kisah-cinta rasulullah saw

75
KISAH CINTA NABI SAW KANDUNGAN Siri 1 : MANDI BERSAMA-SAMA ISTERI Siri 2: ISTERI MENYEDIAKAN KEPERLUAN NABI Siri 3 : SOLAT MALAM DISISI ISTERI Siri 4 : SENTIASA KETAWA BERSAMA ISTERI Siri 5 : BERSUKAN BERSAMA ISTERI Siri 6 : BARING ATAS RIBA ISTERI Siri 7 : SERING MEMBERI HADIAH Siri 8 : TIDUR SATU SELIMUT DENGAN ISTERI Siri 9 : TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI Siri 10 : BEREBUT-REBUT DENGAN ISTERI KETIKA BERWUDU’ Siri 11 : MINTA PANDANGAN ISTERI KETIKA BERSEGAK Siri 12 : TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI Siri 13 : UNDI PARA ISTERI DALAM SESUATU PERMUSAFIRAN Siri 14 : MENEMANI ISTERI DALAM PERJALANAN Siri 15 : TIDAK BERSALAH TETAPI MINTA MAAF Siri 16 : TEGURAN ROMANTIK DI KALA ISTERI MARAH Siri 17 : BERMESRA DI HADAPAN KHALAYAK Siri 18 : MESRA DAN MANJA DALAM PANGGILAN Siri 19 : CIUM ISTERI JADI RUTIN HARIAN Siri 20 : TIDAK MENERIMA JEMPUTAN TANPA ISTERI Siri 21 : SEDIA WAKTU KHUSUS UNTUK ISTERI Siri 22 : MEMBELAI ISTERI KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 1

Upload: muazadam

Post on 14-Jun-2015

2.634 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW

KANDUNGAN

Siri 1 : MANDI BERSAMA-SAMA ISTERISiri 2: ISTERI MENYEDIAKAN KEPERLUAN NABISiri 3 : SOLAT MALAM DISISI ISTERISiri 4 : SENTIASA KETAWA BERSAMA ISTERISiri 5 : BERSUKAN BERSAMA ISTERI Siri 6 : BARING ATAS RIBA ISTERI Siri 7 : SERING MEMBERI HADIAHSiri 8 : TIDUR SATU SELIMUT DENGAN ISTERISiri 9 : TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI Siri 10 : BEREBUT-REBUT DENGAN ISTERI KETIKA BERWUDU’Siri 11 : MINTA PANDANGAN ISTERI KETIKA BERSEGAKSiri 12 : TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI Siri 13 : UNDI PARA ISTERI DALAM SESUATU PERMUSAFIRANSiri 14 : MENEMANI ISTERI DALAM PERJALANANSiri 15 : TIDAK BERSALAH TETAPI MINTA MAAFSiri 16 : TEGURAN ROMANTIK DI KALA ISTERI MARAH Siri 17 : BERMESRA DI HADAPAN KHALAYAKSiri 18 : MESRA DAN MANJA DALAM PANGGILANSiri 19 : CIUM ISTERI JADI RUTIN HARIANSiri 20 : TIDAK MENERIMA JEMPUTAN TANPA ISTERISiri 21 : SEDIA WAKTU KHUSUS UNTUK ISTERISiri 22 : MEMBELAI ISTERI

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 1

Page 2: Kisah-cinta Rasulullah SAW

MANDI BERSAMA-SAMA ISTERI

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

الل�ه� ع�ن� ل�ى ص� الن�ب�ي� و� �ن�ا أ ل� �أ�غ�ت�س ك�ن�ت� ال�ت� ق� ة� د. ع�ائ�ش� �و�اح �ن�اء. إ م�ن� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه �يه �ف �ي�د�ين�ا أ ت�ل�ف� ت�خ�

Maksudnya;“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)[1]”

HURAIAN

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw dengan Isteri-isterinya. Gambaran romantic ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

�ن�ب�ان ج� ن� ن�ح� و� د. �و�اح �ن�اء. إ م�ن� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� و�ر� �ن�ا أ ل� �أ�غ�ت�س ك�ن�ت�

Maksudnya;“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub[2]”

Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah[3].

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya

Page 3: Kisah-cinta Rasulullah SAW

kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW[4].

Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa[5].

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri merupakan amalan jelek, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.

Sebagai isteri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Sekian

[1] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253.[2] Sahih Muslim : 482.[3] Sahih Muslim : 498.[4] Sunan An-Nasai : 239.[5] Mushad Ahmad : 25355.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 2

Page 4: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 2

ISTERI MENYEDIAKAN KEPERLUAN NABI

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahawa Aisyah R.Ha berkata;

أ�ن� ك�ن�ا اء� ش� م�ا الل�ه� ي�ب�ع�ث�ه� ف� ه� ور� و�ط�ه� اك�ه� و� �س ل�ه� و�ك� ن�ع�د� ي�ت�س� ف� �الل�ي�ل م�ن� ي�ب�ع�ث�ه�لIي ي�ص� و�أ� ي�ت�و�ض� و�

Maksudnya;”Kami sentiasa menyediakan sugi dan air bersuci untuk Rasulullah SAW, lalu Allah membangkitkan baginda dari tidur pada waktu malam, kemudian baginda bersugi, berwudu’ dan menunaikan solat.....[1]”

HURAIAN

Bersugi pada waktu malam, sama ada sebelum dan selepas tidur merupakan amalan Rasulullah SAW. Terutama ketika baginda SAW ingin berwudu’ dan menunaikan solat.

Aisyah R.Ha berkata;

الن�ب�ي� و�ال� أ�ن� ل�ي�ل. م�ن� د� ق� ي�ر� ال� ك�ان� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى إ�ال� ص� ظ� �ت�ي�ق ي�س� ف� ار. ن�ه� � أ ي�ت�و�ض� أ�ن� ب�ل� ق� و�ك� ت�س�

Maksudnya;”Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan tidur pada waktu malam dan juga siang melainkan apabila baginda bangun, baginda akan bersugi sebelum baginda berwudu’[2].

Bersugi merupakan amalan yang mulia, bahkan ianya amat terpuji disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW:

للرب مرضاة للفم مطهرة السواك

Page 5: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Maksudnya;”Bersugi adalah penyuci mulut dan punca mendapat redha Allah SWT[3]”

Kepentingan sugi ini amatlah besar, sehinggakan Nabi SAW pernah menyebut;

م� ل�ه� ت�ه� ض� ر� ل�ف� ت�ي م�أ� ع�ل�ى ق� أ�ش� أ�ن� اف� أ�خ� أ�نIي ل�و�ال� و�

Maksudnya;“Sekiranya aku tidak takut bahawa menjadi susah atas umatku, nescaya aku mewajibkan kepada mereka (bersugi)[4]”

Memandangkan Baginda SAW sentiasa bangun menunaikan solat Tahajjud. Sebagai isteri yang mahu disayangi suami, Aisyah telah bertindak bahawa menyediakan segala keperluan Nabi untuk berwudu’ seperti kayu sugi dan air bersih untuk Nabi SAW bersuci sebelum Baginda SAW bangun dari tidur.

Tindakan ini, walaupun dilihat amat remeh, tetapi sebenarnya dapat memberi kesan yang terlalu besar kepada hati Baginda SAW. Ekoran dari itulah, tidak pelik, apabila dilihat, didapati bahawa antara isteri-isteri yang paling disayangi oleh Baginda SAW adalah Aisyah R.Ha.

Begitujuga, jika diperhatikan lagi, Baginda SAW juga amat menyintai Khadijah R.Ha sehinggakan selepas kematian Khadijah pun, baginda SAW masih lagi menyebut-nyebut tentang khadijah didepan isteri-isteri yang lain.

Mengapakah keadaan ini berlaku???

Rahsianya adalah kerana Khadijah adalah isteri yang sangat-sangat mengambil berat keadaan Nabi SAW, sehinggakan beliaulah teman hidup Nabi dikala nabi keseorangan. Beliau memilih Nabi dikala orang menolak Nabi. Beliau mencintai Nabi dikala baginda dibenci. Penerima Islam pertama dikala orang menghina Nabi. Tidak menyayangi harta untuk perjuangan islam yang dibawa oleh Nabi SAW.

Oleh yang demikian, mengambil berat keadaan suami merupakan tindakan yang penting bagi menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri. Pun begitu, perlu diingati bahawa mengambil berat tersebut hendaklah bersesuaian dengan masa dan ”mood” si suami. Ini kerana, ada sebilangan suami yang agak tidak berminat untuk ”bermanja” dalam sesuatu masa tertentu. Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan Mood yang terjadi pada diri si suami.

Walaubagaimanapun, secara asasnya, mengambil berat terhadap keadaan suami merupakan tindakan yang dapat melahirkan kasih sayang antara suami isteri, seperti menggembirakannya dikala dia bersedih, menenangkan hatinya dikala hatinya sempit, memberi jalan keluar dikala dia kebuntuan, memudahkan urusannya dikala dia kesulitan, sentiasa memberi cadangan berbanding

Page 6: Kisah-cinta Rasulullah SAW

membantah, tidak menekan dan mendesak dikala dia tidak berkemampuan, bahkan dalam keadaan berkemampuan sekalipun dan sebagainya.

Lihatlah kepada Aisyah dan Khadijah yang terlalu mengambil berat terhadap suaminya, menyebabkan cinta Nabi kepada dua insan ini amat terserlah.

Lihatlah kepada Aisyah yang menyediakan kayu sugi dan air bersih untuk baginda SaW bersuci, walaupun tindakan itu dilihat amat remeh, tetapi ianya amat memberi kesan besar kepada cinta Nabi SAW kepada Aisyah.

Begitujuga kepada para kaum hawa, yang mana sebagai isteri, bertindak mengambil berat terhadap suami, seperti sentiasa menyediakan makanan, menyiapkan pakaian yang sudah disetarika, memakaikan stokin, memotong kuku suami dan berbagai-bagai lagi, merupakan tindakan yang pada pandangan mata kita adalah remeh, tetapi ianya amat memberikan kesan besar bagi cinta seorang suami kepada isterinya.

Sekian

[1] Sahih Muslim : 1233.[2] Sunan Abi Daud : 52.[3] Sunan Abi Daud : 5.[4] Sunan Ibni Majah : 285.

Page 7: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 3

SOLAT MALAM DISISI ISTERI

Menunaikan solat malam merupakan kebiasaan bagi hidup Nabi SAW. kehebatan menunaikan solat malam ini, sehinggakan digambarkan dalam satu riwayat bahawa kedua kaki nabi SAW bengkak lantaran lama berdiri.

Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

ل�ى ت� ص� خ� ان�ت�ف� ت�ى ح� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� �ت�ت�ك�ل�ف� ر� أ ل�ه� يل� �ق ف� اه� د�م� ق�ا م� ل�ك� ر� �غ�ف د� و�ق� ذ�ا ع�ب�د\ا ه� أ�ك�ون� ال� أ�ف� ال� ق� ر� ت�أ�خ� ا و�م� ذ�ن�ب�ك� م�ن� د�م� ا ت�ق� ك�ور\ ش�

Maksudnya;“Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur[1]”

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam melakukan ibadat malam ini, sehinggakan dinyatakan oleh Aisyah bahawa, dalam keadaan uzurpun pasti baginda tetap dengan ibadat malam.

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahawa Aisyah berkata:

ال�س ج� و� و�ه� �ت�ه ال� ص� م�ن� ك�ث�ير ك�ان� ت�ى ح� ي�م�ت� ل�م� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� الن�ب�ي� أ�ن�

Maksudnya;“sesungguhnya Nabi SAW tidak akan wafat hinggakan banyak solatnya ditunaikan dalam keadaan duduk[2]”

Begitujuga, ketika sakit, baginda SAW tetap menunaikan solat malam mengikut kemampuan Baginda. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan dalam keadaan duduk, baginda akan menunaikan solat malam dengan membaca surah yang lebih panjang dari kebiasaan.

