hubungan sejarah : melaka-makassar · hubungan sejarah melaka-makassar pendahuluan kajian ini...

10
HUBUNGAN SEJARAH ZULKANAIN ABDUL RAHMAN Terbitan: Kerajaan Heger; Me/aka Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Malaysian Institute Of Historical and Patriotism Studies

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

55 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN SEJARAH

ZULKANAINABDUL RAHMAN

Terbitan:

Kerajaan Heger; Me/aka

Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)Malaysian Institute OfHistorical and Patriotism Studies

HUBUNGAN SEJARAH MElAKA- MAKAsSAR

KANDUNGANBAB HALAMAN

SEKAPUR SIREH 2

YAB KETUA MENTER! MELAKA

SEULAS PINANG 3

PENGURUS BESAR IKSEP

SENARAI PETA 4-5

BAB 1 PENGENALAN 7

BAB2 HUBUNGAN MELAKA - MAKASSAR 12

DALAM KONTEKS PERADABAN DUNIA

MULAI1262

BAB3 PERDAGANGAN DAN PERKAPALAN 29

MELAKA - MAKASSAR

BAB4 ISLAM, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN 38

DI MELAKA - MAKASSAR

BAB5 MASA DEPAN HUBUNGAN BILATERAL 56

MELAKA - MAKASSAR

BIBLIOGRAFI 68

HUBUNGAN SEJARAH MElAKA- MAKASSAR

------~-,. , -------

PENGENALANHUBUNGAN SEJARAHMELAKA- MAKASSAR

Pendahuluan

Kajian ini dilakukan dengan tUjuan meneliti sejarah perkembangan hubunganbilateral Melaka-Makassar (Ujung Pandang) dan memperkasakan hubunganMelaka-Makassar pada abad ke-21. Asas kepada usaha ini ialah hubungansejarah, diplomatik dan perdagangan yang telah sekian lama wujud di antaraMelakadengan Makassarsejakzaman Kesultanan Melayu Melakayang diasaskanpada 1262. Hubungan perdagangan dua hala Melaka-Makassar bukan hanyamelibatkan pertukaran komoditi semata-mata. Menerusi perdagangan dua halaini berlaku pertukaran idea, percambahan bahasa, perkongsian nilai, kesenian,pendidikan dan kebudayaan. Kesemua aspek ini perlu difahami dalam usahamengenal pasti dan memperkasakan kerjasama ekonomi, politik, dan sosialMelaka-Makassar masa kini dan masa depan.

Oleh itu, buku ini ditulis dengan tujuan mengenal pasti bermulanya sejarahhubungan bilateral Melaka-Makassar; mengenal pasti komoditi utama yangdidagangkan oleh Melaka-Makassar; mengenal pasti pihak yang memainkanperanan penting merancakkan hubungan perdagangan Melaka-Makassar;mengenal pasti teknologi perkapalan, alat bantuan pelayaran dan sumber tenagamanusiamaritimeyang digunakan dalam konteks perdagangan duahala; mengenalpasti implikasi politik dan sosial hasil hubungan Melaka-Makassar; dan mengenalpasti kerjasama terkini khasnya dalam bidang pendidikan, pembangunan sumbermanusia, kesenian dan kebudayaan yang boleh diperkasakan dalam kontekshubungan Melaka-Makassar.

Buku ini terdiri daripada lima bab seperti berikut:Bab 1: PengenalanBab 2: Hubungan Melaka-Makassar Dalam Konteks Peradaban Dunia 1262Bab 3: Perdagangan dan Perkapalan Melaka-MakassarBab 4: Islam, Kebudayaan dan Kesenian Melaka-MakassarBab 5: Masa Depan Hubungan Bilateral Melaka-Makassar

7

HUBUNGAN SEJARAH MELAKA- MAKASSAR

Penulisan buku ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan temubualdengan tokoh-tokoh terpilih di Melaka dan Makassar. Sumber primer dan sekundertermasuk foto diperoleh di Arkib Nasional Indonesia; Muzium Kota Makassar;Muzium La Galigo; Arkib Negara Malaysia; Perpustakaan Utama UniversitiMalaya; Akademik Pengajian Melayu Universiti Malaya; Perpustakaan UniversitiSains Malaysia; Universitas Hasanuddin; dan Universitas Negeri Makassar.Sementara itu, sumber Iisan diperoleh menerusi temubual dengan sejarawandan budayawan yang berwibawa di Makassar dan di Melaka.

