i 14 september 2020 - 20 september 2020 i 26 muharam ......2020/09/20  · melakaku maju jaya,...

24
Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia NASKHAH PERCUMA Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini Muka 23 Fokus kebajikan rakyat IR 4.0 boleh perkasa graduan wanita Onak dan ranjau bukan penghalang “Denyutan nadi saya” Pentingnya wanita dalam konteks pembangunan negeri Hoki Melaka sasar ke separuh akhir WALAUPUN negara berada dalam situasi sukar menghadapi pandemik COVID-19, namun kebajikan rakyat tidak pernah sesekali diabaikan oleh kerajaan. EXCO kerajaan negeri Datuk Latipah Omar berkata, selain kebajikan, golongan wanita turut diberikan perhatian bagi memastikan golongan tersebut dapat diperkasakan lagi. Di bawah portfolionya, beliau turut menekankan : Muka 2,3 sec1-mimie (DEPAN)_Layout 1 11/9/2020 8:05 PM Page 2

Upload: others

Post on 01-Nov-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia

NASKHAH PERCUMAEdisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini

Muka 23

Fokus kebajikan rakyat IR 4.0 boleh perkasa graduan wanita

Onak dan ranjau bukan penghalang

“Denyutan nadi saya”

Pentingnya wanita dalam konteks pembangunan negeri

Hoki Melaka sasar ke separuh akhir

WALAUPUN negara berada dalam situasi sukar menghadapi pandemik COVID-19, namun kebajikan rakyat tidak pernah sesekali diabaikan oleh kerajaan. EXCO kerajaan negeri Datuk Latipah Omar berkata, selain kebajikan, golongan wanita turut diberikan perhatian bagi memastikan golongan tersebut dapat diperkasakan lagi. Di bawah portfolionya, beliau turut menekankan :

Muka 2,3

sec1-mimie (DEPAN)_Layout 1 11/9/2020 8:05 PM Page 2

Page 2: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

2Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

TANGGUNGJAWAB DILAKSANA

PENGIKTIRAFAN

TABOH NANING - “Kebajikan rakyat adalah denyutan nadi saya demi memben-tuk kesejahteraan masyarakat di negeri ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Eh-wal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar. Menurut beliau, kebajikan yang perlu dititikberatkan itu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan agar keba-jikan rakyat di negeri ini terus terbela. Katanya, pelbagai inisisatif telah di-laksanakan bagi memastikan kesejahter-aan sejagat ke arah membentuk sebuah negeri yang harmoni terutamanya mence-gah kemiskinan. “Biarpun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulian (PKPP) yang membuatkan ramai terjejas akibat pandemik COVID-19, kerajaan negeri tetap meneruskan pelbagai pro-gram bantuan seperti yang telah di-laksanakan. “Menerusi bantuan ke-wangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pelbagai bantuan telah disediakan buat go-longan memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Skim bantuan yang diwujud-kan ini merupakan platform bagi membantu masyarakat ke

arah pemulihan, pencegahan dan pem-bangunan mereka sendiri. “Malah, melalui skim ini peng-integrasian dan proses pemberian bantuan juga perlu diambil kira ke-rajaan negeri melalui pelbagai potensi yang ada pada penerima bantuan yang masih produktif ke arah membimbing mereka men-jalani kehidupan yang berdikari,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Ujarnya, lebih 24,000 penerima bantuan direkodkan setakat 31 Julai lalu di negeri ini yang menerima bantuan dari-pada JKM menerusi pelbagai kaedah bantuan yang disam-paikan kerajaan negeri. Katanya, Skim Bantuan Lampin Pakai Buang Dewasa, Skim Bantuan Susu Sebagai Makanan, Bantuan Alat

Sokongan Sosial serta pelbagai lagi merupakan pendekatan utama

dalam menyalurkan kebajikan terbabit.

“Skim Bantuan Lam-pin Pakai Buang Dewasa telah diserahkan kepada 2,240 penerima khusus-nya kepada pesakit terlan-tar, pesakit kronik, Orang

Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang memer-

lukan pengawasan dan penja-

gaan rapi telah disampaikan secara berperingkat bermula Jun 2019. “Bantuan dengan peruntukan RM1.4 juta ini telah diserahkan kepada penerima dengan inisiatif serahan tiga pek lampin dewasa bagi setiap bulan dalam tempoh setahun. “Biarpun Skim Bantuan Susu Sebagai Makanan mencapai kesulitan apabila pel-bagai jenama susu dengan keperluan zat berbeza diperuntuk dengan harga yang berbeza, kerajaan negeri tetap mene-ruskan usaha ini bagi membantu rakyat memerlukan di Melaka.

“Sebanyak RM1.7 juta turut diperun-tukkan sekali gus memberi manfaat kepada 361 penerima di negeri ini yang mampu meringkankan bebanan kewan-gan yang ditanggung mereka bagi memas-tikan penerima menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. “Malah bantuan insentif bulanan turut diagihkan kepada golongan memerlukan ini dengan bantuan kewangan bulanan kepada keluarga memerlukan bermula RM250 sebulan berdasarkan ketetapan tanggungan dan keperluan sesebuah kelu-arga tersebut,” katanya.

Kebajikan diperkasa demi kesejahteraan rakyat

PERANAN dan pemerkasaan golongan wanita di dalam masyarakat perlu diangkat bagi memastikan kebajikan golon-gan itu diberi perhatian oleh se-

tiap pihak. Datuk Latipah Omar ber-kata, pelbagai peranan wanita di negeri ini perlu dinilai dari pel-bagai aspek terutama di dalam

sektor ekonomi dan politik. Jelasnya, peranan wanita di dalam penglibatan politik menjadi penyumbang dalam kestabilan dan pembangunan

negeri ini disebabkan ramai kalangan tersebut turut me-nempa nama di pelbagai per-ingkat kepimpinan kerajaan. “Pelbagai perkara yang perlu dibanggakan dalam pen-capaian kepimpinan wanita di negeri ini, seperti yang kita lihat, di Melaka turut mempunyai lantikan timbalan menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) malah ada juga per-jawatan tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif serta pelbagai lagi di dalam agensi kerajaan di-lantik dari golongan wanita. “Perkara ini perlu diberi perhatian agar wanita diangkat bagi memastikan kestabilan po-litik kekal seimbang di negeri ini. “Peluang ini perlu dibuka seperti mencadangkan agar memberi peluang kepada pe-mimpin wanita bagi dicalonkan di setiap kerusi Parlimen negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Latipah menjelaskan, biar-pun wanita tidak dicalonkan di kerusi Parlimen beliau meng-harap setiap kerusi Dewan Un-dangan Negeri (DUN) di bawah

Parlimen di Melaka juga perlu diletakkan calon yang mewakili golongan berkenaan. Jelasnya yang juga meru-pakan (ADUN) Taboh Naning itu, cadangan itu perlu diambil kira kerajaan negeri bagi men-gangkat peranan wanita yang mempunyai sumbang bakti dalam memimpin masyarakat di negeri ini. “Saya memohon agar calon wanita turut diberi peluang di dalam perkara ini kerana ia sekali gus mampu mengangkat wanita untuk tampil kehadapan dalam memimpin masyarakat. “Malah kerajaan negeri perlu melihat peratusan pen-gundi wanita di negeri ini men-catat 53 peratus tertinggi daripada golongan lelaki dan ini menjadi penyumbang utama kepada kesungguhan wanita dalam menceburi bidang politik. “Perkara ini bukannya menjurus kepada diskriminasi jantina namun kita perlu fikir di mana golongan ini juga mem-bawa kepada suara wanita untuk diketengahkan selain menjamin kepada faktor kesta-bilan politik di negeri ini,” ka-tanya.

Wanita penyumbang utama ekonomi dan politik Melaka

Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia

LATIPAH

Faiz Hasan

Sebanyak RM1.7 juta turut diperuntukkan

sekali gus memberi manfaat kepada

361 penerima di negeri ini

DEMOGRAFI SOSIAL MELAKA 2019

WAWANCARA KHAS

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 7:25 PM Page 1

Page 3: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

3

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H

Faiz Hasan GRADUAN wanita perlu menukar corak pemikiran yang lebih kreatif bagi me-rebut setiap peluang yang ditawarkan kerajaan demi pembangunan kendiri. Datuk Latipah Omar berkata, perkara itu perlu direbuti terutama menje-lang pasca penularan CO-VID-19 dengan pelbagai pendekatan revolusi industri (IR 4.0) perlu diperting-katkan dalam memperkasa-kan golongan wanita. Ujarnya, negara yang semakin menghadapi krisis ekonomi mengakibatkan ra-mai kehilangan sumber pendapatan menyebabkan ramai individu terkesan ak-ibat pandemik itu. Jelas beliau, pelbagai saranan dan inisiatif dita-warkan kerajaan bagi mem-bantu golongan terbabit khususnya graduan untuk menjana pendapatan. “Kerajaan negeri akan bertanggungjawab mem-perkasa sektor ekonomi da-

lam kalangan wanita me-lalui pelbagai inisiatif teru-tama dalam pemerkasaan ekonomi melalui platfrom digital. Dengan pemikiran kreatif, golongan wanita se-benarnya mampu diperkasa-kan kerana melalui IR 4.0 kita mampu melaksanakan pemasaran digital dalam norma baharu ini. “Malah, bagi melonjak-kan ekonomi graduan wanita mereka perlu menceburkan diri dalam pelbagai sektor yang ditawarkan kerajaan khususnya perniagaan, pertanian, penternakan serta pelbagai lagi melalui strategi yang terancang dan teratur. “Dengan masalah yang melanda dunia perkara ini bukan mudah bagi mem-bangunkan sektor ekonomi namun dengan pendekatan IR 4.0 iaitu menerusi pe-masaran digital yang strate-gik ia mampu membantu golongan wanita tampil ke hadapan,” katanya dalam Wawancara Khas bersama Melaka Hari Ini.

Menurutnya, peluang seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Pelan Jana Semula Eko-nomi Negara (Penjana) dengan pelbagai inisiatif turut perlu direbut wanita khususnya graduan lepasan universiti di negeri ini. Jelasnya, peruntukan sebanyak RM33 bilion buat rakyat di negara ini turut ditawarkan kerajaan bagi menjana semula ekonomi di dalam tempoh pandemik itu. “Daripada peruntukan itu sebanyak RM1.5 bilion disalurkan buat 300,000 usahawan perlu direbuti graduan negeri ini sekali gus membuka peluang peker-jaan baharu. “Malah, jika graduan ini tidak mampu menja-lankan perniagaan persen-dirian mereka digalakkan membina satu kumpulan atau menubuhkan syarikat konsortium atau sebagainya supaya mereka mampu ber-gerak antara satu sama lain,” katanya.

Graduan wanita perlu kreatif

CABARAN PELUANG PEKERJAAN

(‘000)

165.2 130.7PENGANGGUR

2.0

WAWANCARA KHAS

LUAR TENAGA BURUH

32.5KADAR PENYERTAAN TENAGA BURUH (%) 80.3

1.5KADAR PENGANGGURAN SISWAZAH (%)

GAJI & UPAH SISWAZAH

PENENGAH (RM)

PURATA (RM) 4,086

3,127

STATISTIK UTAMA SISWAZAH MELAKA 2018

SISWAZAH

“Biarlah apa orang nak kata”Mohamad Fazrul Abdul Majid BUKAN semua mampu menerima dugaan hebat apabila suami yang selama

ini menyara keluarga tiba-tiba sahaja hilang mata pen-carian apabila diberhentikan kerja dalam suasana eko-nomi yang sedang merudum ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini. Namun, itu bukan pe-

matah semangat buat seorang ‘wanita besi’ dari Sungai Udang, Nur Isma Aina Ibrahim, 30 yang beru-paya mengubah nasib itu dan mengemba-likan semangat buat suaminya dengan

mencari pendapa-tan sampingan

menjual kek. Menurut

N u r Isma

Aina, suaminya, Muhamad Hasri Baharuddin yang be-kerja sebagai seorang ketua chef di ibu kota menjadi an-tara ribuan rakyat yang ter-kesan angkara COVID-19 apabila kehilangan kerja hingga membuatkannya ja-tuh terduduk memikirkan mengenai komitmen dan nasib keluarga. Melihat keadaan itu, dia cuba cekalkan diri dan mengembalikan semangat suaminya yang hilang den-gan mengusahakan pernia-gaan kek secara atas talian yang diberi nama Sweet-Bites yang kini semakin ber-kembang di sekitar Melaka. “Mula-mula dapat ta-hu suami hilang kerja me-mang rasa ‘down’. Tipulah tak rasa macam itu. Tapi bila fikirkan anak, saya perlu jadi kuat untuk mem-bantu mengubah nasib ke-luarga. “Mujurlah onak dan ranjau itu berjaya kami hadapi bersama. Kini saya sedang bina semula keluar-

ga dengan perniagaan kek dan roti, manakala suami pula memulakan kembali hidupnya sebagai pemandu e-hailing di ibu kota,” ka-tanya. Atas faktor keadaan, kedua-dua mereka kini ter-paksa hidup berjauhan dan hanya dapat bertemu sekali sekala sahaja, namun bagi Nur Isma Aina itu bukanlah penghalang untuk mereka cekal menghadapi ujian itu demi mengubah nasib ke-luarga.

