prof madya mohd fadzil abdul rahman editorialwacana · pdf filepelbagai hasil kerja ... besar...

16

Upload: trinhdat

Post on 07-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai
Page 2: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita telah berjaya mengharungi pertengahan tahun 2009 dengan jayanya. Semoga segala usaha yang sedang dan akan dijalankan untuk tahun ini terus diberkati Allah.

Sekali lagi pensyarah dan pelajar tahun akhir Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif membuktikan kecermelangan mereka dengan kejayaan penganjuran CIPTA 2009. Pelbagai hasil kerja kreatif dipamerkan dalam pameran selama tujuh (7) hari terse-but. Disamping itu, UNIMAS juga telah menerima penghormatan sebagai penganjur bersama kepada sambutan German Day Festival yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Penganjuran pesta tersebut telah membawa beberapa syarikat besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS.

Pelbagai aktiviti dan peristiwa mengisi kalendar April hingga Jun 2009 ini. Tidak semuanya dapat dipaparkan dalam isu ini, namun bagi pihak UNIMAS, saya ingin mengucapkan ribuan terimaka-sih kepada semua yang telah menyumbang kepada edisi kali ini.

WacanaKetua Editor

“Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.”

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima

juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

Mutiara Kata

Editorial

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

EditorRabiah Bujang

Penolong EditorNorinda K. Su’ut

WartawanErwandi Bujang Senawi

PerekaAbg. Zainuddin B. Abg. Hj. Sharkawi

Haidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohammad

EdaranRoderick Rojis

SumbanganCanselori

Fakulti Kejuruteraan (FK)

Fakulti Sains Kognitif DanPembangunan Manusia (FSKPM)

Fakulti Seni Gunaan & Kreatif (FSGK)

Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS)

Unit Sukan, HEP

Persatuan WanitaUniversiti Malaysia Sarawak (MASNITA)

Bahagian Jaminan Kualiti

Bahagian Pembangunan DanSumber Manusia (HRM)

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi(KOR SUKSIS)

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES)

Fakulti Sains Komputer DanTeknologi Maklumat

(FSKTM)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5Bangunan CAUH

Universiti Malaysia Sarawak

Page 3: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Antara acara kemuncak festival yang berlangsung selama sebulan (22 April hingga 22 Mei) adalah pameran 100 poster terbaik, pesta perniagaan dan pendidikan bengkel, mereka poster, makan malam, Festival Filem Jerman, dan Festival Makanan Jerman.

Sebanyak 10 hingga 30 syarikat ternama antarabangsa terlibat dalam pameran dua hari tersebut antaranya Mercedes Benz, Bayer, Siemens and B Braun. Juga ditayangkan, empat buah filem Jerman iaitu ‘Mostly Martha’ hasil arahan Sandra Nettelbeck, ‘One day in Europe’ hasil arahan Hannes Stoehr, ‘The wood is not enough’ hasil arahan Sven Unterwaldt dan ‘The lives of the others’ hasil arahan F Henckel von Donnersmarck.

Pameran selama dua hari bagi barangan buatan negara Jerman telah diadakan di UNIMAS pada 23-4 April 2009 sempena Festival German Day (Hari Jerman) di Kuching yang membawa tema “Jerman Bertemu Malaysia’.

Wilcomme! sambutanGerman Day di UNIMAS

3 PERSADA April - Jun 2009

Page 4: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

27 stafX-Fab terima Diploma & SijilJabatan Kejuruteraan Elektronik, UNIMAS telah mengadakan Majlis Konvokesyen program Diploma Siswazah (Mikroelektronik) pada 3 April 2009 di Ballroom 1 & 2, Lobby Floor Hilton Kuching.

Majlis bermula dengan perarakan masuk para graduan ke Ballroom, kemudian diiringi perarakan masuk Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Peter Songan, Ketua Pegawai Kewangan X-Fab Sarawak Sdn Bhd, Encik Stephen Chin Yuen Chien, serta Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim.Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Kewangan X-Fab Sarawak Sdn Bhd dan seterusnya diikuti ucapan daripada Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid.

