i tahap kesediaan peserta program pembelajaran … · 2.4 model asas proses keusahawanan 29 2.5...

49
i TAHAP KESEDIAAN PESERTA PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DALAM KECENDERUNGAN MENCEBURI KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR MOHD SHAHZUAN BIN GHAZALAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia JUN 2015

Upload: others

Post on 22-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

TAHAP KESEDIAAN PESERTA PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT (PSH) DALAM KECENDERUNGAN MENCEBURI KEUSAHAWANAN

DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR

MOHD SHAHZUAN BIN GHAZALAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

JUN 2015

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi peserta program Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH) bidang Pastri terhadap tahap kesediaan dalam kecenderungan menceburi

keusahawanan di kolej komuniti negeri Johor. Aspek tahap kesediaan yang di kaji

adalah pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan peserta program PSH yang

mengunakan persampelan rawak mudah. Sampel kajian ini terdiri daripada 236

responden dari peserta program PSH bidang Pastri. Reka bentuk kajian adalah tinjauan

yang mengunakan pendekatan kuantitatif di analisis mengunakan analisis deskriptif dan

inferensi di mana analisis data dilakukan dalam bentuk min, frekuensi,peratusan dan

mengunakan analisis ujian Kruskal Wallis dan ujian Kolerasi Spearman untuk mencari

perbezaan dan hubungan dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Soal selidik

digunakan sebagai instrumen kajian dengan nilai alpha cronbach adalah 0.93 yang

menunjukkan bahawa kebolehpercayaan soal selidik diterima. Hasil dapatan kajian

tahap kesedian peserta program PSH untuk pengetahuan keusahawanan berada pada

tahap sederhana tinggi iaitu 3.67. Manakala, dari segi kesediaan minat keusahawanan

berada pada tahap tinggi iaitu 4.13, kesediaan dorongan keusahawanan berada pada

tahap tinggi ialah 4.13 dan kesediaan kebolehan keusahawanan berada pada tahap

sederhana tinggi iaitu 3.88. Bagi aspek perbezaan antara tahap kesediaan dengan umur

peserta program PSH keputusan menunjukkan bahawa nilai asymp.sig 0.397 lebih

daripada 0.05. Maka, keputusan ujian adalah “tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara tahap kesediaan kepada usahawan dengan umur peserta program PSH”. Bagi

aspek untuk menentukan hubungan antara kesediaan dan kecenderungan hasil dapatan

menunjukkan bahawa hubungan antara kesediaan keusahawanan dengan kecenderungan

peserta program PSH dalam menceburi bidang keusahawanan pada aras hubungan

sederhana iaitu r: 0.511. Oleh itu, hubungan dikenalpasti adalah“terdapat hubungan yang

positif dan signifikan antara kesediaan keusahawanan dengan kecenderungan”.

vi

ABSTRACT

This study aims to assess the participants' perception Lifelong Learning Program (LLP)

field Pastry on the readiness of the tendency to venture into entrepreneurship at

community colleges in Johor. Aspects level of readiness review is the knowledge,

enthusiasm, interest and abilities of the participants PSH program by using simple

random sampling. The review sample consisted of 236 respondents from the field Pastry

Participant PSH program. The research design is a survey using a quantitative approach

in the analysis using descriptive and inferential analysis for data analysis is done in the

form of mean, frequency, percentages analysis and Kruskal Wallis test and Spearman

correlation test to find the differences and correlation by using SPSS version 21.0. The

questionnaire used as an instrument by the alpha cronbach is 0.93, which indicates that

the reliability of the questionnaire was received. The finding stage PSH program

participants willingness to entrepreneurial knowledge at a moderate level high at 3.67.

Whereas, in terms of readiness of entrepreneurial interests are at high level of 13.4, the

willingness entrepreneurial drive is at a high level is 4.13 and the readiness of

entrepreneurial abilities at a moderate level high at 3.88. For the difference between the

willingness of the age of the participants indicated that the decision PSH program

Asymp Sig is 0.397 more than 0.05. Then, test results are not a significant difference

between the willingness of participants to entrepreneurs with PSH program. In order to

determine the relationship between willingness and tendency findings indicate that the

relationship between entrepreneurial readiness tendency PSH program participants in

entrepreneurship at the level of simple correlation (r: 0.511). Therefore, the identified

correlation is "there is a positive and significant correlation between entrepreneurial with

readiness tendency".

vii

KANDUNGAN

Bil

Kandungan

Muka Surat

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

viii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Hipotesis kajian 9

1.7 Kepentingan kajian 9

1.8 Skop kajian 12

1.9 Batasan kajian 12

1.10 Kerangka konseptual kajian 13

1.11 Definisi istilah dan operasional 14

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Pembelajaran sepanjang hayat 29

2.3 Kolej komuniti 24

ix

2.3.1 Visi kolej komuniti 24

2.3.2 Misi kolej komuniti 24

2.3.3 Objektif kolej komuniti 25

2.3.4 Bidang kursus pembelajaran sepanjang hayat 26

2.4 Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej

Komuniti (PUSKOM)

27

2.4.1 Visi PUSKOM 27

2.4.2 Misi PUSKOM 27

2.4.3 Strategik objektif 27

2.5 Model kajian 28

2.5.1 Model agenda pembangunan keusahawanan

JPKK

28

2.5.2 Model integratif keusahawanan input dan

keluaran

29

2.5.3 Model asas proses keusahawanan 30

2.5.4 Teori tingkahlaku terancang 31

2.5.5 Model pembangunan usahawan 32

2.5.6 Model proses pembentukan usahawan 33

2.5.7 Teoridan model keusahawanan mengikut

perspektif

34

x

2.5.7.1 Keusahawanan mengikut ahli ekonomi 35

2.5.7.2 Keusahawanan dari perspektif ahli

sosiologi

36

2.6 Kecenderungan keusahawanan 37

2.7 Elemen - elemen kajian 38

2.7.1 Usahawan 38

2.7.2 Keusahawanan 39

2.7.3 Kecenderungan keusahawanan 41

2.7.4 Pengetahuan keusahawanan 42

2.7.5 Kebolehan keusahawanan 43

2.7.6 Minat untuk menceburi bidang keusahawanan 46

2.7.7 Dorongan menceburi bidang keusahawanan 46

2.8 Kajian - kajian lepas 47

BAB 3 METODOLOGI 51

3.1 Pengenalan 49

3.2 Reka bentuk kajian 50

3.3 Prosedur kajian 53

xi

3.4 Lokasi kajian 53

3.5 Populasi dan persampelan kajian 53

3.6 Sumber data 58

3.7

3.7.1

Instrumen kajian

Pembangunan borang soal selidik

56

57

3.8

3.8.1

3.8.2

Kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan

Kajian rintis

59

59

60

3.9 Prosedur pengumpulan data 61

3.10 Analisis data 62

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 65

4.2 Pengumpulan Data 66

4.3 Analisis Kebolehpercayaan instrumen soal

selidik

66

4.4 Analisis Sampel kajian 67

4.5 Analisis Kajian 68

xii

4.6 Analisis maklumat bahagian A : Demografi

responden

68

4.6.1 Taburan jantina responden kajian 69

4.6.2 Taburan umur responden kajian 69

4.6.3 Taburan responden kajian mengikut bangsa 70

4.6.4 Taburan responden berdasarkan kursus yang

diambil

70

4.7 Dapatan kajian analisis bahagian B 71

4.7.1 Analisis tahap pengetahuan keusahawanan 74

4.7.2 Analisis tahap minat dalam keusahawanan 76

4.7.3 Analisis tahap dorongan dalam keusahawanan 78

4.7.4 Analisis tahap kebolehan dalam keusahawanan 79

4.7.5 Analisis perbezaan antara kesediaan menjadi

usahawan dengan umur peserta Program PSH

81

4.7.6 Analisis hubungan antara kesediaan

keusahawanan dengan kecenderungan peserta

Program PSH

83

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

84

5.1 Ringkasan 84

xiii

5.2 Rumusan kajian 85

5.2.1 Rumusan analisis faktor demografi 85

5.2.2 Rumusan persoalan kajian 86

5.3 Perbincangan 89

5.3.1 Tahap kesediaan peserta PSH dalam

kecenderungan menceburi keusahawanan

90

5.3.2 Mengenalpasti perbezaan antara kesediaan

menjadi usahawan dengan umur peserta

Program PSH dalam menceburi keusahawanan.