“Memang ramai yang mengata bila lihat suami tiada di sisi. Mereka hanya boleh bercakap, tetapi yang merasai ialah kami sendiri. Jadi biarlah apa orang nak kata. “Nasihat saya kepada wanita di luar sana, pedu-likan kata-kata orang. Apa jua cabaran dan dugaan, kita perlu terus kuat untuk bina kehidupan dan mera-sai kebahagiaan di dunia dan akhirat mengikut cara sendiri,” katanya.

Ibu kepada bayi pe-rempuan comel bernama Hasya Anaqi itu turut men-gingatkan wanita di luar sana agar tidak takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan walaupun se-cara sampingan dari ru-mah. Jelasnya, dalam situasi yang serba mencabar seka-rang, suami dan isteri perlu-lah saling bantu-membantu untuk menyara keluarga dalam mencapai kebaha-giaan yang diimpikan.

NUR ISMA AINA

BEKERJA

IKON WANITASumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:53 PM Page 4

Page 4: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H4

Saliawati Salberi AYER KEROH - Jabatan Kesi-hatan Negeri (JKN) Melaka men-genal pasti terdapat sekumpulan individu yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang cuba me-manipulasi maklumat peribadi pelanggan. Kumpulan ini dikatakan mengambil maklumat pelanggan daripada buku rekod pendaftaran pelanggan (saringan kesihatan COVID-19) yang diletakkan di premis nombor ramalan serta makanan dan menggantikan den-gan sebuah buku lain. Pengerusi Jawatankuasa Ke-sihatan Anti Dadah negeri Rah-mad Mariman berkata, selain pegawai KKM dan polis individu lain tidak mempunyai hak untuk

memeriksa buku pendaftaran sa-ringan COVID-19 yang diletakkan di premis-premis. “Tindakan itu dikesan oleh pemilik premis terdapat individu yang mengambil data pelanggan dan kemudiannya meletakkan satu buku baharu yang tertera nama kementerian kesihatan di-dalam Bahasa Inggeris serta ter-dapat logo Jata Negara. “Malah mereka juga didakwa turut menggunakan kad kuasa

palsu dan difahamkan setakat ini kejadian dikatakan berlaku di se-kitar Melaka Tengah,” katanya. Menurut beliau, JKN Melaka ingin mengingatkan kepada se-mua pemilik premis agar tidak sewenang-wenangnya mende-dahkan maklumat peribadi pe-langgan kepada pihak lain. “JKN ingin menegaskan ba-hawa tiada arahan dikeluarkan kepada mana-mana anggota di JKN dan Pejabat Kesihatan Dae-

rah untuk berbuat demikian. “Malah pihak kami sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru, petang ini (7 Septem-ber) mengenai tindakan ini untuk tindakan lanjut,” katanya. Rahmad berkata, pihaknya bimbang sekiranya tindakan itu boleh menyebabkan pelanggan menjadi mangsa penipuan scam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan menerima laporan membabitkan insiden itu. “Ada laporan diterima dan perkara berkenaan masih dalam siasatan pihak polis serta belum ada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.

Faiz Hasan TANJUNG BIDARA - Ker-ajaan negeri akan menilai bagi menawarkan peluang pekerjaan dengan per-jawatan yang akan dibuka rentetan rancangan bagi mewujudkan Daerah Mas-jid Tanah. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, perja-watan itu akan ditetapkan sejurus selesai urusan pen-dokumentasian bagi mem-bina daerah baharu itu di negeri ini. Ujarnya, pelbagai per-jawatan akan disenaraikan dalam pihak berkuasa tem-patan (PBT) baharu dalam daerah tersebut nanti, ba-gaimanapun ia perlu meli-

hat keperluan terhadap perjawatan terbabit sama ada akan dipinjamkan dari kakitangan kerajaan negeri mahupun membuka jawa-tan baharu. “Beberapa perjawatan baharu akan dibuka dise-babkan daerah baharu akan membuka beberapa pusat pentadbiran kera-jaan termasuk yang paling utama adalah pejabat dae-rah dan tanah. “Kedua, perjawatan yang akan ditawarkan me-lalui penubuhan majlis perbandaran, hal ini ker-ana sudah tentu kita per-lukan majlis perbandaran baharu jadi ini akan mewu-judkan pelbagai perjawa-tan kosong lagi. “Apa pun kita akan

membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini, namun kerajaan negeri perlu melihat se-mula pendapatan negeri disebabkan ia perlu seim-bang dengan perbelanjaan negeri,” katanya. Beliau berkata demi-kian kepada pemberita ke-tika ditemui Melaka Hari Ini selepas Majlis Minum Petang bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Bu-daya Datuk Seri Nancy Shukri, di Villa D’Acqua di sini baru-baru ini. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat; dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancon-

gan, Warisan dan Budaya negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis. Dalam pada itu, me-nurut Sulaiman, rancangan membina daerah baharu yang telah diluluskan me-nerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) itu perlu diperincikan dan akan memakan sedikit masa disebabkan melibatkan pel-bagai urusan pendokumen-tasian perlu dilaksanakan. Jelasnya, perkara ter-sebut meliputi beberapa faktor termasuk melibat-kan kerjasama PBT di ne-geri ini. “Masih banyak lagi faktor yang perlu diambil kira termasuk menen-tukan persempadanan ja-jaran antara daerah dan

perkara ini juga perlu dikaji kerana kita tidak mahu mengecilkan sem-padan yang ada di Daerah Alor Gajah. “Malah, kerajaan ne-geri juga perlu melihat ter-

hadap pegangan-pegangan yang dikendalikan oleh PBT lain termasuk jajaran tanah, percukaian serta pelbagai lagi yang perlu di-perincikan dengan lebih mendalam,” katanya.

Farah Suhaidah Othman KOTA LAKSAMANA - Ke-rajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan sum-ber kutipan zakat termasuk menggalakkan kakitangan kerajaan mahupun swasta yang bertugas di Melaka untuk melaksanakan ru-kun Islam keempat itu. Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Md Rawi Mahmud berkata negeri ini adalah negeri kedua paling

rendah hasil pungutan zakat setiap tahun selepas Perlis. “Sekarang ini, saya di-fahamkan belum sampai 50 peratus kakitangan be-ragama Islam yang mem-bayar zakat. “Jika semua mereka atau sekurang-kurangnya 80 peratus daripada me-reka membayar zakat, pun-gutan zakat di negeri akan meningkat naik,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) selepas meras-mikan Mesyuarat Agung

Pertubuhan Kebajikan Is-lam Malaysia (PERKIM) Bahagian Melaka kali ke-46/2020 di Hotel Tun Fa-timah Riverside di sini baru-baru ini. Beliau mewakili Ketua Menteri yang juga Penge-rusi MAIM, Datuk Haji Su-laiman Md Ali untuk merasmikan mesyuarat berkenaan yang turut di-hadiri Pengerusi PERKIM Bahagian Melaka Datuk Haji Abu Pit. Mengulas lanjut, Md

Rawi selain itu wakalah iaitu dasar pengembalian zakat oleh MAIM kepada pembayar zakat untuk di-agihkan kepada golongan asnaf yang layak turut di-laksanakan. Jelasnya, ia bagi meng-galakkan individu atau sya-rikat swasta yang bekerja di negeri ini atau bekerja di luar Melaka untuk melaksanakan pembayaran itu. “Kita meletakkan sya-rat kalau pembayar zakat sama ada individu mahu-

pun syarikat membayar RM50,000 ke atas, mereka boleh mendapat wakalah. “Ia adalah pulangan balik kepada pembayar zakat dalam nisbah ter-tentu, jadi kita akan bayar minima 1.48 peratus, mak-simum 3.8 peratus dari-pada jumlah zakat yang dibayar. “Kita sudah menerima hasil pembayaran zakat se-cara wakala ini daripada Negeri Johor,” katanya. Beliau berkata, kuti-

pan zakat pada tahun ini agak terkesan berbanding tahun lalu berikutan pan-demik COVID-19.

RAHMAD menunjukkan muka hadapan buku rekod pendaftaran pelanggan yang diletakkan sindiket.

SULAIMAN

Daerah Masjid Tanah bakal buka peluang pekerjaan

MAIM tingkatkan usaha pembayaran zakat

Mereka juga didakwa turut menggunakan kad kuasa palsu dan difahamkan setakat ini kejadian dikatakan berlaku di sekitar Melaka Tengah

MD Rawi

Jabatan Kesihatan Melaka kesan penyamaran pegawai KKM ambil data

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:50 PM Page 3

Page 5: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

5Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

DUYONG - Pemimpin-pemimpin di semua peringkat akar umbi di negeri ini dinasihatkan untuk sentiasa turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata melalui pendekatan turun ke bawah ia bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan rakyat, tetapi juga dapat mendengar denyut nadi rakyat secara terus dan menyelesaikannya. "Saya merasakan turun ke bawah lagi baik daripada menunggu rakyat datang. Jadi, inilah yang saya lak-sanakan kerana saya lebih suka turun padang dan mendengar apa sahaja permasalahan, denyut nadi rakyat di bawah yang perlu kita sebagai pemimpin ambil tahu dan selesaikan. "Jadi saya berharap sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin, biasakanlah diri turun padang. Saya tahu ramai yang turun ke bawah, jadi saya mahu lihat usaha itu diteruskan bagi kita mendekati rakyat secara lebih dekat," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawa-tan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong baru-baru ini. Sulaiman berkata, lawatan ke DUN-DUN yang ada di Melaka merupakan acara rutin yang dilakukannya se-bagai Ketua Menteri pada setiap hujung minggu. Menurutnya, program seperti ini akan diteruskan bagi memastikan segala permasalahan rakyat dapat di-atasi dengan lebih tuntas dan pantas. Hadir sama, Setiausaha Khas Perhubungan Ke-pada Ketua Menteri Datuk Ashakari Abu Noor.

MELAKA HARI INI NO.TEL : 06 - 251 9314, 06 - 251 9315 FAX : 06 - 251 9316

Pengarang MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA [email protected]

Penolong Pengarang AHMAD FUAD RAMDAN [email protected]

EDITORIAL

LIANA SAHABUDIN [email protected]

WARTAWAN MOHD FAIZ ABU HASAN [email protected]

MOHD FAZRUL ABDUL MAJID [email protected]

FARAH SUHAIDAH OTHMAN [email protected]

NURSALIA SALBERI [email protected]

PEMASARANPengurus MUHAMMAD HAMZI ROSMANI [email protected] 018 - 329 9936

SITI NAJIHA ABDULLAH [email protected]

ZUL RAHIMI RAMLI [email protected]

Jurukamera ISMAIL IBRAHIM [email protected]

PENOLONG PENGURUS ASHALIA YUSOF [email protected]

Penyunting Video RABIAH OSMAN [email protected]

Wartawan Penyiaran MOHAMAD FARIS HAIKAL [email protected]

MELAKA TV

DIGITAL Pengurus RAFIE JAMALUDIN [email protected]

AUFA IZZATI AHMAD ZAILANI [email protected]

UNIT IT MEDIA SOSIAL

SHARIFAH NORKHALIDAH SYED KHAIDZIR [email protected]

GRAFIK HANALIZA JUMINGAN [email protected]

AMBRAN MOHAMED [email protected]

MIMIE AZURA ABU BAKAR [email protected]

Jurufoto Kanan AZREN JAMALUDIN [email protected]

AMIRUL RAMLI [email protected]

PEREKA GRAFIK MUHAMAD AIZAT BAHRUDIN [email protected]

Selami denyut nadi rakyat

Saran anak muda Melaka ceburi bidang penternakanANAK muda di negeri ini di-nasihati agar tidak malu untuk menceburi bidang penternakan kerana ia beru-paya menjana hasil penda- patan lumayan. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan kerajaan melalui bidang penternakan yang mana ia perlu direbut golongan belia sebagai satu kerjaya yang diyakini boleh menjamin masa depan. “Saya berharap golon-gan muda dapat merebut peluang menceburi bidang ini kerana terdapat banyak bantuan disediakan kera-jaan. “Tetapi mereka perlu mulakan dahulu bidang ini bagi membolehkan mereka layak mendapat bantuan

seperti Agropreneur Muda dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demi-kian selepas melawat ladang ternakan lembu milik Mohd Safid Affendi Shamsudin di Solok Bukit Baru, baru-baru ini. Sulaiman turut memuji usaha yang dilakukan anak muda berusia 28 tahun itu

yang telah bergelumang dengan bidang penternakan sejak tamat persekolahan hinggalah sekarang dan kini mampu menjual empat ekor lembu seminggu. “Diharap apa yang di-lakukan Mohd Safid Affendi dapat dicontohi anak muda Melaka untuk terus maju di masa akan datang,” katanya.

