tuduhan terhadap perkahwinan rasulullah saw & jawapan terhadapnya

5
 Tuduhan Terhadap Perkahwinan Rasulullah Saw dan Jawapan Terhadapnya  Poligami sudah wujud sebelum kedatangan Islam 1. Poligami ialah perkahwinan seseorang dengan lebih dari seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama,seorang lelaki berkahwin lebih dari seorang wanita.Dan kedua, seorang wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki (poliandri) // Kamus Dewan (2002),Edisi ke 3,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur. 2. Dalam Islam, poligami terhad hanya kepada 4 orang isteri diikuti dengan syarat dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali. 3. Poligami bukanlah satu perkara baru di dunia.Setiap kitab agama,ada menyentuh mengenai poligami.Kitab-kita b seperti Veda, Ramayanan, Maha bharat, Geetha, Talmud atau Bible ada menyentuh pasal poligami.Malah,kitab-kitab ini tidak menghadkan  jumlah isteri yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki .Hanya kemudian, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu . 4. Poliandri ( seorang perempuan berkahwin dengan ramai lelaki ) biasanya diamalkan di negara India dan juga Rusia.Melalui poliandri,seorang perempuan boleh berkahwin dengan berapa ramai lelaki yang mereka mahukan.Tetapi lelaki tersebut mestilah mempunyai hubunga n kekeluargaa n dengan si perempuan.A malan ini sangat terkenal bagi masyarakat India terutamanya di bahagian utara dan selatan.

Upload: fizikrmedia

Post on 22-Jul-2015

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tuduhan Terhadap Perkahwinan Rasulullah Saw dan Jawapan TerhadapnyaPoligami sudah wujud sebelum kedatangan Islam

1. Poligami ialah perkahwinan seseorang dengan lebih dari seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama,seorang lelaki berkahwin lebih dari seorang wanita.Dan kedua, seorang wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki (poliandri) // Kamus Dewan (2002),Edisi ke 3,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur. 2. Dalam Islam, poligami terhad hanya kepada 4 orang isteri diikuti dengan syarat dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali. 3. Poligami bukanlah satu perkara baru di dunia.Setiap kitab agama,ada menyentuh mengenai poligami.Kitab-kitab seperti Veda, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible ada menyentuh pasal poligami.Malah,kitab-kitab ini tidak menghadkan jumlah isteri yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki .Hanya kemudian, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu . 4. Poliandri ( seorang perempuan berkahwin dengan ramai lelaki ) biasanya diamalkan di negara India dan juga Rusia.Melalui poliandri,seorang perempuan boleh berkahwin dengan berapa ramai lelaki yang mereka mahukan.Tetapi lelaki tersebut mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si perempuan.Amalan ini sangat terkenal bagi masyarakat India terutamanya di bahagian utara dan selatan.

5. Manakala poligami,perkahwinan begini telah diamalkan oleh manusia sebelum kedatangan Islam lagi.Poligami telah berlaku di beberapa negara seperti India ,Mesir ,China ,Jerman,Rusia,Swiss,England,Belanda,Austria,Denmark dan banyak lagi.Maka,tidaklah wajar jika menuduh Islam adalah agama yang menganjurkan poligami padahal ia telah pun diamalkan sejak sekian lama .

Poligami masyarakat Arab di zaman Nabi1. Pada zaman Rasulullah saw,poligami ialah perkara biasa bagi masyarakat di zaman itu.Malah seorang lelaki boleh berkahwin dengan berpuluh-puluh orang wanita.Perkara ini tidaklah janggal pada waktu itu tetapi janggal pada waktu kini (kerana perubahan masa dan sosial masyarakat). 2. Umpamanya,seorang sahabat Nabi yang bernama Qais Bin Tsabit ketika beliau memeluk Islam,beliau mempunyai 8 orang Isteri,manakala seorang lagi sahabat bernama Naufal Muawiyah pula memiliki 10 orang isteri.Keadaan ini bukanlah pelik pada waktu itu kerana sudah pun menjadi tradisi dan kebudayaan sejak sekian lamanya.

Isteri Nabi semua janda dan tua melainkan Aishah

1. Banyak kritikan dan fitnah telah dilemparkan oleh Orientalis terhadap poligami Islam.Kononnya, poligami ialah perbuatan jenayah dan kezaliman terhadap wanita. Menurut mereka,poligami menjadi punca bertambahnya keturunan dan terabainya pendidikan anak-anak.

