hubungan akhlak dengan islam dan iman

18
2 1.0 PENGENALAN Akhlak ialah satu keperluan bagi seseorang yang dinamakan sebagai manusia.Hanya manusia sahaja yang mempunyai akhlak,tidak kepada haiwan dan lain-lainnya.Akhlak ini dapat dibahagikan kepada akhlak baik dan akhlak buruk.Jadi ini bermaksud,setiap manusia secara lumrahnya sememangnya telah mempunyai akhlak walaupun ia adalah akhlak buruk. Akhlak ialah satu perkara yang datangnya daripada dalam diri manusia dan ia adalah satu perkara yang tidak boleh dilihat,namun kita boleh melihat pantulan kepada akhlak yang kita miliki di dalam diri.Kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan mengatakan bahawa dia adalah seorang yang mempunyai akhlak yang buruk hanya sekadar dengan melihat luaran seseorang itu sahaja.Hal ini adalah disebabkan akhlak itu bukan perkara lahiriah,tetapi ia adalah perkara ma’nawi. Akhlak juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat.Akhlak yang kuat dapat melahirkan manusia yang bersih hatinya,ikhlas dalam hidup dan amanah dalam setiap tugas yang dilakukannya serta cinta kepada kebaikan dan benci pada segala kemungkaran.Jadi,secara tidak langsung,kewujudan sifat-sifat mahmudah ini dapat menjadikan sesebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Terdapat hubungan antara akhlak dengan iman dan Islam.Cantuman ketiga-tiga perkara ini dapat menjadikan seseorang individu itu sebagai hamba Allah yang mulia.Tanpa salah satu

Upload: lambuch

Post on 20-Jun-2015

3.008 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

2

1.0 PENGENALAN

Akhlak ialah satu keperluan bagi seseorang yang dinamakan sebagai manusia.Hanya manusia

sahaja yang mempunyai akhlak,tidak kepada haiwan dan lain-lainnya.Akhlak ini dapat

dibahagikan kepada akhlak baik dan akhlak buruk.Jadi ini bermaksud,setiap manusia secara

lumrahnya sememangnya telah mempunyai akhlak walaupun ia adalah akhlak buruk.

Akhlak ialah satu perkara yang datangnya daripada dalam diri manusia dan ia adalah satu

perkara yang tidak boleh dilihat,namun kita boleh melihat pantulan kepada akhlak yang kita

miliki di dalam diri.Kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan mengatakan bahawa dia

adalah seorang yang mempunyai akhlak yang buruk hanya sekadar dengan melihat luaran

seseorang itu sahaja.Hal ini adalah disebabkan akhlak itu bukan perkara lahiriah,tetapi ia adalah

perkara ma’nawi.

Akhlak juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat.Akhlak

yang kuat dapat melahirkan manusia yang bersih hatinya,ikhlas dalam hidup dan amanah dalam

setiap tugas yang dilakukannya serta cinta kepada kebaikan dan benci pada segala

kemungkaran.Jadi,secara tidak langsung,kewujudan sifat-sifat mahmudah ini dapat menjadikan

sesebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Terdapat hubungan antara akhlak dengan iman dan Islam.Cantuman ketiga-tiga perkara

ini dapat menjadikan seseorang individu itu sebagai hamba Allah yang mulia.Tanpa salah satu

elemen ini,akan terdapat kecacatan sebagai seorang muslim.Hal ini bermaksud ketiga-tiga

elemen ini adalah amat penting dan harus wujud dalam diri setiap individu atau mukalaf.

