huraikan 5 ciri ujian beserta contoh yang sesuai.docx

3
Huraikan 5 Ciri Ujian Beserta Contoh Yang Sesuai Ujian terbahagi kepada 5 ciri iaitu: Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Kebolehtafsiran Lima ciri ujian ini terbahagi juga kepada ciri-ciri kecil contohnya ciri yang pertama iaitu ciri kesahan. Bagi ciri ujian kesahan ini ia merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ujian ini terbahagi kepada empat kesahan iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya,dalam kelas guru menguji kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh mata pelajaran bahasa Melayu, guru menguji murid dengan melaksanakan ujian kebolehan berbahasa iaitu perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu. Melalui cara ini guru dapat melihat perkembangan murid tersebut Selain kesahan isi, ciri kedua adalah kesahan ramalan. Kesahan ramalan ini merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian bacaan petikan dan kefahaman petikan. Melalui kesahan ramalah mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat menjawab soalan dan membaca petikan itu. Sekiranya markah ujian calon itu tinggi dan hasil bacaannya lancar dan selalu dapat membuat menjawab soalan dengan betul maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi. Malahan itu, Kesahan gagasan merujuk kepada ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian digunakan untuk mengukur trait dan tingkah laku seseorang murid.. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Upload: muhamad-syafiq

Post on 23-Dec-2015

147 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan 5 Ciri Ujian Beserta Contoh Yang Sesuai.docx

Huraikan 5 Ciri Ujian Beserta Contoh Yang Sesuai

Ujian terbahagi kepada 5 ciri iaitu:

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

Kebolehtafsiran

Lima ciri ujian ini terbahagi juga kepada ciri-ciri kecil contohnya ciri yang pertama

iaitu ciri kesahan. Bagi ciri ujian kesahan ini ia merujuk kepada takat sesuatu ujian

dapat memenuhi tujuannya. Ujian ini terbahagi kepada empat kesahan iaitu kesahan

isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji.

Contohnya,dalam kelas guru menguji kebolehan murid dalam sesuatu mata

pelajaran. Sebagai contoh mata pelajaran bahasa Melayu, guru menguji murid

dengan melaksanakan ujian kebolehan berbahasa iaitu perlu mengandungi soalan

tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu. Melalui cara ini guru

dapat melihat perkembangan murid tersebut

Selain kesahan isi, ciri kedua adalah kesahan ramalan. Kesahan ramalan ini

merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan

sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya,

hasil ujian bacaan petikan dan kefahaman petikan. Melalui kesahan ramalah

mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat menjawab soalan dan membaca

petikan itu. Sekiranya markah ujian calon itu tinggi dan hasil bacaannya lancar dan

selalu dapat membuat menjawab soalan dengan betul maka kesahan ramalan ujian

penulisan adalah tinggi.

Malahan itu, Kesahan gagasan merujuk kepada ciri yang sah yang terkandung

dalam sesuatu ujian digunakan untuk mengukur trait dan tingkah laku seseorang

murid.. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan,

kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Page 2: Huraikan 5 Ciri Ujian Beserta Contoh Yang Sesuai.docx

Akhir sekali adalah Kesahan serentak, kesahan ini bertujuan untuk melihat

pencapaian seseorang murid. Contohnya, ujian perbendaharaan kata dengan

kebolehan murid menggunakan perbendaharaan kata dalam mengarang, ujian

tatabahasa dengan kebolehan murid dalam aspek tatabahasa dalam sesuatu situasi

yang lain, seperti mengarang atau bertutur. Murid boleh mengarang tetapi tidak

boleh bertutur dengan elok.

Selain kesahan, ciri ujian juga adalah kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan adalah

merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Malahan itu, kebolehpercayaan ini juga

adalah pencapaian calon adalah kekal apabila ia mengambil ujian itu beberapa kali

dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Sebagi contoh, jika seseorang calon

itu mengambil ujian dan mendapat markah sebanyak 90 peratus dalam suatu ujian

pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari

kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat

kebolehpercayaan.

Seterusnya, ciri ujian adalah Keobjektifan. Keobjektifan ini lebih merujuk kepada

ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa jawapan calon mengikut skrip jawapan

yang telah disediakan. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian

objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi

oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif

digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

Ciri ujian yang kelima adalah Kebolehtadbiran. Kobolehtadbiran ini ia lebih kepada

kelicinan proses ujian dijalankan di dewan peperiksaan. Arahan-arahan ujian

seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi.

Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka

kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran

merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa

berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

Akhir sekali kemudahtafsiran. Kemudahtafsiran ini adalah merujuk kepada setakat

mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi

maklumat. Hasil pentafsiran memberi gambaran tentang pencapaian dan kedudukan

calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi P&P, kesesuaian item

Page 3: Huraikan 5 Ciri Ujian Beserta Contoh Yang Sesuai.docx

ujian dan pencapaian objektif P&P. Sebagai contoh guru boleh melihat pencapaian

murid murid dengan apa maklumat yang murid beri dan ujian yang murid lalui.