hm - unimas institutional repository impak sosio-ekonomi projek... · universiti malaysia sarawak...

24
HM 548 A836 1997

Upload: lamcong

Post on 18-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

HM 548 A836 1997

Page 2: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

PoSAt Khidmat MAklnmat ýý'ERSI'I7 ýUºLAYSIA S, ý j, qK

P. KNIDMAT MAKWMAT AKADlMIK

IIIIIIiIIýIýI ýi

' ll l ll lll

1000246018

KAJIAN IMPAK SOSIO-EKONOMI PROJEK PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA DI KAMPUNG PINANG

ASMAWI BIN ZAKARIA

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial

Dengan Kepujian Kajian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

PESANAN IINTIIK ADIK-ADIKKII.....

DALAM KEHIDUPAN INI PERLU ADA PERANCANGAN YANG RAPI UNTUK MASA DEPAN. NAMUM, HARUS INGAT BAHAWA PERANCANGAN TANPA PELAKSANAAN ADALAH SIA-SIA DAN PELAKSANAAN TANPA PERANCANGAN ADALAH BAHAYA !!!!!

Abang Awic

Page 4: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

Pusat Khidmat Maklumat Alcadetmik UNNERSITI MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

MUKASURAT

PENGHARGAAN ............................................................................ iii

AB STRAK ......................................................................................... iv

ABSTRACT ........................................................................................ v

SENARAI JADUAL .......................................................................... vi

SENARAI RAJAH ............................................................................ vii

SENARAI LAMPIRAN .................................................................... viii

SENARAI SINGKATAN .................................................................. iz

BAB I: PENGENALAN ..................................................................... 1

1.1 Pengenalan .......................................................................... 1 1.2 Kenyataan Masalah ........................................................... 3 1.3 Objektif Kajian .................................................................. 4 1.4 Kepentingan Kajian .......................................................... 5 1.5 Batasan Kajian .................................................................. 7

BAB II: KAMAN LEPAS ................................................................. 9

BAB III: METODOLOGI ................................................................ 19

3.1 Latarbelakang Kawasan Kajian ..................................... 19 3.2 Populasi ....................................... ..................................... 20 3.3 Saiz Sampel ........................................................................ 20 3.4 Alat Pengukuran ............................................................... 21 3.5 Pembolehubah Tak Bersandar ........................................ 22 3.6 Pembolehubah Bersandar ................................................ 23 3.7 Pengukuran Pembolehubah ............................................. 23 3.8 Pengumpulan Data ............................................................ 24 3.9 Analisis Data ...................................................................... 24

Page 5: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

BAB IV: KEPUTUSAN ANALISIS ............................................... 25

4.1 Ciri-ciri Demografi Responden ...................................... 25 4.2 Pendapatan Dan Pemilikan Harta ................................. 31 4.3 Perubahan Sosial ............................................................. 37 4.4 Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengan

FELCRA ........................................................................... 42 4.5 Perubahan Taraf Hidup Responden .............................. 49 4.6 Hubungkait Antara Ciri-ciri Demografi Dengan

Penyertaan ........................................................................ 51 4.7 Masalah Dan Cadangan .................................................. 53

BAB V: CADANGAN DAN KESIWULAN ................................ 56

5.1 Cadangan .......................................................................... 56 5.2 Kesimpulan ....................................................................... 64

LAMPIRAN ...................................................................................... 69

BIBLIOGRAFI ................................................................................. 96

a. Buku ................................................................................... 96 b. Artikel Dari Buku ............................................................. 96 c. Tesis .................................................................................... 97 d. Terbitan dan Petikan Akhbar ......................................... 98 e. Temubual ........................................................................... 98

ii

Page 6: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah S. W. T. kerana dengan limpah dan

rahmatNya dapat menyempumakan Latihan Ilmiah ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

penyelia saya Puan Janice Kaur Munster kerana dengan nasihat, tunjukajar dan bimbangan daripada beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Dimbab Ngidang selaku Ketua Program Perancangan dan Pengurusan Pembangunan di atas tunjukajar dan bimbingan beliau sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini.

