hubungan alam sekitar, masyarakat dan ekonomi

Upload: zainab-amin

Post on 10-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

enviromental science

TRANSCRIPT

"Environment is very important for the society and economic growth"Explain the relationship of the environment, society and economic."Alam Sekitar adalah sangat penting kepada masyarakat dan pertumbuhan ekonomi"Terangkan hubungan di antara alam sekitar, masyarakat dan ekonomi.

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut environment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.Satu lagi definsi alam sekitar yang lebih menjurus kepada kefahaman environmentalisme, menjelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti manusia. Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Alam sekeliling memberikan manfaat dan merupakan sumber utama kepada kelangsungan hidup manusia. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada kehidupan manusia, sumber alam bagi sesebuah negara juga merupakan sumber atau bahan mentah yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti pembangunan negara. Dalam usaha kita mengejar kemajuan negara, kita tidak harus mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.Diantara kepentingan-kepentingannya alam sekitar kepada manusia adalah:1. Menjamin kesihatan manusiaSejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar. Kesan daripada pencemaran itu manusia telah menghidap pelbagai penyakit,khususnya yang berkaitan system respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit. Oleh itu alam sekitar haruslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.

2. Pembekalan udara yang segarManusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang selesa. Disamping itu,pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat. Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk. Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku. pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara. Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida.tidak lupa juga bau-bauan yang tidak menyenangkan. Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.

3. Tarikan pelancong asing.Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan. Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global. Peningkatan bilangan pelancong dari dalam dan luar negara akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri pelancongan dan juga industri sampingan. Banyak negara yang menggunakan keindahan alam mereka sebagai produk pelancongan. Negara kita sebagai contoh giat mempromosikan keindahan hutan khatulistiwa yang dimiliki seperti Taman Negara, Gua Niah dan juga Hutan Belum. Penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dilaksanakan di negara kita sebenarnya dapat memberi pendapatan dan pulangan kepada negara.

4. Ekosistem yang stabil.Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia,alam sekitar dan bumi.Kini ,kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah global telah berlaku. Diantaranya adalah pemanasan global. Peningkatnya suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti naiknya permukaan air laut, meningkatnya intensitas fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan pola presipitasi.Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain adalah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan berbagai jenis haiwan.

Prinsip dasar hubungan manusia dengan alam atau makhluk lain di sekitarnya pada dasarnya ada dua: pertama, kewajiban menggali dan mengelola alam dengan segala kekayaannya; dan kedua, manusia sebagai pengelola alam tidak diperkenankan merusak lingkungan, karena pada kahirnya hal itu akan merusak kehidupan umat manusia itu sendiri.Mengenai prinsip yang pertama, Allah berfirman dalam Al-Quran surat Hud ayat 61: Artinya: Dia (Allah) telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kalian memakmurkannya (mengurusnya).

Adapun mengenai prinsip yang kedua, yaitu agar manusia jangan merusak alam, dinyatakan oleh Allah melalui berbagai ayat dalam Al-Quran, di antaranya dalam surat Al-Araf ayat 56: Artinya: Janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya.

Dengan demikian, dapat dipahami dengan jelas bahwa kesadaran melestarikan lingkungan, sebagaimana yang dikampanyekan oleh orang-orang sekarang ini, dasar-dasarnya telah digariskan oleh Islam sejak lima belas abad yang lalu. Hanya saja, karena keterbelakangan, kemiskinan, dan kebodohannya sendiri, umat Islam seringkali kurang memahami arti dari ayat-ayat dari Al-Quran. Oleh karena itu, salah satu tugas utama Islam adalah menghapus keterbelakangan, kemiskinan, dan kebodohan dari kehidupan umat.

Apa yang dikemukakan diatas merupakan prinsip dasar hubungan manusia dengan alam sekitar, yaitu prinsip pemanfaatan dan sekaligus pelestarian lingkungan alam. Agama memberi motivasi kepada manusia untuk mewujudkan kedua hubungan itu dengan sebaik-baiknya.