2. Tuduhan-tuduhn ini menunjukkan,seolah-olah Islamlah satu-satunya agama yang menganjurkkan poligami.Malah,mereka turut mempersendakan Rasulullah Saw kerana berkahwin dengan ramai wanita.Mereka juga menuduh Rasulullah menghadapi Pedophilia kerana mengahwini Aishah yang masih kecil. 3. Nah,untuk menjawab persoalan ini,editor sudah pun menyatakan, setiap perkahwinan Rasul ada sebab untuk berlaku.Ia bukanlah perkahwinan suka-suka untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah.Perkara ini turut diperakui sendiri oleh orang Barat yang bukan beragama Islam. 6. Caesar E. Farah telah menulis seperti berikut: "In the prime of his youth and adult years Muhammad remained thoroughly devoted to Khadijah and would have none other for consort".Manakala seorang lagi professor dari pusat penyelidikan agama yang bernama John L. Esposito, telah mengatakan, hampir keseluruhan perkawinan Nabi Muhammad SAW mempunyai misi sosial dan politik // Islam The straight Path, Oxford University, 1988

4. Berdasarkan kata-kata Caesar E.Farah,pendapat beliau memang selari dengan sirah.Kalau ada dikalangan manusia yang menfitnah Nabi sebagai orang yang gilakan seks,mereka perlu merenung kembali sirah.Dengan siapa Nabi berkahwin buat pertama kalinya? 5. Tentunya Khadijah yang jauh lebih tua daripada Nabi sebanyak 15 tahun.Kemudian isteri yang kedua,juga seorang yang sudah tua.Lihat pula isteri-isteri baginda yang lain ,kesemuanya adalah Janda kecuali Aisha seorang sahaja yang

perawan.Rasionalnya,seseorang yang mengalami kegemaran seksual tidak akan memilih orang-orang tua ataupun janda sebagai pilihan hatinya. 6. Selama 25 tahun perkahwinan Rasulullah Saw dengan Siti Khadijah,baginda tidak pernah meminta kepada Siti Khadijah untuk berkahwin lain.Padahal,di zaman itu adalah lumrah bagi masyarakat Arab untuk berkahwin dengan ramai wanita. 7. Setelah Khadijah meninggal dunia,baginda tidak terus berkahwin lagi.Setelah 5 tahun kemudiannya,iaitu sekitar umur baginda 53 tahun,barulah Baginda berkahwin lagi dengan wanita lain.Itupun dengan seorang wanita tua berumur 65 tahun.!Justeru,tuduhan yang mendakwa Rasulullah Saw sebagai seorang yang gilakan seks boleh dijawab menggunakan hujah isteri Baginda yang pertama dan kedua sahaja.

Nabi berkahwin banyak ada sebab1. Selain itu,selaku Rasul yang menjadi rujukan bagi seluruh ummat manusia,berkahwin lebih dari seorang wanita mempunyai tujuannya sendiri.Setiap perkahwinan Rasulullah Saw mempunyai motifnya samada bersifat politik ataupun ,bermotifkan sosial.Kesemuanya mengandungi tujuan yang mengandungi unsur kemanusiaan,pendidikan,politik dan juga tasyri. . 2. Tidaklah wajar para orientalis hanya mengkritik al-Quran.Sudahkah mereka lupa,sebenarnya kitab Hebrew dan Bible juga ada menganjurkan poligami?Tambahan pula,dalam kes Nabi Sulaiman As,baginda mempunyai berganda-ganda jumlah isteri berbanding Nabi Muhammad Saw. // Bible menyatakan Nabi Sulaiman berkahwin dengan 300 orang wanita secara akad nikah,dan secara mutah dengan 700 orang hamba. Nabi Daud As pula mempunyai 99 orang isteri. 3. Adakah perkara ini disedari oleh Orientalis?Mengapa mereka terus menerus mencari kesalahan dan keburukan rumah tangga Baginda?Kita mempunyai banyak hujah yang bernas untuk menepis dakwaan-dakwaan salah mereka.Ya,kita ada hujah.

FizikrMedia.com // Tuduhan terhadap perkahwinan Rasulullah & jawapan terhadapnya