4 PERSADA April - Jun 2009

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Diploma Siswazah (Mikroelektronik) kepada 15 orang staf X-Fab, manakala 12 orang lagi telah menerima sijil kehadiran program daripada Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid. Ucapan daripada wakil graduan telah disampaikan oleh saudari Elizabeth Kho Ching Tee. Majlis pada malam tersebut turut dihiburkan oleh persembahan daripada Jabatan Seni Persembahan dan Teknologi Produksi, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif.

Program yang ditawarkan ini meru-pakan satu inisiatif pembangunan professional staf akademik UNIMAS dan staf X-Fab untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mikroelektronik. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada staf X-Fab untuk menimba ilmu dan kemahiran serta mempergiatkan lagi penglibatan penyelidikan dan seter-usnya dapat mengembangkan budaya bekerjasama di antara UNIMAS dan X-Fab di dalam bidang berkenaan.

Konvensyen Kaunseling tarik minat organisasi

Jabatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah menganjurkan Konvensyen Isu-isu Masyarakat 2009 pada 4 hingga 5 April 2009 di Pustaka Negeri Sarawak. Sebanyak 4 kertas kerja utama serta 14 kertas sidang selari telah dibentang semasa konvensyen selama dua hari tersebut.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah, dan Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumahtangga dan Latihan). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),

Dekan FSKPM, PULAPOR, KEMAS, Pelajar Kaunseling UNIMAS, wakil-wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Serenti Kuching,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Taiyo Yuden, Jabatan Buruh dan orang perseorangan.

Konvensyen yang bertemakan ‘Kaunseling dalam Era Baru’ ini merupakan salah satu program latihan untuk para pelajar Kaunseling bagi mempraktikkan kemahiran mengurus dan menganjurkan sesebuah konvensyen. Konvensyen yang diadakan ini telah diurus sepenuhnya oleh pelajar tahun 3 dengan penyeliaan pensyarah Jabatan Kaunseling dan mendapat kerjasama daripada pihak YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah dan Biro Wanita selaku penaja utama.

Tujuan penganjuran konvensyen tersebut adalah bagi memperbetulkan tanggapan masyarakat umum terhadap profesion sebagai kaunselor di Malaysia. Konvensyen ini turut membincangkan peranan kaunselor dari perspektif yang lebih meluas serta menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan kaunseling dalam pelbagai aspek kehidupan. Melalui konvensyen ini, para kaunselor dari pelbagai organisasi berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan para mahasiswa bagi mempersiapkan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.

Program 2 hari itu merangkumi ucaptama dan sidang selari oleh pensyarah-pensyarah jemputan dan pelajar kaunseling sendiri.

Page 5: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Ekspo selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Haji Fadilah Bin Haji Yusof. Turut hadir ialah Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Naib Canselor UNIMAS, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan Fakulti, pengarah serta ketua-ketua jabatan.

Tujuan penganjuran Ekspo adalah untuk meningkatkan kesedaran serta memupuk minat di kalangan seluruh masyarakat, terutamanya generasi muda dan pelajar sekolah agar meminati bidang sains dan teknologi. Ekspo seumpama ini dijangka dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh sekaligus mengisi keperluan Negara ke arah mencapai wawasan 2020.

Sempena Ekspo selama dua hari tersebut, pelbagai program telah diadakan antaranya “60 second video Challenge”, “School Station

Ekspo Sains & Teknologi UNIMAS tarik minat generasi muda…..

Majlis Perwakilan Pelajar

(MPP) dengan kerjasama

Persatuan Sains dan Teknologi

(PERSAINTEK), Persatuan

Teknologi Maklumat (PERTEKMA)

dan Persatuan Mahasiswa

Kejuruteraan (SAFE) UNIMAS telah

menganjurkan Ekspo Sains dan

Teknologi pada 9 dan 10 April 2009

di Laman Teknologi, Universiti

Malaysia Sarawak, Kampus Barat,

Kota Samarahan.

