huraikan bagaimana tamadun malaysia terbentuk dan sejauh manakah ia releven dengan masyarakat majmuk

Upload: santhekumar

Post on 05-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pembentukan tamadun malaysia dan pembentukan masyarakat majmuk

TRANSCRIPT

Huraikan bagaimana Tamadun Malaysia terbentuk dan sejauh manakah ia releven dengan masyarakat majmuk

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Pembentukan Tamadun Malaysia boleh dilihat dari segi sistem perundangan tradisional, agama islam dan adat istiadat melayu dan nilai peradaban tamadun melayu. Dari segi sistem perundangan tradisional, berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu mempunyai kanun perundangan yang berasakan adat Melayu dan hukum syariah (undang-undang Islam). Contohnya, Melaka: Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Johor: Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 . Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan perlembagaan ini telah dilanjutkan kepada entiti politik Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia dan perlembagaan negeri.

Manakala pembentukan tamadun Malaysia dari segi agama Islam dan adat istiadat Melayu pula adalah agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Pelantikan sultan bagi setiap negeri, sultan mestilah beragama Islam di samping diberi peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri. Pada peringkat kebangsaan, agama Islam telah dijadikan sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia. Agama lain juga turut boleh diamalkan di negara ini.

Tamadun Malaysia juga dapat dibentuk hasil daripada nilai peradaban Tamadun Melayu . Kesemua nilai-nilai Melayu berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Sebahagian daripada nilai-nilai Melayu adalah Keimanan/ketakwaan kepada Allah SWT, Ketaatan kepada sultan dan menghormati pemimpin , kepatuhan kepada undang-undang dan adat , mendahului yang tua , saling menghormati orang lain, meraikan tetamu, bertimbang rasa, bersopan santun, bermesyuarat/ bermuafakat, bergotong royong, dan bekerja bersungguh-sungguh