab bertindak memecat Khalid yang digantinya dengan Abu Ubaidah bin Jarah r.a. kerana Khalid adalah orang yang berwatak keras seperti Umar bin Khattab juga,sedang Abu Ubaidah adalah lunak seperti halnya dengan Abu Bakar.Dan memang adalah cocok bagi masing-masing keduanya (Abu Bakar dan Umar),untuk mengangkat orang-orang yang telah diangkatnya itu agar neraca itu seimbang.Dengan cara-cara demikianlah Khalifah-Khalifah Rasul itu bertindak adil,sehingga Nabi sendiri berkata:Saya adalah Nabi yang peramah dan juga Nabi yang sanggup tampil ke medan perang.Beliau berkata:Saya adalah orang yang paling suka tersenyum dan juga seorang pahlawan perang. Dan ummatnya adalah ummat yang pertengahan (adil).Untuk mengambarkan keadaan mereka itu,Tuhan telah berfirma:Mereka berlaku keras terhadap kaum kafir dan berlaku ramah-tamah terhadap sesame mereka,engkau lihat mereka itu ruku dan sujud mengharapkan kurnian dan keredhaan dari pada Allah. (Al-Fath ayat 29). Firman Allah:Mereka merendah diri sesame orang mukmin,dan bersikap gagah terhadap orang kafir. (Al-Maidah ayat 54). Oleh sebab itu,tatkala Abu Bakar dan Umar r.a masing-masing duduk jawatan pangkat khalifah,bereka bertindak seumpama bijak dalam pimpinan pemerintahan,dan dari keduanya datanglah keadilan yang mengharmonisasikan antara kedua sifat yang terdapat di zaman Nabi Muhammad s.a.w. seorang daripadanya bersifat lunak-lembut,dan yang lain keras radikal,sehingga terhadap keduanya Nabi Muhammad s.a.w. berkata:Patuhilah olehmu dua orang sesudahku,Aku Bakar dan Umar. Menonjollah keberanian Abu Bakar dalam memerangi kaum murtad dan lain-lain,yang sanggup menandingi keberanian Umar dan semua sahabat radhiallahuanhum.Bila hajat keperluan kepada amanah lebih kuat, maka diutamakanlah orang yang dipercayai,seperti untuk menyimpan harta (wang) dan sebagainya. Adapun untuk memungut wang (harta) dan untuk menyimpannya, maka mestilah diserahkan kepada orang yang kuat kuasa lagi amanah.Maka hendaklah diangkat orang yang kuat yang dapat mempergunakan pengaruhnya, dan bendaharuan yang dipercayai dengan kejujuran dan amanahnya.Demikian pulalah halnya dalam pimpinan peperangan, apabila kepala Negara mengkehendaki musyawarah antara yang berilmu pengetahuan (cerdik pandai) dan yang teguh amanahnya (Alim Ulama), maka dipadulah antara dua yang maslahat. Beginilah kebijaksanaan yang harus diambil dalam segala bidang pemimpin.Apabila ternyata tidak cukup maslahat dengan seorang laki-laki sahaja,dihimpunkanlah beberapa calon yang kuat,maka kemudian haruslah diutamakan yang lebih patut, atau bila perlu mendudukkan beberapa orang dalam pimpinan bila ternyata tidak memadai seorang sahaja.Diutamakan buat pimpinan Kehakiman orang yang lebih berilmu dan lebih taqwa serta lebih cekap.Bila terdapat seorang yang lebih berilmu dan yang lain lebih wara (taqwa),maka haruslah dipertimbangkan dengan teliti perkara apa yang dihadapinya.Maka untuk perkara-perkara yang jelas hukumnya tetapi dikhawatirkan adanya pengaruh-pengaruh hawa nafsu (sentimen),maka diutamakanlah hakim yang lebih wara (taqwa).Sedang bagi perkara-perkara yang memerlukan ketelitian hokum,tetapi dikhawatirkan timbulnya keraguan-keraguan dalam menghadapinya, maka diutamakanlah orang yang lebih berilmu untuk menghakiminya, Dalam salah satu hadits,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Bahwa sesungguhnya Tuhan lebih suka kepada pandangan yang tajam, tatkala datang syubhat,dan kepada akal fikiran bila berhadapan dengan hawa nafsu. Dan