95

5.3.3 Mengenalpasti hubungan antara kesediaan

keusahawanan dengan kecenderungan peserta

Program PSH dalam menceburi keusahawanan

kecenderungan

96

5.4 Cadangan 97

5.5 Cadangan kajian lanjutan 99

5.6 Kesimpulan 100

RUJUKAN 101

LAMPIRAN 110

xii

SENARAI JADUAL

1.1 Perangkaan utama tenaga buruh dan kadar pengangguran 3

1.2 Plan perancangan pusat pembangunan keusahawanan kolej

komuniti (PUSKOM)

5

2.1 Bidang kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang

ditawarkan di kolej komuniti.

24

3.1 Sasaran populasi dan sampel berdasarkan statistik 2014 pada

bulan Mei dan Jun

54

3.2 Penentuan saiz sampel 55

3.3 Ringkasan skala likert 57

3.4 Interpretasi min 58

3.5 Penerangan pembahagian item di dalam borang soal selidik 59

3.6 Nilai Alpha Cronbach bagi item dalam kajian rintis 61

3.7 Pemilihan kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 63

3.8 Jadual Analisis skala likert 63

3.9 Jadual tafsiran min 64

3.10 Darjah hubungan yang ditunjukkan oleh saiz pekali korelasi 64

4.1 Hasil dapatan nilai Cronbach's Alpha bagi keseluruhan item 67

xiii

4.2 Hasil dapatan nilai Cronbach's Alpha bagi setiap kontrak 67

4.3 Sampel yang terkumpul pada bulan April dan Mei, 2015 68

4.4 Taburan jantina responden kajian 69

4.5 Taburan umur responden kajian 70

4.6 Taburan responden berdasarkan bangsa 70

4.7 Taburan responden berdasarkan kursus yang diambil 71

4.8 Ujian Normaliti untuk kesediaan dan kecenderungan 72

4.9 Jadual Tafsiran Min 72

4.10 Darjah hubungan yang ditunjukkan oleh saiz pekali korelasi 73

4.11 Analisis skor min, kekerapan dan tahap kesediaan pengetahuan

peserta Program PSH dalam kecenderungan menceburi

keusahawanan

75

4.12 Analisis skor min, sisihan piawai dan tahap kesediaan di dalam

minat peserta Program PSH dalam kecenderungan menceburi

keusahawanan

77

4.13 Analisis skor min, sisihan piawai dan tahap kesediaan

dorongan peserta Program PSH dalam kecenderungan

menceburi keusahawanan.

79

4.14 Analisis skor min, sisihan piawai dan tahap kesediaan

kebolehan peserta Program PSH dalam kecenderungan

menceburi keusahawanan

80

xiiii

4.15 Analisis yang hendak digunapakai dan hasil dapatan dengan

mengunakan analisis SPSS 21.0:

81

4.16 Hasil dapatan Ujian Kruskal Wallis 82

4.17 Hasil dapatan menunjukan pangkat skor min (Mean Rank) bagi

setiap kumpulan umur peserta PSH dan bilangan peserta(N)

82

4.18 Hasil dapatan Ujian Korelasi Spearman 83

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 13

2.1 Struktur organisasi jawatankuasa kebangsaan PSH 20

2.2 Model agenda pembangunan keusahawanan JPKK 27

2.3 Model integratif keusahawanan input dan keluaran 28

2.4 Model asas proses keusahawanan 29

2.5 Teori tingkah laku terancang 30

2.6 Model pembangunan usahawan 31

2.7 Model proses pembentukan usahawan 32

3.1 Kerangka operasi 52

xv

SENARAI SINGKATAN

CAP - Projek Agenda Kritikal

DEB - Dasar Ekonomi Baru

DPN - Dasar Pembangunan Negara

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

IPG - Institut Pendidikan Guru

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejurutaraan

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran

JPKK - Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej dan Komuniti

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

MECD - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

MARA - Majlis Amanah Rakyat

MQF - Kerangka Kelayakan Malaysia

xvi

PSPTN - Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara

PSH - Pembelajaran Sepanjang Hayat

PUSKOM - Pusat Keusahawanan Kolej Komuniti

RMKe-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SPSS - Statistical Package For Social Science

SKPG - Sistem Kajian Pengesanan Graduan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gantt 111

B Borang Soal Selidik 116

C Data Analisis Alpha Cronbach 125

D Analisis Demografi 130

E Analisis Skor Min Dan Sisihan Piawai 135

F Analisis Ujian Normaliti 145

G Analisis Ujian Kruskal Wallis 152

H Analisis Korelasi Spearman 154

I Borang Semakan Soal Selidik 156

J Borang Kebenaran Kajian 167

K Data – Data Kajian 175

L Laporan Teknikal 210

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bidang keusahawanan telah lama bertapak di Malaysia sejak bermulanya aktiviti

perdagangan menggunakan sistem barter (Yusof & Shafie, 2012). Kegiatan ekonomi ini

terus dipelopori sebagai aktiviti perniagaan secara kecil - kecilan sehingga berkembang

kepada perdagangan antarabangsa iaitu kedatangan pedagang asing dan perdagangan

Negara luar pada zaman kerajaan Melayu Melaka (Hashim, Othman & Buang, 2009).

Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran

Dasar Ekonomi Baru. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan

Inggeris entrepreneur. Perkataan entrepreneur berasal dari perkataan Perancis,

entreprendre yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan entrepreneur

telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada

kegiatan dalam keusahawanan (Cantillon 1998; M. Rosli, 2013).

Kerajaan telah memberi penekanan kepada pembentukan usahawan sejak

peringkat rendah lagi iaitu di peringkat sekolah supaya menimbulkan minat dalam

bidang keusahawanan melalui pendidikan formal dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan subjek Perdagangan di tingkatan 4 dan 5.

Pada peringkat ini, pelajar didedahkan dengan ilmu keusahawanan, penerapan nilai-nilai

2

serta ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat yang mendalam

untuk mereka menceburi bidang keusahawanan (Boon & Bohari, 2010).

Kerajaan bermatlamat untuk menjadikan bidang keusahawanan terutamanya

sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan dan

seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-2l (Lope Pihie,

2009). Atas kesedaran untuk mewujudkan masyarakat yang produktif serta berdaya

saing pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan minat lebih ramai peserta

menyertai bidang keusahawanan. Namun, usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya jika

tidak dilaksanakan dengan cara yang betul (Othman & Ishak, 2009). Malaysia sedang

mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang bergantung kepada kerajaan

kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan menyarankan agar masyarakat

berkerja sendiri dengan tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk menyara diri dan

keluarga (Buang & Yusof, 2006).