Hal ini merujuk kepada hadis daripada Hafsah binti Omar, isteri Baginda Nabi SAW berkata:

موته لم قبل كان حتى سبحة في قاعدا وسلم عليه الله صلى الله رسول أرتكون بعام حتى السورة ويرتل سبحته في قاعدا يصلي فرأيته ، اثنين أو واحد

Page 8: Kisah-cinta Rasulullah SAW

منها قراءته أطول من أطول إياها

Maksudnya;“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW duduk dalam solat sunat melainkan sebelum saat kewafatannya setahun atau dua tahun. Aku melihat baginda SAW menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk, dan Baginda SAW akan membaca surah hingga bacaannya itu lebih panjang daripada bacaannya yang panjang-panjang[3]”

Ketika berada dirumah, baginda SAW tidak menunaikan solat malam itu bersendirian, bahkan baginda akan membangunkan isterinya untuk menunaikan solat malam bersama-sama.

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa nabi Muhammad SAW berkata;

م� �ح �ت�ه� ر� أ ر� ام� ظ� أ�ي�ق� و� ل�ى ف�ص� �الل�ي�ل م�ن� ام� ق� ال\ ج� ر� ا الل�ه� ه� �ه و�ج� ف�ي ح� ن�ض� أ�ب�ت� إ�ن� ف��ة\ أ ر� ام� الل�ه� م� �ح ر� اء� أ�ب�ى ال�م� إ�ن� ف� ا ه� و�ج� ز� ظ�ت� أ�ي�ق� و� ل�ت� ف�ص� �الل�ي�ل م�ن� ام�ت� ت� ق� ح� ن�ض�

اء� ال�م� �ه �ه و�ج� ف�ي

Maksudnya;“Allah merahmati kepada lelaki yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu membangunkan isterinya. Apabila isterinya enggan bangun, dia akan merenjis-renjiskan air pada mukanya. Allah juga merahmati isteri yang bangun malam, lalu membangunkan suaminya. Apabila suaminya enggan, dia akan merenjus-renjiskan air pada mukanya[4]”

Pun begitu, kadangkala ada dari kalangan isteri baginda yang sedang haid, menyebabkan Baginda SAW tidak mengganggu mereka tidur. Dalam keadaan itupun, Baginda SAW tidak berjauhan dari mereka, sehingga menunaikan solat malam bersebelahan dengan isteri tersebut.

Ini disandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Maimunah R.Ha berkata:

�ن�ا ك�ان� أ و� لIي ي�ص� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ا ر� ب�م� و�ر� ائ�ض ح� �ن�ا أ و� ذ�اء�ه� �حد� ج� س� إ�ذ�ا ب�ه� ث�و� اب�ن�ي ص�

ة� أ� ر� م� ال�خ� ع�ل�ى لIي ي�ص� ك�ان� و� ال�ت� ق�

Maksudnya; “Rasulullah SAW sentiasa menunaikan solat disisiku, padahal ketika itu aku sedang berhaid. kadangkala ketika baginda sujud, pakaiannya terkenaku. Dia berkata (Maimunah), dia solat di atas tikar[5]”

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, bahawa Aisyah R.Ha berkata:

ع�ل�ي�ه� : ع�ن� الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� د�ت� ق� ف� ال�ت� ق� ة� اش� ع�ائ�ش� ر� �ال�ف م�ن� ل�ي�ل�ة\ ل�م� و�س�

Page 9: Kisah-cinta Rasulullah SAW

ي�د�ي ع�ت� ق� و� ف� ت�ه� ال�ت�م�س� د� ف� �ج ال�م�س� ف�ي و� و�ه� �ي�ه د�م� ق� �ب�ط�ن ع�ل�ى

Maksudnya;“satu malam, Aku kehilangan Rasulullah daripada hamparan tidur. Lalu aku meraba-raba, didapati tanganku menyentuh tapak kaki Rasulullah SAW yang sedang menunaikan solat[6]”

Nah !! dari ulasan ini, nyata kepada kita bahawa antara akhlak Nabi SAW adalah tidak pernah mengabaikan isteri-isterinya dalam melakukan ibadat, lebih-lebih lagi dalam menunaikan ibadat wajib dan ibadat sunat.

Dengan ini juga difahami, menunaikan ibadat tersebut, tidak semestinya mesti berjauhan dengan isteri dikala dia sedang berhaid. Bahkan, jika ditunaikan bersebelahan dengan isteri yang sedang tidur pun tidak mengapa, bahkan ianya lebih baik, disebabkan dapat menghindarkan dari timbul syak dalam hati isteri dikala isteri sedar dari tidur.

Disamping itu juga, apabila para suami menunaikan solat malam disebelah isteri, pasti isteri akan merasakan dirinya sedang dijaga walaupun si suami itu sedang menunaikan solat sekalipun.

Sekian

[1] Sunan At-Tarmizi : 377. : telah disahihkan oleh Albani dalam kitab Sahih wa Daif Sunan At-Tarmizi : 412.[2] Sahih Muslim : 1210.[3] Al-Mukjam Al-Awsat Li At-Tibrani : 3775.[4] Sunan Abi Daud : 1113. hadis ini adalah hasan saheh .[5] Al-Bukhari : 366.[6] Muslim : 751.

Page 10: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 4

SENTIASA KETAWA BERSAMA ISTERI

Memandangkan Nabi SAW adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lain, pasti keinginan dan perilaku nabi SAW seperti manusia kebiasaan. Cumanya, nabi SAW adalah utusan Allah yang sudah pasti segala pergerakan kemanusiaan baginda itu dikawal oleh Allah SWT.

Dalam berkeluarga, dilihat Nabi SAW sangat romantik dengan isteri-isterinya, sehingga diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh ’Umarah yang bertanya kepada ’Aisyah;

عليه الله صلى الله رسول كان كان : » كيف قالت ؟ نسائه مع خال إذا وسلموأحسنهم الناس وألين الناس بساما أكرم وكان رجالكم من رجال وكان ، خلقا

» ضحاكا

Maksudnya;“Bagaimana keadaan Nabi SAW ketika menyendiri bersama isteri-isterinya?. Berkata Aisyah : Baginda SAW adalah semulia-mulia manusia dan selembut-lembut manusia dan sebaik-baik akhlak dari kalangan manusia. Baginda SAW seperti lelaki lain, bahkan beliau terlalu banyak tersenyum dan ketawa (bersama isteri-isterinya)[1]”

Dari hadis ini, kita akan mendapat satu gambaran betapa Nabi SAW adalah manusia yang sangat disayangi oleh isteri-isteri baginda. Gambaran sayangnya

Page 11: Kisah-cinta Rasulullah SAW

isteri baginda itu adalah dilihat kepada pujian yang diberikan oleh Aisyah terhadap nabi SAW.

Sebagai manusia yang paling rapat, pasti isteri lebih mengetahui keadaan suami mereka. Segala kelemahan dan kelebihan yang wujud pada suami, pasti berada dibawah pengetahuan isteri.

Jika diperhatikan pada hadis ini, juga dari hadis-hadis yang lain, kita akan dapati bahawa tidak ada satu hadis pun yang pernah di keluarkan oleh mana-mana isteri nabi tentang keburukan nabi SAW, menunjukkan bahawa kebaikan yang wujud dalam diri nabi adalah sesuatu yang diakui dan sekali-kali tidak wajar jika tidak mencontohi dan mentauladaninya.

Pujian dari hadis ini adalah, baginda SAW adalah manusia yang terbaik dari semua sudut kehidupan; sama ada dari sudut kemuliaan, kelembutan dan akhlaknya terhadap para isterinya.

Kehebatan yang wujud ini digambarkan oleh Aisyah dengan jelas bahawa Baginda SAW semasa berdua-duaan dengan mana-mana isterinya, sering kali didapati mereka berdua tertawa bersama-sama dan senyum bersama-sama.

Senyum dan tertawa bersama isteri secara berdua-duaan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya, ia merupakan cara untuk melunakkan hati dan perasaan seseorang isteri agar rasa hidup mereka sentiasa ceria.

Disamping itu juga, dengan tertawa dan senyum berdua-duaan, akan mewujudkan satu suasana yang romantik, harmoni, ketenangan dan seterusnya mampu membangkitkan ghairah syahwat yang sudah pasti akan tercapai kehidupan yang puas dalam kehidupan berumah tangga.

Keadaan ini sebenarnya telah membenarkan sebilangan kajian ilmu Psikologi yang menyatakan bahawa, kerangsangan seks yang wujud pada perempuan tidak sama seperti kerangsangan seks yang wujud pada lelaki.

Kaum lelaki, rangangan seks mereka adalah dengan penglihatan mata, adapun perempuan, rangsangan seks mereka adalah dengan romantik, keharmonian dan dengan kata-kata manis dari lelaki[2].

Justeru itu, inilah rahsia kebahagian rumah tangga yang diajar oleh nabi SAW kepada umatnya yang wajar dijadikan sebagai contoh tauladan demi mengharungi kehidupan berkeluarga yang bahagia.

Sekian

Wallahu ’Alam

Page 12: Kisah-cinta Rasulullah SAW

[1] Az-Zuhd : 1263.[2] Quran Saintifik : m/s 288-289.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 5

BERSUKAN BERSAMA ISTERI

Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sihat.

Islam menyeru manusia agar hidup sihat. Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang menyatakan pengharamannya.

Bermaksud, semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus, selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsure-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dan sorih.

Justeru itulah, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

�الل�ه ع�د�و� �ب�ه ب�ون� �ه ت�ر� �ي�ل ال�خ� �ر�ب�اط و�م�ن� ة. و� ق� م�ن� ت�ط�ع�ت�م� اس� ا م� م� ل�ه� د�وا �أ�ع و�و�ع�د�و�ك�م�

Maksudnya;“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”

Page 13: Kisah-cinta Rasulullah SAW

(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh Nabi SAW, bukan sekadar nabi bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada ketika-ketika tertentu, baginda SAW bersukan bersama isteri-isteri baginda.

Antaranya adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

ن�ي اب�ق� ل�ب�ث�ن�ا س� ف� ت�ه� ب�ق� ف�س� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� م� الن�ب�ي� الل�ح� ن�ي ه�ق� ر� إ�ذ�ا ت�ى ح� �ذ�ه ه� ال� ق� ف� ن�ي ب�ق� ف�س� ن�ي اب�ق� ب�ت�يك� س�

Maksudnya;“Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu”

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba[1].

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan Nabi SAW adalah manusia yang selalu sebuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya.

Disamping dalam permusafiran, baginda telah mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikan sukan berlumba-lumba sebagai cara untuk bermesra dan menggembirakan isteri-isteri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya, pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, pasti tindakan sebegini memberi kesan besar kepada hati mereka. hal ini dapat dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga ke saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

Sekian

Page 14: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Wallahu 'Alam

[1] Musnad Ahmad : 22989.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 6

BARING ATAS RIBA ISTERI

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Bahkan, dengan kehadiran Haid dan Nifas ini, tidak dijadikan oleh nabi SAW sebagai peluang untuk nabi SAW tidak bermesra dengan isteri-isterinya.

Ini dilihat kepada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

ائ�ض ح� �ن�ا أ و� ر�ي ج� �ح ف�ي ه� س�أ� ر� ع� ي�ض� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� ك�ان� د� ل�ق�

Page 15: Kisah-cinta Rasulullah SAW

آن� ر� ال�ق� أ� ر� ي�ق� و�

Maksudnya;”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran[1]”

Dari hadis ini, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis[2].

