seratus sunnah rasulullah saw

Upload: ewan-eifa

Post on 19-Jul-2015

105 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

SERATUS SUNNAH RASULULLAH

Himpunan:

Ibnu Al-Faruk

-1-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

SERATUS SUNNAH RASULULLAH

Himpunan:

Ibnu Al-FarukAlih Bahasa Oleh:

Ahmad Bin Abdul Rashid B.A. (Hons)Universiti Islam Madinah Arab Saudi Dakwah dan Usuluddin

-2-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI.

-3-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

KANDUNGAN Prakata Penterjemah Sunnah Tidur Sunnah Wduk dan Sembahyang Sunnah Puasa Sunnah Musafir Sunnah Pakaian dan Makan Sunnah Zikir dan Doa Sunnah Perbagai

HALAMAN

-4-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

PRAKATA PENTERJEMAH

Saya terjemahkan Buku Seratus Sunnah Nabi ini sebagai menyuburkan rasa cinta terhadap baginda, selain ia memudahkan beramal dengan amalan Rasulullah SAW dan mengembirakan terhadap mereka cintakan sunnah baginda. Buku ini dibukukan dalam bentuk buku kecil bagi memudahkan dibawa bersama ke mana sahaja. Adalah diharapkan dengan amalan sunnah ini menjadikan kita tergolong dalam golongan yang menghidupkan sunnah SAW kerana sunnah-sunnah ini boleh menyemarakan kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagaimana sabda Rasulullah SAW di bawah ini.

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Wahai anakku jika kamu boleh berada pada pagi dan petang dengan tiada di hatimu penipuan terhadap seseorang, lakukanlah. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai anakku, demikan juga dari sunnahku, sesiapa yang menghidupkan sunnahku, ia telah cinta padaku dan sesiapa yang cinta padaku ia pasti bersamaku dalam Syurga. ( Riwayat Tarmizi ) :Sabda baginda lagi

-5-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Setiap amalan ada keburukan dan setiap keburuk kesusahan. Sesiapa yang bersusah-payah kepada sunnahku ia pasti berjaya dan sesiapa yang bersusah payah kepada selain dari itu ia pasti celaka. (Riwayat Ahmad ) Semoga buku kecil ini mendatang manfaat untuk semua. Ahmad bin Abdul Rashid [email protected]

-6-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

Sunnah Semasa Tidur1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

... Maksudnya: Daripada Barra' bin Azib RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu hendak ke tempat perbaringan, berwuduklah sebagaimana wuduk untuk sembahyang kemudian baringlah di atas lambung kanan... ( Riwayat Muttafaqun Alaihi) 2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

Maksudnya: Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali. (Riwayat Bukhari )

-7-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

Maksudnya: Daripada Ali katanya: Fatimah RA mengadu tentang apa yang terjadi pada tangannya sebab menggiling. Beliau pergi mengadap Rasulullah SAW untuk memohon seorang pembantu tetapi baginda tiada.beliau meninggalkan pesan terhadap Aisyah. Apabila Rasulullah SAW kembali Aisyah memberitahu baginda. Kata Ali RA: Baginda datang menemui kami di tempat tidur, lalu aku berdiri untuk menyambut. Baginda bersabda: duduklah, lalu baginda dua bersama kami sehingga aku dapati kaki baginda terasa sejuk di atas dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu berdua apa yang lebih daripada pembantu? Apabila kamu ke hamparan tidur atau tempat berbaring

kali, bertasbih (33 ( kali dan bertahmid ( 33 ( kali. Ini lebih baik bagi kamu daripada pembantu.bertakbirlah ( 33 ( Kata Ibnu Sirin tasbih adalah sebanyak 34 kali. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam

:

-8-

Seratus Sunnah Rasulullah SawMaksudnya: Daripada Ubadah bin al-Shamad RA: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bangun pada malam lalu ia membaca:

( Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada bagiNya, bagiNya kerajaan dan kepujian, Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Segala puji-pujian hanya untuk Allah,,Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.) Kemudian ucap:

( Ya Allah! Ampunkanku ) dan kalau ia berdoa pasti

mustajab doanya dan jika ia berwuduk kemudian sembahyang pasti diterima sembahyangnya. (Riwayat Bukhari) 5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur

Maksudnya: Daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA katanya Rasulullah SAW bersabda: kamu berbaring di tempat tidur bacalah: Apabila

( Dengan namaMu ya Allah aku mati dan hidup ). Dan apabila bangun dari tidur bacalah:

Segala puji-pujian bagi Allah Yang Menghidupkan( membangunkan ) kami setelah kami mati (mati) dan kepada-Nya kami dibangkitkan. ( Riwayat Bukhari)

