jurnal filologi melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/jfm... · 2019. 12....

10
JIUD 13,2 005 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN. KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA I SSN 0128-6048 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

JIUD 13,2005

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN. KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

ISSN 0128-6048

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 2: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

JURNAL FILOLOGI MELAYU

Jilid 13

KUALA LUMPUR PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

2005

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 3: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

MOHO TAIB BIN OSMAN

Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat

Pengenalan

Jarang terdapat manuskrip Melayu lama yang terhasil dengan baik dan jelas dari segi teknikalnya, terutama dengan tulisan yang cantik, jelas lagi terang , serta rapi dalam suasananya. Hingga bilangan titik bagi rumah-rumah huruf dengan senang dibeza­bezakan an tara satu, dua atau tiga. Naskhah yang dimaksudkan ialah simpanan Staatbibliothek Tubingen di Jerman Barat bernombor katalog Ms. Or.Schoemann V8 dan yang salinan mikrofilemnya ada tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu , Perpustakaan Negara Malaysia, sebagai mikrofilem MKM 1353. Kelebihan naskhah ini memang terzahir apabila dibandingkan dengan naskhah-naskhah lain berjudul sarna yang juga tersimpan sebagai mikrofilem di Pusat Manuskrip Melayu , Perpustakaan Negara Malaysia, iaitu daripada naskhah-naskhah yang tersimpan di Negeri Perancis dan Inggeris. Kejelasan dari segi teknikal kerana tulisannya cantik dan konsisten tidak bermakna ia tidak mengundang cabaran bagi yang ingin mentelaahnya. Di samping cabaran yang biasa apabila berhadapan dengan manuskrip-manuskrip Melayu lama seperti makna atau maksud perkataan-perkataan yang pembaca tidak dapat mentafsirnya, atau perkataan-perkataannya yang ejaannya dianggap ganjil , atau perkataan-perkataan yang dari segi konteks ayatnya janggal , ataupun perkataan­perkataan yang terdapat sebenarnya terpengaruh dengan pengucapan dialek , pengertian setempat mahupun konvensi daerah yang mempengaruhi pengerusi / penyalin naskhah itu. Pendek kata naskhah yang dihadapan kita boleh mengemukakan pelbagai cabaran dari segi maklumat kepada kita , belum lagi pelbagai rumusan yang boleh kita ambil dari segi persoalan-persoalan yang lain yang ditimbulkan oleh naskhah itu. Jikalau kita ingin mengemukakan naskhah yang kita sunting (edit) itu dari segi pengajian filologi yang sering dilakukan oleh sarjana-sarjana atau calon-calon sarjana, matlamat kita adalah melahirkan satu rekonstruksi bentuk tertua daripada versi-versi satu-satu naskhah itu. Tetapi ini bukan satu-satunya matlamat mengemukakan naskhah-naskhah Melayu lama. Mungkin matlamatnya ialah menyediakan satu teks untuk tatapan dan apresiasi pembaca-pembaca sezaman (contemporary). Dari segi itupun kita mempunyai pilihan

yang berbeza-beza.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 4: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

2 / Jurnal Filologi MeloYI/. Jilid 13.2005

II Hikayat Pelanduk Jenaka: Mengangungkan Kebijaksanaan dan Kepintaran

Dari segi isi, walaupun ceritanya berkenaan binatang dalam hutan rimba, diperlakukan seolah-olah binatang itu pada nama sahaja, kerana pelaku dan perlakuannya dalam hikayat ini ialah seperti manusia. Apa yang jelas ialah hutan rimba itu didiarni oleh segal a mac am binatang, daripada gajah yang besar kepada semut yang kecil dan melata pada burni. Tetapi seperti yang pemah dibicarakan oleh sarjana-sarjana Eropah seperti Van der Tuuk dan R.O.Winstedt , Hikayat Pelanduk lenaka adalah lebih daripada cerita binatang bahkan melampaui pengertian berjenaka l seperti yang mungkin diertikan secara umum oleh orang Melayu daripada perkataan "jenaka", dan dieja dalam teks-teks yang wujud sebagai ( .!J~ ). Van der Tuuk misalnya melihat perkataan "jenaka" daripada perkataan-perkataan Sanskrit "jenaka", "Seorang Jaina atau Budhis yang kerdil atau hina, yang lazirnnya digunakan terhadap seseorang yang selalu mengambil kesempatan daripada sifat mudah percaya orang lain , dan dikenakan pada pelanduk sebagai wira dalam kisah atau cerita yang berprasangka terhadap agama Budhisme.2

Lantas R.O .Winstedt mengusulkan bahawa jikalau teori ini boleh diterima, maka sepatutnyajudul itu hams berbunyi "Hikayat Pelanduk Durjana" (the tale of that wretch the mouse-deer) walaupun dalam bahasa Melayu moden ianya dapat diterjemahkan sebagai "hikayat pelanduk yang licik" (the tale of that wretch the mouse-deer).3 Winstedt juga mengusulkan bahawa jikalau teori Van der Tuuk itu sahih , maka cerita itu dibawa masuk ke dalam kesusasteraan Melayu daripada korpus cerita-cerita India seperti Pancatantra dan Jataka sebelum orang-orang Melayu beragama Islam, atau mungkin juga di pelabuhan-pelabuhan seperti Melaka atau Kedah di kalangan penduduk yang masih belum Islam. Winstedt juga menarik perhatian bahawa melihat kepada canggihnya pernikiran serta karangan yang terdapat pada Hikayat Pelanduk lenaka , bukannya tradisi rakyat tetapi kesusasteraan bertulis (" .. .. . belongs really to literature and not to folk-lore")4 Tidak syak lagi daripada aspek-aspek intelek dan teknik bercerita, Hikayat Pelanduk lenaka adalah hasil tradisi tertulis dalam kesusasteraan Melayu Lama, tetapi ini tidak bermakna ia tidak melimpah kepada tradisi rakyat atau tradisi lisan. Cerita-cerita bercorak anecdotal yang ringkas , dan selesai dalam satu babak, seperti pelanduk menipu harimau dengan mengatakan ular sawa benkong Nabi Sulaiman, atau pelanduk menipu buaya dengan menjadikannyajambatan menyemberang ke tebing kerana ia berhajatkan buah yang sedang masak ranum, menepati ciri-ciri cerita lisan. Dan jkalau dibandingkan dengan episod-episod yang diceritakan dalam Hikayat Pelanduk lenaka seperti episod pelanduk sebagai Shah Alam Di Rimba mendamaikan antara kambing dengan harimau, atau bagaimana Shah Alam Di Rimba menewaskan gergasi yang makan ikan di Sungai Tak ' inum selepas beberapa

1 A History of Classical Malay Literature, hal. 10 2 Terjemahan bebas daripada petikan pada halaman yang sarna: "a little or contemptible Jaina or Buddhist, used always of

one who took advantage of the credul ity of man and appl ied to mouse-deer as the hero of a romance which has a bias against Buddhism,"

3 Loc. cit. 4 Loc. cit.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 5: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

Taj llk Hikayal Pe/al/dllk Jel/aka: Naskhah Yal/g Tersimpal/ di Jermal/ Baral / 3

raja binatang tidak dapat melindungi tangkapan ikan mereka daripada dibaham dek raksasa itu , terkesan kepada kita bahawa peneeritanya jauh lebih rumit lagi terperinei . Ulangan dalam eerita lisan tidak terletak pada babak-babak eerita yang diulangi, tetapi teknik bereeritanya, iaitu bunga-bungaan sahaja, seperti gugus-gugus kata yang berirama (formulaic phrases). Perhatikan yang diulangi ialah frasa atau gugus-kata yang deskriptif bagi satu-satu objek, perlakuan , sifat dan lain-lain . Pada hikayat tertulis ulangan dilakukan kepada babak yang pada dasamya serupa, tetapi pengisiannya berbeza. Dalam Hikayat Pelanduk Jenaka, eontohnya ialah pertanyaan Raja Singa kepada Raja Kera apakah saf-saf binatang yang pintas lalu merupakan rombongan yang membawa Shah Alam Di Rimba , atau bagaimana perlakuan-perlakuan raja-raja beruang, seladang harimau dan badak menghadapi raksasa yang memakan ikan yang dikumpul oleh isi rimba di Sungai Tak ' inum. Apa yang harus diperhatikan ialah kedua tradisi hidup selari dan mengalir an tara satu dengan lain , iaitu pinjam meminjam dari segi kandungan eerita, tetapi olahan dan teknik bereerita mungkin berbeza-beza mengikut tuntutan khalayak dan teknik penyampaiannya.

