i pembangunan perisian multimedia latih tubi · pdf filepembangunan perisian multimedia latih...

23

Upload: vuongnguyet

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif
Page 2: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif
Page 3: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

i

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI BERTAJUK

“PRACTICE EXERCISE FOR INDICES, LINEAR INEQUALITIES AND SOLID

GEOMETRY III” BAGI MATEMATIK KBSM TINGKATAN TIGA

NURSYLAWATY BINTI ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 4: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif
Page 5: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

iii

Ditujukan khas untuk

Papa yang dihormati, Abdullah Bin Mat Zin

Mama yang disayangi, Sabariyah binti Majid

Abang-abangku yang dikasihi, Ahmad Khuzaimin Bin Abdullah

Dan Mohamad Sharziman Bin Abdullah

Adik-adikku yang dirindui, Nurmimie Binti Abdullah

Dan Muhamad Fakhrul Izat Bin Abdullah

Sokongan dan dorongan kalian amat dihargai selagi hayat dikandung badan

Tidak lupa teristimewa kepada insan yang dirindui selalu

Rosli bin Awang, semangatmu dan sokonganmu

Memberiku satu kekuatan dalam meneruskan ranjau kehidupan

Pengalaman hidupmu mendewasakan diriku

Kematangan fikiranmu menjadi panduan buat diriku

Ada rezeki boleh menang,

Tapi tidak kalau malas,

Budi yang baik akan dikenang

Hanya Allah dapat membalas.

Page 6: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T

dan Rasulullah Nabi junjungan di atas rahmat kurnianNya, dapat saya menyudahkan

barisan terakhir tugasan yang menguji tahap pemikiran dan fizikal saya ini.

Setinggi-tinggi perhargaan ikhlas kepada penyelia yang sentiasa ceria

berhadapan dengan pelajar, Prof. Dr. Ismail Bin Kailani selaku penyelia pertama dan Pn.

Norah Binti Mohd Noor selaku penyelia kedua atas segala bimbingan dan tunjuk ajar

yang diberi sepanjang tempoh projek sarjana muda ini dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada penilai, P.M Dr. Mat jizat Bin Abdol dan Dr.

Zaidatun Binti Tasir atas segala teguran dan cadangan membina yang diberikan semasa

sesi pembentangan projek sarjana muda.

Penghargaan juga diberikan kepada keluarga tersayang yang tidak jemu-jemu

memberikan pengorbanan, sokongan dan dorongan sepanjang pelaksanaan projek agar

membuahkan satu hasil yang cemerlang.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang dikasihi serta pihak-pihak yang terlibat

sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di ats segala sokongan dan bantuan

kalian sepanjang proses penyediaan projek sarjana muda ini.

Saya iringi satu harapan yang tinggi melangit seiring dengan tugasan ini, agar ia

dapat memenuhi kreteria-kreteria yang telah ditetapkan disamping dapat membantu saya

mengecap kejayaan seumur hidup.

Page 7: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

v

ABSTRAK

Teknologi maklumat adalah asas kepada kehidupan masyarakat abad ke-21.

Justeru itu, Kementerian Pendidikan sentiasa peka dan komited terhadap usaha yang

perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

teknologi maklumat di kalangan pelajar. Oleh itu, konsep pembelajaran berbantukan

komputer dipilih sebagai projek ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan yang bukan hanya setakat dalam bilik

darjah tetapi juga berlaku di luar sempadan bilik darjah dan secara global. Perisian

multimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bertajuk “Practice Exercise For

Indices, Linear Inequalities And Solid Geometry III Form Three” dibangunkan khas

untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan tiga dalam menguasai

ketiga-tiga tajuk tersebut dengan cara membuat latih tubi yang berterusan. Suasana

pembelajaran dengan interaktiviti elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan

animasi yang meilbatkan kesemua sensori manusia ini diharap dapat menarik perhatian

pelajar dan memberi kesan yang positif dalam prestasi pelajar.

Page 8: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

vi

ABSTRACT

The information techonology is a basic thing in our life as we are in 21 st

century. Ministry of Education always alert and committed in all efort that have to be

done in order to maximize the knowledge and skill about the information techonology

among students. Therefore, Computer Assissted instruction (CAI) concept was choosed

for this project is mainly because to create an interactive learning environment not only

in the classroom but also beyond it and globally as well. Computer Assissted Instruction

(CAI) with the title “Practice Exercise For Indices, Linear Inequalities And Solid

Geometry III Form Three” is develop to solve student’s problem especially form three

student in mastering the three topic doing nothing but with practice it consistantly.