Game” serta pameran oleh Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Turut menyertai ekspo itu ialah, agensi-agensi kerajaan seperti Jaba-tan Kimia Kuching, Lembaga Sumber Asli & Alam sekitar dan Sarawak In-formation System Sdn Bhd (SAINS).

5 PERSADA April - Jun 2009

Page 6: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dengan kerjasama Klinik UNIMAS telah mengadakan ceramah dan pemeriksaan kesihatan pada 17 Jun 2009 di Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar bermula pada jam 11.00 pagi.

Antara aktiviti menarik ialah ceramah kesihatan serta pameran berkenaan penyakit “Hypertension”. Selain itu, turut diadakan juga pemeriksaan kesihatan,pemeriksaan tekanan darah dan BMI-gula dalam darah.

Ceramah &Pemeriksaan Kesihatan

Klinik UPSR,PMR dan SPM 2009

6 PERSADA April - Jun 2009

Prihatin terhadap pendidikan anak-anak terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini, Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Am UNIMAS (KESAUMAS) telah menganjurkan Klinik UPSR, PMR dan SPM 2009 pada 6 hingga 7 Jun 2009 di CTF 1, UNIMAS dan pada 20-21 Jun 2009 di Auditorium, Lot 77, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Klinik ini terbuka kepada anak-anak warga UNIMAS dan bukan UNIMAS.

Penganjuran klinik tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana 43 calon UPSR, 24 calon PMR dan 41 calon SPM telah mendaftar untuk mengikuti klinik tersebut.

Semasa majlis perasmian, YG Dipertua MASNITA, Puan Dayang Mariani Abang Zain berkata, objektif penganjuran klinik tersebut adalah untuk membantu calon, berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2009 dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang permantapan pemahaman dan tips dalam menjawab soalan peperiksaan.

Menurut Dayang Mariani, guru-guru yang dipilih merupakan pakar dan berpengalaman dalam menyemak kertas jawapan untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Oleh itu, diharapkan agar klinik yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung dalam

meningkatkan pencapaian UPSR, PMR dan SPM.

Pelbagai program telah disusun sepanjang klinik tersebut diadakan antaranya sesi motivasi oleh Dr. Supian Bujang selaku penceramah jemputan untuk calon UPSR dan PMR manakala Encik Edris Aden dan Dr. Siti Zaliha Rezuan merupakan penceramah motivasi bagi calon SPM. Melalui sesi motivasi itu calon digalakkan berfikir secara positif serta menanam semangat daya usaha yang tinggi.

Penceramah turut memberi ceramah motivasi kepada ibubapa agar memberi sokongan serta meluangkan lebih masa kepada anak-anak kerana ia penting untuk pengisian emosi anak-anak supaya mereka dapat memberi sepenuh perhatian dan fokus dalam pembelajaran.

Page 7: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Penyelarasan Proses Pengajaran dan Pembelajaran UNIMAS

Star Rating & Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Akademik dan Antarabangsa) dengan kerjasama Bahagian Jaminan Kualiti telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Proses Pengajaran dan Pembelajaran UNIMAS pada 22 hingga 23 Jun 2009 di Sarawak Chamber 3, Riverside Majestic. Bengkel selama dua hari tersebut dihadiri oleh TNC, Dekan dan Timbalan Dekan serta Penolong Pendaftar Kanan setiap fakulti.