SULAIMAN ketika melawat ladang ternakan lembu milik Mohd Safid di Solok Bukit Baru, baru-baru ini.

“Terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan kerajaan

melalui bidang penternakan yang mana ia perlu direbut

golongan belia sebagai satu kerjaya yang diyakini boleh

menjamin masa depan.

Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka

Mohamad Fazrul Abdul Majid

SULAIMAN menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam sesi lawatannya ke DUN Duyong, baru-baru ini.

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 8:14 PM Page 2

Page 6: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H6

Liana Sahabudin BUKIT BARU - Perpustakaan institusi sosial yang menggalakkan minat mem-baca dalam kalangan masyarakat sekali gus merealisasi dasar kerajaan dalam agenda pembangunan sosial. Pengerusi Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pen-gajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi) negeri Datuk Noor Ef-fandi Ahmad berkata, amalan membaca mampu beri kesan positif seseorang su-paya berfikiran terbuka. Menurutnya, amalan membaca mampu membentuk masyarakat supaya menyumbang kepada kemajuan negara. “Kerajaan turut ambil pendekatan serius dengan memperkenalkan kempen dekad membaca kebangsaan dengan menyasarkan tahun 2030 menjadi negara membaca. “Kempen ini bagi membentuk mas-yarakat mempunyai ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk penge-tahuan dan pembudayaan amalan mem-baca,” katanya. Beliau berkata demikian ketika beru-

cap pada Program Wacana Rukun Ne-gara: Semangat Patriotik Jiwa Merdeka dan Majlis Penyampaian Hadiah Per-tandingan Perpustakaan Keluarga 2019 di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), baru-baru ini. Ujarnya, kajian mendapati 25 pera-tus generasi muda mula menjauhi diri daripada membaca buku dan bergantung sepenuhnya kepada informasi serta kan-dungan diperolehi daripada internet. “Justeru, ibu bapa perlu bantu pihak kerajaan memperkenalkan anak-anak dengan perpustakaan serta fungsinya dengan mewujudkan perpustakaan kelu-arga di rumah. “Saya percaya pertandingan ini men-jadi saksi bahawa perpustakaan, bahan-bahannya, program atau aktiviti galakan membaca masih relevan,” katanya. Program itu melibatkan seramai 45 peserta seluruh Melaka meliputi tiga kat-egori iaitu kategori rumah kampung, kat-egori taman perumahan dan kategori rumah pangsa dan teres kos rendah. Hadir sama, Pengarah PERPUS-TAM Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris.

Amalan membaca bantu kemajuan negara

Mohamad Fazrul Abdul Majid BANDA HILIR - Sebaha-gian Jalan Merdeka, di sini, telah diabadikan kepada na-ma Jalan Tun Khalil Yaakob,

mantan Yang di-Pertua Ne-geri Melaka. Majlis Bandaraya Me-laka Bersejarah (MBMB) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan

itu dibuat rentetan dari-pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 08/2020 yang telah bersi-dang pada 8 Julai lepas. “Kerajaan negeri telah

bersetuju untuk menama-kan semula sebahagian Ja-lan Merdeka kepada nama baharu iaitu Jalan Tun Khalil Yaakob. “Keputusan ini di buat bagi tujuan memperingati segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 yang telah banyak mem-berikan cetusan idea yang

bernas terutamanya di ka-wasan Tapak Warisan Du-nia. “Bagi tujuan pemuli-haraan dan pemugaran ka-wasan konservasi Bandaraya Melaka Bersejarah sepan-jang khidmat beliau selama 16 tahun mulai 1 Jun 2004 sehingga 4 Jun 2020,” kata kenyataan itu. Sebanyak tiga unit papan tanda telah di-pasang di kawasan berke-

naan iaitu di di bersebela-han bulatan Menara Jam Bangunan Merah di Jalan Kota. Selain itu, papan tanda sama juga dipadang di hada-pan Menara Taming Sari dan di hadapan bangunan kompleks beli-belah Data-ran Pahlawan Melaka. Difahamkan, papan tanda ini telah siap dipasang sepenuhnya pada 11 Ogos 2020 yang lalu.

Sebahagian Jalan Merdeka diabadikan nama Jalan Tun Khalil Yaakob

PAPAN tanda Jalan Tun Khalil yang telah siap dipasang di Banda Hilir. Kredit Foto: Jabatan Perancang MBMB.

NOOR Effandi menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Taman Perumahan, Datuk Kamarulbadri Mat Ali.

A. CARA MEMOHON (i) Borang permohonan, syarat-syarat lantikan dan keperluan dokumen yang perlu di hantar boleh dimuat turun dari laman web PERTAM di http://www.pertam.gov.my (ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:-

a. Salinan Kad Pengenalan b. Sijil Kelahiran c. Sijil - sijil Keputusan Peperiksaan Persekolahan / Diploma / Ijazah atau lain-lain berkaitan. d. Sekeping gambar berukuran passport e. Salinan lesen kenderaan (bagi jawatan Pemandu Kenderaan)

(iii) Setiap salinan sijil/dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung. (iv) Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. (v) Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat sebelah atas kiri sampul surat. (vi) Borang yang TIDAK LENGKAP DIISI/ TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja. (vii) Untuk sebarang pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pentadbiran PERTAM di nombor telefon 06-3372121. (viii) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM),

TINGKAT 8, WISMA AMANAH, JALAN BBP 2, TAMAN BATU BERENDAM PUTRA,

BATU BERENDAM, 75350 MELAKA B. TARIKH IKLAN : 14 SEPTEMBER 2020

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 SEPTEMBER 2020

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:54 PM Page 5

Page 7: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

7Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H

Din Ahmad AYER LIMAU - Selepas puas makan gaji selama 30 tahun di Kuala Lumpur, Zulkifli Mat Dali, 52, mem-bulatkan tekad mengusa-hakan tanah pusaka bapanya seluas 0.8 hektar di Kam-pung Lubok Cina, di sini den-gan industri penternakan itik dan penghasilan telur asin. Sekarang, Zulkifli atau lebih dikenali dengan pang-gilan Pak Hitam sudah mampu tersenyum dengan telur asin yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan anggota komuniti Lubok Cina. Beliau berkata, bagi menghasilkan telur asin berkualiti tinggi, telur itik harus direndam dalam air yang ditabur garam se-cukupnya selama 14 hari dan ia harus segera dipa-sarkan pada harga RM10 satu balang bagi menge-lakkan ia menjadi busuk.

“Saya memelihara 200 itik telur sebagai pe-lengkap kepada 90 itik daging jenis ‘mascovi’ dan 70 itik nila sejak dua tahun

lalu kerana sudah tidak berminat lagi makan gaji. “Alhamdulillah, ber-kat kesabaran dan kesung-guhan saya memelihara

itik dan menghasilkan telur asin, sekarang saya mam-pu menjual antara tiga hingga enam balang telur asin sehari,” katanya ketika

ditemui di Pekan Lubok Cina baru-baru ini. Dengan mengisi an-tara 12 hingga 13 biji telur asin dalam satu balang, Pak Hitam menjaja telur asin di sekitar pekan itu, khususnya pada sebelah pagi dan ia mendapat sam-butan menggalakkan dari-pada pelanggan. Katanya, penjualan te-lur asin sekarang jauh lebih baik berbanding ketika Perintah Kawalan Perger-akan (PKP) dikuatkuasa-kan pada Mac lalu menyebabkan beliau sukar memasarkan lebih dari-pada satu balang sehari

kerana tidak ada pelanggan yang keluar rumah. Beliau berkata, selain memasarkan telur asin ke-pada individu, beliau turut membuat penghantaran se-cara berkala kepada peniaga warung makan dan restoran sekitar pekan Lubok Cina dan Masjid Tanah. Sehubungan itu beliau meminta lebih ramai belia memajukan industri pen-ternakan itik dan pembu-atan telur asin kerana ia memberikan pulangan agak lumayan asalkan me-reka sanggup menghadapi cabaran dan pahit getir dalam perjuangan.

Industri pembuatan telur asin bawa pulangan membanggakan Saya memelihara 200 itik

telur sebagai pelengkap kepada 90 itik daging jenis ‘mascovi’ dan 70 itik nila sejak dua tahun lalu kerana sudah tidak berminat lagi makan gaji.

“ “

ZULKIFLI (kiri) menjual telur asin kepada anggota komuniti di Pekan Lubok Cina.

Faiz Hasan REMBIA - Biarpun bukan di-lahirkan dari baka ribuan ringgit ditambah pula kecacatan buta sejak lahir, namun kelebihan yang ada pada si bulus ini bakal membawa nama Melaka ke per-ingkat dunia. Seekor kucing jalanan diberikan nama Abam Ungkali-cious yang celik mata kiri telah mengungguli anugerah di tangga kedua dalam pertandingan Cat Fancier’s Assocation (CFA) Inter-national Division Award 2020, baru-baru ini. Menurut pemiliknya Rozita Haron, 50, berkata, Abam yang berusia lapan tahun itu telah ber-jaya menandingi kucing dari be-berapa negeri dalam kategori ‘Household Pet’ yang diadili juri profesional seluruh dunia itu. “Dalam pertandingan liga yang dipertandingkan ini ‘Abam’ telah menggungguli antara mata tertinggi dan merupakan antara tangga ‘Top 10’ menerusi beber-apa peringkat di beberapa negeri termasuk Terengganu, Johor Bahru Pulau Pinang, Putrajaya dan Kuala Lumpur. ABAM Ungkalicious meng-harumkan nama Melaka selepas meraih tempat kedua dalam CFA International Division Award 2020. “Melalui anugerah ini juga Abam mendapat tempat kedua dengan mata sebanyak 465.40

dan hampir mengalahkan juara pertama pertandingan yang memperoleh 466.45 mata den-gan perbezaan hampir satu mata saja lagi. “Apa pun, Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah yang diberikan kerana tidak menyangka seekor kucing yang cacat penglihatan ini telah men-curi perhatian juri dan mampu menepati beberapa kriteria yang ditetapkan,” katanya. Dalam pada itu, Rozita yang merupakan pencinta si bulus itu telah banyak berbakti dengan kucing yang diabaikan di jalanan dan kini telah memiliki lebih 50 ekor dirawat dan dibela dirumah-nya. Ujarnya, derita yang dilihat pada Abam ketika berusia ling-kungan dua bulan ditemuinya di Pasar Alor Gajah membuatkan-nya terkilan dengan keadaan matanya yang tersembul keluar ketika itu. “Saya bergegas mendap-atkan rawatan doktor dan ketika itu doktor telah mengesahkan matanya perlu dibuang dise-babkan jangkitan kuman pada matanya yang terlalu lama. “Malah ketika itu doktor turut mengesahkan pembedahan yang dijalankan itu bakal menye-babkan kehilangannya dise-babkan masih kecil dan tidak mampu menghadapi suntikan bius, tapi saya tawakal dan nekad

untuk teruskan pembedahan itu biarpun terpaksa berhabis ratu-san ringgit. “Alhamdulillah, sehingga kini Abam hidup bergantung se-belah mata walaupun dia serba kekurangan namun kehidupan-nya dilihat lebih aktif dari kecil berbanding kucing-kucing lain,” katanya. Rozita berharap peranan itu perlu dititikberatkan bagi ber-

sama membela nasib kucing jalanan sepertinya perlu dipan-dang oleh semua pihak dengan menanam sifat kemanusiaan yang tinggi. “Dengan kejayaan Abam ini saya harap ia menjadi inspirasi kepada pencinta kucing jalanan yang lain di negara ini kerana biarpun mereka serba kekuran-gan namun kita tidak pasti apakah rezeki yang dikurniakan

sekiranya kita saling menyayangi antara manusia dan haiwan. “Setakat ini kami masih belum mampu menanggung kos untuk mendaftarkan Abam dalam pertandingan luar negara, namun sekiranya ada pihak yang sudi membantu kami meneri-manya dengan hati terbuka untuk bersama-sama men-jadikan Abam sebagai kucing ikonik peringkat dunia,” katanya.

Kucing buta harumkan nama Melaka

ROZITA bergambar bersama Abam yang bakal membawa nama ke peringkat dunia.