Hoping that this learning environment with interactive multimedia element such as text,

graphic, audio and animation that involved all the five human sensory will attract the

student and give reaction in their achievement.

Page 9: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN ` xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.4.1 Objektif Pembangunan Perisian 5

Page 10: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

viii

1.4.2 Objektif Pembelajaran 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.5.1 Pelajar 6

1.5.2 Guru 7

1.5.3 Ibu Bapa 7

1.6 Rasional Projek 7

1.6.1 Rasional Pembangunan Perisian 8

1.6.2 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.7 Skop Dan Batasan Projek 8

1.8 Takrifan Istilah Projek 9

1.8.1 PBK 9

1.8.2 Latih Tubi 9

1.8.3 Multimedia 10

1.9 Penutup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengertian Pembelajaran 11

2.3 Pengertian Matematik 12

2.4 Teori-Teori Pembelajaran 13

2.4.1 Teori Behaviorisme (Tingkah Laku) 13

2.4.2 Teori Kognitivisme (Pemprosesan Maklumat) 14

2.4.3 Teori Konstruktivisme (Fahaman Binaan) 15

2.5 Model-Model Reka Bentuk Perisian 15

2.5.1 Model ADDIE 16

2.5.2 Model ASSURE 17

2.5.3 Model Hannafin & Peck 17

2.5.6 Model Dick & Carey 17

Page 11: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

ix

2.6 Kategori Penggunaan Komputer Dalam 18

Pengajaran Dan Pembelajaran

2.6.1 Pengajaran Berbantukan Komputer 18

(Computer Assisted Instruction, CAI)

2.6.2 Pengajaran Diuruskan Komputer 18

(Computer Managed Instruction, CMI)

2.6.3 Komunikasi Mediasi Komputer 19

(Computer Mediated Communication CMC)

2.6.4 Multimedia Berasaskan Komputer 19

(Computer Based Multimedia, CBM)

2.7 PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) 1 20

2.8 Jenis-Jenis PBK 20

2.8.1 Tutorial 21

2.8.2 Latih Tubi 21

2.8.3 Permainan 21

2.8.4 Simulasi 22

2.8.5 Penyelesaian Masalah 22

2.9 Klasifikasi PBK 22

2.9.1 Tutor 23

2.9.2 Tool 23

2.9.3 Tutee 23

2.10 Kelebihan Dan Kelemahan PBK 23

2.10.1 Kelebihan PBK 24

2.10.1.1 Pembelajaran Secara Individu 24

2.10.1.2 Keseronokan menggunakan komputer 25

2.10.1.3 Penginteraksian 25

2.10.1.4 Pembelajaran yang Cepat 26

2.10.2 Kelemahan PBK 26

2.10.2.1 Mutu 26

2.10.2.2 Kos 27

2.10.2.3 Masalah Sosial 27

2.10.2.4 Bantahan Tenaga Pengajar 27

2.11 PBK Dalam Kurikulum Sekolah Bestari 28

Page 12: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

x

2.12 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 28

2.12.1 Komputer Dalam Matematik 28

2.12.2 Multimedia Dalam Matematik 29

2.12.3 Internet dalam Matematik 30

2.13 Penutup 30

BAB III KAEDAH REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Kerangka dan Prosedur Kajian 31

3.2.1 Kenalpasti Sasaran pengguna 31

3.2.2 Penentuan Tajuk, Skop dan Isi pelajaran 32

3.2.3 Penentuan Jenis PBK yang dibuat 33

3.3 Aplikasi dan Rasional Pemilihan 33

Model Reka Bentuk Perisian

3.3.1 Fasa Analisis 34

3.3.2 Fasa Rekabentuk 34

3.3.3 Fasa Pembangunan 35

3.3.4 Fasa Pelaksanaan 36

3.3.5 Fasa Penilaian 36

3.4 Aplikasi dan Rasional Pemilihan Teori Pembelajaran 37

3.4.1 Teori Behaviorisme (Tingkah Laku) 37

3.4.2 Teori Kognitivisme (Pemprosesan Maklumat) 38

3.4.3 Teori Konstruktivisme (Fahaman Binaan) 38

3.5 Pemilihan perkakasan 39

3.5.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangunan 39

3.5.2 Spesifikasi Perkakasan Mainbalik 40

3.6 Pemilihan Perisian 41

3.6.1 Perisisan Bahasa Gubahan 41

3.6.2 Perisian Grafik 42

Page 13: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

xi

3.6.3 Perisian Animasi 42

3.6.4 Perisian Audio 43

3.7 Gambaran Kasar Projek Pembangunan Perisian 43

3.8 Carta Alir 45

3.8 Penutup 51

BAB IV HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Struktur Asas Dan Kandungan Perisian 52