Apa yang diajukan di sini ialah proses metamorphosos atau perubahan dan penjelmaan yang berlaku pada hasil sastera, baik dari segi isi kandungannya yang menurut tuntutan pendekatan yang diperlukan dari semasa ke semasa, mahupun dari segi bentuk-bentuk eiptaan seni hasil daripada alam persekitaran sosial yang wujud pad a satu-satu ketika dalan perjalanan sejarahnya. Dalam konteks ini juga maka judul Hikayat Pelanduk Jenaka mungkin memberi makna dan penerimaan yang berlainan jikalau apa yang disarankan oleh Van der Tuuk ataupun oleh R.O.Winstedt seperti diatas itu sahih. Dipandang dari segi eerita yang mengkisahkan bagaimana pelanduk yang keeil itu dapat mengatasi binatang-binatang yang besar, bahkan gergasi atau raksasa juga, dengan akal fikiran yang pintar, tipu daya yang lieik, ketangkasan yang fizikal , serta nasib yang menyembelahinya, maka eiri kelueuan boleh ditimbulkan di samping eiri-eiri keintelaktualan dan moral yang terdapat. Tidak dapat disangkallapisan pertama datipda eerita itu adalah bertujuan untuk menimbulkan kelucuan kerana kelicikan dan tipu helah Syah Alam Di Rimba. Tetapi tidak dalam semua hal ia menipu , kerana dalam beberapa situasi ia cuma mahu memikirkan jalan penyelesaian sesuatu masalah yang timbul. Ia memerangkap dan membunuh gergasi dengan tipu helah kerana gergasi mengancam "rakyatnya" , dan ia memabukkan buaya-buaya di Sungai Dam dengan tuba kerana hendak melindungi binatang-binatang yang datang meminum air di situ daripada keganasan buaya. Tetapi terdapatjuga ciri yang sekadar hendak menunjukkan kelebihan akalnya berbanding binatang-binatang lain seperti episod ia bertarung dengan "rakyatnya, siapa dapat mengeringkan air sungai? Binatang-binatang lain disuruh minum ketika air sungai sedang pasang atau naik , sementara ia pura-pura minum ketika air sedang surut.

Tetapi wibawa Pelanduk lenaka sebagai Ayah Alam Di Rimba adalah dengan sendirinya menundukkan binatang-binatang yang lebih besar dan lebih kuat daripadanya dalam pertarungan an tara satu sama satu . Baik dengan singa atau gajah , pertandingan itu diatur supaya ia disaksikan oleh "rakyatnya", dan dilakukan dengan tipu helah yang dirancang. Ini meneerminkan salah satu konsep "kekuasaan" melalui penaklukan hasil pengelutan yang fizikal an tara dua orang yang beradu kekuatan atau

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 6: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

4 I JI/mal Filolog; Melayl/, Jilid 13, 2005

ketangkasan menentukan siapa penakluk dan siapa ditakluk. Konsep ini diperpanjangkan kepada peringkat hidup bermasyarakat atau bemegeri dengan konsep "peperangan" iaitu sebeluk kedua pasukan bertempur dan wira daripada kedua pihak menunjukkan kehandalan masing-masing. Dan peringkat fizikal dipertinggikan pula kepada peringkat intelektual iaitu akal fikiran digunakan oleh satu pihak ke atas pihak yang lain. Kesan saya , eiri jnl lebih terserlah dalam Hikayat Pelanduk lenaka daripada hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang mengemukakan watak manusia seperti eerita­eerita roma mahupun sastera sejarah atau ketatanegaraan. Hendak dikatakan tiada langsung tidak benar, kerana dalam Sulalatus-Salatin mahupun Hikayat Hang Tuah terdapat episod-episod yang menunjukkan kepintaran orang-orang Melaka , seperti menyakinkan Maharaja Cina betapa jauh Melaka itu kerana besi sebesar balak hingga menjadi batang jarum, ataupun biji sagu dikatakan digentel seorang satu yang menunjukkan ramainya rakyat Melaka . Juga helah Tuah hendak melihat wajah Maharaja Cina dengan mendongak waktu makan sayur kangkong yang dibelah panjang-panjang. Tetapi kekuasaan juga dalam peradaban Melayu tidak bergantung