Di sini juga ingin saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak IADP dan FELCRA Gugusan Samarahan di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan

untuk menjayakan Latihan Ilmiah ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya, ahli keluarga, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan dan semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Latihan Ilmiah ini. Sesungguhnya tanpa bantuan, tunjukajar, nasihat dan bimbingan semua pihak agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

ASMAWI BIN ZAKARIA

iii

Page 7: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

ABSTRAK

Dalam matlamat kerajaan untuk mengurangkan masalah kemiskinan di luar bandar,

pelbagai pendekatan digunakan terutamanya pembangunan tanah. Melaluinya

diharapkan taraf sosio-ekonomi mereka dapat ditingkatkan. Untuk itu, FELCRA yang

merupakan salah satu agensi pembangunan tanah berperanan penting dalam

menjayakan matlamat di atas. Kajian impak sosio-ekonomi projek FELCRA dibuat

untuk menilai kesan-kesan ekonomi dan sosial hasil daripada pelaksanaan projek

tersebut ke atas peserta-peserta yang terlibat. Kajian yang dibuat di Kampung Pinang

mendapati taraf sosio-ekonomi peserta projek PKSF belum berubah dengan ketara.

Malahan kajian menunjukkan bahawa pendapatan peserta projek PKSF masih di

bawah paras kemiskinan. Di samping itu, mereka juga belum dapat menikmati

kemudahan awam dengan sepenuhnya. Oleh itu, taraf hidup penduduk yang terbabit

dalam projek ini masih belum berubah dengan sepenuhnya.

iv

Page 8: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

ABSTRACT

In line with the government's objective to minimize poverty in rural areas, various

methods are implemented especially through land development. By the participation

in land development, it is hoped that farmers socio-economic status would be

upgraded. In realising the mission, FELCRA as one of the agencies responsible for

land development, plays an important role. Research on the socio-economic impact a

particular of FELCRA's project in Kampung Pinang was done to assess its economic

and social effects on the participants. Research done in Kampung Pinang revealed

that the socio-economic status of participants in the FELCRA's oil palm cultivation

project (PKSF) has yet to change positively. In fact, the research shows that the

income of those who are involved in the PKSF Project is under the poverty level.

Besides that, they are still lacking in basic facilities. As such, the standard of living of

the project's participants has not change desirably.

V

Page 9: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

SENARAI JADUAL

Jadual Mukasurat

1 Struktur Jantina Responden ........................................................................ 25

2 Struktur Umur Responden .......................................................................... 26

3 Bilangan Isirumah ....................................................................................... 29

4 Jenis Pekerjaan Responden ......................................................................... 30

5 Pendapatan Responden Sebulan Selepas Menyertai Projek PKSF ............. 32

6 Kadar Peningkatan Pendapatan Responden ............................................... 33

7 Pertambahan Kadar Tabungan .................................................................... 34

8 Keluasan Tanah Responden ....................................................................... 36

9 Sebab-sebab Yang Diberikan Oleh Responden Mengenai

Perubahan Taraf Pendidikan di Kampung Pinang ...................................... 39

10 Pendapat Responden Tentang Taraf Kesihatan Di Kampung Pinang........ 40

11 Kemudahan-kemudahan Awam Yang Dinikmati Oleh Responden

Sebelum Dan Selepas Projek PKSF ........................................................... 41

12 Pemilikan Material Sebelum Dan Selepas Menyertai Projek PKSF.......... 42

13 Faktor Responden Menyertai Projek PKSF ............................................... 43

14 Motivasi Menyertai Projek PKSF .............................................................. 44

15 Pandangan Peserta Terhadap Projek PKSF ............................................... 45

16 Penerangan Tentang Projek PKSF Oleh FELCRA Kepada Peserta.......... 46

17 Pandangan Responden Terhadap Sistem Pengurusan FELCRA ............... 47

18 Sebab-sebab Responden Dan Tidak Bekerja Di Ladang Kelapa Sawit.... 48

19 Perubahan Taraf Hidup ............................................................................ 49

20 Sebab-sebab Yang Diberikan Oleh Responden Mengenai Taraf Hidup

Mereka ...................................................................................................... 50

21 Peningkatan Kuasa Dan Keupayaan Membeli Responden ....................... 51

22 Jenis Masalah Yang Diberikan Oleh Responden Mengenai

Projek PKSF ............................................................................................. 54