4.2.1 Persembahan Permulaan 53

4.2.2 Paparan Pendaftaran 54

4.2.3 Paparan Menu Utama 56

4.2.4 Paparan Submenu DICTIONARY 57

4.2.5 Paparan Submenu EXERCISE 60

4.2.6 Paparan Submenu TEST 63

4.2.7 Paparan Submenu RELAX 66

4.2.8 Paparan Penutup 67

4.3 Pempakejan Perisian 68

4.4 Kaedah Dan Media Penyebaran 68

4.5 Arahan dan Panduan Installasi Perisian 69

4.6 Penutup 70

Page 14: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

xii

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 71

Proses Pembangunan

5.2.1 Kekangan Kepakaran 72

5.2.2 Kekangan Masa 72

5.2.3 Kekangan Kewangan 73

5.2.4 Kekangan Perkakasan dan 73

Perisian yang Berkesan

5.3 Kelebihan Dan Kelemahan Perisian 74

Latih Tubi Matematik

5.3.1 Kelebihan Perisian 74

5.3.2 Kelemahan Perisian 76

5.4 Cadangan-Cadangan Pembaikan 77

5.4.1 MeliputiTajuk Yang Lebih Meluas 77

5.4.2 Kerja Berkumpulan 78

5.4.3 Pelaksanaan Penilaian Yang Lebih Meluas 78

5.4.4 Kualiti Pembelajaran Boleh Dimajukan 79

5.5 Rumusan 80

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN

A 84

Page 15: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Keseluruhan Perisian 46

3.2 Carta Alir Rutin Dictionary 47

3.3 Carta Alir Rutin Exercise 48

3.4 Carta Alir Rutin Test 48

3.5 Carta Alir Rutin Relax 50

4.1 Paparan Selamat Datang 53

4.2 Paparan Tajuk Perisian 54

4.3 Paparan Pendaftaran 54

4.4 Paparan Objektif Pembelajaran 55

4.5 Paparan Gambaran Kasar 55

4.6 Paparan Panduan Pengguna 56

4.7 Paparan Menu Utama 57

4.8 Paparan Submenu Dictionary 57

4.9 Paparan Formulas 58

4.10 Paparan Glossary 59

4.11 Paparan Internet 59

4.12 Paparan Submenu Exercise 60

4.13 Paparan Exercise Indices 61

4.14 Paparan Respon dan Semakan 61

4.15 Paparan Exercise Linear Inequalities 62

4.16 Paparan Exercise Solid Geometry III 62

4.17 Paparan Kenyataan Markah dan Tahap Pencapaian 63

4.18 Paparan Arahan 64

Page 16: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

xiv

4.19 Paparan Test Low Level 64

4.20 Paparan Test Medium Level 65

4.21 Paparan Test High Level 65

4.22 Paparan Summary and Result 66

4.23 Paparan Submenu Relax 66

4.24 Paparan Match 1 67

4.25 Paparan Pertanyaan Keluar 68

Page 17: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 84

Page 18: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Toffler (1980) menyatakan bahawa kita sekarang berada dalam era baru yang

kompleks dan penuh dengan cabaran (Nik Azis Nik Pa, 1992). Dalam era ini, perubahan

telah berlaku dengan pesat dan pantas sehingga menimbulkan kesulitan dalam membuat

ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Revolusi teknologi telah

membawa satu revolusi perubahan dalam bidang perniagaan, perindustrian, pentadbiran

awam, pendidikan dan beberapa aktiviti-aktiviti peribadi.

Bidang pendidikan di Malaysia juga tidak terlepas dari mengalami perubahan ini

demi kepentingan negara. Di Malaysia, perkembangan ini disokong oleh kerajaan yang

bercadang untuk memasukkan pendidikan komputer sebagai sebahagian daripada

kurikulum sekolah rendah dan menengah. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan

untuk menggalakkan penggunaan komputer di sekolah. Lantaran itu, pada awal tahun

1980-an, Kementerian Pendidikan telah mencadangkan penubuhan kelab komputer

dengan menyediakan buku panduan penubuhan dan pengurusan kelab komputer sekolah.

Penubuhan kelab komputer ini adalah untuk memberi pengetahuan asas dan penggunaan

teknologi komputer (Kementerian Pendidikan, 1981).