Oleh itu, graduan perlu menggunakan peluang ini untuk meneroka bidang yang

luas keusahawanan & menjadikannya sebagai pilihan kerjaya yang lebih disukai (Collins

dan Jones 2004; Morshidi et al 2004; Buang, 2006). Oleh itu, satu anjakan paradigma di

kalangan graduan adalah diperlukan, kerana sumbangan mereka kepada keusahawanan

akan merangsang pertumbuhan ekonomi Negara dan membantu mengerakan ke arah

menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

1.2 Latar belakang masalah

Jumlah purata keseluruhan tenaga buruh 13,990.000 orang daripada Jabatan Perangkaan

Negara (2014) dalam Laporan perangkaan tenaga buruh 2014, kadar tenaga buruh di

Malaysia dari tahun 2010 sehingga 2014 ianya menunjukkan peningkatan bilangan

tenaga buruh setiap tahun (Jabatan Perangkaan Negara, 2014). Malangnya percambahan

ini melebihi permintaan semasa untuk mereka perkhidmatan. Malah, disebabkan oleh

lambakan tenaga buruh baru menyebabkan persaingan di dalam peluang untuk

mendapatkan pekerjaan meningkat dari semasa ke semasa. Akibatnya, pengangguran

3

telah menjadi satu isu di Malaysia. Isu pengangguran di kalangan graduan perlu bijak

ditangani agar tenaga kerja mahir tidak di sia-sia (Hanapi et al, 2014).

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (2010) dalam Laporan Eksekutif

Pengesanan Graduan 2010 kira-kira 43,252 orang graduan sedang menganggur sehingga

akhir 2010. Manakala menurut Jabatan Perangkaan Negara (2014) dalam Laporan

Perangkaan Tenaga Buruh 2014, peratus pengangguran rakyat di Malaysia sehingga ogos

2014 adalah sebanyak 2.7 % (Jabatan Perangkaan Negara, 2014). Data ini merujuk kepada

Jadual 1.1 :

Jadual 1.1: Perangkaan utama tenaga buruh dan kadar pengangguran

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014)

Pengangguran akan terus berlaku sekiranya masyarakat tidak berusaha mencari

alternatif baru membina kerjaya sendiri atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi

seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakan ekonomi di samping

memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan masyarakat

menceburi pelbagai bidang pekerjaan sendiri, perniagaan dan keusahawanan begitu luas.

Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan

kegigihan. secara umumnya, antara punca-punca pengangguran disebabkan oleh

memilih kerja, perlukan pengalaman, kualiti sijil/diploma/ijazah yang tak diiktiraf dan

tidak menepati piawaian, standard yang diperlukan masalah gaji yang dipohon, tiada

kersediaan, ketiadaan soft- skill , pendatang asing dan sikap pekerja tempatan. Namun

begitu, melalui aspek pembangunan kendiri antara punca-punca pengangguran

Tahun Bulan Tenaga

Buruh

(‘000)

Bekerja

(‘000)

Penganggur

(‘000)

Luar

Tenaga

Buruh

(‘000)

Kadar

Penyertaan

Tenaga

Buruh (%)

Luar

Tenaga

Buruh

(%)

2014

Jan. 13,987.6 13,529.9 457.7 6,644.8 67.8 3.3

Feb. 13,887.3 13,440.9 446.4 6,720.3 67.4 3.2

Mar. 13,843.5 13,427.8 415.7 6,847.9 66.9 3.0

Apr. 13,910.3 13,503.1 407.2 6,749.6 67.3 2.9

May 14,052.8 13,646.3 406.5 6,631.1 67.9 2.9

Jun. 14,010.0 13,624.3 385.8 6,748.6 67.5 2.8

Jul. 13,982.9 13,588.8 394.1 6,751.6 67.4 2.8

Aug. 13,926.2 13,546.5 379.7 6,834.4 67.1 2.7

4

disebabkan oleh tiada kesediaan di dalam diri individu tersebut yang melibatkan

pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan di dalam bidang perkerjaan yang hendak

diceburi.

Dalam konteks ini, ia telah dicadangkan bahawa tenaga buruh meluaskan skop

kerjaya mereka dengan menceburi bidang keusahawanan sebagai satu cabang kerjaya.

Keusahawanan akan membantu siswazah baru membangunkan kerjaya mereka sendiri

dan juga akan menyelesaikan isu pengangguran dengan memperluaskan pasaran kerja

(Othman, 2009). Keusahawanan telah diakui oleh kebanyakan penyelidik keusahawanan

sebagai penyelesaian kepada masalah penganguran (Osman, 2007). Pembangunan dalam

bidang keusahawanan mempunyai kesan ketara di dunia perniagaan pada masa ini.

Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan usahawan masa depan yang

berdaya tahan dan berdaya saing dalam pasaran global. Ini dapat dilihat dalam pelbagai

program dan aktiviti dalam setiap agenda pembangunan negara termasuk menyediakan

infrastruktur untuk meningkatkan bilangan usahawan terutamanya di kalangan

bumiputera.

Kesan ini sedikit sebanyak memberi impak peserta Program Pembelajaran

Sepanjang Hayat di kolej komuniti untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat kursus.

Sebagai langkah penyelesaian pihak kementerian mengambil keputusan untuk

menjadikan usahawan sebagai salah satu penyelesaian kepada isu penganguran dengan

mengwujudkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti untuk

menglahirkan bakal – bakal usahawan. Oleh demikian, Keusahawanan merupakan salah

satu bidang yang menjadi tumpuan di kolej komuniti di sebabkan wujudnya Program

Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah di sediakan. Ini dapat dilihat melalui usaha

kerajaan untuk menghasilkan usahawan pelbagai bidang menjadi agenda penting dalam

memastikan keluaran kolej komuniti yang tidak hanya bergantung kepada penawaran

pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Kesungguhan ini dapat dilihat dengan

tertubuhnya Pusat Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) di peringkat Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti dan E-Tech Centre di semua Kolej Komuniti seluruh

Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010).

Ini boleh dilihat Jadual 1.2 melalui plan perancangan Pusat Pembangunan

Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) yang mengsasarkan penglibatan peserta

5

program Pembelajaran Sepanjang Hayat kolej komuniti sebanyak 178,000 peserta pada

tahun 2015 untuk melahirkan usahawan.

Jadual 1.2: Plan perancangan Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti

(Sumber: PUSKOM, 2010)

Oleh demikian, pada tahun 2011 kolej komuniti telah mula melihat

keusahawanan sebagai salah satu daripada cabang kerjaya alternatif pilihan peserta

lepasan program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Sehingga tahun 2013 kolej komuniti

telah berjaya melahirkan hampir 400 usahawan hasil daripada program pembudayaan

yang dilaksanakan. Usaha itu diteruskan dengan sepanjang tahun 2013 kolej komuniti

telah menganjurkan pertandingan cabaran keusahawanan bagi membudayakan

keusahawanan di kolej komuniti. Di dalam cabaran ini semua kolej komuniti diwajibkan

untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 pasukan. Usaha ini adalah untuk menyemai

dan membudayakan keusahawanan di kalangan peserta kolej komuniti (Pelan

Pengukuhan Keusahawan, 2012). Selain itu, terdapat beberapa pendekatan yang

digunapakai untuk mencapai matlamat bagi mewujudkan masyarakat Malaysia

berbudaya keusahawanan untuk menarik minat peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat cenderung kepada bidang keusahawanan ialah melalui pendidikan

keusahawanan di IPT yang bertujuan memberikan pengetahuan, dorongan dan

kemahiran keusahawanan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001; Malaysia 2001;

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2005; Malaysia 2006).

Keberkesanan program ini dapat dilihat melalui prestasi perniagaan pada suku tahun

ketiga 2014 bagi bilangan pekerja menunjukkan imbangan bersih positif 5.4 %. (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2014). Oleh yang demikian ia akan dapat memupuk

Objektif

Strategik

(S.O)

Rasional Petunjuk

Prestasi

Utama

(KPI)

2009

Sasaran

2010 2011 2012 2013 2014 2015

Memupuk

budaya

keusahaw

anan di

kolej

komuniti.