23 Cadangan Yang Diberikan Oleh Responden ............................................ 55

vi

Page 10: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

SENARAI RAJAH

Rajah Mukasurat

..................... 1 Status Perkahwinan Responden .................................... 28

2 Taraf Pendidikan Responden ............................................................. 31

3 Jenis Rumah Yang Dimiliki Oleh Responden ................................... 35

4 Jenis Kenderaan Yang Dimiliki Oleh Responden ............................. 37

vii

Page 11: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

SENARAI LAMPIRAN

Mukasurat

Lampiran 1: Peta Kawasan Projek Penanaman Kelapa Sawit ................................. 68

Lampiran 2: Jadual Nombor Rawak ....................................................................... 69

Lampiran 3: Borang Soalselidik .............................................................................. 72

Lampiran 4: Purata Umur Responden ..................................................................... 80

Lampiran 5: Purata Bilangan IsirumahlTanggungan Responden ............................ 82

Lampiran 6: Purata Pendapatan Responden Sebelum Dan Selepas Projek PKSF.. 83

Lampiran 7: Bilangan Responden Yang Menabung ................................................ 85

Lampiran 8: Jenis Status Tanah Responden ............................................................ 86

Lampiran 9: Purata Jumlah Tanah Yang Dimiliki Oleh Responden ....................... 87

Lampiran 10: Pendapat Responden Tentang Peningkatan Taraf Pendidikan Di Kampung Pinang ...........................................................................

88

Lampiran 11: Pendapat Responden Tentang Peningkatan Taraf Kesihatan Di Kampung Pinang ...........................................................................

89

Lampiran 12: Responden Yang Mendapat Penerangan Tentang Projek PKSF Daripada Pihak FELCRA ..................................................................

90

Lampiran 13: Bilangan Responden Yang Bekerja Di Ladang Kelapa Sawit........... 91

Lampiran 14: Hubungkait Di antara Ciri-ciri Demografi Dengan Sebab-sebab Penyertaan .........................................................................................

92

Lampiran 15: Hubungan Di antara Keluasan Tanah, Pendapatan Dan Sebab-sebab Penyertaan ....................................................................

93

Lampiran 16: Bilangan Responden Yang Mempunyai Masalah Mengenai Projek PKSF .....................................................................................

94

Viii

Page 12: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

SENARAI SINGKATAN

DEB - DASAR EKONOMI BARU DPN - DASAR PERTANIAN NEGARA F -FREKUENSI FELCRA - LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH

PERSEKUTUAN FELDA - LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN IADP - PROJEK PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU KESEDAR - LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KETENGAH - LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH KEDA - LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH NCR - NATIVE CUSTOMARY RIGHT PKSF - PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SALCRA - SARAWAK LAND CONSOLIDATION AND

REHABILITATION SPSS - STATISTICAL PACKAGES FOR SOCIAL SCIENCE

ix

Page 13: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

BAB I PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Perkembangan dan pembangunan ekonomi merupakan satu matlamat

terpenting dalam usaha pembangunan sesebuah negara yang ingin maju.

Pelbagai kaedah ilmu ekonomi digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Kemunduran ekonomi dan masalah kemiskinan merupakan dua penghalang

yang terpaksa dirempuhi oleh negara-negara yang ingin maju.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia

memerlukan perancangan pembangunan yang maksimum bagi mencapai

matlamat tersebut. Kemajuan ekonomi negara akan dapat meningkatkan

kualiti hidup dan memakmurkan masyarakat. Oleh itu, satu usaha break-

through yang boleh memecahkan dinding yang menghalang pertambahan

pendapatan negara perlu dilaksanakan.

Usaha untuk memaju dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar

bandar adalah penting. Langkah ini perlu dibuat untuk memastikan mereka

dapat menikmati kemudahan dan keselesaan yang sama dengan masyarakat di

bandar. Oleh itu, usaha untuk mengimbangi ketaksamaan ini perlu dilakukan

melalui Program Pembangunan Luar Bandar (PPLB). Pelaksanaan konsep

pembangunan luar bandar yang berkesan adalah amat penting untuk

menyelesaikan masalah belenggu kemiskinan dan kemunduran ekonomi

mereka.