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:59 PM Page 8

Page 8: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H8

AYER KEROH - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) mer-akamkan penghargaan kepada Yang di-Per-tua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang sudi menyumbang idea dalam membangunkan sektor pelancongan negeri ini. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu antara intipati kunjung hormat pihak MOTAC ke Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Seri Negeri, baru-baru ini. Katanya, dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, banyak perkara yang dibincangkan termasuklah membabitkan projek dan program berkai-tan pelancongan di negeri itu. “Kita menerima jemputan daripada

TYT Tun (Mohd Ali) untuk berbincang be-berapa perkara yang mana kita boleh be-kerjasama dengan Negeri Melaka membabitkan projek dan program pelan-congan, kebudayaan dan warisan. “Daripada pertemuan itu jelas menun-jukkan TYT Tun begitu prihatin terhadap menambah pelbagai lagi produk pelancon-gan di Melaka. “TYT Tun juga banyak memberi idea (kepada MOTAC) bukan sahaja mem-babitkan pelancongan, tetapi juga kebu-dayaan dan kesenian. Dari pertemuan ini kita dapat memahami idea tersebut supaya kita dapat memainkan peranan untuk memulihara seni dan budaya kita,” katanya. Hadir sama, Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr. Noor Zari Hamat.

TYT sumbang idea bangunkan sektor pelancongan negeri

NANCY menerima cenderamata daripada Mohd Ali sambil disaksikan Noor Zari (kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Mohd Ali di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Seri Negeri, baru-baru ini.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali melakukan lawatan kerja ke Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas, Ban-dar Utama, Petaling Jaya pada 10 September lepas bagi meninjau operasi media di syarikat itu. Ketibaan Sulaiman bersama delegasi disambut oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan para pegawai kanan MPB. Delegasi Kerajaan Negeri Melaka disertai oleh Setiausaha

Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr Hasim Hasan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Abd Kadir Md Idris, Se-tiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Sazali Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan para pegawai kanan kerajaan negeri. Sulaiman berkata lawatan itu antara lain memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mengeratkan lagi hubungan bersama rangkaian media di ne-gara ini terutama Media Prima, firma media terbesar di Malaysia,

selain berusaha membina hubungan yang baik antara pihak wartawan dan kerajaan negeri. Kedua-dua pihak juga berbin-cang mengenai berapa cadangan kolaborasi yang bakal dijalankan. Dalam lawatannya itu, Su-laiman meluangkan masa mela-wat ruang kerja syarikat digital Rev Media Group, konti radio Kool FM, selain dibawa melawat studio berita Buletin Utama TV3, di mana beiiau diberi taklimat mengenai cara-cara penerbitan berita TV3. Sulaiman bersama delegasi turut melawat Balai Berita, ibu-pejabat The New Straits Times

Press (M) Bhd (NSTP), di Jalan Riong, Bangsar bagi melihat lebih dekat operasi bilik berita Berita Harian (BH), Harian Metro dan New Straits Times (NST), selain melawat Art Cre-ative Image Bank (ARTCRIB), pusat arkib foto dan berita NSTP. Di NSTP, beliau berkongsi mak-lumat mengenai cadangan kera-jaan negeri untuk melancarkan koridor ekonomi baru Melaka iaitu M-WEZ. Beliau turut berkesempatan melawat bilik berita akhbar Utu-san Malaysia dan Kosmo! di bawah penerbitan Media Mulia Sdn Bhd, yang juga terletak di Balai Berita, Bangsar.

Ketua Menteri tinjau operasi Media Prima, NSTP

SULAIMAN melihat lebih dekat operasi editorial Harian Metro sambil diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid (tengah) serta Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit (kanan) di Balai Berita NSTP.

SULAIMAN bersama Hasim ketika melawat konti radio Kool FM di Sri Pentas, baru-baru ini. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Seelan Paul (dua, kiri).

Lawatan itu antara lain memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mengeratkan lagi hubungan bersama rangkaian media di negara ini terutama Media Prima, firma media terbesar di Malaysia

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 8:59 PM Page 5

Page 9: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

9Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H

Mohamad Fazrul Abdul Majid “SAYA harap kejayaan saya dapat beri inspirasi kepada anak murid untuk berjaya.” Itu harapan disuarakan Mohd Amiruddin Md Nor, guru subjek ekonomi di Se-kolah Menengah Kebang-saan (SMK) Seri Tanjung yang dinobatkan johan Pi-dato Rukun Negara kategori umum di Pusat Dagangan Dunia Melaka (MITC), baru-baru ini. Selaku johan, dia mem-bawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta pia-la pusingan Tuan Yang Te-rutama (TYT) Yang di-Pertua

Negeri. Jelas anak jati Melaka itu, pada awalnya dia lang-sung tidak menyangka da-pat mara sejauh ini hingga ke peringkat akhir, namun berkat sokongan pelbagai pihak memberi sumber ke-kuatan untuknya menam-pilkan persembahan terbaik menewaskan dua lagi finalis lain. “Sebenarnya kali ter-akhir saya berpidato ialah pada 2004 ketika saya Ting-katan Enam dahulu. Alham-dulillah syukur kepada Allah SWT saya berjaya muncul johan untuk pertandingan kali ini. “Terima kasih atas so-

kongan isteri, keluarga dan rakan-rakan di SMK Seri Tanjung yang banyak mem-berikan kekuatan dan gala-kan untuk saya sampai ke tahap ini,” katanya. Sementara itu, kejutan tercipta dalam Pidato kate-gori Institut Pengajian Ting-gi apabila peserta berbangsa India, S. Lingkeswaran, 18, muncul johan menewaskan kira-kira 30 peserta yang menyertai kategori berke-naan. Dia yang mewakili Ko-lej Matrikulasi Londang menganggap kejayaan itu begitu bermakna dalam membuktikan perpaduan dan semangat cintakan ne-

gara dalam masyarakat ber-bilang kaum masih utuh se-hingga hari ini. “Saya berharap peng-gunaan Bahasa Melayu da-lam kalangan anak muda yang bukan berbangsa Me-layu akan terus diperkasa-kan selepas ini. Sebenarnya, bahasa Melayu tidaklah se-sukar mana. Kita hanya per-lu jadikan amalan harian kita untuk berbual serta me-nanamkan semangat cin-takan tanah air,” kata anak jati Selangor itu. Bagi kategori Sekolah Menengah, wakil dari SMK Telok Mas, Ainul Danish Salahhuddin, 13 dan Mu-hammad Najdi Hakim Mu-

hamad, 14, yang menam-pilkan pidato secara berduet diumum johan sekali gus membawa pu-lang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala pusin-gan TYT. Kategori Sekolah Ren-dah pula menyaksikan Nu-rul Nasuha Abdul Malek dan Nur Khairina Alya Noor Az-wan, 12, wakil Sekolah Ke-bangsaan (SK) Dato Demang Hussin muncul pemenang utama untuk membawa pu-lang hadiah wang tunai RM800 dan piala pusingan TYT. Manakala, anugerah

khas juri diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Fong 2 dan SK Bukit Beruang yang menghantar penyertaan daripada pelajar berbangsa Cina. Kesemua hadiah telah disampaikan sendiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam. Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali, Seti-ausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr. Hasim Hasan serta barisan Exco kerajaan negeri.

Guru ekonomi SMK Seri Tanjung johan Pidato Rukun Negara

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PIALA PUSINGAN TYT MELAKA 2020

MOHD Amiruddin menerima hadiah yang disampaikan Mohd Ali sambil disaksikan Sulaiman dan Hasim selepas dinobat johan Pidato Rukun Negara kategori umum.

Kategori Sekolah Rendah 1. SK Dato Demang Hussin 2. SK Bertam Ulu B 3. SK Bertam Ulu A Kategori Sekolah Menengah 1. SMK Telok Mas 2. SMK Dang Anum A 3. SMK Sains Muzaffar Shah

Kategori Umum 1. Mohd Amiruddin Md Nor 2. Zafirah Zakaria 3. Muhammad Hafizzi Saiman Anugerah Khas Juri - SJKC Pay Fong 2 - SK Bukit Beruang

Kategori IPT 1. S. Lingkeswaran 2. Siti Nur Arisya Safri 3. Mohamad Hafizul Ikhwan Ridzuan

SENARAI PEMENANG PIDATO RUKUN NEGARA 2020

LUAR BIASA! Itulah yang boleh disimpulkan mengenai sambutan penyertaan yang diterima dalam Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka 2020 yang melabuhkan tirainya pada 8 September lepas. Pengerusi Program Datuk Noor Effandi Ahmad mengakui pada awalnya hanya mele-takkan sasaran sekitar 60 peserta sahaja, namun sama sekali tidak menyangka berjaya mendapat keseluruhan 203 penyertaan dari-pada empat kategori yang dipertandingkan. Katanya, program yang dianjurkan ber-sama Institut Tun Perak (ITP) itu bukan sahaja menepati objektif yang ditetapkan bahkan bakal menjadi satu fenomena baharu dalam sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Negeri Melaka. “Ini merupakan pertandingan pidato per-tama yang kita adakan di Melaka dan kita hanya mempunyai masa tidak sampai dua bulan untuk menyahut seruan daripada TYT Tun untuk menjayakan program ini. “Alhamdulillah dalam masa yang terhad kita dapat jayakan dan lebih mengejutkan sambutan penyertaan yang kita terima di luar jangkaan. Tambahan sekarang masih dalam

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemuli-han (PKPP), tetapi sambutan yang kita terima tetap menggalakkan. “Secara peribadi saya percaya objektif yang kita sasarkan untuk penganjuran ini telah ter-capai dan yang paling penting kita dapat mere-alisasikan impian TYT Tun sendiri,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas tamat pertandingan yang berlangsung di Pusat Da-gangan Antarabangsa Melaka (MITC) baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ITP Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, penyertaan yang diterima daripada peserta bukan berbangsa Melayu juga amat meng-galakkan dalam edisi pertama penganjuran Pidato Rukun Negera itu. “Kita boleh lihat, dua peserta dalam pusin-gan akhir adalah bangsa India, malah seorang daripadanya munculnya juara kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sebenarnya, banyak penyertaan dari bukan Melayu yang kita terima di peringkat saringan. “Ini satu permulaan sebenarnya. Kita menyasarkan agar penyertaan bukan Melayu akan lebih meningkat pada edisi akan datang,” katanya.

Sambutan Pidato Rukun Negara di luar jangkaan

NUR Khairina Alya Noor Aziz, 12 dari SK Dato Demang Hussin ketika menyampaikan pidato di pusingan akhir Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka 2020, baru-baru ini.

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:57 PM Page 6

Page 10: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

10Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

AYER KEROH - Semua pihak harus meningkatkan nilai jati diri selain meng-hayati makna sebenar kemerdekaan da-lam memastikan kedaulatan negara terus dipertahankan dari sebarang ancaman. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata tanggungjawab dalam memperta-hankan negara bukan hanya terletak di tangan pemimpin sahaja, namun seluruh rakyat negara ini perlu bersama-sama dalam memberikan sokongan dalam usa-ha mengekalkan kedaulatan negara ter-cinta ini. “Sewajarnya kita wajib menghayati makna kemerdekaan serta dapat mening-katkan lagi jati diri dan mengekalkan ke-setiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara yang kita cintai ini. “Ingin saya ingatkan, tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan kedaulatan serta kemerdekaan negara ini tidak hanya terletak di tangan pemimpin dan kerajaan semata-mata, sebaliknya usaha ini memerlukan sokongan serta komitmen dari setiap warganegara untuk mempertahankan negara yang tercinta ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika beru-cap menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kebangsaan Ke-63 dan Pembu-

dayaan Norma Baharu Peringkat Per-badanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Menara PKNM, di sini, baru-baru ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Datuk Azmi Hussain serta wakil-wakil jabatan. Roslan yang juga Timbalan Penge-rusi PKNM turut menyeru agar kehidupan norma baharu dapat diamalkan dalam menghadapi pandemik COVID-19. “Kesedaran kawalan kendiri yang tinggi perlu dititikberatkan baik di tempat kerja, tempat awam, kawasan ibadat mahupun di rumah perlu ada dalam diri kita pada setiap masa,” tambahnya.

Tingkatkan jati diri, hayati kemerdekaan

ROSLAN menyampaikan cenderamata kepada wakil yang hadir sambil disaksikan Azmi (kanan) dalam Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kebangsaan Ke-63 dan Pembudayaan Norma Baharu Peringkat PKNM di Menara PKNM, baru-baru ini.