Menyoko

ng usaha

meningka

tkan

bilangan

usahawan

melalui

pendedah

an awal.

Bilangan

peserta

program

keusahaw

anan.

11,000

53,000

94,000

115,000

136,000

157,000

178,000

6

kecenderungan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan dan menukar mentaliti

peserta ke arah bekerja sendiri (Buang, 2008).

Manakala pada tahun-tahun sebelumnya, kolej komuniti hanya membudayakan

keusahawanan di kalangan peserta ke arah menghasilkan usahawan dan menjadikan

usahawan sebagai kerjaya alternatif. Disamping itu, para usahawan kolej komuniti masih

diberi bimbingan untuk memastikan mereka terus berjaya dan dapat berkongsi manfaat

bersama rakan peserta yang lain dari segi pengalaman, peluang kerjaya mahupun

peluang perniagaan. Ini juga dilihat sebagai budaya memupuk keusahawanan sosial di

kolej secara tidak langsung (Adam et al, 2014).

Disamping itu, penyataan ini disokong dengan hasil tinjauan awal yang telah

melakukan:

“Bukan sahaja pengetahuan di dalam penghasilan produk saja

tetapi tahu untuk memasarkannya. Ini sedikit sebanyak membantu

peserta cenderung kepada usahawan”

“Kesediaan minat keusahawanan ada menjadi keperluan

antaranya menambahkan pendapatan sebab itu peserta menceburi

peniagaan”

”Kesediaan Kebolehan sangat perlu sebab contoh yang paling

mudah Kebolehan membuat bahulu jika dapat dipasarkan di komuniti

ia secara tidak langsung membantu cenderung kearah keusahawanan”

“Dorongan oleh ahli keluarga dan kawan - kawan. Dorongan

dari pihak sekolah antaranya yang terlibat pelajar pendidikan khas dan

guru – guru serta dorongan daripada amanah iktiar dan persatuaan ibu

tungal untuk menceburi keusahawanan”

(Normah, Penyelaras PSH, Ketua Jabatan, 2014)

Namun begitu, menjadi persoalannya sejauh mana tahap kesediaan bakal peserta

program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk cenderung ke arah keusahawan bagi

mengurangkan peratus penganguran di Malaysia. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk

melihat tahap kesediaan di dalam pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan peserta

program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti terhadap kecenderungan

menceburi bidang keusahawanan ke arah membudayakan keusahawanan di kolej

komuniti.

7

1.4 Pernyataan masalah

Bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi

masalah pengangguran. Oleh itu, menjadi keperluan beberapa penilaian harus

dilaksanakan di dalam kesediaan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat kolej

komuniti untuk melihat tahap kesediaan keusahawanan antaranya pengetahuan, minat,

dorongan dan kebolehan peserta bagi mengenalpasti kecenderungan ke arah menceburi

bidang keusahawanan. Penyataan ini disokong dengan kesediaan keusahawanan yang

dimiliki peserta signifikan dengan pengetahuan keusahawanan, kebolehan

keusahawanan, dorongan keusahawanan, minat keusahawanan (Boon & Bohari, 2010).

Namun begitu, menjadi persoalannya sejauh mana kesediaan bakal peserta program

Pembelajaran Sepanjang Hayat cenderung ke arah keusahawan bagi mengurangkan

peratus penganguran di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat

tahap kesediaan di dalam pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan peserta program

Pembelajaran Sepanjang Hayat terhadap kecenderungan menceburi keusahawanan di

kolej komuniti.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan.

ii. Mengenalpasti tahap minat keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan.

8

iii. Mengenalpasti tahap dorongan keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan.

iv. Mengenalpasti tahap kebolehan keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan.

v. Mengenalpasti perbezaan antara tahap kesediaan menjadi usahawan dengan

umur peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam menceburi

keusahawanan.

vi. Mengenalpasti hubungan antara tahap kesediaan keusahawanan dengan

kecenderungan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam

menceburi keusahawanan.

1.6 Persoalan kajian

Kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan?

ii. Apakah tahap minat keusahawanan peserta program Pembelajaran Sepanjang

Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan?

iii. Apakah tahap kebolehan keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan?

iv. Apakah tahap dorongan keusahawanan peserta program Pembelajaran

Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan?

9

v. Adakah terdapat perbezaan antara tahap kesediaan menjadi usahawan dengan

umur peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam menceburi bidang

keusahawanan?

vi. Apakah hubungan antara tahap kesediaan keusahawanan dengan

kecenderungan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam

menceburi bidang keusahawanan?

1.7 Hipotesis kajian

Berdasarkan persoalan kajian yang dibina, hipotesis nul yang akan dikaji adalah seperti

berikut:

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan menjadi

usahawan dengan umur peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam

kecenderungan menceburi bidang keusahawanan.

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan menjadi

keusahawan dengan kecenderungan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat

dalam menceburi bidang keusahawanan.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian yang dilaksanakan ini diharap dapat memberi manfaat serta kebaikan kepada

pelajar, tenaga pengajar, pihak institusi pendidikan dan penyelidik.

10

i. Pelajar

Melalui kajian ini, ia akan menjadi salah satu sumber yang dapat memberi kesedaran

kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu data yang akan

diperolehi dapat membantu pelajar menilai potensi diri sendiri sebelum melibatkan diri

dalam dunia keusahawanan. Pelajar perlu mengambil peluang yang ada untuk

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan memandangkan bidang ini penting dalam

industri di Malaysia pada masa kini. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar

tetapi dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu, kajian ini juga dapat

membantu membuka minda pelajar bahawa pengkhususan dan kepakaran yang

diperolehi dalam sesuatu bidang semasa pengajian kadangkala tidak dapat menjamin

seseorang itu untuk mendapat kerjaya yang diimpikan. Ia juga dapat memberi kesedaran

kepada pelajar bahawa bidang kemahiran yang mereka pelajari mempunyai nilai

keusahawanan yang tinggi untuk dikomersialkan. Dengan ini, ia akan mendorong minat

pelajar dalam bidang keusahawanan dan dapat menerapkan ciri-ciri keusahawanan.

Selain itu, pelajar boleh menilai kesediaan diri untuk menjadi usahawan.

ii. Tenaga pengajar

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu tenaga pengajar dan pihak pengurusan untuk

melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Tenaga pelajar boleh

menerapkan elemen-elemen keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana melalui pendekatan ini ia secara tidak langsung dapat memupuk motivasi kepada

pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, ia membantu tenaga pengajar

melihat potensi pelajar dalam bidang keusahawanan. Dengan ini tenaga pengajar boleh

mengenalpasti elemen – elemen yang perlu ada di dalam diri pelajar untuk menjadikan

pelajar lebih bersedia bagi menceburi bidang keusahawanan.

11

iii. Institusi pendidikan

Data serta input yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pihak

institusi pendidikan yang berkenaan untuk merangka program dan seminar yang

berkaitan dengan keusahawanan kepada pelajar. Perkara ini dapat menambahkan

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dalam bidang keusahawanan. Selain

itu, kajian ini juga dapat membantu pihak institusi untuk merangka kurikulum yang

bersesuaian sekiranya kurikulum keusahawanan yang sedia ada kurang berkesan untuk

diaplikasikan kepada pelajar.

iv. Pengkaji dan penyelidik

Kajian ini juga diharap dapat membantu pengkaji dan penyelidik lain yang berminat

untuk menjalankan kajian terhadap kesediaan yang perlu ada dalam diri seseorang

individu untuk menjadi usahawan pada masa akan datang. Selain itu, kajian ini boleh

dijadikan panduan bagi membuat rujukan mengenai data-data dan cadangan-cadangan

yang ada di dalamnya.