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitujuga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Sekian

Page 16: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Wallahu ’Alam

[1] Sunan Ibni Majah : 626.[2] Aun Al-Ma’bud : 1/305.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 7

SERING MEMBERI HADIAH

Hadiah merupakan pelunak bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, menyebabkan orang yang menerima hadiah akan rasa dihargai, menyebabkan kadangkala perasaan marah juga boleh terhapus.

Sabda Nabi SAW;

تحابوا تهادوا

Maksudnya;

Page 17: Kisah-cinta Rasulullah SAW

”Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang[1]”

Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan ”pekena”. Soalan yang dikemukakan, bukan dengan tujuan ”mahu tahu”, tetapi mahu menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.

Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan ”penena” seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.

Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. ini kerana, didapati baginda SAW juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.

Ini disandarkan kepada hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;

ا أ�م� ل�م� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� و�ج� د�ي�ت� ت�ز� أ�ه� د� ق� إ�نIي ا ل�ه� ال� ق� ة� ل�م� س�ل�ة\ ح� Iي �اش الن�ج� ات� إ�ل�ى م� د� ق� إ�ال� ي� �اش الن�ج� ى ر�

أ� و�ال� ك. م�س� م�ن� و�اق�ي�أ� إ�ال� و� ى ر�

أ� و�ال�د�ت� ر� إ�ن� ف� ع�ل�ي� د�ود�ة\ ر� م� د�ي�ت�ي الل�ه� ه� ول� س� ر� ال� ق� ا ك�م� ك�ان� و� ال� ق� �ل�ك ي� �ه ف� ع�ل�ي�

ل�ى أ�ع�ط�ى ص� ف� د�ي�ت�ه� ه� �ع�ل�ي�ه د�ت� و�ر� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه ي�ة� الل�ه� �أ�وق �ائ�ه ن�س� م�ن� أ�ة. ر� ام� ك�ل�أ�م� أ�ع�ط�ى و� ك. ل�ة� م�س� ال�ح� و� �ك ال�م�س� ي�ة� �ب�ق ة� ل�م� س�

Maksudnya;“ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, “sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu”. Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; “jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu[2]”

Page 18: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.

Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

Begitujuga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.

Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.

Sekian

[1] Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.[2] Musnad Ahmad : 26016.

Page 19: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 8

TIDUR SATU SELIMUT DENGAN ISTERI

Haid merupakan masalah fitrah kaum perempuan yang tidak boleh dinafikan. Apabila kaum perempuan didatangi haid pada setiap bulan, ianya bukan bermakna, itulah masanya kaum lelaki tidak tidur bersama-sama dengan mereka.

Jika dirujuk keadaan arab jahiliyyah terdahulu, mereka menjadikan musim kedatangan haid sebagai cara untuk mereka menjauhkan diri dari isterI-isteri mereka. Masakan tidur sekali, sampai satu tahap, segala makanan masakan isteri mereka yang berhaid juga tidak dimakan. Mereka bertindak sedemikian adalah kerana mereka beranggapan, perempuan yang berhaid bermaksud perempuan itu

Page 20: Kisah-cinta Rasulullah SAW

bernajis. Apabila mereka sudah bernajis, maka segala hasil tangan mereka dikira juga sebagai najis.

Pengamalan jahiliyyah ini menyalahi dengan Islam yang amat memuliakan kaum perempuan. Islam meletakkan asas, dikala perempuan kedatangan haid, larangan hanya berlaku pada jimak sahaja. Adapun selain itu, ianya adalah dibenarkan.

Dalam Hadis sendiri telah membuktikan hal ini. Diberitakan melalui hadis riwayat Imam An-Nasai dalam kitab As-Sunan Al-Kubra, daripada Zainab yang merupakan anak perempuan Ummu Salamah bercerita, bahawa ibunya, iaitu Ummu Salamah berkata;

في وسلم عليه الله صلى الله رسول مع مضطجعة أنا فانسللت بينا الخميلةفقلت أنفست وسلم عليه الله صلى الله رسول فقال اللحاف نعم من

الخميلة في معه فاضطجعت فدعاني

Maksudnya;“ketika kami sedang berbaring bersama Rasulullah SAW dalam satu selimut, lalu Aku bangkit keluar dari selimut. Bertanya Rasulullah SAW; Apakah kamu sedang berhaid?? Aku menjawab; benar aku sedang berhaid. lalu baginda memanggilku untuk berbaring bersama baginda dalam selimut tadi[1]”

Hadis yang dinukilkan ini merupakan satu bukti yang kukuh bahawa, dengan kedatangan haid, bukanlah menjadi penghalang para suami untuk tidur satu selimut dengan isterinya.

Disamping itu juga, jika difikirkan dari sudut psikologi pula, kita akan dapati tindakan sebegini merupakan satu kemuliaan yang diberikan oleh islam kepada kaum perempuan. Jika ini dilarang, pasti kaum perempuan akan merasakan bahawa diri mereka seakan-akan tidak berguna dikala sedang berhaid, sedangkan haid itu bukanlah pilihan dirinya, tetapi ia adalah ketetapan fitrah yang telah disediakan oleh Allah SWT.

Jika dilihat kepada hadis ini, kita dapat melihat bagaimana tindakan Ummu Salamah yang pada awalnya ingin menjauhkan diri dari Rasulullah SAW disebabkan beliau sedar bahawa beliau sedang berhaid, tetapi dipanggil balik oleh nabi SAW walaupun setelah diberitahu bahawa beliau sedang berhaid.

Dengan ini, menunjukkan bahawa, Nabi SAW amat memandang kepentingan tidur bersama dengan isterinya, malahan dalam satu selimut, walaupun isterinya itu sedang berhaid. jika dalam berhaid pun nabi SAW masih tidur satu selimut dengan isterinya, maka terlebih utama nabi SAW tidur satu selimut dengan isterinya dikala mereka tidak berhaid.

Kepada kaum lelaki, hadis ini selayaknya dijadikan pengajaran dalam usaha hendak melahirkan rumah tangga yang bahagia. Isteri mana tidak merasakan

Page 21: Kisah-cinta Rasulullah SAW

berbangga, jika mereka sering dihargai oleh suaminya. Walaupun, penghargaan itu tidak diluahkan dari sudut kata-kata, tetapi dengan luahan bentuk perbuatan seperti tidur satu selimut pun sudah cukup bagi isteri merasakan penghargaan diri suami berikan kepada mereka.

Juga perlu diingat, keizinan tidur satu selimut dengan isteri yang berhaid itu bukan bermakna islam membenarkan melakukan jimak. Ini kerana, Allah melarang berlaku jimak dengan isteri yang sedang berhaid.

Firman Allah;

ن� ب�وه� ر� ت�ق� و�ال� �يض �ال�م�ح ف�ي اء� النIس� اع�ت�ز�ل�وا ف� أ�ذ\ى و� ه� ق�ل� �يض �ال�م�ح �ع�ن أ�ل�ون�ك� ي�س� و�ن� ر� ي�ط�ه� ت�ى ح�

Maksudnya;“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci”

(Surah Al-Baqarah : 222)

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini ketika tidur bersama isteri yang sedang berhaid, hendaklah dipastikan isteri tersebut memakai pakaian yang tidak mendatangkan ghairah kepada suami, disamping itu juga, hendaklah isteri hindarkan diri dari berkata-kata dan bertindak tanduk dengan tindakan yang boleh mendatangkan syahwat kepada suami.

Pada diri suami pula, jika bimbang berlaku jimak dengan isteri sekiranya tidur bersama isteri dalam satu selimut, maka hendaklah suami tidur di atas katil yang sama, tetapi menggunakan selimut yang berbeza. Jika masih lagi mendatangkan syahwat, maka hendaklah dia tidur di atas katil yang berbeza.

Adapun tindakan keluar dari rumah dengan tidur di tempat lain, atau meminta isteri menjauhi suami dari tempat tidur, maka itu adalah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi jika dengan tindakan sedemikian boleh mendatangkan ”jiwa terluka” oleh isteri.

Sekian

[1] As-Sunan Al-Kubra : 275.

Page 22: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 9

TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI

Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati islam meletakkan asas bahawa dimaafkan kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.

Sabda Nabi SAW;

Page 23: Kisah-cinta Rasulullah SAW

عليه استكرهوا وما والنسيان الخطاء امتى عن الله وضع

Maksudnya;”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam keadaan mereka dipaksa[1]”

Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.

Jika dilihat kepada Nabi SAW, kita akan dapati Nabi SAW tidak menjadikan perkara remeh sebagai penyebab untuk melahirkan masalah antara suami dan isteri.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;

ف�ي ك�ن�ت� ن�ب�يت� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� و�ر� �ن�ا ائ�ض أ ح� �ن�ا أ و� �د �اح ال�و� �ع�ار IالشنIي �م اب�ه� ص�

أ� إ�ن� ف� إ�ن� ط�ام�ث و� �يه �ف ل�ى ص� ث�م� ي�ع�د�ه� ل�م� و� ك�ان�ه� م� ل� غ�س� ء` ي� اب� ش� ص�أ�

ي�ع�د�ه� ل�م� و� ك�ان�ه� م� ل� غ�س� ء` ي� ش� ن�ه� �م ب�ه� ث�و� يه� ت�ع�ن�ي �ف ل�ى ص� ث�م�

Maksudnya;”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu[2]”

Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu. Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.

Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau tindakan orang yang ”takut bini”.

Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.

Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra

Page 24: Kisah-cinta Rasulullah SAW

kepada suaminya akan bertambah kuat.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] As-Sunan Al-Kubra : 7/387.[2] Sunan Abi Daud : 235.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 10

BEREBUT-REBUT DENGAN ISTERI KETIKA BERWUDU’

Pada pandangan umum menyatakan bahawa bermesra dengan isteri hanya berlaku di atas ranjang tidur, sedangkan bermesra dengan isteri itu tidak semestinya di ranjang sahaja, bahkan di mana-mana pun boleh bermesra dengan isteri.

Bermesra merupakan cara untuk melahirkan perasaan kasih dan sayang antara dua suami dan isteri. Bagi melahirkan perasaan itu, Islam membenarkan ianya berlaku, walaupun dikala mahu melakukan ibadat.

Ini dapat dilihat dengan hadis Ummu Subayyah Al-Juhaniyyah atau nama sebenarnya Khaulah binti Qais yang merupakan salah seorang Isteri Nabi SAW[1] pernah berkata;

Page 25: Kisah-cinta Rasulullah SAW

د. �و�اح �ن�اء. إ م�ن� �وء ال�و�ض� ف�ي ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه �ول س� ر� ي�د� و� ي�د�ي ت� ت�ل�ف� اخ�

Maksudnya;”tanganku dan tangan Rasulullah SAW sering berselisih ketika berwudu’ daripada satu bekas[2]”

Yang dimaksudkan dengan tangan Ummu Subaiyyah dan tangan Nabi SAW berselisih adalah, kadangkala Ummu Subaiyyah menaguk air dengan kedua tangannya dari bekas tersebut, lalu diikuti oleh Nabi SAW, dan kadangkala Nabi SAW menaguk air dengan kedua belah tangan Baginda, lalu diikuti oleh Ummu Subayyah[3].

Ada ulama lain menyatakan, perselisihan tangan yang berlaku ketika berwuduk antara Rasulullah SAW dengan Ummu Sabiyyah itu sehingga mereka berebut-rebut sehingga Ummu Sabiyyah tidak mendapat air untuk berwudu’, lalu meminta Rasulullah SAW agar air itu disimpan sedikit untuknya.

