hubungan

7
PENGENALAN 1.1 TAKRIF HUBUNGAN ANTARABANGSA Hubungan antarabangsa ialah hubungan interaksi yang melampaui sempadan negara[1]. Ia melibatkan subjek yang luas serta merangkumi aktiviti-aktiviti pelbagai bagi sebuah negara. Contohnya, penglibatan kuasa-kuasa besar, negara kapitalis, demokratik, liberal dan sebagainya. Selain itu, ia juga merangkumi kaedah-kaedah bagi sesebuah negara dalam mencapai dasar luarnya seperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi sistem yang terlibat dalam sesebuah hubungan. Hubungan antarabangsa merupakan jaringan antara negara atau kerajaan di seluruh dunia. Setiap negara tidak akan mampu untuk bersendirian dan sebaliknya terpaksa mengadakan hubungan dengan negara-negara lain sama ada hubungan berbentuk sosial, ekonomi ataupun politik ((INTAN), 1991). Dalam hal ini terdapat satu elemen yang penting dalam menjalankan perhubungan antarabangsa iaitu elemen pelaku ataupun “actor”. Pelaku boleh didefinisikan sebagai satu unit yang berupaya bertindak secara sengaja. Dengan kata lain, pelaku atau actor bermaksud pihak yang menjalankan hubungan di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Biasanya pelaku terdiri daripada individu yang digelar aktor- aktor politik seperti presiden dan raja, kumpulan berkepentingan,organisasi antarabangsa dan sebagainya lagi (Muhammad, 2005).

Upload: teokimmoi

Post on 06-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

What is Argumentative Essay

TRANSCRIPT

PENGENALAN

1.1 TAKRIF HUBUNGAN ANTARABANGSA

Hubungan antarabangsa ialah hubungan interaksi yang melampaui sempadan negara[1]. Ia melibatkan subjek yang luas serta merangkumi aktiviti-aktiviti pelbagai bagi sebuah negara. Contohnya, penglibatan kuasa-kuasa besar, negara kapitalis, demokratik, liberal dan sebagainya. Selain itu, ia juga merangkumi kaedah-kaedah bagi sesebuah negara dalam mencapai dasar luarnya seperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi sistem yang terlibat dalam sesebuah hubungan.Hubungan antarabangsa merupakan jaringan antara negaraatau kerajaan di seluruh dunia. Setiap negara tidak akan mampu untuk bersendirian dan sebaliknya terpaksa mengadakan hubungan dengan negara-negara lain sama ada hubungan berbentuk sosial, ekonomi ataupun politik((INTAN), 1991). Dalam hal ini terdapat satu elemen yang penting dalam menjalankan perhubungan antarabangsa iaitu elemen pelaku ataupun actor. Pelaku boleh didefinisikan sebagai satu unit yang berupaya bertindak secara sengaja. Dengan kata lain, pelaku atau actor bermaksud pihak yang menjalankan hubungan di antara satu pihak dengan pihak yang lain.Biasanya pelaku terdiri daripada individu yang digelar aktor-aktor politik seperti presiden dan raja, kumpulan berkepentingan,organisasi antarabangsa dan sebagainya lagi(Muhammad, 2005).Bidang ilmu ini merupakan bidang ilmu yang berkait rapat dengan bidang sains sosial contohnya,hubungan politik dan ekonomi,sejarah,sosiologi dan disiplin ilmu yang lain.Ilmu membantu manusia memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan lebih jelas dan sistematik. Lebih tepat lagi, ia membantu manusia dalam menjelaskan sebab, cara, masa dan tempat sesuatu yang berlaku. Ini kerana, peristiwa-peristiwa yang berlaku sukar dijelaskan dengan hanya berpandukan pengetahuan semata-mata. Justeru itu, dengan berbekalkan ilmu yang ada membolehkan manusia berfikir secara rasional, matang dan berhati-hati dalam mengambil tindakan yang betul.Hubungan politik antara negara-negara meliputi pelbagai bentuk aktiviti seperti diplomasi, peperangan, perdagangan, pakatan, pertukaran budaya, penglibatan bersama dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tertentu yang wujud dalam hubungan tersebut boleh menjadi isu yang perlu diperhatikan bukan sahaja oleh pembuat dasar bahkan juga oleh sarjana-sarjana seperti isu rundingan dagangan antarabangsa dan konflik etnik tertentu. Sehubungan dengan itu, pembuat-pembuat dasar mempunyai dua bentuk respons terhadap isu-isu tersebut iaitu sama ada secara bekerjasama atau berkonflik. Pilihan yang dibuat sudah tentu mempengaruhi bentuk hubungan antara sebuah negara dengan negara-negara lain.Hubungan Antarabangsa lebih memfokuskan kepada persoalan berkaitan perang dan keamanan namun, sejak 1970, yang mana ekonomi menjadi perkara pokok kepada hubungan Antarabangsa, maka pecahan kedua bagi hubungan Antarabangsa ialah Politik Ekonomi Antarabangsa.

2.0TEORI DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA

Terdapat beberapa teori yang diguna pakai dalam hubungan antarabangsa. Antaranya ialah teori Konservatif, Liberalism, Revolusi, Tingkah-Laku Negara, Interaksi, Integrasi, Konsisten dan lain-lain(Muhammad, 2005). Kesemua teori-teori ini adalah berkaitan dengan hubungan sesebuah negara dengan negara lain tentang peraturan dan strategi dalam menjalinkan hubungan anatarabangsa untuk mendapatkan kepentingan bersama.2.1Teori KonsevartifTeori ini menekankan aspek mempertahankan status quo, undang-undang kuasa politik, logik dari kuasa Askar (militari).

