hus 007

12
KOD & NAMA KURSUS EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN Upsi -a01 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON Menilai rakaman video

Upload: anthony-farmer

Post on 22-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

Page 1: HUS 007

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

KUMPULAN

Upsi -a01

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

EN.AHMAD HUSAINI B. MOHAMMAD

JAMIL

D20111049376 0195419919

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK OMAR HISHAM B. MOHD

BAHARIN

Menilai rakaman video

Page 2: HUS 007

TARIKH SERAH: 31 MAC 2012

Pendahuluan

Pegajaran Mikro adalah sesuatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima

hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan murid.

Tujuan mengadakan pengajaran mikro ialah untuk membina kemahiran guru yang

berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran mikro adalah sama dengan penggunaan teknik simulasi untuk

menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran seperti teknik menggunakan set

induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh,

ilustrasi, penggunaan papan kapur,pengukuhan dan penutup.

Melalui pengajaran mikro, guru –guru akan berpeluang mempraktikkan teori

pengajaran dalam situasi yang terkawal. Biasanya pengajaran mikro hanya

menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Pelajar perlu menilai

dengan memilih salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat dalam

rakaman video tersebut.Aspek-aspek yang perlu dinilai adalah terdiri daripada set

induksi,perkembangan pengajaran,penilaian dan penutup.Di sini saya memilih aspek

perkembangan pengajaran. Untuk membuat penilaian itu saya akan nyatakan

kepada tiga aspek iaitu dari segi kekuatan, kelemahan dan cadangan saya untuk

penambahbaikan.

Metod Pengajaran yang baik

Page 3: HUS 007

Secara keseluruhannya pengajaran guru berkenaan adalah baik. Dalam masa

yang singkat itu beliau telah berjaya menyampaikan banyak ilmu kepada murid-

murid iaitu tentang alat-alat untuk bersuci, alat-alat yang tidak boleh bersuci, faedah-

faedah bersuci dan akibat-akibat tidak bersuci.Daripada pengajaran guru itu saya

membuat kesimpulan bahawa beliau telah membuat perancangan dan persediaan

yang baik dari segi Alat Bantu Mengajar (ABM) yang terdiri kad-kad gambar, puzzle

serta benda-benda maujud, Oleh sebab persediaannya yang baik itu maka

pengajaran dan pembelajaran telah berjalan lancar.

Guru berkenaan juga dapat berkomunikasi dengan baik,serta suaranya yang

lantang maka beliau mampu mengawal kelas. Suara yang lantang memudahkan

murid-murid mendengar , menarik perhatian terhadap apa yang sampaikan kepada

mereka . Dengan ini mereka faham tentang topik pengajaran yang disampaikan .

Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan

gangguan-gangguan lain. Kelatangan suara dan ketegasan guru telahberjaya

mengawal disiplin murid.

Perkembangan isi pelajaran dapat dijalankan oleh guru berkenaan dengan

baik kerana ada kesinambungan urutan pelajaran di antara langkah satu dan

langkah dua.Langkah satu guru berkenaan memberi kerja kumpulan berbentuk

puzzle. Guru berkenaan menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Beliau memberi

setiap kumpulan satu sampul surat yang berisi dengan kertas yang digunting

bersegi. Dalam kertas bersegi ini ada perkataan dan gambar yang telah digunting

dalam bentuk ‘ puzzle ’. Murid-murid perlu menyusun ‘puzzle’ ini menjadi perkataan

dan gambar yang sebenar. Aktiviti ini sangat baik kerana dapat mencungkil fikiran

murid dan murid-murid pun seronok menyusun ‘puzzle’ ini

Page 4: HUS 007

Daripada penyusunan puzzle itu terbentuk gambar alat-alat untuk bersuci kemudian

berkenaan meminta murid menulis pada papan putih nama alat yang diperoleh

daripada susunan puzzle tadi, kemudian beliau menunjukkan contoh-contoh benda

maujud alat-alat untuk bersuci seperti dalam puzzle. Bermakna di situ ada urutan isi

pelajaran yang menjadikan murid-murid lebih faham objektif pengajaran guru

berkenaan.

Objektif pengajaran guru berkenaan pada hari itu telah tercapai objektifnya.

Beliau berjaya menyampaikan isi pelajaran hari itu tentang alat-alat untuk bersuci,

alat-alat yang tidak boleh bersuci, faedah-faedah bersuci dan akibat-akibat tidak

bersuci.