1

Page 14: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

2

Bank Dunia telah mendefinisikan pembangunan luar bandar sebagai

"....... satu strategi untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat dari segi

ekonomi dan sosial khususnya masyarakat miskin di luar bandar. Ia juga

melibatkan proses menyediakan perkhidmatan kemudahan dan menyampaikan

faedah-faedah pembangunan kepada penduduk luar bandar" (Bank Dunia,

1975 hlm. 3).

Dalam konteks Malaysia pula, sarjana-sarjana tempatan telah

mentakriflcan Pembangunan Luar Bandar sebagai satu "proses peningkatan

taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek

pembangunan manusia. Ini termasuklah menyediakan keperluan asas yang

mencukupi seperti makanan, pakaian, perumahan dan kesihatan; serta

keperluan psiko-sosial yang lain seperti pendidikan, peluang pekerjaan,

kerohanian dan keselamatan" ( Maimunah Ismail, 1990 him. 17).

Berdasarkan kepada kedua-dua takrifan di atas, ia menunjukan bahawa

pembangunan luar bandar bukan sahaja berfokuskan kepada pembangunan

ekonomi sahaja bahkan juga kepada aspek-aspek sosial. Malahan ia juga

melibatkan usaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar

dari segi sosio-ekonominya.

Page 15: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

3

1.2 KENYATAAN MASALAH

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan menggunakan pendekatan

"serampang dua mata" dalam merancang strategi pembangunan negara.

Peningkatan dalam ekonomi dan mengurangkan masalah kemiskinan negara

menjadi objektif utama dalam rangka pembangunan negara. Di samping itu,

DEB juga menpunyai objektif untuk menyusun semula masyarakat untuk

memperbaiki keadaan agihan ekonomi yang tidak seimbangl. Oleh yang

demikian, pelbagai agensi kerajaan ditubuhkan bagi mencapai matlamat

tersebut.

Masyarakat luar bandar pula menjadi sasaran utama dalam dasar ini.

Ini kerana mereka dianggap masih ketinggalan dari segi sosio-ekonominya.

Malahan sektor pertanian pula menjadi nadi penting dalam usaha mengubah

dan membangunkan status sosio-ekonomi masyarakat luar bandar. Keadaan

ini berlaku kerana masyarakat luar bandar masih bergantung kepada sektor

pertanian sebagai sara hidup mereka. Oleh itu, pendekatan pembangunan

pertanian menjadi asas kepada program-program pembangunan kerajaan.

Dengan itu, pendekatan amalan pertanian moden perlu diketengahkan untuk

menggantikan sistem pertanian tradisional yang tidak menguntungkan!

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

ditubuhkan selaras dengan objektif Dasar Ekonomi Baru. FELCRA

berperanan sebagai agensi kerajaan yang menyatu dan memulihkan tanah

milik kampung dan kerajaan supaya ia lebih ekonomik. Ini selari dengan

'Akmal, Dasar Ekonomi Baru Negara : Pembangunan dan Masalah Ekonomi. Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 59-64: 1971.

Page 16: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

4

matlamat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan mengurangkan masalah

kemiskinan negara terutamanya dikalangan masyarkat luar bandar.

Persoalannya, sejauhmanakah program pembangunan tanah FELCRA

membawa kebaikan kepada masyarakat luar bandar? Dengan kata lain,

mampukah FELCRA membawa perubahan ke atas sosio-ekonomi

masyarakat luar bandar menerusi projek pembangunannya?

Berdasarkan kepada persoalan di atas, satu kajian impak projek

pembangunan tanah FELCRA perlu dilakukan untuk mengkaji dan menilai

keberkesanan projek ini. Dengan kajian ini kita juga dapat meneliti

sejauhmana projek ini membawa kebaikan kepada masyarakat luar bandar. Di

samping itu, kita juga dapat meneliti masalah-masalah yang menjadi batu

penghalang kepada projek-projek pembangunan tanah kerajaan khususnya di

FELCRA.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk menilai impak sosio-ekonomi

Projek Penanaman Kelapa Sawit FELCRA ke atas penduduk Kampung

Pinang, Kota Samarahan.

