i tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan ... · 2017. 8....

53
TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENGETAHUAN DAN KEPERLUAN LATIHAN BERFOKUSKAN APLIKASI KBAT ZARINA BINTI ABDUL RASHID Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2016

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • i

    TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENGETAHUAN DAN

    KEPERLUAN LATIHAN BERFOKUSKAN APLIKASI KBAT

    ZARINA BINTI ABDUL RASHID

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

    sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

    Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    JUN 2016

  • iii

    DEDIKASI

    Syukur ke hadrat Allah Taala dengan limpah kurnianya Projek Sarjana ini dapat

    dihasilkan. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

    Buat suami tercinta,

    Ibrahim bin Sulaiman

    dan anak-anak yang disayangi,

    Aiman Yusuf, Sarah Nurfatihah, Alia Nurathirah dan Imran Danial

    Semoga apa yang dihasilkan ini menjadi inspirasi kepada kalian….

    dan

    Terima kasih kerana amat memahami dan sentiasa memberi sokongan

    Mak dan Abah

    Hasnah bintiAbdul Raof

    Abdul Rashid bin Murad

    Serta rakan-rakan seperjuangan MBT

    Doa, dorongan dan sokongan tanpa jemu menjadikan perjalanan ini mudah

    Buat penyelia yang dihormati

    Dr Azman bin Hasan

    Terima kasih atas segala tunjuk ajar, semangat dan dorongan yang diberi…

    semoga Allah yang membalasnya

  • iv

    PENGHARGAAN

    Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberi kekuatan dan ilham

    kepada hambamu bagi menyempurnakan Laporan Projek Sarjana ini dengan

    sempurna.

    Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang sangat dihormati,

    penyelia projek ini Dr Azman bin Hasan atas sesegala bimbingan, tunjuk ajar dan

    sokongan di sepanjang tempoh penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada panel

    penilai Dr Lee Ming Foong dan Dr Tamil Selvan a/l Subramaniam atas segala

    teguran dan komen bertujuan untuk penambahbaikan laporan ini.

    Tidak lupa kepada semua warga pendidik di SMK Senggarang, SMK Dato

    Bentara Luar, SMK Dato Onn, SMK Tun Aminah dan SMK(P) Temenggung

    Ibrahim yang terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Kerjasama yang diberikan

    amat dihargai.

    Juga ucapan tterima kasih kepada pihak pentadbir SMK Tun Ismail kerana

    memberi kerjasama sepanjang pengajian saya serta rakan-rakan sejawatan yang

    banyak membantu secara langsung dan tidak langsung. Rakan-rakan seperjuangan

    MBT, terima kasih kerana sentiasa bersama-sama dan saling menyokong antara satu

    sama lain sehingga ke titik akhir menempuhi cabaran suka duka dalam meningkatkan

    tahap pendidikan kita.

    Semoga Allah memberkati dan membalas segala jasa……

  • v

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan pengetahuan dan tahap

    keperluan latihan guru-guru dalam mengaplikasi KBAT dalam PdP. Kajian ini juga

    melihat perbezaan tahap kesediaan pengetahuan guru dan tahap keperluan latihan

    guru berdasarkan pengalaman mengajar guru-guru yang mengajar di tingkatan 3.

    Sebanyak empat persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengenal pasti

    permasalahan kajian yang timbul. Reka bentuk kajian ini melibatkan analisis

    deskriptif dan inferensi berbentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif.

    Instrumen kajian ialah borang soal selidik berskala Likert lima mata. Seramai 138

    sampel guru daripada 5 buah sekolah model abad ke-21 daerah Batu Pahat Johor

    dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Model pengukuran Rasch telah

    digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang

    telah dibina. Hasil analisis menunjukkan tahap kesediaan pengetahuan guru dalam

    aspek pengetahuan berkaitan asas KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi

    berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan

    pengetahuan dalam aspek pentaksiran adalah tinggi. Begitu juga dengan tahap

    keperluan latihan guru-guru juga tinggi pada keseluruhannya. Dapatan kajian juga

    menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru yang mempunyai

    pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun dengan tahap kesediaan pengetahuan.

    Selain daripada itu hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

    antara tahap keperluan latihan dengan guru-guru yang berpengalaman lebih daripada

    20 tahun. Mereka kurang memerlukan latihan. Hasil kajian ini dapat dijadikan

    sebagai garis panduan kepada guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat agar dapat

    merangka sesi latihan yang berkesan agar pengetahuan guru-guru dapat ditingkatkan

    seterusnya dapat membantu guru-guru mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam

    PdP di bilik darjah.

  • vi

    ABSTRACT

    This study was conducted to identify the level of knowledge and training needs of

    teachers in applying HOTS in teaching and learning process in classrooms. The study

    also looked at the different level of knowledge among teachers with different

    experience background and also the different level of training needs among teachers

    with different experience background. A total of four research questions were

    developed to study the problems of this study. The design of this study involved the

    descriptive and inferential analysis in the form of a survey using a questionaire as the

    research instrument. A total sample of 138 teachers from five schools in Batu Pahat,

    Johor were selected as respondents in this study. Rasch measurement model was

    used to determine the validity and reliability of the instrument. The findings indicate

    that the level of knowledge and training needs of teachers in applying HOTS during

    teaching and learning process in the classrooms are at the highest level. The study

    also shows that there is a significant difference between teachers with less than 20

    years experience against the level of the teachers’ knowledge. There is also a

    significant difference between the teachers with more than 20 years experience

    against the level of their training needs. There is also a significant difference between

    the teachers with more than 20 years experience against the level of their training

    needs.Further studies can be conducted to improve the deficiency in this study. The

    findings are expected to provide information to the concerned parties to make

    improvements on the implementation of HOTS in schools.

  • vii

    KANDUNGAN

    PENGESAHAN

    TAJUK i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATAN xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB 1 PENGENALAN 1

