i:]: i 16 september 2015 rabu agama 043 jmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4127/1/... ·...

1
I:]: I J 16 SEPTEMBER 2015 ® RABU Malaysia kini dikenali dunia hasil pembangunan dan semangat bersatu padu rakyat. P enghayatan sejarah penubu- han Malaysia penting kepada If rakyat negara ini supaya le- , I bih menghargai jasa dan pe- ". ngorbanan generasi terdahu- lu yang rela berjuang, berkorban jiwa raga dan nyawa demi menuntut kemerdekaan serta menyatukan Ta- nah Melayu dengan Tanah Borneo menjadi negara bernama Malaysia. Tanpa generasi terdahulu dan pe- ngorbanan mereka, kita tidak mam- pu menikmati keindahan alam ta- nah air serta tidur lena di tanah tumpah darah ini. Justeru, penge- tahuan mengenai sejarah negara penting sebagai tunjang kepada pembentukan bangsa. Cerdik pandai sering berkata, se- jarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan se- suatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijak- sanaan silam yang boleh dimanfa- atkan untuk membina masa depan. Generasi kin'i perlu menghayati sejarah pembentukan Malaysia. 16 September bukan sekadar dirai Pembentukan Malaysia pada 16 Sep- tember 1963 bukan sekadar untuk diraikan, tetapi menjadi panduan . kepada generasi sekarang supaya menghargai serta menghayati pem- bangunan dilalui negara hingga mencapai tahap seperti hari ini. Mengimbau sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh keramat itu menandakan penyer- taan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi mem- bentuk Malaysia. Persekutuan Ma- laysia dirasmikan dan diisytiharkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang di- saksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum. Bagaimanapun, penu- buhan Persekutuan Malaysia ditentang he- bat Indonesia dan Fi- lipina. Indonesia tidak senang dengan penu- buhan Persekutuan Malaysia lantas me- lancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan 'Ganyang Malaysia' yang berlanjutan sehingga 1966. Pada masa sarna, Filipina menun- tut haknya ke atas Sabah atas hu- jahan perjanjian yang dimeterai an- tara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei sepatutnya masuk [GAMBAR HIASAN] dalam penubuhan Persekutuan Ma- laysia membatalkan penyertaan se- telah berdepan pemberontakan be- sar-besaran di Brunei pada peng- hujung 1962. Selepas menempuh pelba- gai cabaran, akhirnya pada 9 Julai 1963, perjanjian pe- nubuhan Persekutuan Ma- laysia dimeterai di London hanya selepas Laporan Su- ruhanjaya Cobbold yang di- keluarkan menyatakan, le- bih 80 peratus rakyat Sara- wak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersaina Per- sekutuan Tanah Melayu. Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditang- guhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu La- AGAMA 043 poran Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh itu pula ditangguhkan selepas Indonesia dan Filipina memperhe- batkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Diisytihar cuti am Akhirnya, 16 September 1963 men- jadi hari secara rasminya Perseku- tuan Malaysia ditubuhkan. Hari Ma- laysia sebelum ini adalah cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri, tetapi pada 2010, Hari Malaysia diisytiharkan se- bagai cuti am di semua negeri di Malaysia. Mengenali sejarah negara . mem- beri impak besar khususnya kepada generasi muda untuk menghargai keamanan serta kemakmuran sete- rusnya memastikan pengorbanan mereka yang membentuk Malaysia merdeka sentiasa dihargai. Sudah S2 tahun Malaysia dibentuk dan sepanjang tempoh itu tentunya pelbagai dugaan, cabaran serta ke- sulitan dilalui pejuang, pemimpin dan generasi terdahulu. Justeru, adalah rugi andai segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan pi- hak yang mempunyai kepentingan -hingga meruntuhkan penyatuan Malaysia. Perlu diakui, kekuatan Malaysia terletak pada pembangunan di se- mua negeri yang menjana ekonomi negara, kestabilan serta semangat bersatu padu rakyat keseluruhan- nya. Bersama kita pelihara negara menjadi Malaysia yang dikenali du- nia. Penulis ialah EXCO Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) YUSMAWAn AB.LLAH +

Upload: others

Post on 12-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: I:]: I 16 SEPTEMBER 2015 RABU AGAMA 043 Jmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4127/1/... · I:]: I J 16 SEPTEMBER 2015 ® RABU Malaysia kini dikenali dunia hasil pembangunan

I:]: I J

16 SEPTEMBER 2015 ® RABU

Malaysia kini dikenali dunia hasil pembangunan dan semangat bersatu padu rakyat.