Bengkel ini diadakan bagi menyelaras proses kerja berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di UNIMAS agar selari dengan kehendak Pelan

Strategi Pengajian Tinggi Nasional (PSPTN) fasa 1 dan ‘Standard Malaysian Qualification Agency’ (MQA) dalam penyediaan pangkalan data berdasarkan kepada panduan buku ‘Code of Practice for Programme Accreditation’ (COPPA) dan ‘Code of Practice for Institutional Audit’ (COPIA). Tujuannya adalah bagi menyelaras proses kerja berkaitan pengajaran dan pembelajaran di setiap fakulti. Ia juga, bagi mengubal strategi untuk lima elemen iaitu, Teaching Learning Evaluation, Lecturer’s Workload, Assessment of Students, UNIMAS Educational Goals & Teaching Learning Model

Unit Latihan dan Penilaian & Unit Pen-gangkutan UNIMAS dengan kerjasama JALUMA telah menganjurkan ‘Advanced Defensive Driving Course 2009’ pada 17 hingga 20 Jun 2009 di Hotel Grand Magherita, Kuching Sarawak. Seramai 38 orang peserta dari 12 IPTA yang terdiri daripada pemandu R6 yang telah berkh-idmat sekurang-kurangnya lima tahun ke atas dan pemandu kanan telah menghadiri bengkel tersebut.

Antara objektif penganjuran kursus adalah untuk memantap dan menyelaras tugasan pemandu dalam mencapai sepenuhnya visi dan misi universiti. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan peraturan jalan raya, tatacara pemanduan berhemah dan mahir dalam aspek perundangan asas, keselamatan jalan raya, OSH, pertolongan cemas serta aspek perlindungan diri di kalangan pemandu. Para peserta juga memperolehi pengetahuan mengenai sosial dan protokol yang boleh membantu dalam perlaksanaan tugas pemanduan di samping membina keyakinan diri dalam berurusan dengan tetamu kehormat dan pembawaan diri semasa majlis-majlis sosial dan rasmi.

Antara para penceramah jemputan yang hadir ialah daripada Jabatan Pengangkutan

Advanced Defensive Driving Course 2009

Jalan Negeri Sarawak, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sarawak, Petrosains Sdn Bhd dan juga penceramah dari UNIMAS. Majlis makan malam dan penutupan telah disempurnakan oleh Pendaftar UNIMAS, Encik Ahmad Bin Katang.

7 PERSADA April - Jun 2009

Bahagian Jaminan Kualiti telah mengadakan taklimat bersama MAMPU berkenaan dengan ‘star rating’ dan anugerah kualiti sektor awam (AKSA) pada 27 April 2009 bertempat di Pusat Khidmat Maklumat Akademik. Taklimat yang diadakan ini telah dihadiri oleh Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Pensyarah, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar setiap fakulti serta wakil persatuan di UNIMAS seperti PPU, PPAU dan KESAUMAS.

AKSA merupakan penanda aras kecemerlangan dan kegemilangan organisasi sektor awam dan berupaya memacu agenda transformasi Perkhidmatan Awam ke arah mencapai tahap bertaraf dunia. Tujuan utama taklimat tersebut adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UNIMAS mengenai pelbagai anugerah yang boleh dimenangi antaranya Anugerah Kualiti Perdana Menteri dan anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam. Ia juga sebagai pendorong kepada semua PTJ untuk berusaha ke arah mencapai kriteria-kriteria penilaian AKSA ini.

Page 8: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS telah mengadakan pameran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2009 pada 13 hingga 19 April 2009 di Galeri Utama, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Kampus Barat, Kota Samarahan.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS pada 13 April 2009 di Eksperimental Teater (ET) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Kampus Barat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Peter Songan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Mohd Fadzil

CIPTA 2009

8 PERSADA April - Jun 2009

Page 9: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Abdul Rahman, Dekan FSGK, Dr. Hasnizam Abdul Wahid, Pengarah-pengarah Pusat dan Institut, Dekan-dekan dan Timbalan-timbalan Dekan serta para penuntut UNIMAS.