Kepentingan

Suku ini ditulis berdasarkan keperluan masa kini dan masa depan untuk parapenyelidik dan peminat sejarah Malaysia. Serdasarkan penelitian terhadap bukuyang ditulis oleh Ahmad Jelani Halimi bertajuk 'Perdagangan dan Perkapa/anMe/ayu Di Se/at Me/aka', beliau telah mengkaji dan membuat analisis terhadapkegiatan perdagangan dan perkapalan orang Melayu antara abad ke-15 hinggaabad ke-18. Perbincangan tertumpu kepada Selat Melaka yang merupakan pusatperdagangan yang menjadi tumpuan kepada pedagang dari serata dunia. Halini kerana Melaka pada ketika itu merupakan sebuah pusat perdagangan danpelabuhan entrepot utama di rantau Nusantara. Antara aspek yang menjadiwadah perbincangan ialah kegiatan perdagangan, komoditi perdagangan,perkapalan dan sistem perundangan berkenaan dengan perdagangan.

Merujuk kepada kegiatan perdagangan, penulis membincangkan hubunganperdagangan antara Melaka dengan kuasa besar yang lain seperti China, India,Sri Langka dan sebagainya. Selain itu, hubungan perdagangan dengan pelabuhandi sekitarnya seperti Aru, Pasai, dan Palembang turut diberi penekanan olehpenulis. Melalui hubungan perdagangan ini, penulis turut menyatakan denganjelas mengenai komoditi yang diperdagangkan oleh Melaka hasil daripadahubungan dengan kawasan-kawasan tersebut.

Selain itu, satu aspek yang cukup penting dalam membicarakan kegiatanperdagangan ini iaitu perkapalan turut dinyatakan dengan terperinci oleh penulis.Dalam bahagian ini, penulis telah menyatakan jenis-jenis kapal yang terdapat diMelaka dan bilangannya. Suktinya, pada tahun 1783, sebanyak 282 buah kapaldari pelbagai bangsa te/ah singgah di Me/aka dan 149 daripadanya merupakankapal yang dinakhodai oleh orang Melayu. Penulis turut menyatakan jenis-jeniskapal tersebut seperti Salok, Kakap, Pencalang, Penjajab, Pandowakang dan

sebagainya.

Namun begitu, perbincangan yang dibuat oleh penulis ini dilihat lebih bersifatmeluas dan tidak memberi penekanan khusus terhadap hubungan Me/aka­Makassar. Dleh itu, gambaran dan maklumat yang lebih terperinci mengenaihubungan perdagangan Melaka-Makassar adalah terhad. Selain itu, pe~.ulis

kurang memberi penekanan kepada ~u.bungan Melaka-Makassar yang dllrhatagak penting untuk dibincangkan. Hal In! kerana, Makassar merupakan sebuahpelabuhan baru yang muncul pada abad ke-16 dan abad ke-17 dan menjadi

8

HUBUNGAN SEJARAH MElAKA- MAKASSAR

tumpuan kepada pedagang dari Melaka untuk menjalankan kegiatan perdaganagsetelah Portugis menguasai kota Me/aka pada 1511 dan seterusnya Belandapada 1641.