Memahami dari ulasan-ulasan ulama-ulama hadis ini, amat jelas kepada kita bahawa Baginda SAW tidak sekadar menjadikan masa di ranjang sahaja tempat untuk bermesra dengan isteri, bahkan kadangkala Baginda SAW juga mengambil kesempatan dalam beberapa keadaan ibadat, iaitu berwudu’ untuk bergurau dan bermesra dengan isteri.

Kepada kaum lelaki yang mahu melahirkan kehidupan rumah tangga yang meriah dan gembira, selayaknya menjadikan hadis ini sebagai panduan. Bergurau dengan isteri dikala berwudu’ ini, tidak semestinya dilakukan selalu, tetapi dalam sebulan sekali, dalam masa dua minggu sekali dan sebagainya.

Jika ini dapat dilakukan oleh para suami, pasti isteri akan merasa bahagia hidup bersama suaminya itu. ini kerana, suaminya sering mewujudkan suasana gurau yang melahirkan keseronokkan hidup antara suami isteri.

PENAMBAHAN

Air sedikit dijadikan berwudu’ adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama. Menurut pendapat Imam Syafii Qadim, iaitu pendapat Imam As-Syafii keluarkan semasa berada di Iraq, bahawa air sedikit boleh dijadikan sebagai air wudu’.

Adapun pendapat Imam As-Syafii semasa di Mesir, atau dikenali Qaul Jadid Imam As-Syafie, beliau berfatwa bahawa air yang sedikit memungkinkan berlaku air musta’mal yang dilarang digunakan untuk berwudu’.

Definisi Air Musta’mal menurut Syafiiyyah adalah;

“Air sedikit yang digunakan pada fardu taharah daripada hadas, seperti basuhan

Page 26: Kisah-cinta Rasulullah SAW

pertama, mandi jinabah dan sebagainya[4]”

Mengikut pendapat Syafiyyah Jadid, titisan air bagi basuhan sunat yang kedua dan ketiga ketika berwudu’ atau mandi jinabah, tidak dikira sebagai air musta’mal.

Dikira sebagai air musta’mal juga, sekiranya basuhan tersebut dari basuhan wajib bagi wudu’ kanak-kanak.

Mengikut Mazhab Syafii yang jadid, hukum air musta’mal adalah suci dan tidak boleh menyucikan. Maknanya, air musta’mal tidak boleh dijadikan sebagai air untuk berwudu’ dan mandi.

Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis;

ص ) عن �الل�ه رسول جاء يقول ا اب�ر\ ج� سمعت قال �ن�ك�د�ر ال�م� بن �د م� ي�ع�ود�ن�ي ( م�ح�من ع�ل�ي� و�ص�ب�

أ� ت�و�ض� ف� ل� �أ�ع�ق ال� ر�يض م� وئ�ه� وأنا و�ض�

Maksudnya;“Daripada Muhammad bin Al-Mungkadir berkata, Aku dengan Jabir berkata, telah datang Rasulullah SAW menziarahiku ketika aku sedang sakit. Lalu baginda berwudu’ dan menuangkan kepadaku air wudu’nya (aku menadah air wudu’ nabi SAW)[5]”

Mengikut ulasan Mazhab Syafii jadid, mereka mengatakan hadis ini disangkakan bahawa tadahan air itu bukanlah untuk dijadikan wudu’, tetapi dijadikan sebagai minuman, kerana dizaman tersebut, kekurangan air amat teruk[6]. Oleh itu, air tersebut tidak dijadikan sebagai berwudu’, tetapi digunakan untuk minuman. Dengan itu, air kesan wudu’ nabi itu adalah air musta’mal yang tidak boleh digunakan untuk berwudu’.

Walaubagaimanapun, mengikut satu riwayat mazhab Syafii dan Malik, mereka berpendapat bahawa air musta’mal tetap dikira seperti air mutlaq juga, iaitu airnya suci dan menyucikan[7].

Mereka berdalilkan kepada hadis;

) ( �ي�د�ه في كان اء. م� �ل ف�ض� من �ه �أ�س ب�ر� ح� م�س� ص النبي أ�ن� �ب�يIع الر� عن

Maksudnya;“Daripada Rubai’, Sesungguhnya Nabi SAW menyapu kepalanya daripada air yang tersisa ditangannya[8]”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Page 27: Kisah-cinta Rasulullah SAW

[1] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala : 2/261. Aun Al-Ma’bud : 1/97.[2] Sunan Abi Daud : 71.[3] Aun Al-Ma’bud : 1/97.[4] Al-Fiqh Al-islami Wa Adillatuh )1/123([5] Saheh Al-bukhari )1/82( hadis no : 191.[6] Al-Fiqh Al-islami Wa Adillatuh )1/124([7] Fiqh As-Sunnah )1/23([8] Sunan Abi Daud )1/32( hadis no : 130.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 11

MINTA PANDANGAN ISTERI KETIKA BERSEGAK

Sebagai seorang Nabi yang menjawat jawatan pemimpin sesebuah negara, berpakaian segak merupakan satu kepentingan. Ini kerana, semua tindak tanduk Nabi SAW pasti akan ditiru.

Berpakaian segak bukan bermakna berpakaian yang berharga mahal, tetapi cukup berpakaian yang bersih dan pakaian itu sesuai dengan pemakainya. Kesesuaian

Page 28: Kisah-cinta Rasulullah SAW

pada sudut saiz, warna pakaian dengan warna kulit dan sebagainya.

Bahkan, jika diperhatikan kepada hadis-hadis Nabi, kita akan dapati berpakaian segak ini merupakan satu tuntutan, bahkan ianya disukai oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

الجمال يحب جميل والله

Maksudnya;”Allah adalah tuhan yang maha indah, amat suka kepada keindahan[1]”

Segak sebahagian dari keindahan dan kecantikan. Ekoran itulah, ia merupakan kesukaan bagi Allah SWT terhadap hambanya.

Dalam hal itu pula, kita akan dapati, Baginda SAW adalah manusia yang selalu segak dikala di rumah, mahupun di luar rumah. Baginda SAW segak dirumah sebagai melahirkan keseronokkan para isteri melihat baginda, bahkan diluar nabi juga segak untuk melahirkan penghormatan umat terhadap baginda SAW, juteru mereka juga akan meniru untuk menjadi segak.

Didapati, baginda SAW dikala mahu keluar rumah, Nabi SAW akan mengenakan pakaian segak, lalu untuk memastikan kesegakan baginda itu bersesuaian dengan pakaian yang dikenakan, Baginda SAW akan bertanya terlebih dahulu kepada isterinya.

Hal ini dirujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hamid bin Hilal berkata ;

ترين لبس كيف عائشة يا فقال سوداء بردة وسلم عليه الله صلى الله رسول، : قالت ببياضك سوادها وشيب بسوادها بياضك شيب عليك أحسنها ما فقلت

فيها فنزعها فخرج فرجع ريحا منها فوجد فعرق

Maksudnya;“Rasulullah SAW memakai pakaian serba hitam, lalu bertanya kepada Aisyah; “apa pandangan kamu Wahai Aisyah?” berkata; “alangkah segaknya kamu apabila kulit putih kamu dengan hitam pakaian itu, dan hitamnya dengan putih kamu. Nabi SAW pun keluar dan didapati beginda berpeluh, maka semerbaklah bau wangi. Lalu baginda pulang dan memecat pakaiannya tadi[2]”

Hadis ini membuktikan kepada kita bahawa, Nabi SAW sering bertanya kepada isterinya tentang pakaian yang dikenakan baginda, apakah ianya bersesuaian atau tidak.

Tindakan bertanya pandangan isteri tentang pakaian yang hendak dipakai ini,

Page 29: Kisah-cinta Rasulullah SAW

merupakan salah satu cara untuk melahirkan perasaan dihargai dalam diri isteri. Isteri pasti akan berbangga apabila dihargai sebegitu, lebih-lebih lagi jika suami mereka adalah manusia yang menjadi model untuk manusia tiru. Sudah pasti isteri itu akan berfikir, orang meniru suaminya, pada hakikatnya meniru hasil dari pendapat dan pandangan yang dikemukakan terhadap suaminya.

Menelaah kepada hadis ini, selayaknya para suami menjadikan ianya sebagai tauladan. Tidak perlu malu untuk bertanya pandangan isteri tentang pakaian yang dipakai. Disamping itu juga, para isteri hendaklah bersedia memberikan pendapat yang bernas dan jujur dalam menentukan bentuk pakaian yang mahu di pakai oleh suami.

Jika ini boleh di amalkan, sudah pasti kemesraaan dan kebahagiaan dalam rumah tangga akan terhasil, lebih-lebih lagi dalam usaha mencapai redha Allah SWT dalam mengharungi bahtera kehidupan berumah tangga.

Sekian

[1] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 68.[2] Musnad Ishaq bin Rahawiyyah : 1530.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 12

TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI

Kesetiaan dan keteguhan antara suami isteri amat susah untuk ditafsirkan. Pun begitu, apabila suami dan isteri mampu makan dari satu bekas, ataupun suami makan lebihan makanan isteri, atau isteri makan lebihan makanan suami, seakan-akan tergambar satu watak bahawa antara suami dan isteri itu tidak wujud

Page 30: Kisah-cinta Rasulullah SAW

perasaan jijik sesama mereka.

Rupa-rupanya tindakan sebegitu merupakan pengamalan Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Aisyah yang bercerita;

ل�ى ك�ن�ت� ص� الن�ب�ي� ل�ه� �أ�ن�او ف� ائ�ض ح� �ن�ا أ و� �د�ح ال�ق� م�ن� ب� ر� ع� أ�ش� ي�ض� ف� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه�ف�ي� �ع �و�ض م� ع�ل�ى اه� ن�ه� ف� �م ب� ر� ي�ش� ف�

Maksudnya;”aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut[1]”

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.

Ini dapat dibuktikan dengan sambungan hadis di atas yang menyebut;

ق� �ت�ع�ر� أ الل�ه� و� ل�ى ص� الن�ب�ي� ل�ه� �أ�ن�او ف� ائ�ض ح� �ن�ا أ و� �ق ال�ع�ر� اه� م�ن� ف� ع� ي�ض� ف� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�هف�ي� �ع �و�ض م� ع�ل�ى

Maksudnya;”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Nah !!! betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang nabi untuk makan dari makanan tersebut.

Dengan hadis ini, tauladan yang boleh diambil adalah, bagaimana Nabi SAW telah menjadikan makanan sebagai cara untuk melahirkan perasaan mesra antara suami isteri.

Tindakan sebegini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh. Berjaya meremajakan dan memperhangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian.

Disamping itu juga, tindakan sebegini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti lebihan makanan sendiri.

Page 31: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta yang ikhlas dan sejati.

Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai tauladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi mencari redha Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Sunan An-Nasai : 377.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 13

UNDI PARA ISTERI DALAM SESUATU PERMUSAFIRAN

Bermusafir dan bermuqim menjadi kebiasaan bagi manusia. Dalam bermusafir, Islam memberikan beberapa kemudahan kepada muslim, antaranya adalah, dibenarkan menjamakkan solat antara solat asar dan solat zohor dan solat Isya’ dengan Solat Maghrib; dibenarkan mengqasarkan solat yang berbentuk rubaiyyah )baca : solat jenis empat rakaat(; dibenarkan berbuka puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.

Page 32: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Bagi permusafiran, digalakkan perjalanan itu berlaku lebih dari 2 orang. Permusafiran yang dilakukan bersendirian dan berkeseorangan, adalah tindakan yang tidak digalakkan oleh nabi SAW. ini dibimbangi berlaku berbagai-bagai kesusahan dalam perjalanan, memungkinkan wujud orang yang boleh berbincang dan membantu dalam menyelesaikan sebarang kesusahan tersebut.

