hubungan kandungan sukatan pelajaran dengan falsafah pendidikan kebangsaan
TRANSCRIPT
1. HUBUNGAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
a) Rasional
Rasional dalam mempelajari mata pelajaran Matematik sekolah rendah ialah
untuk melahirkan murid yang mempunyai pemikiran yang abstrak, mampu
membuat penaakulan logic, visualisasi ruang, dan analisis. Sekaligus, menjadikan
murid yang mampu mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara
berfikir dan mampu juga menyelesaikan masalah pembelajaran melalui aplikasi
matematik. Oleh itu, matematik merupakan bidang yang terpenting dalam
sebarang usaha pebinaan insan yang berasaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Ketika mempelajari matematik, ianya menyediakan peluang kepada murid
untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan kreatif dan murid sendiri
mengalami keseronokan apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman
sedemikian menjadikan murid seorang yang kreatif dan kritis dan sekaligus
meningkatkan minat dan menjadi daya pengerak murid mempelajari matematik
sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan sehingga keperingkat
yang lebih tinggi.
b) Matlamat
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran
Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan,memahami idea matematik yang mudah dan
berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
2. Nilai – nilai murni
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam pada masa yang
sama pendidikan juga menitikberatkan sikap dan nilai-nilai murni. Penyerapan nilai
dan sikap dalam kurikulum Matematik bertujuan melahirkan insan yang
berketrampilan dan memiiki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan sikap dan
nilai dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian
yang luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang sikap dan nilai dalam masyarakat
Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung selaras dengan
nilai-nilai sejagat.
Dalam matematik, sikap dan nilai perlu diterapkan kepada semua murid
melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh guru.Walaubagaimanapun,
pembentukan nilai dan sikap meliputi aspek nilai peribadi, nilai interaksi, nilai
procedural dan nilai intrinsik.Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif
dalam pembelajaran matematik yang merangkumi seperti :
a) Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaan matematik.
b) Minat dan keseronokan mempelajari matematik.
c) Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik.
d) Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik
e) Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik
(i) Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait rapat dengan pembentukan
sahsiah dan keperibadian individu seperti yang diinginkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Secara tidak langsung, nilai peribagi yang tinggi akan
melahirkan insane yang yang berakhlak tinggi. Contoh nilai peribadi seperti jujur ,
sistematik, bertekad, tekun dan sekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa
yang baik, berdikaribertanggungjawab, sabar dan dedikasi.
(ii) Nilai interaksi pula merujuk kepada pembentukan tingkah laku baik sewaktu
berada di dalam bilik darjah. Nilai ini terbentuk semasa interaksi semasa
melakukan aktiviti-aktiviti matematik.Nilai ini secara tidak langsung dapat
membentuk tingkah laku yang baik.Contohnya, toleransi, adil, fikiran terbuka dan
hormat-menghormati.
(iii) Nilai procedural adalah merujuk kepada aktiviti spesifik yang dijalankan untuk
menjadikan minda lebih kreatif dan kritis seperti menaakul, membuat pewakilan,
menyelesaikan masalah, berkomunikasi , membuat kaitan dan menggunakan
teknologi.
(iv) Nilai instrinsik ialah berkait dengan pembentukan kandungan matematik dan
disiplinnya seperti nilai apistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah.
Implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan di negara kita
Implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan di
negara kita.
Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah
banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat
dikelaskan seperti berikut:
Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan, perubahan dalam aspek
kurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan ini meliputi:
Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua
mata pelajaran.
Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis.
Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.
Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang
vokasional dan teknologi.
Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini dengan berkesan, FPK telah
membahagikan kurikulum kepada 2 bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah
Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Sebelum KBSR adalah
KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapi didapati bahawa KLSR mengandungi
beberapa kelemahan, iaitu seperti:
Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata
pelajaran atau antara darjah.
Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan
membosankan murid.
Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutama
apabila ada peperiksaan.
Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan
penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.
Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamat pendidikan iaitu
memperkembangakan individu secara menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang
3M. Oleh itu, bagi memcapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, maka KBSR telah wujud
dengan perubahan, iaitu menekankan murid-murid supaya mencapai kemahiran dalam 3
bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang
perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan menta
serta kesediaan murid-murid.
Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia, maka KBSR telah
dibentuk berasaskan syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.
KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989 dengan menitiberatkan
kehendak individu, negara, dan sarwa sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan
pelajar-pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang.
Aktiviti vokasional telah membolehkan mereka menyumbangkan tenaga untuk keperluan
negara dan pembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang bertujuan untuk
memenuhi kehendak
sarwa sejagat.
Selain daripada yang tersenaraikan di atas, KBSM juga menekankan bahawa
pembentukan KBSM harus berlandaskan aspek-aspek berikut:
Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaan kemahiran 3M, iaitu
mengira, membaca dan menulis.
Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidang-
bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional yang
dahulunya dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan teknik.
Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya secara
berterusan seumur hidup.
Dari segi implikasi terhadap pendidik pula, FPK telah membawa perubahan sikap
pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang
sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak
mulia.
Seperti yang kita tahu, pendidik iaitu guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai
tanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyai
pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar olehnya kepada
murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam
pengajaran supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Seorang
guru juga perlulah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
muridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang.
Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai pandangan dan visi yang positif.
Hal ini kerana selain daripada sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan penganti
ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan serta
sebagai teladan kepada murid-murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas,
seorang guru juga perlu
berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran
yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.
Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.
Mahir menintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.
Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.
Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara
aktif.
Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan
ketamadunan dan nilai-niali agama yang dianuti.
Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan organisasi sekolah ke
arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan
citi-cita FPK. Ini meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara
menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan relevan boleh
dipertimbangkan :
1. Bilik komputer – dilengkapi dengan segala perkakasan yang berkaitan dengan ICT.
Supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu mereka terhadap ICT.
Membeli peluang kepada murid untuk mengetahui tentang kepentingan ICT dalam
dunia sekarang.
2. Padang/ gymnasium – murid-murid boleh menjalankan aktiviti sukan tidak kira hujan atau
tidak .
Murid-murid boleh menjalankan aktiviti mereka dengan selamat.
Mengisi masa lapang.
3. Pusat sumber – dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan dengan pelajaran atau
tidak.
Murid-murid boleh mendapat segala maklumat yang berkaitan dengan kerja rumah
atau luar.
Buku lain yang dapat menimba ilmu pengetahuan murid-murid.
4. Projector – guru boleh memaparkan benda lain seperti video, gambar-gambar yang
berkaitan dengan P&P supaya terikat dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap
dan pmurid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
lebihmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
68 patah perkataan 2 baris ayat ( 37, 31 )40 inti pati 2 Malaysiasatu
usaha berterusanpotensi individu secara menyeluruhbersepadumelahirkan
insan yang seimbang dan harmonis intelek, rohani, emosi dan
jasmanikepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.berilmu pengetahuan,
berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawabmencapai
kesejahteraan dirimemberi sumbangankeharmonian
kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.
2. Nama: _________________________ Tarikh : ____________
FALSAFAH PENDIDIKAN ____________________
Pendidikan di Malaysia adalah ____________________________ke arah
lebihmemperkembangkan __________________________________________
dan___________untuk ___________________________________________ darisegi
_____________________________berdasarkan ________________
dan_________________________. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkanwarganegara Malaysia yang
__________________________________________________________________________
dan berkeupayaan _________________________________ serta
_________________ terhadap __________dan
_________________________________________
FALSAFAH PENDIDIKAN ____________________
Pendidikan di Malaysia adalah ____________________________ke arah
lebihmemperkembangkan __________________________________________
dan___________untuk ___________________________________________ darisegi
_____________________________berdasarkan ________________
dan_________________________. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkanwarganegara Malaysia yang
__________________________________________________________________________
dan berkeupayaan _________________________________ serta
_________________ terhadap __________dan
_________________________________________ .
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara