hijrah rasulullah saw 1

5
TAJUK : HIJRAH RASULULLAH S.A.W Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... (KATA ALUAN) Awal kalam dengan Nama Rabbul Izzati Solawat dan salam kepada junjungan Nabi dimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi, Hadirin sekalian Di pentas bercerita kita bertemu lagi. Yang dimuliakan; Tuan pengerusi yang petah berbicara Panel hakim yang arif sentiasa Penjaga masa yang siap siaga Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya, Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya, Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah HIJRAH RASULULLAH S.A.W Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Nasyid Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan. ( ISI 1 ) Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah. Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah. Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah . Di sini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kawan-kawan, hal ini tidak seperti masyarakat pada hari ini, kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan meminta izin terlebih dahulu

Upload: alisya-syirazi

Post on 10-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

gytgtgtg

TRANSCRIPT

TAJUK : HIJRAH RASULULLAH S.A.W Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....(KATA ALUAN)Awal kalam dengan Nama Rabbul IzzatiSolawat dan salam kepada junjungan Nabidimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi,Hadirin sekalianDi pentas bercerita kita bertemu lagi. Yang dimuliakan;Tuan pengerusi yang petah berbicaraPanel hakim yang arif sentiasaPenjaga masa yang siap siaga

Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya,Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah HIJRAH RASULULLAH S.A.W Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan, NasyidHijrah itu persaudaraan,Hijrah membentuk perpaduan.( ISI 1 )Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah. Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah.

Di sini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kawan-kawan, hal ini tidak seperti masyarakat pada hari ini, kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja. Jadi kawan-kawan, kita sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta izin dan restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu mendapat restu dan rahmat daripada Allah.TINGGI MEMANJAT SI POHON KELAPAASYIK MEMANJAT KAKI TERLEKATPANTUNMINTALAH IZIN IBU DAN BAPAINSYAALLAH HIDUP PASTI NAN BERKAT

( ISI 2 )Rakan-rakan sekalian,Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab itulah perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan. Antaranya pada malam sebelum baginda bertolak, baginda tahu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda. Baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Baginda keluar menuju ke selatan walaupun hakikatnya Madinah berada di utara. Selain itu, baginda juga tidak terus ke Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi:

Ertinya : mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Begitulah dengan kita hari ini kawan-kawan, kita hendaklah membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu perkara. Hal ini akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang ditonjolkan oleh pelajar cemerlang SPM 2008 iaitu NIK NURMADIHAH NIK MOHD KAMAL yang memperoleh 20A ....( ISI 3 )Warga dewan dan sidang pendengar yang budiman,Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda juga sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108: Ertinya : Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya.

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah. Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi dengan penuh kegembiraan. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim. Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Kawan-kawan, berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran Islam. Sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling penting dan utama dalam kehidupan kita ya kawan-kawan.( ISI 4 )Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandungAllah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanyaRasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang berbunyi : Ertinya : Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;.

Baginda juga mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama lain. Kemudian baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan Ansar. Penyatuan ini dimeterai dalam satu perjanjian yang agung yang dinamakan Piagam Madinah.

Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini ya kawan-kawan seolah-olah melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita pula akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni. Selaras dengan firman Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Maidah ayat 2 yang berbunyi: Ertinya: dan tolong-menolonglah kamu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).[PENUTUP][NASYID]-RABBANIBacalah..sebutlah dengan namatuhan yang menciptakansegala kejadian di duniabacalah ..tulislah dengan penawahyu yang diutuskanrisalah kebenaran untuk insan

BULUH BERKATAM BAWA BERTONGKATTONGKAT TRADISI WARISAN ZAMANHIJRAH RASULULLAH PERISTIWA HEBATBAWA PERUBAHAN SEPANJANG ZAMAN

NUN DI SANA INDAHNYA PELITASAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBARAKHIR KATA, TAMATLAH CERITAAMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR

Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.