Sabda Nabi SAW;

ك�ب ر� ث�ة� الث�ال� و� �ي�ط�ان�ان ش� �اك�ب�ان الر� و� ي�ط�ان ش� اك�ب� الر�

Maksudnya;”seorang yang bermusafir adalah seekor Syaitan; dua orang yang bermusafir adalah dua ekor Syaitan. Dan tiga orang bermusafir adalah orang yang sebenarnya bermusafir[1]”

Ada ulama mensyarahkan hadis ini – seperti kitab Al-Muntaqa syarah kepada kitab Muwatta’ – menyatakan, maksud dengan syaitan bagi seorang yang bermusafir adalah kerana apabila menyendiri, atau berdua dalam permusafiran, memungkinkan berlaku amalan-amalan syaitan, seperti melakukan amalan maksiat tanpa ditegur, atau salah seorang akan merasa malu atau segan untuk menegur jika seorang lagi melakukan maksiat.

Adapun jika tiga orang dalam permusafiran, akan wujudlah jemaah, yang sudah pasti akan wujud unsur tegur-menegur jika ada salah seorang itu melakukan maksiat, atau wujud perasaan malu untuk tidak menegur terhadap kawan permusafiran yang melakukan maksiat[2].

Memahami dari hadis ini, menunjukkan dalam permusafiran tidak digalakkan dilakukan seorang diri, bahkan hendaklah disertai dengan beberapa orang teman sehingga melebihi dari dua orang.

Disamping itu juga, apabila sebut permusafiran, pasti akan wujud unsur menjelajah ke tempat-tempat baru, yang sudah pasti akan mendapat satu pengetahuan baru tentang sesuatu tempat yang dijelajahi. Keadaan ini sudah pasti mewujudkan satu keseronokkan.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti di kalangan isteri-isteri Nabi akan berasa mahu mengikut sama dalam sesuatu permusafiran Nabi SAW. pun begitu, adalah satu tindakan yang tidak tepat jika permusafiran itu menyebabkan Nabi membawa semua isteri-isteri baginda.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Baginda SAW telah mengadakan pengundian antara mereka untuk memilih, manakah dikalangan mereka yang turut sama dengan nabi dalam sesuatu permusafiran.

Page 33: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Keadaan ini disumberkan kepada hadis Aisyah R.Ha yang berkata;

أ�ن� ك�ان� اد� ر�أ� إ�ذ�ا ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ه� ر� �و�اج أ�ز� ب�ي�ن� ع� ر� أ�ق� ا ر\ ف� س� ج� ر� ي�خ�

ج� ر� خ� ن� أ�ي�ت�ه� ع�ه� ف� م� ا ب�ه� ج� ر� خ� ا م�ه� ه� س�

Maksudnya;“Apabila Rasulullah SAW mahu keluar bermusafir, nabi SAW akan mengundi di antara isteri-isteri Baginda untuk memilih dikalangan mereka, manakah nama mereka keluar, maka isteri itulah akan bermusafir bersama baginda SAW[3]”

Jika diperhatikan tindakan nabi SAW ini, didapati Nabi SAW tidak akan bertindak memilih mengikut kehendak nabi untuk membawa mana-mana isterinya turut sama bermusafir. Jika ini dilakukan, pasti akan wujud perasaan tidak puas hati dari kalangan isteri yang tidak dibawa oleh nabi dalam permusafiran.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, disamping mahu mewujudkan suasana yang adil dengan para isteri, menyebabkan Nabi SAW bertindak melakukan undi terhadap nama-nama mereka bagi mana-mana permusafiran sekalipun.

Tindakan sebegini, sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan “berpuas hati” antara sesame para isteri, lantaran akan melahirkan hubungan harmoni sesama mereka.

Bagi para suami yang berpoligami, hadis ini sedikit sebanyak telah mengajar kepada mereka tentang cara berpoligami yang membawa kepada keadilan dalam berumah tangga. Jika hadis ini berjaya dijadikan amalan oleh para suami yang berpoligami, pasti unsur “tidak puas hati” itu akan terhapus antara sesame isteri, dan sudah pasti keadilan akan terwujud lantaran keharmonian antara isteri itu yang menjadi factor pembantu dalam mewujudkan keadilan tersebut.

Sekian

[1] Muwatta’ : 1548.[2] Al-Muntaqa : 4/432.[3] Al-Bukhari : 2467.

Page 35: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Isteri yang disayangi adalah isteri yang selalu dijaga keselamatannya oleh suami, juga sering dirisaukan oleh suaminya dikala berada di luar rumah, mahupun di rumah.

Sebagai isteri, mereka tidak seharusnya rasa ”tersepit” atau terganggu dikala sering ditanya suami dengan soalan-soalan seperti, dimana mereka berada, apakah waktu mereka tiada dirumah itu sesuai atau tidak?? Ini kerana, soalan-soalan sebegini menggambarkan kebimbangan suami terhadap mereka, yang sudah pasti semuanya terlahir daripada perasaan sayang suami terhadap mereka.

Mengambil tahu keadaan keselamatan isteri ini merupakan tuntutan Islam yang ditunjuk ajar oleh Nabi SAW, bahkan ianya terbukti dengan salah satu hadis Sofiyyah, salah seorang Isteri Nabi SAW yang berkata;

ا ك�ان� ع�ت�ك�ف\ م� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� م�ت� ر� و�ق� د�ث�ت�ه� ح� ف� ل�ي�ال\ ه� ور� أ�ز� أ�ت�ي�ت�ه� ف�ل�ب�ت� ان�ق� ة� ف� ام� س�

أ� �د�ار ف�ي ا ك�ن�ه� م�س� و�ك�ان� ل�ب�ن�ي ل�ي�ق� ع�ي م� ام� ق� ي�د. ف� ز� �ب�ن

Maksudnya;“Rasulullah SAW beriktikaf, lalu aku datang menziarahi Nabi SAW pada satu malam. Aku berbual-bual dengan Baginda. Apabila aku bangun untuk pulang, Baginda SAW pun turut bangun untuk menghantarku pulang. Rumah Sofiyyah berada di kampung Usamah bin Zaid[1]”

Jika dilihat dalam beberapa hadis yang lain, kita akan dapati bahawa Sofiyyah binti Huyay bin Akhtab bukanlah seorang perempuan yang cantik, bahkan mempunyai badan yang gempal dan pendek, lebih-lebih lagi, bapa beliau adalah antara orang yang memusuhi Islam dan beragama yahudi, juga merupakan pembesar utama Yahudi Bani Nadhir yang terlalu memusuhi Nabi SAW dan pernah melancarkan provokasi jahat untuk memurtadkan sebilangan Sahabat[2].

Ekoran dari itu, menyebabkan Aisyah dan Hafsah yang satu kali memerli bahawa mereka berdua lebih mulia disisi Nabi SAW berbanding Sofiyyah. Perlian dua isteri nabi itu menyebabkan hati Sofiyyah agak terguris, lalu melaporkannya kepada Nabi SAW.

Mendengar itu, baginda SAW berkata kepadanya;

: موسى وعمي هارون، وأبي محمد، وزوجي مني، خيرا تكونان وكيف قلت أال

Maksudnya;“Mengapa tidak kamu berkata; “bagaimana kamu berdua lebih baik daripadaku, sedangkan suamiku adalah Nabi Muhammad, “Bapaku” adalah Nabi Harun, dan “bapa saudaraku” adalah Nabi Musa??[3]”

Dalam keadaan Sofiyyah bukan isteri yang cantik pun, Baginda SAW amat menyayanginya. Sentiasa memberikannya semangat bagi berhadapan dengan

Page 36: Kisah-cinta Rasulullah SAW

kerenah-kerenah isteri yang lain, sehinggakan Baginda SAW amat menjaga keselamatan dirinya.

Hadis yang dinukilkan di atas, amat nyata dan jelas bahawa betapa Nabi SAW amat mengambil perhatian terhadap isterinya yang bernama Sofiyyah ini. Perhatian yang diberikan itu amat besar sehingga baginda SAW sendiri yang menghantar Sofiyyah pulang walaupun ketika itu Baginda sedang beriktikaf.

Tindakan yang dilakukan oleh Nabi ini, sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan “diambil tahu” dalam hati Sofiyyah, yang sudah pasti akan lahirnya perasaan cinta yang membara terhadap suaminya yang merupakan Nabi akhir zaman itu.

Kepada para suami, hadis ini selayaknya dijadikan tauladan bagi melahirkan perasaan cinta yang membara antara kedua suami dan isteri. Isteri mana yang tidak mahu dijaga keselamatan dan sering diambil tahu oleh suaminya, ini kerana, apabila ini dilakukan oleh suaminya, pasti dari hati kecil mereka akan terlintas satu perasaan bahawa mereka akan rasa terselamat jika berada dibawah naungan suaminya, justeru itu, mereka akan rasa bahawa mereka benar-benar dicintai oleh suami.

Oleh itu, adalah satu tindakan yang kurang tepat jika ada sebilangan suami yang bertindak membiarkan isterinya pulang ke kampung dengan membiarkan mereka menaiki bas bersama dengan anak-anak, tanpa kehadiran suami menemani dalam perjalanan. Ini kerana, keadaan ini akan melahirkan banyak persepsi yang kurang sihat, sama ada dalam hati isteri, keluarga mertua malahan pada pandangan masyarakat umum.

Mudah-mudahan hadis ini menjadi panduan bagi suami bertindak dengan yang lebih baik dalam melahirkan perasaan kasih sayang antara suami isteri, demi mencapai kebahagiaan dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang diredhai oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Sahih Al-Bukhari : 3039.[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/382.[3] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/233.

Page 37: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 15

TIDAK BERSALAH TETAPI MINTA MAAF

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan itu, sama ada melibatkan kepada dosa atau tidak melibatkan kepada dosa. kesilapan yang

Page 38: Kisah-cinta Rasulullah SAW

melibatkan kepada dosa, mewajibkan orang tersebut bertaubat kepada Allah.

Nabi SAW juga ada melakukan kesilapan. Kesilapan Nabi itu tidak melibatkan kepada dosa, malahan terus ditegur oleh Allah SWT.

Lihatlah teguran yang Allah berikan kepada Nabi SAW menerusi surah ”Abasa”, ekoran kesilapan nabi SAW yang melayan pembesar-pembesar Quraish dengan harapan mereka beriman dengan Allah tanpa melayan kehadiran seorang sahabat buta yang bernama Abdullah bin Ummi Al-Makhtum.

Amat nyata, Nabi SAW juga melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu tidak melibatkan kepada dosa, disamping tidak mencacatkan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Kadangkala, dirasakan sesuatu tindakan itu bersalah kepada individu-individu tertentu, walaupun ianya sebenarnya tidak salah disisi Allah SWT.

Keadaan ini menimpa sendiri kepada diri Nabi SAW yang telah mengkritik terhadap tindakan para yahudi, sedangkan dalam masa yang sama, antara isteri Baginda adalah seorang perempuan yang asalnya beragama yahudi, tetapi memeluk islam, disamping bapanya pula masih lagi dengan agama lamanya.

Bapa Sofiyyah yang bernama Huyay bin Akhtab adalah pembenci utama terhadap Nabi SAW dari yahudi Kabilah Bani Nadhir. Berbagai-bagai tindakan yang dilakukan oleh beliau terhadap Nabi SAW. Beliau sering menyakiti hati Nabi SAW sehingga tindakan itu boleh disifatkan sebagai melampau.

Tindakan Huyay bin Akhtab itu menyebabkan nabi SAW bertindak mengkritik, sedangkan kritikan nabi itu didengari oleh anak Huyay yang merupakan Isteri Nabi SAW.