Tambahan pUla, hubungan Melaka-Makassar ini bukan/ah sesuatu yang barukerana semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi, Me/aka telah menghantarutusan ke Makassar untuk diplomatik dan perdagangan. Oleh itu, sudah pastibanyak perkara-perkara menarik yang melibatkan hUbungan Melaka-Makassardari aspek perdagangan mahupun perkapalan yang boleh diketengahkan.Bersesuaian dengan ini, penulisan 'Hubungan Sejarah Melaka - Makassar' akanmemberi penekanan terhadap hubungan yang terjalin di antara Melaka denganMakassar dengan lebih jelas lagi. Melalui penulisan ini, hubungan perdagangan,perkapalan dan kebudayaan di antara Melaka dengan Makassar akan menjadiwadah perbincangan dan mampu memberi maklumat yang lebih tepat dan jelasagar gambaran sebenar dapat diwujudkan daripadanya.

Artikel bertajuk 'Perdagangan dan Perkapa/an Me/ayu: Rujukan Khusus KepadaBentuk Perdagangan dan Perkapa/an Me/aka Di Abad ke-15/16' yang ditulisoleh Muhammad Yusoff Hashim pula membincangkan kegiatan perdagangandi Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16. Penulis telah membincangkanhubungan perdagangan Melaka dengan beberapa kuasa besar yang lain sepertiChina, Koromandel, GUjerat dan beberapa kawasan di Nusantara. Berkenaandengan hubungan perdagangan, penulis telah menyatakan dengan jelas barang­barang yang diperdagangkan dengan kerajaan tersebut. Sebagai contoh, melaluihubungan perdagangan dengan pedagang Arab, barang-barang seperti beras,gula, sayur-sayuran, daging, kain India akan ditukar atau dijual di Melaka. Barang­barang tersebut kebiasaannya ditukar dengan lada, jagung, cengkih, suteraChina, kapur barus, gaharu dan beberapa barangan dari Nusantara.

Manakala berkenaan dengan aspek perkapalan pula, penulis te/ahmenyentuh aspek perundangan yang mempunyai hUbungkait dengan perkapalandan pelayaran. Kesemua fasal-fasal yang berkaitan telah dihuraikan denganmendalam dan terperinci sekali. Walau bagaimanapun, penulis tidak menyentuhmengenai aspek perkapalan dengan mendalam atau dengan kata lain penulistidak membincangkan teknik dan teknologi perkapalan yang digunakan untuktujuan perdagangan. Bagi perbincangan mengenai perdagangan pula, penulismembincangkannya dalam konteks yang luas tanpa memberi tumpuan terhadapsatu-satu kawasan.

Dengan kata lain, penulisan yang dibuat adalah berbentuk makro. Berbandingdengan penulisan ini (Sejarah Hubungan Melaka-Makassar), ianya akan memberitumpuan khusus kepada hubungan perdagangan, sosial, perkapalan dansebagainya di antara Melaka dengan Makassar. Implikasi daripada perbincanganini, akan membolehkan kita untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruhmengenai hubungan antara kedua-dua kerajaan tersebut. Ini seterusnyamembolehkan kita menilai sejauhmana keakraban hubungan yang terjalin dankesan kepada kedua-dua kerajaan melalui hubungan tersebut.

9

HUBUNGAN SE]ARAH MELAKA - MAKASSAR

Selain itu, terdapatjuga beberapa penulisan yang membincangkan kedudukanMakassar sebagai pusat perdagangan entreport yang terpenting di Alam Melayupada abad ke-17. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Dom Nambi Ak. Sabai yangbertajuk 'Makassar Sebagai Pusat Perdagangan Pada Abad ke-17'. Berdasarkankepada kajian tersebut, penulis telah membincangkan kedudukan Makassarsebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting di Nusantara pada abad ke­17. Pada awal perbincangan, penu/is telah membincangkan kedudukan geografiMakassar yang terletak pada kedudukan strategik sehingga membolehkan iamenjadi pusat tumpuan kepada para pedagang setelah kejatuhan Melaka ketangan Portugis. Kemudiannya, perbincangan diteruskan pula dengan menyentuhbeberapa faktor yang membawa kepada kemunculan Makassar sebagai sebuahpusat perdagangan pada ketika itu seperti kedudukannya dengan kepulauanrempah. Melihat kepada hubungan perdagangannya pUla, penulis dilihat lebihmemberi tumpuan kepada hubungan dengan kuasa-kuasa barat seperti Portugisdan Belanda. Hal ini kerana, pada abad tersebut, kuasa Portugis dilihat mulatersebar luas ke Nusantara setelah berjaya menguasai Melaka.