Manakala objektif khusus kajian ini pula berfokuskan kepada perkara-

perkara berikut: -

Page 17: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

Pusat Khidmat Maklumat Akademlk UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Untuk mengenalpasti ciri-ciri demografi peserta Projek

Penanaman Kelapa Sawit FELCRA di Kampung Pinang,

Kota Samarahan seperti jantina, umur, taraf pendidikan,

pekerjaan dan sebagainya;

2. Untuk mengetahui persepsi penduduk Kampung Pinang

terhadap Projek Penanaman Kelapa Sawit FELCRA;

3. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh

peserta projek dan pihak FELCRA dalam pelaksanaan projek

tanaman kelapa sawit, dan

4. Untuk menentukan hubungkait faktor-faktor demografi

dengan penglibatan peserta dalam projek FELCRA.

5

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui kajian ini akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam

projek pembangunan tanah terutama projek FELCRA kepada penyelidik dan

orang awam. Dengan adanya penyelidikan seperti ini diharapkan ia dapat

menambahkan lagi bahan ilmiah. Di samping itu, masyarakat umum dapat

berkongsi maklumat tentang projek tersebut dan ia tidak terhad kepada

Page 18: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

6

mereka yang terlibat dalam projek FELCRA sahaja.

Keberkesanan strategi pembangunan negara bergantung secara

langsung kepada pembuat-pembuat polisi negara. Oleh itu, diharapkan

melalui kajian ini akan dapat memberi faedah kepada mereka dalam

menyelidik, menilai dan seterusnya merangka strategi-strategi pembangunan

yang lebih berkualiti dalam usaha membangunkan dan memajukan negara kita

pada masa depan.

Melalui kajian ini juga diharapkan ia dapat membantu pihak

pengurusan FELCRA dalam menilai impak daripada projek mereka. Di

samping itu, perubahan dan pembaharuan dapat dibuat untuk meningkatkan

lagi mutu pelaksanaan projek mereka demi meningkatkan kualiti hidup

masyarakat luar bandar dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Dengan adanya kajian ini, para peserta projek FELCRA sama ada

kawasan kajian atau kawasan lain dapat menilai kembali komitmen yang

diberikan oleh mereka terhadap pihak pemaju. Oleh itu, komitmen dan

hubungan yang lebih erat dapat dijalinkan di antara peserta projek dengan

pihak pelaksana program pembangunan tanah.

Page 19: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

7

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian impak sosio-ekonomi projek FELCRA ini dibuat selepas projek

dilaksanakan. Oleh itu, ia tidak dapat membuat perbandingan secara terus di

antara sebelum projek dan selepas projek. Oleh yang demikian, perbandingan

hanya dapat dibuat berdasarkan kepada data sekunder yang sedia ada.

Dapatan kajian ini mungkin lebih baik jika penyelidik dapat membuat kajian

sebelum dan selepas pelaksanaan projek.

Hanya satu kawasan sahaja yang dikaji oleh penyelidik. Oleh itu

dapatan ini mungkin tidak dapat digunakan untuk menilai kawasan projek

yang lain (projek-projek FELCRA di Semenanjung Malaysia) kerana ciri-ciri

kesaksamaan sampel dan populasi adalah berbeza. Tambahan lagi kajian

bandingan di antara kawasan juga tidak dapat dibuat di antara kawasan-

kawasan projek yang lain yang terdapat di Sarawak.

FELCRA Gugusan Samarahan agak berbeza statusnya berbanding

dengan projek FELCRA yang lain. Ini kerana FELCRA Gugusan Samarahan

adalah salah satu daripada komponen Projek Pembangunan Pertanian

Bersepadu (IADP) Samarahan. Oleh itu, kaedah dan gaya pengurusan yang

digunapakai adalah berbeza daripada FELCRA kawasan lain. Ini kerana ia

perlu diselaraskan dengan objektif dan matlamat penubuhan IADP Samarahan.

Reaksi daripada responden juga merupakan salah satu dari batasan

kajian. Ini kerana responden kurang bekerjsama semasa ditemubual oleh

penyelidik. Keadaan ini menyukarkan penyelidik untuk mendapat pandangan

Page 20: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

8

responden mengenai sesuatu topik kajian. Justeru itu, ketepatan dan kesahihan

pendapat responden sukar diukur.