Dr.Hasnizam dalam ucapan beliau berkata, seni secara lumrahnya, merupakan manifestasi daya idea dan pemikiran manusia yang lahir melalui daya imaginasi dan inovasi, dan akhirnya membawa kepada satu karya seni. Pameran CIPTA 2009 merupakan kali ke-11 diadakan oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif.

YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor dalam ucapan beliau berkata CIPTA merupakan landasan terbaik bagi pelajar tahun akhir FSGK untuk menyedia dan menganjurkan pameran dalam skala sebenar bagi menunjukkan kemantapan idea, penyelidikan konseptual dan pemilihan serta penggunaan media dan teknik yang bersesuaian dalam karya masing-masing.

Penganjuran pameran CIPTA mampu memberi pendedahan kepada pelajar terhadap aspek pengurusan acara, komunikasi dan membentuk semangat kolektif, bekerjasama serta menghargai hasil karya seni mereka.Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada bidang pengurusan dan penganjuran pameran yang kreatif, inovatif dan berteknologi. Ia juga membolehkan pelajar mewujudkan jaringan komunikasi dengan pihak industri yang berkaitan.

Selain daripada itu, pameran seum-pama itu juga berupaya mengenen-

gahkan hasil karya , ciptaan, rekaan dan penyelidikan pelajar kepada peminat seni tanahair dan memu-puk kesedaran masyarakat terhadap perkembangan dan kepentingan seni rekaan yang lebih kontemporari.

Selain menjadi landasan pelajar untuk mempamerkan hasil karya seni dan kreativiti masing-masing, pameran ini juga sebagai medan perpaduan semua pelajar dalam menjalinkan hubungan yang baik pelbagai etnik

dan kaum di kalangan pelajar serta menjalinkan hubungan profesional dengan pihak luar, memperlihatkan komitmen masing-masing dan bertanggungjawab dalam menjayakan pameran ini.

9 PERSADA April - Jun 2009

Page 10: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Program Perkhemahan Tahunan Kor SUKSIS Peringkat IPTA Skuad 2008/2011 Siri 1/2009 telah diadakan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuching Sarawak pada 17 hingga 22 Mei 2009. Program tersebut melibatkan 55 anggota Kor SUKSIS Platun 5 dan Platun 6 Skuad 2008/2011 Kor SUKSIS UNIMAS.

Tujuan utama program ini dilaksana-kan adalah untuk mendedahkan ang-gota kepada latihan kepolisan yang sebenar, kemantapan displin, buda-ya polis, ilmu medan perang, ikhtiar hidup serta semangat berpasukan. Program yang berlangsung selama 7 hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dan Jurulatih daripada Sekolah Pasukan Gerakan Am (PGA) PULAPOL Kuching yang diketuai oleh C/Insp. Saga ak. Chunggat.

Majlis penutupan rasmi Program Perkhemahan Tahunan Kor SUKSIS Peringkat IPTA Skuad 2008/2009 Siri

Program Kem Pemantapan Fizikal Kor SUKSIS Skuad 2006/2009 telah diadakan di Kem Waja Diri SMK Sematan Sarawak pada 23 hingga 29 Mei 2009 melibatkan 50 anggota. Tujuan utama program ini adalah untuk membuat persediaan fizikal dan mental sebelum berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, bagi menyertai Perbarisan Tamat Latihan dan Pelantikan Kor SUKSIS IPTA Tahun 2009.

Kor SUKSIS UNIMAS berkhemah di Pulapol Kuching

Kem Pemantapan Fizikal di Sematan Lundu

Ramesh a/l Narianan pegawai terbaik di Pertauliahan Kor SUKSIS 2009

Perbarisan Tamat Latihan dan Pelantikan Kor SUKSIS IPTA Tahun 2009 telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 21 Jun 2009. Seramai 50 orang siswa dan siswi Kor SUKSIS 2006/09 UNIMAS telah menyertai perbarisan berkenaan.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh YBhg IGP Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan. Insp/KS 31075 Ramesh a/l Narianan daripada Kor SUKSIS Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah terpilih sebagai Pegawai Kor SUKSIS terbaik keseluruhan daripada 15 IPTA yang menyertai perbarisan tersebut.

