htu 223 - tugasan titas (2)

16
Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu berlaku. Peristiwa serangan Israel terhadap Gaza yang mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia tidak seharusnya dinafikan. Selaku seorang petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pelbagai langkah dapat dilakukan untuk menghentikan krisis ini dengan menumpukan perhatian kepada 3 aspek iaitu dari segi menghentikan peperangan, penyelesaian masalah secara aman dan juga langkah pencegahan. Konflik antara Israel dan Palestine telah bermula sejak akhir 1800-an daripada imigrasi sekumpulan orang Yahudi yang dipanggil zionis ke tanah Palestine. Mereka bermaklamat untuk mendirikan sebuah negara Yahudi yang telah dimusnahkan oleh Roman 2000 tahun dulu. Peningkatan populasi orang Yahudi yang drastic ke Palestine akibat pembunuhan besar- besaran oleh Adolf Hitler di eropah telah menyebabkan konflik orang Palestine dan Yahudi bertambah kritikal. Peperangan yang telah berlaku antara tahun 1947 hingga 1949 telah menyebabkan Israel menguasai 78 peratus tanah Palestine dan terus menanam semangat kebencian antara kedua- dua pihak sehingga kini. Kejadian 3 orang remaja Israel yang hilang tahun ini yang disyaki diculik oleh Hamas telah mencetuskan semula peperangan dan menyumbang kepada krisis Gaza kali ini. Dari segi menghentikan peperangan, salah satu langkah drastik ialah sekatan ekonomi kepada pihak Hamas yang

Upload: vaughan-png

Post on 12-Apr-2016

50 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

tugasan titas usm

TRANSCRIPT

Page 1: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu

berlaku. Peristiwa serangan Israel terhadap Gaza yang mengorbankan beribu-ribu nyawa

manusia tidak seharusnya dinafikan. Selaku seorang petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB), pelbagai langkah dapat dilakukan untuk menghentikan krisis ini dengan

menumpukan perhatian kepada 3 aspek iaitu dari segi menghentikan peperangan,

penyelesaian masalah secara aman dan juga langkah pencegahan.

Konflik antara Israel dan Palestine telah bermula sejak akhir 1800-an daripada

imigrasi sekumpulan orang Yahudi yang dipanggil zionis ke tanah Palestine. Mereka

bermaklamat untuk mendirikan sebuah negara Yahudi yang telah dimusnahkan oleh

Roman 2000 tahun dulu. Peningkatan populasi orang Yahudi yang drastic ke Palestine

akibat pembunuhan besar-besaran oleh Adolf Hitler di eropah telah menyebabkan konflik

orang Palestine dan Yahudi bertambah kritikal. Peperangan yang telah berlaku antara

tahun 1947 hingga 1949 telah menyebabkan Israel menguasai 78 peratus tanah Palestine

dan terus menanam semangat kebencian antara kedua-dua pihak sehingga kini. Kejadian

3 orang remaja Israel yang hilang tahun ini yang disyaki diculik oleh Hamas telah

mencetuskan semula peperangan dan menyumbang kepada krisis Gaza kali ini.

Dari segi menghentikan peperangan, salah satu langkah drastik ialah sekatan

ekonomi kepada pihak Hamas yang menguasai Gaza dan juga penghentian sokongan

daripada Amerika Syarikat terhadap Israel. Pihak-pihak tersebut haruslah dikenakan

sekatan kewangan dan perdagangan yang menyeluruh oleh Majlis Keselamatan PBB.

Matlamat pertama ini adalah untuk mendedahkan dan menghapuskan sebarang senjata

pemusnah besar-besaran. Contohnya, Revolusi 661, Resolusi 687 terhadap Iraq yang

mengharamkan segala perdagangan dan sumber kewangan kecuali perubatan dan

makanan "atas perkara kemanusiaan" (Fas.org, 1991). Pembekuan atau pengurangan dana

yang mengalir masuk ke dalam kedua-dua akaun melalui saluran pasaran gelap dan juga

saluran sah yang mampu memberi impak kritikal kepada perbendaharaan kedua-dua

pihak untuk terus membeli senjata. Aset-aset dan wang tunai yang disimpan dalam akaun

bank luar negara tidak dapat digunakan atau dipindah ke tempat lain semasa pembekuan

dilaksanakan dan fenomena ini menyebabkan mereka kekurangan wang untuk terus

membeli senjata api.