Di samping itu, penyelidik juga menghadapi masalah untuk menemui

responden kajian kerana hampir 14 peratus daripada responden tidak dapat

ditemui. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan daripada mereka telah

. berhijrah ke tempat lain. Oleh itu, daripada 100 cerapan responden hanya 86

orang sahaja yang berjaya disoalselidik.

Selain daripada itu, batasan masa dan kewangan juga menjadi faktor

penting yang menghalang kelancaran proses penyelidikan ini. Masa

penyelidikan dibuat dirasakan kurang tepat kerana projek ini belum

mendatangkan apa-apa hasil kepada peserta. Dalam pada itu, masalah

kewangan juga menghalang penyelidik untuk melanjutkan tempoh

penyelidikan dan ini menyukarkan penyelidik untuk membuat pemerhatian

turut serta di kawasan kajian.

Segala metodologi, pandangan dan pendapat yang terkandung dalam

kajian ini adalah berdasarkan kepada pemahaman penulis kepada persoalan

atau isu yang dikaji. Oleh itu, segala kelemahan yang terdapat dalam kajian

ini adalah datangnya dari dalam diri penulis sendiri.

Page 21: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

9

BAB II KAJIAN LEPAS

Masalah kemiskinan di negara kita masih lagi merupakan isu yang

hangat. Walaupun pertumbuhan ekonomi negara menjangkau 8.5 peratus di

tahun-tahun akhir abad ke-20 ini. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara

ini tidak dapat dijadikan pengukur kepada merosotnya paras kemiskinan

negara. Ini kerana masalah kemiskinan dan ketaksamarataan ekonomi masih

menjadi isu penting negara.

Mengikut Mehmet (1986) terdapat tiga aliran tentang kemiskinan di

Malaysia. Beliau mengatakan aliran pertama lebih menekankan kepada

kelemahan atau kepincangan institusi, struktur ekonomi dan sosial yang

menjadi punca kemiskinan. Aliran kedua pula dipanggil aliran budaya yang

mana beliau berpendapat bahawa kemiskinan orang-orang Melayu berpunca

daripada pegangan nilai-nilai Islam terutama sekali sikap menyerah diri di

samping cita-cita dan motivasi yang rendah. Manakala aliran ketiga pula

dikenali sebagai teori pergantungan yang memberi perhatian kepada faktor

kemiskinan antarabangsa. Mengikut teori ini, kemiskinan terus wujud di

Malaysia akibat pergantungan dan penglibatan negara ini kepada pembahagian

kerja antarabangsaý.

Walaupun ketiga aliran ini berbeza tetapi mempunyai satu persamaan

yang penting iaitu masalah kemiskinan boleh diatasi melalui campurtangan

kerajaan. Keberkesanan dasar dan strategi kerajaan boleh menilai

1 Dipetik dari Mohd. Haflah Piei. 1988. ms: 262-263.

Page 22: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

10

sejauhmanakah kemajuan dapat mengatasi masalah kemiskinan negara. Ini

bermakna hanya melalui campurtangan kerajaan dan komitmen rakyat masalah

ini dapat diatasi.

Apabila membicarakan tentang masalah kemiskinan, perkaitan dengan

masyarakat luar bandar perlu dibuat. Ini kerana masyarakat luar bandar

dikatakan masih jauh ketinggalan dari segi sosio-ekonominya berbanding

dengan masyarakat bandar. Rata-rata masyarakat luar bandar menjalankan

kegiatan pertanian secara tradisi dan menggunakan tanah secara tidak

ekonomik. Oleh itu, pelbagai program pembangunan di luar bandar telah

dibuat oleh pihak kerajaan. Persoalannya, adakah prgram-program

pembangunan luar bandar ini memberi faedah kepada masyarakat luar bandar?

Apakah strategi pembangunan luar bandar ini mampu mengubah sosio-

ekonomi masyarakat tani luar bandar yang miskin? Sedangkan strategi

pembangunan tanah dan kawasan merupakan satu-satunya strategi terpenting

yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan luar

bandar (Maimunah Ismail, 1989).