Kesedaran kawalan kendiri yang tinggi perlu

dititikberatkan baik di tempat kerja, tempat awam, kawasan ibadat mahupun di rumah perlu

ada dalam diri kita pada setiap masa

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri

-Datuk Roslan Ahmad

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 8:58 PM Page 3

Page 11: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali Imran Ayat 145

EDISI 14 SEPTEMBER 2020 - 20 SEPTEMBER 2020

MIMBAR MAIMEDISI KHAS

ALOR GAJAH - Anak-anak asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diingatkan untuk senti-asa bersedia dalam menghadapi peperiksan Sijil Peperiksaan Ma-laysia (SPM) yang akan datang. Setiausaha MAIM Muham-mad Ikram Ibrahim, berkata tum-puan yang ada perlu dikekalkan bagi memastikan anak-anak asnaf ini telah bersedia menjawab se-mua soalan mata pelajaran yang ada dalam peperiksaan SPM. Katanya, Seksyen Pembangu-nan Insan MAIM telah menyedi-akan beberapa kursus dan bengkel teknik menjawab soalan bagi memberi peluang kepada mereka memantapkan cara menjawab soalan yang tepat dan betul. Tambah beliau, kursus pada kali ini memberi ruang kepada mereka untuk menilai sejauh mana tahap kecekapan mereka mengulangkaji mata pelajaran sedia ada dan pemahaman dalam kaedah menjawab soalan peperik-saan. “Kursus ini juga memberi ilmu tambahan kepada anak-anak asnaf dalam setiap subjek yang ada kerana terjejasnya musim per-sekolahan akibat penularan wabak pandemik Covid-19 yang masih ada sehingga kini.” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Kursus Bimbingan Pela-jar SPM MAIM baru-baru ini. Jelas Ikram, anak-anak asnaf perlu mengambil semangat ke-merdekaan negara demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya mampu melanjutkan pengajian ke pering-kat yang lebih tinggi. “Mereka hendaklah mena-

nam azam untuk berjaya dalam kehidupan dalam usaha mem-bantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan dan mampu meningkatkan sosio-ekonomi keluarga di masa akan datang.”

Kekalkan momentum hadapi SPMErwin Abu Hasan [email protected]

IKRAM menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta.

Anak-anak asnaf perlu mengambil

semangat kemerdekaan negara

demi mencapai keputusan yang

cemerlang dalam pelajaran dan

seterusnya mampu melanjutkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi.

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 7:45 PM Page 6

Page 12: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H12 Erwin Abu Hasan

[email protected]

MELAKA TENGAH - Skuad Agi-han Zakat Melaka (SAZ) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah turun padang menziarahi asnaf di DUN Pantai Kundor baru-baru ini. SAZ yang diketuai oleh Setia-usaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim telah menziarahi Ro-silawati Mohammad dan keluarga di Kariah Bukit Darat dengan

diiringi Penolong Setiausaha Ba-hagian Agihan Zakat MAIM, Shakina Mohd Said. Keluarga berkenaan mem-punyai seramai enam orang anak yang mana kesemua mereka masih kecil dan bersekolah di se-kolah berdekatan kariah ber-kenaan. Keenam-enam anak pasangan terbabit menghidap Thalassaemia yang mana penyakit berkenaan merupakan penyakit keturunan yang melibatkan kualiti darah yang terdapat dalam sesebuah pasangan kelamin. Di kesan sejak dari kecil dan ini merupakan satu ujian dan dugaan kepada pasangan terbabit untuk membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan normal kerana mereka amat sensitif dengan kea-daan kesihatan persekitaran. Kesemua mereka perlu me-mastikan tahap kesihatan dalam keadaan terbaik kerana lima orang anak dari pasangan itu telah ber-sekolah dan tahap kesihatan mereka perlu berada dalam keadan baik. Menurut Rosilawati, anak-anak mereka perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang mengandungi zat besi yang ber-lebihan kerana ia akan memberi kesan yang lebih teruk pada ke-

sihatan mereka. Kerisauan semakin dirasai dengan wujudnya penularan wa-bak Covid-19 yang masih belum reda dan kesemua mereka perlu memastikan kesihatan mereka

sentiasa dijaga dan mengelak da-ripada menanggung risiko yang lebih teruk di masa akan datang. Dalam kunjungan kali ini, SAZ turut menyampaikan dua unit mesin Desferal Pump bagi ke-

gunaan anak-anak Rosilawati yang berfungsi sebagai alatan yang digunakan bilamana seseorang pesakit melakukan proses pe-nyahan zat besi (iron chelation) yang berlebihan.

Santuni asnaf DUN Pantai Kundor

MUFTI Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil (kiri) menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif IK Dot My Sdn Bhd, Khoirul Anam Mohamed Sharif di pejabat Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM). Turut disampaikan cenderahati Kitab Ibnu katsir kepada Abdul Halim.

Erwin Abu Hasan [email protected]

IKRAM berbual mesra bersama keluarga berkenaan.

SALAH seorang anak pasangan ini yang menghidap Thalassaemia.

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 7:22 PM Page 7

Page 13: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H13

TARIKH 16 September diisytiharkan se-bagai cuti umum bagi rakyat Malaysia dima-na bagi memperingati pembentukan Malaysia yang mengabungkan antara Sa-bah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sambutan meraikan Hari Malaysia yang bertemakan Malaysia Prihatin, pada kali ini berbeza daripada tahun-tahun se-belumnya. Hal ini kerana,mempunyai se-dikit cabaran yang perlu ditempuhi dimana rakyat Malaysia mesti mematuhi norma ba-haru kehidupan dengan mengekal penja-rakan sosial, menjaga kebersihan diri, serta mengelakkan tempat yang sesak, sempit dan sembang dekat bagi mengekang pe-nularan wabak pandemik Covid-19.Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa berdoa dan bermunajat, semoga penularan wabak pandemik ini akan berakhir segera bagi mengecapi kehidupan yang normal seperti biasa.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada awal Jun 2020 sehingga ber-akhirnya bulan Disember 2020, dimana ti-dak menjadi halangan untuk rakyat Malaysia mencari rezeki dan bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan mematuhi segala Standard Operating Pro-cedure (SOP). Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan per-tengahan bulan Mac 2020, Malaysia me-ngalami kemelesetan dan kelumpuhan ekonomi negara disebabkan tiada hasil pen-dapatan yang diperolehi bagi sesetengah masyarakat dimana mereka kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kita perlulah bersyukur kepada Allah SWT agar akan

diperluaskan rezeki bagi menjamin kesejahteraan hidup. Norma baharu ini juga tidak menjadi halangan untukberibadah. Hal ini kerana, ibadah yang amat dituntut adalah mengikuti segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.

Setiap ibadah yang dilakukan akan mendapat rahmat dan keampunan serta memperolehi ganjaran pahala yang besar disisi-Nya. Misalan, tuntutan solat fardu dan solat jumaat, setiap masjid dan surau di Malaysia telah beroperasi semula bagi memenuhi tuntutan syariat Islam tetapi perlulah mematuhi segala SOP yang dite-tapkan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Ali Imranayat 132:

Yang bermaksud: “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat”.

Disamping itu,ibadah zakat juga merupakan tuntutan wajib bagi setiap umat Islam tetapi adanya syarat-syarat yang diwajibkan zakat ke atasnya. Ketika negara dilanda penularan pandemik, ibadah zakat boleh dilaksanakan melalui pembayaran atas talian yang disediakan oleh Pusat Zakat Negeri, maka tiada alasan untuk tidak beribadah dengannya.

Ibadah zakat ini juga dapat menjaga hubungan sesama manusia dimana mereka yang berdepan dengan kesusahan hidup akan diberikan bantuan.Sebagai contoh, apabila negara Malaysia mengalami situasi yang amat merisaukan semua pihak iaitu penularan pandemik Covid-19, Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan membantu rakyat yang terjejas dengan me-lancarkan rangsangan ekonomi melalui bantuan prihatin kepada golongan sasaran B40 dan M40.

Dalam masa yang sama, setiap ne-

geri di Malaysia berperanan dan bertang-gungjawab melalui Majlis Agama Islam Negeri telah mengagihkan bantuan zakat kepada mereka yang mengalami kesem-pitan kewangan. Hal ini adalah hasil da-ripada pembayar-pembayar zakat di setiap negeri sekaligus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Apabila sese-orang itu memudahkan urusan orang lain yang mengalami kesulitan, Allah SWT akan memudahkan urusan baginya di dunia mahupun di akhirat kelak.

Sepertimana dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa yang melepaskan satu ke-susahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seseorang muslim, pasti Allah SWT akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah SWT sentiasa me-nolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Janganlah kita menjadikan sebagai alasan bahawa norma baharu ini menjadi penghalang untuk beribadah.Bayangkan jika kita tidak menjaga hubungan baik dengan Allah SWT, bayangkan juga jika kita tidak menjaga hubungan sesama manusia, bayangkan apabila kita melanggar undang-undang dan peraturan negara, bayangkan apabila kita ingkar segala SOP yang dite-tapkan. Maka negara akan menjadi huru-hara dan kucar-kacir, adanya pembe- rontakan, adanya perbalahan sesama sen-diri, kehidupan sentiasa tidak tenteram, pe-ningkatan kadar jenayah dan gangguan sosial, rangsangan ekonomi akan jatuh dan merudum serta memberi impak kepada ketidaktentuan pentadbiran negara.

Justeru itu,semua pihak perlulah memainkan peranan pentingbagi memikul tanggungjawab ini. Norma baharu ini ada-lah sebagai pengukur kesabaran dan keta-bahan yang diuji oleh Allah SWT supaya hamba-Nya ingat dan patuh terhadap pe-rintah-Nya dalam beribadah. Semoga Ne-gara Malaysiadiberikan kemakmuran dan dihindarkan segala musibah dan bencana. In Shaa Allah.

Norma baharu tiada halangan untuk beribadah

Datuk Hj. Ibrahim Bin Fadzil

Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka,

Majlis Agama Islam Melaka.

Sebarang Pertanyaan Mengenai Zakat Sila Hubungi Di Talian : Ibu Pejabat, Tel : 06-2812443 / 2441 / 2442 Faks : 06-2818154

- Cawangan Alor Gajah, Tel : 06-5562340 - Cawangan Masjid Tanah, Tel : 06-3845453

- Cawangan Jasin, Tel : 06-5294635 - Cawangan Merlimau, Tel : 06-2633148

- Cawangan Pulau Sebang, Tel : 06-4413358 - Cawangan Utc Melaka, Tel : 06-2831440

Talian Zakat : 1-300-88-0233 WhatsApp : Info Pertanyaan Zakat – (011-58583885) Aduan Asnaf Zakat – (011-58583900) Laman Web : www.izakat.com

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 7:24 PM Page 8

Page 14: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H14

MUFTI Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menyampaikan taklimat dan sijil tauliah kebenaran solat Jumaat kepada beberapa buah surau di negeri ini.

Erwin Abu Hasan [email protected]

RAPAT UKHUWAH...Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM), Datuk Ibrahim Fadzil menerima kunjung hormat Pengurus Cawangan Bank Islam Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Zuraimi Ayub di ibu pejabat ZM baru-baru ini. Pertemuan mesra ini memberi tumpuan kepada kaedah penggunaan aplikasi Snap N Pay yang diperkenalkan bagi memberi kemudahan pembayaran zakat melalui atas talian.

KUNJUNG HORMAT delegasi Zakat Melaka (ZM) diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ibrahim Fadzil ke ibu pejabat Syarikat Fadzil Agensi baru-baru ini. Delegasi berkenaan disambut ceria Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Datuk Seri Mohamad Fadzil Shafie dan perbincangan ringkas lebih terarah kepada kesedaran dan kewajipan berzakat dalam kalangan pekerja syarikat itu.