Mungkin hati Sofiyyah terluka?? Itu tidak dipastikan. Tetapi, bimbang ianya terluka, maka Nabi SAW menyediakan pencegah luka, agar luka itu tidak benar-benar terluka.

Sofiyyah ada bercerita;

ركب ما رأيته لقد ، وسلم عليه الله صلى الله رسول من خلقا أحسن قط رأيت من مؤخرة بي رأسي فيضرب أنعس فجعلت ، ليال ناقته عجز على خيبر

فيمسني ، جاء : » « الرحل إذا حتى ، حيي بنت يا مهال هذه يا ويقول بيدهقال ، قالوا : » الصهباء إنهم ، بقومك صنعت مما صفية يا إليك أعتذر إني أما

وكذا كذا » لي

Maksudnya;”Aku tidak pernah melihat manusia yang boleh mengatasi kebaikan akhlak Nabi Saw. aku menunggang kenderaan unta pada satu malam bersama Baginda. Aku ketika itu

Page 39: Kisah-cinta Rasulullah SAW

terlalu mengantuk menyebabkan kepalaku tersengguk-sengguk. Lalu, Baginda SAW menyentuhku sambil berkata; ”Wahai orang ini. tahan sedikit wahai anak perempuan Huyay (jangan cepat mengantuk). Apabila sampai di As-Sohba’, baginda berkata; ”aku minta maaf dari kamu wahai Sofiyyah daripada apa yang aku lakukan terhadap kaum kamu. Sesungguhnya, mereka berkata kepadaku begian begian...[1]”

Sudah nyata lagi jelas, tidak ada kesalahan kita mengkritik yahudi. Ajaran Al-Quran amat terang, bagaimana kritikan terhadap yahudi adalah sesuatu yang diizinkan. Bermakna, tindakan Nabi SAW adalah perkara yang tidak salah disisi Allah.

Pun begitu, bimbang hati Sofiyyah terluka ekoran tindakan Nabi mengkritik kaumnya, menyebabkan Nabi SAW memohon maaf terhadap Isterinya, agar, akan terubatlah luka jika ianya terluka. Atau menyelamatkan hati itu dari terluka, jika ianya belum terluka.

Meneliti kepada hadis ini, ada dua dan tiga perkara yang boleh kita pelajari demi mencapai kehidupan bahagia antara suami dan isteri. Antaranya adalah dengan menaiki kenderaaan bersama-sama. Juga, sering menjaga perasaan isteri agar ianya tidak terluka, walaupun kadangkala sesuatu tindakan kita itu sememangnya benar, atau semenangnya tindakan isteri kita itu memang salah.

Tegur kesalahan Isteri adalah wajib, jika tidak, pasti bengkok tulang rusuk semakin menjadi-jadi. Pun begitu, teguran yang dilakukan hendaklah berhikmah. Penuh dengan segala kebijaksanaan, agar tulang yang bengkok itu walaupun tidak berjaya diluruskan, tetapi sekurang-kuranya tulang yang bengkok itu tidak semakin bengkok.

Lihatlah Nabi SAW menerusi hadis ini. walaupun Baginda SAW melakukan satu tindakan yang tidak salah disisi Allah, bahkan tindakan itu adalah satu kebenaran, tetapi tetap meminta maaf kepada Sofiyyah, kerana bimbang hati Sofiyyah terluka.

Hati bila terluka, amat susah untuk diubati. Jika ianya berjaya diubati, dibimbangi melahirkan parut yang menjadi kenangan. Yang lebih bimbang, jika parut itu berdarah semula. Inikan pula hati perempuan yang diciptakan Allah dengan ciri-ciri kelembutan.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Musnad Abi Ya’la : 6963

Page 41: Kisah-cinta Rasulullah SAW

TEGURAN ROMANTIK DI KALA ISTERI MARAH

Dari segi psikology, kejadian perempuan tidak sama seperti kejadian lelaki. Kejadian lelaki yang kurang beremosi berbanding perempuan. Ekoran itulah, Allah memberikan kelayakkan menjadi pemimpin kepada lelaki berbanding perempuan.

Firman Allah;

ب�ع�ض. ع�ل�ى م� ه� ب�ع�ض� الل�ه� ل� ف�ض� ا ب�م� �اء النIس� ع�ل�ى ام�ون� و� ق� ال� ج� Iالر

Maksudnya;”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)”

(Surah An-Nisa’ : 34)

Perempuan diciptakan oleh Allah ekoran dari penciptaan lelaki. Adam diciptakan oleh Allah terlebih dahulu berbanding hawa. Bermaksud, perempuan hidup memerlukan perlindungan lelaki.

Memandangkan perempuan tidak seperti lelaki, kadangkala perempuan itu boleh melakukan sebarang kesilapan. Bukan bermakna lelaki tidak melakukan kesilapan, tetapi kesilapan mereka tidak seperti kesilapan yang dibuat oleh lelaki.

Lebih-lebih lagi, dari kejadian mereka sendiri adalah tulang rusuk yang paling bengkok.

Sabda Nabi SAW;

إ�ن� ل�ع� ف� Iالض ف�ي ء. ي� ش� أ�ع�و�ج� إ�ن� و� ل�ع. �ض م�ن� ت� ل�ق� خ� أ�ة� ر� ه� ال�م� يم� �ت�ق ب�ت� ذ�ه� إ�ن� ف� ه� أ�ع�ال�ل�م� ك�ت�ه� ت�ر� إ�ن� و� ت�ه� ر� اء� ك�س� ب�النIس� وا ت�و�ص� اس� ف� أ�ع�و�ج� ل� ي�ز�

Page 42: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Maksudnya;”Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Sekiranya kamu mahu meluruskannya, pasti kamu mematahkannya. Sekiranya kamu membiarkannya, pasti ia akan sentiasa bengkok. Oleh itu, sentiasalah memberi wasiat kebaikan kepada mereka[1]”

Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, hadis ini memberi gambaran bahawa Hawa diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk Adam. Tetapi, Imam Al-Qurtubi pula menyatakan, maksud dengan perempuan diciptakan dari tulang rusuk bukanlah memang hakikatnya diciptakan dari tulang rusuk Adam, tetapi menggambarkan betapa ”bengkoknya” perempuan seperti bengkoknya tulang rusuk[2].

Walaubagaimanapun, hadis ini telah memberikan satu gambaran bahawa jika perempuan melakukan kesalahan, kesalahan itu tidak sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh lelaki.

Justeru itu, dibimbangi bengkok itu semakin melampau, menyebabkan Nabi SAW ada memberikan sedikit panduan dalam membetulkan kesilapan perempuan.

Ini disandarkan kepada hadis daripada Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar yang berkata;

وسلم كانت عليه الله صلى النبي عرك غضبت إذا عنها الله رضي عائشةثم ، ، : » : بأنفها ذنبي لي اغفر ، محمد رب اللهم قولي ، عويش يا يقول

قلبي غيظ الفتن وأذهب مضالت من وأجرني ،

Maksudnya;“Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”wahai A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan[3]”

Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu perkara.

Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya A’yish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”. Disamping itu juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.

Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti

Page 43: Kisah-cinta Rasulullah SAW

itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap kebakaran akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga manusia. kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan makmur.

Sekian

[1] Sahih Al-Bukhari : 3084.[2] Fath Al-Bari : 10/111.[3] Amal Al-Lail wa Al-Lailah Li Ibni As-Sunni : 454. Syaikh Albani menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis doif dalam kitab Doif Al-Jami’ : 4433

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 17

Page 44: Kisah-cinta Rasulullah SAW

BERMESRA DI HADAPAN KHALAYAK

Sebilangan masyarakat kita menganggap, bermesra di hadapan khalayak adalah tindakan yang memalukan dan meloyakan. Kefahaman sebegini adalah satu tindakan yang silap dari konsep Islam ajaran Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW sebagai role model yang terbaik telah membuktikan, bahawa Baginda SAW tidak membataskan kemesraan dengan isteri hanya di ranjang sahaja, bahkan di hadapan khalayak pun Nabi SAW pernah bermesra-mesraan.

Justeru itulah, apabila kita membaca hadis-hadis, kita akan dapati bahawa Nabi SAW selalu sangat melakukan sesuatu tindakan yang menggambarkan Nabi sedang bermesra dengan isterinya dihadapan para sahabat.

Ini dibuktikan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha, bahawa beliau berkata;

ع�ن�ا ك�ان� �م ف�س� ا ال�س\ ج� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ب�ي�ان. ر� �ص و�ت� و�ص� ل�غ�ط\االل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� ام� ق� ب�ي�ان� ف� Iو�الص ف�ن� ت�ز� ي�ة �ب�ش ح� إ�ذ�ا ف� ل�م� و�س� �ا ع�ل�ي�ه ل�ه� و� ح�

ئ�ت� �ج ف� ان�ظ�ر�ي ف� ت�ع�ال�ي� ة� ع�ائ�ش� ي�ا ال� ق� الل�ه� ف� �ول س� ر� �ن�ك�ب م� ع�ل�ى ي�ي� ل�ح� ع�ت� و�ض� ف�الل�ه� ل�ى ن�ك�ب� ص� ال�م� ب�ي�ن� ا م� ا �ل�ي�ه� إ أ�ن�ظ�ر� ع�ل�ت� ج� ف� ل�م� و�س� �ل�ي ع�ل�ي�ه ال� ق� ف� �ه �أ�س ر� إ�ل�ى

ال�ت� ق� �ب�ع�ت ش� م�اأ� �ب�ع�ت ش� م�ا

ط�ل�ع� أ� إ�ذ� ن�د�ه� �ع ن�ز�ل�ت�ي م� �ن�ظ�ر� �أل ال� أ�ق�ول� ع�ل�ت� ج� ر� ف� ع�م�ول� س� ر� ال� ق� ف� ال�ت� ق� ا ع�ن�ه� الن�اس� ف�ض� ار� ف� ال�ت� إ�نIي ق� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه

إ�ل�ى �ن�ظ�ر� ر� أل� ع�م� م�ن� وا ر� ف� د� ق� Iن �ال�ج و� ��ن�س اإل� �ي�اط�ين ش�

Page 45: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Maksudnya;“Rasulullah SAW sedang duduk lalu terdengar suara bising dan suara kanak-kanak. Baginda SAW berdiri melihat, didapati ada seorang perempuan Habsyah telah dikerumuni oleh kanak-kanak kerana sedang mengadakan satu pertunjukkan. Baginda SAW memanggil; “wahai Aisyah, kemari kamu, dan lihatlah ini”. Aku datang dan aku meletakkan daguku pada bahu Rasulullah SAW dan melihat pertunjukkan tersebut. Sejurus kemudian Baginda bertanya; “apakah kamu sudah puas?? Apakah kamu sudah puas??” aku mengatakan; “belum”. Tiba-tiba muncul Omar bin Al-Khattab, menyebabakn kanak-kanak dan perempuan Habsyah itu bersurai. Berkata Rasulullah SAW; sesungguhnya aku melihat Syaitan Manusia dan Jin lari bertempiran daripada diri Omar[1]”

Hadis ini menjadi bukti, baginda SAW sentiasa bermesra dengan para isterinya dengan tidak dikhususkan di tempat tertutup sahaja, bahkan di hadapan khalayak pun, kadangkala Nabi SAW menunjukkan kemesraaan Baginda dengan para isteri.

Kemesraaan yang boleh dipelajari dari hadis ini adalah, didapati nabi SAW memanggil Aisyah apabila dilihat ada sesuatu yang menarik untuk ditonton. Menunjukkan, Nabi SAW tidak akan menonton sendirian, bahkan jika itu juga diminati oleh isteri, pasti nabi SAW akan memanggil agar isterinya dapat menonton bersama.