1.9 Skop kajian

Bagi memastikan kajian yang dijalankan berpandukan matlamat dan objektif yang telah

ditetapkan, beberapa aspek kajian telah dikenal pasti. Kajian ini memfokuskan kepada

kesediaan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam kecenderungan

menceburi bidang keusahawanan di kolej komuniti negeri Johor. Antara kolej komuniti

yang dipilih di dalam Negeri Johor adalah Kolej Komuniti Batu Pahat, Kolej Komuniti

Tanjung Piai dan Kolej Komuniti Ledang yang disebabkan faktor – faktor tertentu.

Bidang kajian yang di pilih adalah bidang Pastri ini kerana peratus penglibatan peserta di

3 kolej komuniti ini tinggi berbanding kursus jangka pendek yang lain. Aspek yang

12

hendak dikaji oleh pengkaji adalah kesediaan keusahawanan di dalam pengetahuan,

minat, dorongan dan kebolehan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat

terhadap keusahawanan ke arah kecenderungan menceburi keusahawanan di kolej

komuniti.

1.10 Batasan kajian

Beberapa batasan kajian telah dikenalpasti di antaranya adalah kajian ini hanya tertumpu

kepada kecenderungan keusahawanan di kalangan peserta Program Pembelajaran

Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti negeri Johor. Selain itu, kajian yang dijalankan

adalah kursus jangka pendek yang melibatkan bidang Pastri. Selain itu, pengkaji hanya

mengkaji tahap kesediaan keusahawanan di dalam aspek pengetahuan, minat, dorongan

dan kebolehan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat terhadap keusahawanan

ke arah kecenderungan menceburi keusahawanan di kolej komuniti. Di samping itu,

hanya satu sahaja kaedah utama yang digunakan untuk mengumpul data iaitu dengan

menggunakan kaedah mengedarkan borang soal selidik kepada peserta akhir kursus

jangka pendek. Kaedah ini mengumpul maklumat secara keratan rentas yang tertakluk

kepada responden yang sedia ada sahaja. Di samping itu, pengkaji sukar untuk

mengenalpasti bilangan yang responden sebenar dan berdasarkan pada persepsi peserta

program PSH sahaja. Oleh kerana, peserta yang terlibat di dalam peserta program

Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti tersebut hanya dilakukan pada waktu

yang singkat dan penglibatannya dibuka pada tahun 2015. Oleh demikian, sukar untuk

pengkaji mengenalpasti bilangan responden yang terlibat dan kajian hanya melibatkan

persepsi peserta program PSH sahaja .

13

1.11 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep kajian yang telah dirangka untuk menjalankan kajian ini seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini merangkumi aliran bagi peserta program

Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk kecenderungan menceburi bidang keusahawanan

dan sekaligus bergelar usahawan. Oleh itu, empat pembolehubah tidak bersandar telah

dikenalpasti dalam kesediaan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat bidang

Pastri dalam menceburi bidang keusahawanan iaitu: (i) Pengetahuan, (ii) Minat, (iii)

Dorongan, dan (iv) Kebolehan serta pembolehubah bersandar telah dikenal pasti adalah

kecenderungan menceburi bidang keusahawanan.

Tahap Kesediaan Peserta

Program Pembelajaran

Sepanjang Hayat

Pengetahuan

Keusahawanan

Minat

Keusahawanan

Dorongan

Keusahawanan

Kebolehan

Keusahawanan

Kecenderungan Menceburi

Bidang Keusahawanan

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian (Ubahsuai daripada Mohd Makbul (2003); Model Asas

Proses Kusahawanan, Barringer & Ireland (2006); Model integrative keusahawanan input

dan keluaran, Morris et al. (1997); Teori tingkah laku terancang yang diutarakan oleh Ajzen

(1991); Model Pembangunan Usahawan – Sumber Edward (1991) dalam Mohd Osman

(2007); Model Proses Pembentukan Usahawan – Sumber: dalam Mohd Osman (2007)

14

1.12 Definisi istilah dan operasional

Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan

responden, pembolehubah yang hendak dikaji atau dimanipulasi dalam kajian. Berikut

disenaraikan definisi operasional terhadap beberapa perkara penting untuk memudahkan

pembaca memahami maksud perkataan yang digunakan dalam kajian ini.

i. Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran sepanjang hayat ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh

seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 64 tahun kecuali pelajar

professional. Pengkaji mendefinasikan Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan

pelaksanaan pelbagai aktiviti dan kursus pendek dengan berteraskan pembelajaran yang

boleh diikuti hingga akhir hayat bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, minat,

dorongan dan kemahiran dan keterampilan kepada individu serta pembelajaran yang

dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 64 tahun.

ii. Pastri

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2006), Pastri adalah nama yang diberikan kepada

pelbagai jenis produk bakar yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung, gula,

susu, mentega, lemak, serbuk penaik, telur, kek kecil, tart dan produk bakar manis

dipanggil Pastri. Dalam kajian ini, pengkaji mendefinasikan Pastri sebagai satu jenis

makan yang melibatkan elemen – elemen seperti tepung, gula, susu, mentega, lemak,

serbuk penaik, telur, kek kecil dan tart untuk menghasilkan satu produk makanan.

15

iii. Kursus jangka pendek

Kursus jangka pendek ialah kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar,

seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari

kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik. Manakala, dalam kajian ini,

pengkaji mendefinasikan kursus jangka pendek adalah sebarang kursus atau latihan

berupakan akademik atau praktikal, lawatan sambil belajar, seminar, bengkel dan

penempatan industri yang bercorak latihan sepenuh masa yang tempohnya iaitu tidak

melebihi tiga bulan calendar dan cuti am.

iv. Kecenderungan

Menurut M. Salleh et al (2005), kecenderungan boleh mengarahkan imaginasi seseorang

untuk mencapai sesuatu matlamat yang positif dan negatif. Kecenderungan

keusahawanan digambarkan sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi individu untuk

meneruskan sesuatu hasil keusahawanan (Hisrich et al, 2008). Pengkaji mendefinasikan

kecenderungan sebagai satu sifat dalaman yang mendorong seseorang untuk melakukan

sesuatu bagi memenuhi minat dalam sesuatu bidang berkenaan.

v. Keusahawanan

Menurut Chiew et al (2011), keusahawanan merupakan satu tindakan permulaan,

mencipta, membina dan memperluaskan satu perusahaan atau organisasi, mewujudkan

satu pasukan usahawan serta mengumpul sumber-sumber untuk mencari peluang dalam

pasaran jangka panjang. Dalam konteks kajian ini, keusahawanan merujuk kepada usaha

berterusan oleh individu atau sekumpulan individu yang membentuk organisasi untuk

menjalankan proses mewujudkan barangan atau perkhidmatan baru di mana ianya

dilakukan secara sistematik dengan menggunakan sumber secara optimum untuk

memenuhi permintaan bagi mengwujudkan permintaan baru.