Page 2: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

3

2.0 PENGERTIAN

2.1 Definisi Akhlak

Dari segi bahasa,akhlak berasal daripada perkataan ‘khuluq’ yang bererti

perangai,tabiat,adat,atau sistem perilaku yang dibuat.1

Dari segi istilah,menurut Ibn Athir,Khuluq atau akhlak itu ialah bentuk(kejadian) manusia dari

sudut yang batin sementara khalq ialah bentuk(kejadian) manusia dari sudutnya yang

lahir.Menurut Ibn Maskawayh,al-khuluq ialah suatu hai’ah atau hal(atau keadaan) bagi diri iaitu

jiwa yang sifatnya mendorong diri.Menurut Imam al-Ghazali,seorang yang dikatakan baik

bentuk kejadiannya dan akhlaknya ertinya baik lahir dan batinnya.Selain itu,akhlak menurut

pandangan umum ialah berkait langsung dengan unsur dalaman iaitu yang diistilahkan dengan

“al-Nafs al-Insani” atau diri(jiwa manusia)2

Imam al-Ghazali mengungkapkan pandangannya mengenai akhlak dalam kitabnya yang

masyhur “Ihya Ulumuddin”.Akhlak bererti mengubah bentuk jiwa dari sifat-sifat yang buruk

kepada sifat-sifat yang baik sebagaimana perangai ulama,syuhada’,siddiqin dan nabi-

nabi.Akhlak yang baik dapat mengadilkan perimbangan antara tiga kekuatan dalam diri manusia

iaitu kekuatan berfikir,kekuatan hawa nafsu dan kekuatan amarah.Akhlak juga ialah kebiasaan

jiwa yang tetap yang terdapat dalam diri manusia yang dengan mudah dan tidak perlu berfikir

menumbuhkan perbuatan-perbuatan dan tingkah laku manusia.Apabila lahir tingkah laku yang

indah dan terpuji maka dinamakanlah akhlak yang baik dan apabila yang lahir itu tingkah laku

yang keji,maka dinamakanlah akhlak yang buruk.3

Bagi Ibn Maskawayh dan Imam al-Ghazali,akhlaq bukan perbuatan yang dilakukan oleh

seseorang,tetapi ia merupakan dimensi dalaman yang menyebabkan sesutau perbuatan itu

terjadi.Akhlak ibarat kilang,manakala perbuatan pula merupakan produk yang dihasilkan oleh

kilang tersebut.Jika perbuatan yang dihasilkan itu baik,yakni perbuatan yang menepati dengan

tuntutan syariah atau akal yang rasional,mengikut takrif tersebut,maka ini menunjukkan bahawa

1 Prof Drs H.A Sadali,Dasar-Dasar Agama Islam, Bulan Bintang,Jakarta,1984,hlm 2532 Mohd Sulaiman bin Hj Yasin,Akhlak dan Tasawuf,Yayasan Salman,Selangor,1992,hlm 193 Hamzah Ya’qub,Etika islam pokok-pokok kuliah ilmu akhlaq,CV Publicita,Jakarta,1978,hlm 82

Page 3: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

4

seseorang mempunyai akhlak yang baik dan begitulah sebaliknya,jika perbuatan yang dilakukan

itu buruk,maka sudah tentu seseorang itu memiliki akhlak yang buruk.4

Ilmu akhlak juga ditakrifkan sebagai ilmu menentukan batas antara baik dan buruk,antara

yang terpuji dan yang tercela,tentang perkataan atau perbuatan manusia secara lahir dan batin.5

Selain itu,ia juga bermaksud pengetahuan yang memberikan pengertian tentang baik dan

buruk,ilmu yang mengatur pergaulan manusia dan menentukan tujuan mereka yang terakhir dari

seluruh usaha dan pekerjaan mereka.6

Prof Dr Ahmad Amin dalam bukunya “al-akhlaq” merumuskan pengertian akhlak

sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk,menerangkan apa yang seharusnya

dilakukan oleh sesetengah manusia kepada lainnya,menyatakan tujuan yang harus dituju oleh

manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus

dibuat.7

Akhlak juga merupakan perbuatan yang lahir dari kemahuan dan pemikiran, dan

mempunyai tujuan yang jelas. Tujuan itu adalah tujuan yang baik yang tidak perlu dicari

alasannya kecuali pada diri sendiri, dan manfaatnya berlaku untuk pelakunya sendiri, seperti