-9-

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

Sunnah Wuduk dan Sembahyang6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

Maksudnya: Daripda Abdullah bin Zaid bin Asim al-Ansari, dia adalah sahabat, katanya: ia diminta untuk mengajar cara wuduk Rasulullah SAW lalu ia minta satu bekas air. Ia tuang ke atas dua belah tapak tangannya. Dicucinya tiga kali kemudian ia memasukkan tangannya lalu dikeluarkannya , dia berkumur dan menghisap air ke dalam hidung dengan satu tapak tangan. Dia lakukan seperti demikian sebanyak tiga kali. ) Riwayat Muslim ( 7- Berwuduk Sebelum Mandi

Maksudnya:

- 10 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila mandi jenabah baginda memulakan dengan membasuh dua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk sembahyang selepas itu dimasukan jejari dalam air lalu mengosok-gosok hingga pangkal rambut. Selepas itu dijirus air ke atas kepada tiga kali dengan tiga cedukkan kedua belah tangannya. Kemudian meratakan air keseluruh badan baginda. ) Riwayat Bukhari ( 8-Baca Doa Selepas Wuduk

Maksudnya: Umar berkata: Aku nampak kamu datang mendahului. Katanya, sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian mengucap:

(aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan rasulnya). Pasti terbuka pintu Syurga yang lapan dan ia boleh masuk mana yang ia suka. (Riwayat Muslim ) ** Setelah itu baca doa selepas berwuduk iaitu:

Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yang sentiasa bertaubat dan .orang-orang yang sentiasa bersuci ( Riwayat Tarmizi ) 9-Jimat Penggunaan Air

Maksudnya: Kata Ibnu Jabr aku mendengar Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW mandi dalam kadar satu gantang hingga lima cupak dan berwuduk dengan satu cupak air.

- 11 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw)Muttafaqun Alaihi ( 10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini kemudian ia sembahyang dua rakaat tanpa diselangi percakapan, pasti Allah ampunkan dosanya yang terdahulu. (Riwayat Muttafaqun Alaihi dari Humran hamba Othman ) 11-Menjawab Seruan Azan

... Maksudnya: Daripada Umar bin al-Ash RA katanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar Muazzin hendaklah kamu ucap sebagaimana ia ucap kemudian berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya sesiapa yang selawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali... ( Riwayat Muslim) Selepas berselawat, ia hendaklah berdoa:

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda: Selepas ia selawat kepadaku ia membaca:

- 12 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Ya Allah! Yang memiliki seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, ) berikanlah Muhammad Wasilah dan keistimewaan serta bangkitkanlah dia dalam ( .kedudukan yang terpuji yang Engkau janjikan kepadanya Pasti ia boleh memperolehi syafaatku pada hari Kiamat. ( Riwayat Bukhari ) ** Dengan menjawab azan dan doa selepasnya membolehkan seseorang itu mendapat syafaat Rasulullah SAW 12- Banyak Bersugi

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Kalau tidak kerana memecahkan umatku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap kali sembahyang. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( ** Termasuk dalam sunnah bersugi pada setiap kali bangun dari tidur, ketika berwuduk, berubah bau mulut, membaca al-Quran, dan masuk rumah. 13- Ke Masjid Awal

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah manusia itu tahu tentang kelebihan seruan azan dan saf pertama kemudian ia tidak dapat melainkan terpaksa berkongsi mereka pasti akan berkongsi. Kalau manusia tahu tentang kelebihan datang awal pasti mereka berlumba-lumba kepadanya. Kalau manusia tahu tentang Isyak dan subuh pasti mereka pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( - 13 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan perkara yang menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Para sahabat berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakan wuduk daripada yang keji, banyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang selepas sembahyang demikian itu adalah berkait. )Riwayat Muslim ( 15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

Maksudnya: Abu Hurairah berkata: aku mendengar Rasulullah bersabda: Apabila didirikan sembahyang, jangan kamu pergi secara berlari-lari. Pergilah dengan berjalan, hendaklah kamu sentiasa tenang, apa yang kamu sempat, kamu sembahyang dan apa yang terlepas sempurnakanlah. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

Maksudnya: Daripada Abu Humaid atau Abu Usaid RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu masuk masjid hendaklah ia ucap: - 14 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Ya Allah! Bukakanlahuntukku pintu-pintu rahmat-Mu. Dan apabila keluar hendaklah ia ucap:

Ya Allah! Daku mohon kelebihan-kelebihan daripadaMu. ( Riwayat Muslim ) 17- Sembahyang Berhadang