Di samping itu, sumber pendapatan merupakan antara ciri-ciri yang menyebabkan

Page 2: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

peperangan. Sumber tersebut dapat digunakan untuk menbeli senjata-senjata pemusnahan

seperti AK-47, Rocket Propulsion Grenade (RPG) dan mortar. Sumber pendapatan utama

militan Hamas diperoleh daripada penyeludupan barangan dan juga senjata api melalui

lorong tikus Philadelphi Corridor yang terletak di antara sempadan Egypt dan juga

Genting Gaza (H.Cordesman, 2009). Oleh yang demikian, saya selaku petugas PBB telah

menggunakan pengaruh dan kuasa saya untuk memberikan mesej kepada pihak kerajaan

Egypt untuk berkerjasama mencari dan memusnahkan lorong tikus yang mendorong

kepada krisis ini. Kerajaan Palestine yang diketuai oleh Mahmoud Abbas juga meminta

kerajaan Egypt untuk memusnahkan lorong tikus. Hal ini kerana beliau berpendapat

bahawa lorong tikus ini tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Gaza.

Pendapatan tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Gaza tetapi hanya berguna kepada

milatan Hamas untuk mendapatkan senjata api (Ma'an News Agency, 2014). Hasil

daripada inisiatif dan juga kerjasama yang baik oleh kerajaan Egypt, kebanyakan lorong

tikus daripada jumlah yang sebanyak 1200 telah dimusnahkan oleh tentera Egypt.

Selain itu, pengurangan pengaliran dana masuk ke Israel turut merupakan satu

agenda yang penting untuk menghentikan krisis Gaza ini. Dalam konteks ini, kongress

Amerika Syarikat telah memainkan peranan yang mustahak kerana Amerika Syarikat

telah menghulurkan bantuan kewangan yang banyak secara langsung kepada Israel

(McArthur, 2013). Sejak tahun 1949 sampai November 2011, anggaran kasar jumlah

bantuan kewangan Amerika Syarikat kepada Israel dalam semua bentuk dijangka

sebanyak 130.212 billion US Dollars. Dalam tahun 2013 sahaja, bantuan kewangan

tentera telah berjumlah 3.1 billion US Dollars.

Lantaran itu, saya selaku petugas PBB akan menyokong pertubuhan-pertubuhan

NGO Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada ahli-ahli kongress untuk

menghentikan bantuan kewangan Amerika Syarikat kepada Israel seperti “stop us aid to

israel”.

Justeru itu, unsur-unsur pengaliran masuk senjata-senjata api ke dalam Israel dan

Gaza turut menjadi salah satu cabaran yang sukar dan perlu ditangani dengan segera.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap senjata-senjata api militan Hamas adalah

Iran, Syria, Libia, Lebanon dan Sudan. Kebanyakan senjata-senjata api yang diseludup

Page 3: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

berasal dari pelabuhan Iran dan Syria dan kemudian dihantar ke Sinai di Egypt dan

akhirnya tiba di Gaza (llleik, 2012). Senjata-senjata api yang digunakan oleh militan

Hamas adalah banyak bergantung kepada teknologi era-Soviet Union dan contohnya

adalah seperti senjata berikut: heavy mortar, Grad and Qassam Rocket yang berfungsi

sebagai senjata jarak pendek, senjata jarak jauh seperti Fajr-5, M75 dan juga Khaibar-1

yang mampu mencecak jarak sebanyak 160Km (Marcus, 2014). Oleh itu, saya sebagai

pegawai petugas PBB, tanggungjawab saya adalah untuk membawa masuk isu ini ke

dalam Majlis Keselamatan PBB dengan menyeru kelima-lima anggota tetap yang

mempunyai kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan juga British

untuk memberi tekanan dan amaran kepada pihak yang terlibat dalam gejala

penyeludupan senjata-senjata api. Dengan ini, pengaliran masuk senjata-senjata api dapat

dikawal dan menghentikan peperangan.