Selain itu, dalam tempoh ini juga, kuasa Belanda dilihat mula merebak keIndonesia setelah bertapak di Betawi. Manakala pihak British dan Sepanyol telahmula menunjukkan minat mereka di Tanah Melayu dan Filipina. Kedatanganorang Eropah ke kawasan in; adalah untuk merebut peluang perdaganganterutamanya perdagangan hasil rempah di timur, di samping mengembangkankekuasaaan politik dan agama kristian di kawasan tersebut. Disebabkan ini/ahpenu/is hanya memberi penekanan kepada hubungan perdagangan Makassardengan pedagang-pedagang Eropah sahaja. Dengan demikian, hUbunganpedagangan di antara Makassar dengan Melaka tidak menjadi fokus dalamperbincangan yang dilakukan. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan diantara Melaka dengan Makassar telah terja/in sejak abad ke-15 lagi. Tambahanpula, pada ketika itu Me/aka merupakan sebuah pe/abuhan enterpot dan banyakmenjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan di sekitarnya.

Namun, ini tidak dilihat oleh penulis sebagai sesuatu yang penting untukdibincangkan. Berbeza dengan kajian yang dilakukan ini, ianya akan memberitumpuan khusus kepada hubungan di antara Melaka dengan Makassar. Ini pentinguntuk diberi perhatian kerana Me/aka pada ketika ini merupakan sebuah kuasabesar yang telah berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh Nusantara.Justeru, sudah pasti terdapat beberapa perkara yang menarik untuk dibincangkanmelalui hubungan tersebut sama ada dari segi perdagangan, kebudayaanmahupun agama. Melihat kepada hubungan perdagangan contohnya, setelahMelaka dijajah oleh Portugis pada tahun 1511, kebanyakan pedagang dariMelaka mahupun mereka yang pernah berdagang dengan Melaka telah mulamenjalinkan hubungan dengan Makassar. Kesinambungan daripada inilah yangmembo/ehkan Makassar muncul sebagai salah sebuah pusat perdagagangan

terpenting pada ketika ini.

Selain itu, terdapat beberapa buah buku yang berkenaan dengan Makassaryang terdapat di perpustakaan utama Universiti Malaya iaitu buku karya LeonardY. Andaya yang bertajuk 'The Heritage Of Arung Palakka: 'History Of South

10

HUBUNGAN SEJARAH MELAKA- MAKASSAR

Sulawesi (Celebes) 17th Century' dan buku karya Entji Amin yang bertajuk'Sjair Perang Mengkasar'. Kedua-dua buku tersebut adalah berkenaan denganmakassar pada abad ke-17, tetapi perbincangannya tertumpu kepada sejarahperang di antara Makassar dengan Boni di timurnya dan juga peperangan denganBelanda di antara tahun 1660-1667.

Buku-buku lain terdiri daripada buku karya Abdurrazak Daeng Panturu yangbertajuk 'Sedjarah Goa'yang menyentuh tentang perkembangan sistem politik didalam kerajaan Gowa secara keseluruhannya. Karya John Villiers yang bertajuk'Makassar: The Rise andFall ofan East Indonesian Maritime Trading States, 1512­1667'. Dalam karya ini, John Villeirs membuat perbincangan tentang kewujudandan kejatuhan Makassar sebagai pelabuhan perdagangan yang penting padatarikh tersebut. Selain itu, karya beliau dalam buku yang sama bertajuk 'TheCash Crop Economy and States Formation in the Spices Islands in the Fifteenthand Sixteenth Centuries' yang telah menyentuh tentang aktiviti perdagangandi kawasan ini. Selain itu, karya yang ditulis oleh George Bryan Souza dalambukunya 'The Survival of China Sea 1630-1754' juga telah menyentuh tentangperdagangan di Makassar pada abad ke-17. Dalam buku ini, George Souza lebihmenumpukan kepada aktiviti perdagangan orang-orang Portugis di kawasan inipada tarikh tersebut.