. kepada kelebihan fizikal intelektual sahaja, tetapi dibantu juga oleh kuasa ghaib. Oalam zaman Pra-Islam, kuasa ghaib yang boleh menambahkan kekuasaan bukan sahaja daripada kuasa magis yang dipunyai seseorang atau suatu pihak, tetapi bantu an daripada makhluk-makhluk ghaib juga. Setelah Islam, kuasa ghaib itu juga datangnya daripada Allah , para Nabi dan Rasul , tokoh-tokoh daripada sejarah dan lagenda-lagenda daripada peradaban Islam, mahupun daripada amalan sendiri . Selepas Islam juga kelebihan moral membantu kekuasaan: bak kata-kata hikmah kekuasaan seseorang raja, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah." Hikayat Pelanduk lenaka mempamerkan aspek ini apabila Syah Alam Di Rimba menyatakan bahawa kekuasaannya mengatasi yang lain adalah berkat pertapaannya selama tiga tahun, tiga bulan dan tiga hari, (dibawa dari zaman pra-Islam?) berkat waIi Allah yang keramat, dan juga berkat Sayidina Ali yang bergelar Harimau Allah dan Syaidina Amir Hamzah yang bergelar Johan Pahlawan.

Pada akhir-akhirnya , "kekuasaan" pada Pelanduk Jenaka terletak kepada kebijaksanaannya, termasuk budi biearanya yang selalu merendah diri. Pad a permulaan eerita apabila ia dapat mendamaikan an tara dua binatang yang berseteru sejak awal, iaitu harimau dan kambing , dengan tipu helahnya, menyakinkan binatang sekaIian ten tang "kekuasaannya" yang luar biasa. Selepas itu ia berjaya menipu dan membunuh gergasi yang menjadikan "rakyatnya" mangsa, dan ini menambahkan keyakinan binatang-binatang itu atas "kekuasaannya". Sesuai dengan ethos masyarakat Melayu zaman itu , pemilik "kekuasaannya" juga menuntut "kesetiaan", kerana "kekuasaan" itu ialah "daulat" yang lekat pada tubuh sipemilik "kekuasaan tadi". Begitulah bta boleh ertikan perlakuan beruang dan serigala yang rasa "taat setianya" kepada Syah Alam Oi Rimba menyebabkan mereka berang dengan kera kerana menista "raja"mereka. Itulah puneanya singa, dan kemudian gajah, yang melindungi kera, akhirnya tunduk kepada Pelanduk lenaka kerana kalah pertarungannya dengannya . Walaupun pada zahirnya kekalahan kedua binatang dalam pertarungan itu bereorak fizikal, namun yang menghasilkannya ialah strategi pemikiran Pelanduk Jenaka sendiri. Lieiknya Pelanduk Jenaka dapat dilihat pada dayanya menundukkan buaya. Ia tahu binatang-binatang itu

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 7: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

Tajllk Hikayal Pe/andllk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Baral / 5

akan mengadapnya , tetapi ia pura-pura tidak mengetahuinya , bahkan ia mengambil peluang mempamerkan "kekuasaannya, dengan menunjukkan kelebihan firasat pada dirinya. Dan pengetahuannya tentang racun tuba memabukkan penghuni-penghuni sungai digunakan sebagai menunjukkan "keagungannya" dari segi intelek . Selepas buaya mengaku penaklukannya oleh Shah Alam Di Rimba, maka sekali lagi Pelanduk 1enaka menunjukkan pengetahuannya untuk menyelamatkan buaya dengan membersihkannya daripada kesan racun tuba dan menyuruhnya pindah ke sungai yang lain.