di samping itu diutamakanlah dan yang lebih berilmu dan yang lebih wara (taqwa) daripada yang cekap jika ternyata seseorang hakim didukung dengan penuh oleh penguasa perang dan rakyat umum.Diutamakanlah yang cekap sekiranya hakim memerlukan kekuatan lebih banyak daripada ilmu dan wara.Tetapi pada umumnya para hakim secara muthlak wajiblah dia seorang yang berilmu,adil lagi cekap.Bahkan demikianlah mestinya semua pemimpin kaum Muslimin,maka bila salah satu daripada sifat-sifat ini kurang,nescaya akan timbullah beberapa hal yang tidak diingini.Kadang-kadang kebijaksanaan seorang hakim itu dilakukan dengan jalan gertak dan takut,dan kadang-kadang dengan cara ihsan dan menunjukkan rasa kasih sayang,tetapi pada hakikatnya mestilah dengan jalan keduanya. Beberapa orang Ulama pernah ditanya orang,apabila tidak didapati orang yang akan menjawat kehakiman kecuali seorang yang berilmu tetapi fasik,atau tidak berilmu pengetahuan tetapi teguh agamanya,maka manakah diantara keduanya yang akan diutamakan? Maka Ulama itu menjawab: Jika kebutuhan kepada orang yang teguh agamanya lebih banyak,yakni untuk menjaga hal-hal yang tidak diingini,maka diutamakan orang yang teguh agamanya.Dan jika kebutuhan kepada yang berilmu lebih banyak,kerana harus menyelesaikan perkara-perkara yang berbelit-belit,maka dutamakanlah orang yang berilmu.Tetapi,kebanyakkan ulama condong kepada orang yang berpegang teguh kepada agamanya.Sebab para Imam Mazhab telah sepakat bahwa bagi orang yang memegang sesuatau jawatan haruslah ia berlaku adil lagi berhak untuk jadi saksi (ahli tentang soal-soal yang bertalian dengan syarat-syarat kesaksian).Tetapi mereka telah berbeza pendapat tentang syarat keilmuan,apakah wajib seorang pajabat itu mengangkat orang siapa saja menurut hierarchi yang lebih baik sebagaimana biasa untuk tidak menpersulit persoalan? Dalam hal ini ada tiga pendapat,dan komentar lebih lanjut ada dilain tempat. Meskipun boleh mengangkat orang yang bukan ahli apabila dalam keadaan darurat,yakni bila orang itulah yang terbaik dari antara apa yang ada,namun selanjutnya orang wajib berusaha untuk memperbaiki keadaan hingga sempurna apa yang dihajatkan oleh orang banyak,yakni berupa pimpinan dan urusan-urusan pemerintahan yang sempurna dan sebagainya,sebagaimana wajibnya seorang yang berutang menyelesaikan utangnya sekalipun ia berada dalam keadaan sulit yang tidak diharapkan ia membayar kecuali sekadar tenaga,sebagai mana orang Islam wajib mengadakan persiapan untuk jihad,dengan cara menghimpunkan kekuatan dan persiapan kuda-kuda perang yang gagah untuk mencegah daripada gugur kerana kelemahan.Kerana apa-apa yang tidak sempurna barang yang wajib melainkan dengan tersedianya sesuatu terlebih dahulu,maka sesuatu itu adalah wajib pula,kecuali kesanggupan menunaikan ibadah haji dan seumpamanya,maka ia tidak wajib,kerana wajibnya bergantung kepada sempurnanya syarat-syarat tertentu lebih dahulu.

4. Mengenal yang lebih maslahah cara kesempurnaan Yang penting dalam bab ni adalah mengenal nama yang lebih baik, dan itu hanya dapat disempurnakan dengan menginsafi maksud (motif) dari pada pimpinan,dan mengetahui pula jalan (metode) yang dimaksudkan itu.Maka bila telah diketahui maksud tujuan dan jalan-jalan (cara-cara berkerjanya) itu, nescaya akan beres sempurnalah segal urusan.Tetapi, tatkal maksud-maksud duniawi telah lebih banyak mendorong bagi Raja-Raja dari maksud tujuan Dieny (agama),maka mereka utamakanlah dalam piminan jawatan itu orang-orang yang