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Latar belakang masalah 4

    1.3 Penyataan masalah 11

    1.4 Tujuan kajian 12

    1.5 Objektif kajian 13

    1.6 Persoalan kajian 13

    1.7 Kerangka konsep kajian 14

  • viii

    1.8 Kepentingan kajian 15

    1.9 Skop kajian 17

    1.10 Batasan kajian 18

    1.11 Definisi istilah dan operasi 19

    1.12 Rumusan 23

    BAB 2 SOROTAN LITERATUR 24

    2.1 Pengenalan 24

    2.2 Definisi kemahiran berfikir 24

    2.3 Kajian berkaitan dengan kesediaan pengetahuan

    guru

    26

    2.3.1 Kesediaan pengetahuan berkaitan asas

    KBAT

    26

    2.3.2 Kesediaan pengetahuan berkaitan

    pedagogi

    36

    2.3.3 Kesediaan pengetahuan berkaitan

    pembinaan item KBAT

    37

    2.3.4 Kesediaan pengetahuan berkaitan

    pentaksiran

    39

    2.4 Konsep latihan 41

    2.4.1 Kepentingan latihan 42

    2.2.4 Bentuk-bentuk latihn kepada guru 44

    2.5 Kajian berkaitan pengalaman guru dengan latihan 48

    2.6 Tahap keperluan latihan guru-guru 49

    2.7 Model dan teori 50

    2.7.1 Teori expectancy 50

    2.7.2 Model latihan Wood 1981 51

  • ix

    2.8 Rumusan 53

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 54

    3.1 Pengenalan 54

    3.2 Reka bentuk kajian 55

    3.3 Populasi dan sampel kajan 56

    3.4 Kerangka operasi kajian 59

    3.5 Instrumen kajian 68

    3.5.1 Borang soal selidik 62

    3.6 Lokasi kajain 65

    3.7 Kajian rintis 65

    3.7.1 Kesahan soal selidik 66

    3.8 Analisis kajian rintis 67

    3.8.1 Analisis kebolehpercayaan item dan indeks

    pengasingan

    68

    3.8.2 Analisis kebolehpercayaan individu dan

    indeks pengasingan

    71

    3.8.3 Polariti item 72

    3.8.4 Korelasi residual terpiawai item 73

    3.8.5 Kesesuaian item 74

    3.9 Kaedah pengumpulan data 77

    3.10 Prosedur analisis data 77

    3.11 Rumusan 80

    BAB 4 ANALISIS KAJAN 81

    4.1 Pengenalan 81

    4.2 Analisis data 81

  • x

    4.3 Data demografi responden 83

    4.3.1 Analisis responden mengikut jantina 84

    4.3.2 Analisis responden mengikut pengalaman

    mengajar

    84

    4.3.3 Analisis responden mengikut latihan

    berkaitan KBAT

    85

    4.4 Dapatan kajian 85

    4.4.1 Persoalan kajian 1 86

    4.4.2 Persoalan kajian 2 91

    4.4.3 Persoalan kajian 3 94

    4.4.4 Persoalan kajian 4 99

    4.5 Rumusan 105

    BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 106

    5.1 Pengenalan 106

    5.2 Perbincangan 106

    5.2.1 Rumusan objektif kajian 1 107

    5.2.2 Rumusan objektif kajian 2 114

    5.2.3 Rumusan objektif kajian 3 118

    5.2.4 Rumusan objektif kajian 4 120

    5.3 Kesimpulan 123

    5.4 Cadangan terhadap dapatan kajian 126

    5.5 Cadangan untuk kajian lanjutan 128

    5.6 Penutup 129

    RUJUKAN 131

    LAMPIRAN 146

  • xi

    SENARAI JADUAL

    3.1 Jumlah populasi kajian 57

    3.2 Penentuan saiz sampel 58

    3.3 Saiz sampel kajian sebenar 59

    3.4 Skala pengukuran Likert bagi tahap pengetahuan asas

    KBAT

    63

    3.5 Skala pengukuran Likert bagi tahap pengetahuan

    dalam aspek pedagogi

    64

    3.6 Skala pengukuran Likert bagi tahap pengetahuan

    dalam aspek pembinaan item KBAT dan tahap

    keperluan latihan oleh guru

    64

    3.7 Pembahagian item –item dalam borang soal selidik 65

    3.8 Intepretasi skor bagi nilai Alpha Cronbach 69

    3.9 Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) kajian rintis 69

    3.10 Kebolehpercayaan item dan indeks pengasingan 70

    3.11 Kebolehpercayaan person dan indeks pengasingan 72

    3.12 Analisis korelasi item 74

    3.13 Item yang digugurkan 75

    3.14 Ringkasan item dikekalkan dan digugurkan 76

    3.15 Jadual skor min 78

    3.16 Kaedah analisis data berdasarkan objektif dan

    persoalan kajian

    80

    4.1 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 84

    4.2 Bilangan dan peratusan responden mengikut

    pengalaman mengajar

    85

    4.3 Bilangan dan peratusan responden yang pernah

    mengikuti latihan KBAT

    85

  • xii

    4.4 Analisis setiap item bagi konstruk tahap kesediaan

    pengetahuan guru

    86

    4.5 Analisis setiap dimensi bagi aspek tahap kesediaan

    pengetahuan guru

    90

    4.6 Analisis bagi setiap item bagi konstruk keperluan

    latihan

    91

    4.7 Analisis setiap dimensi bagi aspek keperluan latihan 93

    4.8 Analisis setiap konstruk 94

    4.9 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

    kumpulan 2

    95

    4.10 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

    kumpulan 3

    96

    4.11 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

    kumpulan 4

    96

    4.12 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan

    kumpulan 3

    97

    4.13 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan

    kumpulan 4

    97

    4.14 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 3 dan

    kumpulan 4

    98

    4.15 Analisis bagi perbezaan antara tahap kesediaan

    pengetahuan guru dengan pengalaman pengajar guru

    98

    4.16 Ringkasan perbezaan antara tahap kesediaan

    pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar

    berfokus aplikasi KBAT

    99

    4.17 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

    100

  • xiii

    kumpulan 2

    4.18 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

    kumpulan 3

    101

    4.19 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

    kumpulan 4

    101

    4.20 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan

    kumpulan 3

    102

    4.21 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan

    kumpulan 4

    102

    4.22 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru

    dengan pengalaman mengajar kumpulan 3 dan

    kumpulan 4

    102

    4.23 Analisis bagi perbezaan antara tahap keperluan latihan

    dengan pengalaman mengajar guru-guru berfokuskan

    aplikasi KBAT

    103

    4.24 Ringkasan perbezaan antara keperluan latihan dengan

    pengalaman mengajar guru-guru berfokuskan aplikasi

    KBAT

    104

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    1.1 Kerangka konsep kajian

    15

    2.1 Model latihan Wood

    52

    3.1 Kerangka operasi kajian

    67

    3.2 Skala logit

    79

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    BPG - Bahagian Pendidikan Guru

    DGF - Differential Group Functioning

    DSP - Dokumen Standard Prestasi

    JPU - Jadual Penentu Ujian

    JSU - Jadual Spesifikasi Ujian

    JPN Jabatan Pendidikan Negeri

    KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    KBAR - Kemahiran Berfikir Aras Rendah

    KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

    KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

    KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

    KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

    LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

    PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    PdP Pengajaran dan Pembelajaran

    PISA - Program Penilaian Murid Antarabangsa

    PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    PTMEA CORR - Point Measure Correlation

    PT3 - Pentaksiran Tingkatan 3

    SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

    TIMSS - Trend Pendidikan Matematik dan Sains

    Antarabangsa

    UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    A Senarai semak soalan temubual 146

    B Surat kebenaran membuat kajian daripada KPM 151

    C Carta Gantt 153

    D Soal selidik kajian rintis 157

    E Soal selidik kajian sebenar 166

    F Borang pengesahan dan semakan soal selidik oleh pakar 175

    G Analisis polariti item 183

    H Analisis kesesuaian item 185

    I Ringkasan keseluruhan analisis data mengikut dimensi 187

  • 1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada

    pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat

    sekolah rendah, menengah atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah

    golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Dalam usaha

    menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia perlu memiliki

    ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Sistem pendidikan

    yang ada kini, bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada

    rakyat. Ekoran daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan

    di Malaysia. Mutakhir ini, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran

    Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang ditekankan dalam kurikulum kerana ia merupakan

    satu kemahiran abad ke 21 yang sangat diperlukan untuk membangunkan modal insan.

    Transformasi kurikulum pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi

    penekanan kepada konsep KBAT atau High Order Thinking Skills (HOTS) yang

    berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Melalui

    PPPM 2013-2025, setiap pelajar disasarkan untuk mempunyai kemahiran berfikir,

    kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, pengetahuan, etika dan kerohanian serta

    identiti nasional. Bagaimanapun segala kemahiran ini tidak terhasil dengan mudah

    kerana ia perlu dipupuk secara sistematik.KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu

    terhadap maklumat, fakta dan idea yang diterima dengan memberi makna,

    menghubungkait maklumat, mengkategori dan memanipulasinya untuk membolehkan

    seseorang menemui makna dan kefahaman baru. Menurut Othman et al. (2010),

  • 2

    KBAT merupakan kemahiran berfikir seperti sintesis, analisis, memberi sebab,

    kefahaman, aplikasi dan penilaian. Manakala menurut Rhoades et al. (2009) pula,

    KBAT ialah kemahiran yang berkaitan dengan penyelesaian masalah dan proses

    pemikiran kritikal. Saavedra dan Opfer (2012) pula menambah, antara cabaran dalam

    abad ke-21 adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran

    aras tinggi yang diperolehi melalui pembelajaran yang bermaknayang berlaku dalam

    komunikasi yang kompleks. Umum mengetahui, pada zaman serba canggih ini, proses

    globalisasi merangkumi pelbagai aspek seperti perubahan dalam teknologi, perubahan

    pasaran ekonomi, perubahan persekitaran dan perubahan dalam politik. Hal ini,

    meningkatkan keperluan negara untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan

    pelajar supaya dapat mengharungi cabaran dalam abad ke-21 ini. Justeru itu, guru

    dilihat sebagai insan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aspirasi ini kerana

    guru merupakan insan terhampir dengan pelajar dalam menyampaikan ilmu

    pengetahuan.

    Peranan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajarnya amatlah penting

    dalam melahirkan pelajar dan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

    Menurut Jaafar dan Tamuri (2013) peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam

    transformasi sistem pendidikan sesebuah negara bagi melahirkan generasi yang

    berintelek tinggi, berdaya saing dan kompeten dalam semua aspek. Dalam usaha untuk

    mengembangkan pemikiran murid, guru hendaklah sentiasa menyediakan ruang yang

    mencukupi bagi mengembangkan daya intelek muridnya. Pembelajaran di dalam bilik

    darjah akan menjadi lebih seronok, mencabar dan memberangsangkan apabila berlaku

    interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, guru haruslah

    memastikan KBAT dikuasai oleh murid agar dapat meningkatkan keupayaan belajar

    mereka kerana melalui KBAT, murid dapat mengawal, menentukan arah dan

    mengukur kemajuan pelajaran mereka. Pelbagai kaedah pengajaran boleh dilakukan

    oleh guru untuk mencapai tahap pemikiran murid yang tinggi. Guru perlu

    menyediakan situasi pembelajaran yang lebih kondusif dan mencabar agar sesi PdP

    tidak membosankan.

    Pemilihan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid boleh

    membantu mengurangkan masalah kurang daya fikir dalam kalangan murid. Guru

    boleh mengadakan sesi soal jawab secara terancang sehingga pelajar dapat menguasai

    aras rendah dengan baik kemudian guru boleh mempertingkatkan tahap aras berfikir

    melalui item-item soalan yang lebih mencabar berunsurkan KBAT. Seringkali berlaku

  • 3

    dalam bilik darjah apabila menjawab soalan pada aras tinggi, murid yang lemah terabai

    disebabkan mereka tidak mampu menjawabnya. Hal ini perlu ditangani oleh guru

    dengan bijaksana agar pelajar yang lemah ini mampu bersaing dengan rakan-rakan

    yang lain melalui pedagogi yang berkesan. Guru seharusnya mengambil inisiatif untuk

    menguatkan tahap pengetahuan mereka berkaitan aspek pengetahuan KBAT

    seterusnya memperbaiki corak pengajaran mengikut kehendak semasa. Maka jelaslah,

    adalah menjadi keutamaan kepada guru untuk meningkatkan tahap pengetahuan

    KBAT dalam PdP.

    Hasrat kerajaan ialah untuk melahirkan guru yang berkualiti melalui PPPM

    2013-2025 dengan menekankan pembangunan profesionalisme keguruan. Pelbagai

    program latihan kepada guru telah dirancang untuk meningkatkan pengetahuan dan

    pembangunan diri guru. Kebanyakkan program ini dijalankan di peringkat sekolah

    kerana ianya terbukti berkesan. Latihan-latihan yang dilaksanakan ini membolehkan

    guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan

    yang dijangkakan daripada seorang guru. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khair

    Mohamad Yusof, pelbagai latihan atau kursus telah diberikan kepada guru untuk

    meningkatkan pengetahuan KBAT mereka. Guru-guru telah diberi latihan di peringkat

    PPD, JPN dan KPM melalui kursus pendek merentasi semua matapelajaran melalui

    Latihan Peningkatan Professional yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru

    (BPG).

    Justeru itu, sesuatu yang dirancang dan dilaksanakan itu pasti mempunyai

    tujuan atau matlamatnya agar dapat menghasilkan impak yang diingini. Goetsch

    (2002), menyatakan kepentingan latihan ialah dapat melatih pekerja supaya

    mempunyai kemahiran kerja yang mantap, peningkatan pengetahuan kerja yang luas,

    kompetitif, sentiasa tip top dengan sebarang perubahan dan memastikan pekerja

    mengikut peredaran masa. Maka jelaslah, jika guru diberi latihan yang bersesuaian

    maka tahap pengetahuan berkaitan KBAT akan meningkat. Selain daripada

    menumpukan pengajaran berunsurkan KBAT dalam bilik darjah, guru juga boleh

    membina item-item soalan berunsurkan KBAT seterusnya melaksanakan pentaksiran

    yang berkesan terhadap murid mereka.