Maksudnya: Daripada bapa Musa bin Talhah katanya, Rasulullah SAW berkata: Apabila seseorang kamu telah meletakkan di hadapannya seperti hujung pelana kuda, hendaklah ia terus sembahyang dengan tiada mempedulkan siapa yang berlalu di belakangnya itu. (Riwayat Muslim ) ** Sutrah adalah penghadang yang diletakkan di hadapan orang yang sedang bersembahyang, ia seperti dinding, tiang, atau lainnya dan (muakhkhir ul rahl) hujung pelana adalah yang tinggi lebih kurang sehasta. 18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

Maksudnya: Daripada Abu az-Zubir katanya, dia mendengar Tawus berkata kepada Ibnu Abbas RA tentang duduk iq a'k atas dua kaki. Ibnu Abbas berkata: Ia adalah termasuk dalam

- 15 -

Seratus Sunnah Rasulullah Sawsunnah. Kami kata lagi: Kami nampak ia ( duduk iq' ak) macam orang bengis. Kata Ibnu Abbas: Bahkan ia adalah sunnah nabi kamu. (Riwayat Muslim ) ** Iq'ak adalah duduk ketika berada di antara dua sujud iaitu dengan merapatkan dua belah kaki dan duduk atas dua tumit dengan didirikan dua belah kaki serta jari-jari kaki mengadap kiblat walaupun begitu duduk iftirasy lebih afdhal iaitu duduk atas tapak kaki kiri dan kaki kanan didirikan. 19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir

Maksudnya: Abu Humaid al-Saidi katanya: Aku lebih hafaz daripada kamu berkenaan sembahyang, aku nampak baginda apabila bertakbir, dua belah tangan baginda separas bahu, apabila rukuk, dua tangan baginda mencengkam lutut kemudian mematahkan belakangnya apabila mengangkat kepala dengan lurus sehingga setiap tulang-tulang berada di tempatnya ( bangkit berdiri tegak ). Apabila sujud, tangan tidak dibaringkan di lantai, tidak menggengam, semua jari-jari kaki mengadap kiblat. Apabila duduk pada rakaat kedua duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan didirikan. Apabila duduk pada rakaat akhir, kaki kiri di bawah kaki kanan yang dirikan dan duduk di atas lantai. (Riwayat Bukhari ) 20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

... - 16 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: kami bersama Rasulullah SAW dalam semabahyang.... Rasulullah SAW bersabda: ucaplah:

( Semua ucapan penghormatan,selawat dan yang baik-baik untuk Allah. Salam sejahtera, rahmat dan keberkatan Allah ke atas kamu wahai nabi. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh) Apabila kamu ucapnya, semua makhluk di langit, di antara langit dan di bumi mendapat bahagian dalam keselamatan. Dan ucap,

( aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya). Selepas itu ia boleh pilih untuk berdoa dengan doa yang ia paling tertarik. )Riwayat Bukhari ( ** Ini adalah salah satu dari tiga bentuk bacaan tahyat dari riwayat yang shahih.. 21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib

Maksudnya: Daripada Umul Habibah RA isteri Rasulullah SAW katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesiapa daripada kalangan orang Islam yang melakukan sembahyang sunat setiap hari sebanyak dua belas rakaat selain yang fardhu melainkan Allah bina untuknya sebuah istana dalam syurga. ( Riwayat Muslim) ** Sunat rawatib bilangannya dua belas rakaat sehari semalam iaitu empat rakaat sebelum sembahyang fardhu zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum subuh.

- 17 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw22- Sembahyang Dhuha

Maksudnya: Daripada Abu Zar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Setiap pagi, sendi seseorang kamu memerlukan satu sedekah, setiap tasbin sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, menyuruh kepada kebaikan sedekah, mencegah mungkar sedekah, dan digantikan demikian dengan sembahyang dua rakaat dhuha. )Riwayat Muslim ( ** Waktu yang afdhal untuk sembahyang dhuha iaitu setelah matahari tinggi memanas dan kesudahannya apabila gelingcir matahari dengan masuk waktu zohor, sekurangkurang bilangan rakaat adalah dua rakaat, boleh ditunaikan hingga lapan rakaat sebagaimana terdapat dalam beberapa riwayat. 23-Qiyamullail

.. ... Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW ditanya: Manakah sembahyang yang lebuh afdhal selepas sembahyang fardu? Baginda bersabda: Sembahyang yang lebih afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang tengah malam )Riwayat Muslim ( 24- Sembahyang Witir

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jadikanlah sembahyang malam yang berakhir dengan witir. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) - 18 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

Maksudnya: Diajukan soalan kepada Anas bin Malik: Adakah nabi SAW bersembahyang dengan memakai dua belah saliparnya? Dia menjawab: Ya! (Riwayat Muslim) ** Walaupun sunnah memakai salipar dalam sembahyang tetapi bagi masjid yang dibentangkan dengan permaidani yang indah-indah tak patut kita pakai salipar atau kasut di dalamnya. Kita boleh memakai salipar dalam sembahyang di tempat yang bersesuaian seperti ketika berkelah di pantai, hutan, di tepi jalan , dalam kebun, di padang dan sebagainya.

