nota ibnu khaldun

12
Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung

Upload: ahmad-rifaie

Post on 14-Jun-2015

3.946 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Menerangkan riwayat hidup, pendidikan, sumbangan dan lain2..

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung

Page 2: Nota Ibnu Khaldun

Riwayat hidup• Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin

Muhammad bin Muhammad• Dikenali sebagai Ibnu Khaldun• Lahir di Tunisia pada tahun 732 Hijrah / 1332

Masihi• Keluarga beliau berketurunan arab Yaman yang

berhijrah ke Andalus• Bapanya seorang sarjana terkenal• Sejak Tunisia dilanda wabak Taun pada tahun 749

H, beliau berpindah ke beberapa tempat iaitu Al- Jiria, Fas (Fez), Gharnatah (Granada), Bijayah (Bougie), dan Mesir.

• Meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808 H / 1406 M ketika berusia 87 tahun

Page 3: Nota Ibnu Khaldun

Keperibadian Ibnu Khaldun

• Tekun mencari ilmu– Belajar berbagai ilmu fardhu ain dan

fardhu kifayah sejak kecil

• Berjiwa pemimpin– Pernah menjadi pegawai tertinggi istana

dan Ketua Hakim Negara

• Kreatif– Hasil karyanya “ Muqaddimah Ibnu

Khaldun “ menjadi bahan kajian

Page 4: Nota Ibnu Khaldun

Jawatan yang pernah disandang oleh Ibnu Khaldun

• Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishak dan Sultan Abu Annan

• Anggota Majlis Ilmiah• Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-

Hassan di Fez• Duta Granada, Perdana Menteri di Bougie dan

Ketua Hakim di Mesir.

Page 5: Nota Ibnu Khaldun

Pendidikan Ibnu Khaldun• Mempelajari agama dan Bahasa Arab daripada bapa

beliau sendiri, Abdul Rahman bin Muhammad dan beberapa tokoh yang lain seperti Muhammad bin Al- Muhaimin Al- Hadrami, Muhammad bin Saad Al- Ansari dll

• Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al- Abili.

• Semasa di Fez, beliau mendapat pendidikan tertinggi daripada beberapa guru terkenal seperti Ahmad bin Al- Qassar, Muhammad bin Abdul Salam dan Lisanuddin bin Al- Khatib iaitu pengarang Kitab Tarikh Ghartanah ( Sejarah Granada )

Page 6: Nota Ibnu Khaldun

Sumbangan Ibnu Khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam• Berjaya menganalisis sejarah dari aspek

kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya

• Merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan

• Para sarjana dunia mengiktiraf karya beliau dan pemikiran beliau dijadikan wacana, seminar, bengkel, persidangan ilmiah dll di peringkat pengajian tinggi

• Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika

• Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun

Page 7: Nota Ibnu Khaldun

Karya termasyhur Ibnu Khaldun

• Muqaddimah Ibnu Khaldun• At- Takrif Bi Ibni Khaldun

Page 8: Nota Ibnu Khaldun

Keistimewaan Kitab Al- Muqaddimah Ibnu Khaldun

• Memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah

• Menggariskan 4 perkara yang perlu dilakukan oleh sejararawan dalam menganalisis sejarah

• Kupasannya berdasarkan pemerhatiannya sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran

Page 9: Nota Ibnu Khaldun

Empat Perkara Yang Perlu Dilakukan oleh Sejarawan dalam

penelitian dan analisis

• Membandingkan peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan munasabah

• Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku

• Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku

• Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Page 10: Nota Ibnu Khaldun

Gelaran Kesarjanaan Ibnu Khaldun

• As – Sadrul Kabir – Al – Faqihul Jalil• Al – Allamah – Imamul A’immah• Jamalul Islam Wal Islam Wal Muslimin

Page 11: Nota Ibnu Khaldun

Bukti ketokohan Ibnu Khaldun dalam pelbagai bidang

• Sejarawan : beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Menghasilkan Kitab Al- Muqaddimah Ibnu Khaldun

• Negarawan : beliau menyandang jawatan- jawatan penting dalam negara seperti Perdana Menteri Bougie, Ketua Hakim Mesir dan Duta Granada

• Budayawan : banyak menghasilkan syair semenjak kecil dan mahir dalam syair Arab.

Page 12: Nota Ibnu Khaldun

Sumbangan Ibnu Khaldun terhadap tamadun dunia

• Memberi panduan tentang asas pembinaan sesuatu tamadun

• Pelopor kepada pemikiran moden dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Bahan- bahan karya dalam bidang tersebut menjadi rujukan seluruh dunia