Amerika Syarikat yang menjadi rakan sekutu Israel yang terpenting merupakan salah

satu pihak yang penting dalam menyelesaikan krisis ini. Hal ini kerana kebanyakan

senjata api tentera Israel berasal dari Amerika Syarikat, iaitu pengeluar senjata api

terbesar (Berrigan and D. Hartung, 2006). Pesawat pejuang F15 dan F16 yang digunakan

untuk pengeboman Gaza telah dibekal oleh Amerika Syarikat kepada Israel dan

jumlahnya adalah sekurang-kurang 467 buah pesawat pada tahun 2008. Dari segi senjata

kenderaan darat, Amerika Syarikat juga membekalkan sebanyak 1500 buah kereta kebal

M-60 kepada tentera Israel pada tahun 2009. Lantaran itu, saya selaku petugas PBB akan

mencadangkan pelaksanaan sekatan penjualan senjata api kepada Israel dan Hamas

kepada Majlis Keselamatan PBB. Justerunya menyeru Amerika Syarikat supaya tidak

menggunakan kuasa veto agar pembunuhan nyawa yang tidak berdosa dapat dihentikan.

Majlis Keselamatan PBB turut dapat berfungsi untuk mengawal konflik antara Israel

dan juga militan Hamas dengan menghantar pasukan pemelihara perdamaian ke Gaza

untuk menghentikan peperangan yang telah berlarutan selama ini. Pasukan ini merupakan

instrumen dinamik yang dibangunkan oleh PBB sebagai satu cara untuk membantu

negara-negara yang dilanda konflik agar kewujudan syarat-syarat bagi mencapai

keamanan dapat dikekalkan (Luttwak, 1999). Mesyuarat Majilis Keselamatan haruslah

diadakan untuk mengemukakan cadangan untuk meluluskan resolusi menghantar

pengaman PBB ke Gaza. Tujuannya adalah untuk memastikan kedua-dua pihak

Page 4: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

melakukan gencatan senjata api serta meminimumkan risiko bahaya yang dihadapi oleh

penduduk Gaza. Pengaman PBB ini melaksanakan tugasnya dengan berpandukan tiga

prinsip asas iaitu persetujuan pihak-pihak, kesaksamaan, tidak menggunakan kekerasan

kecuali mempertahankan diri dan pertahanan mandat. Walaubagaimanapun, kejayaan

sesuatu operasi Pengaman PBB tidak dapat dijanjikan dan kerjasama semua pihak

haruslah diberi dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Di samping itu, PBB juga berperanan dalam segi pemberian bantuan kepada

mangsa-mangsa peperangan yang terdiri daripada penduduk-penduduk Gaza. Misalnya

bantuan makanan dan air minuman bersih serta tempat perlindungan haruslah diberikan

kepada mangsa-mangsa peperangan (Oxfam International, 2014). Barang-barang tersebut

dapat dikumpul melalui Perbadanan NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah,

Persatuan St. John Ambulance, dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menyediakan

tempat perlindungan yang selamat dan kondusif kepada mereka yang terlibat. Tempat

perlindungan yang disediakan oleh PBB mesti diisytiharkan sebagai zon bebas

peperangan dan mewajibkan kedua-dua pihak untuk mematuhi undang-undang

peperangan antarabangsa. Pembinaan klinik-klinik dan hospital sementara yang

dilengkapi dengan peralatan perubatan pembedahan, anestetik dan juga pembasmian

kuman haruslah dipercepatkan supaya peratusan kehilangan nyawa mangsa peperangan

dapat diminimumkan (Map-uk.org, 2014).

Strategi seterusnya dalam menghentikan krisis Gaza adalah membaik pulih

keadaan di Gaza. Penjelasan yang lebih nyata ialah petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) mengadakan dialog keamanan antara kedua-dua pihak yang terlibat serta

pembinaan infrastruktur yang memangkinkan kelahiran penduduk Gaza yang sukakan

keamanan serta dapat hidup dalam kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk memenuhi objektif ini. Antaranya

ialah mengadakan dialog antara pemimpin Israel dan Hamas (Milton-Edwards, 2004).

Tujuannya adalah membolehkan mereka dap membincangkan apa-apa soalan serta

menyelesaikan perselisihan faham yang timbul antara kedua-dua pihak. Ini adalah untuk

mengelakkan mereka menggunakan kaedah peperangan sebagai jalan penyelesaian.

Tujuan lain ialah memupuk persefahaman antara kedua-dua pihak tersebut. Seseorang

yang memahami orang lain dengan lebih mendalam tidak akan menjejaskan hubungan

Page 5: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

melalui keganasan kerana setiap insan menginginkan kehidupan yang aman damai.