26- Sembahyang Di Masjid Quba

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar RA katanya Rasulullah SAW pergi ke masjid Quba' kadangkadang menunggang dan kadang-kadang berjalan kaki. Ibnu Numair menambah daripada hadis Nafi katanya: Baginda sembahyang dalamnya dua rakaat. )Muttafaqun Alaihi ( 27- Sembahyang Sunat Di Rumah

Maksudnya: Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menunaikan sembahyang di masjid, hendaklah ia jadikan juga rumahnya ada bahagian sembahyang kerana Allah akan menjadikan di rumahnya yang ada sembahyang kebaikan. ) Riwayat Muslim(

- 19 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw28-Sembahyang Istikharah

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW mengajar kami tentang sembahyang Istikhara dalam semua urusan sebagaimana baginda mengajar surah dalam al-Quran. Apabila selesai sembahyang Istikharah hendaklah ia membaca doa seperti berikut:

) Sebutkan hajat( )Sebutkan hajat ( Ya Allah, aku mohon pilihanMu dengan ilmuMu, kemampuan dengan kudratMu dan kurniaMu yang Maha Agung kerana sesunggunhnya Engkau Maha berkuasa dan aku berdaya, Engkau Maha Mengetahui, aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika menurut ilmuMu bahawa urusan ini baik bagiku, baik untuk agama mahupun dunia dan akhiratku sama ada lambat atau cepat takdirkanlah ia bagiku, mudahkanlah bagiku, berkatilah bagiku. Dan jika menurut ilmuMu bahawa urusan ini buruk bagiku, agama, dunia dan akhiratku sama ada lambat atau cepat - 20 -

Seratus Sunnah Rasulullah Sawjauhkanlah daripadaku hindarkanlah daripadaku dan takdirkan untukku kebaikan dari manapun datangnya dan jadikan aku reda menerimanya. Kemudia ucapkan hajat selepas (

) (Riwayat Buhkari )

29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

Maksudnya: Daripada Jabir bin Samurah RA katanya Rasulullah SAW apabila selesai sembahyang subuh, baginda di tempat sembahyang sehingga terbit matahari dalam keadaan baik. )Riwayat Muslim ( 30- Mandi Hari Jumaat

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba seseorang kamu pada hari Jumaat, hendaklah ia mandi. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( 31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat, para malaikat berada di pintu masjid, mereka menulis yang hadir awal adalah diawalkan. Perumpamaan yang hadir awal, mereka itu diumpamakan seperti mengorbankan seekor unta, yang berikutnya umpama seekor lembu, berikutnya seekor kambing kibas, seekor

- 21 -

Seratus Sunnah Rasulullah Sawayam, dan yang terakhir adalah umpama mengorbankan sebiji telur. Apabila imam keluar, mereka menutup buku catatan dan mendengar peringatan dari kutbah. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( 32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW menyebut tentang hari Jumaat, baginda bersabda: Pada hari Jumaat ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba sedang ia bersembahyang kemudian ia memohon sesuatu daripada Allah Taala melainkan diberi padanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda. )Riwayat Muttafaqun Alaihi( 33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

Maksudnya: Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW pada hari raya baginda pergi dan balik masjid melalui jalan yang berlainan. (Riwayat Buhkari ) 34- Sembahyang Jenazah

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyaksikan jenazah hingga disembahyangkan ia mendapat satu qirat dan sesiapa yang menyaksikannya hingga dikebumikan ia mendapat dua qirat. Ditanya kepada baginda: Apa itu qirat? Baginda bersabda: Ia seperti dua gunung yang besar. )Riwayat Muslim(

- 22 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw** Dalam riwayat lain ada menyebut satu qirat adalah sebesar gunung Uhud 35- Ziarah Kubur-kubur

Maksudnya: Daripada bapa Abdullah bin Buraidah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, sekarang kamu ziarahilah kubur. (Riwayat Muslim )

- 23 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

Sunnah Puasa36- Sahur

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW besabda: Sahurlah kamu semua kerana dalam sahur ada keberkatan. ( Riwayat Muttafaqun Alaihi) 37- Segera Berbuka Puasa

Maksudnya: Daripada Sahl bin Sa'd RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Manusia sentiasa dalam keadaan kebaikan apabila mereka bersegera membuka puasa. ( Riwayat Muttafaqun Alaihi) 38-Menghidupkan Ramadhan