Semasa pengajaran guru berkenaan juga ada menyerap nilai-nilai murni dalam

pengajarannya. Semasa mengulang jawapan yang diberi oleh murid, beliau terap

nilai murni iaitu kebersihan. Selepas selesai aktiviti, beliau menyuruh murid-murid

member tepukan kepada diri sendiri. Tepukan ini adalah untuk berterima kasih

terhadap kerjasama yang dilakukan oleh murid-murid. Penerapan nilai-nilai murni

dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan murid

menghubungkaitkan nilai-nilai murni dengan isi pelajaran. Murid-murid juga

mendapat peluang mengamalkan nilai-nilai murni dalam aktiviti

pembelajaran mereka.

Kelemahan dan Penambahbaikan Metod Pengajaran.

Penambahbaikan bagi setiap kelemahan dan kekurangan yang dapat

dikesan di dalam aspek pemgembangan pelajaran ialah untuk meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran pada masa akan akan datang. Guru hendaklah

mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti menggunakan komputer dan LCD

Page 5: HUS 007

semasa menunjukkan contoh-contoh gambar, atau menggunakan bahan maujud

agar semua murid dapat melihat gambar atau bahan maujud dengan lebih jelas.

Guru mesti kreatif dan kritis mengikut suasana dan emosi murid supaya murid tidak

terasa jemu dan mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Guru juga boleh meminta murid menamakan dan mengeja perkataan bagi gambar

atau bahan maujud yang ditunjukkan. Kemudian guru menulis perkataan tersebut di

papan tulis.Ini termasuk dalam penggabung jalinan kemahiran bahasa Melayu. Guru

juga perlu peka bahawa setiap langkah – langkah pengajaran di dalam aspek

pengembangan pelajaran berkaitan dengan tajuk yang diajar pada hari itu. Oleh itu

guru perlulah merancang dengan lebih teliti sebelum pengajaran dan pembelajaran

dilakukan. Selain itu,ganjaran atau pujian juga haruslah diberi kepada murid yang

berjaya menjawab soalan dengan betul sebagai motivasi. Kepada murid yang gagal

menjawab,guru perlu berikan semangat untuk murid mencuba lagi. Dengan ini murid

akan merasai diri mereka dihargai dan disanjungi. Murid akan cuba atau berfikir

untuk mencari jawapan bagi membolehkan mereka dipuji kerana sifat manusia

memang suka dipuji.

Dari segi alat bantu mengajar, alat-alat untuk bersuci terdiri daripada daun-

daun kering,tisu,batu bersegi dan air mutlak.Dalam pengajaran itu,guru berkenaan

membawa contoh benda-benda maujud itu kecuali batu bersegi. Di sini saya

berpendapat adalah lebih baik Cikgu Nurkhamidah membawa contoh batu bersegi

untuk pengetahuan murid, kerana saya rasa ada murid yang tidak faham bagaimana

bentuk batu bersegi itu.

Semasa aktiviti kumpulan dalam menyusun ‘puzzle’, guru berkenaan hanya

bagi sampul surat sahaja dan tidak memberi keterangan langsung. Beliau tidak

memberitahu murid ada apa dalam sampul surat dan apa murid kena buat. Kalau

Page 6: HUS 007

guru berkenaan memberi penerangan dulu baru mengagihkan sampul surat maka

murid-murid adalah lebih faham apa mereka kena buat. Cikgu berkenaan sekali lagi

memberi tajuk dan meminta murid berbincang dalam kumpulan. Beliau juga tidak

berjalan-jalan dan memberi bimbingan bagi murid. Lepas itu guru berkenaan

meminta murid-murid menulis jawapan di papan putih mengikut kumpulan masing-

masing. Hanya terdapat seorang murid dari setiap kumpulan berpeluang menulis

jawapan dan murid yang lain nampaknya bersembang saja. Terdapat segelintir

murid tidak lihat papan tulis langsung. Adalah lebih baik guru berkenaan menegur

murid-murid tersebut dengan meminta mereka menumpukan perhatian dan tidak

berbuat bising.Kemungkinan disebabkan kekurangan peralatan tulis,adalah lebih

baik sekiranya guru berkenaan menyediakan peralatan tulis yang cukup bagi

menjimatkan masa untuk menjalankan aktiviti itu.

Dari segi penggunaan papan tulis pula, guru berkenaan tidak menggunakan

papan tulis dengan sepenuhnya. Tambahan pula saiz tulisan juga agak tidak sesuai

dan menyusahkan murid-murid di belakang melihat perkataan di papan tulis.