menyokong mereka dalam mencapai maksud-maksudnya itu.Dan orang-orang yang mempunyai ambisi peribadi untuk memegang pimpinan (ambisius) ,tentu saja ia akan mengangkat siapa saja orang-orang yang akan dapat menggukuhkan kedudukannya itu. Menurut Sunnah,bahawa yang biasa melakukan sembahyang jumaat berjemaah dengan kaum muslimin dan yang membaca khutbah kepada mereka,adalah para panglima perang yang kedudukan mereka adalah mewakili kekuasaan di dalam kalangan tentera.Kerananya,tatkala Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh Abu Bakar tampil menjadi imam dalam sembahyang,maka kaum muslimin mengangkatnya pula kemudian sebagai pemimpin perang dan jawatan yang lain. Adalah menjadi kebiasaan Nabi Muhammad s.a.w. bila beliau mengangkat seseorang untuk menjadi panglima perang,disuruhnya orang itu menjadi imam sembahyang bagi para sahabatnya.Demikian pula bila beliau mengangkat seorang wakil yang diberinya kekuasaan atas sesuatu kota,seperti Attab bin Asad atas kota Makkah,Usman bin Abil Ash bagi kota Thaif, Ali,Muaz,Abu Musa atas Yaman,Umar bin Hazam bagi kota Njran,maka adalah para wali kota itu yang memimpin sembahyang dengan orang banyak,dan merekalah yang menentukan undang-undang dan hokum diantara mereka,seperti yang dilakukan oleh seorang panglima perang.Demikianlah pula para khalifah kemudian beliau,dan orang-orang yang datang kemudian lagi,yakni para Raji kaum Bani Umayyah dan Bni Abbas.Demikian adalah kerana sembahyang dan jihad adalah sama-sama merupakan perintah terpenting dalam agama Islam.Kerana itulah kebanyakkan dari hadits-hadits Nabi s.a.w. adalah dengan berkenaan dengan perintah sembahyang dan jihad,dan sendiri bila beliau jatuh sakit,beliau berdoa:Ya Tuhan,sembuhkanlah hamba engkau ini,agar ia dapat menghadiri sembahyang dan menumpas musuh engkau !. Di waktu Nabi s.a.w. mengutus Muaz ke negeri Yaman,beliau berkata:Hai Muaz !Sesungguhnya perbuatanmu yang paling penting bagi saya adalah sembahyang. (Al-Hadits). Demikian pula Umar bin Khattab r.a. telah mengirim surat kepada gabenor yang berbunyi:Sesungguhnya amal perbuatanmu yang terpenting bagiku adalah sembahyang,maka sesiapa yang memeliharanya dengan baik-baik dan menjaganya, nescaya Allah akan menjaga dan memelihara Agamanya dan barang siapa yang menyia-nyiakan sembahyangnya itu, pastilah ia lebih menyia-nyiakan amal pekerjaannya yang lain.Oleh sebab itu,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Sembahyang itu adalah tiang agama. Bila pemimpin telah mengerjakan sembahyang,maka nescaya sembahyang itu akan melarangnya dari mengerjakan yang keji-keji dan yang mungkar. Dan sembahyang itu dapat mendorong manusia berlaku taat ,sebagai mana tersebut dalam firman Allah:Dan minta tolonglah kamu dengan bersikap sabar dengan mengerjakan sembahyang,Sesungguhnya sembahyang itu adalah berat,kecuali bagi mereka yang khusyu. (Al-Bagarah ayat 45).Firman Allah:Hai orang-orang yang beriman,minta pertolonganlah kamu dengan bersikap sabar dan mengerjakan sembahyang,sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar. (Al-Baqarah ayat 153).Allah berfirman pada Nabinya:Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang dan setialah mengerjakannya, Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang member kamu rezeki dan kemenangan itu berada ditangan orang-orang yang taqwa. (Thaha ayat 132).Allah berfirman:Dan tidaklah kami (Allah) jadikan jin dan manusia, kecuali mereka mengabdikan kepadaMu. Tidaklah Aku (Allah), mengharapkan rezeki