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 7:22 PM Page 5

Page 15: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

15Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

TANGGAL 20 Ogos merupakan tarikh bagi Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam di Malaysia pada setiap tahun. Sambutan Hari Pentadbir yang telah dim-ulakan pada tahun 2016 mempunyai sig-nifikan dalam memupuk solidariti pentadbir Universiti Awam yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan Kerajaan. Universiti Awam merupakan badan berkanun di bawah Skim Perkhid-matan Kerajaan. MASTI ditubuhkan pada 2001 kini menaungi secara rasmi se-banyak 20 buah persatuan pentadbir yang terdapat Universiti Awam seluruh negara. Namun begitu, Sambutan Hari Pen-tadbir Universiti Awam pada tahun 2020 cukup berbeza disebabkan oleh pandemik COVID-19. Impak pandemik ini meliputi pelbagai sektor ekonomi dan sosial dise-babkan banyak sektor terpaksa ditutup. Tiada lagi rentas sempadan yang membe-narkan komuniti berhubung. Impak ini turut dirasai oleh warga kerja Pentadbir di Universiti Awam. Atas kesedaran inilah, pihak MASTI telah menjalankan kaji selidik berkaitan kesan pandemik COVID-19 kepada bu-daya kerjaya Pentadbir di Universiti Awam. Kajian ini sebagai usaha awal bagi pihak MASTI membantu menyediakan data-data untuk kegunaan pihak pengu-rusan Universiti dan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membantu dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kaki-tangan awam khususnya di universiti. Seramai 2,536 responden telah mengisi borang kaji selidik yang diedarkan selama dua minggu dari 15 April hingga 30 April 2020 melibatkan 20 buah universiti awam. Pentadbir bersiap siaga dengan menyokong usaha kerajaan mewujudkan Perintah Kawalan Perger-akan (PKP) sebagai langkah untuk mengekang penularan pandemik COVID-

19. Beberapa penemuan yang menarik antaranya isu berkaitan dengan perseki-taran rumah yang kondusif dan mem-berikan kesan positif terhadap produktiviti kerja dikalangan pentabir. Kebarangkalian perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan responden yang beru-mur lebih 40 tahun telah mempunyai ke-diaman sendiri yang membolehkan kehidupan mereka lebih selesa jika bek-erja dari rumah. ‘Infrastruktur’ dan infrastruktur ICT yang sedia ada di universiti juga banyak membantu proses bekerja dari rumah berjalan lancar sepanjang tempoh perin-tah kawalan pergerakan (PKP). Isu yang paling menarik adalah apabila pentadbir bersetuju menyatakan bahawa lebih mudah bagi mereka untuk mempelajari ilmu baharu terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan ianya juga banyak memudahkan proses kerja. Sememangnya pandemik COVID-19 telah membawa perubahan yang cukup besar kepada semua pihak termasuklah dalam pengurusan di universiti. Senario

ini telah menyebabkan berlakunya banyak perubahan kepada staf universiti sama ada dari segi impak yang positif atau negatif. Norma baharu ini telah men-jadikan kajian berkaitan budaya kerja dalam organisasi menjadi menarik untuk diperhalusi dan dijadikan sandaran terutamanya dalam sektor kerajaan seperti di universiti awam. Dalam konteks ini, kepentingan ke-selamatan sosial pekerja pada masa kini dan akan datang. Maka dengan sebab itu-lah, usaha bagi membantu staf yang terli-bat dengan isu pandemik COVID-19 perlu diberikan perhatian serius. Peranan Pen-tadbir Universiti Awam perlu diperkasakan dalam norma baharu pasca COVID-19 ini. Norma baharu pengurusan organ-isasi di universiti awam, keperluan dan kepelbagaian Manual Operasi Standard (SOP) yang bakal digubal dan perlu di-patuhi dalam menguruskan tugasan pada masa akan datang merupakan antara cabaran baru impak pandemik COVID-19 dalam budaya kerja pentadbir universiti awam. Senario ini, adalah cabaran untuk staf pengurusan dan profesional agar bersedia bagi sebarang kemungkinan yang berlaku seperti konsep bekerja dari rumah sebagai salah satu alternatif baru untuk staf. Pada masa yang sama, peng-gunaan ICT dalam proses komunikasi untuk pelaksanaan tugas. Semua ini memerlukan kebijaksanan dalam pengurusan organisasi di Univer-siti. Semua organisasi universiti awam haruslah bersiap siaga demi kelangsungan universiti mendepani norma baharu. Pen-tadbir universiti awam seperti mana pihak yang lain juga merasai tempias pandemik COVID-19 ini. Perubahan norma baharu dalam pengurusan organisasi di universiti awam

pasca pandemik COVID-19 memerlukan pentadbir universiti awam perlu menye-suaikan diri agar kekal relevan dengan pe-rubahan persekitaran masa kini terutamanya berkaitan dengan budaya kerja berteraskan teknologi maklumat. Bersesuaian dengan tema Hari Pen-tadbir, ‘memimpin perubahan pemangkin pencapaian’, bermakna sudah masanya semua pentadbir universiti awam mem-buat perubahan dalam penyampaian perkhidmatan ketika berlaku pandemik ini tidak harus dipersiakan. Pendekatan e-kerajaan atau e-perkhidmatan sedia ada perlu diperkasakan. Semua pihak perlu bersedia dan ianya perlu bermula dari-pada diri setiap penjawat awam. Organisasi yang dinamik perlu senti-asa berfikir ke arah penambahbaikan penyampaian dan melaksanakan konsep kaizen dalam proses membuat peruba-han. Pembangun sistem juga perlu berse-dia dan bersegera berinovasi dalam membangunkan sistem yang dapat meningkatkan produktiviti dan keberke-sanan perkhidmatan. Apabila ketersediaan itu telah diper-oleh, secara tidak langsung pembudayaan kerja norma baharu ini dapat membantu memperkukuhkan peranan pentadbir universiti awam pada masa depan. Secara tidak langsung agenda menjayakan aspi-rasi pendidikan tinggi negara dan meng-hadapi Revolusi Industri 4.0.turut bersiap siaga dengan sendirinya. Dr. Ruziah Ali Pegawai Penerbitan Kanan (UTeM) & Mohd Asri Hj Husain Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam

Perkasakan peranan pentadbir IPTA

SAMBUTAN Hari Pentadbir yang telah dimulakan pada 2016 mempunyai signifikan dalam memupuk solidariti pentadbir Universiti Awam.

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 7:28 PM Page 4

Page 16: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H16

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 7:01 PM Page 9

Page 17: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

17Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 7:21 PM Page 4

Page 18: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H18

PERBEZAAN ADAT PERPATIH DAN ADAT TEMENGGUNG

Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebagai orang Semenda Suami bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya Tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri. Kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta

Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara. Kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang. Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki. Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga. Selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami. Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.

Pentadbiran Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak) iaitu mempunyai hak istimewa memperkukuhkan kuasa Sultan Pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar. Sultan melantik pembesar pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung Sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara manakala anak lelaki sultan adalah pewaris takhta sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

FAIZ HASAN

HUKUM adat ataupun peraturan pe-rundangan turun-temurun warisan Melayu di Melaka berpaksikan dua pen-dekatan adat iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih yang berbeza bagi menjalani kehidupan seharian mem-babitkan aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial. Adat yang berasal dari Utara Su-matera ini telah berkembang di Tanah Melayu dibawa oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudi-annya berkuasa di Palembang, Indone-sia (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudian-nya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih). Walaupun kedua adat ini hanya ter-maktub dalam Undang-Undang Tidak Bertulis Kerajaan Melayu, Adat Temenggung hanya diamalkan oleh se-tiap negeri di Malaysia ,namun keunikan negeri ini jelas kelihatan apabila dua adat termasuk Adat Perpatih yang hanya dikendalikan di Negeri Sembilan turut diamalkan di Melaka. Dua daerah iaitu Alor Gajah dan Jasin yang merupakan antara wilayah Naning mempunyai 25 mukim yang ter-letak berdekatan Rembau, Negeri Sem-bilan mempunyai sejarah dalam penubuhan kuasa kerajaan lama suatu ketika dahulu Setiausaha Persatuan Pesaka Per-patih Melaka Sam Zainal Abd. Karim, 63, berkata, adat yang dibawa kerajaan asal Naning itu telah membawa kesinambungan dalam salasilah kehidu-pan bermasyarakat meliputi aturcara perkahwinan, berkhatan, khatam Al-Quran, kematian serta pelbagai lagi perlu diikuti asalkan ia mengikut kehen-dak syarak. “Suku atau kumpulan keluarga mempunyai aras kepimpinan yang di-ikuti Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah juga terdapat di Nyalas dan terdiri dengan tujuh suku tempatan iaitu Suku Mungkal, Suku Tiga Batu dan

Suku Anak Melaka yang masing-mas-ingnya mempunyai pecahan suku dari suku utama ini. “Adat yang diwarisi ini membuk-tikan bahawa pentingnya suku kerana setiap suku itu merupakan kumpulan keluarga yang diwarisi dari keturunan ibu malah setiap suku di kawasan ini dil-ihat semuanya bersaudara kerana mem-punyai pertalian darah dalam kumpulan keluarga,”katanya. ADAT PERPATIH TERKUBUR DI NANING Menerusi pemerhatian Adat Per-patih dalam kebanyakkan mukim di kawasan wilayah Naning mendapati sesetengah keluarga di kawasan berke-naan tidak lagi mengamalkan amalan yang ditekankan dan telah dibuktikan melalui upacara perkahwinan. Sudah terang lagikan bersuluh, rata-rata mukim di wilayah Naning di Melaka dilihat semakin menguburkan warisan berkenaan malah kebanyak-kanya mengikuti atau mencampuri pen-dekatan adat yang diamalkan dalam Adat Temenggung. Menurut seorang penduduk di Lendu ingin dikenali sebagai Ibrahim Johari berkata, adat itu tidak lagi dia-malkan sepenuhnya di sekitar komuniti itu, namun hanya menekankan beber-apa konsep dalam perkahwinan yang seakan sama dengan Adat Temenggong. Ujarnya, melalui pewarisan harta tidak lagi diturunkan kepada sebelah wani-ta seperti kebiasaan yang diamalkan pada Adat Perpatih, namun kebanyakkanya mengamalkan pembahagian menggu-nakan sistem faraid. “Melalui adat perkahwinan yang menggunakan konsep Penghulu mahu-pun Sidang masih digunakan, namun ia hanya sebagai lambang dalam masya-rakat dan amalan dari segi pembayaran kepada ketua suku termasuk buapak itu tidak diguna pakai lagi. “Malah, konsep itu semakin dikubur-kan dan pendekatan acara perkahwinan

menggunakan konsep moden diubah suai sehingga hari ini sehinggakan ada juga tuan rumah menjalankan perkahwinan dengan menggabungkan kedua belah pihak dan menjalankan acara pada satu majlis sahaja. “Adat dalam perkahwinan memang ada tetapi ia tidak diikuti sepenuhnya, hanya sekadar syarat yang dipersetujui antara kedua belah pihak dan perkara ini berlaku berkemungkinan mereka berpendapat ia lebih mudah dan tidak melecehkan, malah lebih menjimatkan penggunaan wang. “Namun, mereka tidak sedar ba-hawa amalan seperti inilah yang meng-galakkan sikap bergotong royong dalam kehidupan bermasyarakat bagi men-jayakan sesuatu majlis tetapi sekarang banyak keluarga lebih menjurus kepada menggunakan perkhidmatan katering. “Berbeza seperti dahulu pelbagai adat digunakan seperti berkampung, ‘bertanam’, bertandang, berkoden, menyalang serta pelbagai lagi digunakan tapi kini ia semakin hilang dimamah usia,” katanya. BIMBANG HILANGNYA ADAT DITELAN ZAMAN Bimbang akibat adat yang semakin dilupakan di wilayah Naning itu pelba-gai pendekatan telah diambil kumpulan warisan tersebut dalam melestarikan ke-budayaan yang sekali gus mengekalkan warisan yang kaya di bumi bersejarah ini. Setiausaha Persatuan Pancha Warisan Melaka Suhaizan Noh berkata, sebagai golongan muda yang bimbang dengan keadaan terbabit pihaknya bersama Persaka Perpatih menyasarkan persatuan itu mampu bergerak ke hada-pan sebagai peneraju bagi memban-gunkan semula warisan terbabit. Katanya, disebabkan kurangnya pemahaman dan pendedahan adat tersebut kepada generasi muda menye-babkan ia menjadi faktor utama se-

makin dilupakan. Jelasnya, kebanyakkan masyarakat di mukim Alor Gajah yang tidak menga-malkan adat itu disebabkan ia mele-cehkan dan membabitkan penglibatan semua pihak pentadbiran masyarakat bagi menjalankan pelbagai isitiadat terutama dalam acara perkahwinan. “Kita lihat tidak ada anak muda yang mahu mengambil tahu dan mewarisi adat yang berharga ini malah jika kita tidak bangunkan di Nyalas ini, lama-kelamaan ia juga akan hilang suatu hari nanti. “Kebanyakan yang mengetahui adat ini dalam kalangan orang tua sa-haja dan tiada anak muda yang mengikuti, inilah yang kita bimbang ker-ana adat ini mungkin akan dilupakan. “Kita mahu perkasakan Adat Per-patih di wilayah Naning ini bukannya mahu menyukarkan keadaan pengamal adat dan juga tidak mengganggu ka-wasan lain di wilayah-wilayah bukan adat ini di Melaka. “Namun apa yang kami mahukan ia perlu dikekalkan dan didedahkan secara menyeluruh, kita perlu tahu adat ini juga menyumbang kepada pelbagai manfaat dalam kehidupan bermasyarakat di mana ia diterapkan dalam amalan go-tong royong, kehidupan bermuafakat, menjaga hak wanita serta menitipkan keutamaan persaudaraan itu sendiri,” katanya. ‘Biar mati anak, jangan mati adat’; bayangkanlah ungkapan Melayu lama itu seolah-olah bermaksud sanggup mematikan anak sendiri asalkan adat yang ditunjangkan itu tidak dimatikan dan ini menunjukkan betapa berhar-ganya adat yang diamalkan berbanding darah daging sendiri. Amalan dan pendekatan berterusan terhadap adat ini seharusnya diterapkan khususnya buat generasi muda hari ini dan ia tidak perlu hanya sekadar dike-nali melalui nama tetapi tidak diwarisi.