Tambahan pula bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid pun kena

menulis jawapan di papan tulis. Langkah ini selalu diulangi akan membosankan.

Teknik penyoalan yang digunakan oleh guru berkenaan secara umumnya baik

tetapi masih terdapat beberapa kelemahanan tentang teknik penyoalan dan

mendapat maklum balas daripada murid yang menjawab secara beramai-

ramai.Adalah lebih baik apabila menyoal, guru harus mengarahkan soalan kepada

seorang murid tertentu. Jangan menerima jawapan yang dilaungkan oleh murid. Ini

akan menimbulkan masalah kawalan, dan pengajaran menjadi tidak berkesan.Di

dalam sesuatu bilik darjah, sudah tentu ada murid-murid yang tidak suka melibatkan

diri dalam perbincangan,atau menjawab soalan. Guru harus mengarahkan

Page 7: HUS 007

soalannya kepada murid-murid ini dengan cara yang tidak mengancam, dan jika

mereka menjawab, jawapan mereka harus dberi penghargaan atau dipuji. Jika murid

tersebut tidak dapat menjawab, soalan itu harus diarahkan kepada murid lain, tetapi

murid tadi harus diberi penghargaan terlebih dahulu dengan cara mengangguk

kepala, atau memberi komen yang berpatutan.

Kesediaan murid adalah sangat penting untuk memulakan pengajaran

ataupun semasa membuat rumusan atau penutup..Semasa guru berkenaan

membuat rumusan saya dapati beliau tidak menunggu semua murid bersedia.

Rumusan atau penutup pengajaran dibuat ketika masih terdapat seorang murid

belum siap menulis pada papan putih. Sepatutnya guru berkenaan hendaklah

menunggu semua murid dalam keadaan bersedia barulah dia membuat kesimpulan

atau pengukuhan supaya semua murid faham.

Penambahbaik cara penyampaian

Sebagai guru Pendidikan Islam komputer menjadi alternatif untuk

pengajaran dan pembelajaran . Saya akan menggunakan ‘power point’ untuk

menyampaikan isi pelajaran yang bertajuk ‘alat-alat yang boleh digunakan untuk

bersuci’. Semasa menyampaikan alat-alat tersebut saya akan menayangkan gambar

seperti daun kering, tisu, batu bersegi dan air mutlak diiringi dengan muzik. Dengan

itu akan dapat menarik perhatian murid-murid. Murid-murid akan tertarik dengan

cara penyampaian begini. Saya akan bertanyakan samada murid solat subuh atau

tidak pagi tersebut.Kemudian saya akan kaitkan bahawa ibadat kita seharian tidak

boleh dipandang ringan,ianya adalah perintah Allah.Untuk melakukan ibadat,badan ,

pakaian dan tempat kita hendaklah bersih dari segala najis. Saya akan mengadakan

kuiz pendidikan Islam ..Murid yang menjawab dengan betul saya berikan sebiji gula

Page 8: HUS 007

sebagai penghargaan.Ini boleh menarik perhatian murid untuk mendengar dan

memahami pembelajaran seterusnya pada hari tersebut. Untuk langkah

seterusnya ,saya akan tayangkan dari slaid pada skrin LCD gambar-gambar jenis air

mutlak..Saya tunjuk satu persatu gambar tersebut sambil bersoal apakah yang murid

nampak dari gambar yang ditayangkan Dalam setiap kerja berkumpulan ,selepas

semua murid berjaya mendapatkan jawapan, saya akan meminta murid memberi

tepukan kepada setiap kumpulan. Bagi murid yang menjawab secara individu

sebagai peneguhannya saya akan memberi isyarat dengan cara mengangkat ibu jari

dan berkata bagus.

Kesimpulan

Pengajaran yang berkesan adalah nadi dan nyawa kepada sekolah. Pengajaran

berkesan akan terhasil jika dijalankan secara kreatif, menarik, tersusun dan

terancang. Ia akan memberi peluang kepada murid untuk belajar secara fleksibel

dan menggunakan sepenuhnya kreativiti mereka sendiri. Suasana riang, ceria,

saling menghormati dan mempercayai antara guru dengan murid akan dapat

membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran. Isi pelajaran yang mahu

diterangkan perlu jelas dan guru boleh menggunakan contoh,illustrasi dan media

yang relevan serta menarik. Elakkan isi pelajaran yang kabur dan menggunakan

ayat yang tidak sesuai.