Selain itu, disebabkan kemusnahan yang dilakukan oleh serangan tentera Israel,

infrastruktur-infrastruktur yang penting di dalam negara Gaza seperti hospital, sekolah

dan kawasan perumahan berada dalam keadaan purana. Penduduk-penduduk Gaza tidak

dapat menikmati kehidupan yang normal dan bermaruah kerana kehilangan nyawa yang

dikasihi serta elemen asas kehidupan seperti makanan dan minuman yang mencukupi

ataupun tempat tinggal yang selesa (Lewando Hundt et al., 2004). Situasi ini akan

menyebabkan penduduk-penduduk Gaza terus membenci pihak Israel. Lama-kelamaan,

penduduk-penduduk Gaza akan mengangkat senjata untuk cuba memusnahkan Israel

dengan apa-apa cara walaupun peratus kejayaannya adalah rendah. Tindakan terburu-

buru ini akan mengakibatkan kehilangan lebih banyak nyawa yang sepatutnya boleh

digunakan untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat pada masa akan datang.

Tindakan sebegini akan menyukarkan proses pendamaian antara kedua-dua pihak

kerana Israel akan membalas dengan keganasan juga. Keganasan ini akan berterusan

sampai bila-bila jika tiada pihak yang menampilkan diri untuk mengemukakan

perdamaian. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menyatakan bahawa

pihak Hamas seolah-olah kumpulan ekstremis ISIS yang suka berperang dan ingin

menghancurkan negara Israel (the Guardian, 2014). Keadaan seperti ini akan

menyebabkan Israel menjadi lebih defensif kerana Hamas sering melakukan serangan

roket terhadap Israel.

Israel sepatutnya memberhentikan sekatan darat dan laut Gaza supaya usaha-usaha

perikemanusiaan dapat dijalankan di Gaza, contohnya rawatan kecemasan dan perhatian

perubatan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah. Israel juga harus berwaspada supaya

senjata-senjata api tidak dapat diseludupkan ke dalam Gaza.

Selain itu, negara seperti Israel dan petugas PBB harus memperolehi bantuan

kewangan daripada “International Monetary Fund (IMF)”, iaitu sebuah badan

antarabangsa yang bertujuan membantu ahli-ahli negaranya yang menghadapi masalah

kewangan untuk memperbaiki keadaan ekonomi, sosial dan politik negara tersebut (BBC

News, 2014). Oleh itu, Israel boleh meminjam wang daripada badan tersebut untuk

membaik pulih infrastruktur-infrastruktur di Gaza.

Page 6: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

Infrastruktur politik seperti dewan bandaraya dan pejabat pengurusan Gaza harus

dibina untuk memberi status pengiktirafan kepada pentadbir-pentadbir Gaza (Khoury,

2014). Sebuah pasukan polis Gaza ditubuhkan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada

penduduk-penduduk Gaza. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti

keganasan dijalankan atau mencegah unsur-unsur subversif dijalankan di dalam Gaza.

Unsur-unsur subversif ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang ingin menjejaskan

keamanan dan kemakmuran antara Gaza dan Israel demi kepentingan diri sendiri.

Contohnya pembelian senjata-senjata yang tidak sah ataupun pembunuhan rakyat Israel

dan Gaza. Lebih-lebih lagi tindakan yang tidak boleh dimaafkan ialah penyimpanan

senjata-senjata berbahaya di tempat-tempat awam yang mempunyai aliran orang yang

ramai seperti pusat beli-belah, sekolah dan hospital.

Kuasa politik Gaza yang teguh, rasional dan tidak menggunakan peperangan

sebagai jalan penyelesaian membolehkannya mempunyai kelebihan untuk

membincangkan hal-hal perdamaian dengan Israel tanpa pertumpahan darah. Ini dapat

dicapai melalui pembinaan infrastruktur-infrastruktur politik Gaza yang kukuh.

Justerunya, infrastruktur-infrastruktur ekonomi seperti pusat beli-belah, institusi-institusi

kewangan serta kawasan pertumbuhan perniagaan dan ekonomi harus diwujudkan (G.

Verstandig, 2014). Bantuan kewangan sepatutnya diberikan kepada penduduk Gaza yang

miskin supaya mereka dapat membina semula perumahan mereka untuk menjalani

kehidupan biasa mereka. Golongan yang berpendapatan rendah dapat

memperkembangkan taraf kehidupan mereka melalui peluang pekerjaan yang telah

disediakan.