Uniknya Melaka satu negeri dua adat

Adat Perpatih wilayah Naning hanya tinggal nama

Merujuk kepada artikel bertajuk 'Hilang kaki dalam operasi hapus jejak komunis' di ruan-gan Variasi pada akhbar Melaka Hari Ini bertarikh 31 Ogos - 6 September 2020, ter-dapat kesilapan tarikh yang berlaku me-metik tarikh Operasi Gubir 2 di Kedah. Dalam artikel tersebut menulis tarikh operasi berke-naan berlaku pada 21 April 1946. Bagai-manapun, tarikh yang sebenar ialah 21 April 1976. Kesilapan tersebut amat dikesali.

ADAT PERPATIH ADAT TEMENGGUNG

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 7:30 PM Page 6

Page 19: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

19Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantation Bhd (SDP) is looking into getting parolees to join the plantation industry due to a major shortage of workers following the COVID-19 pandemic. Chief financial officer Re-naka Ramachandran said the company has been striving to hire more locals as it is facing a shortage of 2,000 workers due to the COVID-19 pandemic. “However, I will have to say that so far, efforts to hire more locals have failed. We ac-tually started the hiring pro-cess for the plantation industry three years ago, trying to make this job a lot more palatable for the locals. “Sadly, this is not one of the choice of jobs among Malaysians,” she said during a webinar hosted by Bursa Malaysia and AmInvestment Bank Bhd, recently. So far, the world’s largest plantation company has man-aged to hire 40 parolees and about 300 locals to work in its oil palm cultivation area na-tionwide.

Earlier on, Renaka presen-ted an update on the company’s strategy and the plantation sec-tor’s outlook, including the on-going pertinent issues and challenges faced by the sector. Elaborating on the labour shortage issue, she said that SDP used to hire local workers, however, many of them would leave after six months. She said the existing gen-eral workers would be up-skilled and re-trained to carry out harvesting work — the most crucial task in the planta-tion sector which has become a major challenge for the com-pany and the industry. Although the shortage of workers may not affect SDP’s earnings for the 2020 financial year (FY2020), Renaka said the quality of some of the fruits would be affected due to the ex-tension of the harvesting period caused by the labour shortage. As for its impact on the second half of FY2020 (H2 2020), she said the company and industry is blessed that the crude palm oil price has been pretty good, reaching

RM3,000 per tonne, which will help to offset any shortages due to lower yield. Moving forward, she said the company aims to sell more than RM1 billion worth of land and dispose of non-core, non-strategic assets worth more than RM500 million in 2020 to 2021 to pare down its borrowings. The company also aims to reduce its gearing and cash flow to 30 per cent in the next three years from 49 per cent in 2019. It also plans to increase fresh fruit bunches production to 23 tonnes per hectare by FY2023 from the 20 tonnes per hectare in 2019. SDP is also focusing on strengthening its downstream contributions and margin, low-ering business expenditures and maintaining its high dividend policy for its shareholders. On its upstream opera-tions, the company is present in four countries — Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea and Solomon Island, where it operates and manages 240 plantation estates and 69 palm oil mills. -BERNAMA

TENGKU Zafrul

KUALA LUMPUR - The value of the loan moratorium on loan repayments to financial institutions which came into effect on April 1 is estimated at RM81.9 billion as of Aug 28, 2020, says Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. He said of the total amount, RM28.6 billion was utilised by the busi-

ness sector and the remaining RM53.3 billion by individual borrowers. “A total of 732,000 borrowers who took the automatic moratorium have resumed their monthly loan re-payment instalments compared with 336,000 borrowers in April 2020,” he said in the latest LAKSANA report re-cently.

Tengku Zafrul said as of Aug 28, banks have contacted over 2.0 million borrowers comprising individuals, small and medium enterprises (SMEs) and other companies, in-cluding corporate entities and commercial businesses, to offer loan repayment assistance. -BERNAMA

Moratorium worth RM81.9 bln granted as of Aug 28 - MOF

SDP is looking into getting parolees to join the plantation industry. Photo internet

Sime Darby Plantation provides second chance for parolees

KUALA LUMPUR - Singer Syamel, whose real name is Syameel Aqmal Mohd Fodzl, regarded a huge honour for him being chosen to sing the theme song for the country’s 2020 National Day. He considered it “meaningful” being given the opportunity to con-tribute to the country “Not once, but three times...honestly, I am very happy and proud because singing is also a way to express love for the country. “Indirectly, I am also helping to instil the spirit of unity and patrio-tism among the young people,” he told Bernama. Syamel, who also sang the theme song for the 2017 and 2019 Na-tional Day, titled “Sehati Sejiwa” and “Malaysia Bersih”, respectively, was chosen again to sing the theme song for this year’s National Day, “Malaysia Prihatin”, which is composed by Radio Televisyen Malaysia (RTM) music director Datuk Mokhzani Ismail and the lyrics by El Sol Akhmad. The song Malaysia Prihatin is sang together by Syamel and a few other popular artistes, including Alif Satar, Aina Abdul and Siti Sarah.

“This song encapsulates the positive characteris-tics, especially noble val-ues, which all Malaysians should possess to streng-then the people’s unity, harmony and well-being, especially in fighting the enemy facing us now, which is COVID-19,” he added. Meanwhile, Roy, whose real name is Mohammed Rauzan Alwi and known for his song “Kau Rat-naku”, said a singer should have interest to sing patriotic song to be able to inject the feeling into the song. Roy is the singer for the National Day theme songs like Wawasan 2020 (1991), Malaysiaku Gemi-lang (2007), Perpaduan Teras Kejayaan (2008), Satu Malaysia (2009) and Sejahtera Malaysia. “All the patriotic songs

that I sing have a march-ing beat and (some) Ma-laysians regard them as old and outdated songs. “The ‘march’ genre is a strong musical rhythm and requires a deep feel, as well as to be sung in a high tone through proper breathing techniques,” he added.- BERNAMA

Proud to sing patriotic song - Syamel

SYAMEL

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 7:25 PM Page 2

Page 20: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

20Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

MERLIMAU - Sebanyak 59 ba-han pengajaran dalam talian di-bentang dan dikongsikan sem- pena National Digital Learning Talk (nDLearnT’20) di Politeknik Merlimau (PMM), baru-baru ini. Pengarah PMM Mohd Hatta Zainal berkata, ia merupakan ha-sil kerja semua warga PMM dike-tuai Jawatankuasa e-Pembe- lajaran PMM dalam memastikan penganjuran nDLearnT’20 ber-langsung dengan jayanya. "Semangat 'esprit de corps' ditunjukkan warga kerja PMM bukti warga PMM berusaha untuk merealisasikan kaedah Pengajian dan Pembelajaran (PdP) dengan cara norma baharu. "Seramai 59 peserta ambil bahagian pada program ini meli-batkan beberapa buah politeknik dan Sektor Pengajian Tinggi, Ke-menterian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya pada penutup

DLearnT’20 di PMM, baru-baru ini. Sementara itu, Pengarah

Program Zid Abrar Akbar berkata, program itu merupakan platform para pensyarah di institut penga-

jian tinggi (IPT) di mana setiap sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara dalam talian.

"PMM sedar beberapa kekangan dihadapi rakan pen-syarah melaksanakan pengajaran dalam talian, justeru nDLearnT’20 memberi idea da-lam inovasi pembelajaran secara digital. "Pensyarah juga perlu kom-peten dalam menggunakan ap-likasi penyedia kandungan video digital seperti Youtube dan me-dium pembelajaran video yang lain," katanya. Pada program itu, Mohd Hatta turut menyampaikan ha-diah kepada pemenang bagi Bengkel Penghasilan Bahan Pen-gajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Asynchronous melibatkan 72 pensyarah PMM. Hadir sama, Timbalan Pen-garah (Akademik) PMM Rosita Zainal dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Mohd Hoirie Abdul Manah.

DURIAN TUNGGAL - Uni-versiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya di- senaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Ranking 2021. Pencapaian kedudukan berprestij senarai universiti terbaik ini diumumkan THE berdasarkan kriteria ditetapkan THE World Uni-versity Rankings 2021. Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, ke-dudukan itu membuktikan UTeM terus berprestij seba-

gai sebuah institusi kece-merlangan ilmu antara yang terbaik di peringkat dunia. “Penarafan ini berte-raskan kepada penilaian fo-kus kepada lima bidang utama universiti iaitu peng-ajaran dan pembelajaran, penyelidikan, sitasi, pengan-tarabangsaan serta ‘knowle-dge transfer’ yang diper- kenalkan sejak 2011. “UTeM akan terus ber-giat aktif melaksanakan in-isiatif baharu menambah baik kedudukan ini pada ta-hun akan datang,” katanya. Penarafan itu menyak-sikan UTeM menyertai 14 universiti tempatan lain

seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Ma-laysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Uni-versiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Petronas dan Universiti Utara Malay-sia (UUM) di pentas ini. UTeM disenaraikan pa-da kedudukan iaitu antara tangga 1,000 hingga 1,527 dalam kedudukan sama de-ngan beberapa universiti tempatan lain iaitu Univer-siti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Malaysia Sara-wak, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat dunia.

PELAJAR Fakulti Keju-ruteraan Pembuatan Uni-versiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Aiman Shafiq Azizan dipilih seba-gai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM Sesi 2020/ 2021. Aiman Shafiq mene- rima simbolik penyerahan watikah pelantikan daripada Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim pada Majlis Penyer-ahan Watikah Pelantikan Sesi 2020/2021 dan Peng-

hargaan MPP UTeM Sesi 2018/2019 di Kampus In-duk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini. Raha berkata, semua pelajar yang dipilih sebagai barisan MPP meraih keper-cayaan daripada rakan-ra-kan serta warga pelajar UTeM untuk menyuarakan idea serta berkongsi pan-dangan. “MPP bertanggungja-wab merancang dan men-gendalikan aktiviti yang berfaedah bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar

universiti yang lebih ceria dan harmonis. “Saya harap peranan dan fungsi barisan MPP UTeM dapat menjadi pen-gantara pihak universiti dan pelajar dalam mengurus tadbir universiti,” katanya pada majlis itu. Majlis tersebut disak-sikan Timbalan Naib Can-selor (Hal Ehwal Pelajar) Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim dan lain-lain.

Turut menerima pelan-tikan watikah, Timbalan Yang Dipertua MPP UTeM Muhammad Isa Ishak, Seti-ausaha Agung MPP UTeM Mohd Hasif Hamzi Mustaffi, Setiausaha Kerja Nurul Khalida Kasim dan Benda-hari Kehormat MPP UTeM Nur Syahira Yusra Md. Samsuddin. Bacaan ikrar seramai 32 pelajar ahli MPP yang juga barisan kepimpinan ba-haru MPP UTeM Sesi 2020/2021 turut disaksikan pada majlis itu.AIMAN menerima watikah pelantikan disampaikan Raha.

UTeM disenarai THE World University Rankings 2021

PMM kongsi 59 inovasi bahan pengajaran dalam talian

Aiman Shafiq dilantik YDP Majlis Perwakilan Pelajar UTeM

MOHD Hatta (duduk tengah) bergambar bersama pensyarah PMM selepas program tersebut.

Liana Sahabudin

UTeM berjaya disenaraikan dalam THE World University Ranking 2021.

sec1-mimie(14sep-20sep2020)new_Layout 1 11/9/2020 7:21 PM Page 1

Page 21: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

21Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam 1442H - 2 Safar 1442H

KEJAYAAN jualan ‘Kari Kepala Ikan Asahan Viral’ yang mencecah 15,000 set telah diraikan Hotel MITC pada 29 Ogos lepas. Ia rentetan, pelanggan bertuah Muhd Ataillah Norazlan serta kelu-arga merupakan pelanggan set kari ikan tersebut yang ke-15,000. Beliau yang berasal dari Shah Alam, Selangor menyifatkan tu-juannya bersama keluarga mengi-nap di Hotel MITC adalah kerana ingin merasai juadah Kari Kepala Ikan Asahan yang sering disebut orang ramai. “Tujuan saya membawa kelu-

arga untuk menginap di Hotel MITC kerana ingin memakan Kari Kepala Ikan Asahan yang sering disebuti orang ramai. “Jika datang ke Melaka, Kari Kepala Ikan Hotel MITC yang akan menjadi pilihan utama. Tambahan pula hotel ini menawarkan kesele-saan dan servis yang diberikan adalah terbaik . “Kami sekeluarga berasa sela-mat untuk datang di Hotel MITC kerana mengamalkan disinfeksi yang sistematik dan tanda bilik yang telah disinfeksi serta mematu-hi setiap SOP bagi menjaga kesela-

matan pelanggan dari COVID-19,”katanya. Sebagai pengunjung yang bertuah, Muhd Ataillah menerima baucer penginapan dan makanan secara percuma dari pihak Hotel MITC sebagai bentuk penghar-gaan selain menyambut pelanggan set kari ikan tersebut yang ke-15,000. Sementara itu, Pengurus Besar Hotel MITC Sazali Sabri berkata, pelbagai promosi yang diusahakan oleh Hotel MITC untuk meluaskan jualan menerusi iklan agar pelang-gan sentiasa mengingati Kari

Kepala Ikan Asahan Viral yang is-timewa itu. “Alhamdulillah Kari Kepala Ikan Asahan Viral Hotel MITC telah mencapai sasaran 2020 dengan jayanya. “Asahan Cafe telah men-dapat sambutan yang amat memberangsangkan den-gan jualan ‘signature sish’ iaitu Kari Kepala Ikan Asahan Viral telah men-cecah 15,000 set kari kepala ikan dijual se-panjang tempoh dua tahun,” jelasnya.