16

vi. Usahawan

Menurut Hisrich et al (2010) dalam Chiew et al (2011), usahawan adalah seorang yang

berinisiatif untuk mengumpulkan sumber - sumber secara inovatif dan sanggup untuk

mengambil risiko atau berani bertindak dalam keadaan ketidakpastian. Dengan itu,

pengkaji menterjemahkan usahawan dalam kajian ini sebagai seseorang yang

menjalankan sesuatu perniagaan dengan usahanya sendiri dan mempunyai ciri-ciri

seorang yang kreatif, berani mengambil risiko, berinovatif, sanggup mengambil risiko,

bijak mencari peluang dan sentiasa ingin memajukan perniagaannya.

vii. Kesediaan

Menurut M. Ariff et al (2002) antara kesediaan yang boleh membantu usahawan untuk

menceburi bidang keusahawanan adalah kesediaan dari segi pengalaman, pendidikan,

pekerjaan sepenuh masa dan kewangan. Bagi kajian ini, tahap kesediaan merujuk kepada

kesediaan peserta dari faktor pengetahuan keusahawanan, kebolehan keusahawanan,

dorongan keusahawanan dan minat keusahawanan. Oleh itu, penyelidik mendefinisikan

bahawa kesediaan merupakan suatu pakej lengkap yang perlu ada bagi seseorang

individu itu sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

vii. Pengetahuan keusahawanan

Henderson & Robertson (2000), dalam kajiannya telah menekankan kepada dua aspek

penting dalam pemahaman seseorang itu terhadap pengertian keusahawanan. Mendapati

bahawa responden yang memahami pengertian keusahawanan dengan cara yang paling

mudah, telah berjaya membentuk dan menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Pengetahuan seperti yang didefinisikan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah ilmu

pengetahuan, pemahaman serta pengertian mengenai bidang keusahawanan yang

terdapat dalam diri peserta.

17

viii. Kebolehan keusahawanan

Menurut Van Gelderen (2007), beliau menakrifkan kebolehan keusahawanan sebagai

suatu kemampuan yang diterjemahkan dalam kelakuan atau tindakan seseorang

usahawan yang merangkumi kemampuan untuk memulakan perniagaan baru, mengurus

perniagaan, membuat keputusan, mengenal pasti peluang, mengurus masa,

berkomunikasi dengan baik, menyelesai masalah secara kreatif dan mengurus stress

yang semuanya dianggap sebagai kebolehan asas dalam pengurusan perniagaan. Dalam

kajian ini, penyelidik mendefinisikan kebolehan sebagai sesuatu yang perlu ada dalam di

peserta bagi memastikan perjalanan syarikat yang akan mereka buka akan terurus

dengan sempurna.

ix. Minat keusahawanan

Ariffin & Sabaruddin (2002) menyatakan bahawa minat yang kuat boleh mendorong dan

membakar semangat seseorang untuk menjadi gigih apabila berhadapan dengan

sebarang cabaran dan masalah. Minat di dalam kajian ini merujuk kepada

kecenderungan atau keinginan seseorang itu untuk menceburi bidang keusahawanan.

x. Dorongan keusahawanan

Yusof (2009) menyatakan bahawa golongan pendidik merupakan pendorong dan juga

penyuntik pada penghayatan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan modal insan iaitu

pelajar. Hujah beliau lagi, pendidik perlu bersedia member dorongan kepada pelajar

untuk mengubah sikap dan mengambil faedah daripada gabungan antara potensi yang

mereka miliki dengan ilmu yang disuntik dalam memastikan berlakunya cetusan

pembudayaan keusahawanan mereka sebagai satu pilihan kerjaya yang terbaik. Dalam

kajian ini, penyelidik mendefinisikan dorongan sebagai sesuatu yang menjadi

pemangkin yang diperolehi oleh setiap peserta bagi menceburi bidang usahawan.

18

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab dua ini membincangkan pendekatan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian-

kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan. Dalam kajian

literatur ini, pengkaji membuat rujukan ke atas jurnal, buku ilmiah, atrikel dari laman

sesawang dan tesis yang mengandungi matlumat, idea dan data yang berkenaan dengan

kesediaan individu dalam menceburi bidang keusahawanan. Kesemua maklumat dan

kajian - kajian lepas telah diringkaskan untuk memberi kefahaman dan gambaran yang

bertujuan untuk menguatkan hujah-hujah berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji.

19

2.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian

pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan

latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak

individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini

juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang

sama, sejajar dengan pembangunan sosio ekonomi negara, individu semakin sedar dan

menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan

kepuasan diri.

PSH mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan guna tenaga di

samping mewujudkan warga negara yang aktif dan kesaksamaan sosial. Rangka

Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) telah memberikan penekanan kepada

penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan untuk menguasai ilmu pengetahuan

dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT adalah melalui pendekatan pendidikan jarak jauh,

pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja “recognition of prior learning”

dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.

Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap

sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri pelajar juga

telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat dan cara belajar pelbagai mod

tanpa batasan masa dan tempat. Antara kumpulan sasaran utama PSH ialah golongan

dewasa yang bekerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberikan sumbangan

kepada negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran.

Pelaksanaan dasar PSH secara tersusun dalam kalangan pelbagai Kementerian

dan agensi kerajaan memerlukan satu struktur organisasi pusat untuk penyelarasan dan

pemantauan aktiviti PSH dari peringkat kemahiran hingga ke pascaijazah. Struktur

organisasi yang dicadangkan ialah Jawatankuasa Kebangsaan PSH di bawah Majlis

20

Pembangunan Pendidikan dan Latihan dalam Rajah 2.1 bertujuan untuk menyatukan

usaha pelaksanaan PSH.

PSH

BERKUALITI

JPA

IPTA/IPTS

IPG

MQF

JPK DAN LAIN

- LAIN

POLITEKNIK

KOLEJ

KOMUNITI

JAWATANKUASA

KEBANGSAAN PSH

KEPERLUAN

PSH

Rajah 2.1: Struktur organisasi Jawatankuasa Kebangsaan PSH

(Sumber: Majlis Pembangunan Pendidikan dan Latihan,2010)

Berdepan dengan cabaran transformasi negara, pengetahuan dan kemahiran

rakyat Malaysia perlu berkembang seiring dengan Teras Keenam Pelan Stategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) memainkan peranan penting dalam pembangunan

modal insan negara dengan menyediakan peluang menimba pengetahuan dan kemahiran

serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan dan latihan yang tidak terlalu

formal dan lebih fleksibel kepada semua lapisan masyarakat (Husin, 2013).

21

Dalam konteks keperluan Negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran

yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali

pelajar professional. Fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15

hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang

aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara. Unjuran

penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan

pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak

26.2 juta orang (PSPTN,2007). Maka potensi dan permintaan untuk program PSH

disalurkan kepada komuniti adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran dan

pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi

negara. Sasaran Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional PSH untuk 2011-

2020 adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun berpeluang menyertai

program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020 (Amir, 2013).

Setiap individu di Malaysia digesa supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan

dan daya saing. Pelaksanaan PSH adalah bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan

dalam kalangan komuniti agar dapat memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH dan

dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran

(PSPTN, 2007).

Menurut Toth (2002), UNESCO telah memperkenalkan pembelajaran sepanjang

hayat sejak lebih 30 tahun lalu. Statistik JPKK (2013) menunjukkan sebanyak 86 buah

Kolej Komuniti telah dibina untuk meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri komuniti

bagi mencapai matlamat dan objektif PSH. Pelaksanaan dasar PSH secara tersusun

dapat memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat (PSPTN,

2007).

Data tahun 2012 menunjukkan bahawa seramai 607,451 rakyat Malaysia telah

mengikuti PSH di pelbagai kementerian. Sejak penubuhannya pada 2001 hingga kini,

kolej komuniti di seluruh Malaysia telah memberi latihan menerusi latihan kursus jangka

pendek kepada lebih dari 1.03 juta rakyat Malaysia. Ini membuktikan komitmen dan

kesungguhan warga kolej komuniti dalam menjayakan hasrat membudayakan PSH

dikalangan rakyat Malaysia (Husin, 2013).