2.2Teori LiberalismTeori Liberalism yang mana bedasarkan teori ini, liberalist membuat reformasi daripada status quo melalui proses evolusi, keuntungan bersama melalui kebergantungan bersama contohnya, kebebasan perdagangan bebas dan kebebasan pertukaran idea dan pandangan

2.3Teori RevolusiTransformasi status quo melalui revolusi dan perubahan pesat. Ia memfokuskan kepada ketidakadilan dan eksploitasi aspek dalam hubungan Antarabangsa, nilai kesamarataan, dan perang sebagai produk untuk mengeksploitasi hubungan ekonomi serantau. Tetapi, dalam dunia realiti, politik dunia tercipta hasil dari percampuran 3 perspektif dari pelbagai cara dan kaedah.

2.4Teori-teori Tingkah LakuTeori ini menumpukan ke atasa sesebuah negara. Pendekatan asas membuat keputusan tertumpu pada pembentuk keputusan di kalangan negara itu. Pendekatan lain tertumpu pada aspek-aspek kemampuan atau institusi. Kumpulan yang lebih baru akanj mengambil berat terhadap nilai matlamat dan kepentingan nasional atau kemahuan.

2.5Teori InteraksiTeori ini lebih berkaitan dengan generalisasi mengenai bentuk interaksi yang meliputi konflik dan analisis pilihan kerjasama.

2.6Teori IntegrasiTeori Integrasi terbahagi kepada dua iaitu teori Integrasi dahulu dan sekarang. Teori Integrasi dahulu adalah lebih kepada peristiwa yang telah berlaku pada zaman dahulu dan cara orang zaman dahulu mengadakan hubungan antarabangsa dengan cara mendesak.. Mereka telah mengtakrifkan bahawa masyarakat antarabangsa boleh ditentukan dan diukur melalui saiz yang besar atau kecil, kandungan dan bidang antarabangsa dalam kalangan ahli yang terpengaruh dengan hipotesis(Muhammad, 2005). Malahan teori integrasi pada zaman dahulu bersifat berat sebelah yang mengakibatkan faedah yang berlainan kepada negara yang lebih maju dan mundur.Teori integrasi pada masa sekarang pula adalah melalui pendekatan kepada tiga pendapat utama iaitu federalisme, teori komunikasi dannon-fungsion-alism.Pendekatannon-fungsion-alismadalah lebih kepada isomorfisme[2]identiti fenomena.Pada umumnya pendekatan-pendekatan ini tidaklah memberi banyak perubahan kepada teori asal, namun kita boleh meneruskannya secar lebih sistematik berbanding pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, teori integrasi ini masih boleh lagi dikembangkan dengan kaedah-kaedah yang sesuai bergantung dengan masalah pusat yang dihadapi.

2.7Teori KonsistenTeori ini adalh berkait rapat dengan kecenderungan imej yang menonjol secara berpanjangan. Sekiranya terdapat gangguan dalam suatu sistem itu, ia boleh menyebabkan ketidak seimbangan berlaku dan memerlukan kegiatan yang simbolik dengan tujuan untuk mendapatkan semula keseimbangan tersebut. Oleh itu mengikut kesannya terhadap peraturan tersebut atau sebagimana yang di istilahkan dalam bahagian sebelumnya, imej strategik ialah unsur-unsur kebenaran yang boleh dilaksana sebagi negative dan berkecuali.

2.8Teori KonflikTeori konflik mempunyai banyak pendekatan yang berbagai di mana sesetengah teori ini digunakan untuk mendapatkan keamanan. Aliran dan pendekatan yang berbagai ini adalah untuk memperbaiki perjalanan tingkahlaku polisi luar serta keinginan untuk mencari pemahaman yang sebenar. Dalam semua bentuk hubungan yang berbeza-beza, bentuk konflik tidak penting dan dengan itu tingkah laku kedua-dua negara tidak dapat digolongkana dalam kelas tunggal. Walaupun perbezaan antara harmoni dan konflik sangat penting, ia jarang dikelaskan ke dalam golongan eksklusif sebagaimana seorang individu dikelaskan sebagai baik dan paling buruk.

2.9Teori PermainanTeori permainan adalah melibatkan situasi analisis permaianan di mana orang yang rasional membuat pilihan situasi konflik yang agak bergaya. Teori permainan ini boleh diibaratkan dengn satu cabang matematik di mana sekali digunakan untuk permainan-permainan peluang dan kemudian digunakan kepada tingkah laku sosial. Perlengkapan dalam teori ini melatih otak untuk emmikirkan secara bijaksana dan sesuai untuk situasi kehidupan sebenar.

2.10Teori RundinganTeori ini adalh satu penggunaan teri permainan terhadap perundingan antarabangsa atau juga sebgai ancaman, halangan dan analisis mengenai janji-janji dalam strategi permaianan yang mempunyai motif bercampur(Muhammad, 2005). Dala teori ini terdapat dua peringkat rundingan samaada peringkat komunikasi ataupun peringkat tawar-menawar yang saksama.Dalam peringkat komunikasi, adalah peringkat di mana penerangan yang penuh dilakukan oleh si pelaku kepada sesebuah organisasi yang dijalinkan hubungan. Namun dasar komunikasi agak terhad yang terus menjurus kepada peringkat yang kedua iaitu peringkat tawar-menawar. Peringkat tawar-menawar yang adil meliputi Analisa hubungan halangan dan ancaman yang terlibat antara tingkah laku negara dan orang ramai serta kumpulannya. Tujuan tawar-menawar yang adil ini adalah untuk menikmati kepentingan yang sama mengikut kemahuan yang diingini dari kedua-dua belah pihak. Dengan kata lain, penyesuaiannya hendaklah memudahkan satu pihak yang lain menyetujuinya.(Muhammad, 2005)