Langkah ini akan membasmi kemiskinan menmbolehkan penduduk-penduduk

Gaza mempunyai tujuan hidup yang baru selain daripada berperang. Penduduk-penduduk

Gaza yang telah membina perniagaan dan mempunyai kehidupan yang stabil tidak mudah

terjerumus ke dalam aktiviti keganasan atau mengambil risiko untuk bersuhabat dengan

mereka demi memulihara mata pencariannya dan kehidupannya. Risiko ini berkali ganda

apabila mereka mempunyai sebuah keluarga yang bergantung kepada mereka.

Akhir sekali, pembinaan infrastruktur-infrastruktur sosial seperti sekolah dan

hospital di Gaza merupakan elemen-elemen penting dalam membaikpulih keadaan di

Page 7: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

Gaza. Contohnya, pembinaan sekolah di Gaza membolehkannya mewajibkan semua

penduduk-penduduk Gaza menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ini adalah untuk

memastikan kanak-kanak Gaza tidak didedahkan kepada elemen kebencian dan

keganasan sejak kecil lagi. Ko-kurikulum sekolah harus dipantau dari semasa ke semasa

untuk memastikan unsur-unsur keganasan dan pemikiran yang bercelaru tidak akan

disampaikan kepada generasi muda Gaza. Mereka harus dibimbing untuk melahirkan

perasaan cinta dan kasih sayang, saling memahami serta berikhtiar mencari jalan

penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan konflik tanpa pertumpahan darah (AL-

MUGHRABI, 2014). Ini akan melahirkan generasi baru Gaza yang cintakan keamanan.

Mereka boleh menambah ilmu dan mencungkil kemahiran lain supaya mereka dapat

menjadi golongan profesional seperti doktor, jurutera, guru, pensyarah dan lain-lain lagi.

Golongan-golongan tersebut boleh menabur bakti kepada komuniti mereka untuk

membangunkan dan memajukan Gaza (Morello and Booth, 2014). Kedudukan

sosioekonomi Gaza dan tahap kehidupan penduduk Gaza akan bertambah baik. Penduduk

Gaza juga dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup. Oleh itu, dengan sikap

penduduk Gaza yang sukakan keamanan dan anti-perang, Israel tidak mempunyai alasan

untuk menyerang dan menzalimi Gaza. Israel juga tidak akan berbuat sedemikian kerana

ia akan menjejaskan imejnya apabila menyerang penduduk yang tidak bersenjata.

Media massa Gaza juga harus diwujudkan, ia harus merangkumi perkhidmatan

radio, televisyen, surat khabar dan Internet untuk memerangi propaganda yang berunsur

keganasan dan suka memuliakan peperangan (Hosain, 2014). Media massa ini harus

memberikan gambaran yang sebenar tentang situasi di Gaza serta tidak bersikap berat

sebelah supaya tiada pihak yang beruntung. Penduduk Gaza harus mengetahui kebenaran

bahawa tindakan keganasan akan mengakibatkan kesengsaraan dan merekalah yang

memainkan peranan penting dalam menghentikan pertumpahan darah.

Isu-isu kemerdekaan Gaza boleh dicapai tanpa peperangan, seperti yang dicapai

oleh Tanah Melayu pada tahun 1957 daripada British. Walau bagaimanapun, penduduk

Gaza seharusnya hidup dalam keamanan tanpa gangguan seperti orang lain di seluruh

pelosok dunia ini. Hak ini adalah hak manusia sejagat dan hak ini patut dipertahankan

oleh kedua-dua pihak dalam kemelutan ini dan perkara ini mesti menjadi keutamaaan.

Page 8: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

Rujukan

AL-MUGHRABI, N. (2014). Post-war counseling awaits Gaza children going back to

school. [Online] Reuters. Available at: http://www.reuters.com/article/2014/09/15/us-

mideast-gaza-education-idUSKBN0HA04T20140915 [Accessed 7 Oct. 2014].

BBC News, (2014). Donors offer $5.4bn for Palestinians. [Online] Available at:

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-29586636 [Accessed 12 Oct. 2014].

Berrigan, F. and D. Hartung, W. (2006). U.S. Military Assistance and Arms Transfers to

Israel: U.S. Aid, Companies Fuel Israeli Military. 1st ed. [ebook] pp.2-7. Available at:

https://web.archive.org/web/20060814225820/http://www.worldpolicy.org/projects/

arms/reports/israel.lebanon.FINAL2.pdf [Accessed 12 Oct. 2014].