Kesimpulan

Dengan merujuk penulisan sedia ada oleh penulis tempatan mahupunpenulis Barat, jelas menunjukkan bahawa penulisan sedia ada mempunyaiperbezaan dengan kajian yang dilakukan ini. Penulisan 'Sejarah HubunganMelaka - Makassar' yang dilakukan ini lebih fokus dengan memberi tumpuankhusus kepada hubungan Melaka- Makassar sejak zaman Kesultanan MelayuMelaka hingga kini. Hasil kajian ini akan berupaya memberi satu gambaran yangkomprehensif kepada peminat sejarah Malaysia dalam menyelusuri sejarahhubungan Melaka-Makassar hingga abad ke-21.

11

HUBUNGAN SEJARAH MElAKA- MAKASSAR

------~-------

HUBUNGAN MELAKA­MAKASSARDALAMKONTEKS

PERADABAN DUNIAMUWl262

Pendahuluan

Bab ini akan menghalkan kemunculan kerajaan Kesultanan Melayu Melakadan Empayar Makassar atau dikenali juga sebagai Gowa di Sulawesi sebelumperjanjian Inggeris-Belanda pada 1824. Pengetahuan berkaitan dengankemunculan kedua-dua empayardi Alam Melayu ini adalah perlu sebagai asas bagimemahami hubungan Melaka-Makassar pada abad ke-21. Kerajaan KesultananMelayu Me/aka muncullebih awal, iaitu pada 1262 berbanding dengan kerajaanMakassar yang bermula pada abad ke-16. Dalam hal ini, perjanjian London pada1824 diberi perhatian. Ini kerana menerusi perjanjian inilah dunia Melayu telahterbahagi kepada dua secara kekal hingga hari ini dengan Selat Melaka dijadikansempadan antarabangsa di antara Malaysia dengan Indonesia. Pembahagiandunia Melayu kepada dua mengikut lingkungan pengaruh yang ditentukan sendirioleh pihak British dan Belanda pada 1824 ini tidak melibatkan raja-raja Melayudan para pembesar Melayu.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka te/ah diasaskan pada 1262 setelah pemerintahSingapura berundur ke sebuah kawasan (yang kemudiannya dikenali sebagaiMe/aka) setelah diserang oleh Majapahit,1 Berdasarkan kepada SejarahMelayu, pemerintah Singapura iaitu Iskandar Syah2 telah melarikan diri ke Muarkemudiannya ke Bertam dan akhirnya membuka negeri yang dinamakannyasebagai Melaka.3 Sejak pengasasannya, Me/aka memperlihatkan perubahanseperti muncul sebagai sebuah kerajaan Islam mulai pemerintahan Sultan

I Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1262. Lihat, Abdullah ZakariaGhazali, "Sejarah Kesultanan Melayu dan Masa Depannya", Seminar Metodologi dan Bengkel Pascasiswazah :Memperkasa Kajian Sejarah di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 18-19 November 2011, him. 2.

2 Menurut sumber Cina dan Portugis, Melaka telah dibuka oleh seorang putera bemama Paremeswara.

3 A. Samad Ahmad, Slilalallis Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, J986, him. 70-71. Abdul Rah~anHaji Ismail (dirumikan oleh), Sejarah Melayu : The Malay Annals, Ms. Raffles No. 18, Kuala Lumpur: The Malaysian

Branch of the Royal Asiatic Society, 1998.