22

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan

kursus pendek dengan berteraskan pembelajaran yang boleh diikuti hingga akhir hayat

dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan kepada

individu, masyarakat dan pembangunan negara (Ekhwan, Rosli & Che Noh , 2013).

2.3 Kolej Komuniti

Kolej Komuniti merupakan satu sistem Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia di bawah

pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

2.3.1 Visi kolej komuniti

Menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab

Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2015.

2.3.2 Misi kolej komuniti

Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk

memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan

Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

23

2.3.3 Objektif kolej komuniti

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :

i. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang

tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam

bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian,

kesihatan dan lain-lain.

ii. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat

setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

iii. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti

untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.

iv. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan

dan sektor swasta bagi memajukan kawasan

setempat.

v. Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian

supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.

vi. Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan

yang disediakan kolej komuniti dan Memberi khidmat nasihat / kaunseling

kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan

perkembangan kerjaya mereka.

24

2.3.4 Bidang Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 2.1 menunjukkan bidang - bidang Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

yang ditawarkan di kolej komuniti.

Jadual 2.1: Bidang Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan di

kolej komuniti.

Bil Bidang

1. Akuakultur

2. Animasi 2D dan 3D

3. Aplikasi Perisian Komputer

4. Bahasa

5. CIDB

6. Dandanan Rambut

7. Fesyen Dan Pakaian

8. Fotografi Komersial

9. Industri Agro

10. Jahitan Kreatif

11. Kemahiran Asas Kaunseling

12. Kerohanian Dan Keagamaan

13. Kulinari

14. Lanskap dan Nurseri

15. Pastri

16. Pemasangan Elektrik

17. Pembangunan Diri

18. Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan

19. Pengendalian Pelancongan

20. Pengkeranian Akaun

21. Pengoperasian Perniagaan

22. Rangkaian Komputer

23. Rekabentuk Dalaman

24. Sains Sukan & Kesihatan

25. Seni Kreatif

26. Senireka Grafik

27. Servis Kenderaan Ringan

28. Terapi Kecantikan dan SPA

(Sumber: Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, 2014)

65

RUJUKAN

Adam, A. Razak & Samsudin (2014). Keusahawanan Sosial: Kesediaan Usahawan

Kolej Komuniti Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan

2014 (INSAN2014).

A. Razak, Adam & Samsudin (2014). Pembangunan Keusahawanan dari Perspektif

Kolej Komuniti. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014

(INSAN2014).

Amir (2013). Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) My3L Peringkat Zon

Selatan dicapai Julai 23, 2014.

A. Wahab (2013). Penerapan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar

Bidang Kejuruteraan Mekanikal Di UTHM. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia. pp 1-44

A, Malek (2009). Kesediaan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Dalam

Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek

Sarjana.

Abu Baka, T, Md Ali, A.Omar, R., Md Som, H. & Md Som & Muktar, S.N. (2007).

Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor:

Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan

Pengendalian Perniagaan. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti

Teknologi Malaysia: VOT 75087.

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behaviour. Organisational Behavior and

Human Decision Process, 50(2), 179 – 211.

Ariffin, S. & Sabaruddin, A.S. (2002). Keusahawanan: Rahsia ke Puncak Kejayaan.

Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. ms 33

65

Abdul Ghafar, M.N. (2001). Penyelidikan Pendidikan. Fakulti Pendidikan. UTM

Abdul, (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. ms

43 – 52.

Boon, Y. & Bohari, S. (2010). Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan Di

Kalangan Pelajar pelajar Bumiputera Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah

Sekitar Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan UTM.

Bahrom, M. & Johdi, S. (2009). Kepimpinan Pendidikan dalam Pembangunan Modal

Insan. Proceding. Dicapai pada jun 26, 2014 dari http://irep.iium.edu.my

Buang, N.A (2008). Kajian Keperluan Pendidikan Keusahawanan Secara Formal

Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Binadan Fakulti

Pendidikan, UKM. Fakulti Pendidikan, UKM.

Babbie, E. (2008). The Basics of Social Research. Fourth Edition. Belmont: Thomson

Wadsworth.

Buang & Yusof (2006). Motivating Factors that Influence Class F Contractors to

Become Entrepreneurs .Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia

,UKM. Jurnal Pendidikan ,pp s 107 – 121.

Barringer & Ireland (2006). Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures.

Prentice Hall, New Jersey, pp 18-19

Burke, V. dan Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development

programmes: A framework for analysing the learning and transfer of leadership

skills.Management Decision. Dicapai pada ogos 26, 2014 dari

http://dx.doi.org/10.1108/00251740510609974

Buang, N.A. (2002). Asas keusahawanan. Shah Alam: PenerbitFajarBaktiSdn Bhd.

Burke, V. dan Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership

developmentprogrammes: A framework for analysing the learning and transfer

ofleadership skills.Management Decision.Dicapaipada Mei 26, 2012 dari

http://dx.doi.org/10.1108/00251740510609974

Buang, N.A. (2002). Asas keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

65

Bardai, B. (2000). Keusahawanan dan Perniagaan.Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan

Pustaka. Barringer& Ireland (2006). Entrepreneurship: Successfully Launching

NewVentures. Prentice Hall, New Jersey, pp 18-19

Chik, M.A. (2010). Analisis Sejauh Manakah Penglibatan Pihak Industri Dapat

Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Cadangan Bagaimana Kerjasama

Ini Dapat Dipertingkatkan Ke Arah Mencapai Hasrat Tersebut. Politeknik

Merlimau, Melaka.

Cooper, D.R. & Schindler, P.S. (2007). Business Research Method:9th edition. New

York: McGraw Hill.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Malaysia: McGraw- Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development programmes: A

framework for analysing the learning and transfer of leadership skills.

Management Decision. Dicapai pada ogos 23, 2014 dari

http://dx.doi.org/10.1108/00251740510609974.

Che Hassan, S. (2001). Pemilihan Kerjaya Berorientasikan Keusahawanan Di Kalangan

Pelajar Diploma Perakaunan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia :

Kajian Empiri. Universiti Utara Malaysia: Projek Sarjana

David, Matthew, Carole D. Sutton (2004). Social Research. London. Sage Publications.

Doughlas, E.J., & Shepherd, D.A. (2002). Self-Employment as a Career Choice:

England Journal of Entrepreneurship Fall 2002. Vol. 5, Iss. 2; pg. 57, 8 pg.

Ekhwan, Rosli & Che Noh , (2013). Program Kursus Pendek Di Jabatan Pembelajaran

Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Ledang: Satu Kajian Demografi. Kementerian

Pendidikan Malaysia. pp 1- 17

Greenbank & Hepworth, S. (2008). Improving the career decision-making behaviour of

working class students: Do economic barriers stand in the way?. Journal of

European Industrial Training. Vol. 32 Iss: 7, pp.492 – 509

Goodwin, C.J (2008). Research in Psychology: Methods and design. Fifth Edition: John

Wiley & Son. Inc.

65

Hanapi, Nordinb & Che Rus (2014). Unemployment Problem among Graduates of

Technical Field: Competencies of the Graduates and Quality of the Education.

Penerbit UTM Press . pp 1 -5

Husin (2013). Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH) My3L Peringkat Zon

Selatan.Media : Teks Ucapan Majlis Perasmian Penutup dari Majalah Karnival

Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH) My3L Peringkat Zon Selatan dicapai 26

ogos 2014

Hussin (2010). Tajuk Kertas Pembentangan :Halatuju Pmm Ke Arah Pembudayaan

Pendidikan Keusahawanan – Perancangan Serta Perlaksanaannya. Politeknik

Merlimau, Melaka.

Hashim ,Othman & Buang (2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan

Kajian Kes Usahawan Industri Kecil danSederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal

Pendidikan Malaysia. pp 187 – 203

Hussin, Y. (2008). Kompetensi Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

(JPTK) Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia:

Sarjana.