kejujuran dan keberanian. Dan kadang-kadang sikap yang dilakukan seseorang dapat

memberikan manfaat kepada masyarakat, contohnya keadilan, amanah, menepati janji. Dan

kesimpulannya akhlak adalah jalan menuju kebahgiaan manusia , sama ada individu itu sendiri

atau masyarakat8

Akhlak juga bermaksud budi perkerti dan sifat. Setiap orang hendaklah mempunyai

akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia. Budi pekerti yang tinggi mestilah dimiliki oleh

semua orang. Akhlak amatlah penting, Rasulullah diutuskan adalah untuk menyempurnakan

akhlak yang mulia. Sebagaimana disebut didalam hadis yang bermaksud: sesungguhnya aku

(nabi Muhammad saw) diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak( budi pekerti)9

4 Mohd Nasir Omar,Akhlak dan Kaunseling Islam,Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd,Kuala Lumpur,2005,hlm 1405 Hamzah Ya’qub,Etika islam pokok-pokok kuliah ilmu akhlaq,CV Publicita,Jakarta,1978,hlm 116 Ibid,hlm 117 Ibid,hlm 118 Musa Subaiti,Akhlak keluarga Muhammad s.a.w,Pt Lentera Basritama,Jakarta,1996,hlm 259 Mohamed bin Abu,Panduan Insan Mukmin:dalam kegiatan hidup seharian,Terbitan Pustaka Ilmi,Selangor,1996,hlm 92-93

Page 4: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

5

2.2 Definisi Iman

Dari segi bahasa,iman ertinya percaya.

Dari segi istilah,iman bermaksud keyakinan yang tidak bercampur dengan keraguan,yakni amal

yang terlukis dalam jihad dengan harta dalam jiwa di jalan Allah.10

Iman ialah perkataan dan perbuatan (qaulun wa ‘amalun).Ertinya perkataan hati dan lidah

dan perbuatan hati dan anggota seperti firman Allah dalam al-Quran iaitu:

15. Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).

Berdasarkan ayat di atas,keimanan yang hakiki adalah apabila seseorang itu mempercayai

tanpa ada sebarang perasaan was-was dalam diri dan melakukan segala perbuatan hanya kerana

Allah semata-mata.

Selain itu,iman juga ditakrifkan sebagai keyakinan yang dibenarkan oleh hati,diucapkan

dengan lidah,dan dibuktikan dengan amalan.11

2.3 Definisi Islam

Islam yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran adalah agama Allah seperti yang

disebutkan dalam ayat19 surah al-Imran:

19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada

10 Abdul Aziz Ismail,Hakikat Iman,Syarikat Nurulkhas,Kuala Lumpur,tth,hlm 1011 Rahmat Abdul Rahman,Bimbingan Lengkap Fardu Ain,Perniagaan Jahabersa,Johor,2000,hlm 8

Page 5: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

6

Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

Islam menurut bahasa ialah tunduk dan berserah, taslim dan selamat. Dan juga membawa

maksud taat,damai, aman dan tidak ada kecacatan, baik dari sudut zahir mahupun dari sudut

batin, patuh dan masuk kepada kesejahteraan. 12

Dari segi istilah pula ialah mentauhidkan Allah, patuh kepada perintah-Nya, akur dan

ikhlas beribadat dengan apa yang dibawa daripada Allah melalui para Rasul-Nya.. Islam juga

ialah sebuah agama yang dibawa oleh nabi Muhammad yang mana nama itu bukanlah hasil

ijtihad nabi. Namun ia adalah daripada Allah.13

Islam juga bermaksud agama yang sempurna lagi diredhai Allah. Pengertian Islam yang

umum dan menyeluruh seperti yang digariskan oleh Islam sendiri adalah al-istislam Lillah

ataupun al-Islam iaitu penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan diri kepada Allah yang

mencipta alam semesta adalah lambang yang hakiki kepada al-Din atau agama segala makhluk

termasuk agama kepada seluruh alam semesta atau alam sejagat di langit dan di bumi khususnya

ialah agama kepada umat manusia. Penyerahan ini bererti kerelaan memasuki ‘daerah atau

lipatan Ilahi’, iaitu segala yang dihadapi dalam hidup mestilah ditundukkan kedalam garis

lingkungan atau daerah Ilahi yang terpelihara dan terselamat. Ia merengkumi tiga cara iaitu

akidah yang terpelihara, akhlak yang terpelihara dan sistem perundangan yang terpelihara.