Fas.org, (1991). RESOLUTION 687 (1991) Adopted by the Security Council at its

2981st meeting,on 3 April 1991. [Online] Available at:

http://fas.org/news/un/iraq/sres/sres0687.htm [Accessed 10 Oct. 2014].

G. Verstandig, T. (2014). Rebuilding Gaza – and Representing the Palestinian People.

[Online] Aspen Journal of Ideas. Available at:

http://aspen.us/journal/editions/septemberoctober-2014/rebuilding-gaza-%E2%80%93-

and-representing-palestinian-people [Accessed 8 Oct. 2014].

H.Cordesman, A. (2009). THE “GAZA WAR”: A Strategic Analysis. Going to War.

Washington: Center for Strategic & International Studies, Burke Chair In Strategy, pp.5-

10.

Hosain, A. (2014). 8 Ways to Help the People of Gaza. [Blog] THE BLOG. Available at:

http://www.huffingtonpost.com/anna-hosain/8-ways-to-help-the-people_b_5635388.html

[Accessed 9 Oct. 2014].

Kershner, I. (2014). As Gaza Tunnels Closed, Hamas Lost Cash, Israeli Official

Says. The New York Times. [Online] Available at:

http://www.nytimes.com/2014/01/31/world/middleeast/hamas-cash-flow.html?_r=2

[Accessed 11 Oct. 2014].

Page 9: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

Khoury, J. (2014). Palestinian PM: Rebuilding Gaza top priority - Diplomacy and

Defense. [Online] Haaretz.com. Available at: http://www.haaretz.com/news/diplomacy-

defense/.premium-1.620014 [Accessed 12 Oct. 2014].

Lewando Hundt, G., Chatty, D., AZIZ THABET, A. and Abuateya, H. (2004).

Advocating multi-disciplinarity in studying complex emergencies: the limitations of a

psychological approach to understanding how young people cope with prolonged conflict

in Gaza. Journal of Biosocial Science, 36(04), pp.417--431.

llleik, H. (2012). How Hamas Gets its Weapons. alakhbar english. [Online] Available at:

http://english.al-akhbar.com/node/13950 [Accessed 12 Oct. 2014].

Luttwak, E. (1999). Give war a chance. Foreign Affairs, pp.36--44.

Ma'an News Agency, (2014). Egypt 'destroys 1,370 Gaza smuggling tunnels,' says army.

[Online] Available at: http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=680987

[Accessed 12 Oct. 2014].

Map-uk.org, (2014). ‘No quick fix’ when it comes to surgery in Gaza - News - Medical

Aid for Palestinians. [Online] Available at:

http://www.map-uk.org/news/archive/post/146-ano-quick-fixa-when-it-comes-to-surgery-

in-gaza [Accessed 8 Oct. 2014].

Marcus, J. (2014). What weapons are being used in the Israel-Gaza conflict. BBC News.

[Online] Available at: http://www.bbc.com/news/world-middle-east-28245343 [Accessed

13 Oct. 2014].

McArthur, S. (2013). Washington Report on Middle East Affairs. A Conservative

Estimate of Total U.S. Direct Aid to Israel: More Than $130 Billion. Washington:

American Educational Trust, pp.22-24.

Milton-Edwards, B. (2004). Elusive ingredient: Hamas and the peace process. JSTOR.

Morello, C. and Booth, W. (2014). Kerry pledges more U.S. aid to rebuild Gaza. The

Washington Post. [Online] Available at: http://www.washingtonpost.com/world/kerry-in-

cairo-for-talks-on-rebuilding-war-ravaged-gaza/2014/10/12/e386d5b2-f17c-429f-85f9-

0d6ce78d6c37_story.html [Accessed 13 Oct. 2014].

Page 10: Htu 223 - Tugasan Titas (2)

Oxfam International, (2014). Gaza: Food vouchers provide a lifeline for families who

have lost everything. [Online] Available at: http://www.oxfam.org/en/crisis-gaza-

occupied-palestinian-territory-and-israel/gaza-food-vouchers-provide-lifeline-families

[Accessed 9 Oct. 2014].

the Guardian, (2014). Binyamin Netanyahu: Isis and Hamas 'branches of the same

poisonous tree'. [Online] Available at:

http://www.theguardian.com/world/2014/sep/29/netanyahu-un-isis-hamas-branches-

poisonous-tree [Accessed 10 Oct. 2014].