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan kesempurnaan, pasti di ampunkan dosa yang telah terdahulu. - 24 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw( Riwayat Muttafaqun Alaihi) 39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari ) 40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

Maksudnya: Daripada Abu Ayub al-Anshari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan kemudian diikuti enam hari dalam bulan Syawal, ia seolaholah berpuasa sepanjang masa. )Riwayat Muslim ( ** Boleh puasa pada mana-mana hari sepanjang bulan syawal sama ada berturut atau berselang hari mengikut keselesaan. 41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, kekasihku mewasiatkanku agar tidak meninggalkan hingga mati, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang dhuha dan sembahyang witir. )Riwayat Muttafaqun Alaihi( ** Di antaranya puasa pada 13,14 dan 15 setiap bulan hijriah.

- 25 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw42- Puasa Hari Arafah

Maksudnya: Daripada Abu Qatadah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya setahun yang lalu dan setahun akan datang. )Riwayat Muslim ( ** Hari Arafah adalah 9 Zulhijjah 43- Puasa Hari Asyura

Maksudnya: Daripada Abu Qatadah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Asyura, Allah akan menghapuskan dosanya setahun yang lalu. )Riwayat Muslim (

** Sunat berpuasa pada 9,10,11 atau, 9 dan 10, atau 10 dan 11 Muharam atau sepuluh Muharam sahaja.

- 26 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

Sunnah Dalam Musafir44- Pilih Seorang Ketua

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiga orang dalam pengambaraan, heandaklah mereka melantik seorang sebagai ketua. (Riwayat Abu Daud) 45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: Apabila melalui tempat tinggi kami bertakbir dan bertasbih apabila menuruni ke tempat rendah. )Riwayat Bukhari( 46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat

Maksudnya: Daripada Khaulah binti Hakim as-Salim RA katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang turun singgah di tempat singgahan kemudian membaca:

- 27 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan yang telah dicipta) Ia tidak ditimpakan bahaya sehingga beredar dari tempat itu (Riwayat Muslim) 47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir

Maksudnya: Daripada Ka'b bin Malik RA katanya Rasulullah SAW apabila kembali dari musafir baginda pasti singgah di masjid lalu sembahyang di dalamnya. )Riwayat Muttafaqun Alaihi (

- 28 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Sunnah Ketika Pakai Pakaian Dan Makan48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

Maksudnya: Daripada Abi Said al-Khudri katanya, Rasulullah SAW apabila mendapat baju, baginda menamakannya dengan namanya sama ada kemeja labuh atau sarban. Kemudian baginda berdoa:

(Ya Allah, bagiMu pujian. Engkau memberiku pamakaian. Aku memohonMu dari kebaikannya dan kebaikan dari apa yang diperbuatkan baginya, aku berlindung denganMu dari keburukannya dan keburukan dari apa yang diperbuatkannya.) )Riwayat Abu Daud ( 49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang itu memakai alas kaki, hendaklah ia memulakan dengan kaki kanan dan apabila ia menanggalkannya hendaklah memulakan dengan kaki kiri. Apabila memakai hendaklah ia memakai kedua belah kaki dan apabila menanggalkannya hendak menanggalkan kedua-dua belah kaki. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 50- Baca Bismillah Ketika Makan

Maksudnya: - 29 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Umar bin Abi Salamah RA katanya: Ketika aku berada di bilik Rasulullah SAW. Tanganku melulu ke dalam dulang. Rasulullah SAW terus menegurku: Wahai anak muda, bacalah bismillah, makan dengan tangan kanan dan makan apa yang ada di hadapanmu. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah reda terhadap hambaNya jika ia makan sesuap makanan dengan memuji ke atasNya atau ia minum dengan seteguk minuman ia memuji ke atas Allah. (Riwayat Muslim ) 52- Minum Dalam Keadaan Duduk

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW melarang seseorang itu dari minum dalam keadaan berdiri. (Riwayat Muslim ) 53-Berkumur Dengan Susu

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW minum susu segar dengan berkumur dan baginda bersabda: Ia ada lemak. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 54- Tidak Mencela Makan

Maksudnya: - 30 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW tidak pernah sesekali mencela makanan, jika baginda berselera baginda makan dan jika tidak suka baginda akan meninggalkannya. ) Riwayat Muttafaqun Alaihi ( 55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

Maksudnya: Daripada bapa Ka'b bin Malik RA katanya Rasulullah SAW makan dengan tiga jari dan memjilat jarinya sebelum baginda lap tangan. (Riwayat Muslim ) 56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