Jualan ‘Kari Kepala Ikan Asahan Viral’ cecah 15,000 set

MUHD Ataillah ketika menerima baucer penginapan dan makanan secara percuma dari pihak Hotel MITC pada 29 Ogos lepas.

KARI Kepala Ikan Asahan Viral merupakan ‘signature dish’ Hotel MITC yang wajib dicuba.

BIARPUN hanya berkelu-lusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun itu bukan penghalang untuk seorang anak muda menjadi insan berjaya. Perkara itu dibuktikan anak jati Kampung Semabok Dalam, Muhammad Safid Affandi Shamsudin yang kini berjaya mengubah nasibnya menjadi seorang penternak lembu berjaya. Muhammad Safid, 28 berkata, meskipun ketika berusia 18 tahun dia pernah mendapat tawaran melan-jutkan pelajaran di menara gading, namun, dia meno-laknya disebabkan minat yang mendalam dalam bi-dang penternakan sejak bangku sekolah lagi. Ujarnya, dari awal pem-babitan, dia dan abangnya mengusahakan penternakan itu secara kecil-kecilan den-gan bermodalkan RM5,000 dan membuat kandang di belakang rumah. Malah, masih segar di-ingat apabila mengenangkan dua ekor lembu yang per-tama dibelinya di Bangi ter-paksa dibawa dengan hanya menaiki kereta Proton Gen2

ekoran kekangan kewangan. “Kalau ikutkan me-mang salah, tapi ketika itu saya tak mampu nak sewa lori dan saya tawakal meng-gunakan kereta membawa balik dua anak lembu dan seekor lembu lain dengan bermodalkan RM5,000. “Jadi bermula dari tiga

ekor lembu kini saya mem-punyai kira-kira lebih 100 ekor lembu di dua lokasi berbeza iaitu di ladang Se-mujuk Jasin dan di Solok Bukit Baru. “Dan kini saya sudah mempunyai lori sendiri un-tuk membawa lembu-lembu ini,” katanya ketika ditemui

Melaka Hari Ini di ladang ternakannya baru-baru ini. Katanya, berkat kesaba-ran dan kesungguhan itu kini perusahaan Al-Safis En-terprise telah berkembang maju sehinggakan dia mam-pu menjual empat ekor lem-bu seminggu di pasar-pasar dan permintaan itu me-

ningkat berkali-kali ganda apabila tibanya musim per-ayaan. Bagaimanapun bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu itu mengakui pernah ‘jatuh terduduk’ seketika pada awal pembabitannya menternak lembu apabila ternakannya itu mati dise-babkan penyakit. Namun, berkat doron-gan dan sumber kekuatan daripada ibunya, Rabiah Awang, 62, dia berjaya bang-kit lebih kuat untuk menem-puh onak dan liku dalam perniagaan. “Mungkin rezeki ini juga berkat doa mak yang tidak putus-putus memberi sokongan dan galakan sejak ketiadaan bapa kami ketika saya masih kecil lagi. “Kecekalan mak seba-gai ibu tunggal yang ber-susah payah membesarkan kami adik beradik, mem-berikan inspirasi kepada sa-ya dan membuktikan walaupun tak memegang se-barang ijazah saya juga boleh berjaya. “Biarpun tak menyam-bung pengajian tapi alham-dulillah saya dapat juga

mengusahakan perniagaan sendiri dengan dibantu tiga orang pekerja,” katanya. Bercakap soal pande-mik Covid-19 yang melanda dunia kini, Muhammad Sa-fid menganggap ada hikmah disebalik pandemik berke-naan buat seorang penternak lembu sepertinya apabila per-mintaan daging lembu yang diterima naik mendadak. Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 100 hingga 150 kilogram (kg) lembu berjaya dijual setiap hari yang mana pihaknya turut menyediakan khidmat penghantaran daging lembu ke rumah-rumah. Bercerita lebih lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik itu memasang im-pian untuk meluaskan per-niagaan dan merancang untuk menambah lagi la-dang ternakan lembu di masa akan datang. “Saya berharap suatu hari nanti saya dapat men-jadi antara penternak lembu berjaya di Melaka. Semoga hasrat ini tercapai dan pen-ternakan lembu yang saya usahakan bermula dari ba-wah akan terus maju,” kata-nya.

Dulu ‘sorok’ lembu dalam Gen2, kini jadi penternak berjaya

MEMBERI makan kepada lembu-lembu ternakannya di ladang Solok Bukit Baru.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 7:29 PM Page 8

Page 22: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H22

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:58 PM Page 7

Page 23: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

23

Edisi 14 September 2020 - 20 September 2020 l 26 Muharam 1442H-2 Safar 1442H

LOGO baharu Melaka United FC kini memasuki fasa akhir kelulusan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), se-belum ia boleh digunakan se-cara sah. Menurut Penasihat Un-dang-Undang Persatuan Bola-sepak Melaka United (MUSA)

Zhafri Aminurashid, logo ter-sebut hanya menantikan cap dagangan (trademark certifi-cate) bagi mengakhiri kon-troversi hangat sejak ia dilancarkan pada 22 Ogos lalu. “Untuk MyIPO, kita sudah melepasi ‘stage’ pertama dan

kini sedang menunggu cap da-gangan sahaja. “Untuk pusingan kedua bagi memperoleh cap dagan-gan, ia mungkin memakan ma-sa sehingga sebulan,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, baru-baru ini Presiden MUSA Datuk Seri

Utama Haji Sulaiman Md Ali yakin logo baharu itu boleh di-gunakan dan tidak akan mem-bawa sebarang masalah. Beliau dalam masa sama bagaimanapun akan akur den-gan keputusan pihak tertentu sekiranya ia tidak dapat digu-nakan.

Mohamad Fazrul Abdul Majid PENYOKONG bola sepak Me-laka United menyambut baik usaha ke arah penswastaan yang sedang dilakukan Persat-uan Bolasepak Melaka United (MUSA) menjelang musim hadapan. Pentadbir Kelab Tegar Me-laka United (KTMU) yang dike-nali Rinkashi berkata, melalui penjenamaan baharu itu, ia merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan banyak masalah terutama membabitkan gaji dan perjalanan pengurusan. Katanya, melalui penswas-taan juga ia dapat membantu sesebuah kelab bola sepak menjadi gah di mata dunia se-perti apa yang berlaku mem-babitkan kelab di Liga Perdana Inggeris. “Saya memang bersetuju 100 peratus dengan penjena-maan baharu ini, tetapi sudah tentulah ia akan menimbulkan

baik buruk terutama kepada sesetengah penyokong. Bagi sa-ya mungkin hanya 10 peratus yang tidak bersetuju. “Tetapi bagi penyokong yang berfikiran matang saya rasa perkara ini tidak akan menjadi isu kerana pen-swastaan adalah sesuatu yang baik. Ambil contoh kelab dari Liga Inggeris yang kini mem-punyai peminat di seluruh dunia. Semua itu hasil pen-swastaan. “Kalau nak diikutkan pe-nubuhan pasukan Melaka pada 1924 tidak jauh beza dengan penubuhan kelab-kelab terke-nal dunia. Sepatutnya kita su-dah berada di satu tahap yang relevan jika diswastakan ke-pada status kelab lebih awal. “Apa pun, saya percaya banyak perkara positif dapat kita lihat daripada penswastaan yang akan berlaku berlaku bermula tahun depan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari

Ini. Mengulas mengenai hara-pannya daripada penswastaan itu, Rinkashi berkata sebagai penyokong tegar yang tidak pernah terlepas memberi so-kongan kepada pasukan di sta-dium, dia meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk meli-hat Melaka United berdiri sama tinggi dengan kelab terkemuka dunia. “Harapan saya tinggi untuk Melaka United. Sean-dainya penswastaan ini berjaya, saya nak Melaka United ini gah di mata dunia seperti mana kelab-kelab besar seperti Liver-pool, Chelsea dan Manchester United. “Mungkin harapan saya berbeza dengan kehendak pen-yokong-penyokong lain, tetapi saya percaya tidak mustahil untuk Melaka United mem-punyai penyokong di seluruh dunia selepas ini. Itu harapan saya,” katanya lagi.

KTMU menyokong penuh penjenamaan Melaka United ke arah penswastaan bermula musim depan.

Melalui penswastaan juga ia dapat membantu

sesebuah kelab bola sepak menjadi gah di mata dunia seperti apa yang

berlaku membabitkan kelab di Liga Perdana Inggeris.

“ZHAFRI

Logo Melaka United FC masuki fasa akhir kelulusan MyIPO

Piala Razak 2020: Hoki Melaka sasar ke separuh akhir

SKUAD hoki wanita Melaka enggan ter-buru-terburu meletakkan sasaran sete-lah diundi bersama Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak dalam kumpulan B Piala Razak 2020 yang akan berlang-sung di Stadium Bukit Jalil pada 18 hingga 26 September depan. Jelas Pengurus Pasukannya Adila Fazleen Che Manan, dia mensasarkan mara ke pusingan separuh akhir dan menyifatkan kemaraan ke pusingan seterusnya sebagai bonus. Jelasnya, keutamaan kali ini ada-lah memperbaiki kedudukan selepas menamatkan kempen sama tahun lepas di tangga kelima. “Peluang itu bagi saya semua pa-

sukan mempunyai peluang, cuma kami meletakkan sasaran mara ke sep-aruh akhir dan selebihnya adalah bonus. Misi utamanya adalah mem-perbaiki kedudukan,” katanya ketika dihubungi. Adila dalam masa sama turut men-gawasi rapat rancangan Kuala Lumpur yang dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. “Mereka mempunyai ramai pe-main berpengalaman, jadi dalam kumpulan B, Kuala Lumpur antara pa-sukan yang perlu diawasi, namun ia tidak bermaksud kita akan mengambil mudah tentangan dari Pahang dan Sarawak,” katanya.

HOKI wanita Melaka enggan terburu-terburu meletakkan sasaran. (Gambar hiasan)

“Penyokong sambut baik penswastaan Melaka United

14-20 september-jot_Layout 1 11/9/2020 6:45 PM Page 2

Page 24: I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26 Muharam ......2020/09/20  · Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Edisi 15 I 14 September 2020 - 20 September 2020 I 26

4

Diterbitkan oleh Melaka Hari Ini Sdn. Bhd., (199701017821), Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd, Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Logo Melaka United FC menanti cap dagangan MS 23

Penswastaan Melaka United FC positif MS 23

Piala Razak 2020: "Mara ke final adalah bonus"- AdilaMS 23

MELAKA HARI INI

MU curi satu mata MELAKA United (MU) berjaya membawa pulang satu mata di Stadium UiTM Shah Alam pada 11 September lepas, apabila terikat 1-1 dengan Selangor. Walaupun gagal mencatat kemenangan hatrik selepas aksi Liga Super disambung awal bulan ini, namun mata minima yang dibawa pulang itu sekurang-kurangnya berjaya membantu skuad Hang Tuah terus menjauhi zon penyingkiran dan mendekati kedudukan tiga terbaik. Dalam aksi yang berlangsung dalam hujan renyai itu, anak buah Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu di depan pada minit ke-39 hasil jaringan penyerang import, Uche Agba yang berjaya merembat deras bola menembusi gawang lawan yang dikendali Mohd Khairulazhan Mohd Khalid. Namun, kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila Selangor berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas itu menerusi Sandro Da Silva. Selepas ini, Melaka United bakal menjamu kehadiran Petaling Jaya City FC di Stadium Hang Jebat, pada 20 Septem-ber (Ahad).

Uche Agba

EDISI 14 - 20 SEPTEMBER 2020 - Am- baru2_Layout 1 11/9/2020 11:09 PM Page 9