Juga, didapati Nabi SAW tidak marah dan menunjukkan rasa tidak selesa dikala Aisyah meletakkan dagunya di bahu baginda SAW. Bahkan kita dapat lihat, nabi SAW membiarkan sahaja tindakan Aisyah itu, sehinggakan nabi SAW sendiri bertanya kepada isterinya, apakah sudah puas melihat tontonan tersebut atau tidak??

Dari hadis ini juga, dilihat seperti Aisyah yang memulakan tindakan mahu bermanja dengan nabi SAW dengan meletakkan dagunya di bahu Baginda. Tetapi, jika disemak pada hadis-hadis yang lain pula, kita akan dapati, bukan isteri sahaja yang memulakan tindakan romantik, bahkan dilihat Nabi SAW sendiri pernah memulakan tindakan romantic tersebut, dengan menyandarkan belakangnya ke bahu isteri.

Ini dibuktikan dengan hadis Ummu Salamah yang menyebut;

ولم الصالة إلى خرج ثم كتفا عندي وسلم عليه الله صلى الله رسول نهشماء يمس

Maksudnya;“Rasulullah SAW menyandarkan bahu baginda kepadaku, kemudian keluar Solat tanpa mengambil wudu’ lain[2]”

Kepada para suami dan isteri, hadis-hadis yang dikemukakan ini hendaklah dijadikan panduan dalam berumahtangga, terutama sekali dalam mewujudkan

Page 46: Kisah-cinta Rasulullah SAW

keharmonian berkeluarga.

Menonton bersama bukanlah tindakan yang terlarang, tetapi hendaklah dari bahan tontonan yang syariat tidak menghalang. Pastikannya harus di sisi Syarak, agar terbela dari sebarang rosak.

Semasa menonton pula, syarak tidak memandang sebagai dosa, jika suami isteri itu melakukan tindakan mesra, seperti bersandar-sandar sesama sendiri, berpegang-pegangan tangan, berlawan-lawan mata, jeling menjeling, bergurau-gurau, suami mentertawakan isteri, isteri mentertawakan suami dan sebagainya. Bahkan, tindakan sebegitu sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, yang sudah pasti akan melahirkan perasaan cinta yang hangat dalam mengharungi bahtera rumahtangga di lautan dalam.

Mudah-mudahan dengan tindakan Nabi yang dinukilkan ini, dapat memberikan satu rangsangan baru bagi suami dan isteri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mahukan kehidupan berumahtangga yang harmoni.

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Sunan At-Tirmizi : 3624.[2] Musannaf Ibni Abi Syaibah : 1/65

Page 47: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 18

MESRA DAN MANJA DALAM PANGGILAN

Panggilan manja mempunyai daya penarik yang kuat untuk melunakkan hati perempuan. Apabila mereka marah, kepanasan api marah bisa disejukkan dengan air panggilan manja.

Dari sudut psikologi, panggilan manja tidak boleh digunakan sehari-hari. Dibimbangi "auranya" menjadi biasa. Apabila ia menjadi biasa, sudah pasti ia menjadi tidak berharga.

Orang yang mendapat kereta baru, dia akan menjaga kereta baru itu dengan sebaik-baiknya. Malam sukar untuk tidur, kerana pemikiranya terikat dengan kereta baru. Pun begitu, apabila kereta baru itu sudah sampai kepada umur yang lanjut, perasaan "sukar tidur" malam itu sudah tiada lagi. Semuanya kerana, kereta itu menjadi penglihatan matanya sehari-hari.

Begitujuga, orang yang baru pandai memandu, pantang nampak kunci kereta, terasa sahaja mahu memandu. Tetapi, apabila sudah hari-hari memandu, masakan kunci kereta, melihat kereta pun kadang-kadang tidak melahirkan perasaan gelojoh mahu memandu lagi.

Persoalannya, mengapa perasaan begitu terjadi???

Ianya kerana "aura" sudah kehabisan nilai. Bagaimana "aura" itu boleh kehabisan nilai?

Page 48: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Puncanya apabila ianya sudah menjadi bahan harian.

Keadaan yang sama juga ketika berinteraksi dengan isteri. Kebiasaan nabi SAW memanggil isteri dengan panggilan biasa. Tetapi, dalam keadaan tertentu, nabi Saw menjadikan panggilan manja sebagai senjata tajam dalam melahirkan kemesraan.

Diceritakan dalam hadis, bahawa Aisyah ada berkata;

عليك : أنزلنا ما طه قلت إذا فكنت ، طه القرآن من تعلمتها سورة أول إنال : » وسلم عليه الله صلى قال لتشقى القرآن

عائش يا » شقيت

Maksudnya;"Sesungguhnya surah yang mula-mula sekali aku pelajari daripada Al-Quran adalah surah Taha. Jika aku membaca "Taha.. tidaklah kami turunkan Al-Quran itu untuk kamu menjadi celaka" bersabda Nabi SAW : kamu tidak akan jadi celaka wahai 'Aisy[1]"

Hadis ini dapat dilihat, tindakan nabi SAW memanggil dengan panggilan manja itu bukanlah merupakan panggilan selalu, tetapi dalam masa-masa tertentu sahaja. Tindakan nabi melakukan sedemikian, agar aura panggilan manja itu tidak kehabisan nilai.

Bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, antara tindakan Nabi tempat nabi SAW memanggil isteri dengan panggilan manja, apabila baginda SAW ingin menegur isterinya yang melakukan kesilapan.

Ini disandarkan kepada hadis;

وسلم كانت عليه الله صلى النبي عرك غضبت إذا عنها الله رضي عائشةثم ، ، : » : بأنفها ذنبي لي اغفر ، محمد رب اللهم قولي ، عويش يا يقول

قلبي غيظ الفتن وأذهب مضالت من وأجرني ، «

Maksudnya;"ketika Aisyah sedang marah, nabi SAW memicit hidungnya, lalu berkata : ya 'Uwaisy, katakanlah; Ya Allah yang merupakan tuhan Muhammad. Ampunilah untuku dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan selamatkan aku daripada fitnah yang menyesat[2]"

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana bijaknya nabi SAW dalam mengurus psikologi isterinya dalam menegur.

Apabila kita menegur kesilapan isteri, kadangkala melahirkan perasaan isteri yang agak kurang menerima teguran. Perasaan itu timbul, ekoran mereka dalam keadaan ego.

Page 49: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Justeru, bagi melahirkan perasaan mereka boleh menerima teguran, psikologi yang digunakan nabi SAW adalah memanggilnya dengan panggilan yang mempunyai unsur manja dan mesra. Ini kerana, apabila unsur manja ini digunakan, pasti perasaan mahu menolak teguran tidak akan berlaku.

Oleh itu, kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan dalam menghadapi ranjau dalam berumah tangga. Panggilan manja perlu dijadikan sesuatu yang berharga. Sesuatu yang berharga, tidak boleh digunakan selalu, kerana nilainya akan lupus dari sudut perasaan hati.

Justeru, jadikanlah panggilan manja ini sebagai alat untuk meleraikan masalah, dikala berlaku krisis dan sebagainya.

Adapun panggilan harian, perlu juga mempunyai unsur bermanja, seperti soerang lelaki yang mempunyai isteri bernama Sabariyyah, maka dipanggilnya dengan "Yah" sahaja; hamidah, dipanggil dengan "mida" sahaja; Hafiza, dipanggil dengan "Fiza" sahaja dan seterusnya

Pun begitu, perlu ada juga "panggilan simpanan", dengan menyediakan panggilan yang lebih mesra dan manja berbanding panggilan mesra harian. Seperti "Wahai Sabariah Si kecil molek", "Wahai Mida si cantik manis", "Wahai Fiza si jantung hati" atau seumpama dengannya.

Ianya bukan untuk digunakan harian, tetapi sebagai panggilan untuk memberi ruang kepada hati perempuan menilai cinta dikala menghadapi krisis.

Fikir-fikirkanlah wahai para suami….

Sekian

[1] Sab'ah majlis : 10[2] 'Aml Al-Yaum wa Al-lailah : 454.

Page 50: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW: SIRI 19

CIUM ISTERI JADI RUTIN HARIAN

Mencium Isteri merupakan ibadah. Islam memandang, tindakan tersebut tidak terlarang, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Lebih-lebih lagi, dengan ciuman itu akan membawa kepada bersetubuh.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan.

Dilihat kepada Nabi, suri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun.

Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;

ائ�م ص� و� و�ه� ان� م�ض� ر� ف�ي بIل� ي�ق� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� ك�ان�

Maksudnya;“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa[1]”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Bulan Ramadhan yang diwajibkan berpuasa tidak dijadikan penghalang bagi Nabi untuk bermesra dengan isteri.

Mungkin ada sebilangan pihak akan merasa ganjil berkenaan dengan cium Isteri ketika sedang berpuasa. Segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah

Page 51: Kisah-cinta Rasulullah SAW

larangan. Tetapi yang terlarang adalah, cium itu boleh membawa kepada bersetubuh.

Ekoran dari itulah, ada sebilangan ulama fiqh menfatwakan mencium isteri bagi orang berpuasa adalah makruh. Mereka menyandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha yang berkata;

صلى الله رسول قال : : » أتى ؟ رمضان في أقبل فقال ، رجل وسلم عليه الله » ، آخر أتاه ثم نبي : : : نعم يا عائشة فقالت ، ال قال ؟ رمضان في أقبل فقال

لذلك أذنت ، ، : » الله إربه يملك كبير شيخ له أذنت الذي إن قال ؟ هذا ومنعت ،منعته منعته والذي فلذلك ، إربه يملك ال شاب رجل

Maksudnya;“Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata: Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu? berkata Nabi : Yang Aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku mencegahnya[2]”

Jelas dari hadis ini. Larangan dari Nabi agar tidak mencium Isteri dalam bulan ramadhan adalah dikala bimbang berlaku persetubuhan. Adapun jika tidak ada kebimbangan berlaku persetubuhan, maka mencium Isteri itu adalah ibadah, yang memberikan pahala kepada orang yang melakukannya.

Nah !! tauladan Nabi ini amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencipta kemesraan dan kebahagiaan dalam berumahtangga. Dengan mencium Isteri, kebahagiaan, kemesraan dan keseronokkan dalam berumah tangga pasti akan wujud.

Jadikanlah mencium isteri ini sebagai rutin harian. kerana, disebalik tunjuk ajar nabi ini, pasti akan melahirkan sesuatu yang tidak terduga dalam melayari bahtera dalam usaha menuju ke Syurga Allah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Sahih Muslim : 1860[2] Amali Al-Muhamali : 105.

Page 52: Kisah-cinta Rasulullah SAW

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 20

TIDAK MENERIMA JEMPUTAN TANPA ISTERI

Kebahagiaan tidak sekadar wujudnya kemesraaan antara suami dan isteri. Kadangkala isteri akan merasa mereka dihargai juga merupakan cara untuk melahirkan kebahagiaan berumah tangga.

Sebagai suami yang baik, Nabi SAW amat meletakkan para isterinya sebagai manusia yang dimuliakan di mata masyarakat. Tindakan Nabi SAW itu adalah, untuk melahirkan perasaan berharga dalam diri para isteri di mata suami mereka.

Jika diselidiki dari hadis-hadis. Kita akan dapati, antara cara nabi SAW bertindak mewujudkan perasaan kebanggaan isteri baginda adalah dengan menghadiri sesuatu majlis tertentu dengan disertai isteri baginda bersama. Bahkan, apabila jemputan itu hanya kepada Nabi, baginda tidak menerima jemputan tersebut hinggalah isteri baginda juga dijemput.