Mengikut Chamhuri (1988) dalam bukunya "Isu-isu Ekonomi",

beliau berpendapat bahawa "projek-projek pembasmian kemiskinan secara.

tradisi menekankan kepada pembangunan infrastruktur seperti pembinaan

pant, tali air, jalan raya, bekalan air, elektrik, klinik desa dan sebagainya.

Selain itu, ia juga menekankan projek-projek peningkatan daya

pengeluaran ...... "ý. Pendapat ini telah disokong oleh McNamara (1990)

Z Lihat Chamhuri Siwar, Ici-isu Ekonomi, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) m/s. 7

Page 23: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

11

dalam karyanya "Golongan Miskin di Dunia dan Bagaimana Memajukan

Mereka". Beliau mengatakan pembangunan luar bandar yang baik perlu ada

aspek-aspek seperti menpercepatkan reformasi tanah, kemudahan pinjaman,

kemudahan pengairan, penyelidikan pertanian, kemudahan awam dan

penyusunan semula institusi sosial 3

Ini bermakna dalam pembangunan negara bukan sahaja sektor ekonomi

dititikberatkan bahkan aspek sosial juga memainkan peranan yang penting

dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Oleh itu, kajian ke

atas impak sosio-ekonomi dapat menentukan sama ada masyarakat luar bandar

menikmati kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya mereka perolehi.

Bekas Presiden Tanzania iaitu Nyerere (1968) berpendapat bahawa

masyarakat tani adalah "mereka yang menanggung beban"4. Beliau

berpendapat demikian kerana kebanyakan program pembangunan kerajaan

dunia ketiga dibiayai oleh pelabur-pelabur asing melalui sistem kredit. Bagi

negara yang mengeksport hasil pertanian, mereka mendapat pertukaran asing

dengan hanya menjual hasil pertanian. Sedangkan bayaran hutang negara

perlu dijelaskan melalui kaedah pertukaran asing. Oleh itu, masyarakat petani

yang mengusahakan pertanian "terpaksa" menanggung beban hutang negara

tetapi tidak dapat menikmati pembangunan yang dibuat oleh kerajaan.

Adakah keadaan ini berlaku di negara kita?

3 Lihat Teodor Shanin (ed) Tani dan Masyarakat Tani, Terjemahan Abdullah Taib dan Rakan-

rakan, Dewan Bahasa Dan Pustaka (1990) m/s 540 ° Dipetik daripada Julius K. Nyerere, " The Arusha Declaration" Freedom and Socialism:

Uhuru na ujamaa, oxford University Press 1968, m/s 242-3.

Page 24: HM - UNIMAS Institutional Repository impak sosio-ekonomi projek... · UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ... PENANAMAN KELAPA SAWIT FELCRA PPLB - PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ... terhadap

12

Mengikut Todaro (1992) di dalam bukunya `Economic Development

In The Third World' berpendapat bahawa satu cara yang baik untuk

meningkatkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar adalah melalui reformasi

tanah dan wilayah. Beliau mendefinisikan reformasi tanah sebagai ".... satu

proses secara sedar untuk mengorganisasikan semula dan mengubah sistem

yang sedia ada dengan tujuan untuk meningkatkan agihan pendapatan dalam

sektor pertanian. Ini akan dapat membawa kepada meningkatnya

pembangunan di luar bandar" S.

Reformasi tanah ini merupakan elemen yang penting dalam membawa

arus kemajuan ke kawasan luar bandar. Misalnya di China, melalui reformasi

tanah ini telah dapat meningkatkan produktiviti keluaran pertanian jangka

pendek dan sekaligus dapat menangani masalah-masalah sosial dan politik

yang wujud di kawasan luar bandar. Malahan reformasi ini juga memberi

kesedaran kepada para petani bahawa mereka mempunyai kekuatan sosial

secara kolektif.

Mengikut pendapat Misra (1981) dalam bukunya "Rural

Development: National Policies And Experiences" mengatakan bahawa

melalui reformasi tanah dan kekuatan kuasa sosial secara kolektif telah

membawa beberapa perubahan penting dalam kehidupan masyarakat tani

China seperti Mutual aid team, Elementary Cooperatives, Advanced

6 Cooperatives dan The rural people's commune dalam tahun 1958.

s Lihat Todaro, 1992: 634. 6 Lihat Misra R. P., 1981: 114-15