P enghayatan sejarah penubu­han Malaysia penting kepada ~ If rakyat negara ini supaya le- , I bih menghargai jasa dan pe- ". ngorbanan generasi terdahu­

lu yang rela berjuang, berkorban jiwa raga dan nyawa demi menuntut kemerdekaan serta menyatukan Ta­nah Melayu dengan Tanah Borneo menjadi negara bernama Malaysia.

Tanpa generasi terdahulu dan pe­ngorbanan mereka, kita tidak mam­pu menikmati keindahan alam ta­nah air serta tidur lena di tanah tumpah darah ini. Justeru, penge­tahuan mengenai sejarah negara penting sebagai tunjang kepada pembentukan bangsa.

Cerdik pandai sering berkata, se­jarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan se­suatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijak­sanaan silam yang boleh dimanfa­atkan untuk membina masa depan.

Generasi kin'i perlu menghayati sejarah pembentukan Malaysia.

16 September bukan sekadar dirai Pembentukan Malaysia pada 16 Sep­tember 1963 bukan sekadar untuk diraikan, tetapi menjadi panduan

. kepada generasi sekarang supaya menghargai serta menghayati pem­bangunan dilalui negara hingga mencapai tahap seperti hari ini.

Mengimbau sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh keramat itu menandakan penyer­taan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi mem­bentuk Malaysia. Persekutuan Ma­laysia dirasmikan dan diisytiharkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang di-

saksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.

Bagaimanapun, penu­buhan Persekutuan Malaysia ditentang he­bat Indonesia dan Fi­lipina. Indonesia tidak senang dengan penu­buhan Persekutuan Malaysia lantas me­lancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan 'Ganyang Malaysia' yang berlanjutan sehingga 1966.

Pada masa sarna, Filipina menun­tut haknya ke atas Sabah atas hu­jahan perjanjian yang dimeterai an­tara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei sepatutnya masuk

[GAMBAR HIASAN]

dalam penubuhan Persekutuan Ma­laysia membatalkan penyertaan se­telah berdepan pemberontakan be­sar-besaran di Brunei pada peng­hujung 1962.

Selepas menempuh pelba­gai cabaran, akhirnya pada

9 Julai 1963, perjanjian pe­nubuhan Persekutuan Ma­laysia dimeterai di London hanya selepas Laporan Su­ruhanjaya Cobbold yang di­keluarkan menyatakan, le­bih 80 peratus rakyat Sara­

wak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan

melalui penggabungan bersaina Per­sekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditang­guhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu La-

AGAMA 043

poran Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh itu pula ditangguhkan selepas Indonesia dan Filipina memperhe­batkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.

Diisytihar cuti am Akhirnya, 16 September 1963 men­jadi hari secara rasminya Perseku­tuan Malaysia ditubuhkan. Hari Ma­laysia sebelum ini adalah cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri, tetapi pada 2010, Hari Malaysia diisytiharkan se­bagai cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mengenali sejarah negara . mem­beri impak besar khususnya kepada generasi muda untuk menghargai keamanan serta kemakmuran sete­rusnya memastikan pengorbanan mereka yang membentuk Malaysia merdeka sentiasa dihargai.

Sudah S2 tahun Malaysia dibentuk dan sepanjang tempoh itu tentunya pelbagai dugaan, cabaran serta ke­sulitan dilalui pejuang, pemimpin dan generasi terdahulu. Justeru, adalah rugi andai segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan pi­hak yang mempunyai kepentingan -hingga meruntuhkan penyatuan Malaysia.

Perlu diakui, kekuatan Malaysia terletak pada pembangunan di se­mua negeri yang menjana ekonomi negara, kestabilan serta semangat bersatu padu rakyat keseluruhan­nya. Bersama kita pelihara negara menjadi Malaysia yang dikenali du­nia.

Penulis ialah EXCO Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

YUSMAWAn AB.LLAH

+