Ini disandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang berkata;

Page 53: Kisah-cinta Rasulullah SAW

ي�ا أ�ن� �ار�س ف� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه �ول س� ل�ر� ا ار\ ن�ع� ج� ف�ص� �ق ر� ال�م� ط�يIب� ك�ان�الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه �ول س� ة� ل�ر� ل�ع�ائ�ش� �ذ�ه و�ه� ال� ق� ف� ي�د�ع�وه� اء� ج� ث�م� ل�م� و�س� �ال� ع�ل�ي�ه ال� ق� ف�

ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� ال� ق� ل�ى ف� ص� �الل�ه ول� س� ر� ال� ق� ف� ي�د�ع�وه� ع�اد� ف� ال� �ع�ل�ي�ه الل�ه� الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� ر� ال� ق� ال� ال� ق� �ذ�ه و�ه� ل�م� ع�اد� و�س� ث�م� ال� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه

�الل�ه ول� س� ر� ال� ق� ف� ف�ي ي�د�ع�وه� ن�ع�م� ال� ق� �ذ�ه و�ه� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ا ص� ام� ق� ف� �الث�ال�ث�ة ن�ز�ل�ه� م� �ت�ي�ا أ ت�ى ح� �ع�ان ي�ت�د�اف�

Maksudnya;”Sesungguhnya Rasulullah SAW mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan bersama Rasulullah SAW. kemudian Dia menjemput Nabi. Nabi berkata : ”Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia menjawab: ”tidak”. Nabi berkata : ”kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu”. Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata : ”apakah Aisyah dijemput sama?” dia berkata : ”tidak”. Nabi SAW berkata : ”kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan ini” Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : ”apakah Aisyah dijemput?” Dia menjawab : ”Ya” pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan sama-sama ke rumahnya[1]”

Lihatlah Nabi SAW dalam hadis ini, bagaimana penghargaan yang telah diberikan oleh Nabi kepada Isteri baginda. Tindakan Nabi SAW ini sewajarnya dijadikan contoh tauladan yang baik dalam melahirkan kebahagiaan sesama suami dan isteri.

Isteri pasti akan berbangga, jika suami mereka bertindak tidak mengabaikan mereka dalam menghadiri majlis-majlis tertentu. Lebih-lebih lagi, jika suami mereka adalah orang yang kenamaan.

Begitujuga, dengan tindakan membawa isteri sama dalam sesuatu majlis, sememangnya di sana wujudnya persaudaraan itu tidak sekadar dengan suami sahaja, tetapi sudah melibatkan bersaudaraan antara keluarga. Yang sudah pasti, dengannya melahirkan masyarakat yang harmoni.

Melahirkan masyarakat harmoni sering menjadi perbincangan. Permasalahan ini tidak berjaya dirungkaikan, apabila mereka tidak berjaya mendapat satu keputusan yang kukuh. Apa yang nyata, Nabi SAW sendiri sebenarnya telah memberikan panduan dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang dibincangkan itu. Tetapi sedih, ianya tidak disambut dengan sebaiknya.

Nah !! Nabi SAW sendiri telah memberikan satu panduan yang amat berguna dalam menyelesaikan permasalahan ini. bukan sekadar masalah masyarakat harmoni sahaja boleh terbina, bahkan ianya juga berjaya melahirkan keharmonian dalam berumahtangga.

Apabila isteri sudah rasa dihargai suami, maka sudah pasti isteri tidak akan mengabaikan tugasnya untuk membalas penghargaan yang diberikan suami. Maka

Page 54: Kisah-cinta Rasulullah SAW

disitulah, bermula kebahagian yang cantik lagi indah dalam mengharungi bahtera rumah tangga.

Sekian [1] Sahih Muslim : 3798.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 21

SEDIA WAKTU KHUSUS UNTUK ISTERI

Ada manusia yang hidupnya tidak sibuk, masalah pembahagiaan waktu untuk keluarga tidak menjadi masalah baginya. Pun begitu, disana wujud manusia yang hidupnya terlalu sibuk. Kesibukan itu, ada kalanya kerana kerja, ada kalanya kerana dakwah dan berbagai-bagai lagi istilah sibuk ditampalkan.

Ada sebilangan manusia, kesibukan yang mengintai hidupnya menyebabkan dia tidak sempat menyediakan masa untuk bersama keluarga. Jika keadaan ini berterusan, dibimbangi kemesraan sesama keluarga, khususnya antara suami dan isteri akan menjadi hambar.

Apabila hambar kemesraan, menyebabkan hilangnya daya kebahagiaan dan rahmat sebenar dalam berumahtangga seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Firman Allah;

ن� �ك�ن�وا و�م ل�ت�س� ا و�اج\ أ�ز� ك�م� �س �ن�ف� أ م�ن� ل�ك�م� ل�ق� خ� أ�ن� ��ي�ات�ه د�ة\ آ و� م� ب�ي�ن�ك�م� ع�ل� و�ج� ا �ل�ي�ه� إذ�ل�ك� ف�ي إ�ن� ة\ م� ح� ون� و�ر� ك�ر� ي�ت�ف� و�م. ل�ق� �ي�ات. آل�

Maksudnya;”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

Page 55: Kisah-cinta Rasulullah SAW

(Surah Ar-Rum : 21)

Nabi Muhammad SAW yang merupakan tauladan terbaik, telah memberikan satu gambaran yang berkualiti dalam menghadapi waktu sibuk, disamping tidak mengabaikan tugasan memberikan kemesraan terhadap para isteri.

Keadaan ini dapat dibuktikan dengan satu hadis, bahawa Saidina Husain yang merupakan salah seorang cucu Baginda Nabi bertanya kepada bapanya yang bernama Ali bin Abi Talib dengan katanya;

ع�ن� ب�يأ� أ�ل�ت� ، س� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه �ول س� ر� �ول ول�ه�: د�خ� د�خ� ك�ان� ال� ق� ف�

ك�ان� ف� ذ�ل�ك� ف�ي ل�ه� أ�ذ�ون\ا م� �ه �س ث�الث�ة� ل�ن�ف� �ول�ه د�خ� ه� س� ن�ف� � أ ز� ج� �ن�ز�ل�ه م� إ�ل�ى و�ىأ� إ�ذ�ا

:�ه �س ل�ن�ف� وجزء` ،�ل�ه أل�ه� وجزء` ،�ل�ل�ه ء` ز� ج� اء. ز� ،أ�ج�

Maksudnya;“Aku bertanya kepada bapaku (Ali bin Abi Talib) berkenaan Rasulullah SAW ketika masuk ke dalam rumah. Berkata; ketika Rasulullah masuk, baginda masuk dengan diberi izin terlebih dahulu. ketika berada dalam rumah, baginda membahagikan masanya di rumah kepada tiga bahagian; (1) untuk Allah, (2) untuk ahli keluarganya, dan (3) untuk dirinya[1]”

Kita mengenali Nabi Muhammad adalah seorang manusia yang amat sibuk dengan tugasan dakwah. Dalam kesibukan itu, Nabi SAW tidak pernah menjadikan tugasan yang lain sehingga terabai.

Antara tugasan yang tidak diabaikan oleh Nabi SAW adalah, memberikan satu waktu khusus untuk bermesra bersama para isteri. Nabi Muhammad SAW mengerti, tugasan baginda dalam dakwah amat besar dan berat. Sebagai pendakwah, sudah pasti beliau akan dijadikan contoh tauladan oleh manusia ramai.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati Nabi SAW benar-benar mengajar tauladan kepada manusia. Antara tauladan itu adalah, Nabi SAW tidak mengabaikan tugasan baginda untuk memberikan kemesraan baginda terhadap para isteri.

Kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan dalam mengharungi kehidupan berumahtangga yang bahagia. Jika diperhatikan rata-rata manusia yang bercerai, antara sebabnya adalah, apabila pihak suami terlalu sebuk dengan tugasan mencari rezeki, sehinggakan terlalai dari melaksanakan tugasan terhadap isteri mereka.

Ekoran itulah, didapati isteri menjadi liar. Jika tidak liar pun, mereka akan menjadi manusia yang mempunyai perasaan dalaman yang bergelora, yang apabila ianya terluah melahirkan perceraian yang dibenci oleh Allah SWT.

Page 56: Kisah-cinta Rasulullah SAW

Justeru, jadikan tauladan Nabi SAW ini sebagai panduan. Panduan dalam berkeluarga, juga panduan dalam melahirkan kemesraan dalam berumahtangga yang berjaya mengecapi kebahagiaan dalam mengharungi bantera kehidupan

SekianWallahu 'Alam

[1] Al-Mukjam Al-Kabir : 17867

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 22

MEMBELAI ISTERI

Membelai isteri memperlihatkan isteri mendapat pembelaan. Suami yang membelai bisa digambarkan sebagai pendekar yang sedang mempertahankan permaisurinya.

Rasa mendapat pembelaan merupakan satu wajah dalaman hati perempuan bahawa mereka sedang dihargai. Dari situ, bermulanya kebahagiaan hidup.

Rasulullah SAW telah membuktikan kebahagiaan bentuk ini. diamalkan sebagai rutin harian, walaupun terpaksa berhadapan dengan masa sebuk yang keterlaluan.

Aisyah R.ha berkata;

م. ك�ان� ي�و� م�ن� ا م� ل�م� و�س� �ع�ل�ي�ه الل�ه� ل�ى ص� �الل�ه ول� س� يع\ا ر� �م ج� ع�ل�ي�ن�ا ي�ط�وف� و� و�ه� إ�ال�ي�د�ن�و ف� أ�ة\ ر� ام� أ�ة\ ر� و� ام� ه� ال�ت�ي إ�ل�ى ي� �ض ي�ف� ت�ى ح� يس. �م�س �غ�ي�ر م�ن� ي�ل�م�س� ا و� ه� ي�و�م�

ا ن�د�ه� �ع ي�ب�يت� ف�

Maksudnya;“Nabi SAW sentiasa mengelilingi isteri-isteri baginda seorang demi seorang. Baginda SAW menghampiri kami dan membelai kami tanpa menyetubungi hinggalah Baginda SAW sampai ke rumah isteri yang masa gilirannya, maka dia bermalam disitu[1]”

Amat nyata, Nabi SAW tidak pernah mengabaikan perasaan hati para isteri, walaupun itu bukan malam gilirannya. Baginda SAW yang berpoligami, akan

Page 57: Kisah-cinta Rasulullah SAW

mengelilingi rumah para isteri semata-mata membelai mereka. sesampai di rumah isteri yang merupakan malam gilirannya, baru Baginda SAW bermalam di situ.

Tindakan Nabi SAW itu, bukanlah dilakukan secara bermusim, tetapi rutin harian. Nabi melakukan demikian, kerana tidak mahu “tawar hati” dalam hati para isteri, walaupun dalam masa sehari sekalipun.

Perhatian dalam dakwah, tidak mengabaikan Nabi terhadap para isteri. Ekoran itu tidak hairan, Allah memberikan izin kepada nabi berpoligami lebih dari umat.

Kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpoligami. Isteri adalah sebahagian dari kehidupan. Gembira mereka adalah gembira suami. Sedih mereka adalah sedih suami.

Jika isteri bersedih, membuatkan banyak perkara dalam urusan rumah tangga dilakukan dengan tidak ikhlas. Wujudnya tidak ikhlas itu, merupakan bibit permulaan krisis rumah tangga.

Justeru, keikhlasan antara suami isteri perlu dibina. Antara cara yang ditunjukkan oleh Nabi adalah, perhatian yang sewajarnya diberi, seperti belaian isteri tidak diabaikan.

Belaian ini, tidak semestinya datang dari suami, bahkan isteri juga perlu membelai suami. Belaian yang diberi, hendaklah bersesuaian dengan mood suami, agar belaian yang diberi hendaklah dipastikan mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga.

Sekian

[1] Musnad Ahmad : 23621.