Dengan menyerahkan ketiga-tiga ini kepada Allah , manusia akan dapat mencapai kehidupan

yang bahagia dan sejahtera.14

3.0 HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IMAN

Akhlak dan iman adalah dua perkara yang perlu kita miliki.Sebagai seorang muslim,kita haruslah

mengetahui bahawa terdapat hubungan di antara akhlak dan iman.Akhlak yang baik menurut

12 Abdul Latiff Muda,Pengantar Ilmu Tauhid,Pustaka Salam Sdn Bhd,Kuala Lumpur,1998,hlm 59-6013 Ibid,hlm 59-6014 Haron Din,Islam:Jihad Sebagai Survival Insan,Pts Millenia Sdn Bhd,Kuala Lumpur,2007

Page 6: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

7

pandangan Islam haruslah berpijak pada keimanan.Iman tidak cukup sekadar disimpan di dalam

hati,melainkan harus dilahirkan dalam perbuatan yang nyata dan dalam bentuk amal soleh atau

tingkah laku yang baik.Jika iman melahirkan amal soleh,barulah dikatakan iman itu sempurna

kerana dapat direalisasikan.15

Jelaslah bahawa “akhlaqul karimah” adalah mata rantai kepada keimanan.Sebagai

contoh,sifat malu(dalam membuat kejahatan) adalah satu daripada “akhlaqul mahmudah”.Dalam

hadis Nabi ada menegeaskan bahawa malu itu adalah cabang daripada keimanan.16

Sebaliknya,akhlak yang dipandang buruk adalah akhlak yang menyalahi prinsip-prinsip

keimanan.Seterusnya sekalipun sesuatu perbuatan pada lahirnya baik,tetapi titik tolaknya bukan

kerana iman,maka perbuatan itu tidak dapt penilaian di sisi Allah s.w.t. 17Hubungan antara

akhlak dan iman tercermin dalam pernyataan Rasulullah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah

r.a:

'ًق%ا ُخ'ُل 'ُه'ْم* ُن .ْح*َس. َأ %ا 5يَم.اًن ِإ 5يَن. *َم'ْؤ*ِم5ُن اْل *َم.ُل' ْك. َأ

Maksudnya: “Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi

pekertinya(akhlak)”

(Riwayat Al-Tarmidzi)

Hubungan di antara iman dan akhlak dengan tegas telah diabadikan dalam al-Quran dengan

firmanNya:

60. Bagi mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat Yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat Yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan ayat di atas,jelas menunjukkan bahawa seseorang yang

tidak beriman kepada hari akhirat sekali gus akan menjadikan dia seorang

15 Hamzah Ya’qub,Etika islam pokok-pokok kuliah ilmu akhlaq,CV Publicita,Jakarta,1978,hlm 16 16 Ibid,hlm 1617 Ibid,hlm 16