Tidak cukup dengan mempamerkan "kekuasaannya" melalui tipu dayanya , Peladuk 1enaka secara sengaja menunjukkan kelemahan binatang-binatang di rimba itu berbanding dengan dirinya, maka diajaknya mereka bertaruh rninum air sungai waktu air naik pasang , walhal ia sendiri minum waktu air mula surut. Mungkin di sini dapat kita katakan tuntutan emosinya sendiri untuk menguji kelebihannya , dan ini boleh ditafsirkan sebagai kebongkakan untuk menyakinkan diri (self validation). Tetapi pada zahirnya ia cuba menonjolkan rendah dirinya . Apabila ia berkata-kata dengan singa atau gajah yang menjadi lawannya, ia merendahkan dirinya dan meninggalkan taraf lawannya. Contohnya an tara Raja Singa dan Syah Alam Di Rimba: Singa mengatakan kepada Landak, ' ... rupanya pelanduk itu adalah seperti kutu juga besarnya . .. " dan kepada Syah Alam Di Rimba sendiri, "Hai Pelanduk yang amat kecil. . . " Tetapi Pelanduk 1enaka menjawab dengan: "Hai Raja Singa pahlawan yang gagah dan parajurit yang sakti dengan tinggi besar rupamu ini . .. " (ha1.37-38) Gajah pula memanggil Pelanduk 1enaka, " ... miskin piatu dan hina papa serta tiada berbangsa ... " (hal.48) dan apabila bertemu , kata Gajah lagi , "Hai Pelanduk 1enaka, apakah kehendakmu datang ke mari ini , hendak memperhambakan dirikah?" (hal.54). Tetapi jawab Syah Alam Di Rimba, "Hai Gajah yang amat bijaksana serta dengan gagah perkasa lagi berani ... "(hal.54) Sebenarnya "kekuasaan" bagi Pelanduk 1enaka ialah budi bicaranya dalam menghadapi sesuatu keadaan atau cabaran, walaupun ia sendiri mempunyai naluri untuk menjadi sombong dan bongkak sebagai meyakinkan kelebihannya, bahkan akan berlaku sebaliknya. Di sinilah tanda "kekuasaan" bersendakan " kebijaksanaan."

Kebaculan binatang-binatang di hutan apabila berdepan dengan raksasa juga ditonjolkan dalam episod-episod yang diulang-ulang apabila beruang , seladang, harimau dan badak , masing-masing menunggu tangkapan ikan yang bertimbun-timbun di Sungai Tak' inum daripada dimakan gergasi. Telatah binatang-binatang itu bukan sahaja menunjukkan kebaculan masing-masing berhadapan dengan raksasa, tetapi sifat berbohong derni menegakkan maruah masing-masing adalah bertentangan dengan sifat Syah Alam Di Rimba. Akhirnya, Syah Alam Di Rimba juga yang memperdaya raksasa itu dan membunuhnya demi memuaskan dendam binatang-binatang yang dianiayai raksasa itu dengan memakan tangkapan ikan mereka. Hikayat Pelanduk l enaka naskhah 1erman Barat ini diakhiri dengan episod gajah dikalahkan oleh semut, satu lagi cerminan binatang besar seperti gajah dapat diatasi oleh semut dengan kuasa intelek, bukan fizikal. Dan Syah Alam Di Rimba terpaksa campur tanggan menyelamatkan gajah dengan cara yang amat senang, iaitu dengan membakar dengan daun lalang kering pada lubang-Iubang tanah yang digaJi semut bagi memerangkap gajah. 1ikalau khalayak sezaman menganggap judul Hikayat Pelanduk l enaka mengungkap kisah pel and uk

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 8: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