)) : (( Maksudnya: Daripada Abu Zar RA katanya Rasulullah SAW bersabda tentang air zam-zam: Sesungguhnya ia air yang diberkati, ia adalah makanan mengeyangkan. Ditambah oleh at-Tuyalisi: Ia adalah ubat penyembuh penyakit. (Riwayat Muslim ) 57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW tidak beredar pergi ( ke masjid ) hingga baginda menikmati beberapa biji kurma. Dalam riwayat lain bahawa baginda makan dengan bilangan ganjil. (Riwayat Bukhari)

- 31 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw

Sunnah Zikir Dan Doa

- 32 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw58- Banyak Membaca Al-Quran

Maksudnya: Daripada Abu Umamah al-Bahili katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah al-Quran kerana ia boleh memberi syafaat kepada penemannya. (Riwayat Muslim) 59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak izin untuk sesuatu melainkan diizinkan untuk nabiNya iaitu membaguskan suara, melagukan alQuran dengan menyaringkannya. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika

Maksudnya: Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyebut Allah dalam setiap masa. (Riwayat Muslim ) 61- Bertasbih

Maksudnya:

- 33 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Juwairiyah RA mengisahkan, bahawa Rasulullah SAW keluar awal selepas sembahyang Subuh ketika dia masih duduk di masjid kemudian kembali semula ketika waktu dhuha. ketika itu dia masih lagi duduk. Rasulullah SAW bersabda: Kamu masih lagi dalam keadaan begini sejak aku tinggalkan kamu? Katanya : Ya. Sabda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku ucap selepas kamu empat perkataan sebanyak tiga kali jika ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan semenjak hari ini pasti menyamainya. Iaitu:

(Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya sebilangan ciptaanNya, keredaan diriNya, timbangan arasyNya dan sebanyak tulisan perkataanNya.) )Riwayat Muslim ( 62- Mendoakan Orang Yang Bersin

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kamu bersin hendaklah ia ucap:

(Puji-pujian untuk Allah). Dan orang yang mendengarnya,ucap:

(Allah merahmatimu). Dan apabila saudaranya berkata yarhamkallah, hendak orang bersin ucap:

( Semoga Allah memberi hidayah dan baiki kamu). (Riwayat Bukhari ) 63- Doa Untuk Pesakit

Maksudnya: - 34 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW apabila melawat seseorang baginda berdoa:

Tidak mengapa, bersih insya Allah. )Riwayat Buhkhari ( 64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

Maksudnya: Daripada Uthman bin Abi al-Ashas al-Thaqafi RA katanya ia mengadu kepada Rasulullah SAW kesakitan pada tubuhnya sejak menjadi Islam. Baginda bersabda :kepadanya: Letakkan tangan kamu pada tempat sakit di tubuh kamu kemudian baca

( dengan nama Allah ) tiga kali dan baca tujuh kali

( Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang ada dan menguatirkanku ) (Riwayat Muslim ) 65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar kokokkan ayam, mintalah kepada Allah kelebihannya, kerana ia telah melihat malaikat dan apabila kamu mendengar jeritan kaldai, mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan. (Riwayat Muttafqun Alaihi )

- 35 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw66-Berdoa Ketika Hujan Turun

Maksudnya: Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila manpak hujan baginda berdoa:

( Ya Allah hujanilah yang mendatangkan manfaat ). )Riwayat Bukhari ( 67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah Ra katanya, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumahnya lalu ia zikir kepada Allah ketika masuk dan ketika ia makan, syaitan akan berkata: Tiada bermalam dan tiada makan malamlah untukmu. Apabila ia masuk tanpa zikir kepada Allah ketika masuk, syaitan akan berkata: dapat bermalam. Apabila tiada zikir kepada ketika makan, syaitan berkata: kamu dapat bermalam dan makam malam ( ditujukan kepada syaitan itu sendiri). (Riwayat Muslim ) 68-Baca Zikir Dalam Majlis

Maksudnya:

- 36 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu kaum yang berada di satu majlis, mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada nabi mereka, melainkan mereka ditimpa kedukaan. Jika dikehendaki mereka diazab dan jika dikehendakki diampunkan mereka. (Riwayat Tarmizi ) 69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

Maksudnya: Daripada Abdul Aziz bin Shuhaib katanya Anas bin Malik berkata, nabi SAW apabila hendak masuk ke tandas baginda berdoa:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari syaitan jantan dan syaitan betina. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 70- Berdoa Ketika Angin Bertiup

Maksudnya: Daripada Aisyah isteri Rasulullah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW apabila angin bertiup kencang, baginda berdoa:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya, kebaikan apa yang bersamanya, dan kebaikan apa yang Engkau kirimkan dengannya. Aku berlindung denganMu dari keburukannya, keburukan apa yang bersamanya dan keburukan yang Engkau kirimkan dengannya. )Riwayat Muslim ( 71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