1/2009 ini telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Pentadbiran Polis Kontinjen Sarawak YBhg ACP Aman Bin Hussain, pada 21 Mei 2009. Turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Komandan Kor SUKSIS UNIMAS.

Perkhemahan Tahunan Peringkat IPTA

Kem Pemantapan Fizikal Kor SUKSIS UNIMAS

10 PERSADA April - Jun 2009

Page 11: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Latihan Gabungan PALAPES Darat dan Udara 2009sumbangan Bolhassan Jemi

Majlis Pentauliahan PALAPES di UTM Skudai

Buat julung kalinya, PALAPES Darat dan Udara telah digabungkan dalam latihan berterusan PALAPES UNIMAS SIRI 2/2008/2009 pada 11 Mei hingga 17 Mei 2009 yang telah diadakan di Lapang sasar di Sampadi, Lundu. Ini merupakan kesinambungan daripada latihan-latihan tempatan bagi menentukan sejauh mana kemampuan Pegawai Kadet mempraktikkan teori yang telah diperturunkan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih PALAPES UNIMAS Mejar Salleh bin Mohamad di Padang Kawad Unimas pada 11 Mei 2009. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komandan dan Timbalan Komandan PALAPES UNIMAS, Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Noh Bin Mohd Said (TUDM), jurulatih PALAPES serta Pegawai Kadet Darat dan Udara.

Turut diadakan pertandingan menembak yang dilakukan di lapang sasar di Sampadi, Lundu pada 14-17 Mei 2009. Pertandingan tersebut, dibahagikan kepada 3 kategori: PALAPES Darat, PALAPES Udara serta para jemputan. Bagi kategori PALAPES Darat, Pegawai Kadet Cassidy Morris ak Sengalang telah dinobatkan sebagai juara, manakala Pegawai Kadet Mohd Hafifi Hafiz bin Ariffin bagi PALAPES Udara. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang serta majlis Penutupan Latihan Berterusan Siri 2 08/09 telah disempurnakan oleh Komandan PALAPES UNIMAS, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid.

Pegawai Rendah Kadet Mohd Hamdan Abd Wahab (PALAPES Darat) serta Pegawai Rendah Kadet Wan Al-Junaidi Bin Jamil (PALAPES Udara) telah dipilih sebagai pegawai kadet terbaik UNIMAS, dan di antara pegawai yang dianugerahkan pangkat Leftenan Muda sempena majlis Istiadat Pentauliahan Diraja pegawai kadet PALAPES IPTA ke-28 yang telah berlangsung pada 20 Jun 2009 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Sebanyak 12 buah universiti dari seluruh IPTA yang merangkumi PALAPES Darat, Udara dan Laut telah menghadiri majlis pentauliahan tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibnu Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor. Turut hadir pada majlis tersebut ialah panglima ATM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Udara, Timbalan Panglima Tentera Laut, Naib Canselor seluruh IPTA.

Pada tahun ini seramai 71 orang pegawai kadet UNIMAS terdiri daripada 45 pegawai kadet Darat dan 26 pegawai kadet Udara telah menerima pentauliahan Diraja di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum majlis pentauliahan tersebut, antaranya pertandingan futsal, Bola Jaring, pertandingan kawad, merentas halangan dan merentas desa. PALAPES UNIMAS berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Futsal.

11 PERSADA April - Jun 2009

Page 12: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

Sukan Staf Antara IPTA ke-34

Sebanyak 20 buah IPTA dan satu pasukan yang mewakili Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah, 2 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kontijen UNIMAS telah mengambil bahagian dalam 9 acara daripada sejumlah 15 acara sukan yang dipertandingkan seperti Olahraga, Futsal Veteran, Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Tarik Tali, Tenpin Bowling, Golf, Bola Jaring dan Badminton.