6 I Jumal Filologi Melayl/ , Jilid 13, 2005

yang menggelikan hati kerana dapat dengan tipu helahnya menundukkan binatang­binatang yang lebih besar, saya rasa sipenyalinlsipenulis naskhah yang saya hadapi ini bertujuan lebih daripada penghibur khalayaknya , tetapi mempunyai tujuan menyorot kebijaksanaannya bagi menempatkan dirinya sebagai Syah Alam Di Rimba. Dia mengakhiri hikayatnya dengan beberapa bait Syair memuji Pelanduk Jenaka, tetapi sebelum itu dinukilnya, . . .. dikhabarkan orang sangatlah gagah perkasa, dan lagi tiada habis diceritakan orang barang kelakuannya Pelanduk l enaka itu dengan sangat bisa mengambil hati kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya itu kerana sungguh binatang dengan kecil rupanya itu, tetapi segala raja binatang yang besar-besar takluk kepadanya sebab pandai budi bicaranya, dan lagi biasa memeliharakan dirinya. Maka menjadi masyhurlah akan namanya ketika hidup di dalam dunia . "5

III Beberapa Bahasa Dalam Naskhah

Satu cm yang menarik dan menimbulkan pelbagai persoalan ialah bahasa dalam naskhah yang dibicarakan di sini. Persoalan yang melibatkan naskhah-naskhah Hikayat Pelanduk lenaka secara amnya ialah penggunaan kata Jenaka serta Kaus , iaitu persoalan yang telah dibincangkan oleh sarjana-sarjana sejak awal lagi . Sarjana Belanda Van der Tukk mengemukakan kata Sanskrit ''jenaka'', iaitu licik , pintar atau pandai menipu (tricky, wily and roguish), iaitu gelaran yang diberi kepada binatang pelanduk dalam Hikayat Pelanduk lenaka.6 Gonda juga menolak perkataan itu datangnya daripada perkataan Hindi "janika", iaitu bermakna perkataan yang mempunyai makna dua lapis (double-enterdre).7 Gonda walau bagaimanapun menyatakan ia ialah perkataan Indonesia.s Winstedt seperti yang telah dinyatakan dalam Bahagian II di atas cuma menyarankan sekiranya Van der Tukk benar, maka judul Pelanduk Jenaka merujuk kepada sifat licik dan tidak begitu terhormat. RJ .Wilkinson pula dalam kamus Melayu-Inggerisnya , dibawah kemasukan perkataan "jenaka", merujuk kepada perkataan Hindi "Janika" yang membawa makna perkataan mempersenda yang mempunyai makna berlapis seperti dalam Syair Bidasari ("berguru berjenaka") dan Hikayat Indera Jaya ("pandai berjenaka dan bersyair"). Tambahnya lagi , secara arnnya perkataan itu merujuk kepada orang yang sukar mempersenda orang lain ("practical joker") atau seseorang yang suka membuat lawak dengan helah dan tipu ("tricky person of any sort"), serta merujuk kepada Hikayat Pelanduk l enaka dan watak Umar Umainya dalam Hikayat Hamzah.9 Kita dapati perkataan Jenaka juga digunakan oleh Winstedt untuk cerita-cerita yang membangkitkan kelucuan seperti Pak Kadok, Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang dan Si Luncai apabila beliau menerbitkan cerita-cerita itu sebagai sebuah kumpulan untuk bacaan umum daripada cerita-cerita

5 Naskhah Schoeman hal. 137. 6 Menurut Prof. Emeritus S. Singaravelu (Universiti Malaya) di selatan India imej "Jaina" adalah watak yang licik )

(komunikasi lisan). 7 Lihat J. Gonda, Sanskrit in Indonesia hal. 238 ( nota 68) 8 Loc. cit. Dalam A Dictionary of Urdu, Class ical Hindi and English oleh John T. Platts, ( L<.:.".. ) merujuk kepada " An

expression of having more than one meaning" (ha1.39 I ) 9 A Malay - English Dictionary ( cetakan 1995) hal. 460