- 37 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abu Dardak RA katanya, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang berdoa untuk saudaranya yang tiada bersama, malaikat yang mewakili berkata amin dan untuk kamu seperti itu juga. (Riwayat Muslim ) 72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah

Maksudnya: Daripada Ummu Salamah RA katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana dari kalangan orang Islam yang timpa sesuatu musibah ia berucap sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah:

("Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran dalam musibahku dan gantikanlah bagiku yang lebih baik darinya"). (Riwayat Muslim ) Apabila ia ucap seperti demikian pasti Allah akan menganti yang lebih baik untuknya. 73- Menyebarkan Salam

- 38 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawMaksudnya: Daripada Al-Bara' bin A'zib RA katanya, Rasulullah SAW menyuruh kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Menyuruh kami melawat orang sakit, mengiringi jenazah, berdoa untuk orang yang bersin, mematuhi sumpah, menolong orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan memenuhi jemputan. Baginda melarang kami dari memakai cincin emas, menggunakan perkakas perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus ( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

Berbagai Sunnah74- Menuntut Ilmu

- 39 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut suatu ilmu, Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. (Riwayat Muslim ) 75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

Maksudnya: Daripada Abu Musa al-Asyari RA katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Minta izin hanya tiga kali, sekirannya diizinkan, ia untuk kamu, jika tidak diizinkan hendaklah kamu balik. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( 76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

Maksudnya: Daripada Abu Musa al-Asya'ari RA katanya: Aku baru mendapat anak lelaki, lalu aku bawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim serta mengtahnikkannya dengan sebiji kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Selepas itu baginda kembalikan semula kepadaku. Ia adalah anak sulong Abu Musa. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( ** Tahik adalah mengunyah makanan manis, kemudian digosokkan dalam mulut bayi yang baru lahir. Seeloknya dengan kurma dan dilakukan oleh orang yang alim serta warak bagi mendapat keberkatan. 77- Akikahkan Anak

- 40 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyuruh kami mengasingkan setiap lima kambing dengan satu kambing, mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki dengan dua ekor kambing. ) Riwayat Ahmad ( 78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

:Maksudnya Daripada Anas bin Malik RA katanya kami terkena hujan ketika kami bersama Rasulullah SAW. Anas berkata: Rasulullah SAW menyingkap baju baginda hingga dibasahi hujan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah SAW, mengapa buat begini? Baginda bersabda: Kerana ia janji baru dengan Tuhannya. (Riwayat Muslim ) 79- Melawat Pesakit

Maksudnya: Daripada Thauban maula Rasulullah SAW katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi pesakit, ia akan sentiasa berada dalam taman yang renum di Syurga. (Riwayat Muslim ) 80- Senyum

- 41 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Jangan anggap kecil sesuatu perkara makruf walau bertemu saudaramu dengan bermanis muka. (Riwayat Muslim ) 81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki mengunjungi saudaranya di sebuah kampung lain. Allah lalu mengutuskan malaikat untuk menghalangi orang itu di dalam perjalanan. Ketika bertemu, malaikat bertanya: Kamu mahu ke mana? Jawab lelaki itu: Aku hendak menziarahi saudaraku di kampung sana. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana nikmat yang ada padanya? Kata lelaki itu: Tidak! Cuma aku mencintai saudaraku kerana Allah Yang Maha Mulai lagi Maha Agong. Malaikat berkata: Aku utusan Allah yang diutus kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu. ( Riwayat Muslim) 82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

Maksudnya: Daripada Abu Karimah al-Mikdam bin Ma'di Kariba RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya bahawa mencintainya. (Riwayat Ahmad ) 83- Tutup Mulut Apabila Menguap

- 42 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan, apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: Ha ( bunyi suara dari menguap ), syaitan pasti ketawa. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) ** Menutup tangan mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap dan jangan mengeluarkan bunyi hembusan angin yang keluar. 84- Sangka Baik Terhadap Manusia

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu bersangka-sangka dengan sangkaan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hambahamba Allah yang bersaudara (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah

Maksudnya: Daripada al-Aswad katanya aku bertanya Aisyah RA: Apa yang Rasulullah SAW buat dalam rumahnya? Kata Aisyah RA : Baginda membantu melakukan kerja keluarganya, apabila tiba waktu sembahyang baginda keluar untuk sembahyang. - 43 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw)Riwayat Bukhari( 86- Sunnah Fitrah

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA kata, Rasulullah SAW bersabda: Lima perkara fitrah adalah bersunat, cukur bulu ari-ari, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( 87- Menjaga Anak Yatim

Maksudnya: Daripada Sahl bin Sad RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku dan pembela anak yatim dalam syurga seperti ini dengan isyarat jari telunjuk dan jari tengah. (Riwayat Bukhari ) 88- Menjauhi Marah