Kontinjen UNIMAS telah memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Sukan Staf antara IPTA kali ke-34 (SUKUM 34) yang telah diadakan pada 3 hingga 13 Jun 2009 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

12 PERSADA April - Jun 2009

Page 13: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

UNIMAS telah menghantar atlet bagi menyertai Karnival Sukan MASUM pada 15 hingga 28 Mei 2009 di Universiti Utara Malaysia. Pasukan UNIMAS telah menyertai 3 acara iaitu, boling, silat olahraga dan bola keranjang.

Dalam acara silat olahraga, Affendi Bin Saharani dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan telah berjaya merangkul pingat Gangsa dalam acara silat Olahraga kategori D (60-65 Kg). Bagaimanapun dalam acara lain, UNIMAS gagal memperolehi sebarang pingat.

Sukan MASUM 2009Manakala, pada Sukan Air MASUM pada 25 – 30 Mei 2009 di Kompleks Sukan Air, Putra Jaya pula, UNIMAS telah meraih satu emas dan satu perak melalui acara mendayung dan kayak. Pingat emas telah disumbangkan oleh Nangku ak Ngendang dan Synthia ak Sani melalui acara 1000m bergu wanita. Harold ak Mamat pula menyumbangkan perak melalui acara 500m perseorangan lelaki kategori K1. Harold juga telah terpilih mewakili Malaysia dalam kejohanan Kanu antara Universiti Asian yang akan diadakan di Singapura, pertengahan Julai ini.

Pada kejohanan Olahraga MASUM 2009 yang diadakan di Pusat Sukan UPM, Serdang Selangor pada 6 hingga 8 Mac 2009 pula, UNIMAS telah berjaya merangkul satu pingat gangsa menerusi acara 400 meter lari berpagar melalui penyertaan Sylvester Lanius George dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. UNIMAS telah menghantar 6 orang atlet ke kejohanan tersebut dan walaupun hanya berjaya mendapat satu pingat gangsa, tetapi secara keseluruhannya para atlit telah menunjukkan prestasi dan semangat perjuangan yang tinggi di dalam kejohanan tersebut.

13 PERSADA April - Jun 2009

Page 14: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

ANEKA PERISTIWA

3 April 2009Majlis Konvokesyen program Diploma Siswazah (Mikroelektronik) di Ballroom 1&2, Lobby Floor, Hilton Hotel, Kuching. Anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektronik, UNIMAS.

9-10 April 2009Ekspo Sains dan Teknologi di Laman Teknologi, Kampus Barat, UNIMAS. Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Persatuan Sains dan Teknologi (PERSAINTEK), Persatuan Teknologi Maklumat (PERTEKMA) dan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (SAFE) UNIMAS.

20 April 2009Seminar ke 54 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Popular literature: are our students ready for it? (Ahmed Shamsul Bahri bin Mohd Tuah, Yvonne Michelle Campbell); A narrative analysis of the Bidayuh Dondan: a preliminary study (Jason Dorsey Jipow, Yvonne Michelle Campbell); Indirect complaints by ESL learners in a Malaysian tertiary setting (Dr Ting Su Hie, Karen Phang Kai Ling); Creating ideas, creating stories (Robert Raymer).

23-24 April 2009Sambutan Hari Jerman di UNIMAS sempena Festival Hari Jerman di Kuching yang membawa tema "Jerman Bertemu Malaysia’.

4 Mei 2009Seminar ke 55 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Language Anxiety in a Remedial English Language Course: What Teachers Need to Know (Rosnah Mustafa, Siti Norfishah Hj. Mohd Zain), Bergendang dan bermukun dalam masyarakat Melayu Sarawak (Mary Fatimah Subet, Salbia Hassan)

7 Mei 2009Seminar Kejururawatan: "Evidence and Knowlegde" di Auditorium A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS.