Husaini, M.H. & Ahmad, K.A. (2008). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Analisis

Kandungan Buku-Buku Teks. Prosiding SKIKS Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hamed, A.B. (2006). Keusahawanan dan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Hadi, K. (2006). 4 Tabung Baru Usahawan. Berita Harian: 3 April 2006. Hamed, A.B.

(2006). Keusahawanan dan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok: Penerbit

Universiti Utara Malaysia.

Hisrich, R.D., Peters, M.P & Shephard D.A. (2008). Entrepreneurship (International

Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.

Hussin, (2007). Pengenalan Kepada Perniagaan Dalam Perspektif Malaysia. Kuala

Lumpur: Thomson Learning.

Henderson, R. & Robertson, M. (2000). Who wants to be an entrepreneur? Young adult

attitudes to entrepreneurship as a career. Career Development International, 5

(6), 279-287.

65

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGrawHill Sdn. Bhd.

Ismail, K. & Ab.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) 2011. Senarai Kolej Komuniti Ledang.

Dicapai pada Julai 02, 2014 dari http://www.jpkk.gov.my

Jabatan Perangkaan Negara (2014), Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, September

2014. Dicapai pada November, 25 2014 di

http://statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/20

14/LF_Sept_2014BM.pdf

Jabatan Perangkaan Negara (2014), Statistik Kecenderungan Perniagaan, Suku Keempat

2014. September 2014. Dicapai pada November, 28 2014 di

http://statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/bts/2014/BTS_

Q4_14BM.pdf

Khamsah, M.F. & Zakaria, M. (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Kuala

Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ms 23

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and psychology . 30: 607-610.

Laporan Siasatan Tenaga Buruh Usahawan Di Malaysia(2009), Perangkaan Tenaga

Buruh, Malaysia. Siri 4 bil.1/2009 Dicapai pada November, 30 2014 di

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/SIARAN_KHAS_(

USAHAWAN_DI_MALAYSIA).pdf

Lope Pihie (2009).Entrepreneurship as a Career Choice: An Analysis of

Entrepreneurial Self-Efficacy and Intention of University Students. Faculty of

Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM. European Journal of Social

Sciences. Vol. 9 Iss: 2, pp. 1-12.

Lope Pihie, Z.A. (2007). Usahawan Dan Keusahawanan: Satu Perspektif Pendidikan.

Selangor. Penerbit UPM.

M. Rosli (2013). Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi Kecenderungan

Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal Graduan Di UTHM

.Jabatan Ikhtisas Pendidikan .Fakulti Pendidikan Teknikal dan

Vokasional.UTHM.

65

Mohd Nawi, D. (2011). Budaya Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Politeknik Port

Dickson Merentas Aliran Pengajian. Jabatan Perdagangan. National Educational

Colloquium research 2011-NECoR’11: Politeknik Port Dickson.

M. Noor, & A.Rahim, (2011). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran Mara

(IKM) Ibrahim Sultan Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Idris, S.H. (2009). Kecenderungan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar

Bidang Kejuruteraan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Kawasan Utara

Semenanjung Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Projek Sarjana.

Madura, J. (2007). Introduction to business. (4th ed.). Mason, OH: Thompson South-

Western.

Mc Burney, D.H. and White, T.H. (2007). Research Method. Seventh Edition: Thomson

Wadsworth.

Mohd Diah, (2007). Kesediaan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti

Teknologi Malaysia: Sarjana.

Mohd Osman, M.H. (2007). Faktor-faktor Yang Telah Mendorong Graduan Alumni

UTM Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana

M. Makbul & Harun, (2003). Menjadi Usahawan: Panduan Menubuhkan Dan

Menguruskan Perusahaan Secara Profesional. Pahang:PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Ariff, F., Hussin, H. & Che Mat Zahari, S. (2002). Kajian Kecenderungan

Mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHT) Terhadap Bidang

Keusahawanan. UniversitiTeknologi Malaysia: Sarjana.

Mohd Makbu, Z., Palil, M.R. & Khairi, A. (2003). Mengurus Perniagaan. Pahang: PTS

Publications.

Mohd Makbul, Z. & Mohamad Harun, F. (2003). Menjadi Usahawan: Panduan

Menubuhkan Dan Menguruskan Perusahaan Secara Profesional. Pahang: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

65

Morris, M. S., Lewis, P. & Sexton, D. S. (1997). Reconceptualizing Entrepreneurship:

An input-output perspective. SAM Advanced management journal. 55(1): 21-31.

Nadzri, Shamsudin, & M. Sabri (2010). Faktor-Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan

Dan KegagalanPerusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Bumiputera Di

Malaysia. Jurnal teknologi Sains Sosial.Fakulti Pengurusan dan Muamalah. pp 1-

10

Othman & Ishak (2011). Kecenderongan Pemilihan Kerjaya Mengikut Persepsi

Perserta Skim Usahawan Siswazah. Jurnal teknologi Sains Sosial, Penerbit UTM

Press, UniversitiTeknologi Malaysia. pp 47–63.

Othman (2009). Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Konsultasi dalam

Pembudayaan Keusahawanan. Prosiding Kogress Pengajaran dan Pembelajaran

di Awana Porto Malai Langkawi. 13-17 Dis. 2009.

Othman & Ishak (2009). Attitude Towards Choosing a Career in Entrepreneurship

Amongst Graduates. Faculty of Education, Universiti Kebangsaan

Malaysia,UKM. European Journal of Social Sciences ,Vol 10, Num 3 , pp. 1-16.

Osman (2007). Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan Alumni Universiti

Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi

Malaysia, UTM.

Pelan Stategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 Fasa 1 (PSPTN), (2007)

Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dicapai pada Julai 23, 2014

dari http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/psptn.pdf

Ramachandra (2003). The Big Jump Into Enterpreneurship. Singapore: Horizon.

Ramin & Ahmad, K. (2008). Perniagaan & Keusahawanan. Jabatan Pengurusan Dan

Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia. UTHM.

Rasheed, H. & Rasheed, B. (2003). Developing Entrepreneurial Characteristics in

Youth: The Effects of Education and Enterprise Experience. Ethnic

Entrepreneurship: Structure and Process, ed: Stile, C. & Gabraith, C: Elsevier

Science, Amsterdam.

Samerjan, A. (2007). Sikap Pelajar Melayu Di Dua Buah Sekolah Menengah Harian di

Daerah Ibrahim Sultan Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Meknologi

Malaysia: Sarjana.

65

Sekaran, U. (2003). Research Methods For Business: A Skill Building Approach. Fourth

Edition. United States of America:

Sabaruddin (2002). Keusahawanan : Rahsia ke puncak kejayaan Keusahawanan

Malaysia.

Tunggak, T. & Salamon, H. (2011). Budaya Usahawan Berjaya. UTM Press Universiti

Teknologi Malaysia.

Teresa V Menzies, Joseph C Paradi (2002). Encouraging Technology-Based Ventures:

Entrepreneurship Education and Engineering Graduates. New England Journal

of Entrepreneurship, 5(2), 57-64.

Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing individual

level enterprising competencies. Kertas kerja yang dibentangkan di 17th

Global

Conference – Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 – 11

July, 2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of

Technology. Gdansk: Poland.

Wan Hashim (2008). Faktor Penghalang Terhadap Kesediaan Menjadi Usahawan.

Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana.

Yusof & Shafie (2012). Konsep Kesediaan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Kolej

Komuniti Bandar Penawar. JurnalPendidikan Malaysiapp 1- 17

Yusof, (2009). Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Yahya, Shahrin, Jamaludin, Boon dan Abdul Rahim (2006). Menguasai Penyelidikan

dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.