Page 7: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

8

yang mempunyai sifat-sifat yang tercela.jadi,keimanan yang kukuh perlulah

wujud dalam diri setiap individu agar dapat mencapai akhlak yang mulia.18

Selain itu,akhlak dan iman mempunyai hubungannya yang lain.Kita

dapat lihat hubungan itu berdasarkan motivasi iman itu sendiri.Tindakan dan

pekerjaan manusia selalu didorong oleh suatu motivasi tertentu.Motivasi itu

ada bermacam-macam,ada yang kerana kepentingan kekayaan,ingin

masyhur namanya dan sebagainya.Adapun dalam pandangan Islam,maka

yang menjadi pendorong paling dalam dan paling kuat untuk melakukan

sesuatu amal perbuatan yang baik,adalah akidah,iman yang tersemat dalam

hati.Iman itulah yang membuat seseorang muslim ikhlas hendak bekerja

keras bahkan rela berkorban.Iman itulah sebagai motivasi dalam peribadinya

yang membuatkan seseorang tidak boleh diam daripada melakukan kegiatan

kebajikan dan amal soleh.19

Jika”motor iman” itu bergerak,maka keluarlah produknya berupa amal

soleh dan “akhlaqul karimah”.Dengan demikian hanya daripada jiwa yang

dihayati iman dapat diharapkan memancarkan kebaikan dan kebajikan yang

sebenarnya.Kebaikan yang lahir tanpa bersumberkan keimanan,adalah

kebaikan yang tidak mendapat penilaian di sisi Allah s.w.t. 20Sepertimana

dalam sabda Rasulullah s.a.w:

الجنة منتهاه يكون حتى خير من مؤمن يشبع لن

Maksudnya:”Sekali-kali tidaklah seorang mukmin akan merasa kenyang(puas) mengerjakan

kebaikan menjelang puncaknya memasuki syurga”.

(Riwayat al-Tarmidzi)

Iman yang sempurna menjelamakan cinta dan taat kepada Allah

18 Mohd Sulaiman Bin Hj Yasin,Akhlak dan Tasawuf,Yayasan Salman,Selangor,1992,hlm 6719 Hamzah Ya’qub,Etika islam pokok-pokok kuliah ilmu akhlaq,CV Publicita,Jakarta,1978,hlm 43-4420 Ibid,hlm 44

Page 8: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

9

Daripada rukun iman yang enam,dua daripadanya adalah kepercayaan kepada Allah dan

kepercayaan kepada hari akhirat.Dua rukun iman ini menjadi asas dan teras yang membezakan

antara islam dan akhlak-akhlak lainnya serta dengan sendirinya membezakan kesannya kepada

akhlak.Keimanan kepada kedua-dua hakikat ini memberikan kesan yang positif.Sebaliknya

kepercayaan kepada yang lain atau penafian kepada kedua-dua hakikat tersebut memberikan

kesan yang negatif.Hubungan yang lazim antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan

keberkesanannya membentuk akhlak yang baik atau sebaliknya,jika tidak beriman dengan dua

hakikat tadi dengan keberkesanannya membentuk akhlak yang jahat dan buruk.21

Orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat akan dikesani dengan sifat-sifat Allah

yang termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai perlakuan dan kegiatan

hidupnya.Perlakuan dan kegiatan yang dikesani oleh sifat tinggi dan mulia ini adalah perlakuan

dan kegiatan yang bernilai baik.Nilai kebaikan ini akan semakin meningkat dengan

meningkatnya kesedaran kepada nilai pembalasan di hari akhirat sebgai tempat dan masa

kehidupan insan yang hakiki.Demikian juga sebaliknya,orang yang tidak beriman dengan Allah

tetapi beriman dengan tuhan yang batil dan palsu atau yang menepikan langsung konsep

ketuhanan sudah tentu dikesani oleh sifat yang batil dan palsu yang berikutnya akan menyesali

perlakuan dan kegiatan dalam hidupnya,lebih-lebih lagi yang langsung tidak mengakui

pembalasan di atas perlakuan akan kegiatannya.22

21 Mohd Sulaiman Bin Hj Yasin,Akhlak dan Tasawuf,Yayasan Salman,Selangor,1992,hlm 6922 Ibid,hlm 69

Page 9: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

10

4.0 HUBUNGAN AKHLAK DENGAN ISLAM

Mengikut kajian ilmu sosiologi,dapat ditemui bahawa fenomena keagamaan begitu rapat

kaitannya dengan fenomena akhlak.Bahkan didapati kedua-dua fenomena tersebut berkait sebati

sehingga sulit untuk dibezakan,sehingga fenomena akhlak itu lebih dikenali sebagai fenomena

keagamaan.Perkaitan yang sebati ini mentafsirkan bahawa akhlak itu telah diwarnai oleh nilai

agama.Ertinya akhlak itu telah diberikan nilai keagamaan dan nilai kekudusan yang wajib

diperlihara dan dipertahankan.Sudah pasti bahawa akhlak yang mempunyai nilai keagamaan atau

nilai kekudusan itu akan memberikan kesan yang positif kepada kegiatan hidup dalam suatu

masyarakat.23

Akhlak adalah antara mekanisme terpenting dalam Islam.ia mendapat kedudukan yang

istimewa sebagai nilai penyeri binaan asas iman dan Islam. 24Sehubungan dengan ini,Nabi

Muhammad bersabda yang mana maksudnya:

“ Sesungguhnya orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik

akhlaknya”

(riwayat al-darimi)

Hadis ini menerangkan akhlak adalah umpama roh kepada agama Islam yang suci.Roh

akhlak ini mendasari seluruh bidang dan sudut hidup yang pelbagai sama ada dalam bidang

akidah,ibadat atau pun muamalat.25

Contohnya,hikmah difardhukan solat diterangkan dengan jelas oleh Allah dalam

firmanNya:

45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah

23 Mohd Sulaiman Bin Hj Yasin,Akhlak dan Tasawuf,Yayasan Salman,Selangor,1992,hlm 6524 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,Apa itu Islam?,Pts Publication and Distributors Sdn Bhd,Selangor,2008,hlm 13825 Ibid,hlm 138

Page 10: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

11

adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

Jelaslah akhlak dalam Islam adalah mencakupi seluruh

kehidupan.Akhlak merupakan simbol kepada amalan kerja dan perlakuan

dalam hidup.26Secara lebih khusus dalam Islam,hubungan di antara akhlak

dan agama amat nyata dan jelas.Menerusi Islam,hubungan ini semestinya

adalah berkaitan,kerana tanpa agama dalam konsepnya yang

sebenar,akhlak akan kehilangan suatu unsur yang penting dalam

penghayatannya.Hadis di bawah ini jelas menggambarkan hubungan

tersebut.27

Hadith ini bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w, telah ditanya oleh salah seorang sahabat

yang berada di sebelah hadapan : “apakah dia agama itu, wahai Rasulullah?” jawab Rasulullah

s.a.w : “ Akhlak yang baik!” kemudian seorang yang berada dikananya bertanya “Apakah dia

agama itu wahai Rasulullah s.a.w “ Jawab Rasulullah s.a.w : “ Akhlak yang baik.” Kemudian

seorangyang berada di sebelah kirinya bertanya : “Apakah dia akhlak yang baik?” Rasulullah

s.a.w menjawab : “Akhlak yang baik!”. Dan akhirnya seorang yang berada disebelah

belakangnya juga bertanyakan : “Apakah dia agama?” jawab Rasulullah s.a.w : “Apakah masih

tidak faham bahawa agama itu tidak marah”.28

Setiap tingkah laku dan peribadi(akhlak) selalu berkait dengan hukum syarak(syariat

Islam).Pandangan Islam mengenai akhlak adalah bersifat khas,berbeza dengan masyarakat

umumnya.Perbezaan itu dapat difahami daripada beberapa keadaan berikut:

1) Islam tidak hanya memahami akhlak dari segi tingkah laku dan sifat moral seluruhnya,tetapi

akhlak merupakan salah satu daripada berbagai-bagai hukum Islam.Ertinya,ada hukum Allah

yang berkait dengan ibadat(solat,puasa),ada juga yang berkait dengan muamalat(nikah,jual beli)

dan ada pula yang berkait tentang sifat-sifat dan tingkah laku iaitu akhlak.