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

Tajllk Hikayal Pelal1dllk Jel1aka: Naskhah Yang Ters impal1 di Jermal1 Baral / 7

yang dikumpul secara lisan. 1O Sejak itu, perkataan jenaka telah terpahat dalam perbendaharaan kata Melayu sebagai bermakna suatu yang lucu atau menggelikan hati. Sebuah akhbar Melayu dalam tahun tiga puluhan dulu menamakan mast-headnya sebagai Warta Jenaka dengan watak "Wak Lacuk", olahan pengarangnya Abdul Rahim Kajai, yang membawa nada lawak kepada akhbar itu." Perkataan "jenaka"sudah wujud dalam perbendaharaan kata Melayu sejak 1736 dengan tersenarainya Hikayat Pelanduk lenaka dalam kumpulan hikayat-hikayat Melayu oleh Wemdly. Walau apa pun asal usulnya, perkataan Jenaka telah hidup dalam perbendaharaan kata Melayu dengan dasar sebagai sesuatu yang lucu dan menggelikan hati , dan secara amnya diaplikasikan kepada pelbagai situasi yang menggeletek hati kita. Naskhah Hikayat Pelanduk lenaka yang dibicarakan ini, walaupun mengandungi ciri-ciri kelucuan , tipu daya, kepintaran dan merancang sesuatu helah, yang dijadikan tumpuan dan sorotan ialah kebijaksanaan protogonisnya, iaitu Pelanduk Jenaka. Keistimewaan pelanduk di sini adalah kebijaksanaanya , dan ini saya rasa adalah moral hikayat ini , iaitu suatu petunjuk kepada yang mahu memainkan peranan penting dalam masyarakat seperti raja dan pemimpin, dan bukan semata-mata untuk berhibur dengan yang lucu dan menggeletek hati.

Perkataan kedua yang umum melibatkan naskhah-naskhah ini ialah perkataan yang disalin sebagai kaus ( v} ), Walhal, seperti yang dibangkitkan oleh Winstedt, mungkin juga sebenarnya paus atau pusu ( v '; ), iaitu perbezaan cuma pada bilangan titik pada rumah ( j ). Winstedt menarik perhatian bahawa apa yang terdapat pada naskhah-naskhah yang telah diusahakan selalunya dirujuk kepada perkataan-perkataan Arab atau Sanskrit, iaitu sarna ada kaus atau pusu iaitu satu kependekan bagi pongsu sebenarnya. Perkataan pongsu yang bermakna busut yang juga terdapat pada naskhah Hikayat Seri Rama kepunyaan Archbishop Laud yang merupakan manuskrip Melayu tertua dan tersimpan di perpustakaan Universiti Cambridge. 12 Sementara tiga lagi mikrofilem di Pusat Manuskrip Melayu masing-masing mengemukakan bacaan tersendiri . Mikrofilem MKM 5609 mengemukakan yang penuhnya ( .!1~ v y-! ) atau ( .!1~ v'; ) (pusujettaka atau pusujentaka); MKM 1691 daripada manuskrip Melayu di India Office Library membawa bacaan pongsu yang dinamainya pongsu jentaka ( .!.I~ ~ ); dan MKM 4705 daripada manuskrip Melayu di The John Rylands University Library of Manchester mengemukakan Kaus Padang Jenaka (.!.I~ t.:l\! v}),

Manuskrip yang terakhir ini tercatat pada Oktober 1837, atau 1242 Hijrah , semen tara manuskrip daripada India Office Library pada Hijrah 1228, dan MKM 5609 tidak lengkap. Sebenarnya seperti yang dikatakan Winstedt tempat Pelanduk Jenaka bersemayam sepatutnya pusu ( v'; ) , pongsu ( ~ ) dan diikuti dengan jentaka ( !.H;.;.~) ataupun janttaka ( !.l~ ). Kamus Melayu-Inggeris Wilkinson di bawah kemasukan kaus menyenaraikan lima makna, tiga daripada bahasa Arab, satu bahasa

10 Cerita-cerita Jenaka, terbitan Methodist Publishing House, 1908. II Lihat kemasukan-kemasukan " Abdul Rahim Kajai" ( Jilid I hal. 43 .-44 dan "Warta Jenaka" ( Jilid IV, hal. 2588-2589)

dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 12 History of Classical Malay Literature, ha1.l2

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 10: Jurnal Filologi Melayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4620/3/JFM... · 2019. 12. 12. · Tajuk Hikayat Pelanduk Jenaka: Naskhah Yang Tersimpan di Jerman Barat Pengenalan