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang lelaki bercakap kepada nabi SAW: Wasiat kepadaku. Baginda bersabda: Jangan marah. Diulangnya beberapa kali dengan berkata jangan marah. (Riwayat Bukhari) 89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah

- 44 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan yang dilindungi Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup dalam suasana beribadat kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang kekasih yang bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dirayu oleh wanita berkedudukan dan jelita tetapi ia menolak dengan berkata: Aku sangat takutkan Allah. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkah oleh tangan kanan dan orang yang berzikir kepada Allah secara perseorangan bersama linangan air matanya. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 90-Bersedakah Jariah

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, dikecualikan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya. (Riwayat Muslim ) ** Sedekah jariah adalah sedekah yang masih dapat dimanfaatkan orang ramai walaupun setelah pemberi sedekah itu mati. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang masih diamalkan oleh manusia setelah ia mati. Anak soleh adalah anak yang baik agamanya, ia sentiasa mendoakan ibubapanya yang telah mati. 91- Membina Masjid

Maksudnya:

- 45 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Uthman bin Affan RA katanya ketika orang berbual-bual tentang pembinaan masjid Rasulullah SAW: Kamu perbanyakkanlah. Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membina satu masjid, kata Bakir: Aku jangka ia berkata: Hendaklah kerana Allah, Allah membina untuknya seperti itu juga dalam syurga. (Riwayat Muttafaqun Alaihi ) 92-Telorensi Ketika Berjualbeli

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah merahmati seseorang yang menjual, membeli dan meminta dengan bertolak ansur ( Riwayat Bukhari ) 93- Menghilang Gangguan Jalan

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang berjalan di jalan, ia mendapati dahan berduri di atas jalan lalu dia ambil. Allah berterima kasih padanya dan mengampunkannya. (Riwayat Muslim ) ** Gangguan jalan bukan sahaja duri, ia termasuk menutup lubang jalan, lopak air, ketul-ketul batu yang ada di atas jalan, bangkai binatang, sampah, najis dan sebagainya. 94-Sedekah

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersedekah sebesar kurma dari benda yang baik, Allah tidak terima kecuali yang baik

- 46 -

Seratus Sunnah Rasulullah Sawdan jika menerimanya, Allah menerima dengan kananNya kemudian mengandakan kepada pemiliknya sebagaimana seseorang kamu mengandakan sehingga umpama gunung. )Riwayat Muttafaqun Alaihi ( 95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Tiada amalan yang lebih afdhal pada hari-hari ini ( sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda bersabda: walaupu jihad, kecuali seseorang itu keluar kepada yang membahayakan dirinya, hartanya dan ia tidak kembali dengan apa-apa pun ( mati syahid) (Riwayat Bukhari ) 96- Membunuh Cicak

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan. )Riwayat Muslim ( 97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

Maksudnya: - 47 -

Seratus Sunnah Rasulullah SawDaripada Hafs bin Asim RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Memadai bagi seseorang itu dianggap berbohong jika ia bercakap tentang semua perkara yang ia dengar. (Riwayat Muslim ) 98- Memberi Nafkah Keluarga

Maksudnya: Daripada Abu Masoud al-Badri RA katanya Rasulullah SAW bersabda: seseorang Muslim apabila menafkahkan keluarganya sedang ia berhutang, ia diberi pahala sedekah. (Riwayat Muslim ) 99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

... Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW apabila bertawaf pusingan pertama hingga tiga, baginda bertawaf dengan mepercepatkan langkah ( ramal iaitu berlari-lari anak) dan berjalan pada pusing ke empat )Riwayat Muttafaqun Alaihi( ** Ramal iaitu berlari-lari anak dengan langkah kecil pada pusingan pertama hingga habis pusing ketiga bagi mareka yang baru tiba ke Mekah sama ada dalam ibadat haji atau umrah.

100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit Maksudnya: Daripada Aisyah Ra katanya Rasulullah SAW ditanya yang manakah amalan yang sangat disukai Allah ? Baginda bersabda: Amalan yang berterusan walaupun sedikit. Dan baginda bersabda lagi: Peliharalah amalan-amalan yang kamu mampu lakukan.

- 48 -

Seratus Sunnah Rasulullah Saw( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

Dihimpun oleh:

Ibnu al-Farouk ,, Ya Allah, ampunilahku, ibubapaku, orang-orang muslimin, bantulah mujahidin, teguhkan kaki mereka dan lancarkan lontaran mereka Ya Allah matikanku dalam keadaan berjihad pada jalanMu yang diterima dengan tiada perancangan sebagai syahid amin.

- 49 -