  • 4

    1.2 Latar belakang masalah

    Berdasarkan kajian lepas, didapati pengetahuan berkaitan KBAT ini, bukanlah satu

    perkara baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sungguhpun program untuk

    melaksanakan kemahiran berfikir dalam pengajaran merentasi semua kurikulum

    matapelajaran telah dilancarkan semenjak tahun 1994 lagi, namun pelaksanaannya

    dalam PdP di sekolah masih kurang berkesan (Shah, 1997). Pencapaian ujian PISA

    2009 dan 2012, menunjukkan kemahiran berfikir rakyat Malaysia masih rendah.

    Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga terendah di dunia dalam kelompok 74

    buah negara yang mengambil bahagian (Laporan OECD, 2012). Menurut kajian

    daripada Darus (2012), faktor yang menyumbang kepada pencapaian Malaysia yang

    sangat lemah dalam PISA 2009 dan 2012 ialah soalan-soalan dalam ujian PISA

    berbentuk teks yang panjang dan memerlukan murid membuat interpretasi, refleksi

    dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar berbanding soalan peperiksaan awam di

    Malaysia yang ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual sahaja. Di sini jelas

    menunjukkan kegagalan Malaysia mendapat tempat terbaik dalam keputusan PISA

    disebabkan pelajar-pelajar Malaysia gagal mengaplikasikan KBAT walaupun

    kemahiran berfikir ini telah diterapkan seawal tahun 1994 dalam kurikulum KBSM

    dan KBSR.

    Selain daripada itu, dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian

    keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21st Century School (USA)

    pada 2 November 2011 yang mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan

    guru dan murid di Malaysia amat rendah. Hal ini disokong oleh dapatan daripada

    kajian yang dilakukan oleh UNESCO (2011) yang menunjukkan guru-guru mengajar

    hanya untuk memenuhi keperluan peperiksaan. Proses PdP yang menekankan

    peperiksaan lebih mementingkan kebolehan pelajar mengingat kembali fakta secara

    tidak langsung mempengaruhi corak pengajaran guru untuk memberi banyak fakta dan

    mengutamakan penghafalan dan kurang menggalakkan pelajar untuk berfikir tentang

    fakta yang dipelajari (Philips, 1997). Justeru itu, pelajar tidak mempunyai masa untuk

    mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi diri mereka dalam sesuatu bidang

    kerana cenderung menghafal apa yang disuap oleh guru mereka bagi tujuan mendapat

    gred yang baik dalam peperiksaan.

  • 5

    Akibat terlalu ingin menambah kuantiti pelajar yang mendapat A dalam subjek

    yang diajar, guru dilihat tidak berminat untuk mengamalkan teknik penyoalan aras

    tinggi. Mereka juga juga tiada kemahiran membina soalan terbuka aras tinggi kerana

    cenderung menyogok fakta kepada pelajar mereka. Kajian Sukiman et al. (2012)

    mendapati teknik penyoalan merupakan strategi yang sering digunakan oleh guru

    dalam PdP tetapi guru cenderung menggunakan soalan aras rendah. Penggunaan

    soalan pada aras rendah menyebabkan pemikiran pelajar tidak dapat dijana ke arah

    yang lebih kritis (King, 1994). Hal ini disokong oleh Kassim dan Zakaria (2014) yang

    mendapati, guru sebenarnya kurang mengamalkan soalan terbuka aras tinggi kerana

    mereka kurang berkebolehan menggunakan teknik penyoalan yang berkesan. Lantaran

    itu, maka Van Zee et al. (2001) telah mengemukakan beberapa cara bagi mencungkil

    pemikiran pelajar berasaskan strategi soalan lisan guru. Antaranya adalah soalan lisan

    bagi membina pemahaman konsep, soalan lisan bagi memberikan penjelasan terhadap

    suatu definisi dan mengamalkan keadaan senyap atau masa menunggu. Keadaan ini

    secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar melontarkan idea-idea yang lebih

    kreatif tanpa menyekat keupayaan berfikir mereka. Jelaslah jika KBAT diaplikasi

    dengan sempurna dalam PdP, ianya mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai

    kemahiran pemikiran aras tinggi selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Saavedra

    dan Opfer (2012).

    Akibat daripada kekalutan di atas, KPM telah menjalankan transformasi

    kurikulum dengan merangka PPPM 2013-2025 yang menekankan elemen KBAT

    dalam proses PdP. Kemahiran berfikir adalah antara enam ciri utama murid yang

    menjadi aspirasi KPM untuk cemerlang diperingkat global. Pelaksanaan KBAT dalam

    Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2014

    menampakkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia

    tidak lagi bergantung kepada kaedah hafal dan ingat tetapi lebih dinamik dengan

    melibatkan komponen KBAT. Usaha menerapkan KBATdalam PdP ini akan

    diteruskan lagi menjelang tahun 2016 di mana menurut Lembaga Peperiksaan (2013),

    peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga

    merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam PT3, 75% daripada

    keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran

    elektif SPM.

    Selain daripada itu pelaksanaan Pentaksiran Perasaskan Sekolah (PBS) telah

    diperluaskan kepada semua matapelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar

  • 6

    tingkatan 1, 2 dan 3. Soalan-soalan yang dihasilkan juga melibatkan soalan yang

    memerlukan pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk menjawab soalan dan

    tiada lagi soalan-soalan berbentuk aneka pilihan yang langsung tidak menggalakkan

    pelajar mengolah idea mereka. Justeru itu, guru-guru harus membuat anjakan

    paradigma daripada amalan pengajaran secara tradisional dengan mengubah cara

    mengajar, cara membina soalan dan cara pentaksiran dilakukan selaras dengan

    transformasi yang dianjurkan oleh kerajaan. Anjakan paradigma yang dilakukan ini

    memerlukan guru mempunyai pengetahuan yang jelas dalam ketiga-tiga aspek di atas.

    Untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP maka semakin bertambah beban tugas

    guru. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan

    sehingga terpaksa berhadapan dengan beban yang keterlaluan. Beban tugas yang

    banyak telah menimbulkan kerumitan, tekanan dan keletihan emosi kepada guru.

    Semasa mengaplikasi KBAT dalam bilik darjah guru perlu membuat perancangan rapi

    seperti menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat merangsang kebolehan

    berfikir pelajar seperti lembaran kerja, objek, slaid tayangan, persembahan

    powerpoint, video, gambar dan lain-lain memerlukan kemahiran guru untuk

    memanipulasi segala alatan yang sedia ada. Menurut Kilani (2005), penggunaan BBM

    amat diperlukan agar pelajar mudah memahami pengajaran guru. Kenyataan ini

    disokong oleh Azmi dan Halim (2007) yang mendapati penggunaan BBM dalam bilik

    darjah boleh meningkatkan keberkesanan PdP guru di samping dapat menarik minat

    pelajar jika penggunaannya dirancang dengan teliti.

    Kajian Valli dan Buese (2007) terhadap 150 orang guru mendapati bahawa hal

    ini menyebabkan tugas guru semakin bertambah dan meluas kerana mereka perlu

    memenuhi harapan daripada masyarakat hingga memberi kesan stres kepada guru.

    Tidak cukup dengan tugasan mengajar, guru pada hari ini terlalu dibebankan dengan

    tugas-tugas di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat,

    mengendalikan program pelajar, mengurus kerenah dan kebajikan pelajar serta tugas-

    tugas pengurusan (Lemaire, 2009). Malah, guru terpaksa memperuntukkan masa yang

    lebih untuk melaksanakan tugas-tugas berkaitan akademik dan bukan akademik

    antaranya perlu menghadiri kursus atau program yang dianjurkan oleh, KPM, JPN,

    PPD dan sekolah bagi membolehkan guru-guru meningkatkan pengetahuan berkaitan

    bidang tugas mereka.

    Selain daripada itu, perlaksanaan elemen KBAT ke atas pelajar pada

    pentaksiran pula dilihat akan menambahkan lagi beban guru kerana terpaksa

  • 7

    menyediakan instrumen yang mengandungi item KBAT bagi menggalakkan pelajar

    berfikir aras tinggi. Dapatan kajian oleh Abu Naim (2013), telah mendapati 95.6%

    pentadbir bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan bahawa guru-guru

    menggunakan masa yang lebih untuk membina dan menguruskan instrumen

    pentaksiran sehingga menyebabkan guru-guru menghadapi tekanan. Mereka terpaksa

    memilih bahan dan item pentaksiran mengikut aras kebolehan muridnya. Hal ini

    menyukarkan guru kerana sumber rujukan dan bahan bantu mengajar adalah terhad.

    Akibat kurangnya pengetahuan tentang latihan pembinaan item dalam pentaksiran,

    memaksa guru menggunakan sumber daripada buku-buku rujukan dan latihan yang

    berada di pasaran untuk memudahkan dan mempercepatkan guru memilih item-item

    berunsurkan KBAT semasa membuat pentaksiran (Othman, 2015). Selain daripada itu,

    ada di kalangan guru mengambil inisiatif sendiri dengan membina blog atau komuniti

    di laman sosial bertujuan untuk berkongsi apa sahaja dapatan atau instrumen yang

    berkaitan.

    Peningkatan beban tugas ini menyebabkan ramai pendidik mengalami tekanan

    jiwa kerana mereka tidak mampu berdepan dengan kehendak perubahan dan tuntutan

    semasa. Tekanan sedia ada ini ditambah dengan ekspektasi daripada pihak sekolah,

    rakan sekerja, murid-murid, dan masyarakat yang inginkan pencapaian akademik

    cemerlang. Pada tahun 2011, peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di

    Malaysia menunjukkan guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak

    45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan

    sebagainya (Nasaruddin, 2011). Hal ini disokong oleh Rahim (2012) yang

    mendedahkan hasil kajiannya mendapati tugas guru yang sukar dan mencabar dapat

    mengundang stres yang hebat dalam kalangan warga pendidik ini. Mereka merasakan

    tugas yang pada asalnya merupakan tanggungjawab telah berubah menjadi satu beban.

    Guru cenderung melaksanakan tugas secara terpaksa dan sudah pastinya hasilnya tidak

    seperti yang diharapkan.

    Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, turut

    menyaksikan sektor pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar apabila kerajaan

    memperuntukkan sejumlah RM41.3 billion bagi melaksanakan PPPM 2013-2025. Hal

    ini jelas membuktikan bahawa kerajaan memandang serius pelaksanaan intipati PPPM

    yang sangat menekankan KBAT dalam kalangan pelajar. Walaupun hal ini dilihat

    sebagai satu beban kewangan kepada kerajaan, namun kerajaan dilihat sangat komited

  • 8

    dalam usahanya untuk melahirkan warga Malaysia yang mempunyai pemikiran kreatif

    dan kritis seterusnya meletakkan negara setanding dengan negara-negara maju lain.

    Antara faktor-faktor yang menjadi kekangan dalam mengaplikasi KBAT

    semasa proses PdP ialah pelajar itu sendiri. Menurut Chew (2014), sikap pelajar yang

    hanya belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang menghalang proses kemahiran

    berfikir mereka. Mereka hanya akan membaca bahan-bahan bacaan yang dijangka

    berpotensi disoal dalam peperiksaan. Hal ini diburukkan lagi dengan penekanan guru

    untuk menghabiskan sukatan (Philips, 1997). Yeeet al. (2010) menegaskan jika pelajar

    jarang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjana idea, maka mereka

    akan berhadapan dengan masalah untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

    Justeru itu, aplikasi KBAT dalam PdP tidak akan berjaya.

    Faktor sokongan kurikulum dan sekolah juga mempengaruhi aplikasi KBAT

    dalam PdP. Menurut Sukiman et al. (2012) dalam kajiannya, mendapati sebanyak

    80.5% guru matematik menyatakan mereka bersetuju dan sangat bersetuju bahawa

    kurikulum sedia ada memberi peluang kepada mereka mengajar kemahiran berfikir.

    Walau bagaimanapun 81.3% setuju dan sangat setuju berkaitan sukatan terlalu banyak

    dan tidak memberi peluang kepada guru untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam

    PdP. Seramai 45.1% guru matematik setuju dan sangat setuju bahawa tumpuan kepada

    kemahiran berfikir menghalang proses pengajaran. Manakala 65% responden setuju

    dan sangat setuju bahawa penggunaan buku teks membantu dalam pengajaran berfikir.

    Selain daripada itu, kehendak pihak sekolah dan PPD yang ingin melihat

    kecemerlangan peratus kelulusan dengan mensasarkan sebahagian besar pelajar

    mendapat A dalam setiap matapelajaran menyebabkan aspek KBAT dipinggirkan.

    Guru cenderung menghabiskan sukatan dan membuat latih tubi bersama pelajar di

    samping membuat ramalan soalan-soalan yang dijangka diuji dalam setiap peperiksaan

    peringkat kebangsaan.

    Namun, daripada faktor yang disenaraikan di atas didapati faktor guru

    dianggap sebagai faktor yang paling dominan kerana guru memainkan peranan yang

    penting dalam menentukan kejayaan aspirasi pendidikan dalam sesebuah institusi

    pengajian. Kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti guru kerana guru

    yang baik boleh membuatkan pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid serta

    mampu merangsang tahap kognitif pelajarnya. Sepanjang tempoh perkhidmatannya,

    guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar bidang

    tugasnya di antaranya ialah perubahan pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan PdP

  • 9

    yang efektif, pembinaan item KBAT dan pentaksiran yang berkesan. Selain daripada

    itu, terdapat juga perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan

    teknologi baru yang menuntut guru sama-sama turut serta dalam gelombang

    perubahan tersebut. Hal ini dijelaskan oleh (Ibrahim dan Majid, 2002) dalam kajian

    yang dilakukan oleh mereka. Oleh itu, guru sentiasa perlu bersedia dengan segala

    perubahan yang berkemungkinan akan berlaku dari masa ke masa.

    Tinjauan awal yang dilakukan terhadap guru-guru tingkatan 3 mendapati

    terdapat permasalahan yang timbul semasa mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

    Permasalahan ini dapat dikenal pasti melalui maklum balas dan reaksi yang telah

    diberikan. Protokol temubual ditunjukkan dalam LAMPIRAN A. Antara maklum

    balas yang diperoleh ialah:

    …saya tahu kepentingan KBAT tapi saya tak tau macam mana nak terapkan

    KBAT semasa mengajar.

    (Guru 1, komunikasi peribadi, Oktober 5, 2015)

    …saya perlu menghabiskan sukatan secepat mungkin kerana kami perlu

    membuat latih tubi bersama pelajar sebelum peperiksaan bermula. Kalau nak ajar

    KBAT lebih baik ajar kelas bukan peperiksaan.

    (Guru 2, komunikasi peribadi, Oktober 7, 2015)

    …….saya tak pernah guna JSU untuk membina soalan. Saya selalu ambil

    soalan-soalan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku-buku rujukan.

    Sekarang ni pihak JKD sering menyediakan soalan peperiksaan dan percubaan

    secara setara kerana markah setiap sekolah akan dimasukkan dalam SAPS. Analisa

    akan dibuat oleh pihak JKD untuk melihat pencapaian sekolah dalam daerah.

    (Guru 3, komunikasi peribadi, Oktober 7, 2015)

    ……saya rasa tugas guru sekarang makin mencabar la dengan bermacam

    elemen baru yang menyusahkan. Kadang-kadang saya rasa tertekan dan jemu dengan

    kerjaya ni. Kalau ada pilihan memang saya nak pencen je. Malas lagi nak pikir…

    (Guru 4, Komuniasi individu, Oktober 9, 2015)

  • 10

    Beberapa kajian yang dilaksanakan (Rajendran, 2008 dan Puteh et al., 2012)

    menunjukkan bahawa guru mempunyai kesedaran tentang kepentingan KBAT dalam

    PdP, namun mereka kurang kesediaan pengetahuan dan kurang kemahiran

    mengaplikasikan KBAT dalam PdP. Hal ini ditegaskan oleh Rajendran (2001) dalam

    kupasan kajiannya mendapati kesediaan guru semasa proses PdP bergantung kepada

    aspek pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar

    dan sikap yang perlu dimiliki untuk mengajar kemahiran berfikir dalam subjeknya.

    Selain daripada itu, guru haruslah berkemampuan untuk membudayakan KBAT dalam

    pembinaan item dan pentaksiran.

    Ilmu pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam menyediakan guru ke

    arah mendidik muridnya menyelesaikan masalah yang melibatkan KBAT. Namun,

    pengetahuan guru terhadap maksud KBAT itu sendiri kurang jelas. Pendapat ini

    disokong oleh Ball dan Garton (2005) mengatakan kebanyakan guru kurang bersedia

    dan ada dalam kalangan mereka tidak tahu menerapkan KBAT dalam PdP. Maka, tidak

    hairanlah jika guru-guru tidak mengutamakan atau tidak mengambil berat tentang

    aplikasi KBAT dalam PdP. Selain itu, semasa penyediaan bahan untuk membina item

    KBAT akan menjadi kesukaran kepada guru-guru yang tidak mempunyai pengetahuan

    berkaitan KBAT. Justeru itu, isu yang jelas timbul ialah guru kurang bersedia dari

    aspek pengetahuan berkaitan KBAT, melaksanakan pedagogi berunsurkan KBAT,

    membina item KBAT dan pentaksiran.

    Menurut Fani (2011) usaha untuk menerapkan KBAT dalam PdP bukan satu

    tugas yang mudah. Hal ini juga ditegaskan oleh Salihudin (2011) bahawa kajian yang

    dibuat menerusi pemerhatian mendapati aplikasi KBAT dalam bilik darjah hanya pada

    tahap minimum sahaja dan ini membuktikan bahawa majoriti guru tidak memahami

    kaedah mengadun kemahiran berfikir ini dalam pengajaran (Ball dan Garton 2005).

    Guru di sekolah juga sering merungut kerana mengalami kekangan dalam usaha

    mengajar KBAT. Antara kekangan utama yang dihadapi ialah masa (Rhoades,

    Ricketts dan Friedel, 2009) kerana sibuk melengkapkan pengajaran silibus,

    kekurangan maklumat tentang kemahiran berfikir, tidak tahu kaedah mengajar

    kemahiran berfikir yang sesuai, tidak yakin dan tidak cukup latihan (Fani 2011) dan

    pendedahan terhadap KBAT. Disebabkan masalah ini, menurut Ghafar et al. (2015),

    latihan perlu dijalankan ke atas pekerja agar dapat meningkatkan potensi serta kualiti

    pekerja. Tambahan pula, menurut Mukherjee (2012), latihan yang ditekankan dalam

    organisasi akan mempengaruhi tingkah laku seseorang ke arah matlamat yang telah

  • 11

    ditetapkan. Maka di sini jelaslah, latihan yang berterusan akan mampu menyumbang

    kepada peningkatan kualiti kerja guru dan produktiviti serta meningkatkan imej

    organisasi pendidikan.

    Dalam usaha menerapkan KBAT kepada pelajar, guru haruslah menggunakan

    kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada

    kebolehan pelajar meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Maka faktor pengetahuan

    berkaitan KBAT haruslah dikaji dengan jelas agar tidak mengelirukan guru. Di sini

    jelaslah betapa pentingnya guru mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan

    pedagogi, membina item dan pentaksiran berasaskan KBAT. Bagi guru-guru yang

    mempunyai pengetahuan yang kurang maka mereka seharusnya diberi latihan

    sewajarnya supaya kompetensi terhadap mengaplikasi KBAT ini dapat ditingkatkan.

    1.3 Penyataan masalah

    Berdasarkan perbincangan di bahagian latar belakang masalah yang menekankan isu

    berkaitan pengetahuan guru untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP, didapati bahawa

    pelaksanaan pengembangannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih

    kurang berkesan (Shah, 1997). Di sini jelas menunjukkan kegagalan Malaysia

    mendapat tempat terbaik dalam keputusan PISA disebabkan tahap kemahiran berfikir

    pelajar-pelajar Malaysia masih rendah walaupun kemahiran berfikir ini telah

    diterapkan dalam KBSR dan KBSM seawal tahun 1994 dalam kurikulum KBSM dan

    KBSR seperti yang dinyatakan oleh (Darus,2012). Pendapat ini disokong oleh Yunos

    et al. (2010) yang menegaskan tahap penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar

    sekolah menengah di Malaysia sangat rendah. Hal ini disebabkan oleh guru gagal

    membudayakan KBAT semasa proses PdP.