12

HUBUNGAN SEJARAH MELAKA-MAKAsSAR

Muhammad yang berkesinambungan sehingga awal pemerintahan SultanMahmud Shah. Selain muncul sebagai pusat perkembangan Islam, Melakaturut menjadi sebuah pusat perdagangan entrepot yang terpenting pada abadini. Perkembangan Melaka sebagai pelabuhan entrepot ini dicerminkan dengankehadiran pedagang-pedagang asing yang datang berdagang.

Melihat kepada keadaan Melaka pada ketika ini, maka tidak hairanlah Melakamampu untuk menjalinkan hubungan dengan beberapa peradaban duniayang lain seperti China, Siam dan India. Jika diperhatikan, perhubungan yangdijalinkan oleh Melaka dengan kuasa-kuasa asing ini sememangnya tidak dapatlari daripada hubungan perdagangan selain untuk mendapatkan perlindungan.Ini jelas dapat dilihat setelah Melaka dibuka, Raja Iskandar Syah (perlu diberiperhatian bahawa nama Parameswara tidak pernah dinyatakan dalam sumberMelayu, sebalinya hanya dinyatakan dalam sumber Portugis dan China sahaja)telah menghantar utusan ke Ayuthia untuk mengaku tunduk kepada kerajaantersebut dan berjanji akan membayar ufti sejumlah 40 tahil e''T\as pada tiap-tiaptahun.4

Menurut A. Cortesao, pengakuan tunduk ini menguntungkan Melaka keranasejurus selepas itu Siam telah membekalkan Melaka dengan beras.5 Selainitu, Parameswara juga turut membuat perhubungan dengan negara Cina untukmendapatkan perlindungan daripada kuasa besar tersebut. Pada ketika ini,rombongan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Ying Ching telahsinggah di Melaka pada tahun 1403M. Hasilnya, Maharaja Ming Cheng Zhu (YungLo) telah mengirim surat ke Melaka dan mengiktiraf Parameswara sebagai rajaMelaka serta merasmikan sebuah bukit sebagai tiang seri negara.6 Sebagaimanayang dinyatakan sebelum ini, tujuan Melaka menjalinkan hubungan denganKerajaan Ming adalah untuk mendapatkan perlindungan. Keadaan ini jelas dapatdilihat apabila Melaka telah mengirimkan sebuah perwakilan ke China untukmenyatakan mengenai tindakan Siam yang mengganggunya. Justeru, ChengZhu telah mengutuskan Laksamana Cheng Ho ke Siam untuk memberi amaranagar tidak mengganggu Melaka.

Parameswara telah menghantar enam perwakilan ke China iaitu pada tahun1405, 1407, 1409, 1411, 1412 dan 1413M. Seterusnya, hUbungan dengan Chinaini dilihat berterusan sehinggalah tahun 1435, semasa Melaka berada dibawahpemerintahan Megat Iskandar Syah, Sultan Muhammad Syah dan ianya mulaiberakhir setelah kemangkatan Cheng Ho. Berdasarkan Sulalatus Salatin,hubungan Melaka dengan China telah terjalin semasa pemerintahan SultanMansur Syah yang seterusnya membawa kepada perkahwinannya dengan

4 Abdul Hadi Hasan. Kerajaan Melayu Melaka. T.M. 1377 (1360?)-ISII. dalam Sejarah Alam Melayu. Iilid II,Slngapura : MPH Pub., 1968, him. 166.

5 A. Cortesao, The Suma Oriental o.(Tome Pires, London: The Hakluyt Society, 1944, him. 238.

6 Berserta dengan ini, sebuah batu bersurat telah dikirimkan untuk diletakkan di bukit tersebut. Liang Liji. HubunganEmpayar Melaka - Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996, him. 45-46.