8 May 2009Seminar ke 56 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Matching applicability of staff development courses to participants’ needs: The case of ETeMS (Pung Wun Chiew, Lily Law); Awareness of forms and functions of passives among TESL trainees TESL trainees’ beliefs on teaching of grammar: Aspects amendable and resistant to change (Dr Ting Su Hie);

13 Mei 2009Penganjuran Journal Workshop 2009 oleh Pusat Khidmat Maklumat dan Akademik (PKMA) & Thompson Reuters di Bilik Mesyuarat PKMA, Aras 3.

14 PERSADA April - Jun 2009

Page 15: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai

18 Mei 2009Seminar Penyelidikan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Bilik Mesyuarat senat (Kampus Timur). Tajuk Pembentangan: Why and How Do Creative Thinking Techniques Work? : Trading Off Originality and Appropriateness to Make More Creative Advertising. Pembentang: Dr. Mark Kilgour

18 Mei 2009 Seminar ke 57 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:

Kecantikan Melayu Tradisi Islam dan Kecelaruan Modeniti(?) (Awang Azman Awang Pawi); Brayun: Lagu Masyarakat Bidayuh: Kajian Awal Bahasa dalam Brayun di Bukar-Sadong (Yvonne Michelle Campbell, Nur Ardini Jian Abdullah @ Elmie Jian); Perbandingan Hubungan Kekerabatan Dialek Melanau Mukah dan Dialek Melanau Matu-Daro (Salbia Haji Hassan, Mary Fatimah Subet): Biumuh/ Birumuh: Penanaman Padi Masyarakat Bidayuh: Perbandingan dalam Penanaman Padi Tradisional di Daerah Bau dan Serian (Nur Ardini Jian Abdullah @ Elmie Jian, Yvonne Michelle Campbell); Perceptual learning style preferences of Unimas undergraduates: A preliminary survey (Rosnah Mustafa; Muriatul Khusmas Musa, Fairuz Abd. Latif ); Pragmalinguistic Differences between Proficient and Less Proficient Malay Learners of English in Request (Ernisa Marzuki, Siti Maftuhah Damio, Dr Ting Su Hie)

18-19 Mei 2009Training On Effective Emplementation Of 5S Siri 3/2009 di Bilik Belian, Kampus Timur, UNIMAS. Anjuran Unit Latihan dan Penilaian, UNIMAS dengan kerjasama WNA Systems Innovation Sdn Bhd.

29 Mei 2009Seminar Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Tajuk pembentangan: Climate Change and Tropical Forests. Pembentang: Prof Yadvinder Malhi, Ecosystem Change Institute, School of Geography and the Environment, University of Oxford, UK.

8 Jun 2009Seminar ke 58 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Assessment practices of secondary school English language teachers (Ch’ng Looi Chin, Dr Soubakeavathi Rethinasamy); An Experimental Study on the Character- and Word-level Approach In the Vocabulary Teaching of Teaching Chinese as a Second Language (Lam Kai Chee).

17 Jun 2009Seminar ke 59 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Interactive Experiences for a Kindergartener with Disability (Lily Law, Pung Wun Chiew); Promoting Strategies for Overcoming Discipline Problem in Schools(Lily Law, Pung Wun Chiew, Shahril Hafizi bin Sulaiman); Language accommodation in the Testing of Mathematics for Primary School Students (Salina Pit).

17 Jun 2009Ceramah dan pemeriksaan kesihatan di Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar. Anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Klinik UNIMAS.

17-20 Jun 2009Advanced Defensive Driving Course 2009 di Grand Magherita Hotel, Kuching Sarawak. Anjuran Unit Latihan dan Penilaian & Unit Pengangkutan UNIMAS dengan kerjasama JALUMA.

15 PERSADA April - Jun 2009

Page 16: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman EditorialWacana · PDF filePelbagai hasil kerja ... besar dunia ke UNIMAS dan juga ruangan dialog baru untuk UNIMAS. ... Pasukan Latihan Pegawai