2) Islam menentukan bahawa akhlak(yang baik atau buruk) tidak boleh ditentukan oleh manusia

secara zahir,dengan perkembangan zaman,mahupun suara majoriti manusia.Ini tentu berbeza

26 Ibid,hlm 14027 Mohd Sulaiman Bin Hj Yasin,Akhlak dan Tasawuf,Yayasan Salman,Selangor,1992,hlm 6628 Ibid,hlm 66

Page 11: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

12

dengan konsep moral dalam masyarakat sekarang yang sangat dipengaruhi oleh hal-hal

tersebut.Akhlak merupakan sebahagian daripada hukum syarak yang bersifat tetap,memiliki nas

daripada sumber hukum Islam,wajib dilaksanakan oleh orang yang beriman sebgai wujud

ketaatannya pada Allah s.w.t.

Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah banyak yang mendorong manusia agar

memiliki sifat yang baik dan melarang manusia berakhlak buruk.Nas-nas syara’ telah

menjelaskan ifat-sifat terpuji seperti jujur,amanah,menepati janji dan sebaginya.Walaupun semua

itu merupakan akhlak yang baik,nas-nas syara’ juga menegaskan bahawa hal-hal tersebut sebagai

suatu hukum.Orang –orang yang memiliki akhlak yang baik haruslah dinilai sebagai pelaksana

perintah Allah.29

Antara contoh akhlak yang mulia yang ditegaskan di dalam al-Quran dan al-Sunah ialah:

1) Jujur dan menjauhi sifat dengki(hasad)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan

menghantarnya ke syurga.Dan seseorang yang sentiasa berkata benar dan jujur akan tercatat di

sisi Allah sebagai orang yang benar dan jujur.Dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada

kejahatan yang akhirnya akan menghantarnya ke neraka.Dan seseorang yang sentiasa berdusta

akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

“ Hati-hatilah kamu sekalian terhadap hasad,kerana sesungguhnya hasad akan memakan

seluruh kebaikan sebagaimana api yang melahap habis kayu bakar”

(Riwayat Abu Daud)

2) Menepati janji

Allah s.w.t berfirman:

29 Fahmi Husin al-Fakhry,Islam mulai akar ke daunnya,Bkim Ipb Press,Indonesia,2002,hlm 125

Page 12: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

13

1. Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa Yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu Dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa Yang ia kehendaki.

3) Menjauhi hal yang tidak bermanfaat

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ sesungguhnya setengah dari kebaikan Islam seseorang adalah ia meninggalkan hal-hal yang

tidak bermanfaat baginya”

(Riwayat Malik,Ahmad,Tabrani)

4) Suka memaafkan

Allah s.w.t berfirman:

134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;

5.0 KESIMPULAN

Page 13: Hubungan Akhlak Dengan Islam Dan Iman

14

Dapatlah dinyatakan dengan tegas bahawa akhlak yang mulia merupakan roh kepada agama

Islam.Seluruh aspek dan ruang dalam agama Islam ditunjangi dan didasari oleh nilai akhlak yang

mulia.Hal ini dapat kita fahami dengan baik,apabila kita menyedari bahawa misi kehadiran Nabi

Muhammad itu sendiri ke alam ini adalah untuk melaksanakan tugasan bagi menyempurnakan

untuk akhlak yang mulia.Ini diperkukuhkan lagi oleh kewujudan nas-nas hadis

seumpama(maksudnya):”agama Islam itu ialah akhlak yang baik” dan hadis lain (maksudnya):

“Sesungguhnya kalangan manusia yang paling baik akhlaknya adalah kalangan mereka yang

paling baik agamanya”

Dan bagi manusia seluruhnya untuk menjadi manusia yang berjaya ialah

sesesorang itu dapat mempraktikkan akhlak yang baik dan meninggalkan yang buruk dalam

kehidupannya dan berjaya juga menghidupkannya dalam sebuah institusi keluarga dan yang

paling berkesan ialah di dalam sesebuah masyarakat, yang menjadikan Rasulullah sebagai model

atau ikutan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Dengan ini jelaslah bahawa hubungan akhlak dengan iman dan islam saling berkait rapat

antara satu sama lain dalam melahirkan akhlak seseorang muslim yang benar-benar berkualiti,

tanpa salah satu daripada aspek tersebut maka akhlak yang lahir tidak sempurna.