7 A. Samad Ahmad, Sulalatus Salarin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1986, hIm. 131-135. LihatjugaAbdul Rahman Haji Ismail (dirumikan), Sejarah Melayu - The Malay Annals, M.S. Raffles No 18, MBRAS. 2009, him.169.

13

HUBUNGAN SEJARAH MELAKA- MAKASSAR

puteri Ghina, Hang Liu.7 HUbungan diplomatik antara Melaka dengan Ghinajuga berlangsung semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah sete/ah RajaGina mendengar khabar akan kehebatan Melaka. Raja Gina telah mengutuspilau yang sarat dengan jarum untuk menggambarkan bilangan rakyat Ginayang ramai bersama-sama dengan surat yang berbunyi, "Ini surat dari bawahkaus Raja Langit datang kepada Raja Melaka. Bahawa kita dengar warta RajaMelaka raja besar; maka kita hendak bersahabat dengan Raja Melaka. Bahawatiada ada lagi raja-raja besar dalam dunia ini daripada kita dan tiada siapa puntahu akan bilangan rakyatnya; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kitapintakan, itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka". Setelah itu,Sultan Mansur menitahkan Tun Pepatih Putih pergi ke Gina untuk menjalinkanhubungan dengan negera tersebut dan membawa bersama-sama pilau yangsarat dengan biji sagu bagi menggambarkan bilangan rakyat Melaka yang ramai.Bertolak dari sini, maka Raja Gina menghantar puterinya, Hang Liu dan PerdanaMenteri Li Po ke Melaka sebagai tanda menjalinkan persahabatan antara kedua­dua kerajaan ini. Puteri Hang Liu ini kemudiannya telah dititahkan sultan supayamemeluk Islam dan kemudiannya berkahwin dengan baginda dan dikurniakanseorang putera, Paduka Mimat.

Sultan Mansur kemudiannya telah mengarahkan Tun Telanai dan MenteriJana Pura ke Gina untuk berkirim sembah baginda yang baru melangsungkanperkahwinan dengan Puteri Hang Liu. Berdasarkan kepada Sulalatus Saratin,Raja Gina telah diserang penyakit kedal akibat menerima sembah dari RajaMelaka. Maksudnya yang hendak disampaikan disini ialah, Raja Melakamempunyai daulat dan taraf yang tinggi mengatasi kekuatan Gina, justeru tidaklayak untuknya menghantar sembah ke Gina. Berikutan peristiwa ini, Raja Cinate/ah menghantar utusan ke Melaka untuk meminta air basuhan kaki Raja Melakabagi mengubati penyakit ini.

Raja Cina pun sembuhlah dari penyakit kedalnya itu setelah diberikan airbasuh kaki Sultan Mansur Syah, dan Raja Cina pun bertitah, "Adapun segalaanak cucuku, jangan lagi berkehendakkan sembah kepada Raja Melaka datangkepada anak cucunya, tetapi muafakat berkasih-kasihan juga". Kesinambungandaripada peristiwa ini, maka terjalin/ah hubungan antara kedua-dua kerajaan inidi samping kerajaan Gina mengakui akan kehebatan dan kebesaran Melaka.

Hubungan di antara Melaka dengan Siam terjalin semasa pemerintahanSultan Muzaffar Syah yang menitahkan kepada para menteri untuk menghantarutusan ke benua Siam. Ini je/as dinyatakan di dalam Sula/atus Salatin dimanaSultan Muzaffar menitahkan bahawa,

"Apa bicara kamu sekalian? Baiklah kita mengutus ke benua Siam. Apasudah kita berkelahi dengan dia?': maka sembah Perdana Menteri,"Benarlah seperti titah itu, karena daripada banyak seteru, baik sahabat':

Tujuan utusan ini adalah untuk menjalinkan persahabatan dengan Siam keranahubungan antara kedua-dua kerajaan pada sebelum ini .agak tegan~ ekoranserangan Siam terhadap Me/aka kerana enggan mengakUl ketuanan Slam. Tun

14