8 I iI/mal Filalogi MelaYI/ . Jilid 13.2005

Inggeris dan satu BelandaY Yang paling dekat dengan konsep takhta raja ialah daripada bahasa Inggeris yang membawa makna "couch" atau "settee". Saya sendiri, waktu kecil dulu, teringat bahawa keluarga say a selalu merujuk kepada kerusi sandar daripada kayu dengan anyaman rotan pada tempat bersandar dan meletakkan badan yang digunakan oleh ayah saya sebagai "kerusi kaus." Maka itu saya dengan tidak sedar mengaitkan "kaus" dengan tempat duduk atau singgahsana Pelanduk Jenaka apabila pertama kali membaca Hikayat Pelanduk lenaka dalam "Malay Literature Series" ke 13 oleh O.tDussek. '4 Satu lagi kemungkinan ialah makna daripada bahasa Arab, iaitu "kasut, terutama pakaian diraja ." Konsep ini dijelmakan pada ungkapan "kebawah kaus" apabila ditunjukkan kepada raja. Konsep takhta Pelanduk Jenaka adalah seperti di bawah telapak kakinya seperti juga konsep beraja dikalangan manusia.

Namun , walaupun pusu atau pongsu lebih bererti dengan makna busut yang juga terdapat pada naskhah-naskhah lain hikayat itu, bagi naskhah yang saya gunakan bagi edisi sekarang, iaitu naskhah Schoeman V,28 itu , saya mengekalkan bacaan kaus kerana jelas ditulis (u j). Kita seharusnya membicarakan isu perkataan-perkataan asas dalam hikayat ini secara terbuka, kerana asal usul kata jinaka dan jenaka penting walaupun proses kemudian menjadikannya sebuah perkataan yang bermakna lebih ke arah "menggelikan hati" dalam aplikasinya. Dalam cerita-cerita Pelanduk Jenaka, sifat kebijaksanaannya (sagacity) dan kepintaran (wit) yang difokus, bukan sekadar tipu atau yang melucukan. Begitu juga dengan kaus perkataan pusu atau pongsu mungkin lebih bermakna sebagai singgahsana Pelanduk Jenaka kerana mengikut tradisi Hindu atau Buddha, busut anai-anai banyak kaitannya dengan orang cerdik pandai seperti Vilmiki , yang dikatakan penulis Ramayana ,'5 namun kaus sebagai memenuhi konsep singgahsana raja tidak jauh larinya, baik sebagai takhta yang diduduki , mahupun sebagai alas kaki diraja.

Selain dua perkataan itu, secara umumnya cerita-cerita pelanduk cerdik mempamerkan gelaran-gelaran bagi binatang yang hebat-hebat. Versi-versi lain sangat kay a dengan sifat ini , tetapi naskhah yang dibicarakan tidak begitu istimewa, kecuali beberapa binatang yang diberi gelaran , kebanyakan binatang menggunakan nama-nama sendiri seperti badak, gajah, singa, kera, atau beruang. Dalam gelaran yang digunakan, tidak dinyatakan sarna ada binatangnya,seperti misalnya "Raja Sang Guna" atau "Raja Santaki ," yang apabila dirujuk pada naskhah-naskhah lain barulah diketahui identitinya. Selain itu , di kalangan sejenis binatang, terdapat gelaran-gelaran, seperti di kalangan semut terdapat susulan gelaran seperti juga di kalangan manusia. Dalam episod semut berperang dengan gajah , kita disajikan dengan strategi perang Raja Semut yang disokong oleh pembesar-pembesarnya terdiri daripada Menteri Keranggi, Pahlawan Canting, Tumanggung Api Yapi, Demang Rangsang, Patih Bongkok, (semuanya ha1.l28:8-9) serta Arya Salambada (131:11) . Begitu juga terdapat gelaran seperti "Lurah Kebayan" (hal. 76:) atau "Radin" sebagai penggilan kepada orang baik-baik (hal.l13:6). Jikalau dibandingkan dengan cerita lebih pendek yang merupakan cerita

13 A Malay-Engli sh Dictionary, ha1.51 7-51 8 14 Hikayat Pelanduk iaitu Hikayat Sang Kanchil, Cherita Pelanduk Dengan Anak Memerang, Hikayat Pelanduk Jenaka ,

Singapore, 1932 15 Penerangan daripada Prof. Emeritus . S . Singaravelu ( komunikasi li san).

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA