mara , rida, felda, felcra

Upload: nuin27

Post on 08-Jul-2015

2.151 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

FELDA Penubuhan dan Matlamat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah. Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan. Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA. Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Misi FELDA :

CARTA ORGANISASI

LEMBAGA PENGARAH

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Pengerusi FELDA AHLI-AHLI

Y.Mulia Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal Abidin Pengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd

Y. Bhg. Dato Dzulkifli Abd Wahab Pengarah Besar FELDA

Encik Shamsudin bin Othman Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka)

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Dr. Omar B Salim Ketua Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri

Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang

Y.B Ir. Haji Hamim Haji Samuri Ahli Parlimen Ledang

Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib Ahli Parlimen Maran Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Said Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah

Y.Bhg. Dato' Noriyah bt Ahmad Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Y.Bhg. Dato' Sabri Ahmad Group President/ Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) Piagam Pelanggan Menguruskan bersama dengan Pejabat Tanah Negeri supaya surat hak milik tanah peneroka dapat dikeluarkan dua tahun selepas selesai Bayaran Kembali.

Tidak membuat potongan Bayaran Kembali daripada pendapatan peneroka jika pendapatan bulanannya kurang daripada RM400 sebulan. Memastikan Penyata Bulan Pendapatan Peneroka sampai ke rancangan tidak lewat dari 25 hari bulan setiap bulan. Penyata kedudukan Bayaran Kembali hutang dan baki hutang peneroka dikeluarkan setiap enam bulan iaitu pada bulan September dan Mac. Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai kurang daripada RM200,000 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup panggilan tawaran. Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai

RM200,000 dan lebih diluluskan dalam masa dua bulan dari tarikh tutup tawaran. Cek bayaran untuk kontrak kerja dan bekalan dikeluarkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan Sijil Bayaran. Kaunter kutipan cek dibuka kepada awam dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari termasuk waktu makan tengah hari pada tiap-tiap hari Isnin hingga Jumaat. Segala surat-surat awam dijawab dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat diterima kecuali suratsurat aduan yang memerlukan siasatan lanjut.

FELCRA Latar Belakang Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkanFELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial. Misi & Visi Misi Korporat Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta. Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan. Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya. Visi Korporat Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang Berjaya. Piagam Pelanggan Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan. Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta dan juga staf. Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini. Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.

Fungsi Memulihkan Dan Menyatukan Tanah Dengan Kelulusan Permintaan Pihak Berkuasa Negeri Persetujuan Pemilik Tanah Strategi FELCRA Berhad beroperasi berasaskan pendekatan berimbang di antara Program Corporate Social Responsibility (CSR)dengan Program Perniagaan (keuntungan).

Logo Logo FELCRA Berhad adalah merupakan ekspresi pencapaian matlamat dan objektif organisasi ini. Rekabentuk logo menunjukkan tanda-tanda perubahan dalam imej dan hala tuju korporatnya. Jalinan warna merah, biru dan putih adalah bersamaan dengan jalinan warna Jalur Gemilang - Bendera Nasional. BIRUadalah warna global yang mewakili dunia bisnes; MERAH adalah semangat yang dinamik dan PUTIH melambangkan kecekapan dan kejelasan. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari gagasan pelan pengembangan FELCRA Berhad. Rasional Di sebalik Logo Bentuk 'rhombus' mewakili bentuk asas daun yang mendasari pertanian. 'Rhombus' berwarna biru mewakili 'core-business' sebagai asas pembentukan ke arah konglomerat yang kukuh. 'Rhombus' berwarna merah mewakili tiga pelan pengembangan FELCRA Berhad iaitu :- dari segi pengembangan geografi, pengembangan bisnes yang berkaitan dan pengembangan synergistic. Komitmen FELCRA BERHAD 1. Akan terus bertindak sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri bagi merealisasikan program-program pembangunan rakyat luar bandar. Kita mahu warga peserta FELCRA sentiasa bersatu padu dan sentiasa bermuafakat untuk terus bersama membangunkan FELCRA Berhad hingga ke peringkat antarabangsa. Enam (6) faktor utama pemantapan: Mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanah (P&P) termasuk tanam semula sebagai fungsi utama syarikat. Meningkatkan peranan obligasi sosial dan pembangunan peserta termasuk institusi-institusi peserta untuk menanam rasa bangga mereka sebagai kumpulan sasar. Memperkukuhkan fundamental ekonomi dan perniagaan teras. Memperkukuhkan aliran tunai syarikat di dalam pembangunan secara pakej melalui penglibatan bermakna oleh anak-anak syarikat. Mempertingkatkan motivasi semua peringkat staf ke arah kecekapan dan produktiviti dengan memperkenalkan "Key Performance Indicator" (KPI). Mengutamakan kos munasabah melalui penggabungan bahagian dan mobiliti pegawai-pegawai kanan atau perjawatan sedia ada.

2.

3. o o o o o o

MARA PENGENALAN DAN SEJARAH Pengenalan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. PUISI PENUBUHAN MARA AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA) USMAN AWANG NOVEMBER 1991 Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato' Dr. Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA. ORGANISASI MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales. OPERASI PENGURUSAN Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi: Ibu Pejabat Pejabat MARA Negeri Pejabat MARA Daerah MRSM Kolej MARA GIATMARA IKM Institut Kemahiran Tertinggi MARA Kolej Poly-Tech MARA Kenderaan Bas MARA Pejabat MARA Luar Negara Kolej Profesional MARA VISI KORPORAT Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa MISI KORPORAT Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera OBJEKTIF Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif Melahirkan modal insan global dan berintegriti Menyumbang kepada pemilikan ekuiti Memudahkan sistem penyampaian STRATEGI

Berteraskan Inovasi i-Usahawan i-Pekerja i-Pelaburan i-Organisasi PIAGAM PELANGGAN Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut : Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari LOGO MARA

RASIONAL AM LOGO MARA Roda Bergigi (14) Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Buku Terbuka Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

Jangka Lukis Terbuka Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.

Spana Dan Skrew Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya. Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.

Warna Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang Merah baru. Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Amanah yang Biru unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa. Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara Hitam berterusan golongan Bumiputera

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkanFELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.