daripada mereka,dan Aku tidak mengharap supaya mereka member makan kepadaKu.Sesungguhnya Allah, Dialah maha pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang muthlak. (Adz-Dzariat ayat 56-58). Maka tujuan pokok bagi pimpinan ialah, memperbaiki agama orang banyak yang apabila agama itu luput dari mereka, rugilah mereka bukan kepalang dan tidaklah manfaatnya nikma-nikmat duniawi yang mereka kecapi. Juga termasuk tujuan wajib, adalah memperbaiki dari segi duniawi yang sangat erat hubungannya dengan agama. Dan itu ada dua macam, Pertama:membahagikan harta antara siap-siapa yang berhak menerimanya,dan kedua menghukum orang-orang yang melanggar ketentuan undang-undang.Maka siapa-siapa yang tidak melanggat ketentuan-ketentuan undang-undang, maka ia telah berlaku baik kepada agama dan dunianya.Kerana itulah maka Umar bin Khattab berkata:Sesungguhnya saya telah mengutus para gabenorku kepadamu semua agar mereka mengajar Kitab TuhanMu dan Sunnah NabiMu,dan agar mereka menegakkan agamaMu di tengah-tengah kamu sekalian.Tatkala telah menyimpang rakyat dari suatu jalan dan pemimpin dari jalan yang lain, maka berantakkanlah segala urusan. Tetapi pemimpin bersungguh-sungguh memperbaiki agama ummat dan duniawi mereka dalam batas-batas kemungkinan, maka merekalah tokoh yang utama pada zamannya,dan tergolong kepada pemimipin terkemuka yang berjuang pada jalan Allah.Ada yang meriwayatkan :Satu hari bagi pemimpin yang adil lebih baik dari beribadah enam tahun. Tersebut dalam Musnad Imam Ahmad Bin Hambal,dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa beliau bersabda:Makhluk yang paling dicintai Tuhan adalah Imam (pemimpin kepala Negara) yang Adil, yang paling benci oleh Allah adalah kepala Negara yang zalim.Tersebut dalam sahih Bukhari dan Muslim,dengan sanad Abu Hurairahr.a. berkata beliau, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Ada tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak bias memberi perlindungan kecuali lindunganNya, ialah pemimpin yang adil, laki-laki yang hatinya tertambat dalam masjid, bila ia keluar dari masjid ia itu ingin kembali padanya dua orang laki-laki yang berkasih sayang pada jalan Allah ,ia bersatu dan berpisah kerana Allah, laki-laki yang diragu oleh perempuan yang mempunyai kedudukan lagi cantik untuk berbuat sesuatu dosa pada dirinya,laki-laki itu menjawab:saya takut kepada Allah Tuhan Yang Maha Mengatur segala alam ini,dan laki-laki yang bersedekah dengan sedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya.Dan terdapat dala Sahih Muslim,dengan sanad Iyadh bin Hammad r.a. ia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Penduduk syurga itu ada tiga macam,Sultan (kepala Negara) yang adil dan laki-laki yang berhati pengasih pada kaum kerabat dan kepada orang Islam dan orang kaya yang bersih hidupnya (terpelihara daripada zina) lagi suka bersedekah.Dalam hadits Ashabus Sunnah terdapat sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:orang yang berikhtiar untuk memberikan sedekah dengan jalan yang benar tak ubahnya seperti orang yang berjihad pada jalan Allah. Tatkala Tuhan memerintahkan jihad pada jalan Allah,Dia berfirman:Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada fitnah lagi dan agama itu bagi Allah semuanya. (Al-Anfal ayat 39).Pernah sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:Hai Rasulullah, seorang laki-laki berperang dengan penuh keberaniandan penuh semangat serta ada pula yang berperang kerana ia semata-mata, maka manakah diantara mereka itu yang termasuk kepada sabilillah? Rasul menjawab: Siapa-siapa yang berperang untuk keagungan kalimah Allah yang Maha Tinggi, maka dialah yang berperang pada jalan Allah. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).Yang dimaksudkan ialah, agar agama semuanya kepada Allah dan agar Kalimah Allah menjadi agung. Kalimah Allah adalah nama yang meliputi segala kalimah-kalimahNya yang terkandung didalam Al Quran.Demikianlah Allah berfirman:Kami (Allah) telah mengutus para Rasul dengan membawa keterangan keterangan yang nyata dan kami turunkan Kitab dan neraka keadilan agar supaya umat manusia itu sentiasa berlaku Adil. (Al-Hadid ayat 25). Maksud dengan mengutus para Rasul dan menurunkan kitab adalah agar manusia sentiasa menegakkan keadilan dalam hak-hak Allah dan makhlukNya. Kemudian Tuhan berfirman:Dan kami jadikan besi, padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berguna bagi manusia,dan agar Allah mengetahui siapakah di antara kamu yang membantu menegakkan keadilannya dan membela para RasulNya yang tidak hadir di hadapan matanya. (Al-Hadid ayat 25).Maka siapa-siapa yang berpaling, menyimpang daripada kitab Al Quran, hendaklah ia harus diluruskan kembali dengan besi. Kerananya, menegakkan agama hendaknya dengan kitab mushaf Al Quran dan untuk mempertahankannya kadang-kadang diperlukan pedang.Telah diriwayatkan dari Jibril bin Abdillah r.a. ia berkata:Kami telah diperintahkan oleh Rasul Allah agar memukul dengan alat ini ,yakni dengan pedang, kepada siapa-siapa yang menyeleweng daripada ini yakni Al Quran. Bila yang demikian itulah yang dimaksudkan, maka untuk mencapainya haruslah diambil jalan menurut urutan hierarki yang lebih dekat.Hendaklah ditinjau di antara dua orang laki-laki, maka siap-siap di antaranya yang lebih dekat menurut hirarki dapat mencapai kepada yang dimaksud, dialah yang diangkat. Dalam pimpinan dalam urusan sembahyang umpamanya ,maka untuk jadi imam diutamakanlah orang yang memenuhi syarat-syarat, seperti kata Nabi Muhammad s.a.w.:Yang akan mengimami sesuatu kaum adalah orang yang lebih ahli membaca Kitab Al Quran, maka mereka dalam bacaannya itu sama, maka yang lebih alim (Tahu) tentang Sunnah Rasul,apabila mereka tentang sunnah adalah sama,maka hendaklah diangkat menjadi Imam, orang yang lebih dahulu pergi hijrah,jika mereka hijrah sama,maka hendaklah diangkat orang yang lebih tua umurnya. Dan janganlah seorang yang selalu percaya kepada orang lain yang sedang berkuasa dan tidak boleh ia duduk di atas kursi rumahnya kecuali dengan izin. (Hadits Riwayat Muslim).Maka apabila di antara dua orang itu masih terdapat sama cekap dan patutnya atau terlalu sulit untuk menentukan siapakah yang lebih cekap di antara keduanya, maka di adakanlah undian untuk memilih keduanya, sebagaimana keadaan seperti ini pernah dilakukan oleh Saad bin Abi Waqash dalam peperangan Qadisiyah, yakni ketika mereka berselisih faham siapakah yang akan azan untuk memanggil orang sembahyang berjemaah kerana hendak mengamalkan sabda Rasul yang mengatakan:Sekiranya mereka mengerti akan kelebihan azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak dapat melakukannya kecuali setelah di adakan undian untuk itu,maka merekapun melakukan undian dengan mempergunakan panah. Apabila orang-orang yang akan menjalankan perintah Allah itu telah tersusun, tetapi untuk melaksanakannya memerlukan undian, maka berertilah juga pimpinan telah memberikan amanah itu kepada orang-orang yang berhak menerimanya.