    Menurut Rajendran (2010), kesediaan guru semasa proses PdP bergantung

    kepada aspek pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar, kemahiran untuk

    mengajar subjeknya dan sikap yang perlu dimiliki untuk mengajar kemahiran berfikir.

    Selain daripada itu, pengetahuan terhad yang dimiliki oleh guru berkaitan proses

    pembinaan item berunsurkan KBAT juga menyebabkan guru tidak yakin untuk

    menggubal item sendiri (LPM, 2014). Guru lebih cenderung untuk menceduk item-

    item sedia ada daripada buku-buku rujukan yang berlambak di pasaran (Mat Ali,

    2006). Memburukkan lagi keadaan, guru gagal memantau kemajuan pembelajaran

  • 12

    murid dengan tepat serta mencungkil potensi sebenar anak didiknya. Seterusnya guru,

    membuat pelaporan yang kurang tepat kepada ibu bapa dan pelajar sehingga

    menimbulkan keraguan pelbagai pihak berkaitan pentaksiran (Talib dan Ghafar,

    2009). Kajian daripada Hussin (2004) mendapati peningkatan pengetahuan guru boleh

    berlaku apabila guru didedahkan dengan isu-isu berkaitan melalui kursus, bengkel,

    seminar, persidangan dan forum berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian,

    satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru dari aspek

    pengetahuan dalam aspek pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran serta keperluan

    latihan oleh guru-guru sekolah menengah harian di daerah Batu Pahat agar dapat

    meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan KBAT seterusnya dapat membantu

    menghasilkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global

    1.4 Tujuan kajian

    Kajian ini bertujuan meninjau tahap kesediaan guru-guru dalam aspek pengetahuan

    iaitu pengetahuan asas KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan

    KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan pengetahuan dalam

    aspek pentaksiran dalam PdP serta melihat tahap keperluan latihan guru-guru untuk

    meningkatkan pengetahuan mereka. Selain daripada itu kajian ini juga melihat sejauh

    mana perbezaan secara statistik tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman

    serta perbezaan antara tahap keperluan latihan guru dengan pengalaman berdasarkan

    kumpulan guru-guru yang mengajar tingkatan 3 untuk mengaplikasi KBAT dalam

    PdP.

    1.5 Objektif kajian

    Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:

    (i) Mengenal pasti tahap kesediaan dari aspek pengetahuan guru-guru di sekolah

    menengah harian di Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

    (ii) Mengenal pasti tahap keperluan latihan guru-guru di sekolah menengah harian

    di Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

    (iii) Mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan

  • 13

    dengan pengalaman mengajar guru-guru di sekolah menengah harian di Batu

    Pahat.

    (iv) Mengenal pasti perbezaan keperluan latihan dengan pengalaman guru-guru di

    sekolah menengah harian di Batu Pahat.

    1.6 Persoalan kajian

    Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukan untuk dijawab iaitu:

    (i) Apakah tahap kesediaan dari aspek pengetahuan guru-guru di sekolah

    menengah harian Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP?

    (ii) Apakah tahap keperluan latihan guru-guru di sekolah menengah harian di

    Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP?

    (iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dari

    aspek pengetahuan dengan pengalaman mengajar guru-guru di sekolah

    menengah harian di Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP?

    (iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keperluan latihan

    dengan pengalaman mengajar guru-guru di sekolah menengah harian di Batu

    Pahat.

    1.7 Kerangka konsep kajian

    Satu kerangka konsep kajian telah dibina seperti dalam Rajah 1.1. Kerangka konsep

    kajian ini dibina berlandaskan objektif kajian dan persoalan kajian yang ditentukan

    sebelum ini. Menurut Iskandar (2008) kerangka konsep yang baik mestilah

    mempunyai (i) pembolehubah kajian yang jelas (ii) hubungan antara pembolehubah

    yang dikaji dan ada teori yang melandasinya serta (iii) kerangka konseptual perlu

    dinyatakan dalam bentuk diagram sehingga masalah yang wujud dapat dicari jawapan

    dengan mudah. Oleh itu, kerangka konsep kajian ini adalah bertujuan menjelaskan

    dengan mendalam mengenai jalan cerita kajian ini. Kerangka konsep kajian ini adalah

    hasil olahan pengkaji bagi membolehkan objektif kajian dicapai dan mampu

    menjawab soalan kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap

    kesediaan guru dalam aspek pengetahuan asas berkaitan KBAT, pengetahuan dalam

  • 14

    aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT

    dan pengetahuan dalam aspek pentaksiran dalam PdP serta tahap keperluan latihan

    oleh guru-guru yang berfokuskan aplikasi KBAT dalam PdP. Kajian ini juga mengkaji

    faktor lain yang dinyatakan dalam kerangka iaitu faktor pengalaman guru yang boleh

    mempengaruhi tahap kesediaan pengetahuan dan tahap keperluan latihan oleh guru-

    guru.

  • 15

    Input Proses Output

    Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

    1.8 Kepentingan kajian

    Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan institusi yang

    terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam meningakatkan mutu PdP seperti

    pelajar, guru dan juga pihak KPM. Antaranya ialah:

    (i) Guru

    Hasil kajian ini akan memberi implikasi penting kepada guru kerana ia dapat melihat

    sejauh mana tahap pngetahuan guru dan tahap keperluan latihan untuk membudayakan

    KBAT dalam PdP. Bagi melaksanakan tugas ini dengan berkesan guru seharusnya

    mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam KBAT, pedagogi, bina item dan

    Pembolehubah

    bebas

    Pembolehubah

    bersandar

    Aplik

    asi KB

    AT

    oleh

    guru

    Tin

    gk

    atan tig

    a

    Tahap

    kesediaan

    pengetahuan

    Keperluan latihan

    Tahap

    keperluan

    latihan

    Pengetahuan:

    KBAT

    Pedagogi

    Bina item

    Pentaksiran

    Pengalaman

  • 16

    pentaksiran. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat penting kepada guru dari segi

    panduan yang dapat digunakan untuk melaksanakan proses PdP denagn lebih

    berkesan. Justeru itu, guru juga diharap dapat merancang aktiviti pengajaran yang

    bersesuaian agar kemahiran berfikir pelajar dapat dikembangkan berdasarkan

    pengetahuan mereka dan pengetahuan sedia ada pelajar agar mereka dapat

    menghubungkaitkan konsep-konsep pembelajaran terdahulu kepada kehidupan

    sebenar serta meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk menceburkan diri dalam

    alam pekerjaan kelak. Selain daripada itu, bagi pihak guru-guru, kajian ini dapat

    menimbulkan kesedaran bahawa latihan dalaman sangat penting untuk meningkatkan

    pengetahuan guru apabila berlaku perubahan dalam kurikulum.

    (ii) Pelajar

    Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membentuk pelajar dalam memastikan mereka

    menyedari kepentingan penguasaan KBAT dalam meningkatkan keupayaan berfikir,

    menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran belajar agar dapat

    menjawab soalan dengan baik serta dapat mengaplikasi pengetahuan sedia ada mereka

    dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu dengan kehidupan sebenar seterusnya

    dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila melangkah ke alam pekerjaan.

    (iii) Sekolah/Pentadbir

    Hasil dapatan kajian ini, dapat memberi maklum balas kepada pihak sekolah/pentadbir

    untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada guru-guru dalam meningkatkan tahap

    pengetahuan mereka. Selain daripada itu, sekolah/pentadbir boleh mengenalpasti

    kaedah terbaik dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan

    pengetahuan berunsurkan KBAT, pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran yang

    dapat digunakan oleh guru-guru semasa proses PdP.

  • 17

    (iv) Kementerian Pelajaran Malaysia/JPN/PPD

    KPM/JPN/PPD dapat mengambil tindakan yang terbaik untuk meningkatkan

    pengetahuan melalui program-program latihan yang dirancang untuk mencapai

    maksud dan tujuan untuk memberi panduan kepada guru-guru. Segala program latihan

    perkembangan profesionalisme dapat dirancang sebaik mungkin agar hasilnya dapat

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Bentuk-bentuk latihan yang

    bersesuaian boleh diberikan kepada guru untuk meningkatkan lagi kefahaman dan

    kemahiran dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan

    kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan bersesuaian dengan topik yang diajar,

    membina item KBAT dan melaksanakan pentaksiran. Dapatan hasil kajian ini dapat

    dijadikan sebagai rujukan untuk penambahbaikan program latihan yang bakal

    dilaksanakan supaya lebih berkesan. Program latihan perkembangan profesionalisme

    yang dirancang juga diharap dapat membantu pihak KPM/JPN/PPD dalam merancang

    strategi yang lebih baik dan berkesan. Ianya dapat memberi panduan dan penilaian

    yang tepat untuk membuat penambahbaikan.

    1.9 Skop kajian

    Skop kajian ini hanya tertumpu kepada tahap kesediaan pengetahuan guru untuk

    mengaplikasi KBAT dalam aspek pengetahuan berkaitan asas KBAT, pengetahuan

    dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item

    KBAT dan pengetahuan dalam aspek pentaksiran serta mengenal pasti tahap keperluan

    latihan guru-guru. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat pengaruh pengalaman

    terhadap tahap kesediaan pengetahuan guru-guru dan tahap keperluan latihan guru-

    guru. Hasil kajian ini hanya terhad kepada sampel dan populasi yang dipilih dan ianya

    tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi lain.