Page 19: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

2

Selain penubuhan kelab komputer, Kementerian Pendidikan telah melancarkan

suatu projek percubaan di 20 buah sekolah memperkenalkan pelajaran kenal komputer

dan diajar secara formal kepada pelajar tingkatan empat. Hasil daripada program ini,

mata pelajaran literasi komputer telah diperkenalkan untuk menggalakkan guru dan

pelajar menggunakan komputer sebagai alat pengajaran di samping meningkatkan

program kesedaran penggunaan komputer di sekolah (Yusup Hashim, 1998).

Langkah awal Kementerian Pendidikan dalam memperkenalkan kaedah Computer

Asissted Instruction (CAI) atau Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam

kurikulum sekolah ialah dengan menjalankan pertandingan pembinaan perisian PBK

pada setiap tahun. Pertandingan seumpama ini dapat menarik minat pelajar sekolah di

samping dapat menyebarkan pengetahuan mengenai teknologi komputer kepada

masyarakat Malaysia umumnya.

Selain itu juga, Kementerian pendidikan juga telah menubuhkan Unit Teknologi

Komputer yang ditugaskan untuk membina perisian komputer serta menjadi agen

penggalak penggunaan komputer dalam pendidikan. Setakat ini sebuah alat pengarangan

dalam bahasa melayu iaitu ComIL (Computer Integrated Learning) dibina untuk

memberi kemudahan kepada guru dan pelajar dalam membina perisian PBK bagi proses

pengajaran dan pembelajaran. ComIL boleh digunakan untuk menghasilkan perisian

multimedia atau hipermedia yang mengandungi kesemua elemen-elemen multimedia

seperti teks, grafik, audio, video dan animasi warna dalam satu pakej pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ialah satu kaedah pembelajaran yang

menjadikan sesuatu pembelajaran dapat dicapai dengan bantuan komputer atau sistem

multimedia. Melalui kaedah ini juga, pelajar akan dapat berinteraksi secara langsung

dengan penggunaan komputer dan perisian.

Page 20: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

3

Laporan RECSAM dalam “Second Seminar On Computer In Education Project”

pada 5 hingga 8 April 1988, mendapati bahawa peringkat penggunaan PBK dalam

pengajaran dan pembelajaran di negara SEAMEO (South East Asian Minister of

Education Organization) adalah rendah. Oleh yang demikian SEAMEO mencadangkan

beberapa langkah dalam menggalakkan dan memajukan penggunaan komputer disusuli

dengan tindakan-tindakan yang positif demi memajukan lagi penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu punca penggunaan PBK yang rendah

ialah kerana ketiadaan dan kekurangan perisian yang bermutu. Oleh itu tumpuan

sekarang harus diberikan kepada penghasilah lebih banyak perisisan PBK yang berkualiti

tinggi (Yusup Hashim, 1998).

Untuk pembangunan perisian yang berkualiti, SEAMEO mencadangkan supaya

kementerian pendidikan Malaysia memulakaN strategi-strategi yang menggalakkan

perkembangan perisian pendidikan tempatan, menilai perisian PBK yang sedia ada

sekarang untuk proses pembaikan pada pembinaan perisian yang akan datang serta

menubuhkan pusat sumber untuk mengumpul dan menyebarkan perisian pendidikan yang

bermutu (Yusup Hashim, 1998).

Mengenai perkembangan ikhtisas pula, SEAMEO mencadangkan institusi-

institusi pendidikan guru dan universiti-universiti dalam negara SEAMEO supaya

membuat program-program untuk melatih guru-guru pelatih supaya boleh menggunakan

komputer sebagai alat yang berkesan serta melatih guru-guru yang sedia ada

menggunakan komputer dengan cara yang berkesan untuk menguatkan dan

memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran

Sains dan Matematik. (Yusup Hashim, 1998).

Page 21: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

4

1.3 Pernyataan Masalah

Perisian PBK Latih tubi yang dibina bertujuan mengukuhkan kefahaman

mengenai topik-topik tertentu di samping melatih pemikiran yang kreatif dan kritis

(KBKK) bagi menepati sasaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang

mengutamakan penggunaan konsep KBKK dikalangan pengguna. Pendekatan

pembelajaran Matematik KBSM menitikberatkan kebolehan penyelesaian masalah,

pemikiran logik dan penerapan nilai murni (Kementerian Pendidikan, 1981). Lantaran

daripada pernyataan itu, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran matematik KBSM

menekankan proses penyelesaian pelbagai jenis masalah dan persoalan untuk

diaplikasikan dengan pemikiran yang logik dan diserap dengan nilai-nilai murni. Oleh

itu, setiap individu perlu menggunakan pendekatan yang disarankan untuk lebih mahir

dan menguasai sebarang tajuk yang melibatkan bidang Matematik.