  • 18

    1.10 Batasan kajian

    Kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepada kumpulan guru-guru yang

    mengajar matapelajaran di tingkatan 3 sahaja disekolah model Abad ke-21 daerah Batu

    Pahat. Terdapat 5 buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Tun Aminah, SMK

    Senggarang, SMK Dato Bentara Luar, SMK Dato Onn dan SMK (P) Temenggung

    Ibrahim. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah rintis program kelas pembelajaran

    abad 21 di daerah Batu Pahat yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor

    (JPNJ). Pemilihan populasi dan sampel kajian adalah bersesuaian dengan kajian

    dilakukan kerana penerapan aspek KBAT dalam PdP yang melibatkan pedagogi,

    pembinaan item dan pentaksiran. Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini juga terlibat

    dengan kelas peperiksaan iaitu PT3 dan mereka juga terlibat secara langsung dengan

    pembinaan item dan pentaksiran. Terdapat kekangan-kekangan dilalui semasa

    menjalankan kajian ini iaitu:

    (i) Kefahaman responden terhadap soal selidik

    Bagi mendapatkan data yang releven, kefahaman responden terhadap soal selidik yang

    diedarkan oleh pengkaji sangat penting. Ini adalah disebabkan oleh setiap jawapan

    responden akan mempengaruhi hasil kajian. Jika responden faham dengan soalan yang

    diberikan, maka jawapan yang diberikan adalah jawapan yang sepatutnya. Sebaliknya,

    jika responden tidak memahami soalan, keadaan sebaliknya akan berlaku.

    (ii) Kejujuran responden

    Ketepatan kajian ini banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para

    responden menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka tanpa ada perasaan

    berat sebelah.

  • 19

    1.11 Definisi istilah dan operasi

    Pengkaji telah menggunakan beberapa definisi istilah yang berkaitan dengan aspek

    yang dikaji. Definisi istilah dan operasi ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan

    terhadap beberapa istilah yang terlibat dan diberi pengertian seperti yang dimaksudkan

    berdasarkan dalam konteks kajian ini.

    (i) Guru

    Guru menurut Mok Soon Sang (2008) merupakan seorang ahli ikhtisas dalam bidang

    perguruan yang menjalankan tugas mendidik di sekolah sebagai pengajar,

    pembimbing, pemudahcara, inovator dan pengurus yang secara tidak langsung

    mempunyai peranan dalam aspek ekonomi dan masyarakat. Menurut Kamus Dewan

    (2012) pula, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru

    merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Guru merupakan seorang ahli

    masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan

    masyarakat berstatus. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki

    pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru

    mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya dalam bilik darjah. Oleh itu guru dalam

    kajian ini bermaksud orang yang bertanggungjawab mengaplikasikan KBAT dalam

    bilik darjah agar kemahiran berfikir pelajar dapat ditingkatkan.

    (ii) Pelajar

    Menurut Kamus Dewan (2012), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut.

    Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau

    universiti. Murid pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah dan

    bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah

    ataupun sekolah rendah”. Oleh itu pelajar dalam kajian ini merujuk kepada setiap

    pelajar yang disasarkan untuk mempunyai kebolehan menaakul dan refleksi bagi

    menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta

    sesuatu setelah KBAT diterapkan dalam PdP.

  • 20

    (iii) Latihan

    Latihan merupakan sebarang inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk

    menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan. Ia juga dikatakan

    sebagai proses mendidik pekerja tentang kemahiran yang mereka perlukan semasa

    melaksanakan sesuatu tugas. Semasa proses latihan berlaku, pekerja memperolehi

    pengetahuan untuk jangka masa pendek serta dapat meningkatkan kebolehan dengan

    mengubah sikap atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka. Menurut Mamat

    (2006), latihan dalam organisasi merupakan satu program pembelajaran yang

    dirancang untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan prestasi kakitangan.

    Oleh itu, latihan dalam kajian ini merujuk kepada sebarang usaha yang dilakukan oleh

    pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM bagi memastikan tahap kesediaan pengetahuan

    guru-guru dapat ditingkatkan seterusnya aplikasi KBAT dalam PdP oleh guru dapat

    dilaksanakan dengan berkesan.

    (iv) Tahap

    Menurut Kamus Dewan (2012), tahap membawa maksud tingkat dan peringkat.Tahap

    dalam konteks kajian ini merupakan tahap kesediaan pengetahuan dan tahap keperluan

    latihan guru-guru di sekolah model abad 21 di daerah Batu Pahat dapat mengalikasi

    KBAT dalam PdP.

    (v) Kesediaan

    Menurut Kamus Dewan (2012) kesediaan bermaksud perihal sedia, kesanggupan dan

    kerelaan. Menurut Mok (2008), kesediaan adalah keupayaan persiapan individu di

    dalam dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia

    boleh terbahagi kepada kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan

    psikomotor. Dalam konteks kajian ini, kesediaan membawa maksud perihal bersedia

    dalam menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

  • 21

    (vi) Pengetahuan

    Pengetahuan digunakan untuk menjelaskan pemahaman ke atas sesuatu subjek dan

    kemungkinan berkeupayaan menggunakannnya untuk satu tujuan tertentu. Standard

    Professional oleh National Council for Acccreditation of Teacher Education (2008)

    mentakrifkan pengetahuan sebagai penguasaan ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru

    yang meliputi semua prinsip dan konsep. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan yang

    dimaksudkan adalah pengetahuan asas berkaitan KBAT, pengetahuan dalam aspek

    pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan

    pengetahuan dalam aspek pentaksiranyang digunakan dalam membantu guru dalam

    melaksanakan PdP dalam bilik darjah.

    (vii) Pengalaman

    Pengalaman boleh diertikan sebagai apa-apa yang telah dialami (Kamus Dewan,

    2012). Pengalaman dalam konteks kajian ini merujuk kepada pengalaman guru

    mengajar di sekolah.

    (viii) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

    Rajendran (2014) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih

    tinggi. Ini berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baharu, menyimpan dan

    memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan

    memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi

    yang rumit. Oleh yang demikian, KBAT dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran

    berfikir guru dan pelajar dan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

    kemahiran dan nilai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

    kelas.

  • 22

    (ix) Item KBAT

    Item KBAT merupakan item-item yang menguji keupayaan kognitif murid dalam

    mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan

    refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya

    mencipta sesuatu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2013). Item KBAT dalam kajian

    ini merujuk kepada soalan-soalan yang digunakan oleh guru dalam membuat

    pentaksiran pembelajaran yang merangsang tahap kognitif murid.

    (xi) Pentaksiran

    Pentaksiran di sekolah terdiri daripada pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif

    yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang

    berkenaan (LPM, 2011). Pentaksiran formatif ialah satu jenis ujian formal atau tidak

    formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Ia

    bertujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan

    dengan kadar segera dan membabitkan proses sepanjang pembelajaran menggunakan

    pelbagai kaedah dan instrumen dalam melapor maklumat selain membuat penilaian

    samada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran pelajar.

    Manakala pentaksiran sumatif merupakan satu jenis ujian formal untuk

    mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan dilakukan pada hujung

    pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi pelajar dalam

    pembelajaran. Ia bertujuan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa

    unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Dalam konteks

    kajian ini, pentaksiran pembelajaran merujuk penilaian pembelajaran ke atas pelajar

    yang digunakan oleh guru melalui instrumen pentaksiran bagi mengukur tahap

    penguasaan pembelajaran murid bagi sesuatu mata pelajaran.

  • 23

    (xi) Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan

    kepada murid dengan tujuan untuk menghasilkan suatu perubahan yang kekal melalui

    penglibatan dan pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan

    sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang

    diperlukan untuk mereka berfungsi dengan baik. Mengikut Slavin (2005),

    pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada

    pengalaman. Pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada

    bagaimana KBAT diaplikasikan agar dapat melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi.

    1.12 Rumusan

    Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada kupasan Bab 1 ini, jelaslah menunjukkan

    bahawa guru-guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

    mengaplikasi KBAT dalam PdP. Komitmen yang tinggi dalam kalangan guru sangat

    perlu agar hasrat kerajaan melahirkan warga Malaysia yang mempunyai tahap

    pemikiran tinggi yang mampu bersaing di peringkat global. Semua guru perlu bersedia

    dalam aspek pengetahuan termasuklah pengetahuan asas berkaitan KBAT,

    pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan adalam aspek

    pembinaan item KBAT, pengetahuan dalam aspek pentaksiran agar PdP yang berkesan

    mampu dilaksanakan. Sesungguhnya, dengan adanya guru-guru yang mempunyai

    tahap kesediaan pengetahuan yang baik maka hasrat kerajaan untuk melahirkan warga

    Malaysia yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dapat dicapai. Selain

    daripada itu, guru perlu diberi latihan secukupnya supaya proses pemindahan

    pengetahuan dapat dilakukan dengan berkesan seterusnya dapat menjana tahap

    kesediaan pengetahuan guru-guru.

    Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan tentang fokus terhadap tajuk

    kajian, latar belakang masalah, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian,

    batasan kajian, kerangka konsep kajian dan definisi operasional kajian.

  • 24

    BAB 2

    SOROTAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Dalam bab ini, beberapa aspek berkaitan dengan kajian ini dibincangkan dengan

    mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang aspek kemahiran berfikir dan keperluan

    latihan melalui sorotan kajian yang lepas dan membuat rumusan. Sorotan kajian amat

    penting kerana dapat memberi idea dan gambaran awal mengenai penyelidikan yang

    bakal dilakukan oleh pengkaji. Beberapa kajian lepas, yang dijalankaan oleh pelbagai

    pihak turut dijadikan input sokongan dan panduan terhadap kajian ini. Di samping itu,

    model-model dan pendekatan yang berkaitan dengan keperluan latihan serta fakta-

    fakta daripada kajian lepas turut dibincangkan dalam bab ini. Bab ini terbahagi kepada

    beberapa bahagian iaitu pengenalan, konsep dan teori KBAT, kajian berkaitan

    kesediaan pengetahuan guru, kajian berkaitan pengalaman dengan latihan, konsep

    latihan, bentuk-bentuk latihan kepada guru, keperluan latihan, model dan teori serta

    rumusan.

    2.2 Definisi kemahiran berfikir

    Manusia yang tidak menggunakan kemahiran berfikir tidak dapat menyelesaikan

    masalah walaupun masalah yang sangat mudah. Pemikiran merupakan proses

    membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.

    Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan

    luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak

    balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Proses berfikir

    melibatkan pengembangan operasi dalam mental atau sistem kognitif seseorang yang

  • 131

    RUJUKAN

    Abu Naim, H. (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah Bagi Tajuk Dinamik dalam Matapelajaran Sains Tingkatan 2. 2nd

    International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

    KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. 7-10 Oktober 2013.

    Alagumalai, S. & Keeves, J. (1999). New Approaches to Measurement. In Masters, G.

    N., and J. P. keeves (Eds), Advances in Measurement in Educational

    Research and Assessment. Pergamon, 23 – 48

    Ali, M. & Noordin, S. (2007). Hubungan di antara kemahiran berfikir kritis dengan

    pencapaian pelajar Di UTM. Kertas Kerja dalam Buletin R&D Vol. 1/ 2007

    dan 2/ 2007

    Alvarez, K., Salas, E & Garofano, C. M. (2004). An Integrated Model of Training

    Evaluation and Effectiveness. Human Resource Development Review, 3(4),

    385-416.

    Ambigapathy, P. & Aniswal, A.G. (2005). University curriculum: An evaluation on

    preparing graduates for employment.Higher Education Research

    Monograph Dicapai pada 4 Disember 2015 Online:

    http://www.usm.my/ipptn/fileup/University20Curriculum1.pdf.

    Anderson, L. W. and David R. Krathwohl, D.R, et al (2001). A Taxanomy for

    Learning, Teaching and Assessing: A Revisin of Bloom’s Taxanomy of

    Educational Objectives. Allyn & Bacon. Boston, MA Pearson Education

    Group.

    Anol, B. (2012). Social Science Research: Principles, Methods and Practices. Florida:

    Tampa Inc.

    Ariffin, S.R. (2008). Inovasi dalam Pengukuran & Penilaian Pendidikan. Bangi.

    Fakulti Pendidikan Malaysia. UKM

    http://www.usm.my/ipptn/fileup/University20Curriculum1.pdf

  • 132

    Arul, J. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan, Kuala Lumpur:

    Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Astleitner, H. (2002). Teaching critical thinking online. Journal of Instructional

    Psychology, 29(2), 53-77.

    Azizi, et al. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS

    Professional Publishing. Kuala Lumpur.

    Azmi, J. & Halim, T. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan

    Pembelajaran Edisi ke 2. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    Ball, A. L. & Garton, B. L. (2005). Modeling Higher Order Thinking: The Alignment

    Between Objective, Classroom Discourse and Assessments. Journal of

    Agricultural Education, 46 (2). 58-69.

    Bailey, K. D. (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial, terjemahan Hashim Awang, Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bambang, S & Wahyu, W. (2014). Aplikasi Model Rasch untuk Penelitian Ilmu-Ilmu

    Sosial. Cimahi: Trim Komunikata Publishing House.

    Barathimalar, K. (2014). The Acceptance and Problems Faced by Teachers in

    Conducting Higher Order Thinking Skills. Universiti Teknologi Malaysia,

    Skudai Malaysia. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan

    Beyer, B. K. (1988). “Developing A Thinking Skills Program.” Boston, Mass: Allyn

    & Bacon

    Black, P & William, D. (1998). Asessment and Classroom Learning. Asessment in

    Education. 5(1), 7-73.

    Blanchard, P. N, & Thacker, J. (2004). Effective Training: System, Strategies and

    Practices, 2nd Edition. New Jersey. Pearson Education Inc.

    Bloom, B.S. & Krathwohl, D.R. (1956). Taxanomy of Educational Objectives: The

    Classification of Educational Goals by a committee of college and university

    examiners. Handbook 1: Cognitive Domain. NY: Longman, Green.

    Bond, T.G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental

    Measurement in the Human Sciences: 3rd. Ed: Taylor and Francis Group

    Routledge: New York.

    Brookhart, S. M. (1999).The Art and Science of Classroom Assessment : The

    MissingPart of Pedagogy.Washington DC ERIC Clearinghouse on Higher

    Education andOffice of Educational Research and Improvement.

  • 133

    Brown, S. and McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA: Open

    University Press.

    Buntat, Y. (2011). Faktor-faktor yang mendorong Kreativiti dalam Kalangan Pelajar

    Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal of Educational Psychology and

    Counselling, V2 Page 175-208.

    Byron, J. (1990). Handbook of Training Evaluation, 2nd edn. USA: Gulf Publishing

    Co.

    Cheng, W. L & Ho, C. K. (2001). The Influence of Job and Career Attitudes and

    Organizational Factors on The Transfer Outcomes. Journal of Management

    Psychology. 13 pp. 5-5

    Chew, F. P. (2006). Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia dan

    Permasalahannya. Jurnal Masalah Pendidikan, 29 (1): 143-157.

    Chua, Y. P. (2013). Asas Statistik Penyelidikan : Analisis Data Skala Likert, Edisi 2.

    Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

    Cohen, L., Manion, L. & Morrison. (2000). Research Methods in Education (5th ed),

    Educational and psychological measurement. 30(1). ms. 607-610.

    Correnti, R. (2011). An empirical investigation of professional development effects on

    literacy instruction using daily logs. American Educational Research

    Association, 29 (4), 262-295.

    Creswell, W. J. (2011). Educational research Planning, Conducting, and Evaluating

    Quantitative and Qualitative Research. 4th Ed. Canada. Pearson.

    Darling-Hammond,. (2009). A Good Teacher in Every Classroom: Preparing the

    Highly Qualified Teachers our Children Deserve. New York: Jossey-Bass.

    Darus, Z. (2012). Status of Student Achievement in TIMSS and PISA: A reflection.

    Ministry of Education (Status Pencapaian Pelajar dalam TIMSS dan PISA:

    Satu refleksi. Kementerian Pelajaran Malaysia).

    De Bono. E. (1976).The direct teaching of thinking in education and CoRT

    method.Dlm McLure. S. dan Davies. P. Learning To Think. New York:

    Pergamon Press.

    Denton, C. & Hashbrouck, J. 2009. A description of instructional coaching and

    itsrelationship to consultation. Journal of Educational and Psychology

    Consultation, 19:2, 150-175.

    Dessler G.(2003). Human Resource Management. Publisher: Prentice-hall of

    India.Denton, C. and Hashbrouck, J. (2009). A description of instructional

  • 134

    coaching and its relationship to consultation. Journal of Educational and

    Psychology Consultation, 19:2, 150-175

    Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 5. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Djaali, H. (2008). Psikologi Pendidikan. Jakarta: PT. Bumi Aksara.

    Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for professional learning

    communities at work. New York: Teachers College Press

    Esa, A. (2011). Kesediaan Kemahiran Sosial guru-guru pelatih di IPG terhadap tugas-

    tugas guru di sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Majlis Dekan‐

    Dekan Pendidikan IPTA 2011, 27‐28 Disember 2011, UPM Serdang.

    Fani, T. (2011). Overcoming Barriers to teaching Critical Thinking. The Future of

    Education Conference. Florence, Italy: PIXEL. Ms 1-5

    Ramli, F. & dan Tarmizi, R. (2013). Promoting Higher Order Thinking Skills Using

    Problem Based Learning for Secondary School Students. Seminar

    Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, UPM. 2014. 31 Mac-3

    April 2014.

    Firdaus, A. (2007). Hubungan Di Antara Kemahiran Generik dan Pencapaian

    Akademik Pelajar Tahun 4 Pendidikan Teknik Kejuruteraan Fakulti

    Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor : Tesis Sarjana

    Muda.

    Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (2006). How to Design and Evaluate Research in

    Education (3rd ed). New York : Mc Graw-Hill.

    Fraenkel, J.R., & Wallen, E. W. (2009). How to Design and Evaluate Research in

    Education (4th ed). Boston, MA: Mc Graw-Hill.

    Gallagher, J. D. (1998). Classroom Assessment for Teachers. Upper Saddle River,

    New Jersey: Merill Prentice Hall.

    Gay, L. R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for Analysis

    and Application. 6th edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

    Ghafar, A. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Ghafar, A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2Ed. Vol. 371.26).

    Skudai: Penerbit UTM Press.

  • 135

    Ghafar, A., Tamuri, H., Hussin, S. & Noh, C. (2015). Penilaian keberkesanan kursus

    pusat latihan pengurusan pendidikan islam dan dakwah Selangor (ILDAS).

    Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Julai 2015, Bil 2, Isu 3.

    Goetsch, D.L. (2002). Effective Supervision: A Guidebook For Supervisors, Team

    Leaders and Work Coaches. New Jersey: Prentice Hall International Inc.

    Grossman, P., Wilson, S.M. & Shulman. L.S.(1989). Teacher of Substance: Subject

    Matter Knowledge for Teaching. New York: Pergamon.

    Grubb, W. N. & Ryan, P. (1999), Vocational Educational and Training. London:

    Kogan Page.

    Halim. L & Salamuddin, N.(2000). Orientasi Akademik: Pendekatan Alternatif dalam

    Program Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia. Akademika. 56: 47–64

    Halim, L et al. (2001). Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Fizik dan

    bukan Fizik melalui pengajaran eksplisit dan implisit. Jurnal Pendidikan 26:

    65-80

    Hashim, R. & Hussein, S. (2003). The Teaching Of Thinking In Malaysia. Kuala

    Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

    Hasan, A. (2011). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Penilaian Pembimbing Dalam

    Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) Menggunakan Model Pengukuran

    Rasch. USM, Psychometrics Centre, MIMOS & Malaysian Examination

    Syndicate, MOE.

    Hassan, N. (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa

    Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam. Universiti

    Kebangsaan Malaysia, Bangi: Tidak Diterbitkan.

    Hassan, N. & Ismail, Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih

    Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan

    Sains dan Matematik: 11-12 Oktober 2008. Johor Baharu, Johor.

    Herman, J. L. & Golan, S. (1993). The Effects of Standardized Testing on Teaching

    and Schools. Educational Measurement : Issues and Practice, 12(4), 20-25.

    Holton, E.F (1996). The Flawe four level evaluation model. Human Resource

    Development Quarterly, 7(1). 5-25.

    Huston, T., & Weaver, C. L. (2008). Peer coaching: Professional development for

    experienced faculty. Innovative Higher Education, 33(1), 5 – 20.