Lantaran itu, satu telah timbul satu kesedaran untuk membangunkan satu perisian

pendidikan matematik yang menggunakan strategi latih tubi bagi mengaplikasikan

pendekatan pembelajaran KBSM yang disarankan. Perisian ini dibina untuk membantu

pengguna yang ingin memahirkan diri dalam menguasai tajuk yang sukar dengan cara

membuat latihan yang berterusan dan melibatkan pelbagai jenis tahap dan soalan.

Sehubungan dengan itu, satu kajian rintis menggunakan kaedah soal selidik telah

diadakan di dua buah sekolah di negeri Kelantan untuk mencari tajuk yang sukar dikuasai

oleh pelajar tingkatan 3 berdasarkan bidang matematik yang ada. LAMPIRAN A

memaparkan soal selidik yang digunakan dalam kajian rintis ini.

Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan, didapati tajuk-tajuk seperti Indices,

Linear Inequalities dan Solid Geometry III merupakan antara tiga tajuk yang kurang

dikuasai sepenuhnya oleh pelajar di sekolah tersebut. Strategi latih tubi dipilih sebagai

strategi utama yang akan membantu para pelajar mengatasi masalah yang dihadapi. Latih

tubi juga bertujuan untuk mengimbas kembali pengetahuan tentang fakta asas atau

terminologi. Ia lazimnya memberi soalan secara bertubi-tubi dan menyediakan pelbagai

soalan dalam pelbagai format dan sesi ini boleh diulangi sekiranya perlu.

Page 22: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

5

Dalam hal ini, guru juga boleh memainkan peranan dalam pelaksanaan strategi

latih tubi. Antara peranan guru ialah mengajar isi kandungan sebelum pelajar menjalani

sesi latih tubi, memilih bahan pengajaran yang sesuai dan menyesuaikan latihan dengan

kebolehan pelajar. Peranan komputer dalam pelaksanaan strategi ini pula ialah

mengemukakan soalan, menilai jawapan yang diberikan pelajar, memberikan maklum

balas positif atau negatif dengan serta merta dan merekodkan kemajuan pelajar. Peranan

pelajar pula ialah membuat latihan bagi kandungan yang telah selesai diajar, memberi

jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan, menerima maklum balas sama ada

jawapan betul atau panduan pembetulan sekiranya salah serta memilih kandungan dan

aras kesukaran yang sesuai untuk diuji.

1.4 Objektif Projek

Projek ini dibangunkan untuk memenuhi objektif pembangunan perisian dan

objektif pembelajaran.

1.4.1 Objektif Pembangunan Perisian

Projek ini membangunkan sebuah perisian multimedia yang diharapkan dapat

memenuhi objektif pembangunan seperti :

i. Mereka bentuk dan menghasilkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) latih tubi matematik yang merangkumi topik Indices,

Linear Inequalities dan Solid Geometry III khusus untuk pelajar tingkatan

tiga dengan gabungan elemen multimedia dan interaktiviti untuk

pembelajaran kendiri.

Page 23: i PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA LATIH TUBI · PDF filepembangunan perisian multimedia latih tubi bertajuk ... geometry iii” bagi matematik kbsm tingkatan tiga ... 1.4 objektif

6

1.4.2 Objektif Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, diharap pelajar akan dapat:

i. Menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang beberapa topik yang sukar

dipelajari khususnya bagi tajuk Indices, Linear Inequalities dan Solid

Geometry III

ii. Menyelesaikan sebarang permasalahan dan persoalan yang diberi

berkaitan dengan tajuk Indices, Linear Inequalities dan Solid Geometry III

1.5 Kepentingan Projek

Berdasarkan kepada objektif projek, didapati projek ini mempunyai kepentingan

tersendiri kepada pihak tertentu seperti pelajar, guru dan ibu bapa.

1.5.1 Pelajar

Membantu pelajar khususnya calon-calon PMR dalam memperbaiki tahap

kefahaman dan kemahiran mereka dalam topik-topik sukar yang diketengahkan sekali

gus dapat meringankan beban kerana dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan

mudah, cepat dan berkesan. Pembinaan perisisan ini juga berupaya memberi alternatif

dalam gaya pembelajaran pelajar kerana ia lebih bersifat individu serta interaktif.