  • 136

    Hussin, S. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Edisi Pertama. Selangor: Kayazano

    Enterprise.

    http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Mac_2015.pdf. Dicapai pada 8 November

    2015.

    https://emisonline.moe.gov.my/. Dicapai pada 30 November 2015.

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Pelajar dicapai pada 23 Oktober 2015

    https://id.wikipedia.org/wiki/Pengetahuan dicapai pada 23 Oktober 2015

    https://Laporan+Perunding+Kesterel+2011+KBAT dicapai pada 15 Oktober 2015

    Ibrahim, M.S. & Majid, Z. (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu tuntutan dan

    satu kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC .2002.

    Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan, Edisi ke 2. Selangor: McGraw-Hill

    Education (Malaysia) Sdn Bhd.

    Iskandar. (2008). Metadologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan

    Kualitatif). Jakarta : Gaung Persada Press.

    Jamil, Shamimi & Yahya. (2009), Pembelajaran Informal bagi Guru Mata Pelajaran

    Teknologi Kejuruteraan: UTHM.

    Jaafar N & Tamuri A.H. (2013). Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru

    Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan Malaysia. Journal of

    Islamic and Arabic Education. 5(1), 2013 41-60.

    Kassim, N. & Zakaria, E. (2014). Intergrasi Kemahiran Berfikir aras Tinggi dalam

    Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Jurnal

    Pendidikan Malaysia. 30(2)(2014): 15-32

    Kashfi, M. J. (2011). Manual Pengenalan Pengukuran Rasch & Winstep.Pengukuran

    dan Penilaian dalam Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Khalid, J. (2009). Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap

    Efikasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009):

    3 – 14

    Kilani, M. (2005). Pengurusan Pendidikan di Sekolah. Huraian Menurut Perspektif

    Islam. Skudai: UTM.

    King, F.J., Goodson, L., and Rohani, F. (2013) Higher-Order Thinking Skills:

    Definitions, Strategies,and Assessment.URL: Dicapai pada 2 November 2015

    dari http://www.cala.fsu.edu/files/higher_order_thinking_skills.pdf.

    http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Mac_2015.pdfhttps://emisonline.moe.gov.my/https://ms.wikipedia.org/wiki/Pelajarhttps://id.wikipedia.org/wiki/Pengetahuanhttps://laporan+perunding+kesterel+2011+kbat/http://www.cala.fsu.edu/files/higher_order_thinking_skills.pdf

  • 137

    King, A. (1994). Inquiry as a Tool in Critical Thinking. Dlm. Halpern, D.F. Changing

    College Classrooms: New Teaching and Learning Strategies for an

    Increasingly Complex World. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. 13–38.

    Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research

    Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

    Kroehnert, G. (1995). Basic Training for Trainers. NY: Mc Graw Hill.

    Kruger, K. (2013) Higher-Order Thinking. Hidden Sparks, Inc. New York, New York.

    Krulik, S. & Rudnick, J.A.(1996). The New Sourcebook for Teaching Reasoning and

    Problem Solving in Junior and Senior High School. Boston: Allyn & Bacon.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    2013-2025. Kuala Lumpur.

    Konting, M. (2006). Kaedah Penyelidikan Pendidikan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Konting, M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Kumar, R. (2011). Research Methodology: Step by Step Guide for Beginners.

    Singapore: Sage Publications Asia.

    Lau, T. K & Zainuddin, A. (2001). “Statistik Asas UiTM.” Shah Alam: Fajar Bakti.

    Laura A. W. (2011). The Effect of Thinking Maps on Students’ Higher Order Thinking

    Skills. US: California State University & Northridge University.

    Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6. Journal of

    Educational Enquiry, 5. 86-104.

    Lembaga Peperiksaan (2013). Dokumen Standard Prestasi. Kementerian Pelajaran

    Malaysia: Kuala Limpur.

    Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pentaksiran

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Lembaga Peperiksaan Malaysia (2014). Laporan Kajian Pelaksanaan PBS: Dokumen

    Standard Prestasi. Kajian Berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Kuala

    Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Leming, J. S. (1989). "Some critical thought about teaching of critical

    thinking."SocialStudies, Vol. 89 Issue 2.

    Lewis, A. & Smith, D. (1993). “Defining Higher Order Thinking Theory Into

    Practice.” 32. 131- 137

  • 138

    Lokman, T. (2011). Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah

    rendah. unspecified . pp. 1-9. (Unpublished)

    Lopez, J. & Whittington, M. (2001) Higher-Order Thinking in a College Course:

    A Case Study. Proceedings of the Annual NACTA Conference, Lincoln,

    Nebraska, pp. 22-29. 18.

    Linacre, J. M. (2003). Test validity, and Rasch measurement: Construct, content, etc.

    Rasch measurement transactions.

    Linacre, J. M. (2007). Item Discrimination and Rasch-Andrich Thresholds. Rasch

    Measurement Transaction. 20 (1), 1054.

    Linacre, J.M. (2010). User’s guide to Winsteps Ministep Rasch-Model Computer

    Programs. Avialable at: http://www.winsteps.com/winman/ (Dicapai pada 30

    April (2016).

    Linn, R. L. & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching.

    Prentice Hall.

    Manan, M.A. (2008). Pembangunan Sistem Pengujian Soalan Berasaskan Aras

    Kognitif Bloom bagi Topik Nisbah Tingkatan Dua KBSM. UTM. Skudai:

    Tesis Sarjana.

    Mamat, I. (2006). Reka bentuk dan Pengurusan Latihan, Konsep dan Amalan. Kuala

    Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

    Mat Ali, M. A. (2006). Amalan Pentaksiran Sekolah Menengah di Malaysia.

    Universiti Malaya. Tesis PhD.

    Mat Ali, M. A. & Jamaluddin, S. (2007). Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran di

    Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 27(1), 19-39.

    Marzano, R. J. (1991). Language, the language art, and thinking.. New York: Mc

    MillanPublishing Co.

    Mayer, R.E. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. San Francisco: Freeman.

    Meyers, C. & T.B. Jones (1993). Promoting active learning: Strategies for the college

    classroom. San Francisco: Jossey Bass.

    Mertler, C. A. (2005). Measuring Teachers’ Knowledge and Application of Classroom

    Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research

    Association. April 11-15, 2005. Montreal, Quebec, Canada.

    Miri, B., David, B.C. & Uri, Z. (2007) Purposely Teaching for the Promotion of

    HigherOrder Thinking Skills: A Case of Critical Thinking. Research in

    Science Education, Vol. 37, pp. 353-369.

  • 139

    Mok, S. S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran,

    Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Mokhti, M.A. & Rafiuddin, N.M. (2013). Persepsi Guru Sains yang Mengamalkan

    Lesson Study Sebagai Program Pembangunan Profession Guru terhadap

    Keberkesanan PdP. Proceeding of the Global Summit on Education 2013.

    11 – 12 Mac. Kuala Lumpur.

    Morgan, J. (2009). Elements of teachers’ pedagogical knowledge regarding instruction

    of higher order thinking. Journal of Science Teacher Education, 15(4), 293-

    312.

    Muda, et. al. (2003). Pengajian Perniagaan 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar

    Bakti Sdn. Bhd.

    Muhammad, A. et al., (2007). Tahap Profesionalisme Guru-Guru Pelatih Pendidikan

    Islam Dalam Latihan Praktikum. Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan

    Sosial. Universiti Teknologi Malaysia. Vot 75215.

    Mukherjee, S. (2012). Does coaching transform coaches? A case study of internal

    coaching. International Journal of Evidence Based Coaching and Mentoring,

    10(2), 76-87

    Mustaffa, N. & Othman, N. (2011). Latihan dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan

    Kualiti Pendidikan Guru di Pekan Baru Riau, Indonesia. Jurnal Pendidikan

    Malaysia. 36(2) (2011) : 19-24.

    Nasaruddin, M. (2011). Polis lebih stres berbanding guru, dicapai pada 20 November

    2015 dari

    Http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru

    National Council of Teachers of Mathematics. The Japan Times. USA. 2012.

    National Council for Accreditation of Teacher Education.(2008). Professional

    Standards for Accreditation of Teacher Preparation Institutions. Washington:

    NCATE.

    Noe, R. A. (2002). On shifting standards for conclusions regarding validity

    generalization. Personnel Psychology,39, 849-851.

    Hassan, N. & Ismail, Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih

    Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan

    Sains dan Matematik: 11-12 Oktober 2008. Johor Baharu, Johor

    Osman, M. (2004). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam

    Negara (INTAN).

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru

  • 140

    Othman, A. (2015). Pengetahuan, Kemahiran dan Amalan Guru Membina Item

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Instrumen Pentaksiran

    Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

    Othman, F. & Rahman, S. (2011). Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir

    Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Proses Pengajaran dan

    Pembelajaran. Pembentangan Seminar Serantau ke 5/2011. Indonesia: Riau.

    Plake, B. S. (1993). Teacher Assessment Literacy:Teachers' Competencies in the

    Educational Assessment of Students. Mid-Western Educational Researcher,

    6(1), 21 - 27.

    Philip, J. A. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan, Kuala

    Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    PISA (2012). Assessment Framework Key Competencies in reading, mathematics and

    science. OECD.

    Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Sukatan

    Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat

    Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Puteh, S.N. et al. (2012). "Keperihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif". Jurnal Pendidikan Bahasa

    Melayu. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 19-31.

    Quellmaz (1985). Needed : Better Methods for Testing Higher-Order Thinking Skills

    the Association for Supervision and Curriculum Development. ASCD.VA,

    USA.

    Radzi, M.S. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir melalui Pembelajaran Berasaskan

    Masalah. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Projek Penyelidikan.

    Rafaai, A. (2011). Effectiveness of Teaching History Based on the Achievement of

    Teaching Aims, Readiness to Learn, Understanding of the Concept and

    Historical Thinking. Ph.D thesis, National University of Malaysia.

    Rahim, A. A. (2012). Beban tugas guru sekolah menengah di Batu Pahat. Universiti

    Teknologi Malaysia, Skudai Johor: Tesis Sarjana.

    Rahman, M. A dan Jaafar, K. (2008). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

    Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar di Daerah

    Kuanta